Você está na página 1de 23

FAKULTI :

PENDIDIKKAN DAN BAHASA

SEMESTER / TAHUN
MEI / 2014

KOD KURSUS
HBMT3303

TAJUK KURSUS
PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH RENDAH
BAHAGIAN I

DI SEDIAKAN OLEH

ANIZAN BT CHE MAT

NO. MATRIKULASI

770805035800001

NO. KAD PENGENALAN

770805035800

NO. TELEFON

0129601122

E-MEL

anizadib@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

KELANTAN LEARNING CENTRE

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBM3303~

1.0

PENGENALAN
Matematik merupakan satu bidang ilmu yang luas dan berkait rapat dengan aktiviti

kehidupan kita seharian sama ada kita sedar atau sebaliknya. Pelajaran matematik merupakan
pembelajaran yang menguji kecerdasan seseorang itu berfikir untuk menyelesaikan masalah
dengan kepintaran yang dibantu oleh daya ingatan terhadap konsep, fakta, kemahiran
mengira dan menyelesaikan masalah. Matematik biasanya dianggap sebagai suatu mata
pelajaran yang abstrak dan memerlukan pelajar-pelajar yang boleh berfikir secara sistematik
dan mantik. Proses pengajaran dan pembelajaran dalam matematik agak berbeza dengan
subjek-subjek lain. Pengajaran matematik melibatkan pembinaan konsep disamping
penguasaan kemahiran dan penyelesaian masalah.
Tidak dapat dinafikan bahwa kefahaman konsep di dalam matematik adalah amat
penting dalam proses pembelajaran. Kaedah pemahaman konsep dalam pengajaran
matematik pada masa kini telah memberi keutamaan kepada pembentukan konsep matematik
yang dikaitkan dengan pengalaman pelajar di dalam bilik darjah maupun di luar bilik darjah.
Para pendidik juga sedia maklum bahawa pengetahuan merupakan sesuatu yang tidak boleh
dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain sebaliknya ia hanya boleh dibina oleh
pelajar itu sendiri melalui proses berinteraksi dengan persekitaran pembelajaran. Persekitaran
boleh dijadikan sebagai alat perhubungan yang dapat mengaitkan idea matematik dengan
pengalaman harian. Ia juga dapat memberi pengertian baru kepada konsep pembelajaran.
Menurut Dr. Jamil Ahmad dan rakan-rakan melalui Seminar Kebangsaan Pendidikan
Sains dan Matematik (2008), guru berdepan dengan pelajar yang membawa ilmu dan
pengalaman yang dipelajari dari luar yang kemungkinan bercanggah dengan apa yang guru
sampaikan semasa sesi pengajaran. Sekiranya ilmu yang bercanggah ini tidak diperbetulkan
maka ia akan membentuk miskonsepsi dalam ilmu yang ingin disampaikan. Miskonsepsi
adalah sesuatu kepercayaan atau pegangan yang terbentuk apabila pelajar mempelajari
sesuatu perkara yang tidak betul (Champagne, Klopfer & Gunstone 1982; McDermott 1984;
Resnick 1983). Miskonsepsi boleh juga terjadi apabila guru mengajar sesuatu perkara yang
tidak betul, kemungkinan tanpa disedari oleh guru.

~1~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBM3303~

Murid perlu menguasai sesuatu kemahiran sebelum menguasai sesuatu kemahiran


yang lebih tinggi. Apabila merujuk pengetahuan sedia ada murid, murid perlu menguasai
kemahiran pecahan sebelum mempelajari kemahiran dalam tajuk perpuluhan. Perkaitan dua
tajuk ini pula memberi murid lebih kreatif dalam penghasilan ilmu yang baharu. Dalam
mempelajari matematik murid menghadapi pelbagai kesukaran samada memahami atau
mengetahui langkah penyelesaian. Tetapi kesukaran yang sering dihadapi oleh murid-murid
banyak berpunca daripada kecuaian dan miskonsepsi.

Kesukaran berpunca daripada

kecuaian murid agak mudah dikesan oleh guru tetapi kesukaran yang berpunca daripada
miskonsepsi agak mencabar dan lebih sukar diatasi.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Ekenstam (1977 dalam Resnick dan rakanrakan1989), murid mempunyai kefahaman yang kabur tentang konsep perpuluhan. Brown (
1981 dalam Osborne dan Freyberg (1985) mendapati 50 % daripada murid berumur 10 tahun
tidak boleh menulis angka daripada bentuk pecahan jika ditukarkan kepada bentuk nombor
perpuluhan. Penyelidik sewaktu melakukan penilaian latihan pengajaran (praktikum) KDPM
pada 0gos 2001 mendapati murid-murid mengalami kesukaran untuk memahami tajuk
nombor perpuluhan . Murid didapati gagal melihat perkaitan antara simbol perpuluhan
dengan simbol numerik lain. Simbol titik perpuluhan membawa makna yang sukar bagi
murid. Konsep nilai tempat juga dianggap rumit untuk dipelajari. Para penyelidik dari
RECSAM menerusi Teaching-Learning project 1989 telah mengenal pasti topik nombor
perpuluhan sebagai topik yang sukar dikuasai oleh murid.

2.0

Konsep-Konsep Matematik Utama

2.1

Konsep Pecahan

Pecahan diperkenalkan kepada murid setelah mahir dalam komputasi yang


melibatkan nombor bulat. Biasanya pecahan diperkenalkan kepada murid yang berumur
antara 9 hingga 10 tahun, iaitu murid pada peringkat operasional konkrit Piaget. Namun

~2~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBM3303~

begitu Kurikulum KSSR telah memperkenalkan pecahan bermula dari tahun satu lagi iaitu
pada umur 7 tahun. Pada peringkat ini murid hanya perlu tahu perkara paling asas dalam
pecahan.

Dalam tahun 1990-an pula, Streefland (1991) telah mendefinisikan pecahan dari
perspektif kehidupan seharian manusia. Beliau melihat pecahan sebagai sebahagian daripada
ilmu yang membantu manusia memahami aktiviti yang mereka lakukan. Misalnya,
pemahaman terhadap Nombor Nisbah, konsep kesetaraan, penulisan simbolik, dan peraturan
asas operasi aritmetik.
Pecahan ( Bahasa Inggeris : fraction dari Bahasa Latin fractus, dipecahkan) ialah
nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan atau sekumpulan benda. Terdapat
tiga cara untuk memperkenalkan konsep pecahan iaitu:

i) Pecahan sebagai sebahagian daripada keseluruhan.


Setiap satu keseluruhan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian yang
sama saiz dan setiap bahagian ini dinamakan pecahan sebagai sebahagian dripada
keseluruhan. Sebagai contoh, Apabila satu benda dibahagi kepada 4 bahagian yang sama, 1
bahagian daripada keseluruhan benda itu ialah

ii) Pecahan sebagai sebahagian daripada kumpulan benda


Konsep sebahagian daripada satu keseluruhan bagi satu kumpulan benda melibatkan
perkaitan antara sebahagian kumpulan asalnya. Sebagai contoh :

~3~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBM3303~

Terdapat 4 biji bola dalam kumpulan ini. Jika Niza mengambil 3 biji bola, maka dia
mendapat daripada daripada kumpulan itu.

iii) Pecahan Sebagai Hasil Bahagi


Pecahan juga boleh diungkapkan sebagai pembahagian nombor bulat dalam
bentuk p / q dimana p dan q ialah nombor bulat. P dipanggil pengangka dan q dipanggil
penyebut. Sebagai contoh 4/5 = 4 5 dan 9/10 = 9 10.

2.2

Konsep Perpuluhan

Perpuluhan di definisikan sebagai Sistem angka perpuluhan ialah sistem angka yang
menggunakan angka sepuluh sebagai asas. Ia merupakan sistem angka yang paling banyak
digunakan.
dengan
bahagian

Perpuluhan

pecahan

sangat

mirip

.Perbezaannya

ialah

penyebutnya

selalunya

melibatkan nombor-nombor 10,100,1000


dan lain-lain. Dalam perpuluhan,simbol
titik (.) digunakan. Simbol titik ini
bertujuan

untuk

memisahkan

angka

perpuluhan daripada setiap nombor bulat


disebelah kiri titik perpuluhan.

~4~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBM3303~

2.3

Konsep Kesukaran Pembelajaran

Pembentukan konsep pembelajaran yang betul dalam matematik amatlah sukar untuk

dicapai. Kesukaran ini adalah disebabkan oleh ciri-ciri matematik yang kebanyakkan
konsepnya saling berkait di mana pemahaman sesuatu konsep adalah bersandar kepada
pemahaman konsep-konsep sokongan yang lain. Penekanan diberikan kepada pembelajaran
matematik bercorak pengembangan pemikiran pelajar, iaitu kemahiran menyelesaikan
masalah yang merangkumi proses penyelesaian masalah contohnya seperti memahami
masalah, merancang strategi,melaksanakan rancangan dan menyemak kesudahannya.

Menurut Mohd Salleh Abu (1991), seseorang pelajar yang tidak menunjukkan
penguasaan konsep dan kemahiran matematik akan menghadapi masalah pemahaman dalam
matematik. Kefahaman konsep merupakan perkara penting dalam pembelajaran matematik.
Para pelajar yang tidak dapat menguasai konsepnya menganggap matapelajaran itu sukar.
Menurut Ausubel et. al.(1978), pelajar-pelajar sentiasa mengalami kesalahfahaman konsep di
dalam matematik. Pelajar yang mencapai tahap pemahaman konsep yang tinggi dalam
matematik diandaikan telah memiliki ilmu pengetahuan yang berkualiti dan ianya boleh
dipupuk dan dikembangkan seterusnya.

3.0

Cadangan Strategi Untuk Pembelajaran Konsep Pecahan dan Perpuluhan

Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara
mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat
matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar
pemikiran. Dengan sebab itu matematik ialah antara bidang yang terpenting dalam sebarang
usaha pembinaan insan. Berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta
memastikan kurikulum sentiasa relevan. Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata
Pendidikan Matematik ini diolah dan disusun semula. Penyusunan semula ini mengambil kira
kesinambungan yang berterusan ke peringkat seterusnya. Langkah yang diambil adalah

~5~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBM3303~

selaras dengan keperluan untuk menyediakan pengetahuan dan kemahiran matematik kepada
murid yang mempunyai latar belakang dan keupayaan yang pelbagai. Dengan pengetahuan
dan kemahiran tersebut, mereka berkemampuan untuk meneroka ilmu, membuat adaptasi,
modifikasi dan inovasi dalam menghadapi serta menangani perubahan dan cabaran masa
depan.

3.1

Strategi Mengajar Konsep Asas Pecahan

Pengajaran dan pembelajaran adalah satu aktiviti yang dirancang dan saling berkait
yang mana ianya berlaku secara bersama satu ruang masa tertentu. Maksud pengajaran ialah
implementasi kurikulum iaitu berlakunya interaksi antara guru dan murid di dalam sebuah
bilik darjah. Manakala pembelajaran pula adalah berkenaan bagaimana kita menganggap dan
memahami dunia dan tentang membuat makna. lanya boleh dikategorikan mempunyai
prinsip-prinsip seperti pemerolehan kaedah, teknik dan pendekatan melakukan sesuatu, idea,
perlakuan yang bersesuaian bagisesuatu situasi.

Permulaan pengajaran, guru biasanya menggunakan bahan ataupun objek konkrit dan
membuat belahan sama untuk memperkenalkan konsep pecahan. Bahan konkrit yag biasa
digunakan ialah buah-buahan, kek dan sebagainya. Contohnya seperti di bawah :

Guru akan memotong buah limau tersebut kepada 2 bahagian yang sama besar dan
meminta murid menamakan bahagian yang terhasil.

Konsep pecahan juga boleh di ajar dengan bahasa harian murid seharian. Contohnya
guru menimbulkan situasi harian kepada murid iaitu dengan menggunakan kad dialog:-

~6~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBM3303~

Sesetengah guru mengajar konsep pecahan secara kelas iaitu guru menyampaikan
semua konsep dan isi pelajaran kepada murid. Terdapat dua cara bagaimana pecahan
diperkenalkan oleh guru ini iaitu dengan menulis dahulu pecahan di papan hitam dan
tunjukkan gambar rajah dan satu cara lagi ialah menunjukkan gambar rajah dan menamakan
pecahan. Contohnya adalah seperti di bawah :

Seterusnya, guru akan memperkenalkan tata tanda pecahan serta istilah pengangka
dan penyebut.

Murid-murid tidak dibimbing secara konseptual untuk mengenali dan

memahami pecahan sebagai sebahagian daripada keseluruhan.

~7~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBM3303~

Ada juga sesetengah guru memperkenalkan konsep asas pecahan dengan menjalankan
aktiviti konkrit dan berpusatkan kepada murid. Beliau menyediakan aktiviti melipat kertas
untuk menghasilkan beberapa bahagian yang sama besar dan kemudian pelajar melorek
beberapa bahagian tertentu. Nama pecahan diperkenalkan berdasarkan bahagian berlorek dan
jumlah bahagian keseluruhan. Contohnya seperti dibawah :
Guru meminta murid membuat lipatan kertas bagi menunjukkan setengah atau
separuh atau satu perdua. Murid melukis garisan pada kesan lipatan tadi.

~8~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBM3303~

Murid mewarna separuh daripada bahagian bentuk tersebut.

Lipatan kertas ini diteruskan dengan melipat ke bahagian yang lebih kecil. Daripada
pengalaman melipat kertas berturut-turut, murid akan dapat perhatikan bahawa semakin
banyak lipatan yang dibuat semakin banyak petak pada kertas semakin kecil nilai sesuatu
pecahan.

Secara ringkasnya cara memperkenalkan konsep pecahan boleh di lihat dalam jadual
di bawah :
Lipatan

Konsep

Sebutan

Tulisan

1. Satu Bahagian
Mutlak

Nilai pecahan adalah


sentiasa kurang daripada
1. 1 adalah nilai terbesar
dalam pecahan

satu

2. Setengah atau
satu per dua

Satu dibahagikan kepada


dua bahagian sama

Setengah atau
Satu per dua

3. Suku atau satu


per empat

Satu dibahagikan kepada


empat bahagian

Suku atau
satu per empat

~9~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBM3303~

3.2

Strategi Mengajar Konsep Asas Perpuluhan

Permulaan pengajaran untuk topik perpuluhan, guru biasanya mengaitkan dengan


pecahan persepuluh. Bahan bantu Mengajar yang digunakan untuk memperkenalkan konsep
peratus ialah model kertas yang dibahagikan kepada 10 bahagian. Contohnya adalah sepeti
dibawah :

0.1 = 1/10
Seterusnya, guru mengaitkan dengan Jalur Pecahan-Perpuluhan. Dalam rajah di bawah,
kawasan berlorek mewakili 8 daripada 10 bahagian, iaitu 8/10 bahagian.

1
1/10

1/10

1/10

1/10

1/10

1/10

1/10

1/10

1/10

1/10

0.1

0.1

0.1

0.1

0.1

0.1

0.1

0.1

0.1

0.1

1 daripada 10 bahagian = 1/10 = 0.1


Disebabkan 1/10 = 0.1
Oleh sebab itu, 8/10 = 0.8
Oleh itu, nombor perpuluhan dan pecahan, adalah boleh saling ditukar(interchangeable).

~10~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBM3303~

Untuk murid lebih faham konsep perpuluhan, guru juga boleh menggunakan garis
nombor untuk menunjukkan urutan dalam nombor perpuluhan. Contohnya seperti rajah
dibawah:

Selepas murid memahai konsep pecahan persepuluh, guru meneruskan dengan pecahan
perseratus dan perseribu. Seterusnya guru memperkenalkan carta nilai tempat perpuluhan
kepada murid. Carta nilai tempat perpuluhan digunakan untuk mengajar nilai tempat,
membundarkan nombor perpuluhan, penambahan dan penolakan pecahan. Contoh carta nilai
tempat perpuluhan seperti dibawah :

Kedudukan

Nombor bulat sebelum

Titik

Nombor perpuluhan selepas titik

nilai

titik perpuluhan

perpuluhan

perpuluhan

(.)

Nilai

puluh

sa

persepuluh

Per seratus

perseribu

20

0.0

0.09

0.008

tempat
Nilai digit

4.0

Kesukaran Dalam Pembelajaran penukaran Antara Pecahan Dan Perpuluhan

Penukaran pecahan persepuluh, perseratus dan perseribu kepada nombor perpuluhan


dilihat sebagai suatu topik yang mudah. Namun begitu, masih ada murid yang gagal
menguasai topik ini dan ini menyebabkan murid gagal menguasai topik-topik lain yang
berkaitan. Menurut Carpenter et al.1981 Hart 1981 Hierbert dan Weame 1986 nombor
perpuluhan adalah antara tajuk yang didapati sukar oleh kebanyakkan pelajar. Manakala

~11~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBM3303~

Menurut kajian yang dilakukan oleh Ekenstam (1977 dalam Resnick dan rakan-rakan1989)
pula, murid mempunyai kefahaman yang kabur tentang konsep perpuluhan. Brown ( 1981
dalam Osborne dan Freyberg (1985) mendapati 50 % daripada murid berumur 10 tahun tidak
boleh menulis angka daripada bentuk pecahan jika ditukarkan kepada bentuk nombor
perpuluhan. Selain itu, salah satu faktor yang menyebabkan pelajar menghadapi kesukaran
adalah kekurangan pengetahuan tentang konsep nombor perpuluhan.Oleh itu, pelajar lebih
suka untuk menghafal petua dan langkah-langkah yang berkaitan dengan nombor
perpuluhan. Contohnya pertukaran pecahan persepuluh kepada perpuluhan.

Perkaitan antara pecahan dengan nombor perpuluhan amat ketara sekali. Nombor
perpuluhan boleh diwakilkan dengan nombor pecahan yang penyebutnya 10, 100 dan 1000.
Murid yang hanya menghafal prosedur dan petua perpuluhan tidak semestinya dapat
menyelesaikan masalah yang melibatkan nombor perpuluhan dengan betul. Keadaan ini
tentunya akan melahirkan pelajar yang hanya pandai mengira tetapi jahil tentang matematik,
dan tidak mampu menyelesaikan masalah harian yang melibatkan matematik (Nik Azis,
1996; Fatimah, 1996). Terdapat beberapa kesukaran dan kesilapan yang sering dilakukan
oleh murid yang akhirnya membawa masalah kepada kemahiran dalam tajuk perpuluhan.
Berikut merupakan kesulitan yang di hadapi oleh murid semasa belajar penukaran nombor
perpuluhan kepada pecahan dan sebaliknya.

4.1

Murid Tidak Memahami Konsep Penukaran Pecahan Kepada Nombor


Perpuluhan

Murid tidak dapat membuat perkaitan hubungan antara pecahan dan perpuluhan,
murid juga tidak tahu menggunakan kaedah gerakan titik dalam menukarkan pecahan
kepada perpuluhan dan sebaliknya. Selain itu, murid menghadapi kesukaran dalam
menukarkan pecahan yang bukan per 10 atau per 100 kepada bentuk perpuluhan. Murid juga
hanya bertindak menyalin sahaja angka yang terdapat dalam soalan diberi ke dalam bentuk

~12~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBM3303~

pertukaran yang diigini. Bagi pertukaran pecahan kepada perpuluhan, apabila diminta untuk
menukarkan

kepada perpuluhan, murid tidak menjadikan pengangka kepada pecahan

tersebut dalam gandaan 10 terlebih dahulu tetapi terus menyalin pecahan pecahan tersebut
dalam bentuk perpuluhan iaitu 2.5.

Di sini dilampirkan kajian yang dilakukan oleh Nurul Adawiyah binti Rifli dan
Tengku Zawawi bin Tengku Zainal daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali
Ismail mengenai Meningkatkan Kefahaman Konsep Pertukaran Pecahan Kepada Perpuluhan
Dan Sebaliknya Terhadap Murid lemah Tahun 4 Menggunakan Kaedah TuPP. Daripada
kajian mereka, mendapati murid tidak memahami konsep penukaran pecahan persepuluh
kepada perpuluhan. Selepas menggunakan Kotak TuPP ( Kotak Nilai Tempat perpuluhan)
murid dapat menjawab soalan dengan betul. Rajah di bawah menunjukkan kesilapan yang
murid lakukan sebelum memahami konsep pertukaran pecahan kepada perpuluhan dan
selepas guru memperkenalkan kaedah kotak TuPP, murid dapat menjawab dengan betul.
Oleh yang demikian, seseorang guru mencari alternatif ataupun bahan bantu mengajar yang
sesuai dengan tahap kebolehan murid agar kesukaran dalam konsep tertentu dapat diatasi.

4.2

Murid Tidak Memahami Penukaran Nombor Perpuluhan Kepada Pecahan

Bagi pertukaran pecahan kepada perpuluhan pula, didapati murid melakukan


kesilapan yang sama iaitu hanya menyalin terus pecahan yang diberi kepada perpuluhan.

~13~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBM3303~

Antara kesalahan yang dilakukan Misalnya 0.06 dinyatakan sebagai


sebagai

dan 2.3 dinyatakan sebagai

, dan

dan 0.36 dinyatakan

. Masalah disini sama dengan masalah

penukaran pecahan kepada perpuluhan iaitu murid tidak memahami konsep nilai tempat
perpuluhan dan konsep penukaran. Untuk mengelakkan kesukaran ini berterusan berlaku,
guru perlu melatih dan memberi kefahaman tentang nilai tempat perpuluhan kepada murid.

Guru juga boleh menggunakan kaedah menggunakan kotak nilai tempat perpuluhan
untuk menukarkan nombor perpuluhan kepada pecahan sama seperti konsep penukaran
pecahan kepada perpuluhan. Contohnya adalah seperti di bawah :

Contoh soalan : Tukarkan 0.65 kepada pecahan

Penyelesaian, guru membimbing murid untuk masukkan nombor pecahan


tersebut ke dalam kotak nilai tempat perpuluhan.

Kedudukan

Nombor bulat sebelum

nilai

titik perpuluhan

Nilai

puluh

tempat
Nilai digit

Titik
perpuluhan

Nombor perpuluhan selepas titik


perpuluhan

(.)

sa

persepuluh

Per seratus

perseribu

Selepas membimbing murid masukkan nombor di dalam petak tersebut, guru


menjelaskan bahawa nombor yang terakhir di dalam petak tersebut adalah di
tempat perseratus, oleh yang demikian 0.65 = 65/100.

Untuk mengukuhkan lagi pemahaman konsep penukaran perpuluhan pecahan


kepada pecahan ini, guru boleh mempelbagaikan dengan pelbagai bentuk
soalan.

~14~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBM3303~

4.3

Kesukaran Murid untuk menukar nombor pecahan persepuluh dan perseratus


kepada nombor perpuluhan tetapi tidak dapat melakukan operasi tersebut
dengan betul apabila melibatkan pecahan perseratus dengan pengangka satu
digit.

Apabila murid berhadapan dengan soalan yang melibatkan menukar pecahan


persepuluh dan peseratus kepada nombor perpuluhan, langkah pertama yang harus dilakukan
adalah dengan menulis semula soalan dalam bentuk pecahan sama ada pecahan persepuluh
atau perseratus mengikut kehendak soalan. Proses pemindahan ini mestilah dilakukan dengan
betul dari segi nombor dan jenis pecahan supaya tidak berlaku kekeliruan semasa proses
penukaran.

Bagi pecahan persepuluh, masalah melibatkan digit pengangka tidak begitu ketara.
Namun begitu, apabila melibatkan pecahan perseratus, masalah ini dilihat amat kritikal. Bagi
pecahan dengan dua digit pengangka, kebanyakkan murid mengambil satu digit pengangka
untuk diletakkan dalam nombor perpuluhan yang terhasil. Manakala apabila melibatkan
pecahan perseratus dengan satu digit pengangka, digit tersebut tidak diletakkan pada nilai
tempat yang betul dan meletakkan digit tersebut pada nilai tempat persepuluh. Berikut antara
contoh kesilapan yang murid lakukan :

Murid tidak menghadapi


kesukaran menukarkan pecahan
yang dua digit pengangka kepada
perpuluhan

Murid menghadapi kesukaran


menukarkan pecahan yang satu
digit pengangka kepada
perpuluhan

~15~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBM3303~

5.0

Cadangan Strategi Untuk Mengajar Penukaran

.Pengajaran tentang nombor bulat dan nombor pecahan merupakan prasyarat sebelum
pengajaran nombor perpuluhan dilaksanakan. Sebenarnya nombor

perpuluhan mempunyai

pertalian yang erat dengan nombor bulat dan nombor pecahan. Contohnya, apa yang boleh
difahami dengan nombor 2.35? Sebenarnya nombor 2.35 ini boleh dicerakinkan kepada dua
bahagian nombor yang utama, iaitu nombor bulat dan nombor perpuluhan. Dalam contoh ini,
bahagian nombor bulat ialah 2, manakala bahagian nombor perpuluhan ialah 0.35.

Pengajaran konsep perpuluhan sukar diajar secara bersendirian, sebaliknya perlulah


dilaksanakan bersama-sama dengan proses mengingat kembali konsep pecahan dan nombor
bulat. Sebagai langkah awal pengajaran konsep perpuluhan, perkara yang perlu ditekankan ialah
menukar nombor pecahan menjadi nombor perpuluhan. Peringkat permulaan pengajaran, eloklah
hanya melibatkan nombor persepuluh.

Aktiviti 1: Menukarkan nombor perpuluhan berasaskan konsep persepuluh

Langkah 1: Berikan lembaran kerja berbentuk jadual kepada murid-murid dan menyuruh
mereka mengisi Jadual 5.1 tersebut dalam kumpulan masing-masing.

Langkah 2: Bincang bersama dengan murid-murid tentang rumusan yang boleh


diterbitkan tentang perhubungan antara nombor pecahan dan nombor perpuluhan.

Langkah 3: Sebagai kesimpulan, guru perlulah menyimpulkan bahawa nombor pecahan


yang denominatornya adalah 10 boleh ditukar terus menjadi nombor perpuluhan.
Contohnya, nombor dalam bentuk pecahan
bentuk perpuluhan, iaitu 0.2.

~16~

adalah bersamaan dengan nombor dalam

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBM3303~

Bil

Nombor Pecahan

Nombor Perpuluhan
( Simbol )

Nombor Perpuluhan
( Perkataan )

0.2

Sifar perpuluhan dua

1
2
3
4
5
6

Jadual 5.1

Setelah selesai pengajaran membabitkan konsep nombor persepuluh, eloklah


diteruskan kepada konsep nombor perseratus dan perseribu.

Aktiviti 2: Menukarkan nombor perpuluhan berasaskan konsep perseratus dan


perseribu.

Langkah 1: Seterusnya kembangkan lagi pengajaran tentang konsep perpuluhan ini


kepada konsep perseratus dan perseribu dengan memberikan lambaran kerja yang
mengandungi jadual seperti Jadual 5.2 kepada murid-murid.

Jadual 5.2: Perhubungan nombor pecahan dan nombor perpuluhan berasaskan konsep
perseratus dan perseribu.

~17~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBM3303~

Bil

Nombor Pecahan

Nombor Perpuluhan
( Simbol )

Nombor Perpuluhan
( Perkataan )

0.02

Sifar perpuluhan sifar dua

1
2
3
4
5
6

Langkah 2: Bincang bersama dengan murid-murid tentang rumusan yang boleh


diterbitkan tentang perhubungan antara nombor pecahan dan nombor perseratus dan
perseribu.

Langkah 3: Sebagai kesimpulan, guru perlulah menyimpulkan bahawa nombor


pecahan yang denominatornya adalah 100 dan 1000 boleh ditukar terus menjadi
nombor

perpuluhan.

Contohnya,

nombor

dalam

bentuk

pecahan

adalah bersamaan dengan nombor dalam bentuk perpuluhan, iaitu 0.02. manakala
boleh ditulis sebagai 0.32.

Aktiviti 3
Guru juga boleh mengaitkan bilangan sifar di pecahan persepuluh, perseratus
perseribu dengan bilangan digit selepas titik perpuluhan seperti :

~18~

dan

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBM3303~

Aktiviti 4 : Setelah murid memahami konsep persepuluh, perseratus dan perseribu,


guru boleh menerang kan penukaran nombor pecahan yang penyebutnya bukan 10,
100 dan 1000 dengan cara operasi bahagi.

Contohnya :
Tukarkan pecahan berikut kepada nombor perpuluhan.

Jawapan:
=18

~19~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBM3303~

Oleh itu, = 0.125


Setelah murid memahami konsep penukaran pecahan kepada perpuluhan, murid akan
lebih mudah untuk memahami konsep penukaran nombor perpuluhan kepada pecahan.
Contohnya 0.5, murid akan dapat menyatakan dalam pecahan nya ialah

iaitu berdasarkan

kesimpulan bahawa nombor pecahan yang denominatornya adalah 100 dan 1000 boleh
ditukar terus menjadi nombor perpuluhan.

Sekiranya murid masih tidak dapat membuat penukaran perpuluhan kepada pecahan,
guru boleh menjelaskannya dengan mengira bilangan tempat titik perpuluhan. Contohnya :
Untuk menukar nombor perpuluhan kepada pecahan:
Langkah 1: Kira bilangan digit di sebelah kanan titik perpuluhan.
Langkah 2: Kemudian, tukarkan nombor perpuluhan kepada pecahan yang setara,
dengan penyebutnya adalah gandaan 10.
Langkah 3 : Permudahkan jawapan kepada sebutan yang paling rendah (serendah
mungkin).
Contoh :
Tukarkan nombor perpuluhan berikut kepada pecahan.

0.07
Jawapan:
0.07 = 7/100
0.07 (mempunyai dua digit disebelah kanan titik perpuluhan)
7/100 (penyebutnya mempunyai dua sifar)

0.095
Jawapan:
0.095 = 95/1000
0.095 (mempunyai tiga digit disebelah kanan titik perpuluhan)
95/1000 (penyebutnya mempunyai tiga sifar/zero)

~20~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBM3303~

6.0

Kesimpulan
Pemahaman murid dalam suatu konsep matematik terutama nombor perpuluhan

adalah penting. Sierpinks (1994) menerangkan bahawa pemahaman guru dan murid
bergantung pada budaya sekolah, kepercayaan dan norma kognitif. Budaya mendapat
jawapan yang betul tanpa menghiraukan algoritma yang terlibat sering diamalkan. Sering kali
dianggap matematik sebagai subjek yang sukar dan tanggapan ini diterima oleh masyarakat.
Budaya tidak berfikir tetapi membuat lebih ditekankan oleh pendidik matematik. Ini
menyebabkan murid lebih banyak menghafal dalam mempelajari matematik daripada
memahami konsep yang terlibat dalam topik nombor perpuluhan.
Menurut J. Newman (1977), kesilapan murid dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti
bacaan, pemahaman, transformasi, kemahiran proses, enkod, cuai dan motivasi. Justeru,
penguasaan bahasa atau istilah memainkan peranan penting dalam pemahaman murid dalam
topik nombor perpuluhan ini. Kegagalan murid memahami konsep nombor perpuluhan
menyebabkan topik ini menjadi suatu yang sukar untuk difahami. Kesilapan dalam
penyebutan secara verbal jelas menunjukkan murid tidak memahami konsep nombor
perpuluhan. Menurut Rosnick (1991) ramai murid dianggap berjaya dalam matematik
berdasarkan pencapaian mereka dalam ujian bertulis tetapi tidak memahami apa-apa yang
dipelajari.
Program pemulihan perlu dilaksanakan untuk memastikan murid dapat memahami
konsep nombor perpuluhan dengan betul. Aktiviti rekreasi matematik perlu diselitkan agar
pengajaranpembelajaran menjadi lebih menarik di samping penggabungjalinan elemen
kemahiran berfikir, dapat meningkatkan pemahaman konsep bagi nombor perpuluhan.

~21~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBM3303~

RUJUKAN / REFERENSI

Moskal, B. M., & Magone, M. E. (2002). Making explicit what students know about representing
fractions. In B. Litwiller (Ed.) Making sense of fractions, ratios, and proportions(pp. 121-129).
Reston, VA: National Council of Teachers of Mathematics.
Nik Azis Nik Pa (1996). Perkembangan Profesional: Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM.
Kuala Lumpur: DBP

Pusat Perkembangan Kurikulum (2010). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun 2.


Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2011). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun 3.
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2012). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun 4.
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sufean Hussin ( 1992 ), Pengajaran Matematik KBSR, Strategi Membina Kemahiran. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://belajarpecahan.blogspot.com/2011/06/blog-post.html

http://cikhood.blogspot.com/2013/02/refleksi-tajuk-pecahan.html

http://www.scribd.com/doc/39097990/Satu-Kajian-Mengenai-Penggunaan-Bahan-Bantu

http://mathform1.wordpress.com/nota-matematik-tingkatan-1/bab-3-perpuluhan/

http://matematikinspirasiku.blogspot.com/2012/12/bab-4-nombor-perpuluhan.html

https://extranet.education.unimelb.edu.au/DSME/decimals/SLIMversion/tests/miscon.shtml

~22~

Você também pode gostar