Você está na página 1de 9

PENGENALAN

Menurut kamus jururawat edisi kedua, apendiks merupakan tiub berhujung


buntu yang pendek dan kurus, panjangnya ialah 7-10 cm, yang tersemat pada hujung
sekum.Ia tidak mempunyai fungsi yang diketahui pada manusia dan boleh dijangkiti
atau menjadi inflamasi iaitu appendicitis. Ianya bercirikan sakit di bahagian Right Iliac
Fossa. Sekiranya berlaku jangkitan ia boleh menyebabkan seseorang individu berasa
amat sakit. Appendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah iaitu
perforated appendicitis sekaligus menyebabkan pembentukan nanah di dalam rongga
abdomen atau juga menyebabkan peritonitis,pelvic abcess,septicaemia dan lain-lain.
Appendisitis pula ialah keadaan di mana berlakunya inflamasi pada apendiks
vermiform yang boleh berlaku akibat najis keras, benda asing, kinking of appendix,
neoplasm, worm Colic. Appendisitis diklasifikasikan sebagai satu keadaan perubatan
kecemasan dan pembuangan apendiks iaitu appendicectomy boleh dilakukan sama ada
melalui cara Laparotomy atau Laparoscopy. Appendisitis akut boleh didiagnosa
melalui pemeriksaan fizikal iaitu Rebound Tenderness, Rovsing Sign, Murphy Sign,
Psoas Sign, Obturator Sign - apendiks terikat pada otot Obturator Internus dan
kesakitan akan dirasai oleh pesakit jika fleksi dan rotasi dilakukan oleh pinggang
pesakit dan Sitkovskiy (Rosenstein)'s sign pesakit akan merasa lebih sakit apabila
berbaring mengiring ke sebelah kiri. Penyiasatan lain yang turut dijalankan ialah, Full
Blood Count (FBC), Blood Urea Serum Electrolyte (BUSE), Urine FEME, Total White
Differential Count ( TWDC ) dan CT Scan.
Punca utama berlakunya apendisitis ialah akibat sekatan pada lumen apendiks
oleh faktor tertentu dan apabila ini berlaku, apendiks mula dipenuhi dengan mukus dan
mula membengkak. Ini akan meningkatkan tekanan dalam apendiks kerana kapilari
darah dan saluran limfatik mengalami trombus.
2

Keadaan ini boleh pulih secara semulajadi tetapi hal ini amat jarang berlaku.
Selepas itu, bakteria mula membiak di dalam karung apendiks dan gumpalan nanah
mula terhasil dari inflamasi tisu. Pada ketika ini, pesakit mula merasa sakit dan
sekiranya rawatan tidak diberikan, apendiks akan meletup dan ini akan merebakkan
jangkitan ke bahagian berhampiran.

PENYATAAN MASALAH
Seorang wanita melayu berumur 41 tahun telah datang ke unit kecemasan
Hospital Sultan Abdul Halim pada 7 September 2014 pada pukul 12.30 tengahari
dengan aduan mengalami sakit di bahagian Right Iliac Fossa selama 3/7. Pesakit juga
datang dengan aduan mengalami sembelit, loya-loya dan demam. Pemeriksaan yang
dijalankan oleh pegawai perubatan mendapati kebanyakan simptom yang ditunjukkan
pesakit adalah bercirikan penyakit Appendisitis. Diagnosa ini disahkan melalui ujian
Rebound Tenderness,Psoas Sign dan Rovsing Sign yang positif serta ujian darah yang
menunjukkan terjadinya leukositosis. Pesakit kemudiannya disahkan perlu menjalani
prosidur Appendicectomy bagi mengelakkan sebarang komplikasi dan oleh kerana itu,
pesakit telah dimasukkan ke dalam wad surgikal Kenanga 1 bagi menjalani persediaan
untuk pembedahan yang dijadual dilakukan pada 9 September 2014 jam 11 pagi.

PENCARIAN LITERATUR
Menurut Hugh TB (2001), apendisitis adalah satu keadaan kecemasan di mana
ia memerlukan pembuangan apendiks secara segera sama ada secara laparotomy atau
laparoscopy bagi mengelakkan mortaliti akibat terjadinya peritonitis dan kejutan. Fitz
Rh pula merupakan orang pertama yang mengklasifikasikan appendicitis kepada dua
iatu appendicitis kronik dan appendicitis akut. Beliau juga menerangkan bahawa
apendiks memang secara khususnya tidak memberi sebarang fungsi fisiologi kepada
badan manusia tetapi beliau menegaskan bahawa apendiks memberi sedikit kesan
dalam sistem limfatik badan.
Pieper R pula menyatakan bahawa appendicitis merupakan peringkat terakhir
bagi jangkitan yang berlaku di apendiks dan menurut beliau, appendicoliths iaitu
sekatan yang berlaku pada kolon merupakan salah satu faktor yang menyebabkan
appendisitis. Beliau juga turut membahagikan pengdiagnosaan appendicitis kepada dua
iatu Tipikal dan Atipikal. Menurut beliau, sejarah tipikal merangkumi sakit di bahagian
Right Iliac Fossa dan berkait rapat dengan simptom lain seperti demam, loya ,mahupun
anoreksia dan ini memudahkan lagi diagnosis. Ia berbeza dengan sejarah atipikal di
mana ia hanya merangkumi sakit di bahagian Right Iliac Fossa dan menurut beliau,
sejarah atipikal memerlukan penggunaan ultrasound dan CT scan bagi mengesahkan
diagnosis.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Gear JS (1981), kurang pengambilan
makanan berserat juga boleh menyebabkan appendicitis.Beliau juga menerangkan
bahawa hanya appendicectomy sahaja rawatan yang paling berkesan untuk menangani
masalah ini.Menurut beliau lagi, pemberian antibiotik sebagai profilaksis amat penting
bagi mengelakkan kejadian sepsis selepas pembedahan dijalankan.

Menurut beliau lagi ,pembedahan secara laparotomi memerlukan masa yang


agak lama untuk sembuh berbanding dengan pembedahan secara laparoscopy tetapi ia
bergantung kepada tahap inflamasi dan kedudukan apendiks tersebut.
Tetapi, prosedur appendicectomy secara laparoscopy lebih mahal dan terdapat
risiko mendapat pneumoperitoneum iaitu takungan udara dalam peritoneum. Menurut
beliau lagi, terdapat kes di mana pesakit melakukan sendiri prosedur appendicectomy
seperti yang dilakukan oleh Dr Kane (1921) tetapi ia disudahkan oleh pembantunya.
Kes kedua dilaporkan berlaku di kawasan pedalaman artik di mana seorang pakar
bedah, Leonid Rogozov terpaksa melakukan prosedur tersebut ke atas dirinya secara
berseorangan.
Seorang pakar bedah dan juga penulis buku iaitu Adamis D (2000) berkata,
appendicectomy yang dilakukan pada wanita mengandung hendaklah dilakukan secara
berhati-hati dan mematuhi semua konsep steriliti bagi mengelakkan berlakunya
jangkitan. Menurut beliau lagi, risiko kematian fetus selepas melakukan pembedahan
ialah 2% hingga 5% dan ianya meningkat kepada 20% dalam kes Perforated
Appendicitis. Menurut beliau lagi, exploratory surgery akan dilakukan bagi memeriksa
organ di sekeliling sekiranya appendicitis bukan punca masalah kesihatan yang
dihadapi oleh pesakit.
Menurut Nitecki S (1990), pemilihan kaedah surgeri pula bergantung kepada
tahap inflamasi apendiks dan selalunya masalah apendiks akan segera dilakukan
pembedahan bagi mengelakkan komplikasi sampingan.

PERBINCANGAN
Secara amnya,apabila pesakit telah disahkan menghidapi appendicitis, rawatan
surgeri akan dilakukan secepat mungkin untuk mengelak berlaku komplikasi kesihatan
yang lain. Pesakit akan dirujuk ke dalam wad surgikal sebagai persiapan untuk
menjalani pembedahan. Pesakit akan diminta berpuasa dan segala penyiasatan akan
dijalankan seperti pengambilan darah untuk GXM, FBC,TWDC dan lain-lain. Pesakit
juga diminta untuk menandatangani surat kebenaran bagi pemberian ubat bius dan
kebenaran melakukan pembedahan.
Antara prosedur yang dilakukan untuk memulakan pembedahan ialah
Antibiotik akan diberikan sebelum pembedahan sekiranya ada tanda-tanda sepsis dan
sekiranya tiada,antibiotik profilaksis akan tetap diberikan untuk mengelak jangkitan.
General Anaesthesia diberikan dan pesakit dipasangkan dengan tiub endotrakeal serta
dibaringkan dalam posisi supine, kawasan abdomen diperiksa dan dibersihkan ketika
pesakit sudah berada di bawah pengaruh anesthesia
Sekiranya benjolan akibat appendicitis kelihatan, insisi akan dilakukan betulbetul di atas kawasan tersebut dan sekiranya tiada benjolan dilihat, insisi akan
dilakukan di McBurneys point iaitu 1/3 dari anterior superior iliac spine( ASIS )
kerana ia merupakan tempat di mana pangkal apendiks berada iaitu hujung apendiks
berada di tempat yang tidak tetap.
Lapisan dinding abdomen dibuka dan didedahkan. Perkara yang paling penting
ketika membuka dinding abdomen ialah untuk menjaga integriti dinding tersebut tanpa
menyebabkan terlalu banyak kerosakan tisu bagi mengelakkan berlakunya masalah
Insicional Hernia dan mempercepatkan penyembuhan luka.

Semasa peritoneum diteroka, apendiks yang mengalami inflamasi diperiksa dan


Ligation dan pemisahan apendiks akan dilakukan pada pangkal apendiks tersebut.
Sesetengah pakar bedah memilih untuk menghalakan pangkal apendiks yang
telah dipotong ke dalam cecum sebelum dijahit. Dinding abdomen kemudiannya
ditutup mengikut lapisan dan ini dilakukan berhati- hati bagi mengelakkan kecederaan
tisu dan memastikan tisu cepat sembuh. Permukaan kulit dijahit atau ditutup
menggunakan clippers. Luka pesakit dibersihkan dan pesakit dibawa ke wad
pemulihan.
Pesakit kemudiannya akan dimasukkan semula ke dalam wad pembedahan untuk
menjalani rawatan

post operation. Di wad,tanda- tanda vital pesakit seperti

suhu,pernafasan dan tekanan darah akan dipantau setiap masa. Pemberian diet yang
seimbang adalah perlu dan pesakit akan diberikan pendidikan kesihatan tentang cara
menjaga kebersihan dan kepentingan mengamalkan pemakanan ubat yang dibekalkan.
Pesakit juga akan diminta hadir ke hospital atau klinik berdekatan untuk mencuci luka
pembedahan.

RUMUSAN
Appendicitis merupakan penyakit yang selalu terjadi di kalangan mereka yang
berumur 10 hingga 30 tahun dan lelaki lebih banyak mengalami masalah ini
berbanding perempuan. Appendicitis jarang menyerang bayi dan orang tua tetapi ianya
masih boleh berlaku dalam kes- kes tertentu. Biarpun apendiks tidak memberi sebarang
fungsi fisiologi kepada badan,namun masalah kesihatan ini perlu diambil berat oleh
pihak yang sepatutnya. Pada pandangan saya, penyakit ini perlu mendapat perhatian
yang lebih serius kerana ianya adalah satu keadaan kecemasan di mana apendiks yang
pecah boleh meyebabkan masalah kesihatan dan menjangkiti organ-organ yang
berhampiran. Oleh itu, anggota paramedik dan doktor perlu lebih peka dalam
melakukan pengesanan awal pada pesakit yang mengalami masalah ini sama ada di
hospital mahupun klinik kesihatan. Ini adalah penting bagi mengelakkan masalah
berlanjutan yang akan dihadapi oleh pesakit. Selain itu, pendidikan kesihatan yang
lengkap perlu diberikan kepada pesakit sebelum dan selepas menjalani pembedahan.
Pesakit perlu didedahkan tentang pentingnya langkah dalam menjaga kebersihan luka
pembedahan bagi megelakkan jangkitan kuman. Pesakit juga perlu diberikan input
tentang cara mengamalkan gaya hidup yang sihat, pengambilan ubat-ubatan mengikut
jadual dan pengambilan diet yang seimbang bagi memastikan pesakit benar-benar
sembuh daripada masalah kesihatan ini.

RUJUKAN
1. Adamis D, Roma-Giannikou E, Karamolegou K (2000).Fiber intake and
childhood appendicitis . Int J Food Sci Nutr 51 (3) .
2. Fitz RH (1886). Perforating inflammation of the vermiform appendix with
special reference to its early diagnosis and treatmen. Am J Med
Sci (92): 32146.
3. Gear JS, Brodribb AJ, Ware A, Mann JI (1981). Fibre and bowel transit
times". Br. J. Nutr. 45 (1): 7782.
4. Hugh TB, Hugh TJ (2001). Appendicectomy--becoming a rare
event?". Med. J. Aust. 175 (1): 78.
5. Nitecki S, Karmeli R, Sarr MG (1990). Appendiceal calculi and fecaliths as
indications for appendectomy. Surg Gynecol Obstet 171 (3): 1858.

10

Você também pode gostar