Você está na página 1de 3

PENGGUNAAN MODUL PDP MATEMATIK (KSSR) TAHUN 5

Penerangan Modul Pengajaran dan Pembelajaran


Matematik Tahun 5

Pendahuluan
Sebagai usaha panduan dan pencetus idea, modul pengajaran dan pembelajaran (PdP)
disediakan bagi membantu guru merealisasikan tuntutan dan hasrat KSSR melalui pendidikan
matematik. Keberkesanan pelaksanaan KSSR memerlukan guru menghayati kehendak dan
semangat pendidikan matematik seperti mana yang tersurat dalam dokumen KSSR Matematik
dan diterjemahkan dalam modul ini. Adalah diharapkan modul ini dapat membantu guru
melaksanakan kurikulum matematik yang dihasratkan dapat menyediakan murid yang lebih
berdaya saing, membentuk insan yang seimbang dan dapat menyumbang kepada keharmonian
serta kesejahteraan negara.
Modul ini memuatkan beberapa maklumat berhubung dengan senarai standard pembelajaran
yang perlu diajar serta cadangan aktiviti dan latihan. Modul ini boleh diguna pakai sebagai
pencetus idea. Namun begitu, guru juga boleh mengubah suai dan mengembangkan lagi aktiviti
dan latihan yang dicadangkan.
Keperluan Penyebaran Maklumat
Jelaskan kepada Ketua Panitia (KP) bahawa modul PdP Matematik KSSR Tahun 5:
1.
Merupakan tafsiran DSKP Tahun 5 dan bukan Rancangan Pengajaran Harian (RPH).
2.
Modul yang dibina tidak merangkumi semua tajuk di dalam DSKP. Dipilih beberapa tajuk
sahaja.
3.
Cadangan aktiviti yang boleh digunapakai mengikut kesesuaian persekitaran murid. Guru
boleh memilih mana-mana aktiviti yang sesuai bagi memastikan Standard Pembelajaran
tercapai dan tidak semestinya melaksanakan kesemua aktiviti.
4.
Ada beberapa tajuk seperti tambah, tolak, darab dan bahagi di akhir tajuk disertakan
contoh Standard Prestasi merangkumi contoh-contoh soalan Tahap Penguasaan 1 hingga
Tahap Penguasaan 6 sebagai panduan kepada guru-guru.

Nota: Modul PdP matematik KSSR Tahun 5 yang dibina hanya mengandungi sebahagian
tajuk-tajuk yang terdapat dalam 4 bidang pembelajaran. Tajuk di bawah bidang
pembelajaran Sukatan dan Geometri tidak ada dalam modul ini.

PENGGUNAAN MODUL PDP MATEMATIK (KSSR) TAHUN 5

Pengunaan Modul
Minta guru-guru membaca kandungan muka surat (iii) hingga (v) sebelum melihat isi kandungan
modul bermula pada muka surat 1.
Bagaimana modul ini digunakan (Rujuk muka surat vi)
Bidang:

Merupakan skop kandungan Matematik yang ditetapkan.


Ada empat bidang pembelajaran iaitu bidang;
1.
2.
3.
4.

Tajuk:

Nombor dan operasi,


Sukatan dan geometri,
Perkaitan dan algebra,
Statistik dan kebarangkalian.

Merupakan tajuk yang perlu diajar oleh guru. Bagi matematik tahun 5 terdapat 18
tajuk di bawah empat bidang pembelajaran.
(Bagi modul ini tajuk bagi muka surat 1 ialah nombor bulat hingga
1 000 000).

Standard kandungan (SK):


Kenyataan umum tentang domain kognitif (pengetahuan) dan efektif (sikap dan
nilai) yang boleh dicapai oleh murid dalam sesuatu subtopik. Guru perlu
memastikan murid dibimbing bagi mencapai standard yang ditetapkan.
Standard pembelajaran (SP):
Kenyataan khusus tentang apa yang murid patut tahu dan boleh lakukan dari
segi pengetahuan atau konsep yang difahami dan keupayaan melakukan
sesuatu yang membolehkan murid menunjukkan profisiensi mereka dalam
pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam bentuk yang boleh diukur.
Melalui aktiviti yang dilakukan murid sewajarnya berupaya mencapai standard
pembelajaran yang ditetapkan.
Nota: Standard Pembelajaran tidak menunjukkan
pembelajaran. Ini bertujuan memberi ruang dan peluang
menggunakan kreativiti dalam menyediakan persekitaran
untuk murid membentuk konsep dan mengembangkan
nilai dalam matematik.
Masa:

langkah pengajaran
diberikan kepada guru
pembelajaran kondusif
kemahiran, sikap dan

Cadangan masa bagi mencapai SK dan SP yang ditetapkan. Masa yang ditetapkan boleh diikuti, dikurangkan atau dilanjutkan mengikut kesesuaian
pembelajaran murid.

PENGGUNAAN MODUL PDP MATEMATIK (KSSR) TAHUN 5

Kerangka Aktiviti Yang Terhasil Pada Modul


Aktiviti yang dibina dalam modul terbentuk dalam tiga lajur iaitu lajur fasa, cadangan aktiviti dan
cadangan komunikasi.
Lajur fasa:

Fasa yang dibina ada 4 fasa berasaskan kepada elemen kreativiti dan inovasi
yang mana terdiri daripada fasa:
1. Persediaan,
2. Imaginasi,
3. Perkembangan,
4. Tindakan.
Fasa Persedian
Merupakan fasa awal yang perlu dilakukan oleh guru bagi memastikan murid
bersedia untuk memulakan pembelajaran. Pembelajaran di fasa ini boleh berlaku
melalui pemerhatian dan analisis yang dibuat oleh murid.
Fasa Imaginasi
Merupakan fasa percambahan dan penjanaan idea melalui pembelajaran, fasa
ini membentuk dan mengalakkan murid mengeluarkan idea-idea bagi SP pada
hari tersebut.
Fasa Perkembangan
Semasa aktiviti dilakukan oleh murid, jika berlakukan kesilapan, guru perlu
membuat pembetulan serta merta di fasa ini. Proses penambahbaikan perlu
dilakukan serta merta bukannya tertangguh. Ini bertujuan mengelakkan
kesilapan tersebut berterusan dan tertanam dalam jiwa murid-murid. Fasa ini
juga membolehkan guru menilai adakah murid berupaya menguasai SP melalui
standard yang ditetapkan.
Fasa Tindakan
Merupakan fasa pengukuhan atau penilaian bagi memastikan objektif
pembelajaran pada hari tersebut tercapai. Dalam modul ini banyak diselitkan
dengan lembaran kerja.
Nota: Perlu diingatkan fasa kreativiti dan inovasi ini tidak semestinya dihabiskan
dalam sehari. Sekiranya pdp tidak dapat dihabiskan, contohnya pada hari
pertama guru cuma dapat mengajar fasa persediaan dan fasa imaginasi sahaja.
Hari kedua boleh mulakan dengan fasa perkembangan dan fasa tindakan.
Pentaksiran
Merupakan ujian sumatif bagi memastikan standard pembelajaran tersebut
tercapai.
Nilai dan sikap
Merupakan cadangan elemen yang boleh diterapkan semasa pdp.
Lampiran dan Lembaran Kerja:
Merupakan cadangan dan latihan yang boleh dijadikan aktiviti bagi menambah
kefahaman murid.
3

Você também pode gostar