Escolar Documentos
Profissional Documentos
Cultura Documentos
0 PENDAHULUAN
Definisi Amanah Dari Segi Bahasa menurut kamus dewan edisi keempat, amanah atau
amanat bermakud sesuatu yang dipercayakan kepada seseorang. Maksud ini boleh digunakan
untuk barangan atau sesuatu yang dipercayakan untuk disimpan. Maksud kedua ialah
kepercayaan yang diletakkan kepada seseorang. Amanah juga boleh didefinisikan sebagai
keamanan dan ketenteraman.Tegasnya perkataan penting bagi maksud amanah dan amanat
ialah kepercayaan dan ketenteraman.
Dalam Bahasa Arab, amanah juga disebut amanah.Ia berasal daripada gabungan tiga
huruf iaitu alif, mim dan nun. Seperti bahasa Melayu, amanah dalam bahasa Arab juga
bermaksud ketenteraman hati. Dari gabungan ketiga-tiga huruf ini lahirlah perkataan amn,
amanah dan iman . Sementara makna perkataan yang terhasil daripada ketiga-tiga huruf ini
ialah ketenangan hati. Ini kerana amanah menunjukkan kepada kepercayaan, kepercayaan
pula melahirkan rasa ketenteraman. Sementara perkataan amn juga menunjukkan kepada
makna tiada ketakutan. Lawan bagi amanah ialah khianat.
i. Pemimpin
ii.
Ulama berlaku adil terhadap orang-orang awam dengan memberi petunjuk kepada
mereka untuk memiliki itikad yang benar,
iii.
Memberi motivasi untuk beramal yang memberi manfaat kepada mereka di dunia dan
akhirat,
iv.
Memberikan pendidikan yang baik, menyuruh berusaha yang halal serta memberikan
nasihat-nasihat yang dapat memperkokoh keimanan agar terhindar dari segala
kejelekan dan dosa serta mencintai kebenaran dan kebaikan.
v.
c) Amanah manusia terhadap dirinya sendiri, iaitu berbuat sesuatu yang terbaik dan
bermanfaat bagi dirinya baik dalam urusan agama maupun dunia, tidak pernah
melakukan yang membahayakan dirinya di dunia dan akhirat.
Semua umat manusia perlu bersifat amanah tidak kira berbeza agama, bangsa dan
Negara. Umat manusia perlu amanah dalam menjadi makhluk Allah dalam bentuk sebagai
seorang pelajar, ibubapa pekerja dan lain-lain.
Sebagai makhluk Allah kita seharusnya amanah dengan perintah yang diberikan oleh
Allah. Contonhya solat 5 waktu sehari semalam, menjaga persekitaran serta tidak merosakan
alam ini dan sebagainya. Amanah yang dianugerahkan perlu dilakukan dengan ikhlas
dan sepenuh hati. Pada asasnya kita perlu amanah sebagai khalifah Allah dimuka bumi.
Firman Allah
sesungguhnya kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gununggunung, maka semunya enggan untuk memikul amanah itu dan kuwatir akan
mengkhianatinya dan pikullah amanah oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim
dan bodoh. Al ahzab surah 33 : 72.
Ini menunjukkan bahawa amanah sebagai kalifah Allah adalah sangat berat. Manusia
sentiasa tidak bersyukur dengan anugerah yang dikurniakan oleh Allah dengan mencemarkan
alam sekitar dan merosakkan pemandangan indah di bumi. Manusia juga perlu amanah
dengan setiap tujuh pancaindera iaitu mata, telinga, lidah, tangan, kaki, perut dan kemaluan
yang telah dikurnaiakan. Anggota badan ini perlu dijaga dan tidak digunakan kearah maksiat
contoh amanah mata dengan tidak melihat perkara yang haram dan perlu digunakan untuk
melihat kebesaran Allah seperti pemandangan alam untuk kita mensyukuri kebesaran Allah
Seterusnya melaksanakan amanah dari sudut sebagai seorang pelajar. Seorang pelajar
seharusnya amanah dalam menuntut ilmu fardu ain dan fardhu kifayah. Menuntut ilmu
adalah wajib bagi setiap manusia. Setiap pelajar haruslah belajar dengan bersungguhsungguh dan berusaha untuk mempelajari pelbagai jenis ilmu yang bermanfaat sebagai tanda
menghargai kebesaran Allah.
Melaksanakan amanah dari sudut sebagai ibubapa yang baik. Bersifat amanah dalam
mendidik anak anak supaya menjadi anak yang soleh dan solehah kerana anak-anak adalah
anugerah daripada Allah yang perlu kita jaga dengan baik. Namun seringkali kita lihat kini
didada-dada akhbar tentang pembuangan bayi yang semakin berleluasa. Bayi mereka juga
dibuang secara kejam dan tanpa belas kasihan.Ini menunjukan mereka tidak amanah menjaga
anugerah Allah ini dengan baik.
Ibubapa perlu mendidik anak dengan akhlak baik semantapnya supaya mereka menjadi
perwira yang mempertahankan dan mengagung-agungkan agama Allah.
Amanah sebagai seorang pekerja ialah bersikap amanah semasa bekerja contohnya tidak
tidur semasa waktu kerja, berat tulang, mencuri dan menggunakan harta syarikat untuk
kegunaan peribadi dan perkara-perkara yang tidak baik. Pekerja yang amanah perlulah
menyiapkan kerja tepat pada masanya dan mematuhi masa iaitu tidak lewat ke pejabat tanpa
alasan yang munasabah. Pekerja yang baik perlu elak dari pecah amanah, rasuah dan
menyebarkan maklumat penting syarikat kepada orang luar.
Amanah yang diberikan Allah kepada hambanya mesti dijaga dengan sebetulnya dan
tidak boleh disia-siakan. Begitu juga amanah yang diberikan oleh manusia,tidak boleh kita
lalaikan.Apabila kita merasakan bahawa kita tidak mampu untuk memikul amanah yang
diberi janganlah kita menerima amanah tersebut kerana dikhuatiri akan mendatangkan impak
yang negatif kepada kelangsungan makhluk Allah yang lain. Kita perlu bijaksana
menolaknya tanpa menyinggung perasaan orang lain. Jika amanah ini dikhianati ,maka
hancurlah masyarakat dan negara.Nabi Muhammad s.a.w bersabda maksudnya
Seorang laki-laki datang bertanya kepada rasulullah: Bilakah kiamat itu akan terjadi
wahai rasulullah? .Dijawab oleh rasulullah : Bila amanah (kepercayaan) diabaikan, maka
tunggulah kiamat itu . Kata lelaki itu lagi Bagaimana pula mengabaikan kepercayaan
itu? Jawab rasulullah : apabila urusan atau pekerjaan diserahkan kepada orang yang
tidak ahli, maka tunggulah kiamat itu.
Berikutan dengan ini pentingnya kita tahu dimanakah tahap kita untuk memikul
sesebuah tanggungjawab yang diamanahkan. Ilmu pengetahuan penting bagi melaksanakan
amanah dengan baik dan beretika kerana jika tiada ilmu pasti sedikit sulit untuk melaksnakan
amanah tersebut. Hal ini kerana kita tidak mengetahui cara yang betul dan kaedah serta
prosedur untuk melaksnakanya. Seringkali kita baca didada-dada akhbar serta di kaca
televisyen tentang isu yang berkaitan pelangaran amanah.Contohnya kes rasuah dikalangan
pemimpin, kes pecah amanah dan kes kerja terbengkalai kerana dipertangungjawabkan
kepada mereka yang tiada ilmu tentang bidang tersebut serta kurang kemampuan untuk
melaksanakan amanah.
Oleh itu pemberi amanah perlu melakukan analisis dan kajiselidik serta mengetahui
kebolehan individu tersebut samada amanah yang diberi bersesuian atau tidak dengan ilmu
yang dimiliki sebelum menyerahkan tugas tersebut. Penerima amanah juga perlu tahu
kemampuan diri dan tidak mementingkan diri sendiri.
Bersifat amanah adalah satu amalan mulia yang perlu diterapkan dalam diri setiap
individu. Tanpa sifat ini kelangsungan hidup seharian serba sedikit pasti akan terganggu.
Sikap amanah penting kepada individu itu sendiri. Individu yang sentiasa melaksanakan
amanah pasti akan lebih dihormati dan disanjungi oleh orang lain. Masyarakat meletakkan
sepenuh kepercayaan kepada individu yang bersikap amanah dan seringkali mendapat
keberkatan di dunia dan di akhirat.
Individu tersebut pasti jiwanya akan merasa tenang ,aman dan akan lebih dipercayaai
kerana melaksanakan satu tanggungjawab yang besar dengan melaksanakan segala amanah
yang telah dituntut olehnya. Individu ini telah menunaikan segala amanahnya terutamanya
terhadap Allah iaitu menjadi khalifah yang baik di muka bumi dan kemudian amanah
terhadap sesama manusia dengan ikhlas dan istiqamah. Individu tersebut berusaha untuk
menjaga harga diri dan berusaha untuk mempertingkatkan iman serta menjaga akhlaknya
dariapada amalan yang tidak baik.
Kemudian kepentingan sifat amanah terhadap masyarakat. Aturan hidup menjadikan
manusia saling bersandarkan dan memerlukan antara satu sama lain dengan ini kelangsungan
hidup dapat dinikmati dengan lancar. Penerapan sifat amanah dalam setiap individu dapat
menjamin kesejahteraan hidup antara satu sama lain kerana masyarakat saling berkerjasama
mencapai objektif yang tersendiri. Contohnya antara guru dan pelajar yang mana guru mesti
amanah menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada pelajar dan begitu pula disebaliknya
pelajar harus amanah menuntut ilmu serta dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh
guru dengan seikhlas mungkin.
Seterusnya sikap amanah penting dalam urusan pentadbiran dan urusan kepimpinan
bagi membentuk sebuah Negara yang aman dan harmorni. Tidak mengira siapa diri, jawatan
atau apa sahaja kita haruslah menjaga amanah yang telah diberikan dan sentiasa berwaspada
diatas amanah tersebut. Pemimpin yang amanah akan melestarikan Negara yang terbilang
tanpa sebarang konflik dan akan sentiasa adil tanpa sikap berat sebelah.
Negara akan lebih membangun dan ramai pelabur akan meletakkan sepenuh
kepercayaan terhadap Negara kerana rakyatnya yang terkenal dengan sifat amanah. Negara
luar akan lebih menghormati Negara kita dan tidak gentar untuk melabur seterusnya dapat
menjana keuntungan dan keamanan Negara. Negara akan menjadi sebuah Negara contoh
kerana semua rakyatnya melaksanakan amanah yang diberikan. Masalah rasuah serta masalah
pecah amanah pasti dapat dikurangkan dan dapat dikawal dengan baik.
Amanah adalah akhlak dari para Nabi dan Rasul. Mereka adalah orang-orang yang
paling baik dalam menjaga amanah. Tidak heran bila Rasulullah dikenal sebagi orang
yang paling terpercaya, terutama dalam menjalankan amanah.
Ada empat elemen penting dalam konsep amanah, iaitu:
Menjauhkan dari sifat lalai rtinya amanah memang harus disampaikan dengan tepat,
tidak ditambahi atau dikurangi
Sifat Amanah adalah berkaitan dengan akhlak , seperti kejujuran, kesabaran, atau
keberanian. Kerana untuk menjalankan amanah, perlu keberanian yang tegas. Amanah
sebagai salah satu unsur dalam Islam, membuktikan salah satu fungsi agama adalah
memberikan nilai pada kehidupan, samada perkara itu kecil atau besar,amanah perlu
ditunaikan.
Islam mengajarkan bahwa tidak ada iman bagi orang yang tidak amanah dan tak
ada agama bagi orang yang tidak menunaikan janji. Ini berarti amanah adalah
sebahagian dari iman. Sehingga mereka yang tidak menjaga amanah, termasuk pada
golongan orang-orang yang tidak beriman. Selain itu, agama juga mengajarkan kita
untuk menepatinya kerana ianya adalah sebahagian daripada kehidupan.
Amanah juga merujuk kepada golongan manusia yang termasuk para pemimpin.
Kita semua merupakan pemimpin, setidaknya bagi diri sendiri dan keluarga. Segala
perkara yang dipertanggungjawabkan kepada kita akan disoal di akhirat nanti. Perkara ini
telah dinyatakan dalam Alquran surat Al Anfaal ayat 27:
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul
(Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan
kepadamu, sedang kamu mengetahui.
Dari ayat di atas, Allah benar-benar dengan tegas melarang sifat khianat.
Rasulullah pun dengan tegas mendidik umatnya untuk menjalankan amanah.
Contohnya, kisah tentang seorang anak kecil bernama Abdullah. Pada suatu hari,
dia disuruh ibunya menyampaikan setandan anggur kepda Rasulullah. Tapi di jalan,
kerana kehausan, Abdullah telah memakan beberapa biji anggur. Ketika anggur itu
diberikan, Rasulullah mengetahui hal itu dan seketika itu juga Rasulullah mencubit
telinga Abdullah sambil mengucapkan kalimat, Hai pengkhianat sebanyak tiga kali.
Dalam hal ini, kita dapat melihat bahwa menjaga amanah itu sangat penting dan menjadi
kesalahan besar untuk orang-orang yang mengabaikan amanah. Begitu besarnya, hingga
bumi, langit, dan gunung pun takut melanggarnya.
Hal ini telah dinyatakan dalam Alquran surat Al Ahzab ayat 72:
Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi, dan gununggunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan
mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu
amat zalim dan amat bodoh.
Sikap amanah perlulah dipupuk pada setiap masa tidak mengira umur, bangsa dan
tempat.Antara cara yang boleh memupuk sikap amanah dikalangan umat manusia ialah
dengan mendekati dan memahami maksud ayat al quran dan hadis-hadis nabi.
Terdapat banyak panduan yang lengkap telah dinyakan di dalam al-quran dari segi
semua aspek tentang amanah seperti tuntutan melaksanakan amanah,kesan tidak amanah dan
sebagainya.
Firman Allah s.w.t
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak
menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukuman di antara manusia
supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang
sebaik-baiknya kepada kamu.Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha
MelihatAn nisa surah 3: 58
Sikap amanah dapat menujukkan tahap keimanan seseorang sama ada tinggi atau
rendah. Seterusnya peranan ibu bapa dan guru dalam menerapkan sikap amanah dalam diri
anak-anak sejak kecil. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya,jati diri anakanak perlulah dibentuk sewaktu umur mereka masih kecil lagi. Jika mereka tidak diajar
tentang amalan-amalan mulia ini peratusan untuk mereka menjadi seorang yang gagal
melaksanakan amanah adalah tinggi.
Ibubapa dan guru perlu menjadi role model kepada anak-anak kecil untuk sentiasa
amanah dalam melakukan kerja dengan menunjukkan contoh yang baik dan tidak
menunjukkan sikap yang negatif supaya anak-anak tidak terikut-ikut dengan sikap negatif
tersebut iaitu menkhianati amanah yang diberi. Anak-anak perlu didedahkan pengetahuan
tentang amanah dan perlu selalu diingati supaya sentiasa amanah dalam melakukan setiap
perkara. Di sekolah juga perlu diajar dan didedahkan sikap amanah terhadap Allah, rasul,
semasa belajar,amanah dengan kawan-kawan dan lain-lain.
Rasullulah sendiri mengambarkan bahawa sikap manusia pada zaman sekarang yang
lebih mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan amanah yang diberi.
Jesteru , baginda s.a.w menyarankan kepada umatnya supaya menghadapi situasi itu
dengan melakukan tanggungjawab dan amanah masing-masing (Azwira,2006).
Selain itu, ianya disebabkan sikap tamak yang mempengaruhi diri sendiri supaya
tidak amanah. Manusia bersifat tamak haloba dalam mengaut keuntungan peribadi sendiri.
Contohnya , kes pecah amanah dan rasuah berjuta-juta dimana mereka telah hilang pedoman
dan jati diri setelah ditawarkan sejumlah wang yang besar ianya semata-mata untuk
keseronokan duniawi. Mereka tidak beretika dalam bekerja dan ini merupakan amalan
buruk yang boleh menjejaskan iman dan akhlak seseorang.
Kemudian sikap individu yang tidak memikir kehadapan dan memandang remeh
dengan amanah yang dipikul. Mereka tidak memikrkan kesan negatif yang bakal dihadapi
kelak jika tidak menjaga amanah. Individu ini hanya memikirkan keseronokan duniawi yang
sementara kerana telah dipengaruhi oleh tipu daya iblis laknatullah. Mereka tidak
memikirkan balasan ukhrawi dan tidak takut kepada tuhan.
Seterusnya mereka tiada ilmu bagaimana hendak melaksanakan amanah tersebut.
Amanah yang ada ditanggung atau diberi oleh individu yang salah. Ini menjadi masalah
terhadap individu terbabit untuk melaksanakan amanah beliau kerana kurang informasi
tentang amanah yang hendak dilaksanakan. Apabila mereka mencuba untuk melaksanakan
amanah tersebut maka akan timbulah konflik dan masalah-masalah yang berkaitan.Akhirnya
amanah gagal dilaksanakan dengan cekap dan efektif serta tepat. Diperingkat ini akan berlaku
lah rasuah yang berleluasa, kes pecah amanah, mengelapkan wang syarikat, menjual data
pada negara lain serta berlakunya kerosakan alam dan lain-lain.
Kesan dan akibat tidak amanah terhadap diri sendiri ialah diri merasa sentiasa serba
salah dan tidak aman. Manusia yang tidak menjaga tujuh pancaindera dan tidak bersyukur
dengan amanah yang diberikan akan berlakulah kemaslahatan terhadap diri sendiri.
Seterusnya bagi manusia yang tidak jujur dengan amanah mereka, tiada keberkatan
rezeki yang halal dengan hasil yang diperolehi untuk menyara anak dan isteri. Rezeki yang
tidak halal akan mendatangkan kesan yang negatif kepada diri sendiri dan orang sekeliling.
Setiap apa yang kita makan pasti akan menjadi darah daging dalam badan.
Hadis rasulullah s.a.w
Setiap daging yang tumbuh daripad benda yang haram , api nerakalah yang lebih utama
baginya
Sahabat , Abdullah bin Abbas pula berkata: tidak diterima solat seseorang yang di dalam
tubuh badanya terdapat benda yang haram. Riwayat At-Tirmizi.
Melalui hadis ini penting untuk kita melaksanakan amanah agar sumber makanan yang
diperolehi bukanlah dari sumber yang tidak halal. Apabila memakan makanan yang
sumbernya adalah tidak halal ia akan merosakan jiwa, hati menjadi gelap dan sukar untuk
mendapatkan hidayah serta sukar melakukan amar makruf nahi mungkar.
Firman Allah s.w.t
wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati(amanah) Allah dan
Rasulnya dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah kamu yang dipercayakan
kepadamu, sedang kamu mengetahui.Al-Anfal surah 8:27.
Pekerja yang tidak amanah dan tidak beretika dalam menjaga harta syarikat dan
kewangan syarikat seterusnya akan menyebabkan syarikat muflis dan aktiviti perniagaan
tidak dapat dilakukan. Ini automatiknya mendatangkan kesan kepada masyarakat dimana
mengurangkan peluang pekerjaan di negara.
Masyarakat seterusnya akan saling berpecah belah dan tidak mempercayai antara satu
sama lain. Sesuatu pentadbiran kerajaan tidak boleh dilaksanakan jika pemimpinya tidak
bersifat amanah dan hal ini hanya boleh mendatangkan haru biru dan kehancuran negara.
Di akhirat kelak manusia akan ditanya tentang amanah yang diberikan samada
manusia itu melaksanakan amanah tersebut dengan baik atau gagal melaksanakanya dan
bersikap sambil lewa. Jika telah sempurna amanah tersebut ganjaran dan balasan yang baik
akan diberi namun jika gagal dilaksanakan amanah tersebut akan dituntut semula.
3.0 PENUTUP
Oleh itu, amanah yang telah dianugerahkan oleh Allah perlu kita laksanakan sebaik
mungkin dan jangan disia-siakan. Bagi mereka yang menunaikan amanah pasti akan diberi
jaminan surga oleh Allah.
4.0 RUJUKAN