Você está na página 1de 16

FAKULTI :

PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER / TAHUN
SEPTEMBER / 2014

KOD KURSUS
HBMT4403_V2SMP

TAJUK KURSUS
TEACHING OF UPPER SECONDARY MATHEMATICS PART III

DI SEDIAKAN OLEH

: ANIZAN BT CHE MAT

NO. MATRIKULASI

NO. KAD PENGENALAN :

770805035800

NO. TELEFON

01112167199

E-MEL

anizadib@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN:
CENTRE

770805035800001

KELANTAN LEARNING

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBMT4403 SMP~

1.0

Pengenalan

Di Malaysia, sistem pendidikan sentiasa dirombak supaya kurikulum dapat diselaraskan


dengan perkembangan masyarakat dan dunia. Beberapa perubahan dan pembaharuan dalam
bidang Matematik telah dibuat termasuklah Perlaksanaan Matematik Kurikulum Baru
Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1989. Matlamat Matematik KBSM yang
dinyatakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum adalah untuk memperkembangkan
pemikiran mantik, analitik, bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah serta
kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan Matematik supaya seseorang dapat berfungsi
dalam kehidupan seharian dengan berkesan dan bertanggungjawab serta menghargai
kepentingan dan keindahan Matematik (Huraian Sukatan Pelajaran, 1993).
Penggunaan teknologi ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.
Pengajaran dan pembelajaran Matematik digabungkan dengan penggunaan teknologi seperti
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), kalkulator grafik dan perisian dinamik akan
memberi lebih ruang dan peluang kepada murid untuk meneroka dan mendalami konsep
matematik yang dipelajari. Penggunaan teknologi mengasah daya fikir kritis dan kreatif
murid apabila murid membina, menguji dan membuktikan konjektur. Selain itu, penggunaan
TMK menyediakan peluang untuk murid berkomunikasi secara matematik bukan sahaja di
persekitaran mereka, malah dengan murid dari negara lain, dan dalam proses tersebut
menjadikan pembelajaran matematik lebih menarik dan menyeronokkan.
Peluang, kemungkinan dan kebarangkalian terjadinya sesuatu perkara dan peristiwa
sering kita dengar dalam kehidupan harian. Kadangkala kita lebih lebih suka menyebutnya
sebagai kebarangkalian. Kebarangkalian terjadinya sesuatu perkara amat menarik untuk kita
ketahui kerana dengan berbuat demikian kita mampu membuat perancangan. Umpamanya
jika kita mengetahui bahawa kemungkinan hari ini akan berlaku kesesakan disebuah
lebuhraya, sudah pasti kita akan mengelak daripada melalui lebuhraya seperti berikut. Begitu
juga, jika seorang penganalisis pemasaran merasakan sesuatu produk tidak lagi diterima oleh
penggunaan, sudah pasti beliau akan memikirkan produk yang disukai oleh pelanggan.

~1~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBMT4403 SMP~

Contoh yang diberikan ialah beberapa keadaan yang melibatkan kemungkinan atau dengan
istilah matematiknya ia disebut sebagai kebarangkalian.
Kebarangkalian adalah salah satu tajuk dalam matematik. Kebarangkalian termasuk
dalam bidang perkaitan dalam matematik. Terdapat beberapa subtopik atau bahagian yang
mengelirukan dan menyekat kefahaman pelajar dalam tajuk kebarangkalian ini. Bagi
menyelesaikan masalah ini, guru sangat memainkan peranan penting untuk memberi
kefahaman yang berkesan kepada pelajar untuk memahami topik tersebut.
2.0

Istilah-Istilah Dalam Kebarangkalian


Pada dasarnya kebarangkalian ialah satu ukuran kuantitatif kemungkinan berlakunya

sesuatu peristiwa. Kebarangkalian yang biasa digunakan setiap hari adalah suatu ukuran
kemungkinan berlakunya sesuatu peristiwa yang nilainya semata-mata bergantung kepada
darjah kepercayaan seseorang terhadap sesuatu peristiwa itu akan berlaku. Kebarangkalian
boleh ditakrifkan sebagai kajian secara rawak atau kemungkinan berlakunya sesuatu
peristiwa yang dikaitkan dengan ujikaji.

~2~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBMT4403 SMP~

Berikut merupakan beberapa istilah yang digunakan dalam tajuk kebarangkalian:2.1

Uji kaji

Uji kaji ialah suatu proses atau tindakan memerhatikan sesuatu. Kesudahan

bagi suatu uji kaji ialah keputusan yang mungkin berlaku dalam ujikaji itu.
Contohnya, melemparkan sebiji dadu sekali, hasil yang didapati adalah
nombor yang timbul di atas permukaan dadu.

2.2

Ruang Sampel

Menurut Lim, et al. (2011), ruang sampel adalah set yang mengandungi semua
kesudahan yang mungkin bagi suatu uji kaji. Misalnya, apabila kita
melambungkan sekeping duit syiling, kita akan mendapat gambar atau angka.
Gambar dan angka merupakan dua kesudahan yang mungkin apabila sekeping

duit syiling dilambungkan.


Setiap kejadian biasanya memberikan hasil yang berlainan. Misalnya, apabila
sebiji dadu dilambungkan, terdapat enam hasil yang mungkin, iaitu sama ada
nombor 1, 2, 3, 4, 5, atau 6 akan muncul. Setiap hasil yang berlainan dalam
suatu kejadian dikenal sebagai kesudahan dan set yang menyenaraikan semua

kesudahan yang mungkin bagi suatu kejadian dikenal sebagai ruang sampel.
Kita boleh menyatakan ruang sampel dengan cara memberikan semua
unsurnya secara terus atau dengan keterangan yang lengkap untuk
membayangkan semua unsur dalam ruang sampel. Misalnya, apabila sebiji
dadu dilambungkan, maka ruang sampelnya ialah set semua kesudahan yang
mungkin bagi lambungan dadu atau {1, 2, 3, 4, 5, 6}.

2.3

Peristiwa

set kesudahan yang memenuhi syarat tertentu dan merupakan suatu subset
bagi ruang sampel. Misalnya, dalam lambungan dadu tadi, peristiwa nombor
genap muncul ialah {2, 4, 6} dan peristiwa nombor yang kurang daripada 4

muncul ialah {1, 2, 3}.


Contoh: Dua duit syiling adil dilambung. Tuliskan ruang sampel.
Penyelesaian:

~3~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBMT4403 SMP~

Katakan K ialah mendapat kepala dan B mendapat bunga. Ruang sampel S


yang diberikan oleh S = {KK, KB, BK, BB}. Bilangan unsur dalam ruang
sampel ialah 4 dan ditulis sebagai n (S) = 4
2.4

Rawak

Cara sesuatu peristiwa berlaku bergantung kepada cara unsurnya dipilih.


Misalnya, dalam suatu pertandingan yang terdiri daripada 5 orang peserta, jika
kita menganggap bahawa setiap peserta mempunyai peluang yang sama untuk
menang. Maka kebarangkalian bahawa seseorang peserta akan menang dalam
1
.
5
Biasanya, kita menganggap semua unsur yang terlibat mempunyai peluang
pertandingan itu ialah

yang sama untuk dipilih. Dalam istilah statistik, kita mengatakan bahawa
pemilihan setiap unsur adalah secara rawak. Sifat rawak memastikan keadilan
kesudahannya.
3.0

Ringkasan Pendekatan Dan Bahan Yang Digunakan Dalam Artikel


Kebarangkalian merupakan satu topik yang penting dalam pembelajaran matematik.

Bagaimanapun, ia bukanlah satu topik yang mudah dipelajari oleh pelajar terutama di
peringkat sekolah. Ini kerana kebarangkalian adalah sangat abstrak dan memerlukan
kefahaman yang mendalam untuk menjelaskan makna sesuatu konsep. Untuk melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran kebarangkalian yang berkesan, para guru perlu mengetahui
masalah dan cabaran yang dihadapi oleh pelajar dan juga konsep penting dalam pengajaran
kebarangkalian.
Kajian kebarangkalian membantu kita memikirkan kemungkinan berlakunya sesuatu.
Sebagai contoh, apabila anda melambungkan duit syiling, anda mungkin bertanya bagaimana
kemungkinan anda mendapatkan kepala. Dalam bidang matematik, kita panggil "berlaku"
sebagai "peristiwa" (even). Kebarangkalian merupakan nombor 0 hingga1 yang memberitahu
kita bagaimana mungkin sesuatu yang akan berlaku. Peristiwa-peristiwa yang akan berlaku

~4~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBMT4403 SMP~

akan mempunyai kebarangkalian yang dekat dengan 1 dan peristiwa-peristiwa yang mustahil
berlaku akan mempunyai kebarangkalian yang menhampiri 0. Kebarangkalian boleh
mempunyai dua pendekatan iaitu kebarangkalian ujikaji (experimental probability) dan
kebarangkalian berteori (theoretical probability). Nilai kebarangkalian boleh berbentuk
pecahan, nombor perpuluhan atau sebagai peratusan.
Salah satu kaedah yang digunakan untuk penguasaan konsep kebarangkalian ialah
kaedah eksperimentasi. Kaedah ini telah di kaji oleh Amizatul Akmar binti Abdul Khalid
SMK Bandar Baru Sg. Buloh dimana beliau amat tertarik untuk mengkaji topik
kebarangkalian kerana topik ini memerlukan tahap penaakulan serta penguasaan konsep yang
tinggi. Penyelidik juga mendapati bahawa tajuk ini sangat menarik untuk dipelajari serta
banyak diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan pelbagai bidang lain seperti ekonomi,
statistik, ramalan kaji cuaca, penyelidikan genetik, penyelidikan kejuruteraan dan
sebagainya. Oleh itu, jelaslah bahawa topik Kebarangkalian ini amat penting untuk dikuasai.
Bagi sesetengah pelajar yang kurang memahami sesuatu subtopik dalam kebarangkalian,
adalah amat penting bagi seorang guru menggunakan kaedah yang bermutu dan mudah
difahami oleh pelajarnya. Penggunaan buku teks dan buku rujukan semata-mata tidak mampu
untuk meningkatkan kefahaman pelajar tersebut.
Kaedah eksperimentasi ini merujuk kepada kaedah eksperimen atau kerja praktik
yang boleh ditakrifkan sebagai suatu aktiviti yang mempunyai tujuan untuk mendapatkan
hasil daripada kerjanya. Dalam pengajaran matematik, kaedah eksperimen ialah suatu kaedah
di mana pelajar dilatih menggunakan alat bantu mengajar untuk memahami konsep dan
menguasai sesuatu kemahiran. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk menguasai kemahiran
dalam penyelesaian masalah matematik. Dalam pengajaran dan pembelajaran matematik,
kaedah eksperimen telah digunakan secara meluas.
Memandangkan topik kebarangkalian memerlukan tahap imaginasi yang tinggi untuk
menyelesaikan masalah, wajarlah diberi penekanan di kalangan pelajar untuk menyediakan
bahan-bahan rekreasi supaya pembelajaran kebarangkalian menjadi lebih seronok dan
memudahkan pelajar untuk menyelesaikan masalah tersebut serta dapat menarik minat

~5~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBMT4403 SMP~

pelajar. Menurut Roberts dan Schramm (1971 ) rekreasi matematik merupakan sumber
pengayaan yang boleh mempercepatkan kadar pembelajaran pelajar sederhana sambil
mendalami pengalaman pelajar yang cerdas. NCTM (1987) pula menggalakkan rekreasi
matematik sebagai aktiviti yang menyeronokkan bagi pelajar-pelajar yang cerdas dalam
matematik sambil mengukuhkan konsep-konsep matematik. Di samping penggunaan bahan
rekreasi dalam topik kebarangkalian, seseorang guru memerlukan penekanan terhadap aspek
latihan dan latih tubi agar persepsi pelajar yang merasakan topik ini sukar dapat diatasi.
Selain daripada menggunakan kaedah eksperimentasi dan menggunakan bahan-bahan
rekreasi, peta minda juga merupakan salah satu kaedah dalam pembelajaran kebarangkalian.
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Rusilah Jais, Yusminah Mohd Yusof, Nur Ashiqin
Najmuddin,Isamudin Rasip dan Siti Arbaiah Darus dari kolej matrikulasi Melaka,
penggunaan peta minda dapat meningkatkan kefahaman mereka terhadap konsep
kebarangkalian dan dapat membantu mereka dalam menjawab soalan-soalan kuiz-kuiz dan
ujian.
Peta minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan pada tahun 1960an sebagai satu
kaedah yang boleh membantu pelajar mencatat nota. Kini penggunaan peta minda semakin
penting sebagai satu kemahiran mengorganisasi maklumat dan menghuraikan konsep atau
objektif secara teratur (Subadrah 2001). Kaedah peta minda ini menggunakan kedua dua
belah otak (Buzan 1976) dan dengan cara ini, dapat meningkatkan lagi produktiviti dan
ingatan memori (Brinkmann 2003).
Pembelajaran Kebarangkalian seharusnya terjadi secara interaksi dua hala samada di
kalangan pelajar dengan guru ataupun antara pelajar dengan pelajar. Di samping itu, para
pelajar didapati kurang mahir dalam membuat perkaitan di antara satu topik dengan topik
yang lain mahupun antara satu sub topik dengan sub topik yang lain dan juga di antara satu
konsep dengan konsep yang lain. Kefahaman membuat perkaitan antara konsep dan topik ini
perlu ada memandangkan pengetahuan ini merupakan satu pengetahuan berbentuk hieraki
kefahaman berbentuk mudah kepada yang berbentuk abstrak. Masalah-masalah beginilah
yang menjadikan pelajar-pelajar kurang berminat terhadap matapelajaran matematik. Justeru

~6~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBMT4403 SMP~

itu, pengkaji ingin mencadangkan penggunaan kaedah peta minda di kalangan para pelajar
dengan harapan untuk membantu mereka meningkatkan kefahaman konsep dan perkaitan di
antara satu konsep dengan konsep yang lain mahupun dari satu topik ke topik yang lain.
Seterusnya, ini dapat membantu mereka dalam menyelesaikan soalan-soalan Matematik.
Dalam pendidikan Matematik, pemetaan minda boleh digunakan bagi mencapai
beberapa matlamat: mengorganisasi maklumat, membantu kepada pengekalan ingatan,
membuat perkaitan di antara pengetahuan baru dengan pengetahuan sediaada, membantu
kepada pengenalan konsep baru, memperjelas dan mengvisualisasikan struktur kognitif
pelajar dan menggalakkan kreativiti seseorang pelajar (Brinkmann 2003). Di samping itu,
pemetaan

minda

boleh

digunakan

sebagai

satu

alat

pedagogi

bagi

membantu

mempertingkatkan lagi pencapaian Matematik di kalangan pelajar (Brinkmann 2003).


Subadrah (2001) menyatakan penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran
mempunyai banyak kelebihan. Antaranya ialah membantu pengajaran guru kerana dengan
menggunakan peta minda guru dapat menyusun maklumat yang diajar dengan jelas. Menurut
beliau lagi, bagi pelajar pula dengan melihat peta minda pelajar dapat mengikuti penerangan
guru dengan teratur dan teliti, contohnya dalam pembelajaran Matematik. Justeru adalah
dicadangkan agar guru memahirkan diri serta berusaha memperkenalkan aktiviti ini kepada
para pelajar.

4.0

Bahan Pengajaran dan Pembelajaran


Penggunaan bahan bantu mengajar memberi sumbangan yang amat besar dalam

mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. Bahan
bantu mengajar ini juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam kaedah pengajaran
guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman (OmardinAshaari, 1999). Antara
rasionalnya penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran
ini adalah untuk mengetengahkan konsep. Ini bermaksud pelajar dapat menyaksikan sendiri
tunjuk cara dan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru semasa menyampaikan
pengajaran dalam bilik darjah. Pengajaran guru akan lebih mudah dengan penggunaan bahan

~7~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBMT4403 SMP~

bantu mengajar, lebihlebih lagi bahan yang digunakan itu bersesuaian dengan tajuk
pelajaran yang disampaikan oleh guru. Antara lain rasionalnya adalah untuk mencetuskan
minat pelajar. Peralatan yang digunakan juga menjadi pengalak dalam penyampaian
pelajaran. Bahan bantu mengajar dapat mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai kepada
pelajar. Jika bahan bantu mengajar digunakan dengan teratur semasa memberi penerangan,
pengajaran yang disampaikan akan mencetuskan minat pelajar.
Berikut merupakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam
memperkenalkan konsep dalam tajuk kebarangkalian.
4.1

Persembahan power point.


Perisian

Microsoft

Power

Point

mempunyai

pelbagai

kelebihan

terutamanya untuk tujuan Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik


darjah kerana dikatakan mampu meningkatkan pemindahan maklumat. Antara
kelebihan penggunan perisian Microsoft Power Point ialah mempunyai ciri
media seperti animasi, visual, audio, dan grafik yang dapat menarik minat pelajar dan
penonton secara spontan. Selain itu Power Point juga boleh digunakan sebagai alat
persembahan presentation) atau alat bantuan instruksi
Seterusnya Power Point boleh digunakan untuk proses Pengajaran dan
Pembelajaran untuk kumpulan besar seperti kuliah, kumpulan kecil seperti
perbincangan

atau

tutorial

dan

individu

iaitu

melalui

Individu.Penggunaan Power Point juga membolehkan

pembelajaran

pengguna membuat

pindaan, tambah atau membina slaid baru semasa persembahan dijalankan dan
boleh menyediakan salinan utama ( Master ) untuk membuat bahan tayangan
transperansi.
Berikut print skrin paparan power point untuk pengajaran dan pembelajaran
kebarangkalian :

~8~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBMT4403 SMP~

~9~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBMT4403 SMP~

4.2

Bahan Manipulatif.
Menurut Heddens (2005) bahan manipulatif ialah model konkrit yang
melibatkan konsep matematik, menarik kepada beberapa deria serta boleh disentuh
dan digerakkan oleh murid-murid. Pada masa sekarang, bahan manipulatif
digunakan dalam pengajaran matematik telah diterima yang boleh diguna pakai
sebagai satu kaedah yang akan membantu murid-murid belajar matematik dengan
lebih bermakna. Pendek kata, bahan manipulatif membantu murid-murid membina
imej mental yang lebih jelas untuk memahami idea-idea dan konsep-konsep
matematik (Weiss, 2006).
Bahan manipulatif dapat disimpulkan sebagai alat atau bahan yang bersifat
konkrit atau maujud yang melibatkan penggunaan tangan murid-murid

dengan

cekap terhadap objek yang dapat dipegang dan dimanipulasi untuk membantu
murid-murid peringkat pra operasi membina pengetahuan dan konsep matematik
secara langsung atau tidak langsung. Guru boleh membiarkan murid-murid
menggunakan bahan manipulatif secara langsung untuk bermain, meneroka,
membina, menguji dan membilang dengan harapan murid-murid tersebut dapat
menguasai konsep matematik dengan lebih baik. Contoh lain bahan manipulatif
fizikal selain di atas yang boleh didapati dengan mudah dari persekitaran ialah butang
baju, bongkah kayu, batu, penutup botol, guli dan lain-lain.
Bahan manipulatif yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran ini
ialah buah dadu, wang syiling dan kad gambar.
4.3

Bahan Bercetak

~10~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBMT4403 SMP~

Bahan-bahan cetak merupakan media pendidikan yang paling mudah didapati


dan disediakan. Penggunaan bahan cetak sebagai bahan pengajaran tidak terhad
asalkan ia menepati objektif. Contoh bahan bercetak adalah seperti buku teks, buku
kerja, buku fiksyen, buku rujukan, majalah, risalah, surat, berita, surat khabar dan
nota-nota bercetak. Bahan bercetak seperti ini mengandungi maklumat dalam bentuk
perkataan, lukisan atau gambar.
Bahan bercetak yang digunakan ialah buku teks dan lembaran kerja. Berikut
lembaran kerja yang disediakan untuk pelajar bagi mengukuhkan kefahaman tentang
tajuk yang dipelajari.
Nama
Tingkatn

:
:

.
.

Jawab semua soalan berikut


1.

Selepas tamat pelajaran tingkatan 5, Suzana ingin melanjutkan pelajarannya


di sebuah universiti tepatan. Tentukan sama ada setiap kesudahan yang
berikut merupakan kesudahan yang mungkin atau tidak.
a) Universiti Malaya
b) Universiti of Cambridge
c) Universiti Putra Malaysia
d) Universiti Telekom

2.

Encik Hamid ingin menukarkan wang kertas dalam Ringgit Malaysia di


sebuah bank. Nyatakan sama ada setiap kesudahan yang berikut
merupakan kesudahan yang mungkin ataupun tidak.
a) Wang kertas RM3
b) Wang kertas RM1
c) Wang kertas RM50
d) Wang Kertas RM80

3.

Satu soalan objektif mengandungi empat pilihan, iaitu A,B,C, dan D. Salleh
meneka dua soalan itu secara rawak.
a) lukis sebuah gambar rajah pokok untuk menunjukkan semua kesudahan
yang mungkin.
b) berdasarkan (a), senaraikan semua kesudahan yang mungkin berlaku.

~11~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBMT4403 SMP~

5.0

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran.

Hari
Tarikh
Subjek
Masa
Tingkatan
Bidang Pembelajaran
Objektif Pembelajaran
Hasil Pembelajaran

Selasa
7 Ogos 2014
Matematik
9.25 9.55 pagi
4 Kenanga
Bab 7: kebarangkalian I
7.1 Memahami konsep ruang sampel.
i. Menentukan sama ada sesuatu kesudahan adalah kesudahan yang
mungkin bagi sesuatu ujikaji.
ii. Menyenaraikan semua kesudahan yang mungkin bagi sesuatu
ujikaji:
a) daripada aktiviti-aktiviti,
b) secara penaakulan.

Aktiviti

1. Guru melambung sebiji dadu. Pelajar perlu meneka


kemungkinan mendapat nombor 1.
2. Guru memperkenal tajuk yang akan dipelajari.
3. Guru menunjukkan paparan power point kepada murid dan
bersoal jawab mengenai paparan tersebut.
4. Guru mengeluarkan gelas yang mengandungi 9 batang pen
berwarna merah, biru dan hitam. Pelajar diminta dating ke hadapan
dan menjawab kebarangkalian berlakunya pen warna
a- biru dipilih
b- merah dipilih
5. Setiap pelajar diminta menulis nama di atas sekeping kertas
yang disediakan. Guru melekatkan kad yang mengandungi
perkataan KEBARANGKALIAN di papan hitam dan pelajar
dikehendaki menulis jawapan bagi kebarangkalian berlakunya
huruf vokal dipilih. Pelajar yang salah diberi soalan tambahan
berdasarkan aktiviti yang sama.( jangkaan bilangan kesudahan )
6. Aktiviti kuiz, murid dibahagikan kepada 3 kumpulan. Aktiviti
ini dinamakan siapa cepat dia dapat .

~12~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBMT4403 SMP~

7. Syarat kuiz :

Soalan akan dibuka kepada semua kumpulan, kumpulan

yang pantas akan diberi peluang untuk menjawab soalan.


Loceng untuk setiap kumpulan di sediakan, dan pelajar

diminta menekan loceng untuk menjawab soalan.


Kumpulan yang mempunyai markah yang tinggi akan dikira
sebagai pemenang.

8. Guru menyediakan latihan. Rujuk lembaran kerja yang telah


disediakan
9. Sesi perbincangan
10. Kesimpulan.

6.0

Penulisan Reflektif
Sebelum

melaksanakan

tugasan

ini,

saya

terlebih

dahulu

mengumpul maklumat daripada nota kuliah, perpustakaan, internet, dan


sebagainya. Setelah memperoleh maklumat yang diperlukan, saya telah
berkolaborasi dengan rakan-rakan mengenai maklumat yang sebenar
diperlukan selain bertukar-tukar bahan dengan mereka. Kemudian, saya
menyusun maklumat dan bahan-bahan tersebut mengikut soalan yang
dikemukakan.
Langkah pertama sebelum memulakan tugasan ini, saya meneliti
dan mengkaji topik dan tajuk yang terdapat di dalam sukatan pelajaran
matematik sekolah menengah dimana asas untuk memperkenalkan topik
kebarangkalian bermula di tingkatan 4 . Ini di sebabkan saya tidak pernah
mengkaji sukatan dan mengajar untuk sekolah menengah kerana saya
mengajar di sekolah rendah. Soalan ini memerlukan saya menyediakan
bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk memperkenalkan

~13~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBMT4403 SMP~

konsep kebarangkalian. Setelah meneliti tajuk yang sesuai, saya memilih


sub topik kebarangkalian iaitu memahami konsep ruang sampel.
Setelah memilih tajuk yang sesuai, saya membina rancangan
pengajaran dan pembelajaran dengan bantuan dan pendapat rakan
sekerja. Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran yang disediakan hanya
mengambil

masa

30

minit

sahaja.

Saya

telah

memilih

untuk

menggunakan aplikasi power point untuk mengajar murid tersebut.


Pembinaan aplikasi power point ini dibina sendiri oleh saya walaupun
tidak mahir dalam ICT. Saya cuba mengaplikasikan penggunaan ICT di
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Jadi, apa yang telah saya perolehi selepas menyediakan bahan pengajaran
menggunakan power point ialah saya dapat mengetahui betapa berkesan, mudah dan lebih
menarik minat pelajar-pelajar saya untuk belajar. Walaupun pada mulanya agak sukar untuk
menyediakan pengajaran dalam bentuk power point ini, namun setelah mempelajari secara
perlahan dan banyak ditunjuk ajar oleh beberapa rakan yang lebih tahu menggunakan
perisian ini, saya dapat menguasai power point ini dengan lebih mahir.
Akhir sekali, saya ingin mengungkapkan bahawa dengan adanya penggunaan multimedia di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran kita di sekolah akan lebih membantu para guru
untuk menarik minat pelajar di samping membantu guru untuk memudahkan lagi beban yang
dipikul. sekian, terima kasih.

~14~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBMT4403 SMP~

RUJUKAN / REFERENSI
Amizatul Akmar binti Abdul Khalid, Penguasaan Konsep Kebarangkalian Menggunakan
Kaedah Experimentasi. Selangor Darul Ehsan.
Bahagian Pembangunan Kurikulum,2012 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
Spesifikasi Kurikulum Matematik Tingkatan 4. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia
Chai Mun, ( 2014 ), Esensi Matematik SPM. Kuala Lumpur. Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
https://myguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview/20140218090208MODUL
%20SMU3063%20STAT%20ASAS%20PJJ.pdf
http://www.reocities.com/jpmmpks/jurnal/03mas_matematik.pdfhttp://nenez9595.blogspot.c
om/2013/05/penyelesaian-masalah-matematik.html
Kheong Sia Chung, Mei, Masalah Pembelajaran Matematik Dalam Kebarangkalian
Dikalangan Pelajar Tingkatan 5, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia .
Norazrena Binti Abu Samah & Shaharuddin Bin Md Salleh, Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi MalaysiaJurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011
Nor Hayati Md Yusof, Aisah Ali, Dr Koay Chen Yong (2014), HBMT 4403 Teaching Of
Upper Secondary Mathematics Part II. Selangor : Meteor Doc. Sdn. Bhd.

~15~

Você também pode gostar