Você está na página 1de 4

Membelai Batang Zakar Lelaki

Batang zakar lelaki perlu dibelai bukan setakat untuk menimbulkan berahi lelaki malah untuk menjaga
kesihatan dan kekuatan batang zakar lelaki.

Hantar email ke tamanwangi-subscribe@yahoogroups.com untuk menyertai senarai email terhad


pelbagai tips dan nasihat seks untuk pasangan suami isteri.

Jangka masa seks adalah sekitar 5 minit lelaki perlu keluar masuk batang zakarnya dalam faraj wanita
sehingga wanita mencapai nikmatnya. Lima minit itu adalah selepas 30 ke 45 minit belaian, foreplay
dan rangsangan.

Belaian batang zakar lelaki boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Yang pertama adalah, batang zakar
lelaki adalah berkait dengan seluruh badan lelaki. Sihatnya tubuh badan maka sihatlah batang zakar.
Batang zakar bukanlah satu anggota yang perlu dilayan berlainan. Satu badan lelaki juga perlu dibelai.

Mati Pucuk Erectile Dysfunction


http://tamanwangi.perempuanmelayu.info/2006/06/mati-pucuk-erectile-dysfunction.html

*** Belaian batang zakar melalui makanan dan minuman ***

Kesihatan batang zakar lelaki bergantung kepada kesihatan. Kesihatan banyak bergantung kepada apa
yang dimakan dan diminum. Jaga kesihatan agar tidak hadapi masalah kencing manis (diabetes).
Diabetes boleh menyebabkan mati pucuk (impotent). Mati pucuk atau impotent bagi penghidap
diabetes tidak secara mendadak. Ia mengambil masa antara 10 ke 15 tahun untuk berlaku.

Kurangkan gula dalam minum dan makanan. Makanan dan minuman sekarang terlebih manis. Jika
anda tidak mahu kecewa atau hadapi masalah mati pucuk, maka jaga kesihatan dengan kurangkan gula
sekarang. Mintalah air kurang manis dan gantikan kek dan kuih manis dengan buah-buahan.

Bagi penghidap diabetes. Jangan rasa tertekan. Kurangkan pengambilan gula, jangan tinggalkan
rawatan perubatan, kurangkan berat badan kepada yang bersesuaian dengan usia, makan makanan yang
sihat dan bersenam mampu mengawal kemungkinan mati pucuk. Bertindak awal.

Penyakit tekanan darah tinggi juga boleh mengurangkan kemampuan batang zakar lelaki untuk
bertahan lama. Ini adalah kerana kemampuan batang zakar mengeras adalah berkaitan dengan aliran
darah. Kencing manis dalam jangka masa panjang mengecil salur darah dan merosakkan salur darah
halus. Darah tinggi pula mengganggu aliran darah yang baik ke batang zakar lelaki. Ia merupakan
perkara buruk kepada batang zakar lelaki kerana tanpa aliran darah yang baik akan mengganggu
kerasnya batang zakar lelaki.

Begitu juga dengan kegemukan. Lemak terutama dalam salur darah akan mula menyumbatkannya.
Terutama sekali salur-salur jalur darah sekitar jantung. Ia bukan sahaja meninggikan risiko penyakit
jantung, malah meninggikan risiko kemampuan lelaki bertahan lama diranjang. Nafas semakin pendek
dan aktiviti biasa seks, umpama aktiviti lasak akibat jantung terlalu bekerja keras.

Bermula sekarang, kurangkan pengambilan makan berlemak terutama lemak tepu yang biasa
digunakan untuk membuat makanan segera dan ringan. Lemak tepu ini yang sukar dihadamkan dan
selalu menyumbatkan salur darah.

Rahsia membelai batang zakar lelaki agar sentiasa sihat adalah kesihatan lelaki itu sendiri. Makan
makanan yang berkhasiat dan rendah lemak tepu. Lakukan senaman ringan setiap masa.

Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan gula dan pengambilan garam.

Sebagai penambahan asparagus dan buah pisang boleh meningkat libido lelaki.

Amalan makan tongkat ali dan turut membantu dalam mengembalikan paras hormon lelaki yang hilang
akibat penambahan usia. Namun begitu tongkat ali yang dimaksudkan disini bukanlah daripada
minuman tongkat ali yang diwar-warkan dalam iklan. Isinya terlalu sedikit untuk mendatangkan
perubahan.

Dapatkan tongkat ali yang sebenarnya difarmasi dan klinik doktor. Baca lanjut di

Tongkat Ali atau Eurycoma Longifolia Jack


http://tamanwangi.perempuanmelayu.info/2006/06/tongkat-ali-eurycoma-longifolia-jack.html

*** Belaian batang zakar melalui senaman ***

Cara mudah mengetahui anda seorang lelaki mampu atau tidak bertahan lagi diranjang adalah dengan
menaiki tangga satu tingkat ke atas. Sekiranya rasa mengah dan nafas sesak bermaksud anda perlu
berubah dengan cepat. Jumpa doktor dan mulakan aktiviti senaman.

Senaman bagi yang tidak biasa lakukannya tidak boleh dilakukan dengan mengejut atau cepat. Ia akan
menimbulkan stres yang tinggi dan mengejut. Mulakan dengan senaman mudah dan ringan.

Berjalan setiap hari selama setengah jam baik untuk jantung bermakna baik untuk kesihatan batang
zakar lelaki. Ya berjalan mampu membuat jantung anda sihat dan membuat batang zakar anda pun
sihat. Berjalan menambahkan lagi aliran darah dikaki. Apa yang ada antara dua kaki anda?

Senaman Kagel yang biasanya untuk wanita turut mendatangkan manfaat kepada lelaki. Ada kajian
mendapati, senaman Kagel boleh menguatkan otot kawalan batang zakar yang mengawal keluarnya air
mani. Ia sesuai untuk lelaki yang menghadapi masalah kawalan air kencing dan juga yang cepat pancut
awal ketika melakukan hubungan seks.

*** Amalan Untuk Tidak Cepat Pancut ***

Selepas bangun pagi, sewaktu untuk membuang air kecil, keluarkan air kencing sedikit kemudian tahan
selama 10 saat baru keluarkan semua. Bagi yang tidak biasa akan merasa sakit lama kelamaan akan
menjadi biasa. Amalan ini melatih lelaki mengawal pancutan air mani apabila saat memerlukan.

Rujukan

Senaman Kemut (Senaman Kagel) Atasi masalah Pundi Kencing


http://blog.perempuanmelayu.info/2006/07/senaman-kemut-atasi-masalah-pundi.html

Senaman Harimau Untuk Lelaki


http://tamanwangi.perempuanmelayu.info/2008/01/senaman-harimau-untuk-lelaki.html

*** Lagi Nasihat Untuk Kesihatan Batang Zakar Lelaki ***

Berhenti merokok dan jangan ambil arak. Kedua-dua ini merupakan perosak utama tubuh badan dan
bahagian penting bagi lelaki. Batang zakar.

Jangan kebersihan sekitar batang zakar malah satu tubuh badan lelaki. Pencuci alat kelamin wanita
bukan sahaja untuk wanita, malah ianya sesuai untuk lelaki. PH yang sesuai dan tindakan yang lembut
membuat selepas cucian kawasan batang zakar lelaki selesa dan tidak berbau akibat peluh.
Jangan segan belilah pencuci kelamin wanita untuk kesegaran dan kesihatan batang zakar anda.
Sehinggalah pihak pengeluar mahu mengeluarkan produk ini khusus untuk lelaki.

Tekanan perasaan akibat masalah batang zakar akan menekan lagi perasaan seorang lelaki. Bawa
bertenang dan terima hakikat. Masalah dengan batang zakar adalah masalah semua lelaki. Mati pucuk,
cepat pancut, tidak subur dan kurang nafsu seks antara masalah-masalah yang semua lelaki. Malah
batang terlalu lama mengeras juga adalah masalah, lebih daripada 24 jam akan merosakkan batang
zakar. Seks yang sangat kerap dan kasar juga boleh merosakkan batang zakar.

Hanya lelaki tidak mahu berkongsi sahaja dengan sesiapa. Jumpa doktor dan berceritalah dengan
doktor. Kebanyakan kes boleh diselesaikan dengan mudah hanya dengan mendapatkan rundingan
doktor. Buangkan rasa malu dan berjumpa dengan doktor.

Libatkan isteri anda dalam masalah batang zakar anda. Ianya juga masalah isteri anda. Adakala
perbincangan hati ke hati boleh membuat anda ketahui apa yang diinginkan isteri anda dalam seks.
Tidak semesti batang perlu keras dan berada didalam. Ada pelbagai cara lagi untuk menikmati seks
bagi pasangan suami isteri. Untuk isteri melalui belaian buah dada dan jilatan pada biji kelentit boleh
menjadi penyelesaian.

Berahikan Atau Gairahkan Pasangan Anda


http://tamanwangi.perempuanmelayu.info/2008/06/berahikan-atau-gairahkan-pasangan-anda.html

Kehendak Wanita Dalam Seks


http://tamanwangi.perempuanmelayu.info/2008/05/kehendak-wanita-dalam-seks.html
Mengurut Buah Dada Perempuan
http://tamanwangi.perempuanmelayu.info/2008/05/mengurut-payu-dara-buah-dada.html

Kepuasan Seorang Wanita


http://tamanwangi.perempuanmelayu.info/2006/06/kepuasan-seorang-wanita-orgasm.html

Baca lanjut di Blog Taman Wangi Pelbagai artikel, tips dan nasihat seks di
http://tamanwangi.perempuanmelayu.info/

Lain-lain artikel menarik :-

Kempen Makan Nasi Separuh


http://blog.perempuanmelayu.info/2008/04/kempen-makan-nasi-separuh.html

Aromatherapy untuk seks yang memberahikan


http://blog.perempuanmelayu.info/2008/04/aromatherapy.html

Lingerie Seksi Ghairah Suami Perlukah suami minta ?


http://www.tipswanita.com/Woman/lingerie_seksi_ghairah_suami_Perlukah_suami_minta_/

Menulis Untuk Menjadi Kaya


http://cybermoney2u.blogspot.com/2008/07/menulis-untuk-jadi-kaya-2.html

Tapisan Web Untuk anak-anak


http://safesurf.perempuanmelayu.info/

Hantar email ke tamanwangi-subscribe@yahoogroups.com untuk menyertai senarai email terhad


pelbagai tips dan nasihat seks untuk pasangan suami isteri.

Wassalam.
Kumpulan penulis Taman Wangi
14 Sept 2008

Hakcipta dituntut oleh penulis dan penyumbang Kumpulan Taman Wangi dan Perempuanmelayu.info
http://tamanwangi.perempuanmelayu.info/

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5


Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-
sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco,
California, 94105, USA.

Você também pode gostar