Você está na página 1de 19

1.

0 ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA


1.1 Pengenalan
Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum
yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita.
Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan
masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh
masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini
jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain, masyarakat
India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat
resam masyarakat India secara umum. Melalui jejak sejarah, orang india Malaysia ialah satu
kaum di Malaysia yang berketurunan daripada mereka yang berhijrah dari India Selatan semasa
pemerintahan British di Tanah Melayu. Orang india telah berhijrah ke Malaysia sejak 2000 tahun
yang lalu. Kedatangan mereka secara berkumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti
Mamak semasa kesultanan Melaka dan semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan
Belanda. Tujuan penghijrahan mereka ke Tanah Melayu ialah mensasarkan tujuan perniagaan
atau perdagangan. Pada tahun 2005,orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah
penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta rakyat).

1.2 Perkahwinan Masyarakat India


Perkahwinan dalam bahasa india disebut Thirumanam yang bermaksud penyatuan
atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir
hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat india iaitu vaitikat thirumanam, tamil
thirumanam, dan diya thirumanam yang mana perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan
aspek suku kaum. Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu
termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan di bahagian atasnya, menuang air susu
kedalamnya, memberi sireh, mencium tapak kaki kedua ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa,
memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang. Biasanya pasangan
pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu
bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah
menjadi suami isteri.

2.0 PRA-SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

2.1

Merisik
Dalam peringkat merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub

etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial
merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras
dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira. Selalunya maklumat-maklumat ini diperolehi
secara langsung dari pihak yang terlibat dan juga secara tidak langsung menerusi sahabat-handai
dan saudara mara. Ada kalanya orang tengah yang dipanggil tirumana taraga akan membantu
dalam kerja-kerja merisik. Tetapi kini peranan tersebut telah diambil alih oleh ejen-ejen
perkahwinan yang berdaftar.

2.2 Kunjungan ke Rumah Pengantin (Pen Paartal)


Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan
mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon
isterinya. Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai
melihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah ganjil. Buah tangan
seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum akan
dibawa. Barang-barang ini dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan
untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pihak perempuan akan menerima hantaran
tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak, mereka hanya melayan orang yang datang sebagai
tetamu dan tidak boleh mengambil barang-barang tersebut. Bakal pengantin perempuan akan
memakai sari dan dipertanggungjawabkan menghidang air minuman. Pada masa itu bakal
pengantin lelaki berpeluang melihat pengantin perempuan dengan lebih dekat lagi. Oleh itu bakal
pengantin perempuan perlu melayani para tetamu yang bertandang termasuklah bakal suami.
Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan. Kali ini pengantin perempuan tidak turut
serta. Dalam masyarakat India, adat pen paarttal juga bertujuan untuk mengetahui latar belakang
bakal pengantin lelaki.

2.3 Kaji Kecocokan Pengantin


Adat

penyesuaian

bakal

pengantin

dikenali

sebagai Thairumanam

Poruttam

Paartal dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian.
Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin
dengan cara tilikan dimanak Hindu. Diantara yang masih diamalkan oleh masyarakat Hindu
iaitu Tina

poruttam/Natcattira

poruttam, Kana

poruttam, Mahentira

poruttam, Pentiikka

poruttam, Yooni poruttam, Raasi poruttam, Raasiyaati paati poruttam, Vaiya poruttam, Racau
poruttam dan Veetai poruttam.

2.4 Ikat Janji (Niccayam)


Ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.
Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan
membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan,
cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan. Sebaik sahaja sampai ke rumah
bakal pengantin perempuan, bapa kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai
perkahwinan tersebut. Sekiranya bapa salah seorang bakal pengantin telah meninggal dunia,
perbincangan akan diadakan dengan saudara-mara. Sekiranya kedua-dua belah pihak pengantin
bersetuju, mereka akan mengikat janji. Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat
janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya
perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua
pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal. Kemudian mereka
akan membincangkan mengenai hari perkahwinan dan tentang belanja untuk pengantin
perempuan, kad jemputan dan sebagainya. Kemudian upacara niccayam akan dilakukan dan
lazimnya akan dijalankan dengan bertukar-tukar kalungan bunga.

2.5 Pemberian Hadiah (Parisam)


Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan parisam. Parisam biasa
adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakala udan
parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum

perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis


pertunangan. Adat pemberian parisam akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh
kedua-dua belah pihak. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam
jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka
dipanggil cumanggali.
Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh bakal pengantin lelaki
dengan memakai pakaian tradisional masyarakat India. Pada masa yang sama alat muzik
tradisional seperti naatasawaram dan meelam dimainkan. Pihak perempuan akan menyediakan
buyung yang dikenali sebagai puurana kumbum yang diletakkan di ruang tamu. Lampu minyak
yang

dipanggil

sebagai kuttu

vilakku diletakkan

bersebelahan puurana

kumbum sebagai

menunjukkan kurniaan tuhan.


Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu.
Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan
diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan
menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki dan
jemputan lain boleh melihat puurana kumbum dengan lebih dekat lagi. Pada hari tersebut, bakal
pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke
ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang saudara-mara boleh mengalungkan kalungan bunga
pada bakal pengantin perempuan. Ini dikenali sebagai orrai-maalai atau kalungan tunggal.
Pengiring

akan

memberi

kad

jemputan

kepada

kedua-dua

pihak

pengantin.

Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin (pen paartal), adat ikat janji
(niccayam) dan pemberian hadiah (parisam) merupakan adat yang sering dilakukan oleh
masyarakat India. Namun begitu ada di kalangan mereka yang tidak lagi melakukan upacara
tersebut untuk mengelakkan pembaziran.

3.0 SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN


Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara penting yang perlu
dijalankan terlebih dahulu, antaranya :
3.1 Kad Jemputan
Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat India.
Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna
perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapu
dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian.
Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama ke kuil untuk
dibawa bersembahyang (arccanai). Kad diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang ringgit,
kelapa, pinang dan sebagainya sebagai lambang kekayaan. Upacara ini dinamakan
sebagai paanam paaku. Kemudian dulang akan dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk
diberi kepada pengantin lelaki dan begitulah sebaliknya. Pada masa yang sama sirih pinang akan
diberikan sebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi.

3.2 Penyediaan Thaali (Tjrumaanggalyam)


Thaali atau tjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan
pada leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu
dengan kunyit. Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat India
seperti lingath thaali, pottut thaali, tennantthaali dan sebagainya. Ini disebabkan terdapat
pelbagai suku dalam kalangan masyarakat India. Adat penyediaan thaali ini dilakukan tujuh atau
sembilan hari sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas, cendana, kumkum,
sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali. Ini adalah untuk memastikan tukang
thaali mengetahui hari yang sesuai untuk membuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali
akan diambil dan diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali. Pihak pengantin
adalah dilarang untuk menawar perkhidmatan yang dilakukan oleh pembuat thaali.
Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagai thaalippadaiyal.
Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakan termasuklah dhoti dan sari untuk
pasangan pengantin. Secara umumnya thaali tidak diwajibkan diperbuat daripada emas. Ini

kerana thaali masih boleh dibuat daripada kunyit yang dikatakan lebih selamat dan tidak dicuri
orang.

3.3 Mukuurtta Kaal


Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat mukuurtta
kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk menjalankan
adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk
dijadikan mukurtta kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai
lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter.
Adat mendirikan mukuurtta kaal adalah sebagai menandakan perkahwinan akan
dilangsungkan di rumah tersebut. Bahan-bahan lazim seperti sirih pinang, kum kum, kunyit dan
sebagainya disediakan. Ahli-ahli keluarga pengantin akan bermohon pada Tuhan supaya
perkahwinan dapat dilangsungkan tanpa gangguan. Batang kayu diambil dan dibersihkan serta
dibuang kulitnya. Lima orang perempuan yang sudah berkahwin akan menyapukan kunyit cair
dan kumkum pada batang kayu tersebut dari pangkal hingga hujung. Kemudian hujung kayu
diikat dengan daun ara atau mangga menggunakan kain bewarna merah. Kayu akan dipacak
sedalam setengah meter dan bahan-bahan tadi akan dimasukkan ke dalam lubang tersebut
sebagai lambang kekayaan. Kemudian upacara sembahyang dilakukan oleh pengantin beserta
lima orang perempuan tersebut. Sebanyak sembilan jenis bijirin ditabur pada batang kayu dan
lampu minyak dinyalakan. Pada masa yang sama pengantin berikrar akan menjaga alam sekitar
sebagai lambang persahabatan dengan alam sekitar. Kebiasaannya adat mendirikan mukuurtta
kaal dilakukan di rumah pengantin lelaki.

4.0 UPACARA MAJLIS PERKAHWINAN


Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa
supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua. Pedanda akan
menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung
cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat
daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat
dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras
Pengantin Bersanding

dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau

mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.
Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji
kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih,
mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti (bapa mertua)
serta sari (ibu mertua) dan wang. Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan
bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas.
Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri.
Beberapa faktor penting yang diambil kira sebelum upacara perkahwinan dilangsungkan
untuk mendapat kebahagiaan hidup, antaranya seperti masa yang baik untuk melangsungkan
perkahwinan, pengertian thaali, valatu kal, pemberian manisan, hadiah, penghormatan kepada
pengantin lelaki, simbol pokok pisang, jamuan perkahwinan dan meroboh khemah perkahwinan.
Berikut adalah antara acara yang diadakan sewaktu majlis perkahwinan masyarakat India:

Kolem dan Khumbem

Alipu (Mengarak Lampu)

Minji (Sarung Cincin Lelaki)

Paal (Menyapu Susu Lelaki)

Minji
(sarung Cincin Wanita)

Paal (Menyapu Susu Wanita)

Upacara Akad Nikah

Memohon Doa Restu

Paal Abisygem
(Cuci Kaki Ibu Bapa)

Paal Abisygem
(Cuci Kaki Ibu Bapa)

Malei Mathel
(Bertukar Bunga Malei)

Ayeer Mantherem
(Juru Nikah)

Otthianem (Aksesori)

Perkakasan Upacara
Perkahwinan

Perkakasan Upacara
Perkahwinan

Phavitirem - Theperpul
(Memakai Cincin Daun)

Poree (Membakar Ramuan)

Samenthi Phutu

Thali
(Rantai Daripada Benang)

Vaalem Varuthel
(Membuat Tiga Pusingan)

Tallapha
(Perhiasan Kepala)

5.0 SELEPAS MAJLIS PERKAHWINAN

Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas berlangsungnya
sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke
rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan
suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan
selama tiga hari. Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan
mengadakan jamuan.
Pada hari ketiga selepas perkahwinan, Khemah lazimnya akan dirobohkan. Sebelum
khemah dirobohkan, ayam akan disembelih sebagai tanda menunjukkan tamatnya upacara
perkahwinan. Namun amalan tersebut tidak lagi dilakukan pada masa kini. Hanya jamuan ringan
sahaja yang diberikan kepada mereka yang merobohkan khemah perkahwinan.
Jamuan perkahwinan tidak ketinggalan diadakan selepas upacara perkahwinan
dijalankan. Sekiranya perkahwinan dilakukan di kuil, sayur-sayuran akan dihidangkan kepada
para tetamu. Sekiranya jamuan diadakan di dewan, makanan selain dari sayur-sayuran
dihidangkan, kecuali daging kerana daging amat dilarang dalam agama Hindu. Jamuan tersebut
akan turut disertai oleh saudara mara serta sahabat handai.

6.0 PAKAIAN PENGANTIN MASYARAKAT INDIA

Di hari perkahwinan, pengantin lelaki India akan memakai dhoti dilengkapi dengan
turban manakala wanitanya memakai sari yang digandingkan dengan choli ketat. Wanita remaja
mengenakan skirt labuh 'Ihenga' juga dipadankan dengan baju pendek atau choli. Lelaki Punjabi
menggayakan dhoti atau kurta dan wanitanya mengenakan salwar-khameez-dupatta iaitu seluar
dengan baju labuh yang diperindah dengan sulaman benang emas dan labuci.
Seorang pengantin wanita India adalah lambang keindahan. Tangan anggunnya telah
dicat dengan pasta henna mehndi dalam sebuah upacara mewah. Matanya telah digariskan
menggoda dengan cat kelopak mata. Setiap bahagian tubuhnya dihiasi dengan perhiasan dan
emas berkilauan. Rambutnya telah terjalin dengan bunga yang harum. Namun bahagian yang
paling menyerlahkan diri hari pernikahannya, untuk dirinya sendiri dan untuk para tetamu adalah
gaun pengantin India.

Kebanyakan gaun pengantin wanita dipengaruhi budaya Hindu, merah - tidak putih adalah warna simbolik perkahwinan. Di Punjab, bahagian utara-barat India, tidak hanya gaun
pengantin India merah tapi lukisan henna di tangan yang dibuat dalam nuansa merah kontras
dalam dan kaya coklat, dan gadis yang memakai sebuah array rumit gelang merah dan putih
gading disebut "chura" yang menunjukkan status khusus sebagai pengantin.
Di Maharashtra pula, di bahagian barat semenanjung India, gaun pengantin India yang
terkenal di dunia Paithani sari, sari sutra dihiasi dengan hiasan zari (perada thread) dan brokat,
sering dilihat dalam daun emas. Sari Paithani mungkin adalah rekaan yang terkenal di ketika
mahu melangsungkan perkahwinan. Rekaan mereka ini mempunyai banyak nama, antaranya
Tota-maina Paithani adalah sari dengan corak burung kakaktua, bangdi-mor Paithani dengan
corak merak dan tema bangle; Paithani asavali dengan corak bunga-bunga dan tumbuhtumbuhan, sementara narli menampilkan corak buah kelapa Paithani. Bahkan sari Paithani
mengambil corak bulan. Untuk membuat sari brokat lebih rumit dan akan mengambil masa
selama enam bulan untuk menyiapkannya.
Untuk pengantin di Jammu dan Kashmir, India pengantin akan memakai celana ketat
sutera disebut churidars atau piyama churidar, dikenakan dengan kemeja longgar jatuh di bawah
paras lutut yang disebut kurtas. Sangat popular di Amerika Syarikat pada tahun 1960-an dan
1970-an. Kurtas memperlihatkan kebangkitan fesyen masyarakat India di dunia barat.
Para wanita dari Rajasthan, negara terbesar di Republik India, sering memakai gaun
berwarna-warni berputar disebut lehenga pada hari pernikahan mereka, dipasangkan dengan
blaus hulu hati dan baring disebut choli sebagai gaun pengantin India mereka. Ini adalah pakaian
pengantin India yang sering kita lihat dalam filem-filem Bollywood sewaktu upacara pernikahan.

7.0 JUADAH SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN


7.1 Nasi Daun Pisang
Nasi daun pisang ini merupakan makanan bagi vegetarian India. Hidangan ini berasal
dari Tamil Nadu di India. Nasi daun pisang ini mendapat nama kerana menggunakan daun pisang
sebagai alas nasi. Di dalam nasi daun pisang, nasi dihidangkan di atas daun pisang bersama-sama
dengan aneka sayur-sayuran, kari daging atau ikan jeruk dan papadum. Secara tradisionalnya, ia
dimakan dengan menggunakan tangan. Daun pisang digunakan kerana apabila nasi yang panas
dihidangkan di atas daun pisang, ia akan melepaskan wap lapisan atas daun pisang yang dapat
membantu sistem penghadaman.
Nasi daun pisang selalunya diletakkan di hadapan tetamu dan nasi yang masih panas serta
berwap akan ditimbunkan di atas daun pisang. Selepas itu, mangkuk lauk yang terdiri daripada
sayur-sayuran akan dibawa dan ditawarkan kepada tetamu. Selain itu, mangkuk lauk pilihan
yang berisi rending kambing (mutton varuval), kari sotong, masala udang, ikan atau ayam akan
ditawarkan.
Secara kebiasaannya daun pisang akan diletakkan dengan pucuk daun menghala ke arah
kiri, ini kerana daun pisang lebih lebar dipangkalnya, dengan itu kedudukan pangkal daun pisang
di sebelah kanan memberikan lebih banyak ruang bagi mereka yang menggunakan tangan kanan
untuk makan. Ini juga untuk mengelakkan lauk tumpah dan mengotori meja. Orang india selatan
akan meninggalkan sedikit sisa pada daun pisang. Sisa ini sengaja ditinggalkan bagi diberikan
kepada serangga, haiwan, dan burung. Selepas makan daun pisang akan dilipat. Cara melipat
daun pisang itu dikatakan melambangkan sama ada anda menikmati hidangan tersebut atau
sebaliknya. Daun pisang selalu dilipat ke arah diri sendiri bagi melambangkan anda ingin
kembali menikmati hidangan tersebut. Sementara melipat ke arah bertentangan biasanya
diamalkan di majlis pengebumian sebagai lambang seseorang itu tidak ingin kembali untuk
melalui peristiwa sedih begitu lagi. Nasi daun pisang juga selalu dijamu ketika perayaan
Thaipusam. Ini untuk memupuk semangat kasih sayang serta mengeratkan hubungan antara
masyarakat.

Nasi Daun Pisang juga dikenali dalam kalangan masyarakat Melayu khususnya Jawa
yang menyerupai Nasi Ambang yang disediakan ketika majlis kenduri dan sebagainya. Dari
sudut ini, didapati makanan yang terdapat dalam kalangan masyarakat India mempunyai
beberapa persamaan walaupun sedikit dengan masyarakat lain di Malaysia yang seterusnya
mampu membentuk keharmonian negara dan membentuk perpaduan yang kukuh bagi
mengekalkan hubungan baik antara semua kaum.

7.2 MARUKKU
Janmashtami merupakan perayaan yang disambut oleh kaum Hindu. Perayaan ini
disambut pada bulan Savana (Ashtami Sravana). Pada hari tersebut, kaum wanita akan
menyediakan hidangan manis dan pedas bagi meraikan kelahiran dewa yang tidak bersalah (deity
of innocence). Selesai Puja Janmashtami dilakukan, mereka menikmati cepak bibir yang
disediakan. Salah satu makanan yang disediakan ialah Murukku (rice chakli). Murukku
merupakan makanan yang mudah disediakan dengan menjadikan beras sebagai bahan utama
dalam membuat Murukku.
Murukku merupakan sejenis makanan yang dihidangkan semasa majlis perkahwinan bagi
kaum Hindu. Tetapi masyarakat lain di Malaysia juga menikmati Murukku sebagai hidangan
snek untuk dinikmati ketika bersantai. Masyarakat Melayu dan Cina juga menjadikan Murukku
sebagai hidangan ketika perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri. Hal ini
membuktikan budaya yang dibawa oleh masyarakat India tidak semestinya tertumpu hanya pada

masyarakat India malah masyarakat Malaysia berjaya memupuk perpaduan dan perasaan saling
hormat-menghormati sesama kaum seterusnya menyahut cabaran Perdana Menteri mengenai
gagasan 1 Malaysia. Aspek pemakanan setiap kaum yang berbeza sedikitpun tidak melebarkan
jurang antara kaum. Malah, adat dan kepercayaan sesuatu kaum lebih dapat difahami dengan
jelas.

8.0 AMALAN DALAM PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA


8.1 Dowri (Hantaran Kahwin)
Harga emas yang terus meningkat tidak menghalang amalan pemberian dowri (hantaran
kahwin) di India dan sebaliknya menjadikan keluarga lebih inovatif dalam memenuhi permintaan
dowri. Emas, yang secara tradisi diberi oleh keluarga pengantin perempuan sebagai hantaran
kahwin, tidak lagi menjadi pilihan utama lebih-lebih lagi selepas harga komoditi itu melepasi
paras Rs32,000 (RM1,747) bagi 10gm baru-baru ini.
Sekarang ini, kebanyakan keluarga India nampaknya telah beralih daripada emas kepada
wang tunai atau harta atau kombinasi mana-mana dua atau ketiga-tiganya. Di India yang moden
pada hari ini, sistem dowri nampaknya mengatasi cabaran peralihan zaman dan perundangan
yang melarangnya. Sebenarnya, ia terus berkembang walaupun ramai menganggap pemberian
dowri ini sebagai amalan tidak sihat.
Majlis perkahwinan yang mewah dan dowri sebagai syarat perkahwinan dalam realiti
diamalkan secara meluas oleh masyarakat India dan menerima liputan glamor di media walaupun
dowri dikatakan menjadi punca kekejaman terhadap wanita di negara ini. Kesannya kepada
wanita, Dowri yang juga dikenali sebagai Stree Dhan, sebenarnya adalah hadiah yang diberi
kepada pengantin perempuan oleh ibu bapa dan sanak saudara untuk menyempurnakan
perkahwinannya. Dalam kitab Hindu (Veda), ia dijelaskan sebagai Kanyadaan (hadiah untuk
gadis).

8.2 Buah Tangan


Didalam masyarakat India, jika kita ingin berkunjung ke rumah tetamu, amatlah
digalakkan membawa buah tangan sebagai tanda terima kasih kepada tuan rumah. Mereka juga
biasanya melangkah ke dalam rumah dengan kaki kanan dahulu. Kaum India juga mengamalkan
adat bertegur sapa sesama sendiri. Mereka menyapa dengan sebutan vanakam dan sentiasa
bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya antara rakan dan sanak saudara
mereka. Apabila tetamu bertandang ke rumah mereka, tetamu sentiasa dijamu dengan minuman

atau makanan dan tetamu mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat
kepada tuan rumah. Di dalam masyarakat India juga, jika menerima sesuatu dimestikan
menggunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran. Mereka menyapa dengan
sebutan "vanakam" dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau
sebagainya. Tetamu sentiasa dijamu minuman atau makanan dan mesti sudi menerima hidangan
dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Jika menerima sesuatu, elok digunakan
tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran.

8.3 Waktu Perkahwinan


Seorang suami pula adalah "Tuhan bagi isterinya" dan mesti sentiasa dihormati. Oleh itu
proses perkahwinan ditentukan oleh seorang ketua agama yang membuat tilikan masa bertuah
serta reaksi pasangan berkahwin. Masa amatlah penting bagi segala acara dan upacara untuk
mengelakkan berlakunya mala petaka ataupun nasib buruk. Untuk mengelakkan dari keadaan
buruk maka biasanya perkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau matahari akan naik.
Upacara perkahwinan dilakukan di rumah pengantin perempuan ataupun di kuil oleh seorang
ketua agama. Pada satu kawasan empat segi di kuil itu, sami akan menyalakan api dan
menyembah Tuhan untuk menyaksikan perkahwinan tersebut.

9.0 PANTANG LARANG SEMASA PEKAHWINAN ORANG INDIA

9.1 Semasa Merisik


Pantang larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling membalas kunjungan
ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin
perempuan dilarang ikutserta kerana dianggap tidak sopan.
9.2 Kad Jemputan
Selain itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung, kad jemputan perlu disediakan dan
dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan. Jika terdapat kesilapan bermakna
perkahwinan tersebut tidak dapat dijalankan dengan lancar .
9.3 Memakan Daging
Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil, maka hanya sayur-sayuran boleh
dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging
lembu, kerana agama hindu melarang makan daging lembu.
9.4 Tetamu Berkunjung Ke Rumah
Tuan rumah tidak boleh membenarkan tetamu yang pertama kali datang menziarahi
melakukan kerja seperti membasuh pinggan. Ini kerana dipercayai akan membawa sial. Ini
kerana tetamu sepatutnya dilayan oleh tuan rumah.

9.5 Pantang Larang Perkahwinan

Upacara perkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau waktu matahari naik bagi
mengelakkan berlakunya malapetaka dan nasib buruk. Upacara perkahwinan harus dilakukan di
rumah pengantin perempuan atau di kuil. Kad jemputan perkahwinan yang diedarkan haruslah
disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian. Tarikh perkahwinan mesti
ditentukan oleh sami. Mempelai tidak dibenarkan bertemu selama 3-5 hari sebelum tarikh
perkahwinan.
9.6 Pokok Pisang
Pokok pisang dijadikan sebagai pintu gerbang dan dihias dengan cantik dan tidak boleh
dibuang sesuka hati kerana dianggap suci. Pokok ini dibiarkan selama seminggu sebelum
dibuang sepenuhnya ke dalam sungai.
Kesimpulannya, pada zaman moden sekarang ramai kaum india juga terus mematuhi adat dan
pantang larang yang diwarisi oleh nenek moyang kerana keadaan ini membuktikan bahawa kaum
india juga mempunyai warisan tradisional budaya yang unik.

Você também pode gostar