Você está na página 1de 28

Karangan Berpandu diubahsuai daripada karangan Hasilan Nurul Ashikin bt.

Abdullah ( Tingkatan 5
Ibnu Haitham) Pelajar Tingkatan 5 Wajib Menyalin Karangan Di bawah.
Huraikan pendapat anda tentang cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat. Panjang karangan anda
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Dalam meniti arus kemodenan yang berteraskan sains dan teknologi maklumat, faktor kesihatan
masyarakat pada hari ini berada pada tahap yang membimbangkan pihak berkuasa terutamanya
Kementerian Kesihatan Malaysia. Semakin hari, masalah wabak pelbagai penyakit semakin menjalar
dalam kalangan masyarakat tanpa mengira usia tua atau muda. Jika dahulu masalah darah tinggi
dan kencing manis merupakan penyakit yang sering dihadapi oleh golongan tua tetapi pada hari ini
golongan kanak-kanak juga sering dihantui penyakit berkenaan. Mengikut statistik yang dikeluarkan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2011, angka pesakit yang menghadapi masalah
kesihatan telah meningkat sebanyak 200 000 orang pesakit melebihi bilangan pesakit pada tahun
sebelumnya. Sebenarnya masalah kesihatan masyarakat mampu diatasi dengan pelbagai cara
terutamanya dengan kemudahan prasarana berkaitan kesihatan semakin banyak disediakan oleh
pihak kerajaan. Klinik desa, Klinik 1 Malaysia, Hospital Desa, Hospital Besar merupakan tempat
masyarakat mendapat kemudahan rawatan kesihatan. Persoalannya, mengapakah kadar
pertambahan bilangan pesakit yang tidak mengenal usia berlaku pada zaman sekarang? Bak kata
pepatah, setiap penyakit ada ubatnya, setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Salah satu
daripadanya adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat sebagaimana yang disarankan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagaimanakah caranya untuk kita mengamalkan gaya hidup sihat?
Mari kita capahkan lensa perbincangan kita kepada skop yang lebih khusus di bawah kata kunci
pengambilan makanan seimbang. Kebanyakan rakyat Malaysia mengganggap pengambilan makanan
seimbang ialah diet. Sebenarnya, tanggapan masyarakat mengenai perkara tersebut adalah salah
sama sekali.Hal ini kerana pengambilan makanan seimbang bermaksud pengambilan makanan oleh
seseorang individu yang mengandungi semua nutrien dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan
secara seimbang. Jika kita merujuk piramid makanan, pembahagian pemakanan terbahagi kepada
beberapa bahagian mengikut keperluan makanan berdasarkan seorang manusia normal. Bahagian
bawah piramid makanan merupakan kumpulan makanan mengandungi karbohidrat, diikuti dengan
kumpulan makanan yang mengandungi vitamin, mineral, dan serat, seterusnya kumpulan makanan
yang mengandungi protin, dan terakhir bahagian atas ialah kumpulan makanan mengandungi lemak.
Piramid makanan juga merupakan panduan kepada pengguna dengan mengurangkan pengambilan
makanan berlemak di bahagian atas sekali, seperti lemak dan gula,. Oleh sebab itu, makanan
berlemak hanya perlu kita ambil dalam kuantiti sedikit. Berbanding kandungan karbohidrat perlu
diambil dalam kuantiti yang banyak kerana makanan seperti ini membekalkan kita tenaga untuk
menjalani kehidupan seharian, contohnya nasi, roti, dan bijirin. Seorang ahli falsafah Yunani iaitu
Socrates berkata " Aku makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan." Tegasnya, kita boleh
mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang setiap hari.
Seterusnya, mari kita lebarkan lensa perbincangan dengan memperkatakan gaya hidup sihat
iaitu menjalankan aktiviti rekreasi. Sebagai mana yang kita sedia maklum, kegiatan rekreasi
merupakan aktiviti yang berfaedah terutama untuk mengisi masa senggang, merehatkan minda dan
mengelakkan stress, selain menyehatkan badan. Pada abad milenium ini, banyak tempat rekreasi,
sama ada bertemakan air, alam sekitar dan sebagainya. Dengan adanya pusat rekreasi, anak muda
atau remaja boleh menyertai aktiviti berkenaan dengan mandaftar diri dan menyertai program yang
dianjurkan seperti kursus berkayak, mendaki gunung, , menyelam, "jungle tracking" dan sebagainya.
Bagaimana kegiatan rekreasi ini dapat menyihatkan tubuh badan? Aktiviti rekreasi merupakan aktiviti
mencabar. Sebelum melakukan aktiviti berkenaan, peserta selalunya diminta untuk melakukan aktiviti
regangan agar seluruh sendi dan sistem kardivaskular kita bersedia terlebih dahulu sebelum

melakukan aktiviti berkenaan. Bahkan juga, dengan adanya aktiviti regangan dan pemanasan badan,
kadar pengaliran darah dan pergerakan jantung akan stabil sebelum peserta melakukan aktiviti yang
berat. Selain itu, kelenjar endokrin dan kelenjar adrenalina akan merembeskan peluh yang
mengandungi toksin untuk disingkirkan daripada badan. Oleh sebab itu, badan kita akan menjadi sihat
dan sukar untuk dijangkiti patogen-patogen penyakit. Kebiasaanya, seorang fasiltator akan memberi
penerangan kepentingan melakukan regangan dan peringatan mengenai langkah-langkah menjaga
keselamatan sepanjang program rekreasi diadakan untuk mengelak sebarang kemalangan atau
kecederaan. Bak kata pepatah, malang tidak berbau dan sediakan payung sebelum hujan. Justeru,
tahap keselamatan peserta lebih terjamin semasa melakukan aktiviti lasak tersebut. Hal ini jelas
menunjukkan aktiviti berekreasi merupakan satu cara untuk kita mengamalkan gaya hidup sihat dalam
kehidupan.
Mari kita meneruskan perbincangan menggunakan minda pelajar kelas pertama dalam
membicara aktiviti sukan sebagai amalan gaya hidup sihat. Sebagaimana kita maklum, remaja tidak
lari daripada melakukan aktiviti sukan dalam kehidupan mereka sejajar dengan usaha Kementerian
Pelajaran Malaysia memperkenalkan pelaksanaan Program 1 Murid 1 Sukan yang mewajibkan pelajar
sekurang-kurang menyertai satu aktiviti sukan di sekolah. Bahkan juga,Kementerian Pelajaran
Malaysia juga telah 10% syarat kemasukan ke universiti berdasarkan pencapaian pelajar dalam
bidang kokurikulum antaranya sukan permainan. Namun, pelaksanaan program ini belum mencapai
objektifnya kerana sebilangan pelajar masih belum membudayakan diri mereka untuk bersukan dan
penglibatan mereka dalam aktiviti berkenaan hanya sekadar untuk penyertaan bukan sebagai budaya.
Sebenarnya, pucuk pangkal permasalahan berkenaan terus berlaku akibat masyarakat masih belum
mengetahui akan manfaat dan kepentingan sukan dalam kehidupan mereka. Dengan bersukan,
masyarakat akan mendapat manfaat iaitu selain menyihatkan badan, mereka juga akan dapat
mencergaskan minda mereka. Hal ini kerana ketika bersukan oksigen akan diserapkan ke dalam
badan dengan lebih cepat dan akan mengaktifkan sel-sel badan menjalankan proses respirasi,
disamping aliran oksigen ke otak akan lebih aktif. Secara langsung neuron-neuron otak juga akan
bersambung dan badan akan menerima cas-cas positif yang berfungsi untuk menyihatkan badan dan
mencerdaskan otak. Kebaikannya kepada pelajar, mereka tidak akan mudah mengantuk semasa
berada di dalam kelas dan sudah pasti proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih bermakna.
Pepatah Arab ada mengatakan bahawa minda cerdas lahir daripada badan yang sihat. Justeru, kita
boleh
mengamalkan
gaya
hidup
sihat
dengan
melakukan
aktiviti
bersukan.
Akhir sekali, sudah terang lagi bersuluh bahawa pemeriksaan dan rawatan kesihatan adalah
penting dalam memastikan tahap kesihatan kita sentiasa berada di bawah paras bahaya. Masyarakat
Malaysia perlu bersyukur kerana kerajaan terutamanya di bawah kelolaan Kementerian Kesihatan
Malaysia amat mengambil berat dalam menyediakan prasarana dan kemudahan
kesihataperkhidmatan bertaraf dunia. Hal ini boleh kita lihat di setiap pelusuk negara terdapat pusat
rawatan sama ada klinik desa, Klinik 1 Malaysia, Hospital Desa dan Hospital Besar sentiasa terbuka
untuk dikunjungi oleh rakyat yang sedar akan kepentingan kesihatan mereka. Bahkan juga, pengamal
perubatan yang sedia merawat pesakit adalah lepasan universiti dikerah berkhidmat di pusat rawatan
daerah, dan negeri agar setiap masyarakat mudah untuk mendapat perkhidmatan kesihatan yang
berkualiti. Berbading suatu ketika dahulu, pesakit yang memerlukan rawatan daripada seorang doktor
hanya boleh mendapat perkhidmatan mereka di hospital desa atau hospital besar. Rawatan kesihatan
amat penting supaya setiap warganegara akan tahu tahap dan darjah kesihatan mereka dari semasa
ke semasa. Apabila kita melakukan rawatan kesihatan secara berskala sekurang-kurangnya tiga bulan
sekali perkembangan kesihatan kita boleh dipantau oleh pengamal perubatan atau doktor dengan
sebaik-baiknya. Natijahnya cukup positif kerana pengesanan penyakit secara awal akan memudahkan
mereka mendapat rawatan yang sepatutnya. Secara langsung pengesanan awal boleh

menyelamatkan nyawa kerana kadang kala penyakit menyerang tanpa disedari terutama penyakit tiga
serangkai iaitu darah tinggi, kecing manis dan serangan jantung. Contohnya, sekiranya pesakit
mengalami penyakit kencing manis para doktor berpengalaman akan menasihatkan pesakit mengawal
kaedah pemakanan yang sesuai dan sekiranya pesakit mengalamai masalah diabetis yang kronik
suntikan insulin akan dilakukan untuk mengawal paras gula dalam badan. Pepatah ada menyebut "
mencegah lebih baik daripada merawat." Tegasnya mendapat pemeriksaan dan rawatan kesihatan
adalah sangat penting dalam memastikan tahap kesihatan masyarakat dalam keadaan baik.
Kesimpulannya, pengamalan gaya hidup sihat merupakan inisiatif kita sendiri. Jika kita inginkan
kesihatan kita sentiasa sihat, kita perlulah melibatkan diri dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh
menyihatkan tubuh badan kita seperti pengambilan makanan seimbang, melakukan aktiviti rekreasi,
menyertai aktiviti sukan dan mendapatkan rawatan kesihatan secara sempurna. Oleh itu, untuk
menyokong kerajaan dalam merealisasikan Wawasan 2020, kita perlulah memastikan tahap kesihatan
kita dalam keadaan terbaik kerana pekerja, pentadbir, dan pemimpin yang sihat jasmani, rohani,
emosi dan inteleknya sahaja yang akan dapat membantu menggapai cita-cita pemimpin untuk
memastikan Malaysia mampu untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju
yang lain. Justeru, kesihatan merupakan aset paling penting sebagai warganegara Malaysia kerana
bak kata pepatah, kesihatan itu lebih penting daripada wang ringgit yang menggunung.

Karangan di bawah bukan soalan Percubaan SPM 2013 SMKASAS. Saya masukkan karangan
berkenaan atas dasar kehebatan hasilan karangan pelajar berkenaan dan boleh dijadikan contoh
semasa mengarang oleh setiap pelajar. Justeru, karangan di bawah wajib salin.
Diubahsuai daripada karangan nukilan Norfaezah bt. Mohd. Nozani ( Pelajar Tingkatan 4 Ibnu Sina )
Karangan Umum Berfokus Komsas.
Soalan : Dalam karangan masyarakat Malaysia, pantun merupakan puisi tradisional yang masih kekal
sehingga ke hari ini. Bincangkan keistimewaan pantun dan peranannya dalam masyarakat Melayu.
Busana indah bertata suasa,
Menari puteri di dalam taman,
Pantun lambang budaya bangsa,
Takkan hilang ditelan zaman.
Rangkap pantun di atas menggambarkan pantun sebagai satu lambang keistimewaan mayarakat
Melayu. Pantun merupakan seni bangsa yang telah diperturunkan daripada generasi terdahulu
kepada generasi pasca kemerdekaan ini. Pantun yang kaya dengan seni kata yang halus dan irama
yang indah turut melambangkan kehebatan dan kepakaran masyarakat Melayu dalam bidang
berbahasa. Marcapada, puisi tradisional kini turut dipertahan dan diberi penekanan oleh golongan
pencinta ilmu agar tidak terhakis dibawa arus perubahan zaman yang rakus menelan budaya Melayu
dari bangsanya. Justeru, komponen sastera yang diperkenalkan dalam sukatan mata pelajaran
Bahasa Melayu merupakan usaha bijak pandai kita agar pendedahan sedari usia rebung pasti mampu
memupuk kecintaan pelajar atau generasi muda terhadap kemahiran berbahasa terutamanya
kemahiran berpantun. Bukan itu saja, malah harapan kita agar generasi sekarang juga diharapkan
mampu mencipta hasilan pantun seperti generasi nenek moyang kita sebelumnya. Seterusnya,
diharapkan kesenian berbahasa ini akan menjadi budaya masyarakat bangsa dalam setiap aktiviti
harian sama ada ketika berkomunikasi secara umum ataupun formal. Jelasnya, kenenian berbahasa
menggunakan pantun sebagai wahana komunikasi antara masyarakat mempunyai pelbagai
keistimewaan dan peranannya.
Mari kita bersama-sama memfokuskan lensa perbincangan ke arah horizon minda pelajar kelas
pertama dengan membicara kata kunci pertama iaitu fungsi pantun sebagai wahana penyampaian
rasa penghargaan dan terima kasih kepada seseorang. Masyarakat Melayu yang sememangnya
terkenal dengan sikap suka menghargai dan berterima kasih atas sumbangan dan jasa orang lain.
Antara hasilan pantun generasi terdahulu yang masih diaplikasi masayarakat sehingga kini terpapar
melalui pantun seperti di bawah,
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Justeru, penggunaan pantun sebagai alat untuk menyampaikan rasa penghargaan dan ucapan terima
kasih seperti tergambar dalam pantun di atas memaparkan kehalusan budi bangsa Melayu sesuai
dengan pepatah Melayu iaitu harimau mati meninggalkan belang, manusia matiu meninggalkan nama.
Ucapan terima kasih melalui penggunaan pantun yang selalunya digunakan dalam ucapan semasa
acara rasmi, atau dalam perbualan seorang rakan dengan rakan memang meninggalkan impak yang
besar kepada pendengarnya. Ucapan dengan penggunaan pantun ini boleh berlaku apabila
seseorang itu menghulurkan bantuan sama ada kewangan, tenaga atau usaha membantu orang lain
dalam meringankan bebanan kerja, memberikan idea dalam menyelesaiakan masalah, memberikan
nasihat dan sebagainya. Secara langsung, penggunaan pantun dalam menyampaikan penghargaan
terima kasih ini dapat melahir dan menyemaikan bibit-bibit kasih sayang antara pengguna atau
penutur bahasa. Tuntasnya, pantun menjadi wadah dan wahana dalam menyampaikan rasa
penghargaan dan terima masih seseorang dalam kehidupan bermasyarakat.
Seterusnya, mari kita selusuri fokus lensa perbincangan menggunakan minda pelajar kelas

pertama mengenai peranan pantun dan keistimewaannya dengan kata kunci kedua iaitu pantun juga
boleh diguna pakai sebagai medan media berkomunikasi dalam menyampaikan sesuatu maklumat
kepada masyarakat. Sebagai contoh, kita sering melihat iklan yang dipaparkan di kaca televisyen
menggunakan pantun sebagai medium komunikasi mereka. Usaha murni media massa menggunakan
pantun sebagai alat menyampaikan pesanan atau nasihat amat dipuji kerana dengan aplikasi pantun
berkenaan dalam media akan membangkitkan rasa kecintaan masyarakat terhadap fungsi pantun
dalam kehidupan dan secara langsung mereka tidak akan lupa akan peranan pantun dalam
kehidupan seharian serta tidak melupakan identiti bangsa mereka. Di samping itu, media komunikasi
tidak kira media cetak ataupun media elektronik boleh menggalakkan masyarakat mengaplikasi
pantun dalam kehidupan mereka sama ada semasa berinteraksi atau berhubung melalui komunikasi
berbahasa ataupun melalui tulisan. Antara contoh, media massa seperti radio dan televisyen
menyiarkan rancangan berbalas pantun sama ada secara tertutup mahupun secara siaran langsung
dalam rancangan mereka. Langkah ini juga patut dipuji kerana golongan yang meminati siaran
eletronik ini antaranya golongan remaja dan mereka inilah bakal pemimpin dan merupakan aset
negara. Bahkan juga, penggunaan pantun dalam kehidupan boleh menjadi bahan untuk hiburan dan
jenaka kerana pantun sering mendapat perhatian dalam kalangan penghibur negara terutama dalam
rancangan realiti televisyen sekarang seperti Super Spontan, Maharaja Lawak, Karott Komedia X,
dan sebagainya mencuri tumpuan peminat dalam kalangan masyarakat. Tamsilnya, pabila masyarakat
menonton rancangan seperti ini mereka akan dapat melupakan sementara rasa sedih dan stress
mereka setelah bergulamang dengan kerjaya pada sebelah siangnya. Sebagai nasihat, dalam
berhibur ciri-ciri pantun sebagai puisi lama tidak perlu diabaikan kerana di situlah erti keindahan dan
keunikan berbahasa yang ditinggalkan oleh generasi dahulu kepada kita. Tegasnya, masayarakat
tidak perlu memandang rendah peranan pantun dalam kehidupan mereka kerana pantun berperanan
sebagai penyampai maklumat dan juga sumber hiburan yang mengasyikkan.
Darsawarsa, segelintir masyarakat kita, terutama masyarakat Melayu alpa kerana meminggir dan
tidak menghargai tradisi pantun sebagai satu medium atau wahana untuk menyindir dan menempelak
sesorang tanpa menyinggung perasaan pendengar. Kita sedia maklum, masyarakat Melayu terkenal
dengan sifat berbudi bahasa dan sentiasa menjaga akhlak semasa berkomunikasi. Hal ini kerana
setiap individu tidal lari daripada melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau sebaliknya
sehingga menggores perasaan orang di sekeliling mereka. Justeru, pabila kita berbalik kepada
generasi nenek moyang kita dahulu, mereka cenderung menggunakan pantun dalam menyindir atau
menempelak sesorang. Dengan cara sedemikian, pendengar atau orang yang dilawan bercakap tidak
akan berasa pedihnya sindiran berkenaan berbanding jika disampaikan dengan cara terus terang.
Contohnya boleh kita lihat melalui pantun berikut, "Berakit ke hulu dengan bergalah, buluh pecah
terbelah dua, orang tua jangan dilangkah, kelak biadap dituduhnya pula." Pantun berkenaan jelas
menunjukkan contoh cara golongan tua menyindir golongan muda yang sering menempelak golongan
tua sama ada semasa bercakap atau semasa memberi nasihat kerana orang tua lebih banyak makan
garam. Berbanding sekiranya dalam menempelak atau menyindir seperti berkata, " Diam, jangan
melawan cakap orang tua", menunjukkan seseorang terus menghalang orang lain bersikap biadap
dengan orang tua. Sekiranya berlaku situasi sedemikian, sudah pasti golongan muda yang
mendengar kata-kata seperti itu akan tersinggung dan akibatnya hubungan mereka akan menjadi
renggang.Situasi ini sering berlaku dalam alaf milenium ini kerana golongan remaja sekarang lebih
suka berterus terang semasa berbual dengan rakan-rakan sebaya, dan sudah pasti ada kalanya sikap
ini akan mengundang padah seperti berlakunya pertengkaran dan perkelahian. Tegasnya, masyarakat
terutama golongan remaja boleh menggunakan pantun apabila cuba untuk menempelak atau
menyindir rakan sebaya kerana penggunaan pantun akan melembutkan maksud teguran berbanding
jika teguran itu dizahirkan secara berterus terang.
Mari kita lebarkan fokus lensa perbincangan kepada kata kunci peranan pantun dalam adat
istiadat orang Melayu . Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan sikap mengutamakan adat
dalam upacara seperti merisik, pertunangan dan perkahwinan. Dalam majlis seperti rombongan
merisik kebiasaannya ahli keluarga akan memilih golongan tua daripada keluarga mereka menjadi

orang utama dalam majlis seperti disebutkan di atas. Kebiasaannya, orang paling utama dalam acara
seperti tersebut dipilih dalam kalangan ahli keluarga yang petah berkata-kata dan kaya dengan
kesenian berpantun. Selalunya, pantun akan digunakan sebagai mukadimah atau pembuka kata
sebagai tanda meminta kebenaran sebelum aktiviti selanjutnya dijalankan semasa upacara merisik,
pertunangan dan perkahwinan. Dalam berpantun kebiasaannya ketua rombongan akan cuba untuk
menyampaikan hasrat rombongan keluarga mereka dan selalunya ke rumah gadis yang menjadi
pilihan ahli keluarga lelaki. Selalunya, pantun yang dikemukan akan dibalas oleh keluarga gadis.
Sebagai contoh pantun berkenaan seperti di bawah:Tok Sami ke teluk Lipat,
Kain batik dibawa Salma,
Datang kami membawa hajat,
Kalau sudi minta diterima.
Dari Pauh singgah Permatang,
Singgah merapat papan kemudi,
Dari jauh saya datang,
Kerana tuan yang baik budi.
Pantun seperti di atas, biasanya dipertuturkan semasa adat merisik, pertunangan atau perkahwinan
yang mengambar orang Melayu sentiasa berkomunikasi secara bersopan dalam acara tertentu.
Tegasnya, budaya masyarakat Melayu begitu unik dan kaya dengan kesenian bahasa antara
kemahiran berpantun dalam upacara adat.
Selain itu, pantun juga sering digunakan sebagai usaha untuk memberi tunjuk ajar atau
nasihat kepada seseorang. Nasihat dan tunjuk ajar ini kebiasaannya diajukan kepada setiap lapisan
masyarakat tidak kira usia muda atau tua. Pada zaman dahulu, orang tua-tua sering mengutamakan
pantun sebagai usaha untuk memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada anak-anak atau golongan
remaja kerana dengan cara tersebut teguran dan nasihat yang hendak disampaikan secara lebih
bersopan. bahkan juga, dengan penggunaan pantun teguran dan tunjuk ajar dapat disampaikan
tanpa menggores perasaan golongan yang menjadi sasarannya. Contoh pantun nasihat seperti di
bawah:Pergi ke pantai berkereta coklat,
berdayung sampan hingga ke malam,
Firman Tuhan tutuplah aurat,
Menjadi kewajipan wanita Islam.
Berdasarkan pantun di atas, pemantun cuba menasihatkan golongan hawa agar sentiasa menutup
aurat mereka kerana perkara tersebut sudah menjadi kewajipan kaum wanita di sisi Tuhan. Jelasnya,
melalui pantun seperti diatas nasihat yang disampaikan secara lembut dan tidak berbentuk keras
dalam bentuk paksaan walaupun perkara berkenaan adalah wajib dilaksanakan kaum perempuan.
Berbanding dengan situasi remaja sekarang lebih suka membuat teguran secara terus terang
sehingga menyebabkan timbul perasaan tidak senang dalam kalangan mereka. Adakalanya, cara
teguran disampaikan menyebabkan hubungan antara mereka akan renggang malah ada juga yang
mencetuskan perkelahian kerana ada yang berpendapat soal menutup aurat adalah soal peribadi.
Tegasnya, pantun amat signifikan untuk memberikan nasihat dan teguran kerana cara ini lebih lembut
dan bersopan.
Akhirulkalam, sudah terang lagi bersuluh bahawa pantun sememangnya banyak kelabihan dan
keistimewaannya tersendiri. Antara, pantun berfungsi sebagai hiburan, berguna dalam adat istiadat,
sebagai nasihat, menempelak dan sebagainya. Sebagai penerus generasi terdahulu, kita bukan
sahaja perlu menghargai keunikan dan kesenian pantun Melayu, malah lebih jauh lagi kita perlu

mempertahan dan seterusnya membudaya tradisi penggunaan pantun dalam kehidupan seharian
agar tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas dibawa arus zaman yang serba ligat dengan
kemodenan zaman milineum ini. Justeru, kita sebagai perwaris bangsa perlu bekerjasama ibarat aur
dengan tebing, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat dalam usaha untuk terus
memartabat dan memperkasakan pantun sebagai satu wahana dan mideum komunikasi sopan antara
masyarakat Melayu yang terkenal dengan budi bahasanya. Oleh sebab itu, ternyatalah keistimewaan
pantun dan peranannya dalam masyarakat tidak dapat dipertikaikan.

Karangan Umum Fokus Keluarga / Ibu Bapa


Ibu bapa memainkan peranan penting untuk membentuk budaya membaca dalam kalangan anggota keluarga
mereka.Bincangkan pernyataan di atas.Karangan ini nukilan Nur Aisah Humaira bt. Moideen Ting. 5 Ibnu Khaldun

SEYOGIA
Karangan berfokus masyarakat.

Kaum wanita di negara ini wajar diberikan peluang yang sama rata dengan kaum lelaki untuk
menceburi diri dalam pelbagai bidang.
Berikan komen anda tentang pernyataan di atas.
Mampukah wanita menggalas tugas kaum lelaki? Kaum wanita hanya sesuai di dapur,
mengemas rumah dan menjaga anak Bolehkah wanita menjadi seorang pemimpin? Persoalan
sebegini kerap diperbual dan kerap menjadi perbincangan dalam kalangan masyarakat terutama
dalam kalangan kaum adam yang sering memandang rendah akan kemampuan kaum hawa. Namun,
tohmahan dan pandangan kaum adam akan terhakis apabila nama-nama tokoh wanita sudah
membarisi nama-nama hebat dengan kejayaan mereka dalam pelbagai bidang dan sekaligus
membuktikan mereka mampu menyamai dan ada yang mengatasi kaum lelaki. Hal ini terbukti terbukti
sejak dari dahulu lagi. Mana tidaknya, semenjak zaman Rasulullah sendiri nama wanita seperti
Saiditina Aisyah, Ummi Salamah, Fatimah dan Zainab Al Ghazali memberi sumbangan yang besar
dalam pembangunan Islam. Begitu wanita di Malaysia yang Berjaya dalam bidang mereka seperti Dr.
Zeti Akhtar Aziz wanita pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia, Aireen Omar
wanita pertama yang mengepalai syarikat Penerbangan Air-Asia, Datuk Dr. Maznah Hamid bekerjaya
dan memiliki syarikat sekuriti dan hartanah, Kadijah Abdullah Ketua Eksekutif Insuran Malaysia dan
pelbagai lagi nama wanita berjaya di Malaysia, sudah pasti menutup pandangan serong golongan
adam akan kebolehan kaum hawa. Benarlah kata pepatah, tangan yang menghayun buaian mampu
mengoncang dunia. Tegasnya, wanita wajar diberi peluang yang sama rata dengan kaum lelaki untuk
menceburi pelbagai bidang asalkan peranan mereka tidak bertentangan dengan agama.
Mari kita lebarkan lensa skop perbincangan berdasarkan minda pelajar kelas pertama dengan
kata kunci golongan wanita mampu menerajui bidang kewangan negara. Nama yang tidak asing
dalam bidang kewangan berkenaan ialah Dr. Zeti Akhtar Aziz iaitu anak kepada pasangan Profesor
Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid dan Sharifah Azah Alsagof merupakan Tokoh
Budayawan Negara. Dr. Zeti Akhtar Aziz merupakan wanita Malaysia pertama dilantik sebagai
Gabenor Bank Negara Malaysia setelah menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana dan Doktor
Falsafah dalam Jurusan Kewangan dan Ekonomi Antarabangsa Universiti Pennyslvania pada tahun
1978. Atas sumbangan dan kejayaannya dalam mentadbir kewangan negara, beliau telah terpilih
sebagai Ahli Perbankan Pusat Terbaik di dunia oleh Majalah Global Finance. Beliau menerima
anugerah berprestij tersebut bersama-sama tokoh kewangan dunia seperti Gabenor Bank Australia,
Gabenor Bank Israel, dan tokoh kewangan dari Filipina dan Taiwan. Selain Dr. Zeti Akhtar, nama
wanita berjaya dalam bidang ekonomi seperti nama yang disebut di bahagian pengenalan iaitu Aireen
Omar, Datuk Maznah, begitu juga Pengurus Syarikat Faiza Sdn. Bhd. iaitu Faiza Bawurni Sayed
Ahmad terkenan dengan pengedar beras basmathi. Justeru, terbukti bahawa golongan wanita
mampu untuk mentadbir kewangan dan ekonomi negara, malah jauh mengatasi kebolehan golongan
lelaki apabila Dr. Zeti Akhtar telah diiktiraf sebagai antara Ketua Bank Negara yang terbaik di dunia.
Seterusnya, mari kita selongkar kehebatan kaum hawa dalam bidang sukan agar sikap dan
prasangka kebolehan wanita tidak dipertikai sebagai kaum yang lemah malah boleh berjaya seperti
peserta sukan lelaki. Kaum wanita juga mampu untuk berjaya seperti kaum lelaki dalam acara sukan
sekiranya diberi ruang dan peluang untuk menunjukkan kebolehan mereka. Kejayaan mereka bukan
sahaja di peringkat kebangsaan, malah ada yang berjaya di peringkat global apabila mampu
menunduk pencabar dunia. Justeru, nama-nama seperti peserta sukan wanita berjaya dalam karear
mereka di peringkat antarabangsa seperti Dato' Nicol Ann David dan Pandela Rinong berjaya dalam
acara sukan yang mereka tandingi di peringkat dunia iaitu dalam acara skuasy dan acara terjun.
Dalam acara skuasy, Ratu Skuasy Negara sering memberi kejutan demi kejutan apabila berjaya

meneruskan gelaran sebagai pemain skuasy pertama dunia apabila muncul sebagai johan dalam
pelbagai kejohanan skuasy di peringkat dunia. Kejayaan Pandela Rionong mendapat pingat gangsa
dalam acara terjunan di Sukan Olimpik London pada tahun 2013 amat membanggakan rakyat
Malaysia. Hal ini kerana, beliau merupakan peserta sukan pertama negara yang berjaya mencapai
kejayaan gemilang seperti itu di peringkat Sukan Olimpik. Tegasnya, kaum hawa juga mampu
menggegarkan
dunia
apabila
diberi
ruang
untuk
menyertainya.
Jika kita sorot lensa perbincangan kepada penglibatan golongan wanita dalam aktiviti ekstrim
atas dasar untuk menyenaraikan nama wanita Malaysia sebaris dengan kejayaan wanita negara luar.
Sebagai warganegara Malaysia, kita amat berbangga dengan semangat patriotik golongan hawa
yang sanggup menggadai nyawa untuk memartabatkan nama negara kita sebaris dengan negara
maju yang lain agar kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara yang lain.
Nama kaum hawa yang dimaksudkan dalam perbincangan ini ialah Datin Paduka Sharifah Mazlina
Syed Abdul Kadir, pensyarah Psikologi Sukan di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti
Teknologi Mara (UiTM). Beliau telah mengambil risiko untuk menjelajah kawasan paling sejuk di dunia
iaitu untuk menjelajahi Kutub Utara walaupun beliau sedar kemungkinan nyawa beliau boleh
melayang dalam menjayakan usaha menjelajahi kutub berkenaan secara solo. Oleh sebab
semangatnya yang membara untuk berjaya menakluk Kutub Utara akahirnya usahanya berjaya
melaksanakan ekspedisinya pada 17 April 2007, sekali gus menjadikannya sebagai wanita Asia
pertama berjaya menjelajah kedua-dua Kutub Utara dan Kutub Selatan. Semangat dan keazaman
penuh membara yang ditunjukkan oleh mereka ini seharusnya dijadikan iltizam buat generasi masa
hadapan untuk terus mengorak langkah merintis kecemerlangan. Tegasnya, kaum wanita juga mampu
untuk berjaya sekiranya mempunyai semangat patriotisme, di samping kecekalan hati dalam
menghadapi cabaran mengharungi kawasan paling sejuk dan paling mencabar di dunia.
Seterusnya, mari kita terus menyelongkar kehebatan wanita Malaysia menggunakan minda
pelajar kelas pertama dengan memperkatakan kehebatan kaum hawa dengan kata kunci mereka juga
boleh berjaya dalam bidang politik terutama membantu barisan kabinet menerajui kepimpinan
negara. Kini terdapat ramai wanita yang menyandang jawatan menteri, senator, ahli parlimen, ahli
EXCO, ADUN dan sebagainya. Kita berbangga dengan ahli-ahli politik wanita seperti Datuk Seri
Rafidah Aziz, mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri dan Datuk Seri Shahrizat
Abdul Jalil, mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang berusaha gigih
menjaga hak dan kepentingan wanita. Berdasarkan senarai anggota kabinet Malaysia 2013, Datuk
Rohani Abdul Karim merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengganti
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Tidak lupa juga jasa mantan Allahyarhamah Tan Sri Aishah Ghani
yang telah banyak berjasa kepada negara dan pertama di Malaysia yang dilantik ke jawatan senator
pada tahun 1963 dan merupakan wakil wanita pertama dari Malaysia ke Perhimpunan Agung
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada tahun 1973, beliau dilantik menjadi Menteri
Kebajikan Masyarakat dan memegang jawatan tersebut sehingga tahun 1984. Oleh sebab itu, jasa
mereka terhadap masyarakat amat dikagumi terutama dalam menentukan kebajikan golongan wanita
agar sentiasa terbela terutama golongan ibu tunggal. Tuntasnya, kaum wanita juga memainkan
peranan membantu barisan kabinet negara menerajui kepimpinan negara Malaysia.
Setelah kita membincangkan jasa pemimpin wanita membela kaum wanita dan membantu
barisan kabinet mentadbir negara dalam bidang politik, mari kita menelesuri pula peranan wanita
dalam dalam membantu kebajikan masyarakat peringkat antarabangsa. Bukan senang untuk mencari
seorang budiman seperti Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood yang sanggup meninggalkan kesenangan dan
kemewahan demi untuk membantu orang lain. Beliau merupakan pengerusi dan pengasas MERCY
Malaysia ataupun 'Malaysian Medical Relief Society' iaitu pertubuhan bantuan perubatan sukarela

yang ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1999 berikutan perang di Kosovo. Beliau sendiri selalu
mengetuai misi membantu penduduk di negara-negara yang menghadapi bencana alam seperti
gempa bumi, tsunami dan juga di wilayah yang bergolak akibat perang. Baginya apa yang
dilakukannya itu adalah lebih berharga daripada apa yang boleh dibeli oleh wang ringgit. Dr. Jemilah
merupakan salah seorang daripada 16 yang lain dipilih oleh Setiausah Agung Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu (PBB), General Ban Ki-moon sebagai kumpulan penasihat Pusat Tindakan Tabung
Kecemasan PBB (CERF). Begitulah jasa seorang wanita dan atas jasanya tersebut pelbagai
penghargaan telah diterimanya seperti anugerah Dato Paduka Mahkota Perak (DPMP) oleh Yang
Teramat Mulia Sultan Azlan Shah pada tahun 2002 dan Panglima Jasa Negara (PJN) oleh Duli Yang
Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2003.Pada 6 Jun 2009, beliau dianugerahkan
Panglima Setia Mahkota (PSM) oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang
membawa
gelaran
Tan
Sri.
Beliau juga telah menerima Anugerah Keamanan Wanita yang Pertama di Asia Timur (Kategori
Perkhidmatan Kemanusiaan) di Manila. Anugerah yang berprestij itu juga pernah dianugerahkan
kepada Presiden Filipina Corazon Aquino dan Aung San Suu Kyi dari Manila. Justeru, insan bergelar
kaum hawa memang hebat kerana jasa mereka sentiasa disanjung tinggi dunia atas jasa mereka tidak
pernah
kenal
sempadan.
Akhir kalam, jasa dan peranan wanita memang telah diiktiraf semenjak zaman Rasulullah lagi dan
seterusnya nama-nama wanita Malasyia juga tidak kurang hebatnya. Mereka sentiasa mewarnai
senario di tanah tumpah darah mereka dalam pelbagai bidang , sama ada di bidang politik, sukan,
ekonomi, berusaha memartabatkan nama negara di mata dunia, membantu kepimpinan negara dan
membantu masyarakat tanpa mengenal sempadan dunia. Sebagai warganegara Malaysia kita harus
berbangga dengan sumbangan kaum hawa ini kerana keberadaan mereka membantu kaum adam
untuk memantapkan segala kekurangan yang ada pada mereka. Oleh sebab itu, kaum wanita
memang perlu diberi ruang untuk menceburi pelbagai bidang kerana kepakaran mereka bukan racun
yang mampu membunuh kaum adam malah boleh diibaratkan ubat yang mampu menyembuhkan
penyakit kaum adam. Allah berfirman bahawa kaum adam dijadikan untuk berpasangan dengan kaum
hawa. Justeru, prasangka buruk dalam kalangan kaum adam terhadap kaum hawa perlu dihapuskan
agar sikap bekerjasama akan wujud demi membina sebuah negara merdeka dan perkasa dalam
pelbagai
bidang
agar
mampu
untuk
menyinar
di
mata
dunia.

Karangan Tambahan.
Masyarakat pada zaman alaf milenium ini amat mudah untuk mendapat maklumat melalui internet.
Berdasarkan pernyataan berkenaan huraikan kebaikan internet dalam kalangan masyarakat kini.

Saban hari penggunaan internet semakin digemari oleh setiap lapisan masyarakat di negara
kita. Tahukan anda bahawa penggunaan internet di negara kita ibarat cendawan tumbuh
selepas hujan kerana pertambahan penggunaannya amat ketara sama ada di kawasan bandar
mahu pun di kawasan luar bandar. Penggunaan internet juga bertambah dalam kalangan rakyat
di negara kita disebabkan wujudnya rangkaian jaringan sosial seperti Facebook, Friendster, My
Space dan Tagged dalam internet yang semakin meluas. Bahkan, negara kita tersenarai dalam
sepuluh negara yang paling banyak menggunakan jaringan sosial iaitu Facebook. Sedar atau
tidak, penggunaan internet juga telah sampai di segenap desa apatah lagi selepas wujudnya
teknologi 3G dan "4G". Apa yang pasti, kajian telah menunjukkan bahawa satu daripada
sepuluh buah rumah di negara kita menggunakan kemudahan internet untuk pelbagai tujuan.
Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa pelbagai manfaat dapat diperoleh daripada
kemudahan penggunaan internet dalam kalangan masyarakat sekaligus mengubah ajakan
paradigma masyarakat dalam era teknologi maklumat kini kerana maklumat berada di hujung
jari.

Mari kita melebarkan lensa perbincangan dengan mengupas kebaikan penggunaan


internet dalam kalangan masyarakat kini. Pertama kita gunakan minda pelajar kelas pertama
dalam memperinci tajuk perbincangan pertama dengan kata kunci internet bermanfaat untuk
mencari dan mengumpul maklumat dalam masa yang singkat. Hal ini kerana dalam era
globalisasi ini segala maklumat sama ada formal atau tidak formal telah dimuat naik dalam
rangkaian internet oleh pelbagai pihak dengan cepat sehingga mengalahkan media cetak
seperti surat khabar. Dalam soal ini, pengguna hanya perlu menaip sahaja maklumat yang
dikehendaki dalam carian enjin google atau yahoo dan segala maklumat yang diperlukan akan
tertera di skrin komputer. Malah, setiap maklumat yang kita perlu dapat kita peroleh
menggunakan pelbagai sumber yang boleh dipercayai keesahannya. Sebagai contoh, jika kita
ingin mencari maklumat berkenaan berita terkini di akhbar, kita akan memperoleh banyak
maklumat kerana hampir semua akhbar telah dibuka atas talian seperti Utusan Malaysia
Online, Berita Harian Online, Malaysia Kini dan News Strait Times. Malahan, pelajar juga boleh
mendapat maklumat mengenai berita terkini berlaku di dunia kerana dengan internet kerana
dunia ibarat tanpa sempadan. Perkara ini secara tidak langsung memudahkan kita mengumpul
maklumat daripada pelbagai sumber dan kita juga akan memperoleh berita terbaru kerana
dalam media mungkin berita berkenaan masih belum disiarkan. Contohnya, kita akan
mengetahui peristiwa seperti bencana tsunami yang pernah berlaku di Acheh dan Jepun,
serangan Israel ke atas negara kecil iaitu di Palestin. Justeru, pada zaman milineum ini
bergantung kepada seseorang pelajar untuk mencari maklumat dan sekiranya mereka malas
berbuat demikian mereka boleh diibarat seperti katak di bawah tempurung. Oleh itu, kita
dapat membuat kesimpulan bahawa mencari maklumat akan menjadi lebih mudah dengan
menggunakan kemudahan internet.

Seterusnya mari kita memperinci perbincangan selanjutnya dengan kata kunci penggunaan
jalur lebar dapat menyelesaikan pelbagai urusan seharian seperti membayar bil dan urusan
perbankan Kini, kehidupan masyarakat kita terutama mereka yang tinggal di bandar sangat
sibuk dek tekanan tempat kerja dan kesesakan lalu lintas sebelum serta selepas pulang dari
pejabat. Jadi, kesuntukan masa yang dialami ini amat menyusahkan apabila mereka hendak
menguruskan hal-hal berkaitan rumah tangga dan pembayaran pelbagai bil. Oleh sebab itu,
masyarakat di bandar sering mengalami tekanan kehidupan atau stress yang membelenggu
kehidupan mereka seharian. Justeru, masyarakat milenium mereka perlu sedar akan
kemudahan yang telah disediakan oleh pelbagai agensi sama ada agensi kerajaan mahupun
swasta dalam meringankan bebanan dan masa. Bak kata pepatah, masa itu emas, sekiranya
kita tidak memotongnya masa akan memotong kita. Oelh sebab itu satu cara untuk
menyelesaikan masal pembayaran bil dalam kehidupan seharian adalah dengan penggunaan
internet. Justeru, pembayaran bil dan urusan perbankan boleh dilakukan pada bila-bila masa
sama ada sambil minum kopi dan berbual bersama-sama ahli keluarga di rumah, atau
dipejabat. Perkara ini dapat dibuktikan apabila banyak bank seperti Maybank, CIMB Bank, Agro
Bank dan RHB Bank menyediakan perniagaan secara online di internet kepada para
pelanggan untuk memindahkan wang ke dalam akaun lain dan menyimpan wang secara
online, begitu juga dengan pembayaran bil kad kredit. Pembayaran bil elektrik, bil air dan bil
telefon juga dapat dibayar dengan penggunaan internet di rumah melalui laman web kerajaan
iaitu myeg.com. Pendek kata, kita dapat menguruskan pembayaran bil dan urusan perbankan
di rumah melalui internet sekaligus menjimatkan masa kita.

Di samping itu, manfaat penggunaan internet di rumah dapat memudahkan kita


berkomunikasi di antara jarak jauh dan dekat malah merentasi lautan seantero dunia. Hal ini
kerana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di internet untuk tujuan komunikasi.
Malah, syarikat gergasi telekomunikasi berlumba-lumba membuka laman web mereka untuk
memudahkan pengguna berkomunikasi di internet. Berkomunikasi di internet bukan sahaja
melibatkan suara orang yang dihubungi malah kita dapat bersua muka dan melihat wajah
kenalan atau individu yang baru kita kenali dengan hanya duduk di kerusi dan mengadap
komputer serta tangan bermain dengan tetikus melalui beberapa klik. Perkara ini amat
memberi kebaikan kepada ahli keluarga yang jauh meninggalkan keluarga untuk bekerja dan
belajar di luar negara seperti di Asia Barat dan Eropah. Oleh sebab itu dengan penggunaan
internet hubungan ahli keluarga yang jauh dapat dipererat dengan menggunakan internet.
Mereka hanya perlu mengakses aplikasi yahoo mesengger untuk berkomunikasi bagi melihat
wajah dan mendengar suara ahli keluarga yang jauh bagi melepaskan kerinduan. Tambahan
pula, gajet telefon sekarang seperti ipad dan telefon pintar lain boleh diaplikasi sebagai akses
kemudahan internet dan ini mempermudah komunikasi antara masyarakat berlaku dengan
mudah. Tuntasnya, penggunaan internet amat bermanfaat dalam kalangan masyarakat untuk
mereka berkomunikasi jarak jauh.
Negara kita sedang mengorak langkah untuk menjadi negara maju, justeru Kementerian
Pelajaran Malaysia sentiasa meningkatkan mutu pendidikan negara dengan dengan
memperkenal pelbagai kemudahan seperti Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang
memudahkan ibu bapa melihat keputusan anak mereka diinternet sama ada untuk mengetahui
keputusan ujian bulanan dan peperiksaan. Melalui capaian internet ini ibu bapa akan mudah
mendapat keputusan peperiksaan anak secara cepat dan berkesan. Seterusnya, ibu bapa boleh
membuat langkah susulan bertemu dengan para pendidik di sekolah untuk mengetahui

keputusan anak mereka dengan lebuh lanjut. Selain itu program pengajaran dan pembelajaran
secara maya sedang diaplikasi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan memudahkan
guru dan pelajar untuk berinteraksi melaui capaian internet. Sistem berkenaan yang dikenali
sebagai Frog Vle merupakan satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai
dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional
dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak
tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah
menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir
sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui
Internet. Justeru, pembelajaran kini boleh berlaku di mana-mana sahaja dan sudah pasti
pembelajaran secara berterusan akan memantapkan lagi prestasi pelajaran dan anak-anak
akan lebih tertarik belajar secara interaktif. Malahan ibu bapa juga mampu mengetahui prestasi
pembelajaran anak mereka sebagai sokongan Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah (SAPS)
yang diguna pakai sekarang. Tegasnya, Kementerian Pelajaran Malaysia kini berusaha
membuat Transformasi Pendidikan Negara ke araf pendidikan bertaraf dunia agar pendidikan
negara kita boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pendidikan negara maju di
dunia.
Akhirnya, sebagai pelajar berminda kelas pertama saya ingin menggunakan kata kunci
bahan-bahan bloger di internet yang dikendalikan oleh guru-guru pakar dalam mata pelajaran
mampu memperkasakan kemahiran pelajar dalam mata pelajaran terutama pelajar yang akan
menghadapi peperiksaan awam. Hal ini terbukti apabila guru-guru yang bertanggungjawab,
berdedikasi berusaha untuk membantu pelajar menguasai kemahiran pelajar dalam mata
pelajaran berkenaan. Bukan itu sahaja, guru-guru berkenaan juga membuka ruang kepada
pelajar untuk berinterksi di lamam web seperti bmspmet, mohdramsul.blogspot,
mohdrazak.bogspot, dan sebagainya dengan aplikasi chatrool, face book, dan pelbagai
aplikasi lain agar pelajar boleh sentiasa berhubung, sama ada untuk bertanya hal berkaitan
kemahiran yang sukar pelajar kuasai. Malangnya, pelajar tidak mengambil kesempatan untuk
menggunakan kemudahan yang ada untuk tujuan penguasaan terhadap kemahiran berkenaan.
Tambahan pula, guru-guru pakar berkenaan tidak mengenakan bayaran kepada pelajar untuk
meningkatkan kemahiran mereka dalam penguasaan kemhiran tatabahasa, komsas, dan
penulisan karangan. Usaha tangga kejayaan, setiap usaha akan ada balasannya, begiutlah
ungkapan pepatah Melayu yang membawa maksud sekiranya pelajar berusaha apa sahaja
yang mereka usahakan, akhirnya mereka akan menerima hasilnya. Justeru, terbukti internet
banyak memberikan kebaikan kepada peajar terutamapelajar yang bijak menggunakan aplikasi
ini untuk tujuan meningkatkan kemahiran dalam pembelajaran.
Kesimpulannya, penggunaan internet mendatangkan pelbagai manfaat berguna kepada
masyarakat. Oleh itu, masyarakat di negara kita perlu memanfaatkan penggunaan internet
kerana melalui penggunaan internet segala maklumat berada di hujung jari anda. Apa yang
pasti, internet mampu memberikan seribu satu macam kemudahan kepada pengguna jika
digunakan sebaiknya. Dalam era serba moden ini, penggunaan internet seakan tidak dapat
dipisahkan lagi dengan kemajuan negara sekarang. Jadi, pihak kerajaan perlu mendidik
masyarakat menggunakan internet bagi melahirkan generasi celik IT sekaligus setanding
dengan masyarakat negara maju lain seperti Jepun demi mencapai wawasan 2020. Selain itu,
ibu bapa juga tidak ketinggalan perlu mendidik anak-anak mempelajari internet di rumah
kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Akhirul kalam, tidak dapat dinafikan
bahawa kemudahan internet di rumah memberi pelbagai faedah kepada kita.

Saolan berfokus diri

Belakangan ini, isu kenakalan remaja hangat diperkatakan dan membawa petanda yang tidak
baik kepada generasi akan datang.
Huraikan peranan anda sebagai seorang remaja dalam membentuk sahsiah diri yang
terpuji.
Gunakanlah masa yang ada
Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian
Jadilah warga yang berguna
Pada keluarga, masyarakat jua negara
Sebahagian daripada lirik lagu Remaja persembahan kumpulan nasyid Unic saya petik untuk
menggambarkan kemaslahatan peranan remaja pada masa ini. Lagu yang menyuntik semanagat ini
menyeru para remaja agar menggunakan masa dengan sebaiknya dan mempunyai azam yang kuat
demi memajukan diri masing-masing . Melalui usaha yang gigih dan tabah tanpa mengenal jemu
dalam bidang yang diceburi serta memiliki sahsiah yang terpuji , remaja akan menjadi warga yang
berguna kepada keluarga, masyarakat dan nusa. Hal ini demikian kerana menurut Menteri Belia dan
Sukan, Dato Ahmad Shabery Cheek, belakangan ini, remaja begitu terdedah kepada pelbagai bentuk
cabaran sama ada dari segi pengaruh media massa, pengaruh atau desakan daripada rakan sebaya
serta ibu bapa dan masyarakat ataupun konflik pergolakan antarabangsa yang semakin hari semakin
mendapat liputan meluas di dada-dada akhbar seluruh negara. Pergolakan antarabangsa yang
berlaku sedikit sebanyak mempengaruhi akidah remaja kita. Remaja yang rata-ratanya mempunyai
semangat inkuiri atau ingin tahu yang tinggi berserta perlakuan untuk mencuba sedaya upaya
sehingga berjaya bak kata pepatah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan,
perlu dipandu dan ditarbiah ke jalan yang benar baik melalui diri sendiri, ibu bapa, guru-guru,
masyarakat mahupun kerajaan memandangkan remajalah yang bakal memegang tampuk
pemerintahan negara ini lantas mencorakkannya menjadi sebuah negara yang unggul dan terbilang.
Negara memerlukan remaja yang mempunyai nilai mandiri dan jati diri yang utuh di samping berdaya
saing serta berfikiran kreatif dan inovatif. Namun demikian, amatlah malang kepada negara kita jika
remaja yang diharap-harapkan akan sentiasa mendukung panji Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi
Tiang Negara kini dikaitkan dengan isu kenakalan. Perbuatan yang melanggar norma, aturan atau
hukum dalam masyarakat yang dilakukan pada usia remaja ini dikatakan membawa petanda yang
tidak baik kepada generasi akan datang bak kata pepatah, air perabung mengalir ke cucur atap. Isu ini
begitu hampir dengan saya memandangkan saya juga seorang insan yang bergelar remaja justeru
saya mempunyai peranan dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji agar memiliki ciri-ciri remaja
cemerlang dambaan negara.
Sebagai seorang remaja, dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji, saya akan mendalami
ilmu agama dan mencintai Allah. Ilmu agama merupakan ilmu yang mendekatkan diri seseorang
kepada Maha Pencipta iaitu Allah swt. Tiada ilmu yang lebih mulia melainkan ilmu agama di dunia ini
iaitu ilmu dan pengetahuan Islam yang syumul. Perkara ini boleh dibuktikan melalui pernyataan rasa
yang disuarakan oleh ilmuan sains yang terkenal iaitu Albert Einstein (walaupun beliau tidak
beragama Islam) yang menyatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah buta , ilmu tanpa agama adalah

lumpuh. Jelas dapat dilihat bahawa ilmu dan agama mempunyai hubung kait yang sangat akrab.
Seseorang yang mendalami ilmu tetapi tidak berlandaskan atau berpaksikan agama tidak akan
merasai nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah swt. Saya akan mendalami ilmu agama dengan
membaca dan memahami Al-Quran, mengkaji hadis-hadis dan menyelami sirah nabi serta para
sahabat. Akhlak Rasulullah yang terpuji dan sempurna yang terkandung dalam Al-Quran dan hadis itu
pastinya akan menjadi sumber primer saya bagi membina pemahaman yang kukuh tentang
kemuliaan dan kehebatan memiliki sahsiah yang terpuji. Pembelajaran melalui pembacaan dan
penelaahan yang mendalam sebegini mampu memberi input yang berguna seperti memahami nilai
yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari . Nilai-nilai seperti ketakwaan, kesabaran,
kegigihan, keikhlasan dan bertanggungjawab semuanya memandu diri saya membina peribadi mulia .
Pengajaran daripada Al-Quran dan hadis mampu merobah mana-mana perlakuan saya yang sebelum
ini yang dianggap bejat atau kurang memuaskan kepada perlakuan yang positif atau terpuji. Jikalau
saya tidak memahami kandungan Al-Quran ataupun hadis, saya akan berjumpa dengan ustaz atau
ustazah yang mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan dengan agama yang suci ini. Saya akan
meluangkan masa untuk pergi ke perpustakaan bagi mendalami ilmu agama kerana di perpustakaan,
suasananya yang hening mampu menenangkan fikiran dan mendamaikan jiwa. Dengan mendalami
ilmu agama, saya yakin saya mampu membentuk sahsiah diri yang terpuji kerana saya akan
memperlihatkan kesopanan berbudi bahasa, kemanisan berkata-kata dan kemampuan memberikan
buah fikiran dengan penuh tertib serta matang berlandaskan akhlak Nabi Muhammad saw. Jelasnya,
saya akan terhalang daripada menjadi penyumbang petanda yang tidak baik kepada generasi akan
datang.
Selain itu, satu lagi modus operandi yang sepatutnya saya lakukan adalah dengan
menumpahkan ketaatan sepenuhnya kepada ibu bapa saya. Ibu bapa merupakan dua insan yang
paling dekat dengan diri saya kerana sesudah saya dilahirkan di muka bumi ini, saya ditatang bagai
minyak yang penuh oleh mereka. Begitu besar pengorbanan ibu bapa terhadap saya bermula dengan
ibu yang mengandungkan saya dengan jerih payahnya selama sembilan bulan sepuluh hari ditambah
pula dengan jasa bapa yang bertungkus lumus mencari nafkah bagi menyara keluarga. Walaupun
cuma untuk sesuap nasi tetapi itulah titik peluh ikhlas yang dilakukan oleh bapa kepada saya. Saya
tidak ingin hidup menjadi seperti Si Tanggang atau Si Malim Kundang yang merupakan anak derhaka
terhadap ibunya. Saya akan taat kepada ibu bapa dengan cara mendengar dan menerima nasihat
yang diberikan mereka dengan tangan yang terbuka dan hati yang lapang. Jika saya tidak bersetuju
sekalipun, saya tidak akan memberontak dan meninggikan suara ketika memberikan pendapat malah
saya akan berbincang dengan cara yang paling baik atau bertatasusila bagi menyelesaikan segala
permasalahan yang berlaku sesuai dengan peribahasa buang yang keruh ambil yang jernih. Allah
telah memberikan kedudukan tinggi kepada ibu bapa dan menyuruh setiap anak berbuat baik kepada
mereka. Perkara ini jelas diterangkan melalui firman Allah dalam Surah Al-Israk ayat 23 yang
menyuruh kita berbakti kepada ibu bapa. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam satu wawancara menyatakan bahawa remaja
boleh membina peribadi mulia dengan mentaati ibu bapa melalui perbuatan yang baik, melaksanakan
hak-hak mereka dan menjauhkan diri daripada perilaku yang boleh menyakiti hati dan kehidupan
mereka. Taat kepada ibu bapa adalah amalan wajib ditunaikan setiap anak. Ketaatan adalah cara
paling baik mendekatkan diri kepada Allah kerana taat kepada ibu bapa bererti mentaati perintah-Nya
juga. Berbakti kepada ibu bapa membawa berkat. Terdapat hadis Rasulullah saw. yang bermaksud :
Sesiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan ditambah rezekinya, maka hendaklah dia berbakti
kepada ibu bapanya dan menyambung tali silaturahim." Jelaslah bahawa mentaati ibu bapa mampu
menjadikan saya individu yang mempunyai sahsiah diri yang terpuji dan terhalang daripada
melakukan perkara-perkara yang merosakkan moral.
Di samping itu, prakarsa ataupun peranan lain yang dapat saya laksanakan adalah dengan
menghormati guru-guru. Sepanjang pembelajaran saya hatta sekalipun saya tidak lagi bergelar

pelajar, saya akan menghormati guru-guru saya sebagai tanda terima kasih kepada mereka kerana
mereka telah bersungguh-sungguh mengajar sehingga saya mampu berdiri dan berpijak di bumi yang
nyata menjadi insan yang sebaiknya dan berguna. Guru telah banyak berkorban demi memartabatkan
ilmu dan banyak berjasa bermula daripada mereka mengajar kita membaca, menulis dan mengira.
Mereka tidak pernah mentertawakan kesalahan yang saya lakukan malah membetulkan setiap satu
daripadanya lantas menepati mutiara kata cendekiawan Wellington iaitu, Usah merendahkan diri
seseorang kerana tabiat buruknya tetapi bimbinglah ia ke jalan yang lebih baik. Saya akan menerima
dan menjadikan nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru sebagai insentif dan motivasi untuk
saya berjaya menjadi insan berguna yang mampu mendaki menara gading . Bukan sahaja guru ialah
ibu, bapa, pengajar, pendidik, pengasuh, penasihat dan pembimbing malahan guru adalah segalanya
bagi seorang pelajar. Segala kesusahan yang ditempuhinya dalam mendidik anak-anak muridnya
sepatutnya dikenang dan dihargai kerana tanpa jerih payah seorang guru itu, pelajarnya akan menjadi
manusia yang tidak berguna di dunia dan akhirat. Dengan ilmulah manusia diangkat menjadi makhluk
termulia di sisi Allah swt. sehingga dijadikan sebagai khalifah-Nya di muka bumi. Semua ini tidak akan
tercapai kecuali dengan kita menjaga peradaban dan rasa hormat yang ikhlas terhadap penyampai
ilmu tersebut iaitu guru, pewaris para nabi. Justeru dengan menghormati guru, saya mencetuskan
rasa insaf dalam diri dan bertatih membentuk sahsiah diri yang terpuji.
Dalam pada itu, saya akan menjalinkan hubungan yang baik dengan rakan-rakan dan taulan.
Secara perbandingannya, seorang remaja akan meluangkan masa yang lebih bersama rakanrakannya berbanding dengan ibu bapa atau saudaranya. Hal ini demikian kerana selain keluarga
tercinta yang dekat di hati, rakan merupakan tempat mengadu, mencurah perasaan dan berkongsi
masalah. Sehubungan itu, saya akan menjaga atau memelihara hubungan yang baik dengan rakan
tidak kira sama ada rakan saya berlainan agama, kaum mahupun warna kulit. Seseorang yang
mempunyai sahsiah diri yang terpuji harus seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Saya juga sedaya upaya tidak akan menimbulkan isu sensitif terutama isu agama. Saya akan
mengambil iktibar daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang telah mengorbankan banyak nyawa yang
berpunca daripada rusuhan kaum. Saya akan memberikan pertolongan kepada rakan yang
memerlukan bantuan kerana dia merupakan rakan yang baik dan telah membantu ketika saya dalam
kesusahan. Dalam kehidupan yang singkat ini, saya perlu berbaik-baik dengan semua orang dan
bekerjasama dalam semua bidang kerana yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Kita
digalakkan mencari teman yang baik dan meramaikannya seperti kata pepatah berkawan biar seribu
tetapi musuh jangan sesekali dicari. Saya akan menjadi seseorang yang dapat memberi manfaat segi
dorongan, nasihat, ilmu dan sebagainya kepada orang lain. Rakan-rakan juga tidak akan berasa
kekok apabila berkawan dengan saya sekiranya saya tidak bersikap bagai buntal kembung. Apabila
saya menjalinkan hubungan baik dengan rakan-rakan, masalah kebejatan moral tidak akan ada dalam
kamus rutin hidup saya sejajar dengan visi saya untuk menjadi remaja yang mempunyai sahsiah
terpuji.
Peranan saya yang terakhir adalah dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk
mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan tidak bermoral .
Seorang yang ingin mempunyai sahsiah diri yang terpuji tidak bisa melakukan perkara yang negatif
yang mampu keruntuhan akhlak lantas menjatuhkan imej diri sendiri, keluarga, bangsa dan negara.
Saya tidak akan mudah terpedaya oleh hasutan syaitan yang membisikkan kata-kata bermadu
kepada anak Adam agar melakukan dosa. Saya sentiasa awas bahawa syaitan telah berjanji akan
menyesatkan umat manusia dek sebab Allah swt. telah mencampakkannya keluar dari syurga kerana
tidak mahu sujud kepada Nabi Adam. Kesombongan merajai hati syaitan dengan alasan dia
diciptakan daripada api manakala Adam daripada tanah. Kedegilan syaitan kian hari kian diwarisi
manusia hingga pelbagai kebejatan moral dan perlakuan hedonisme mewarnai kehidupan menjadikan
nilai-nilai nurni jelas nyata dikesampingkan. Saya tidak mahu terjebak dalam kancah yang serba
menyesakkan nafas dan boleh memusnahkan visi dan misi saya sebagai seorang Muslim yang

cemerlang dan memiiki sahsiah yang terpuji. Menteri Belia dan Sukan, Dato Ahmad Shabery Chee
pernah menyuarakan pendapat bahawa , Para belia harus diasuh dan dididik agar memainkan
peranan penting dalam mempamerkan akhlak yang baik sesuai dengan imej di mana-mana sahaja
pada bila-bila masa. Akhlak yang baik termasuklah menghindarkan diri daripada pergaulan bebas,
mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga batas-batas aurat dan menjaga hubungan baik sesama
individu di sekeliling kita. First impression orang lain terhadap kita amat penting kerana dari situlah
orang lain akan dapat menilai diri kita yang sebenar.
Kesimpulannya, gagasan dan tugas untuk memupuk, membangunkan dan meningkatkan mutu
akhlak dalam kalangan remaja adalah suatu tanggungjawab besar. Tugas ini tidak dapat dilakukan
dengan jayanya kecuali oleh manusia yang berjiwa besar dan mempunyai kualiti kemanusiaan yang
tinggi. Saya yakin berlandaskan lima prinsip yang saya pegang di atas, dengan izin Allah, saya dapat
membentuk sahsiah diri yang terpuji. Pemupukan sahsiah diri ini saya yakin akan membentuk saya
menjadi seorang yang beriman dan bertakwa, mempunyai iltizam yang tidak berbelah bahagi,
mempunyai kerohanian yang amat tinggi serta mewarisi ciri-ciri akhlak perjuangan Rasulullah
saw. Mutiara kata ulamak tersohor Hamka akan saya jadikan pedoman dalam meniti kehidupan ini.
Katanya, Aku hairan melihat orang menyisir rambutnya setiap hari, tetapi tidak pernah menyisir
otaknya, memperkemas dadanya teapi tidak pernah mencuci hatinya. Digosok kasutnya tetapi tidak
akalnya. Tidak akan saya lakukan perkara yang sia-sia yang bisa menyesatkan saya daripada
landasan yang benar sebaliknya pemurnian hati, pemantapan akhlak, ilmu dan akidah akan terus
menjadi pegangan perjalanan hidup saya. Semoga isu kenakalan remaja akan lenyap agar tidak lagi
menebarkan sayap negatif kepada generasi akan datang bak kata peribahasa Sebab nila setitik rosak
susu sebelanga
Oleh:
SitiZareenNaqiyahZoolAmbia5Hydrology(2011)
MRSMTranskrian

FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN SESEORANG MURID DALAM PELAJARAN


PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH
PROGRAM SEKOLAH
KELAS TUISYEN
DORONGAN IBU BAPA
CONTOH KARANGAN
Belakangan ini, soal pembinaan modal insan adalah antara perkara yang menjadi agenda
utama pembangunan negara. Selaras dengan usaha kerajaan untuk memastikan Malaysia muncul
sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020, pembangunan modal insan
menerusi bidang pendidikan telah diberi penekanan. Hal ini cukup penting kerana kita memerlukan
sejumlah besar golongan cerdik pandai bagi membolehkan negara bersaing di peringkat global.
Sehubungan dengan itu, kejayaan murid-murid dalam pelajaran menjadi agenda perdana setiap
sekolah kerana mereka merupakan modal insan yang bakal memacu negara agar berdiri sama tinggi
dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Pada pendapat saya, pelbagai faktor
yang dapat dikenal pasti mampu mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran.
Pembelajaran di dalam bilik darjah merupakan faktor perdana yang mempengaruhi kejayaan
seseorang murid dalam pelajaran. Pembelajaran dan pengajaran yang berlaku secara kondusif di
dalam bilik darjah merupakan kunci utama kejayaan seseorang murid. Bilik darjah yang mempunyai
sistem pengudaraan yang baik, susun atur peralatan yang memudahkan pergerakan pelajar, memiliki
ciri-ciri keselamatan, bersih dan ceria menjadi pendorong kepada murid-murid untuk belajar dengan
selesa. Apabila murid-murid berasa selesa, mereka akan lebih fokus terhadap pembelajaran dan
pengajaran di dalam bilik darjah. Jadi, apabila murid memberikan perhatian di dalam kelas, setiap
perkara yang dipelajari dapat difahami dengan mudah. Menurut kajian yang dilakukan oleh Pusat
Pengajian Kaunseling di Universiti Kebangsaan Malaysia, 70 peratus kejayaan seseorang murid
adalah tumpuan di dalam bilik darjah ketika proses pembelajaran dan pembelajaran, 29 peratus
adalah inspirasi dan 1 peratus melibatkan genius. Oleh itu, berdasarkan kajian tersebut, dapat
dirumuskan bahawa proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah yang kondusif
mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran.
Seterusnya, program-program sekolah yang dirancang juga mampu mempengaruhi kejayaan
seseorang murid dalam pelajaran. Program-program yang dirancang oleh Jawatankuasa Kurikulum
Sekolah dan panitia mata pelajaran sama ada di dalam atau di luar sekolah berupaya
mencemerlangkan murid-murid. Program-program seperti Kem Wacana Akademik, Ceramah Teknik
Menjawab , Bengkel Akademik, Cemamah Motivasi dan sebagainya mampu meningkatkan
keupayaan murid dalam pelajaran. Program-program yang dirancang seperti ini membolehkan muridmurid menguasai topik-topik utama dengan mudah dan berupaya menjawab soalan peperiksaan
dengan baik. Hal ini demikian kerana mereka sudah menghadapi soalan-soalan yang mirip
peperiksaan sebenar dan telah berbincang dengan guru dalam program yang dianjurkan. Tokoh
motivasi negara, Datuk Dr. Mohd Fazilah Kamsah menegaskan bahawa jika seseorang melakukan
sesuatu perkara secara berulang-ulang kali maka dia mampu menghadapi setiap cabaran dengan
mudah kerana sudah melaluinya sebelum ini. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa program yang
dirancang oleh pihak sekolah mampu mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran.
Selain itu, murid-murid yang mengikuti kelas-kelas tuisyen juga mampu berjaya dalam
pelajaran. Ramai ibu bapa sekarang menghantar anak-anak mereka ke kelas-kelas tuisyen berbayar
pada luar waktu persekolahan untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran anak-anak mereka
dalam pelajaran. Mereka tidak menghiraukan tentang kos yang perlu dibayar kepada pusat tuisyen
kerana mereka mengharapkan anak-anak mereka berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran. Kelaskelas tuisyen sama ada secara individu atau kelompok mampu meningkatkan kemahiran murid dalam
pelajaran. Murid-murid akan ditekankan oleh guru pusat tuisyen tentang teknik-teknik menjawab yang

betul dan strategi untuk mendapat markah yang tinggi. Murid-murid akan mendapat pendedahan
tersebut secara terus berbanding guru-guru di sekolah. Hal ini mampu meningkatkan kemahiran
pelajar dalam setiap mata pelajaran yang diikuti, sekali gus mereka mampu menjawab soalan
peperiksaan dengan cemerlang kerana peribahasa ada menyatakan bahawa alah bisa tegal biasa.
Jadi, jelas menunjukkan bahawa murid-murid yang menghadiri kelas-kelas tuisyen mampu berjaya
dalam pelajaran.
Akhir sekali, dorongan daripada ibu bapa juga mempengaruhi kejayaan seseorang murid
dalam pelajaran. Ibu bapa merupakan orang yang paling dekat dengan anak-anak mereka. Setiap ibu
bapa menginginkan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran. Tiada ibu bapa yang mahu melihat
anak-anak mereka gagal melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi. Mereka akan melakukan
apa-apa sahaja bagi memastikan anak-anak mereka cemerlang dalam peperiksaan kerana pada
mereka di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Mereka akan memberikan dorongan dan kata-kata
motivasi kepada anak-anak mereka agar belajar bersungguh-sungguh supaya kejayaan dapat
digapai. Selain motivasi, ibu bapa akan sentiasa berdoa agar anak-anak mereka dipermudahkan
ketika menghadapi peperiksaan. Mereka mengharapkan anak-anak mereka akan tenang apabila
menduduki peperiksaan dan dapat menjawab soalan dengan mudah. Apabila anak-anak merasakan
diri mereka dihargai maka mereka akan belajar bersungguh-sungguh supaya harapan ibu bapa dapat
direalisasikan. Mereka berazam untuk menghadiahkan kejayaan kepada ibu bapa sebagai balasan
atas jasa dan pengorbanan mereka selama ini. Jadi, jelas menunjukkan bahawa dorongan ibu bapa
mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran.
Kesimpulannya, aset yang paling berharga bagi sesebuah negara adalah warganya. Modal insan
inilah yang menjadi aset yang boleh disuntik nilai tambahnya untuk menjana pembangunan negara.
Kejayaan murid-murid dalam pelajaran menjadi keutamaan dalam membina modal insan yang
berwawasan. Anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran dapat menjana idea untuk memacu negara
ke arah menjayakan Wawasan 2020. Jadi, ibu bapa memainkan tanggungjawab yang besar bagi
memastikan anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran kerana di bahu anak-anak inilah terletak
harapan untuk menggantikan barisan kepimpinan negara yang ada sekarang selaras dengan cogan
kata pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara.

Você também pode gostar