Você está na página 1de 5

SK NANGA ENTEBAN

95700 BETONG, SARAWAK

PROJEK
INOVASI
ENTEBA
NS
INNOVA
TION
(BBB
SERBAG
UNA)
Disediakan oleh:
Nor Adilla binti Che Mohamad
2014 Cik
Ketua Inovasi SK Nanga Enteban
KERTAS KERJA PROJEK INOVASI SEKOLAH RENDAH
ENTEBANS INNOVATION-BBB Serbaguna
1.0

PENGENALAN
Salah satu faktor keberkesanan sesi Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) di dalam kelas ialah
penggunaan sumber Bahan Bantu Belajar (BBB) yang menarik dan efektif terhadap murid.
BBB yang berkesan mampu untuk meningkatkan tahap kefahaman murid seterusnya dapat
menjamin peningkatan penguasaan murid dalam pelajaran.

2.0

RASIONAL PROJEK
Pelaksanaan projek inovasi Entebans Innovation-BBB Serbaguna ini adalah untuk:
2.1 Mengurangkan sampah di kawasan sekolah.
2.2 Menggalakkan budaya kitar semula bahan buangan dalam kalangan murid sekolah.
2.3 Mempelbagaikan penggunaan bahan bantu belajar (BBB).
2.4 Menyediakan bahan keceriaan kelas yang berfungsi sebagai BBB.

3.0

PERNYATAAN MASALAH PROJEK ATAU PERSOALAN KAJIAN


Berdasarkan kepada proses pemerhatian terhadap murid tahap 1 dan temubual yang
dijalankan terhadap guru-guru di Sekolah Kebangsaan Nanga Enteban, beberapa
permasalahan yang dikenalpasti iaitu:
3.1 Kekangan masa guru untuk menyediakan BBB dan hiasan kelas.
3.2 Kekurangan BBB menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) kurang
menarik minat murid.
3.3 Bahan terbuang seperti straw minuman yang banyak terdapat di sekolah.

4.0

OBJEKTIF PROJEK
4.1 Objektif Umum
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan proses Pembelajaran dan
Pembelajaran (PdP) dengan menggunakan BBB serbaguna iaitu Entebans Innovation.

5.0

4.2 Objektif Khusus


i.
Meningkatkan kefahaman murid terhadap PdP yang dijalankan.
ii.
Mengurangkan sampah di kawasan sekolah.
iii.
Menggalakkan budaya kitar semula bahan buangan dalam kalangan murid
sekolah.
iv.
Mempelbagaikan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM).
v.
Menyediakan bahan keceriaan kelas yang berfungsi sebagai BBM.
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran ialah murid-murid (perserta kajian) dari tahap satu SK Nanga Enteban,
Betong. Seramai 5 orang murid dipilih daripada Tahun 1 untuk mata pelajaran Bahasa
Malaysia. Murid-murid ini merupakan murid yang paling pasif di dalam kelas dan mencatatkan
keputusan yang tidak memuaskan berbanding rakan sekelas mereka yang lain.

6.0

KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK


Kesan daripada penggunaan BBM Serbaguna ini telah dapat:
1. Menarik minat murid lemah untuk bergiat aktif dalam proses PdP.
2. Membantu menceriakan kelas.
3. Membantu guru mata pelajaran lain untuk menjalankan PdP menggunakan BBM yang
sama.

7.0

ANGGARAN KOS PROJEK


(Rujuk pada lampiran)

8.0

PELAN PERANCANGAN PROJEK


Projek ini dilaksanakan berdasarkan kepada pelan Gelung Kajian Tindakan Kemmis & Mc
Taggart (1988).

1. MEMERHATI
Menjalankan proses
pemerhatian
Masalah murid lemah
dikenalpasti

2. MERANCANG
Mencetuskan idea BBB
Serbaguna menggunakan
bahan terbuang yang
banyak terdapat di
sekolah.

4. MEREFLEKS
Respon murid lemah
terhadap PdP

3. BERTINDAK
Pertandingan antara Kelab di
peringkat sekolah.
Pemilhan Projek Inovasi terbaik
Bengkel BBB Serbaguna
bersama guru dan murid

9.0

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, pelaksanaan projek inovasi ini berjalan dengan lancer seperti mana
yang dirancang. Pada masa yang sama, projek inovasi yang diberi nama Entebans Innovation
BBB Serbaguna ini telah berjaya mencapai matlamat yang diimpikan dengan jayanya.
Namun begitu, Entebans Innovation BBB Serbaguna ini masih lagi dapat ditambahbaik
untuk masa akan datang bagi memaksimumkan lagi penggunaannya dalam PdP.
Disediakan oleh,
____________________
(Nor Adilla Binti Che Mohamad )
Ketua Inovasi,
SK Nanga Enteban.
Disahkan oleh,
____________________
(En. Maktar bin Awang)
Guru Besar,
SK Nanga Enteban.

GAMBAR ENTEBANS INNOVATION- BBB SERBAGUNA

Você também pode gostar