Você está na página 1de 18

KEHIDUPAN PELARIAN ROHINGYA DI MALAYSIA

Pengenalan
Pelarian lazimnya dikaitkan dengan konflik yang berlaku dalam kehidupan mereka seperti pencabulan hak asasi
manusia, penganiayaan dan perang saudara yang dilakukan oleh pihak pemerintah. Mangsa daripada konflik ini
terpaksa membuat keputusan untuk melarikan diri dari negara asal demi keselamatan diri dan juga keluarga.
Kadang kala pergerakan ini bersifat sementara sahaja kerana apabila konflik yang berlaku di negara asal telah
reda, mereka boleh pulang kembali disebabkan keadaan di sana tidak lagi berada dalam keadaan yang
membahayakan. Namun begitu, yang menjadi masalah bagi golongan pelarian ini adalah apabila konflik yang
berlaku di negara asal masih tidak reda sedangkan ia telah berlaku sejak sekian lama. Keadaan yang tidak
menjaminkan keselamatan itu menyebabkan mereka tidak dapat pulang dan ini akan memberi kesan terhadap
kehidupan pelarian dari segi mental serta persekitaran kehidupan mereka. Hal ini kerana mereka berkemungkinan
tidak mahu pulang lagi ke negara asal disebabkan beberapa faktor seperti telah terputus hubungan dengan
keluarga asal di sana, lahir di negara yang menjadi destinasi mereka dan telah menyesuaikan diri dengan keadaan
di tempat baru kerana sudah terbiasa dengan budaya dan cara hidup masyarakat tempatan. Di samping itu,
mereka telah menemui sebuah kehidupan yang lebih baik di negara baru berbanding kehidupan di negara asal
yang begitu daif dan susah dan ini juga menyebabkan mereka tidak mahu pulang ke negara asal.

Konsep Pelarian
Individu atau golongan yang menjadi pelarian disebabkan berlakunya masalah di dalam negara seperti konflik
atau berlakunya bencana alam. Mereka menjadi pelarian dan lari ke kawasan baru atau negara asing dengan
harapan menemui sebuah kehidupan yang lebih baik dan selamat. Tetapi, tidak selalu matlamat yang diharapkan
menjadi kenyataan dalam hidup mereka. Hal ini kerana lazimnya golongan pelarian masih berada dalam
kesusahan walaupun berada di negara asing dan ini menyebabkan kehidupan mereka akan terus menerus berada
dalam kepayahan dan penderitaan1. Sebelum memulakan perbincangan mengenai masalah pelarian di Malaysia,
takrifan dan definisi mengenai pelarian haruslah difahami terlebih dahulu supaya golongan ini dapat dikenalpasti
dari segi faktor-faktor yang menyebabkan mereka digelar pelarian serta perbezaan mereka dengan golongan
imigran atau pendatang.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melalui United Nations High Commission for Refugees (UNHCR) 2
memberi takrifan bahawa golongan yang boleh dianggap sebagai pelarian adalah seseorang individu atau
kumpulan yang terpaksa meninggalkan negara asal mereka. Ini merujuk kepada keadaan seperti kemiskinan dan
kepayahan hidup kesan daripada pencabulan hak asasi manusia, konflik dengan pemerintah dan perang saudara
yang berlaku dalam negara mereka. Oleh itu UNHCR hanya mengiktiraf golongan yang terpaksa lari akibat
kepayahan hidup ini layak diberi taraf pelarian dan perlu diberikan perlindungan berbanding golongan imigran
yang bersifat ekonomi semata-mata3.
Artikel 1 dalam Konvensyen 1951 berkaitan Orang Pelarian dan Protokol 1967 memberi definisi mengenai
pelarian di mana pelarian merupakan individu atau sesebuah kumpuan yang berada di luar negara kerakyatannya
atas sebab-sebab yang munasabah, berasa takut jika dianiaya oleh pihak berkuasa atas alasan-alasan seperti
perkauman, keagamaan, kewarganegaraan, keahlian dalam sesebuah kumpulan sosial atau parti politik dan kerana
rasa ketakutan yang sedemikian, dia tidak boleh atau tidak mahu untuk mendapatkan perlindungan dari negara
asalnya itu.4

1 Howard, A. From Refugees to Forced Migration: The UNHCR and Human Security.
Centre for Migration Studies of New York, York University. 2001.
2 UNHCR telah ditubuhkan pada 14 Disember 1950 semasa Perhimpunan Agung PBB. Ia diberi mandat untuk
membantu dan menyelaras tindakan antarabangsa dalam melindungi pelarian serta menyelesaikan masalah
mereka. Ia juga menggunakan mandat dari Konvensyen Pelarian di Geneva pada tahun 1951 dan memastikan
bahawa pelarian di seluruh dunia mendapat pembelaan yang betul.

3 ________ (2003). The 1951 Refugees Convention: Question and answers,


Geneva: UNHCR Media Relations and Public Information Service

Selain Konvensyen 1951 dan Protokol 1967 yang mendefinisikan terma pelarian secara umum dan luas, terdapat
beberapa organisasi lain yang memberikan terma pelarian yang lebih berfokus berdasarkan situasi di dalam
sesebuah wilayah yang dilanda masalah pelarian iaitu oleh Organization for African Unity Convention (OAU)
atau Organisasi Perpaduan bagi Masyarakat Afrika pada tahun 1969 dan juga Deklarasi Cartagena 1984 yang
diadakan di Amerika Latin.
Menurut OAU, seseorang hendaklah dianggap sebagai pelarian jika dirinya berada dalam keadaan yang telah
dinyatakan di atas walaupun tidak mengalami perasaan takut kesan daripada penganiayaan. Definisi-definisi ini
adalah berdasarkan prinsip di mana perlunya perlindungan antarabangsa akibat sesebuah negara gagal
melunaskan prinsip perlindungan sama ada enggan atau tidak mampu menyediakan perlindungan bagi rakyatnya
akibat berlaku peperangan saudara atau pencerobohan kuasa asing. Manakala Deklarasi Cartagena 1984 adalah
untuk memanjangkan lagi definisi pelarian dalam Konvensyen 1951 serta ia merupakan dokumen pertama yang
diguna pakai di Amerika Latin bagi merujuk kes kehadiran pelarian yang ramai. Walau bagaimanapun, di Asia
pula terdapat pula Bangkok Principles yang telah dimeterai di bawah Asian-African Legal Consulative
Organization (AALCO) pada tahun 1966 dan disemak semula pada tahun 2001. Ini bertujuan memberikan
definisi yang lebih berfokus kepada masalah pelarian yang melanda Asia dan Afrika dalam konsep yang lebih
luas. Ia juga boleh dianggap sebagai tambahan kepada Konvensyen 1951, OAU dan Deklarasi Cartagena dan
hujahan tambahan mengenai pelaraian adalaha person who have a well founded fear of persecution due to
colour, ethnic origin and gender5.
Hujahan di atas jelas menunjukkan bahawa ia ditambah mengenai aspek ketakutan akibat daripada warna kulit,
etnik asal dan jantina yang menyebabkan mereka dianiaya dan ini menyebabkan mereka terpaksa melarikan
untuk menyelamatkan diri. Kesemua konvensyen dan deklarasi antarabangsa di atas menunjukkan bahawa
mereka yang terpaksa lari ke luar adalah bukannya dari kemahuan mereka sendiri sebaliknya dipengaruhi faktorfaktor luaran seperti perang, bencana alam, kekejaman pemerintah, diskriminasi dan sebagainya yang
mempengaruhi mereka bertindak sedemikian.
Melalui lensa akademik, Bahrin dan Rachangan6 melihat pelarian merupakan isu politik kerana pergerakan
mereka adalah melibatkan perjalanan sempadan politik sesebuah negara dan kadang-kala pergerakan mereka
melebihi satu negara. Lazimnya mereka bergerak dalam keadaan yang sesak dengan jumlah yang banyak 7.
Shoesmith mentakrifkan pelarian sebagai people who are involuntary and fairly abruptly obliged to quit their
homes and seek asylum from economic and environmental as well as political calamities8. Faktor-faktor yang
memaksa mereka untuk melarikan diri bukan sahaja daripada isu ekonomi dan persekitaran, bahkan faktor utama

4 http://www.unhcr.se/SE/Protect_refugees/pdf/magazine.pdf. Diakses pada


27/8/10.
5 Asian-African Legal Consulative Organization (AALCO). Final Text of the
AALCOs 1966 Bangkok Principles on Status and Treament of Refugees Disemak
pada 24 Jun 2001 di AALCO 40, New Delhi, Artikel III (perenggan 3).
6 Bahrin dan Rachangan merupakan staf akademik dari Universiti Malaya, Kuala
Lumpur. Mereka merupakan penyelidik akademik tempatan terawal yang
memberi fokus terhadap kajian mengenai pelarian di Malaysia dari perspektif
dasar dan undang-undang. Hasil kajian dan penulisan mereka menjadi perintis
kepada golongan akademik lain yang mahu melakukan kajian dalam bidang
pelarian di Malaysia.
7 Azizah, K. & Ubong, I. 2005, op.cit,
8 Dennis, S. Refugees and Regional Politics: The Dynamics of Refugees Flows in
Mainland Southeast. UK. 2000. Asia.
http://www.ntu.edu.au/faculties/Iba/schools/Law?apl/Retreating/shoesmith.htm

yang menyumbang kepada terjadinya pelarian ini adalah disebabkan asal-usul situasi konflik yang berlaku itu
sendiri9.
Dari segi pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia, walaupun kerajaan tidak memberikan pengiktirafan
kepada golongan pelarian yang lari ke sini, namun atas prinsip kemanusiaan dan belas ihsan, Kerajaan
Persekutuan di bawah Pasukan Petugas Khas Persekutuan (PPKP) 10 mempunyai takrifan yang tersendiri
mengenai pelarian khusus untuk pelarian yang lari ke Sabah iaitu pelarian Filipina. Oleh yang demikian, PPKP
akan membantu mana-mana golongan pelarian Islam Filipina yang lari Sabah atas sebab berlakunya kekacauan
dan peperangan yang berlaku di Selatan Filipina bermula dari tahun 1972 hingga tahun 1984. Kerajaan negeri di
bawah agensi Unit Penempatan Jabatan Ketua Menteri (UPJKM) 11 memberikan takrifan terhadap golongan
pelarian di Sabah iaitu:
a.Masuk ke Sabah antara tahun 1970 hingga 1984
b.
Berasal daripada Region 9, iaitu Kepulauan Selatan Republik Filipina.
c.
Terlibat secara langsung di dalam konflik yang berlaku di tempat berkenaan.
d.
Beragama Islam
e.
Berhasrat untuk tinggal tetap di Sabah
f.
Orang Teranjak (kriteria bagi orang teranjak adalah serupa dengan orang pelarian kecuali bagi mereka
yang tidak beragama Islam)12
Melalui definisi-definisi di atas dapat difahami bahawa golongan pelarian yang lari ke negara asing untuk
mendapatkan perlindungan dan menyelamatkan nyawa bukanlah bersifat suka-suka semata-mata tetapi di
sebabkan berlakunya suatu keadaan yang memaksa mereka lari menyelamatkan diri dan jika mereka masih
berada di tempat asal, berkemungkinan nyawa mereka menghadapi ancaman. Golongan yang menjadi pelarian
tidak pernah berniat untuk menjadi pelarian tetapi disebabkan keadaan dan persekitaran yang memaksa mereka
lari keluar untuk mencari kehidupan yang baru serta tempat untuk berlindung. Hal ini tidak terkecuali bagi
pelarian yang lari ke Malaysia. Seterusnya akan dibincangkan mengenai istilah dalam konsep pelarian seperti
pencari suaka serta Internally Displaced Person (IDP).

Kajian Kes: Pelarian Rohingya


Burma dan wilayahnya
Mengapa pelarian Rohingya berbeza dengan kebanyakkan etnik di Myanmar dari segi budaya, rupa, warna kulit
mahupun agama? Mengapa juga pelarian Rohingya ini mempunyai raut wajah seakan-akan warga asing dari
India, Bangladesh atau Pakistan? Perkara ini akan dibincangkan dengan mengenal pasti asal-usul etnik ini. Walau
bagaimanapun, perbincangan dalam kajian ini akan dimulakan dengan membicarakan mengenai sejarah negara
Burma atau Myanmar secara umum sebelum memfokus kepada pelarian Rohingya yang berasal dari sana. Negara
Burma dahulu tidak seperti Burma yang wujud pada hari ini kerana ia berbeza dari segi kedudukan geografi dan
entografinya. Kerajaan yang pertama yang dipercayai wujud adalah kerajaan Pagan (10441287)13 dan selepas itu
muncul pula kerajaan-kerajaan beraja yang kecil (1287-1531)14 yang menjalankan pemerintahan di kawasan

_________ (2003). The 1951 Refugee Convention: Question and answers, Geneva: UNHCR Media
Relations and Public Information Service

10 PPKP akan dibincangkan dengan terperinci di bab 4.


11 UPJKM akan dibincangkan dengan terperinci di bab 4.
12 Unit Penempatan Jabatan Ketua Menteri Sabah.
13 Abu, T. A. Sejarah Myanmar. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 2000,
hlm. 34.
14 Ibid,. Hlm. 38.

masing-masing. Kemudian (1531-1752)15 muncul kerajaan atau Wangsa Taungoo yang bermula dari sebuah
perkampungan kecil kepada sebuah kerajaan yang hampir menguasai keseluruhan Burma. Selepas jatuhnya
Wangsa Taungoo, wujud pula Wangsa Konbaung (1752-1885)16 yang berjaya menyatukan Burma di bawah satu
wangsa selepas berjaya mengalahkan Kerajaan Mon di Pegu. Hasilnya, kawasan taklukan Wangsa Konbaung
adalah kesinambungan kerajaan Burma yang ada pada hari ini17.
Pada tahun 1824 hingga 188618, selepas tiga kali berperang Burma terpaksa menyerahkan kekuasaanya pada
penjajah British. 1 Januari 1886, secara rasminya Burma menjadi sebahagian empayar British-India 19. Pada awal
tahun 1942 hingga Mei 1945, Burma ditakluk oleh Jepun. Selepas tentera Jepun berundur dari Burma, British
kembali menguasai bekas tanah jajahannya itu sekali lagi walaupun mendapat tentangan nasionalis tempatan
ketika itu20. Pada 4 Januari 1948, Burma secara rasminya menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat 21.
Burma kini diperintah oleh anak tempatan bernama U Nu yang mengamalkan dasar kerajaan awam yang liberal 22.
Namun pada 2 Mac 1962, Jeneral Ne Win telah melancarkan gerakan merampas kuasa dan mewujudkan sebuah
kerajaan sosialis yang bersifat kuku besi atau autoritarian.
Negara Burma terdiri daripada tujuh negeri kecil bersempena dengan nama tujuh etnik minoriti iaitu Shan, Chin,
Kachin, Mon, Arakan atau Rakhine, Kayah dan Kayin serta tujuh wilayah yang majoritinya didiami oleh etnik
Bamar yang merupakan etnik majoriti di Burma. Jadual di bawah menunjukkan kedudukan negeri-negeri kecil
dan wilayah-wilayah di Burma23:

Kedatangan Islam
Majoriti etnik Rohingya tinggal di bahagian utara negeri Arakan atau Rakhine yang terletak di Barat Burma 24.
Negeri ini juga bersempadan dengan negara Bangladesh. Berdasarkan sejarah, etnik Rohingya adalah beragama
Islam disebabkan berlakunya aktiviti migrasi seperti perdagangan oleh sejak abad ke 9 oleh pedagang Arab yang

15 Ibid,. Hlm. 45 & 100.


16 Ibid,. Hlm. 108.
17 Ibid,. Hlm. 109.
18 Ibid,. Hlm. 199.
19 Ibid,.
20 Ibid,.
21 Ibid,. Hlm. 315.
22 U Nu adalah seorang tokoh nasionalis dan tokoh politik yang terkemuka di Burma abad ke-20. Beliau adalah
Perdana Menteri pertama Burma di bawah peruntukan-peruntukan Perlembagaan 1947 Kesatuan Myanmar, mulai
4 Januari 1948 hingga 12 Jun 1956, sekali lagi dari 28 Februari 1957 hingga 28 Oktober 1958, dan akhirnya dari
4 April 1960 hingga 2 Mac 1962 sebelum kuasa pemerintahannya dirampas junta tentera. Meninggal dunia pada
14 Februari 1995 di Yangon ketika berumur 87 tahun.

23 Martin, S. Burma: Insurgency and the Politics of Ethnicity. Dhaka University


Press. 1999.

membawa agama Islam25 ke Arakan26. Rohingya merupakan susur galur daripada percampuran penduduk
tempatan menerusi perkahwinan dengan penduduk Muslim dari Afghanistan, Parsi, Turki, Semenanjung Arab dan
Bengal27. Bahasa yang dipertuturkan dinamakan Bahasa Rohingya yang mempunyai persamaan dengan Bahasa
Bengali yang digunakan oleh penduduk di Chittagong, sebuah wilayah di Bangladesh. Walau bagaimanapun
bahasa ini adalah campuran daripada pelbagai bahasa seperti Bahasa Urdu, Hindi, Arab dan Bahasa Bamar yang
dipertuturkan oleh masyarakat Myanmar majoritinya 28, manakala bentuk tulisannya adalah terdiri daripada hurufhuruf dalam Bahasa Arab yang sama seperti masyarakat Melayu suatu ketika dahulu sebelum wujudnya tulisan
rumi29. Mengikut sejarah, pada mulanya Rakhine merupakan suatu wilayah diperintah berasingan dengan wilayah
dan negeri lain di Myanmar serta merupakan sebuah negara yang berdaulat. Sehingga pertengahan abad ke- 17,
Rakhine dipengaruhi oleh perkembangan politik di benua kecil India. Kesan daripada jatuh naiknya kuasa
Maharaja Mughal di Delhi, Rakhine berjaya mendapatkan Chittagong dan kawasan sekitarnya menjadi
sebahagian daripada negara Rakhine30. Tetapi disebabkan berlakunya pergolakan dalaman dalam kerajaan ini

24 Arakan merupakan nama lama bagi negeri itu. Tetapi semenjak tahun 1989,
ianya telah ditukarkan kepada Rakhine oleh kerajaan junta. Begitu juga dengan
nama Burma telah ditukarkan kepada Myanmar pada tahun yang sama dan
selepas ini segala perbincangan dalam kajian ini akan menggunakan nama
terbaru bagi negeri Rakhine dan negara Myanmar.
25 Walaupun kajian Abu Talib Ahmad, seorang Profesor Sejarah di Pusat Pengajian
Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia mengatakan Islam sudah wujud
sekitar abad ke-9 lagi di Arakan atau Rakhine, namun beliau juga mengatakan
bahawa pada tahun 1430, Narameikhla iaitu seorang raja Arakan ketika itu telah
berjaya meminta bantuan pahlawan-pahlawan Islam berkemungkinan dari
Benggala untuk menentang pencerobohan ke atas negaranya. Melalui
kemasukan mereka ke Arakan maka bermulalah pengaruh politik Islam di sana.
Raja Narameikhla telah membina sebuah masjid di Mrauk-U (Mrohaung) yang
merupakan sebuah bandar lama dan kaya dengan legenda serta peninggalan
sejarah. Mrauk-U juga dikenali sebagai pusat pemerintahan Raja Narameikhla
yang terletak di kawasan tanah pamah antara Sungai Lemro dan Sungai Kaladan.
Bandar terus menjadi kebanggaan bangsa Arakan sehingga abad ke-18.
26 Abu, T. A. 2000. op.cit,
27 Sebelum ini penduduk Arakan bukan beragama Islam. Namun disebabkan
kedatangan Islam yang dibawa oleh pedagang Arab yang berlabuh di pelabuhan
Arakan sebelum ke Negara China menyebabkan Islam berkembang di Arakan. Kini
di Arakan terdapat dua golongan yang menjadi majoriti di sana iaitu etnik Islam
Rohingya dan etnik Buddha Arakan serta terdapat kelompok minoriti lain yang
mengamalkan agama masing-masing seperti Hindu, Kristian dan Animisme.
28 Martin Smith, The Muslim Rohingyas of Burma, kertas kerja yang
dibentangkan di Conference of Burma Centrum Nederland, Amsterdam, 11
Disember 1995.
29 Dapatan kajian penyelidik semasa berkunjung ke Markas Rohingya Society in
Malaysia (RSM) Cawangan Pulau Pinang pada 8 Julai 2011.

menyebabkan Rakhine telah jatuh ke tangan Raja Bodawpaya, Raja Myanmar ketika itu lalu menjadikan negara
ini sebahagian daripada wilayah di Myanmar pada tahun 178431.
Penganiayaan Pemerintah
Semasa era penjajahan British (1824-1948), telah berlaku aktiviti migrasi secara besar-besaran di mana British
telah membawa masuk ramai buruh asing dari China dan India, tidak ketinggalan juga masyarakat di wilayah
Chittagong, Bangladesh yang majoritinya beragama Islam ke Rakhine disebabkan kedudukan geografinya yang
hampir dengan Rakhine serta peluang pekerjaan yang disediakan oleh pihak British. Kesannya jumlah populasi
ketika itu dianggarkan kira-kira tiga juta orang. Di antara itu kira-kira 700,000 hingga 1.5 juta adalah orang
Rohingya, selebihnya adalah populasi yang dipelopori oleh Buddha Rakhine yang berpopulasi besar 32, Islam
Rakhine33 dan etnik minoriti yang lain seperti Mro, Daignet, Kamein, Thet dan Chin. Kira-kira 800,000 atau 80%
orang Rohingya tinggal di bandar-bandar Utara Rakhine seperti Maungdaw, Daignet dan Rethadaung34.
Orang Rohingya menjadi pelarian adalah disebabkan faktor perlembagaan yang sering dipinda dan faktor
pemerintahan yang selalu bertukar ganti. Bermula dengan Akta Warga Asing 1864 sehingga Undang-undang
Kewarganegaraan Myanmar 1982 yang terkini, Myanmar tidak mempunyai peruntukan undang-undang yang
jelas bagi orang Rohingya yang berada dalam situasi Keadaan Tidak Berkerakyatan (KTB) 35. Akta
Kewarganegaraan Kesatuan 194836 yang digubal oleh British, juga menidakkan hak orang Rohingya untuk
menjadi sebahagian warganegara Myanmar dengan mudah. Walau bagaimanapun, dalam akta ini terdapat sedikit
ruang yang memungkinkan orang Rohingya menjadi warganegara Myanmar di bawah pemerintahan British
ketika itu37.

30 Abu, T. A. 2000. op.cit, hlm. 115.


31 Abu, T. A. 2000. op.cit, hlm. 116-121.
32 Orang Rakhine dipercayai campuran daripada peribumi tempatan beragama
Hindu dan Orang Mongol telah menetap di Rakhine pada permulaan sejarah lagi.
Kini mereka beragama Buddha dan berbahasa menggunakan dialet Burma.
Mereka merupakan etnik terbesar di Rakhine.
33 Islam Rakhine bukannya terdiri daripada etnik Rohingya cuma mereka
mempunyai persamaan dari segi agama sahaja. Mereka juga digelar sebagai
Orang Islam Arakan dan populasi mereka kecil sahaja jika dibandingkan dengan
Islam Rohingya dan Buddha Rakhine.
34 Amnesty, I. Myanmar, The Rohingya Minority: Fundamental Rights Denied.
Amnesty International. UK. 2004, hlm. 3.
35 Undang-undang mengenai kewarganegaraan dan warga asing telah lama dikaji
dan digubal dari semasa ke semasa semenjak British menjajah Myanmar, namun
sehingga ke hari ini tiada satu peruntukan undang-udang yang mampu membela
nasib orang Rohingya di sana. Oleh yang demikian, wajarlah dikatakan bahawa
orang Rohingya di Myanmar berada dalam situasi KTB.
36 Elemen-elemen yang terdapat dalam akta ini kini tidak lagi diguna pakai
kerana ia bertentangan dengan Undang-undang Kewarganegaraan Myanmar
1982.

Semenjak Myanmar diperintah oleh rejim tentera yang merampas kuasa pemerintahan sivil U Nu pada tahun
1962, ia boleh dikatakan bermulanya bibit penafian secara keras mengenai kewarganegaraan orang Rohingya di
Myanmar. Ketika Myanmar di bawah pemerintahan Jeneral Ne Win sebagai ketua rejim, orang Rohingya
dilabelkan sebagai PATI kerana dikatakan golongan ini telah dibawa masuk oleh penjajah British suatu ketika
dahulu walaupun rekod sejarah mengatakan orang Rohingya telah menetap di Arakan seawal tahun 1430 di
bawah pemerintahan Raja Arakan ketika itu iaitu Narameikhla yang mempunyai kira-kira 30,000 orang tentera
Muslim38
Kemuncaknya pada tahun 1974 perlembagaan baru telah dibentuk oleh kerajaan junta Myanmar dan Akta
Immigresen 1974 di dalamnya telah menafikan secara jelas hak orang Rohingya sebagai warganegara Myanmar
yang sah dan mereka dilabelkan sebagai PATI 39. Justeru kesan daripada undang-undang yang digubal oleh rejim
Myanmar telah disusuli oleh suatu operasi besar-besaran yang dinamakan Naga Min atau Raja Naga pada tahun
197740. Operasi yang dianggap kejam ini telah memaksa orang Rohingya menjadi pelarian dan mereka secara
beramai-ramai telah lari meninggalkan kampung halaman ke tempat yang difikirkan selamat dan dekat.
Dianggarkan kira-kira seramai 200,000 orang Rohingya telah lari beramai-ramai ke Bangladesh pada tahun
197841. Setelah berada di sana selama 16 bulan, kebanyakkan orang Rohingya dipaksa pulang semula ke tempat
asal mereka di Myanmar kesan daripada perjanjian dua hala oleh kerajaan Bangladesh dengan junta Myanmar.
Dalam tempoh tersebut, dianggarkan 10,000 orang mati yang majoritinya adalah wanita dan kanak-kanak
disebabkan kekurangan zat makanan dan penyakit berjangkit.
Walau bagaimanapun, gelombang kedua pelarian Rohingya ke Bangladesh seramai 250,000 orang telah berlaku
sekitar pertengahan tahun 1991 hingga awal 1992 disebabkan berlakunya pencabulan hak asasi manusia ke atas
mereka di samping undang-undang Myanmar yang menjadikan mereka pendatang haram di bumi sendiri yang
menyebabkan mereka dalam situasi KTB. Undang-undang Kewarganegaraan Burma 1982 yang digubal
dikatakan telah mengugat asas-asas dalam prinsip undang-undang antarabangsa yang menjadikan sesebuah

37 Berdasarkan Perlembagaan Myanmar 1947, orang Rohingya mempunyai


kemungkinan boleh menjadi warganegara Myanmar di bawah Seksyen 11(iv)
yang mengatakan person who was born in any of the territories which at the
time of his birth was included within His Britannic Majestys dominions and who
has resided in any of the territories included in the Union for a period of not less
than eight years in the ten years immediately preceding the 1 st January 1942 and
who intends to reside permanentely therein.
38 Xenophobia: a brief analysis By Dr. Habib Siddiqui
http://www.rohingya.org/index.php?
option=com_content&task=view&id=184&Itemid=70. Tarikh diakses 8/9/11.
39 Mdecins, S. F. 10 Years for the Rohingya Refugees In Bangladesh: Past,
Present and Future. Mdecins Sans Frontires Press, Holland. 2002, hlm. 10.
40 Operasi Naga Min adalah gerakan besar-besaran yang dilakukan oleh junta
Myanamr untuk mendaftarkan sekali kewarganegaraan masyarakat di Myanmar.
Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menahan dan mendakwa mana-mana
golongan yang dianggap sebagai PATI. Gerakan ini telah dikatakan mencabul hak
asasi manusia kerana dilaporkan banyak kejadian seperti diskriminasi agama,
masjid dimusnahkan, seksaan, rogol dan pembunuhan ke atas masyarakat
Myanmar ketika itu.
41 Bangladesh menjadi destinasi orang Rohingya kerana disebabkan faktor
geografinya yang dekat dan bersempadan dengan negeri Rakhine.

bangsa berada dalam situasi KTB. Undang-undang yang bersifat diskriminasi ini juga memaksa orang Rohingya
mengemukakan bukti yang mereka telah menduduki Rakhine sebelum tahun 1823 lagi. Rejim junta yang
menggunakan gelaran The State Peace and Development Council (SPDC)42 telah menolak bangsa Rohingya
sebagai salah satu etnik dalam masyarakat Myanmar berlandaskan kenyataan seperti berikut:
In actual fact, although there are (135) national races living in Myanmar today, the so-called Rohingya people
is not one of them. Historically, there has never been a Rohingya race in Myanmar. The very name Rohingya is
a creation of a group of insurgents in the Rakhine State. Since the First Anglo-Myanmar War in 1824, people of
Muslim Faith form the adjacent country illegally entered Myanmar Ngain-Ngan, particularly Rakhine State.
Being illegal immigrants they do not hold immigration papers like other national of the country. 43
SPDC juga telah memberi respon kepada soalan yang diajukan oleh Jawatankuasa Hak ke atas Kanak-kanak
Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu pada April 2004 berkaitan isu kewargangeraan orang Rohingya:
The Governments renders full of equal treatment to these people, as with other races, in matters relating birth
and death registration, education, health and social affairs. In the official records, they listed as Bengali racial
group of the Bengali race and are recognized as permenant residents within Myanmar.44
Berlandaskan kenyataan di atas, tindakan ke atas kerajaan junta ke atas orang Rohingya di Rakhine ke atas hak
mereka masih dipertikaikan dan sehingga ke hari ini, hak orang Rohingya untuk memilik taraf kewargarnegaraan
seperti 135 etnik Myanmar yang lain masih belum menjadi kenyataan. Masalah ini sememangnya mempengaruhi
pelarian Myanmar yang tidak mahu pulang ke negara asal kerana bimbang akan berlakunya pencabulan hak asasi
mereka sekiranya pulang ke sana. Berikutnya akan dibincangkan pula mengenai cara pelarian Rohingya lari ke
Malaysia dan faktor yang mendorongnya untuk menetap di Malaysia.
Pelarian Rohingya Lari Ke Semenanjung Malaysia
Selain Bangladesh yang menjadi destinasi utama pelarian Rohingya untuk lari menyelamatkan diri, terdapat
beberapa negara yang menjadi destinasi mereka. Antaranya ialah Arab Saudi, Pakistan, Emeriah Arab Bersatu
(UAE), Thailand dan pelbagai negara lagi termasuklah Malaysia. Kehadiran pelarian Rohingya di Malaysia
dilaporkan pada era 1990an dalam skala yang sederhana banyaknya. Namun begitu, terdapat laporan yang
mengatakan bahawa pelarian Rohingya telah lari ke Malaysia seawal tahun 1956 iaitu sebelum Malaysia
mendapat kemerdekaan lagi45. Tetapi mereka lari ke Malaysia dalam kumpulan yang kecil dan pertambahan
golongan pelarian ini sangat sedikit sebelum tahun 1992. Peningkatan golongan ini di Malaysia mula mengalami

42 The State Peace and Development Council (SPDC) adalah nama rasmi bagi
kerajaan junta Myanmar yang merampas kuasa sekali lagi pada tahun 1988. Pada
mulanya iaitu pada tahun 1988 hingga 1997 kerajaan junta telah mengguna pakai
The State Law and Order Restoration Council (SLORC) yang menggantikan
peranan Burma Socialist Programme Party (BSPP). Namun pada tahun 2011,
pemerintah SPDC iaitu Senior Jeneral Than Shwe telah membubarkan Majlis SPDC.
43 Kenyataan akhbar daripada Kementerian Luar Negeri, Kesatuan Myanmar pada
26 Februari 1992. Lihat juga: Political Situation of Myanmar and its Role in the
Region, Kol. Hla Min. Pejabat Penyelidikan Strategik, Kementerian Pertahanan
Kesatuan Myanmar, Februari 2001. Hlm. 95-99
44 Soalan ini diajukan oleh Jawatankuasa Hak ke atas Kanak-kanak Persatuan
Bangsa-Bangsa Bersatu kepada SPDC adalah kerana Myanmar merupakan
anggota dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak dan jawapan ini telah di
hantar kepada jawatankuasa tersebut pada April 2004.
45 Azizah, K. 2010. op.cit,

peningkatan selepas tahun 1992, kebetulan ketika itu telah berlaku gelombang kedua pelarian Rohingya yang lari
dari penindasan kerajaan junta Myanmar46.
Bila saya bercadang mahu lari dari Myanmar, saya membuat keputusan untuk lari ke Malaysia. Ibu saya juga
bersetuju dan menyokong keputusan saya. Saya mahu ke Malaysia kerana Malaysia sebuah negara Islam dan
saya yakin mesti ada banyak masjid di sana47
Kenyataan di atas adalah merupakan dapatan kajian penyelidik ketika menjalankan temubual mendalam ke atas
salah seorang pelarian Rohingya yang tinggal di Pulau Pinang. Sewaktu disoal mengenai mengapa memilih
Malaysia sebagai destinasi utama, beliau mengatakan bahawa walaupun terdapat orang Rohingya yang lari ke
negara-negara yang maju seperti England, Jepun dan Amerika Syarikat beliau memilih Malaysia kerana
disebabkan Malaysia merupakan negara Islam dan majoriti penduduknya adalah di kalangan orang Islam. Beliau
juga yakin akan mendapat perlindungan dan layanan yang baik oleh masyarakat tempatan disebabkan berkongsi
kepercayaan dan agama yang sama serta Islam merupakan agama yang tidak membezakan pangkat, budaya dan
warna kulit. Oleh itu, sesiapa yang menganuti agama Islam adalah bersaudara.
Keadaan kemajuan dan arus pembangunan yang dicapai oleh Malaysia juga sedikit sebanyak mempengaruhi
orang Rohingya lari ke Malaysia dengan harapan boleh mendapatkan perlindungan dan memulakan hidup baru di
sini. Keadaan ini boleh digambarkan sebagai konsep penolak dan penarik yang mempengaruhi faktor seseorang
atau sesebuah kumpulan bermigrasi atau lari sesebuah kawasan yang baru disebabkan faktor penolak yang
menyatakan keadaan hidup di negara asal yang tidak stabil akibat berlakunya pencabulan hak asasi manusia atau
becana alam serta faktor penarik yang menggambarkan keadaan negara destinasi yang aman serta menawarkan
peluang ekonomi dan pekerjaan48. Namun begitu, faktor negara Malaysia yang aman dan terdapat peluang
ekonomi yang baik cuma mempengaruhi orang Rohingya yang mendapat informasi daripada rakan dan saudara
yang telah lari dahulu ke Malaysia. Bagi yang tidak mempunyai maklumat mengenai keadaan di Malaysia hanya
menguatkan keazaman diri dan berkeyakinan jika lari ke Malaysia akan mendapat perlindungan disebabkan
Malaysia merupakan sebuah negara Islam.
Setiap pelarian yang lari ke luar adalah berbeza caranya, bergantung kepada faktor populasi dan situasi di negara
asal. Namun lazimnya pelarian yang lari ke luar adalah dengan berpandukan laluan yang sama seperti golongan
migran yang berhijrah ke negara asing 49. Pelarian Rohingya lari ke Malaysia menggunakan tiga cara iaitu melalui
udara, darat dan laut50. Cara dan kaedah mereka lari ke Malaysia diketahui melalui temubual mendalam oleh
penyelidik bersama-sama pelarian Rohingya di Malaysia. Pelarian Rohingya yang lari ke Malaysia melalui jalan
udara adalah dengan cara perlu ke Bangladesh terlebih dahulu untuk membuat paspot palsu. Terdapat agen-agen
di Bangladesh yang memberikan perkhidmatan ini tetapi harga yang dikenakan adalah tinggi. Orang Rohingya
akan ke Dhaka, ibu negara Bangladesh dan akan menaiki pesawat penumpang sama ada terus ke Kuala Lumpur
International Airport (KLIA) atau transit di Bangkok terlebih dahulu51.
Perjalanan melalui jalan darat pula kadang-kala lebih mencabar kerana ia melibatkan perjalanan yang memakan
masa berminggu-minggu dan kadang-kadang berbulan-bulan bergantung pada jarak yang perlu dilalui serta
situasi-situasi yang berlaku. Hal ini kerana disebabkan perjalanan yang jauh dan perlu melalui Thailand terlebih

46 Azizah, K.2010. op.cit,


47 Temubual bersama pelarian Rohingya yang bernama Anuar, bertempat di
Universiti Sains Malaysia pada 6 Julai 2011.
48 Guido, D. & Waldo, T. Push-Pull Migration Laws, Annals of the Association of
American Journal Geographers. US. 2005.
49 Temubual bersama Pegawai Perhubungan UNHCR di UNHCR Malaysia di Kuala
Lumpur pada 22 April 2011.
50 Temubual bersama seorang pensyarah di Universiti Utara Malaysia yang juga
melakukan penyelidikan mengenai pelarian di Malaysia, pada 12 Julai 2011.

dahulu untuk memasuki Malaysia. Bagi yang menggunakan perkhidmatan agen perlu mematuhi arahan daripada
mereka dan mereka perlu berhenti di beberapa destinasi terlebih dahulu atas sebab tidak mahu dikesan pihak
berkuasa Myanmar, Thailand dan Malaysia. Adakalanya mereka terpaksa memberi rasuah kepada penguatkuasa
yang menahan mereka demi untuk melepaskan diri dan menjayakan matlamat untuk lari ke Malaysia. Terdapat
dua agen yang bertanggungjawab mengendalikan mereka, iaitu agen yang berada di luar Malaysia dan yang
berada di dalam Malaysia. Agen yang berada di luar Malaysia akan membawa pelarian sehingga ke pintu
sempadan antara Thailand dan Malaysia, seterusnya agen yang berada di Malaysia akan mengambil mereka dan
membawa masuk ke Malaysia. Lazimnya antara pintu sempadan yang menjadi tumpuan adalah pintu masuk di
Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Pengkalan Kubur di Kelantan52.
Perjalanan menggunakan bot mengikut jalan laut adalah kaedah yang agak baru dilakukan oleh pelarian
Rohingya berbanding kaedah jalan darat dan udara yang telah lama dipraktiskan. Berdasarkan temubual dengan
salah seorang pelarian Rohingya, beliau mengatakan bahawa berkemungkinan kaedah menggunakan bot baru
dipraktiskan bermula tahun 2006. Lokasi bot yang dinaiki mereka bagi memulakan perjalan tidak dapat dikenal
pasti, namun berkemungkinan besar adalah di sekitar pesisiran pantai Rakhine, Myanmar yang menghala ke Laut
Bengal53. Laluan yang biasanya dilalui menggunakan jalan laut adalah dengan melalui Selat Cincin di antara

51 Perjalanan ke Chittagong di Bangladesh dari Rakhine, Myanmar bukanlah


suatu perkara yang mudah, tetapi ia memakan masa dan kos. Orang Rohingya
yang ingin melarikan diri menggunakan pesawat mestilah mempunyai paspot dan
mereka tidak mempunyai paspot Myanmar kerana tidak mempunyai pengenalan
diri akibat dasar kerajaan Myanmar yang tidak mengiktiraf mereka. Oleh sebab itu
mereka terpaksa pergi ke Bangladesh dan membayar agen yang memberi
khidmat membuat paspot palsu. Dari Myanmar, orang Rohingya perlu
menyeberangi Laut Bengal yang merupakan sempadan negara antara Myanmar
dan Bangladesh. Mereka perlu membayar sejumlah wang untuk memiliki pas
sempadan (border pass) di Maungdaw, sebuah pelabuhan di Myanmar untuk
sampai ke Teknaf di Bangladesh. Perjalanan menyeberangi laut menggunakan bot
kecil yang boleh memuatkan kira-kira 20 orang. Dari Teknaf, mereka perlu
menyewa bas atau van untuk ke Dhaka, tetapi perlu melalui Chittagong terlebih
dahulu. Teknaf ke Chittagong memakan masa 8 jam dan dari Chittagong ke Dhaka
pula memakan masa 8 jam.
52 Perjalanan pelarian Rohingya dan juga pelarian Myanmar yang lain yang
merupakan populasi tersebar golongan pelarian di Malaysia bermula dengan
perjalan yang sama dengan golongan migran yang cuba berhijrah ke Malaysia
dengan cara yang tidak sah. Lazimnya mereka akan memberi upah kepada agen
atau penyeludup yang akan membantu mereka keluar dari Myanmar. Mereka
akan berkumpul dan bertolak dari bandar-bandar utama di Myanmar
menggunakan pengangkutan awam seperti bas. Tindakan mereka ini berisiko
kerana tidak mempunyai kad pengenalan Myanmar yang sah dan
berkemungkinan akan ditahan oleh pihak penguatkuasa yang mengadakan
check point di laluan yang mereka lalui. Setelah berjaya, maka agen akan
membawa mereka menyeberangi Thailand menggunakan bot. Dari Thailand,
mereka akan dibawa menggunakan kenderaan seperti, lori kecil, kereta, jip atau
van serta mereka akan disembunyikan dalam ruangan khas di dalam kenderaan
tersebut bagi mengelakkan dikesan oleh pihak penguatkuasa.
53 Temubual bersama pelarian, Anwar di Universiti Sains Malaysia pada 26 Jun
2011. Responden bukan nama sebenar atas sebab-sebab keselamatan.

sempadan Malaysia dan Thailand pada bahagian Utara Pulau Langkawi, Kedah. Pada Februari 2010 yang lalu
Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) telah berjaya menahan sebuah bot yang dinaiki seramai 94
orang Rohingya di bahagian utara Pulau Langkawi. Dipercayai mereka sudah belayar selama 40 hari dari
Myanmar dan APMM telah menyelamatkan mereka dan dibawa ke kawasan darat untuk diberi rawatan dan
makanan kepada pelarian Rohingya tersebut. Kemudian, mereka diserahkan kepada pihak imigresen dan dibawa
ke depoh tahanan untuk siasatan lanjut, kemudiaan diserahkan kepada UNHCR untuk tindakan selanjutnya 54.
Pelarian Rohingya di Semenanjung Malaysia
Populasi Pelarian Rohingya di Semenanjung Malaysia
Jumlah pelarian Rohingya yang lari ke Malaysia semakin bertambah dari tahun ke tahun dan populasi mereka
yang tepat agak sukar ditentukan memandangkan tiada kajian mendalam yang konsisten terhadap golongan ini
serta keadaan mereka yang bertaburan dan sukar dikesan. Walaubagaimanapun, jadual di bawah menunjukkan
populasi pelarian Rohingya yang berada di Malaysia bermula pada tahun 1956 hingga ke hari ini dari pelbagai
sumber55:
Tahun
1956-1979
1980-1989
1990-1999
2000
2001
2002
2003
2004
2005
2006
2007
2008
2009
2010
2011

Jadual 3.6: Anggaran Populasi Pelarian Rohingya dari Pelbagai Sumber56


Anggaran Populasi (Orang)
Sumber
105
UNHCR, 2009 dari Azizah Kassim, 2010
1402
UNHCR, 2009 dari Azizah Kassim, 2010
6261
UNHCR, 2009 dari Azizah Kassim, 2010
5100 hingga 8000
Human Right Watch
7838
UNHCR, 2009 dari Azizah Kassim, 2010
8649
UNHCR, 2009 dari Azizah Kassim, 2010
8979
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
10000
Tan Pok Suan, 2006
11032
UNHCR, 2009 dari Azizah Kassim, 2010
Sehingga Mei, 11000
Human Right Watch
11277
UNHCR Malaysia
14029
UNHCR, 2009 dari Azizah Kassim, 2010
15001
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
ketika perbahasan di Parlimen, 8 April 2009
Sehingga Mac, 18200
UNHCR Malaysia
Sehingga September, 21900
UNHCR Malaysia

Taburan Pelarian Rohingya di Semenanjung Malaysia


Apabila Pelarian Rohingya lari ke Malaysia, kedudukan mereka adalah bertaburan di seluruh Semenanjung
Malaysia majoritinya dan sebahagian kecil bilangannya di Sabah dan Sarawak. Jadual di bawah yang dipetik
daripada kajian Profesor Azizah Kassim menunjukkan bahawa majoriti pelarian Rohingya berada di sekitar
Lembah Kelang iaitu kawasan di sekitar negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta di Pulau
Pinang 57. Hal ini mungkin disebabkan di bandar yang besar dan maju ini mempunyai ekonomi yang tinggi dan
akses kepada keperluan harian yang mudah didapati serta berhampiran dengan pejabat UNHCR bagi
menguruskan hal-hal berkaitan urusan pelarian.

54 Temubual bersama seorang pensyarah di Universiti Utara Malaysia yang juga


melakukan penyelidikan mengenai pelarian di Malaysia, pada 12 Julai 2011.
55 Azizah, K. 2010. op.cit,
56 Terdapat nilai populasi yang mengalami penurunan dan kenaikan disebabkan
faktor pelarian Rohingya yang telah ditempatkan ke negara ketiga dan sumbersumber yang dikutip oleh penyelidik adalah dari pelbagai institusi yang memberi
fokus kepada isu dan permasalahan golongan pelarian Rohingya.
57 Azizah, K. 2010. op.cit,

Jadual 3.7: Taburan Pelarian Rohingya di Malaysia58


Negeri
Orang59
Lokasi Penempatan
Johor
980
Muar, Kota Tinggi, Bandar Kota Tinggi
dan Kulai
Kedah
1145
Sungai Petani dan Kuala Ketil
Kelantan
650
Tiada Catatan*
Wilayah Persekutuan
3000
Jalan Ipoh, Gombak, Cheras Baru dan
Kampung Pandan
Melaka
100
Melaka Tengah
Negeri Sembilan
610
Seremban dan Kuala Pilah
Pahang
985
Kuantan dan Pekan
Perak
150
Taiping
Perlis
250
Tiada Catatan
Pulau Pinang
1300
Kepala Batas dan Gelugor
Selangor
5315
Ampang, Puchong, Balakong, Selayang,
Sungai Buloh dan Kelang
W. P. Putrajaya
5
Tiada Catatan*
Terengganu
1800
Tiada Catatan*
Tidak Pasti
1521
Tiada Catatan*
Jumlah Besar
16285
Nota: Simbol * menunjukkan lokasi spesifik tidak dapat dikenalpasti

Penempatan Pelarian Rohingya di Semenanjung Malaysia


Pelarian Rohingya tidak seperti pelarian Moro di Sabah dari aktiviti penempatannya. Hal ini disebabkan di Sabah,
kerajaan negeri bersama-sama UNHCR dan PPKP telah menyediakan penempatan-penempatan kepada pelarian
Moro supaya tidak bertebaran dan sistematik di samping membantu agensi-agensi ini melakukan aktiviti bancian
dan memantau aktiviti mereka. Di Semenanjung pula kerajaan Malaysia tidak menyediakan penempatan kepada
pelarian-pelarian yang lari ke Malaysia pada masa kini walaupun suatu ketika dahulu kerajaan pernah
mewujudkan kem-kem pelarian bagi pelarian Kemboja dan Vietnam misalnya 60. UNHCR juga tidak menyediakan
kemudahan penempatan disebabkan dasar kerajaan Malaysia yang tidak mengiktiraf pelarian serta faktor dari segi
kos. Oleh yang demikian pelarian Rohingya khususnya bertaburan sekitar Semenanjung ini dalam usaha mencari
penempatan mereka sendiri sama ada dengan menyewa rumah-rumah kampung, flat dan teres atau membina
penempatan secara haram. Penempatan yang dibina mereka juga dipengaruhi faktor ekonomi dan pekerjaan di
mana jika sesuatu kawasan itu menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka, maka mereka akan menetap di
kawasan tersebut61.
Faktor-faktor Mempengaruhi Kehidupan Pelarian Rohingya di Semenanjung Malaysia

58 Jadual yang dipetik daripada kajian Profesor Azizah Kassim daripada data yang
tidak diterbitkan daripada UNHCR Malaysia dan Ibupejabat Polis, Kuala Lumpur.
59 Data daripada UNHCR Malaysia menunjukkan taburan pelarian Rohingya
berlandaskan aktiviti pendaftaran yang direkodkan, April 2009.
60 Temubual bersama Haji Ibrahim, Pegawai Hal Ehwal Orang Rohingya
bertempat di Bangunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Kuala
Lumpur pada 18 Ogos 2011.
61 Temubual bersama pelarian Rohingya yang bernama Anuar, bertempat di
Universiti Sains Malaysia pada 6 Julai 2011

Boleh dikatakan pelarian Rohingya berada di Malaysia seawal akhir 1950an lagi dan populasi mereka makin
bertambah selepas tahun 199262. Hal ini menunjukkan bahawa sudah lama pelarian Rohingya bertapak di
Malaysia dan membina kehidupan mereka di sini. Justeru, bahagian ini akan membincangkan faktor-faktor yang
mempengaruhi keadaan kehidupan pelarian Rohingya di Malaysia sama ada berada dalam keadaan yang baik
atau sebaliknya.
Status
Status mengenai pelarian Rohingya di Malaysia sehingga ke hari ini berada dalam keadaan yang boleh dikatakan
sebagai kabur kerana ia melibatkan pengiktirafan daripada kerajaan Malaysia dan juga UNHCR. Kerajaan
Malaysia tidak memberi pengiktirafan kepada golongan pelarian disebabkan tidak menjadi ahli yang
menandatangani Konvensyen 1951 dan juga Protokol 1961 berkaitan orang pelarian. Rasionalnya adalah bagi
mencegah berlakunya kebanjiran warga pelarian yang akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama mereka
untuk menyelamatkan diri dan memulakan hidup baru. Fenomena ini akan menyulitkan lagi usaha kerajaan untuk
mengawal selia golongan pelarian kerana ia melibatkan kos, masa dan komitmen, tambahan pula kerajaan kini
berusaha untuk menyelesaikan masalah pendatang dan PATI di dalam negara. Oleh yang sebab itu, Malaysia
tidak mempunyai dasar yang khusus berkenaan orang pelarian di Malaysia. Jadi, orang pelarian di Malaysia akan
dianggap sebagai PATI kerana berdasarkan cara kemasukan mereka ke Malaysia yang kebanyakkannya secara
tidak sah serta status mereka itu sendiri sebagai pencari suaka dan pelarian63.
Berlainan pula dengan UNHCR yang merupakan salah satu daripada agensi PBB yang penubuhannya menjurus
kepada mengurus dan membantu golongan pelarian yang melarikan diri dari negara asal. Oleh yang demikian,
badan UNHCR cawangan Malaysia telah memainkan peranan mereka sama seperti cawangan UNHCR yang lain
di serata dunia dengan memberikan perkhidmatan dan bantuan yang diperlukan oleh golongan pelarian di
Malaysia. Seperti pelarian lain di Malaysia, pelarian Rohingya juga telah diberikan suatu dokumen pengenalan
diri yang dinamakan Kad Pelarian UNHCR, diperoleh setelah selesainya beberapa prosedur seperti, siasatan dan
temubual serta pengrekodan. Melalui kad yang dimiliki ini, ia dianggap sebagai dokumen yang sah dan ini
membuktikan bahawa orang yang memiliki kad seperti adalah orang pelarian. Melalui pemilikan kad ini, orang
pelarian diharap dapat meneruskan kehidupan seharian seperti masyarakat tempatan tanpa sebarang tekanan dan
penindasan64.
Rajah 3.13: Kad Pelarian UNHCR yang Dimiliki oleh Pelarian Rohingya
Sumber: Penemuan Kajian di Lapangan

62 Azizah, K. 2010. op.cit,


63________ . Undang-undang Malaysia mengenai Akta Imigresen dan peraturanperaturan termasuk Akta Pasport, semua pindaan hingga Januari 2005.
Diterbitkan oleh MDC Publisher SDN BHD, Kuala Lumpur. 2005.
64 Walaupun Pelarian Rohingya memiliki kad pelarian UNHCR bagi membolehkan
mereka tinggal dan bekerja secara sementara di Malaysia, namun ia bukanlah
satu jaminan bahawa pelarian boleh mengecapi kehidupan yang baik di sini. Hal
ini kerana berdasarkan temubual dengan beberapa pelarian Rohingya, mereka
mengatakan terdapat rakan mereka dan diri mereka sendiri yang pernah ditahan
oleh pihak berkuasa seperti pihak polis dan RELA di jalanan. Apabila pelarian
Rohingya menunjukkan kad pelarian UNHCR, mereka mendakwa kad ini palsu lalu
mengugut akan menangkap. Akhirnya pelarian Rohingya dilepaskan setelah
memberi sejumlah wang. Sungguhpun kejadian ini memberi kesan negatif dalam
hidup mereka, namun mereka tetap bersyukur dapat tinggal di Malaysia
berbanding negara asal yang lebih teruk lagi keadaannya. Temubual dijalankan
bersama pelarian dikenali sebagai Ali di Pulau Pinang pada 16 Julai 2011.
Responden tidak mahu didedahkan nama sebenarnya atas alasan keselamatan.

Kami bersyukur dapat tinggal di Malaysia, boleh mengamalkan ajaran Islam dengan senang hati. Kami
berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan kami sanggup memberi kerjasama dan berbakti kepada negara
ini65
Hasil temubual dengan beberapa responden pelarian, menunjukkan bahawa majoritinya bersyukur berpeluang
membina kehidupan di Malaysia. Walaupun mereka tahu diri mereka adalah pelarian, mereka menganggap diri
mereka sebahagian daripada warga Malaysia. Anak-anak mereka kebanyakkan boleh bertutur dalam bahasa
Melayu dan memakai baju Melayu ketika sambutan Hari Raya atau ketika beribadat. Bagi mereka, perkara yang
menyedihkan apabila mereka ditahan oleh pihak berkuasa tempatan atas kesalahan dokumen. Ada di kalangan
mereka akan dihantar ke pusat tahanan sementara dan ada juga yang berjaya dilepaskan setelah memberi
sejumlah wang kepada penguatkuasa tersebut. Oleh yang demikian, masalah status ini mendatangkan masalah
kepada golongan pelarian khususnya pelarian Rohingya yang tinggal di Malaysia dan ini akan memberi kesan
terhadap diri yang akan berasa tertekan dan takut untuk keluar mencari pekerjaan, pendidikan dan sumber
makanan66.
Tempat Tinggal dan Persekitaran
Pelarian Rohingya lebih gemar tinggal di kawasan sekitar bandar besar kerana terdapat peluang pekerjaan dan
akses kepada keperluan seharian. Tetapi ada juga di kalangan mereka yang tinggal di kawasan kampung
disebabkan faktor pekerjaan seperti petani, penoreh getah dan penternak. Jika di kawasan bandar, mereka akan
menetap di rumah-rumah flat yang berada di tingkat yang tinggi. Hal ini kerana sewanya agak murah berbanding
tingkat yang lain. Ada juga yang membuat penempatan di kawasan setinggan dan tinggal bersama masyarakat
tempatan.
Kami sewa di sini kerana bayarannya murah, walaupun tidak cantik tetapi asalkan boleh tinggal bersama
anak dan isteri itu sudah memadai67
Jika melihat dari aspek persekitaran, kawasan kediaman mereka agak kotor bukan disebabkan sifat mereka yang
suka membuang sampah, tetapi keadaan kawasan kediaman mereka itu sendiri yang sudah lama serta masyarakat
setempat yang mentalitinya rendah dan suka membuang sampah merata-rata. Faktor ini yang mendorong orang
tempatan tidak mahu menyewa rumah-rumah flat dan kesempatan ini digunakan oleh pelarian ini untuk
menginap. Walaupun tidak suka dengan kekotoran, ia lebih baik daripada tidur dan merempat di tepi jalan.
Lazimnya pelarian Rohingya tinggal secara bekeluarga kerana ketika lari, mereka akan membawa anak dan isteri
sekali tetapi ada juga yang lari dahulu ke Malaysia kemudian membawa keluarganya datang ke sini 68.
Terdapat pelarian Rohingya menyewa kediaman yang agak mewah seperti di kondominium dan apartment
disebabkan mereka mampu membayar sewanya. Ada juga yang berbuat demikian tetapi terpaksa berkongsi
dengan beberapa buah keluarga supaya sewanya boleh dibahagikan sama rata. Bagi pelarian Rohingya mereka
tidak kisah memilih untuk tinggal berdekatan antara satu sama lain atau tinggal dalam komuniti masyarakat
tempatan kerana mereka boleh bergaul dengan baik dengan masyarakat tempatan dan lazimnya masyarakat
tempatan tidak mengetahui bahawa mereka ini adalah berketurunan Rohingya. Misalnya di Pulau Pinang,

65 Temubual bersama Encik Ghani, Timbalan Presiden Rohingya Society in


Malaysia (RSM) bertempat di Ibu pejabat RSM, Ampang, Selangor pada 18 Ogos
2011.
66 Temubual bersama Presiden Rohingya Society in Malaysia (RSM), Encik Hamid
bertempat di Universiti Sains Malaysia pada 6 Julai 2011.
67 Temubual bersama Encik Kader, ahli Rohingya Society in Malaysia (RSM)
bertempat di Ibu pejabat RSM, Ampang, Selangor pada 18 Ogos 2011.
68 Temubual bersama Encik Abdellah Umar, seorang pelarian Rohingya bertempat
di Ampang, Selangor pada 18 Ogos 2011.

terdapat masyarakat tempatan yang menganggap mereka sebagai anak mami atau India Muslim disebabkan cara
hidup dan warna kulit yang sama dengan mereka69.
Pendidikan dan Pekerjaan
Pendidikan merupakan suatu yang penting dalam hidup. Tanpa pendidikan, masa depan generasi Rohingya
akan gelap. Berkemungkinan mereka akan melakukan kerja yang tidak baik kerana tidak mempunyai tahap
pendidikan yang baik. Saya memohon kepada kerajaan agar bersimpati dengan anak-anak kami yang mahu
mendapatkan pendidikan formal di Malaysia70
Pendidikan merupakan suatu keperluan yang seharusnya dipenuhi oleh setiap insan. Begitu dengan pelarian
Rohingya, mereka juga berpendapat bahawa pendidikan amat penting bagi anak-anak mereka supaya menjadi
orang yang berguna di masa hadapan. Di Malaysia, kanak-kanak pelarian tidak dibenarkan bersekolah di sekolah
bantuan kerajaan, begitu juga dengan pelarian Rohingya. Oleh yang demikian, pada masa kini terdapat beberapa
buah sekolah persendirian yang diusahakan oleh Rohingya Society in Malaysia (RSM) dengan kerjasama
beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan juga UNHCR dengan menyediakan lokasi
pengajaran dan pembelajaran serta bahan-bahan bacaan dan tulisan. Lokasi ini terdiri daripada rumah kedai yang
disewa, masjid dan surau71. Anak-anak pelarian Rohingya ini diajarkan dengan mata pelajaran asas seperti Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan juga mata pelajaran Agama Islam. Guru-guru pula lazimnya
dikalangan masyarakat pelarian itu sendiri dan dibayar menerusi elaun pada nilai yang tidak terlalu tinggi.
Walaupun sukatan pembelajaran tidak seperti di sekolah bantuan kerajaan, sekurang-kurangnya mereka
didedahkan dengan pengertahuan asas pelajaran serta diharapkan mereka mampu menguasai Bahasa Melayu dan
akidah mereka diperkukuhkan dengan pembelajaran Agama Islam72.
Berkenaan aktiviti pekerjaan yang dilakukan oleh pelarian Rohingya di Malaysia, dahulunya kerajaan Malaysia
tidak membenarkan golongan ini bekerja dalam sebarang sektor tetapi disebabkan perasaan belas kasihan dan
relevansi jika pelarian tidak bekerja, bagaimana untuk menyara keluarga mereka, kerajaan telah membenarkan
mereka berkerja dalam sektor tidak formal 73. Semasa orang Rohingya di negeri asal mereka iaitu Rakhine,
pekerjaan utama mereka adalah berbentuk pertanian seperti menanam padi, menternak, menangkap ikan dan
berkebun. Apabila berada di Malaysia, kebanyakannya bekerja di sektor pembinaan sebagai buruh kasar 74. Ada
juga di kalangan mereka bekerja di pasar-pasar borong, pembantu kedai, tukang sapu dan cuci serta yang bekerja
secara sendiri dengan mengutip barang-barang terpakai dan memberi khidmat memotong rumput 75.

69
70 Temubual bersama Presiden Rohingya Society in Malaysia (RSM), Encik Hamid
bertempat di Universiti Sains Malaysia pada 6 Julai 2011.
71 Temubual bersama Encik Ahmad, ahli Rohingya Society in Malaysia (RSM)
bertempat di Ibu pejabat RSM, Ampang, Selangor pada 18 Ogos 2011.
72 Nasib anak pelarian Rohingya http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?
y=2009&dt=1125&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm Tarikh diakses 3/8/11.

73 Refugees in Malaysia We need to do more http://www.nst.com.my/nst/articles/24hum/Article/index_html


Tarikh diakses 3/4/11
74 Temubual bersama Encik Shamsul Alam, seorang pelarian Rohingya bertempat
di Gelugor, Pulau Pinang pada 9 Julai 2011.
75 Temubual bersama Haji Ibrahim, Pegawai Hal Ehwal Orang Rohingya PERKIM
bertempat di Bangunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Kuala
Lumpur pada 18 Ogos 2011.

Apabila melibatkan soal gaji, semestinya upah yang diterima tidak seberapa, tetapi asalkan dapat menyara hidup
mereka sekeluarga pelarian Rohingya berasa bersyukur. Namun terdapat juga masalah yang dihadapi mereka
seperti ditipu oleh pihak majikan yang mengetahui mereka tidak berdokumen dan oleh itu mereka membayar
upah yang sedikit atau tidak bayar langsung dan juga bagi mereka yang ditahan pihak berkuasa yang mengugut
akan mengambil tindakan lalu meminta sejumlah wang untuk melepaskan mereka 76. Walaupun pelarian Rohingya
mempunyai kad pelarian UNHCR, namun dokumen ini tidak dilayan dan ada juga pihak berkuasa mengatakan
dokumen ini tidak sah atau palsu. Hal ini menyulitkan golongan pelarian Rohingya untuk menyara kehidupan
keluarga mereka seharian kerana lazimnya gaji yang diterima adalah gaji harian dan jika gaji mereka hari ini
dirampas, bagaimana pula mereka mahu membeli barang keperluan harian? Walau bagaimanapun terdapat juga
segelintir pelarian Rohingya yang agak berjaya dalam pekerja yang diceburi iaitu ada di antara mereka menjadi
peniaga dan mendapat keuntungan yang tinggi dalam perniagaan yang diceburi 77.
Kesihatan dan Kebajikan
Kesihatan merupakan suatu isu yang perlu diberi perhatian kerana ia merupakan suatu keperluan dalam hidup
manusia. Pelarian Rohingya mendapatkan rawatan di pelbagai institusi seperti di hospital dan klinik kerajaan,
klinik swasta dan juga klinik sukarela yang ditubuhkan oleh NGO. Walaupun klinik sukarela adalah percuma dan
jika dikenakan bayaran kosnya adalah rendah, namun tidak semua lokasi disediakan perkhidmatan ini. Oleh yang
demikian, pelarian Rohingya lazimnya akan mendapatkan rawatan di hospital dan klinik kerajaan 78.
Dahulunya mereka perlu membayar kos rawatan sama seperti warga asing yang tinggi harganya berbanding
dengan masyarakat tempatan. Namun kini kerajaan telah memberi potongan sebanyak 50% daripada jumlah yang
perlu dibayar oleh warga asing79. Walaupun ia masih agak tinggi kosnya, namun ia sedikit sebanyak meringankan
beban pelarian Rohingya yang status ekonominya rendah. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang masih tidak
mampu untuk mendapatkan rawatan di hospital dan klinik kerajaan mereka akan pergi ke farmasi berdekatan dan
membeli ubat-ubatan untuk mengubati penyakit yang dihadapi. Namun demikian, terdapat juga pelarian
Rohingya yang mendapatkan rawatan di klinik swasta disebabkan mereka mempunyai hubungan yang baik
dengan doktor yang mengendalikan klinik tersebut dan mampu mendapatkan harga rawatan yang mampu dibayar
seperti petikan temubual di bawah:
Kalau saya sakit, saya akan pergi ke klinik swasta kerana saya mempunyai hubungan yang baik dengan doktor
di sana, saya tidak mahu ke klinik kerajaan kerana urusan di sana lambat dan bayaran juga agak mahal80
Akhirnya kata sepakat telah dicapai oleh pelarian Rohingya untuk mewujudkan satu persatuan sahaja kerana
terdapat beberapa persatuan yang ditubuhkan untuk kepentingan individu tertentu sahaja dan juga dalam sesebuah
persatuan hanya mempunyai ahli serami dua hingga tiga orang sahaja. Justeru, dengan penubuhan RSM ia
diharapkan dapat menjadi satu badan utama yang melindungi kebajikan pelarian Rohingya di Malaysia.
Dianggarkan hampir 90% populasi pelarian Rohingya di Malaysia menjadi ahli dalam RSM. Sebagai bukti

76 Masa Depan Generasi Rohingya http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?


y=2010&dt=1019&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm Tarikh diakses 3/8/11

77 Focus Group Discussion (FGD) yang dijalankan di RSM Cawangan Pulau Pinang
bersama-sama ahli-ahlinya terdiri daripada Encik Ayub, Encik Samsul Alam, Encik
Salim dan Encik Ali.
78 Petikan daripada perbahasan di Dewan Rakyat semasa sidang Parlimen kedua belas, penggal keempat,
mesyuarat kedua pada hari Selasa bertarikh 28 Jun 2011. Tarikh diakses 31 Julai 2011.
http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-28062011.pdf 14 Ogos 2011.

79 Kerajaan Tidak Pernah Dera atau Cederakan Pelarian. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=2011&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_04.htm Tarikh diakses 11 Ogos 2011.

80 Temubual bersama Encik Radhiullah, seorang pelarian Rohingya bertempat di


Gelugor, Pulau Pinang pada 9 Julai 2011.

keahlian, mereka akan diberi kad ahli yang perlu diperbaharui setiap tahun dengan bayaran sebanyak RM 50.00.
Ahli-ahli dalam RSM akan mendapat faedah seperti bantuan menguruskan jenazah, bantuan kutipan derma
kepada yang memerlukan dan urusan perkahwinan. Misalnya, bermula Februari 2011, Persatuan Ulama Rohingya
Malaysia yang diselia oleh RSM akan mengeluarkan sehelai sijil nikah beserta dua keping kad nikah sebagai
bukti kepada pelarian Rohingya yang melangsungkan perkahwinan di Malaysia. Bayaran yang dikenakan dalam
proses ini sebanyak RM 75.0081. Antara peranan lain yang dimainkan RSM, ia juga. bertindak sebagai badan
perantara antara pelarian Rohingya dengan NGO, UNHCR dan kerajaan jika terdapat sebarang makluman,
informasi atau hal-hal lain yang berkaitan dengan hal ehwal pelarian. Bagi pelarian yang menghadapi masalah
seperti ahli keluarga ditangkap oleh pihak berkuasa, mereka boleh menghubungi RSM untuk tindakan selanjut
dan pihak RSM akan cuba menyelesaikannya dengan meminta bantuan UNHCR, pihak Majlis Keselamatan
Negara (MKN) atau agensi kerajaan yang berkaitan82. Walaupun RSM bukanlah merupakan sebuah persatuan
yang sah, namun ia diterima oleh pelbagai agensi kerajaan dan antarabangsa seperti MKN, UNHCR, Polis,
Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islam Malaysia (PERKIM) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Hal ini kerana agensi kerajaan dan antarabangsa memerlukan RSM dalam urusan dan kegiatan seperti
pendokumentasian, pengagihan maklumat dan arahan serta perundingan 83. RSM mempunyai setiap cawangan di
seluruh negeri di Semenanjung Malaysia dan ibu pejabatnya terletak di Ampang, Selangor. Lazimnya mereka
menyewa rumah-rumah kedai sebagai markas untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti mesyuarat, jamuan
kenduri, gotong royong serta menyambut hari perayaan84.

Rumusan
Kami berterima kasih pada kerajaan kerana membenarkan kami tinggal dan bekerja di sini. Harapan kami
supaya kerajaan beri peluang kepada kami untuk membalas budi kerajaan dengan berbakti kepada tanah air
ini85.
Petikan temubual di atas adalah luahan ikhlas salah seorang pelarian Moro yang bersyukur kerana kerajaan
memberi peluang kesempatan kepada mereka untuk tinggal di Sabah. Oleh sebab itu, mereka berasa terhutang
budi dengan kerajaan dan bersedia melakukan apa-apa jua tugas yang mampu memberi sumbangan kepada
negara. Pelarian Rohingya juga mengungkapkan makna yang sama disebabkan kerajaan sudi membantu mereka
walaupun dengan kadar yang minimum86. Pada pandangan mereka, keadaan hidup di Malaysia lebih baik lagi
walaupun mereka berhadapan dengan risiko penahanan dan penangkapan oleh pihak berkuasa

berbanding kehidupan di negara asal yang lebih teruk lagi.


81 Tembual bersama Encik Anuar, Setiausaha Agung Rohingya Society in
Malaysia (RSM) bertempat di Markas RSM cawangan Pulau Pinang,Gelugor pada 8
Julai 2011.
82 Tembual bersama Encik Hamid, Presiden Rohingya Society in Malaysia (RSM)
bertempat di Universiti Sains Malaysia pada 6 Julai 2011.
83 Tembual bersama Encik Anuar, Setiausaha Agung Rohingya Society in
Malaysia (RSM) bertempat di Markas RSM cawangan Pulau Pinang,Gelugor pada 8
Julai 2011.
84 Wakil-wakil cawangan RSM di seluruh Semenanjung Malaysia akan berkumpul
di ibu pejabat mereka di Ampang, Selangor pada setiap bulan bagi melaporkan
sebarang maklumat, masalah serta kegiatan yang dilakukan kepada
Jawatankuasa Tertinggi RSM.
85 Temubual bersama Encik Mubin Bin Parajah, Pengerusi JKKKMP Pulau Mabul,
Semporna pada 13 Februari 2011.

Walaupun pelarian Moro dan Rohingya yang dijadikan sebagai kajian kes dalam penyelidikan
ini mempunyai perbezaan dari segi sejarah, latar belakang dan tarikh mereka lari ke Malaysia,
namun terdapat beberapa persamaan dan isu yang dikongsi bersama dari segi keadaan
kehidupan mereka di Malaysia serta layanan yang diberikan oleh pihak kerajaan mahupun
masyarakat tempatan. Masalah dan isu seperti pendidikan, kesihatan, keadaan tempat tinggal,
pekerjaan dan status

86 Temubual bersama Encik Ghani, Timbalan Presiden Rohingya Society in Malaysia (RSM) bertempat di Ibu
pejabat RSM, Ampang, Selangor pada 18 Ogos 2011.

Você também pode gostar