Você está na página 1de 4

PETUA PENULISAN KREATIF

1. Apa Yang Boleh Buat Anda Bahagia?


Fikirkan tentang objek, manusia, haiwan atau apa saja yang boleh membahagiakan anda.
Menggunakan ini dalam karya boleh membantu anda membangkitkan daya kreativiti dalam
karya anda sekarang dan karya-karya akan datang. Kerana kebahagian itu sendiri adalah
suatu emosi yang sangat kuat, dan ia perlu digunakan untuk menghidupkan karya anda,
apabila diperlukan.
2. Tulis Cerita Secara Terbalik?
Katakanlah dalam minda anda ada cerita yang hebat sekarang, tapi anda tak pasti
bagaimana hendak memulakannya (mungkin anda ragu-ragu kerana tidak mahu
menghasilkan karya sama dgn penulis-penulis lain), untuk itu, tulislah cerita secara terbalik.
Mulakanlah ceritanya di bahagian paling akhir... kemudian, dari sana, anda akan melakukan
banyak imbas balik. Dengan cara yang betul, anda pasti akan mendapat satu hasil yang
membanggakan!
3. Minda Yang Resah
Apabila anda dapati daya fikir anda selalu melayang liar tidak ketentuan, terutama sekali
apabila anda teruja keseronokan ataupun semasa anda menghadapi tekanan hidup,
memang sukar untuk anda duduk diam, menghadap skrin komputer berjam-jam lamanya.
Sebagai penulis atau bakal penulis, anda terpaksa mencari jalan utk menumpu perhatian

kepada apa yang dikerjakan, kerana daya kreativiti tidak dpt berkembang mekar jika terlalu
banyak gangguan.
Selain drpd riadah (Utk yg beragama Islam), elok juga jika anda boleh melakukan meditasi
untuk mencari ketenangan dlm diri. Anda hanya perlu duduk di kusyen, menghela nafas
dalam-dalam sebelum menghembuskannya keluar semula, berulang-kali. Dan cuba
mengawal pergerakan daya fikir anda semula, sehingga anda mampu memilih apa yang
anda perlu fikir, dan apa yang anda tolak ke tepi utk difikirkan di kemudian hari saja. Anda
boleh berkata begini, "Ok, sekarang apa yang A akan buat, fikir, rasa, bertindak jika
berhadapan dgn situasi ini...) Fokus.
4. Pengalaman Hidup
Penulisan Kreatif - tidak bermakna anda harus kreatif (reka/cipta) semuanya. Anda boleh
ambil cerita dari pengalaman anda sendiri sebagai permulaan, dan kemudian anda boleh
pinjam pengalaman orang lain. Jangan ragu-ragu untuk menghasilkan karya tentang
pengalaman hidup diri sendiri, selagi nawaitu(niat) ketika menghasilkan karya itu tetap
murni, apabila dibaca orang. Yang pasti, kesengsaaraan hidup, tanpa perjuangan untuk
mengatasinya - bukan sebuah karya kreatif yg positif atau membina.
Hanya melihat kembali pengalaman yg lalu, barulah kita boleh faham mengapa kita boleh
berada di sini, ketika ini.

5. Kenali Format Penerbit


Belajar mengenali format penerbit di mana kita mahu hantar karya kita nanti. Cara mudah,
anda pergi sendiri menemui para editor mana-mana penerbitan yang anda ingin lihat karya
anda terbit. Sebaik-baiknya, biarlah dgn penerbit-penerbit yang berwibawa dan telah terbukti
boleh dipercayai. Tanyakan jenis karya yang bagaimana yang pihak penerbit itu perlukan.
Novel dewasa? Novel Remaja? Novel Kanak-Kanak?
Anggaplah diri anda seorang ahli perniagaan seketika, dan apabila mahu menjual sesuatu
kpd seseorang, tentulah anda perlu jual apa yg orngg itu mahu bukan? Dari segi kualitinya,
citarasanya, warnanya, dan sebagainya. Ini semua boleh dipelajari, tp juga perlu dipatuhi
demi kebaikan dua pihak - pihak anda dan pihak penerbit... memberi dan menerima... give
and take.
Yang pasti, pihak penerbit tidak akan `beli' barangan yg kita `jual' - kalau ia tidak menepati
citarasa/format mereka. dan kita tidak boleh paksa beli, apa yg orang tak `gunakan/makan'.

6. Simpan Matlamat Anda Dalam Buku Log.


Sedikit sebanyak, ia mampu membuatkan anda menurunkan matlamat anda dalam bentuk
tulisan. Sebelum tidur malam, catat apa yang anda harapkan akan anda buat untuk karya
anda, pada keesokkan harinya. Catat juga samada anda berjaya atau tidak memenuhi
harapan anda pada hari itu. Ini perlu dilakukan, apabila anda cuba menghasilkan beberapa
projek dalam satu masa, ataupun anda menghasilkan novel yang panjang dan berat.

7. Novels vs. Cerpen

Betulkan kata orang; Cerpen adalah baby/bayi kpd novel? Mungkin juga tidak, dan mungkin
juga ya. Mungkin ia juga bergantung kepada kemahiran dan keupayaan seseorang penulis
samada mau mengembangkan cerpen menjadi novel, atau memendekkan novel menjadi
cerpen. Perbezaan antara cerpen dengan novel; dalam cerpen, segala-galanya perlu padat,
dan jalan ceritanya singkat (1 + 2 gabungan peritiwa/cerita = 1 cerpen.. tapi kalau mahir,
boleh buat lebih banyak gabungan lagi). Sementara novel pula, lebih banyak kebebasan,
lebih fleksibel untuk berkreatif,lebih mendalam, lebih kompleks, lebih mencabar, rumit tapi
sekaligus menyeronok-puaskan. Tapi tiada yg mustahil dan boleh buat, jika anda mau.

8. Memerhatikan Orang lain


Jika anda mencari unsur-unsur yang lebih segar, cuba anda pergi ke tempat di mana orang
ramai sering berkumpul... di taman permainan kanak-kanak, sebagai contoh, atau di stesyen
bas atau di gerai makan dll... dan kemudian, `pasang telinga'. Bawa buku nota, catat apa
saja yang menarik rongga pernafasan, penglihatan, pendengaran anda dan sebagainya.
menarik rongga pernafasan anda = bau yg anda hidu. Pendengaran anda = perbualan
menarik/aneh yg anda terdengar. Penglihatan anda = orang yg lalu lalang berhampiran
anda, gaya jalan, gaya berckp, gaya/mimik muka apabila mereka gelak atau marah dan
sebagainya. Bayangkan bagaimana org yg anda perhatikan itu menjalani hidupnya. Kadangkadang menghasilkan karya berdasarkan orang yang tidak pernah kita temui di alam realiti,
adalah lebih menarik dan menyeronokkan.
9. Ikut Jejak Perwatakan
Memandangkan novel adalah besar/tebal dan banyak wataknya, elok juga jika anda
mencatatkan setiap perwatakan (dalam dirinya, kesukaannya, gaya cakapnya dan lenggok
bahasanya, pengalaman peribadinya, fahaman agama dan politiknya, psikologinya dll

tentang watak-watak anda yg berbeza-berbeza itu. Ini dapat membantu konsisterasi anda
hingga ke penamat cerita, dan anda tidak akan sesat dalam karya anda sendiri.
10. Menulis untuk Menulis Semula.
Apabila membuat draf permulaan untuk satu-satu karya, tulis saja. Masukan emosinya
(mungkin boleh emosi anda sendiri di sini, lebih tulin begitu bukan?) dan sebagainya di atas
kertas atau di microsoft word anda. Kemudian, kita akan tulis semula, tambah-kembangbaik-pulihkan di sana sini, perbetulkan mana yg patut dll. Kerana, sesebuah karya itu tidak
tamat - selagi kita tidak puas!

Você também pode gostar