Você está na página 1de 13

Redzuan Osman_2015

Tugasan ini akan menganalisis metafora dan skema imej yang terdapat di dalam novel
Melayu. Novel yang dipilih ialah Rindu Awak 200% (2013) oleh Liyana Zahim. Sebanyak 10
sahaja data dari novel ini yang akan diambil dan dianalisis untuk tugasan ini.

Redzuan Osman_2015
2.0

ANALISIS METAFORA DAN SKEMA IMEJ

Berikut merupakan 10 data yang diambil dari novel Rindu Awak 200% yang memperlihatkan
penggunaan metafora dan skema imej.

2.1.1 Metafora Orientasi

Menurut Lakoff & Johnson (1980:14), metafora orientasi ialah peluasan makna atau konsep
orientasi seperti DALAM-LUAR, ATAS- BAWAH, HADAPAN-BELAKANG dan PENUHKURANG kepada domain bukan ruang. Metafora orientasi ini juga dikenali sebagai metafora
ruang. Ruang orentasi ini timbul daripada persekitaran bahawa kita mempunyai
pengetahuan asas tentang persekitaran fizikal.

DATA 1

Armel memberanikan diri menatap wajah Faezrul. Walau dirasakan saat ini kekuatannya
berada di paras paling bawah.
(Rindu Awak 200%, 2013: 304)

Berdasarkan Data 1, frasa kekuatannya berada di paras paling bawah dianggap sebagai
metafora orientasi kerana menepati ciri metafora tersebut iaitu memberikan konsep ruang
kepada domain bukan ruang. Kekuatan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013:836)
ialah tenaga atau daya. Oleh itu perkataan kekuatan ialah sesuatu yang abstrak dan tidak
mempunyai ruang kerana kekuatan hanya boleh digambarkan sahaja. Apabila perkataan
kekuatan digunakan dengan frasa paras paling bawah menunjukkan bahawa kekuatan
fizikal dan mental watak dalam novel ini iaitu Armel sangat rendah dan ini memberikan
konsep ruang pada perkataan kekuatan sama ada konsep itu tinggi atau rendah

Redzuan Osman_2015
Jika dilihat pada sudut skema imej pula, frasa tersebut tergolong dalam skema imej
tatatingkat. Skema ini (Lakoff & Johnson, 1987:276) didasari oleh metafora konsep di mana
yang di atas ialah berkuasa dan di bawah itu kurang berkuasa. Apablia melihat frasa paras
paling bawah, jelas menunjukkan bahawa watak tersebut mempunyai kuasa atau
kekuatan yang kurang daripada orang lain.

DATA 2:
Faezrul menghadiahkan satu kucupan hangat di dahi Armel. Meredakan gelodak rasa yang
merimba di hati Armel.
(Rindu Awak 200%, 2013:480)
Berdasarkan Data 1, frasa Meredakan gelodak rasa ialah metafora orientasi kerana
menepati ciri metafora tersebut iaitu memberikan konsep orientasi kepada domain bukan
ruang. Perkataan meredakan mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013:1301)
bermaksud menjadikan atau menyebabkan reda, menenangkan, mengamankan atau
mengurangkan. Maksud yang sesuai untuk dikonotasikan bagi perkataan meredakan
dalam frasa tersebut ialah mengurangkan. Rasa dalam frasa tersebut bermaksud keadaan
hati tentang sesuatu contohnya emosi (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2013:1290). Oleh itu
perkataan emosi dianggap sebagai domain bukan ruang kerana rasa adalah sesuatu yang
abstrak kepada amnusia dan tidak mempunyai ruang. Apabila perkataan meredakan
digunakan menjadikan perkataan rasa itu seperti mempunyai ruang untuk berkurangan.
Skema imej yang boleh diihat dalam frasa tersebut ialah skema imej saiz. Saiz pada
zahirnya melambangkan kuasa. Saiz yang besar mempunyai kuasa yang tinggi dan
sebaliknya. Jika dilihat perkataan meredakan yang sama maksud dengan mengurangkan
dalam frasa yang ditebalkan, ini bermakna rasa itu dapat dikurangkan dari gelodak rasa
yang besar kepada gelodak rasa yang sedikit atau kecil.

Redzuan Osman_2015
2.1.2 Metafora Ontologi
Menurut Lakoff & Johnson (1980:25), metafora ontologi ialah pengkonseptualisasian benda
yang abstrak sebagai contoh emosi, idea atau fenomena persekitaran dan menjadikannya
seperti benda yang biasanya entiti, benda konkrit atau tempat. Pemetaan entiti abstrak
epada entiti konkit ini menyebabkan satu pihak dikala oleh satu pihak yang lain.
Pengalaman kita dengan entiti konkrit, memberikan suatu input bagi metafora ini. Ia meliputi
cara untuk memerhatikan sesuatu aspek atau perkara, aktiviti, emosi dan ideayang
berkaitan dengan entiti dan bahan-bahan (Asas Linguistik, 2014: 116).

DATA 3:
Satu keluhan tergelincir keluar dari mulut.
(Rindu Awak 200%, 2013:265)
Ayat Satu keluhan tergelincir keluar dari mulut dalam Data 3 menunjukkan penggunaan
metafora ontologi. Metafora ontologi berfungsi apabila sesuatu entiti yang abstrak dijadikan
seperti benda yang konkrit. Entiti yang abstrak dalam ayat tersebut ialah keluhan. Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat (2013: 726) keluhan ialah kata-kata keluhan, keluh kesah
atau rintihan. Keluhan ini juga boleh dikatakan sebagai suatu perasaan dalam diri manusia.
Keluhan ini hanya boleh dirasai di dalam diri dan ini menyebabkan keluhan dianggap
sebagai entiti yang abstrak. Frasa keluhan tergelincir keluar dari mulut dianggap
metafora ontologi kerana keluhan yang dianggap entiti abstrak itu dijadikan seperti entiti
konkrit dengan menggunakan frasa tergelincir keluar. Tergelincir mengikut Kamus Dewan
Edisi Keempat (2013:449) ialah tergeluncur, tergeser kerana licin atau terlepas dari
landasan. Umumnya perkataan tergelincir disinonimkan dengan entiti yang konkrit seperti
dalam ayat kereta api yang tergelincir dari landasannya (Menjamin Khidmat Kereta Api
Selesa, 2003) di mana kereta api yang merupakan entiti konkrit digunakan dengan
perkataan tergelincir yang menunjukkan kereta api itu terkeluar dari landasan. Jadi frasa

Redzuan Osman_2015
keluahan tergelincir keluar dari mulut ialah metafora ontologi kerana keluhan iaitu entiti
abstrak dijadikan seperti entiti konkrit dengan menggunakan frasa tergelincir keluar dari
mulut.
Skema imej yang dapat dianalisis berdasarkan ayat tersebut ialah skema imej bekas.
Menurut Johnson (1987:21) , skema imej bekas terbentuk daripada pengalaman manusia
terhadap badan manusia itu sendiri sebagai bekas, pengalaman manusia berada di dalam
lokasi tertutup seperti bilik dan sebagainya, dan meletakkan objek-objek itu di dalam bekas.
Jika dianalisis frasa keluhan tergelincir keluar dari mulut, mulut dianggap sebagai
bekas dan keluhan dianggap sebagai suatu entiti yang boleh dikeluarkan atau dimasukkan
ke dalam bekas (mulut).

DATA 4:
Suhu sejuk menggigit-gigit kulitnya.
(Rindu Awak 200%, 2013:269)
Ayat Suhu sejuk menggigit-gigit kulitnya dalam Data 4 menunjukkan penggunaan
metafora ontologi. Metafora ontologi berfungsi apabila sesuatu entiti yang abstrak dijadikan
seperti benda yang konkrit. Entiti yang abstrak dalam ayat tersebut ialah suhu sejuk. Sejuk
(Kamus Dewan Edisi Keempat, 20013: 1412) bermaksud tidak panas atau hangat, rendah
suhunya atau dingin. Frasa suhu sejuk bermaksud satu keadaan atau sifat di mana suhu
yang rendah dan tidak panas. Suhu sejuk dianggap entiti abstrak kerana sifat ini adalah
salah satu contoh fenomena persekitaran yang tidak bersifat konkrit. Apabila penulis
menggunakan frasa Suhu sejuk menggigit-gigit, entiti abstrak suhu sejuk telah menjadi
entiti konkrit kerana perbuatan menggigit-gigit yang bermaksud mengapit dengan gigi atau
menimbulkan rasa seakan-akan dicengkam-cengkam atau dicucuk-cucuk (Kamus Dewan
Edisi Keempat, 2013: 473) hanya boleh dilakukan oleh manusia atau haiwan yang
merupakan entiti konkrit. Oleh itu ayat Suhu sejuk menggigit-gigit kulitnya dianggap

Redzuan Osman_2015
metafora ontologi kerana entiti abstrak (suhu sejuk) dijadikan seperti benda iaitu melakukan
perbuatan menggigit-gigit kulitnya.
Skema Imej yang dapat dilihat ialah skema imej kuasa. Skema imej kuasa dapat
dibahagikan kepada 3 jenis iaitu skema imej kuasa paksaan, skema imej kuasa halangan
dan skema imej kuasa penyingkiran halangan. Skema imej yang sesuai untuk ayat tersebut
ialah skema imej kuasa paksaan. Skema imej ini menerangkan mengenai vektor kuasa yang
boleh bertindak ke ayat sesuatu entiti. (Johnson, 1987:45). Jika dilihat dalam ayat Suhu
sejuk menggigit-gigit kulitnya, suhu sejuk menjadi satu vektor kuasa yang boleh bertindak
kepada susuatu entiti iaitu kulit dengan cara mengigit-gigit. Suhu sejuk merupakan suatu
fenomena sains yang boleh memberi kesan kepada kehidupan. Oleh itu apabila suhu sejuk
menggigit kulit, ini memberitahu bahawa suhu sejuk ini berkuasa untuk melakukan sesuatu
perbuatan (menggigit) secara paksaan kepada kulit manusia tanpa sebarang halangan.

DATA 5:
Serentak Armel berpaling. Habis berkecai segala lamunannya. Figura Raizil betul-betul
sudah berada di depan matanya.
(Rindu Awak 200%, 2013: 251)
Ayat Habis berkecai segala lamunannya dalam Data 5 menunjukkan penggunaan
metafora ontologi. Metafora ontologi berfungsi apabila sesuatu entiti yang abstrak dijadikan
seperti benda yang konkrit. Entiti yang abstrak dalam ayat tersebut ialah lamunan.
Lamunan mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013:880) bermaksud fikiran yang
bukan-bukan atau angan-angan. Lamunan dianggap entiti abstrak kerana lamunan ini hanya
terjadi dalam fikiran manusia sahaja. Apabila diberikan konsep berkecai pada lamunan, ini
menjadikan ayat tersebut metafora ontologi. Berkecai bermaksud pecah kecil-kecil, hancur,
bersepai atau remuk (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2013:697) dan perkataan berkecai ini
selalu disinonimkan dengan entiti konkrit iaitu kaca. Oleh itu, ayat Habis berkecai segala

Redzuan Osman_2015
lamunannya ialah metafora ontologi kerana entiti abstrak (lamunan) dijadikan seperti benda
atau entiti konkrit kerana boleh berkecai.
Skema imej yang sesuai untuk Data 5 ini ialah skema imej kuasa halangan. Skema
imej ini melibatkan kuasa bertemu dengan halangan. Keadaan ini lazimnya dihadapi
manusia dalam interaksi dengan objek dan hidupan lain dalam persekitanan seharian.
Kuasa tersebut boleh bertindak dengan pelbagai cara seperti mengubah arah atau laluan,
meneruskan perjalanan dengan mengeluarkan halangan itu atau melalui halangan tersebut
(Johnson, 1987:45). Berdasarkan Data 5, halangan tersebut ialah Figura Raizil yang telah
menghalang kuasa lamuanan sehingga menyebabkan lamunan tersebut berkecai.

DATA 6:
Ada seribu satu rasa yang bergumpal di dalam hatinya saat itu.
(Rindu Awak 200%, 2013:271)
Frasa seribu satu rasa yang bergumpal di dalam hatinya dalam Data 6 menunjukkan
penggunaan metafora

ontologi. Metafora ontologi berfungsi apabila sesuatu entiti yang

abstrak dijadikan seperti benda yang konkrit. Entiti yang abstrak dalam ayat tersebut ialah
rasa. Kamus Dewan Edisi Keempat (2013: 1290) menyatakan rasa ialah perihal sesuatu
yang dikecapi oleh lidah, keadaan yang dialami oleh bahagian tubuh dan keadaan hati
terhadap sesuatu. Maksud rasa dalam frasa tersebut ialah suatu perasaan. Rasa dikatakan
sebagai entiti abstrak kerana rasa tidak boleh dipegang dan hanya berlaku dalam diri
manusia. Perbuatan bergumpal yang selalu dilakukan kepada dengan entiti konkrit seperti
tanah atau darah bermaksud berkepal, berketul atau berkepul (Kamus Dewan Edisi
Keempat, 2013: 488). Oleh itu apabila konsep bergumpal yang sinonim dengan entiti konkrit
diberikan kepada entiti abstrak rasa, maka frasa tersebut menepati ciri metafora ontologi.
Skema imej dalam frasa seribu satu rasa yang bergumpal di dalam hatinya ialah
skema imej bekas. Menurut Johnson (1987:21), skema imej bekas terbentuk daripada

Redzuan Osman_2015
pengalaman manusia terhadap badan manusia itu sendiri sebagai bekas, pengalaman
manusia berada di dalam lokasi tertutup seperti bilik dan sebagainya, dan meletakkan objekobjek itu di dalam bekas. Jika dianalisis frasa seribu satu rasa yang bergumpal di dalam
hatinya, hati dianggap sebagai bekas dan rasa dianggap sebagai suatu entiti yang
terkumpul (bergumpal) dengan banyak (seribu satu) ke dalam bekas (hati). Penerangan ini
menepati ciri skema imej bekas.

DATA 7:
Sebahagian hatinya tergores jua walau dia cuba untuk menelan segala kata-kata kesat
Armel.
(Rindu Awak 200%, 2013:283)
Frasa dia cuba untuk menelan segala kata-kata kesat Armel dalam Data 7 menunjukkan
penggunaan metafora ontologi. Metafora ontologi berfungsi apabila sesuatu entiti yang
abstrak dijadikan seperti benda yang konkrit. Entiti yang abstrak dalam ayat tersebut ialah
kata-kata kesat. Kamus Dewan Edisi Keempat (2013: 684) menyatakan bahawa kata ialah
sesuatu yang diujaran atau dituturkan. Kata dilihat sebagai suatu entiti abstrak kerana kata
tidak boleh dilihat atau dipegang dan hanya mengeluarkan bunyi-bunyi yang menjadikan
perkataan. Perbuatan menelan yang bermaksud memasukkan sesuatu ke dalam mulut
melalui kerongkong (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2013: 1632). Oleh itu apabila konsep
menelan yang sinonim dengan entiti konkrit seperti makanan diberikan kepada entiti abstrak
kata, maka frasa tersebut menepati ciri metafora ontologi.
Skema imej yang dapat dianalisis dalam frasa tersebut ialah skema imej bekas.
Menurut Johnson (1987:21), skema imej bekas terbentuk daripada pengalaman manusia
terhadap badan manusia itu sendiri sebagai bekas, pengalaman manusia berada di dalam
lokasi tertutup seperti bilik dan sebagainya, dan meletakkan objek-objek itu di dalam bekas.
Konsep bekas dalam frasa tersebut tidak dizahirkan tetapi disebabkan penggunaaan

Redzuan Osman_2015
perkataan menelan, skema imej bekas boleh digunakan kerana perbuatan menelan ialah
memasukkan sesuatu. Oleh itu, apabila menelan kata-kata kesat itu bermaksud
memasukkan kata-kata kesat itu ke dalam bekas.

DATA 8:
Ketenangan Faezrul menjentik emosinya.
(Rindu Awak 200%, 2013:87)
Ayat Ketenangan Faezrul menjentik emosinya dalam Data 8 menunjukkan penggunaan
metafora ontologi. Metafora ontologi berfungsi apabila sesuatu entiti yang abstrak dijadikan
seperti benda yang konkrit. Entiti yang abstrak dalam ayat tersebut ialah emosi. Emosi
menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013: 388) ialah perasaan jiwa yang kuat seperti
sedih, gembira takut dan lain-lain. Emosi dianggap entiti abstrak kerana emosi merupakan
satu perasaan yang dialami manusia dan tidak bersifat konkrit. Apabila perbuatan menjentik
diberikan kepada emosi, maka ini menepati ciri metafora ontologi kerana menjadikan entiti
abstrak (emosi) sebagai benda dengan cara menjentik Menjentik mengikut Kamus Dewan
Edisi Keempat (2013:626) ialah memukul atau menguis sesuatu dengan belakang hujung
jari yang dibidaskan dengan ibu jari. Oleh itu, menjentik selalu disinonimkan dengan objek
konkrit seperti menjentik batu atau menjentik penutup botol.
Skema imej yang dapat dianalisis dalam Data 8 ialah skema imej laluan. Skema imej
ini melambangkan pengalaman seharian manusia di dunia dan pergerakkan oleh entiti-entiti
lain.

Skema imej ini memperlihatkan pergerakan dari satu titik ke titik lain. Data 8 ini

menampakkan pergerakkan kerana perbuatan menjentik akan menggerakkan sesuatu entiti


dari titik mula ke titi akhir. Apabila perbuatan menjentik emosi dilakukan, emosi akan
berubah dari negatif kepada positif atau sebaliknya. Ini menunjukkan perubahan sebelum
dan selepas. Oleh itu frasa menjentik emosi boleh dianggap sebagai mematuhi ciri skema
imej laluan.

Redzuan Osman_2015
2.1.3 Metafora Struktural

Metafora struktural menurut Lakoff & Johnson (1980:14) ialah mengambil item-item yang
banyak berstruktur dalam pengalaman hidup sebagai sumber domain untuk memahami
sesuatu konsep yang lain. Metafora struktural merupakan satu konsep yang kompleks
berbanding metafora yang lain. Ini kerana metafora struktural ini memerlukan pemabaca
atau pendengar menukarkan satu domain asas kepada domain sasaran. Metafora ini juga
membantu pembaca atau pendengar mengkonsepsikan sesuatu perkara kepada suatu
bentuk yang lebih mudah untuk difahami.

DATA 9:
Of course. I dah tak tahan dah duduk terperap dalam rumah ni, dah macam jeruk.
(Rindu Awak 200%, 2013:233)
Ayat I dah tak tahan dah duduk terperap dalam rumah ni, dah macam jeruk
menunjukkan penggunaan metafora struktural. Ini kerana penulis cuba mengaitkan watak
tersebut yang duduk terperap di dalam rumah seperti jeruk. Terperap menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat (2013:1189) bermaksud tertahan, tidak terurus, terkurung atau
terpendam manakala jeruk pula bermaksud buah-buahan, sayur, telur dan lain-lain yang
disamkan tau diasinkan (Kamus Dewan Edisi Keempat 2013:630). Perbuatan terperap di
dalam rumah disinonimkan dengan jeruk kerana proses membuat jeruk memerlukan bahanbahan yang ingin dijerukkan itu disimpan lama di dalam bekas sehingga menjadi masam
atau masin sama seperti terperap di dalam rumah sehingga tidak melakukan apa-apa
perkara yang berfaedah. Oleh itu mensinonimkan perbuatan terperap di dalam rumah
dengan jeruk sangat sesuai dan menepati ciri metafora struktural.
Skema imej yang dapat dianalisis dalam ayat tersebut ialah skema imej bekas.
Menurut Johnson (1987:21), skema imej bekas terbentuk daripada pengalaman manusia

Redzuan Osman_2015
terhadap badan manusia itu sendiri sebagai bekas, pengalaman manusia berada di dalam
lokasi tertutup seperti bilik dan sebagainya, dan meletakkan objek-objek itu di dalam bekas.
Konsep bekas dalam ayat tersebut diberikan kepada rumah di mana perbuatan duduk
terperap bermaksud perbuatan itu dilakukan di dalam bekas (rumah) dan tidak dikeluarkan
dari bekas tersebut. Ini menepati ciri skema imej bekas.

DATA 10:
Betapa mulianya wanita yang bernama Esyana itu. Barangkali jika dibandingkan
dengan dirinya yang dahulu, seperti jarak langit dan bumi.
(Rindu Awak 200%, 2013:484)
Data 10 menunjukkan penggunaan metafora struktural. Data ini menunjukkan perbandingan
sifat mulia antara watak Esyana dan Armel dan disinonimkan dengan jarak langit dan bumi
yang sangat jauh. Mulia menurut KamusDewan Edisi Keempat (2013:1052) bermaksud
tinggi (kedudukan, pangkat, martabat dan lain-lain), luhur, terhormat atau tertinggi. Maksud
perkataan mulia dalam ayat tersebut ialah sifat Esyana yang baik dan hebat dari segi fizikal
dan mental. Armel merasakan dirinya tidaklah semulia atau sebaik Esyana, jadi Armel
membandingkan dirinya dengan Esyana seperti langit dan bumi. Ini kerana jaraknya terlalu
jauh hanya tuhan sahaja yang mengetahuinya. Oleh itu penggunaan perbandingan ini
menunjukkan perbezaan sifat yang sangat ketara antara Armel dan Ezyana.
Skema imej yang dapat dianalisis dalam Data 10 ini ialah skema imej tatatingkat.
Skema ini (Lakoff & Johnson, 1987:276) didasari oleh metafora konsep di mana yang di
atas ialah berkuasa dan di bawah itu kurang berkuasa. Penggunaan frasa seperti jarak
langit dan bumi dan perbandingannya dengan sifat kedua watak tersebut menunjukkan
penggunaan skema imej tatatingkat kerana apabila berbicara mengenai sifat mulia,
masyarakat meletakkan orang yang memiliki sifat ini di tahap yang paling tinggi dan
dipandang mulia dan orang yang tidak mempunyai sifat mulia dipandang rendah tahapnya

Redzuan Osman_2015
dan kemuliaan seseorang itu disinonimkan dengan membandingkan jarak jauhnya langit
dan bumi ini.

3.0

KESIMPULAN

Berdasarkan analisis 10 data yang diambil dari novel Rindu Awak 200% ini, didapati
metafora ontologi dan skema imej bekas mudah dijumpai berbanding metafora dan skema
imej yang lain. Penggunaan metafora ontologi ini selalu digunakan kerana metafora ini
mudah dan menjadikan ayat tersebut sedap didengar dan pembaca dapat memahami
sesuatu perkara. Skema imej bekas pula banyak dilihat kerana terdapatnya perbuatan
memasukkan atau mengeluarkan sesuatu dari bekas sebagai contoh menelan kata-kata
dan tergelincir keluar dari mulut.Walaupun terdapat pelbagai jenis metafora dan skema imej
di dalam novel ini, namun fungsi utamannya ialah memudahkan pembaca memehami
sesuatu perkara itu berdasarkan pengalaman dan menyedapkan ayat atau menarik minat
pembaca terutamanya remaja dan orang dewasa untuk membaca novel-novel bergenre
seperti ini.

Redzuan Osman_2015
RUJUKAN
Asmah Haji Omar. 1996. Metaphors of Anatomy as A Reection of Malay Cultural Belief.
Kuala Lumpur: Persatuan Bahasa Moden Malaysia
Johnson, M. 1987. The Body in the Mind: The Bodily Basis of Meaning, Imagination and
Reason. Chicago: University of Chicago Press.
Kamus Dewan Edisi Keempat. 2013. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lakoff, G & Johnson, M. 1980. Metaphor We Live by. London: Oxford Unversity Press
Liyana Zahim. 2013. Rindu Awak 200%. Shah Alam: Grup Buku Karangkraf Sdn.Bhd.
Nik Safiah Karim et. al. 2011. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Rahman Shaari. 1987. Persediaan Menulis Sajak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Suraiya Chapakiya. 2014. Asas Linguistik. Selangor: PTS Akademia
Laman Sesawang
Abu

Yazid Abidin. 1977. Mata di Jendela. Dipetik dari laman


http://sbmb.dbp.gov.my/korpusdbp/Search2.aspx# pada 28 Mei 2015.

sesawang

Hasmah
Hassan.
2012.
Metafora.
Dipetik
dari
laman
sesawang
http://hasmah042790.blogspot.com/2012/10/metafora.html pada 28 Mei 2015.
https://prpm.dbp.gov.my

Você também pode gostar