Você está na página 1de 22

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU 3123)

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENDAHULUAN
1.0

2.0

3.0

BAHAGIAN A
- Kecemerlangan Tamadun Asia Seringkali Ditenggelami oleh
Kejayaan Tamadun Barat.

BAHAGIAN B
- Apakah Dapat Dipelajari Daripada Tamadun-Tamadun Purba Mesir,
Mesopotamia, Lembah Indus Dan Lembah Hwang Ho?

BAHAGIAN C
3.1 Tamadun Melayu
3.2 Tamadun Cina

12
16

KESIMPULAN

20

RUJUKAN

21

PENDAHULUAN

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU 3123)


Tamadun manusia meliputi seluruh aktiviti kemanusiaan sama ada secara material atau spiritual
yang jelas sentiasa berkembang dan semakin maju seiring dengan perkembangan pemikiran
manusia itu sendiri. Perkembangan inilah yang melahirkan pelbagai pandangan dan pendapat
berkaitan dengan tamadun kemanusian lain.
Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab iaitu mudun, madain dan madana.
Perkataan tersebut bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Dalam bahasa Inggeris
pula, tamadun disebut sebagai civilization yang berasal daripada perkataan Greek iaitu civitas
yang bermaksud bandar. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) pula tamadun membawa
kepada empat maksud iaitu keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh taraf kemajuan
kebendaan serta perkembangan pemikiran, negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf
kemajuan kebendaan dan budaya atau cara hidup orang tertentu serta keadaan pemikiran yang
halus.
Dari segi konsep, tamadun membawa maksud peradaban, pembangunan atau kemajuan.
Menurut pandangan sarjana Barat, Collin Renfew (1972) tamadun bermaksud pembangunan
dalam bidang lahiriah iaitu kemajuan manusia dalam aspek yang berkaitan dengan ekonomi,
pembandaran, kebudayaan, undang-undang dan sebagainya. Menurut mereka, tamadun tidak ada
kaitan dengan unsur rohaniah berbeza dengan pandangan daripada sarjana Islam iaitu Prof. Syed
Muhammad Al-Naquib Al-Attas (1977) yang mementingkan keseimbangan kemajuan secara
lahiriah dan kerohanian.
Terdapat banyak pandangan yang telah dikemukakan daripada pelbagai sarjana, maka
dapat disimpulkan bahawa tamadun merupakan satu konsep yang luas dan kompleks. Hal ini
merujuk kepada pencapaian sesuatu masyarakat atau negara dalam bidang pengetahuan,
pentadbiran, undang-undang, kepercayaan agama, kesenian, perbandaran, sistem tulisan, moral
dan adat resam. Oleh yang demikian, secara ringkasnya, istilah tamadun adalah berkisar tentang
kemajuan dan perkembangan kegiatan manusia yang meliputi sosial, politik, ekonomi, agama
dan seluruh kegiatan manusia.

1.0

BAHAGIAN A

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU 3123)


Kecemerlangan Tamadun Asia Seringkali Ditenggelami oleh Kejayaan Tamadun Barat.
Masyarakat dunia sekarang sering disogokkan dengan keunggulan dan kegemilangan sejarah
tamadun Barat. Hakikatnya, kejayaan tersebut bukanlah dipelopori oleh mereka sendiri kerana
asas pencapaian mereka adalah hasil penerokaan dan penemuan daripada tamadun Asia. Segala
ilmu dalam bidang sains dan teknologi seperti matematik, sains, perubatan, fizik dan sebagainya
daripada Asia telah dibawa masuk ke Eropah yang kemudiaannya diolah dan diperbaharui oleh
tamadun Barat. Tamadun-tamadun Asia yang dimaksudkan termasuklah Tamadun Arab-Islam,
China, Jepun dan Melayu.
Berdasarkan artikel yang bertajuk Sains dan Teknologi Asia: Hadiah Asia kepada
Dunia oleh Mohd Koharuddin bin Mohd Balwi, terdapat beberapa bukti yang dapat dikenalpasti
bahawa tamadun Barat banyak menceduk ilmu daripada tamadun Asia seterusnya mengolahnya
menjadi lebih baik. Antaranya adalah dalam bidang matematik iaitu tamadun India yang telah
mempelopori konsep sifar atau kosong pada zaman Gupta yang seterusnya terciptalah sistem
perpuluhan yang masih digunakan sehingga kini. Dalam bidang astronomi pula, ahli astronomi
India telah mengkaji mengenai jarak bumi dan matahari, bentuk bumi yang sfera serta menemui
wujudnya graviti. Kemudian, penemuan teori tersebut telah diperbaharui oleh ahli sains barat
iaitu Sir Aisaac Newton.
Di samping itu, sarjana Arab-Islam juga telah banyak menyumbang dalam bidang ini.
Menurut Seyyed Hossein (1968), Al-Khawarizmi (780-850 M) telah memperkenalkan ilmu
Aritmetik dan Algebra yang berkaitan dengan sistem nombor serta konsep tersebut masih lagi
diguna pakai oleh ilmuan barat sehingga kini. Begitu juga dengan konsep Trigonometri yang
telah diperkenalkan oleh Al-Batani yang berkaitan dengan penggunaan sinus-kosinus serta
Trigonometri secara meluas.
Selain itu, dalam bidang astronomi pula, tokoh ilmuan tamadun Arab-Islam seperti AlKhawarizmi dan Al-Battani telah mencipta takwim serta kaedah pengiraan Astronomi secara
Trigonometri. Penciptaan tersebut telah memberi kesan yang besar kepada tamadun Eropah
dalam bidang kajian bintang. Menurut Ismail al-Faruqi (1992), ahli-ahli astronomi Islam telah
memfokuskan kepada pemerhatian, pengajian dan pengukuran dalam kajian mereka sehingga
menjadi asas rujukan pada zaman Renaissance di Eropah contohnya penggunaan matematik
3

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU 3123)


untuk mengukur jarak antara bumi, bulan dan planet-planet lain serta mencipta alat Astrolab iaitu
jam matahari.
Di samping itu, tamadun China juga memberi sumbangan besar dalam bidang matematik
antaranya menurut Wan Fuad (1996), Chou Pei Suan King dan Chiu Chang Suan Shu merupakan
dua karya matematik yang tertua dan berpengaruh yang menceritakan mengenai kalender,
pengiraan masa bayang-bayang dan catatan matematik. Dalam bidang astronomi pula mereka
menyumbang dalam perekodan dan pengkatalokan tentang bintang, gerhana dan komet.
Menurut Azhar (2000), orang Cina telah mengkaji mengenai matahari dan merekodkan
secara sistematik gerhana matahari dan bulan yang kemudiannya telah menemui komet Halley
yang menjadi asas kepada pengiraan orbit sehingga kini. Mereka juga berjaya mencipta Gnomon
iaitu alat yang terdiri daripada tiang-tiang menegak untuk menentukan latitud matahari dengan
mengukur kedudukan panjang bayang-bayang pada waktu tengah hari, manakala Clepsydra pula
adalah alat untuk mengukur masa berdasarkan aliran air.
Dalam bidang sains perubatan pula tamadun Asia merupakan pelopor awal yang menjadi
asas kepada perubatan moden pada masa kini. Tamadun China memperkenalkan konsep penting
iaitu Yin (kuasa pasif) dan Yang (kuasa aktif) iaitu yang berkaitan dengan sistem peredaran angin
untuk menentukan seseorang itu sihat atau tidak. Menurut Chen (1925), pelbagai jenis dadah
seperti opium dan kroton telah ditemui oleh bapa perubatan China iaitu Shen Nung (3000 SM)
yang membawa kepada penemuan rawatan baru untuk mengubati jangkitan virus HIV melalui
herba China. Menurut Azhar (2000), amalan perubatan China klasik dalam karya Yellow
Emperors Classic of Internal Medicine telah menghuraikan mengenai kelebihan terapeutik dari
akupunktur, herba, diet dan senaman.
Selain itu, dalam perubatan Islam pula karya Ibnu Sina iaitu Al-Qanun Fi al-Tibb (Canon
of Medicine) telah memberi sumbangan yang paling agung kerana selama 700 tahun menjadi
bahan rujukan utama seluruh dunia sehinggakan sarjana Barat menggelar beliau Prince of
Physicians. Beliau telah berjaya menemui penyakit meningitis, kencing manis dan batuk kering
serta telah melakarkan kaedah rawatan penyakit dengan menyatukan faktor fizikal, psikologi,
diet dan ubat-ubatan. Sarjana Islam yang lain seperti Al-Razi dan Al-Kindi juga telah banyak
menyumbang dalam bidang perubatan dan farmasi.
4

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU 3123)


Tamadun India pula menyumbang besar dalam bidang pembedahan bagi mengubati
penyakit katarak, patah tulang dan hidung. Teknik yang diperkenalkan oleh mereka ini menjadi
pelopor kepada pembedahan plastik yang semakin popular kini. Sarjana India juga telah
memperkenalkan konsep Ayurveda yang terbahagi kepada lapan cabang iaitu organ dalaman,
kaki, lima organ utama, pembedahan plastik, dadah, penyakit orang tua dan ginekologi. Selain
itu, mereka juga telah mencipta senaman yoga untuk kesihatan fizikal dan mental.
Di samping itu, dalam bidang kimia pula tamadun Arab Islam telah mempelopori proses
penyulingan, proses pembuatan sabun keras, memperbaiki proses pembuatan kaca dan licauan
untuk tembikar serta mencipta ubat bedil (gun powder). Mereka juga memperkenalkan konsep
kejuruteraan kimia yang kemudiannya diperbaharui oleh ahli kimia Barat, G.E Davis di England.
Bapa Kimia Arab iaitu Jabir bin Hayyan yang digelar sebagai Geber oleh masyarakat Barat
juga telah mengamalkan konsep kimia seperti penyulingan, pemejalwapan, penghabluran dan
sebagainya.
Tamadun India pula telah menghasilkan konsep peleburan logam iaitu menyadur logam
dengan emas. Orang Arab menamakan teknik tersebut sebagai al-kimia yang bermaksud
penukaran logam. Sarjana Barat telah mengambil perkataan al-kimia dengan menukar kepada
perkataan Alchemy. Tamadun China pula telah mempelopori kaedah mengawet mayat serta
mencipta alat dacing bagi mengukur berat bahan tertentu.
Selain itu, dalam bidang fizik pula tamadun India telah menemui konsep atom dan
relativiti yang telah dikemukakan oleh seorang ahli falsafah India Kanada atau Kashyapa pada
abad ke-6 SM dalam buku beliau Vaisheshita-Sutra. Idea beliau telah dikembangkan di Barat
melalui teori Archimedes. Tamadun Arab-Islam menyumbangkan tiga bahagian dalam bidang
fizik iaitu bahagian pertama melibatkan pengukuran secara tepat tentang berat, graviti dan
keseimbangan yang diperkenalkan oleh al-Biruni. Bahagian kedua pula adalah berkaitan teori
tentang momentum, pergerakan dan halaju sesuatu benda oleh Ibnu Sina, Ibnu Bajjan dan lainlain serta bahagian ketiga pula bidang optik yang dipelopori oleh Ibnu al-Haytham (Alhazen)
yang menemui prinsip inersia dan teori statik.
Tamadun Asia telah mencapai kejayaan dalam bidang teknologi melalui beberapa
penciptaan barangan kegunaan manusia moden kini contohnya Jepun yang terkenal dengan
5

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU 3123)


penciptaan alat-alat elektronik, pembuatan jentera dan kereta. Menurut Fumio Kodama (1991),
Jepun telah mempertingkatkan kualiti dan kuantiti teknologi moden mereka melalui bidang
Research and Development untuk bersaing dengan barangan asing. Pencapaian tertinggi Jepun
adalah menghasilkan kereta pertama pada 1904 oleh Torao Yahama. Seterusnya, berkembang
pula syarikat-syarikat automobil yang lain seperti Mitsubishi (1971), Toyota (1983) dan lain-lain
lagi. Jepun juga telah mencipta robot dalam industri berat dan permainan kanak-kanak untuk
menggantikan tenaga pekerja.
Menurut Frances Wood (1988), tamadun China pula telah mencipta kertas pada Dinasti
Han yang diperbuat sutera, yang kemudiannya diolah daripada buluh, kulit pokok dan gentian
pokok. Seterusnya, berkembang pula teknologi percetakan pada abad ke-7 M, penghasilan
benang sutera daripada filamen cocoon yang diekstrak, mencipta kompas dan kincir angin.
Tamadun China juga telah berjaya mencipta alat pengukur gempa bumi pertama yang dikenali
sebagai Seismoskop serta mencipta alat pengiraan tertua di dunia iaitu Sempoa.
Di samping itu, penciptaan roda bermula di Sumeria pada 3500 SM yang diperbuat
daripada tiga kepingan kayu dengan penyokong di antaranya. Roda tersebut telah diubah suai
dari semasa ke semasa sehingga menjadi kompenen paling penting untuk alat pengangkutan.
Tamadun Asia juga berjaya dalam bidang pembinaan bangunan perancangan bandar yang
sistematik yang merupakan petunjuk kepada ketamadunan yang tinggi sesebuah masyarakat.
Antaranya adalah bandar Memphis (3000 SM) serta pembinaan piramid semasa tamadun Mesir,
bandar Mohenjo-Daro dan Harrapa serta pembinaan Taj Mahal semasa tamadun India.
Kesimpulannya, ternyata keunggulan tamadun Barat dalam bidang sains dan teknologi
bukanlah dipelopori oleh mereka sendiri. Sumbangan tamadun Asia yang telah banyak membuat
penemuan baru pada awalnya namun, kegemilangan tersebut semakin luput dan seakan-akan
dilupakan oleh masyarakat dunia. Tamadun Barat bijak mengambil peluang yang sedia ada
dengan mengolah dan memperbaharui penemuan tersebut sehinggalah masyarakat Barat kini
semakin maju dan jauh ke hadapan. Namun begitu, ini bukanlah bermaksud tamadun Asia
langsung tidak berpotensi untuk bangkit semula. Tamadun Asia masih mempunyai harapan untuk
mencetuskan fenomena sejarah dunia, lebih-lebih lagi kini Asia sudah mula mengorak langkah
untuk meneruskan kesinambungan kegemilangan mereka lebih-lebih lagi dalam bidang sains dan
teknologi.
6

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU 3123)

2.0

BAHAGIAN B

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU 3123)


Apakah dapat dipelajari daripada tamadun-tamadun purba Mesir, Mesopotamia,
Lembah Indus dan Lembah Hwang Ho?
Menurut Robert (1970), berdasarkan kepada catatan sejarah tamadun yang lampau, terdapat
peringkat tamadun-tamadun awal manusia di dunia termasuklah Tamadun Purba Mesir,
Mesopotamia, Lembah Indus dan Lembah Hwang Ho. Setiap daripada tamadun tersebut adalah
unik dan istimewa kerana dikatakan mempunyai organisasi politik, agama dan kepercayaan yang
tersusun, sistem sosio ekonomi, komunikasi, penulisan dan kemahiran khusus yang lengkap.
Hakikatnya, banyak yang boleh kita pelajari daripada tamadun awal dunia ini kerana
mereka yang mempelopori segala kemajuan dan keunggulan tamadun pada masa kini. Tanpa
perubahan dan langkah pertama yang mereka lakukan tidak akan memungkinkan kita mengecapi
nikmat kesenangan ini. Oleh yang demikian, kita perlulah meneroka dan mengetahui segala
sumbangan dalam masyarakat tamadun dahulu agar dapat diambil pengajaran untuk kita
mengekalkan atau menambah baik lagi kemajuan tamadun yang sedia ada.
Antara pengajaran yang boleh kita dapati daripada tamadun awal ini adalah mereka
mampu untuk berkembang daripada perkampungan menjadi negara kota. Menurut Seyyed
Hossein (1968), kebanyakan tamadun tersebut datang dari lembah sungai iaitu tamadun
Mesopotamia di lembah sungai Tigris dan Euphrates, tamadun Mesir Purba di lembah sungai
Nil, tamadun Indus di lembah sungai Indus dan tamadun Hwang Ho di lembah sungai Hwang
Ho. Pada awalnya mereka hidup secara nomad, namun mereka dapat membina petempatan kekal
di kawasan lembah sungai yang subur itu supaya dapat menjamin kelangsungan bekalan
makanan serta menjalankan aktiviti bercucuk tanam.
Selain itu, masyarakat tamadun awal membina petempatan kekal di lembah sungai kerana
terdapat tanah pamah yang luas, sesuai untuk membina tempat tinggal. Sungai tersebut
dapat membekalkan sumber air untuk kegunaan harian dan sumber pengairan, seterusnya
membekalkan sumber protein serta menjadi laluan untuk perhubungan dan pengangkutan.
Tamadun Mesopotamia contohnya terdiri daripada kawasan utama iaitu pusat kota, tembok kota,
luar kota dan pelabuhan. Mereka telah mampu untuk membina kubu pertahanan dan pintu
gerbang, menjadikan rumah ibadat sebagai kota pusat yang menjadi tumpuan masyarakat serta
mempunyai unit politik dan agama yang tersendiri.
8

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU 3123)


Begitu juga dengan tamadun Mesir Purba, mereka menyatukan semua nome menjadi
kerajaan serta mengasaskan pusat pentadbiran di Thinis. Pusat bandar yang penting adalah
Heliopolis, Fayoum dan Abydos yang menjadi tempat kediaman firaun (ketua kerajaan), pusat
pemerintahan dan pentadbiran, pelabuhan dan pusat keagamaan.
Tamadun Indus pula membawa kepada pembentukan bandar terancang yang terbahagi
kepada 2 bahagian yang dikelilingi tembok iaitu pusat pentadbiran dan keagamaan serta tempat
mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan tempat penyimpanan hasil pertanian,
kedua adalah kawasan perumahan yang disusun atur secara sistematik berasaskan blok berbentuk
segi empat yang dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan mempunyai sistem
kumbahan yang terancang. Tamadun Hwang Ho pula mempunyai istana, kuil, dan pusat
pentadbiran yang lengkap dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh serta
dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani.
Di samping itu, pengajaran yang dapat diperolehi juga adalah dari segi pembinaan sistem
organisasi sosial. Pertambahan penduduk menyebabkan wujudnya susun lapis dalam masyarakat.
Masyarakat tamadun awal mempunyai dua susun lapis utama iaitu lapisan atasan dan lapisan
bawahan. Lapisan atasan terdiri daripada raja dan bangsawan. Lapisan bawahan pula terdiri
daripada golongan rakyat dan hamba. Pembinaan sistem organisasi ini berupaya untuk
mengendalikan sesebuah masyarakat tamadun itu dengan lebih sistematik serta golongan tertentu
dapat memainkan peranan masing-masing untuk memastikan kelancaran pentadbiran.
Tamadun Mesir Purba misalnya diketuai oleh firaun yang merupakan raja berkuasa
mutlak dan dianggap suci. Golongan kedua pula terdiri daripada golongan bangsawan, rahib,
tuan tanah dan juru tulis, seterusnya golongan rakyat bebas iaitu petani. pedagang dan artisan
manakala golongan yang paling bawah adalah Hamba.
Selain itu, pengajaran seterusnya adalah tamadun awal telah mempunyai sistem
pemerintahan tersendiri. Sistem pemerintahan mereka diterajui oleh raja yang mempunyai
kuasa mutlak. Raja ini dibantu oleh golongan bangsawan dan pendeta yang dilantik
menjadi pentadbir

wilayah

serta

menjalankan urusan

keagamaan. Undang-undang pula

diwujudkan untuk melicinkan pentadbiran. Sistem pemerintahan yang sistematik amat penting
untuk memastikan pentadbiran sesebuah tamadun dapat berkembang dengan baik.
9

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU 3123)


Sistem

pemerintahan

semasa

Tamadun

Hwang

Ho

contohnya

mengamalkan

pemerintahan beraja pada zaman Dinasti Shang. Raja-raja Shang mempunyai kewibawaan
politik, ekonomi, sosial dan agama. Raja berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran
dan beranggapan kuasa raja merupakan mandat daripada Tuhan dengan dibantu oleh golongan
bangsawan dan pegawai kerajaan. Namun begitu, sistem pemerintahan yang kita amalkan
sekarang jauh lebih baik dan adil kerana bercorak demokrasi.
Di samping itu, pengajaran seterusnya adalah sesebuah tamadun perlu mempunyai
pengkhususan pekerjaan supaya dapat meneguhkan kedudukan ekonomi masyarakat, mendidik
agar menjadi insan berdisiplin serta dapat meningkatkan tahap intelektual. Semasa zaman
tamadun awal, penduduk yang ramai menyebabkan wujudnya pelbagai keperluan. Ada yang
memerlukan tukang untuk membina tempat tinggal dan ada yang memerlukan artisan untuk
menghasilkan barang keperluan dan perhiasan. Oleh itu, wujudlah pelbagai jenis pekerjaan
seperti petani, tukang, artisan, tentera dan sebagainya.
Oleh hal yang demikian, ini dapat membuka peluang kepada masyarakat tersebut untuk
berubah ke arah yang lebih maju sesuai dengan peredaran zaman. Tamadun Mesir Purba
misalnya mempunyai pengkhususan kerja seperti dalam bidang penenunan dan pembuatan
barang tembikar dan peralatan. Mereka juga ada melakukan industri eksport tekstil dan kertas
selain perlombongan emas di Nubia. Pengangkutan air sangat penting pada waktu itu kerana
kedudukan geografi Mesir dikelilingi oleh Sungai Nil yang lebar dan dalam serta membolehkan
kapal menyusuri dan berlabuh di pelabuhan seperti Thebes, Memphis, Fayoum dan Heliopolis.
Selain itu, antara pengajaran penting yang perlu kita pelajari adalah dari segi agama dan
kepercayaan. Setiap agama di dunia ini pastinya menganjurkan perkara yang baik dan melarang
umatnya melakukan kemungkaran yang boleh menyebabkan kemudaratan. Menurut Wan
Hashim (1997), pegangan agama yang kukuh dalam sesebuah masyarakat dapat meningkatkan
darjat ketamadunan kerana tanpa agama, manusia akan bertindak di luar norma kemanusiaan
sehingga mengakibatkan kehancuran dari segi fizikal mahupun moral.
Masyarakat dalam tamadun awal mempercayai animisme. Mereka mempercayai bahawa
setiap unsur alam dikawal oleh semangat. Semangat tersebut boleh mendatangkan kebaikan dan
10

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU 3123)


keburukan kepada manusia. Oleh itu, mereka memuja semangat supaya memberikan kebaikan
kepada mereka. Masyarakat tamadun awal juga mempercayai politeisme iaitu mempercayai
wujudnya banyak Tuhan. Mereka mempercayai tuhan bulan, tuhan matahari, tuhan ibu, tuhan
sungai dan sebagainya. Namun begitu, kini pegangan ajaran agama seperti Islam dan Kristian
adalah lebih relevan serta dapat diterima pakai oleh seluruh masyarakat dunia.
Antara contoh agama dan kepercayaan yang diamalkan semasa tamadun Mesir Purba
adalah politeisme dengan mengaitkan Tuhan dengan unsur alam seperti Re (Tuhan Matahari),
Ra-Atum (Tuhan Langit), Amun (Tuhan Angin). Dari segi kepercayaan pula mereka
mempercayai kehidupan selepas mati. Solekan mayat, alat kebesaran dan jumlah barang yang
dikebumikan di dalam makam menunjukkan kedudukan atau status mayat tersebut.
Sebenarnya, terlampau banyak pengajaran yang seharusnya kita ambil daripada tamaduntamadun lalu. Setiap tamadun mempunyai keunggulan dan kegemilangan tersendiri yang perlu
kita kaji dengan mendalam. Sumbangan tamadun Indus contohnya telah mengajar kita agar
bersikap mengambil unsur baik daripada tamadun lain dan bertindak bijak menggunakan
persekitaran untuk membina tamadun.
Kesimpulannya, peningkatan dalam tamadun menggambarkan bahawa manusia sentiasa
bersikap kreatif, inovatif dan sentiasa berusaha memperbaiki serta meningkatkan taraf kehidupan
yang sedia ada. Perubahan ini berlaku kerana wujudnya peluang yang berbentuk keamanan
negara, sistem pemerintahan yang kuat dan adil seperti pemerintahan demokrasi dan republik. Di
samping itu, dengan adanya pemerintah yang berwibawa dan kuat juga dapat memantapkan
kemajuan sesebuah tamadun itu. Oleh yang demikian, pengajaran yang boleh kita perolehi ialah
kita dapat melihat sendiri peluang yang sedia ada, seterusnya kita berupaya untuk meningkatkan
tamadun yang telah kita bina selama ini untuk mencapai kehidupan yang lebih baik sama ada
dari aspek politik, ekonomi, mahupun sosial.

3.0

BAHAGIAN C

11

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU 3123)


3.1

Tamadun Melayu

Budaya Ilmu Merupakan Pengaruh Terbesar Dalam Perkembangan Sesuatu Tamadun


Tamadun Melayu merupakan sebuah tamadun yang unik kerana perkembangannya melalui
beberapa tahap yang penting. Tamadun Melayu mengambil masa berabad-abad lamanya untuk
menjadi sebuah tamadun yang unggul, setanding dengan tamadun-tamadun dunia yang lain.
Kebudayaan Melayu mengalami perkembangan melibatkan beberapa tahap, yang bermula
dengan amalan kepercayaan animisme iaitu kepercayaan kepada objek-objek yang dipercayai
mempunyai roh dan azimat tertentu. Kemudian, selepas kedatangan agama Hindu, masyarakat
Melayu dipengaruhi oleh pengaruh agama Hindu dan Buddha.
Walau bagaimanapun, selepas kedatangan agama Islam, kehidupan mereka bertukar
kepada mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Agama Islam mudah diterima oleh masyarakat
kerana sifat Islam itu sendiri yang menjaga kemaslahatan semua manusia. Bermula daripada
situlah, kehidupan masyarakat Melayu berkembang maju dan bertambah baik. Menurut Wan
Hashim (1997), hal ini juga telah melahirkan beberapa kerajaan Melayu Islam seperti Pasai,
Melaka, Acheh dan lain-lain di Nusantara yang menjadikan pendidikan keilmuan sebagai sesuatu
yang amat penting. Budaya dan tamadun memainkan peranan dalam mencorakkan rupa bentuk
sesuatu bangsa atau masyarakat. Sejarah telah membuktikan bahawa budaya ilmu merupakan
pengaruh terbesar dalam perkembangan sesuatu tamadun.
Dasar pendidikan dalam tamadun Melayu bermula sebelum kedatangan Islam yang
berkonsepkan Hinduisme-Buddhisme, yang

bertujuan untuk mengagungkan golongan

pemerintah dan bangsawan. Institusi pendidikan pada masa itu pula berada di sekeliling istana.
Budaya ilmu pada zaman itu juga bertujuan mengajar bahasa Sanskrit yang menjadi prasyarat
untuk memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan.
Matlamat pendidikan pada ini juga bermatlamat melahirkan lebih ramai golongan
pendeta agama Buddha. I-Tsing menyebut bahawa Srivijaya merupakan pusat pengajian agama
Buddha yang terkenal di Alam Melayu pada kurun ke-6 Masihi. Beliau menyatakan bahawa
lebih daripada 1000 penuntut yang belajar pelbagai ilmu yang berkaitan agama Buddha.

12

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU 3123)


Walau bagaimanapun apabila Islam bertapak di Tanah Melayu pada abad ke-13 Masihi telah
mengubah sistem pendidikan Melayu yang berkonsepkan Islam iaitu lebih menjurus kepada soal-

soal akidah dan pembentukan akhlak serta pendidikan untuk semua golongan, bukan untuk
golongan tertentu sahaja. Justeru, institusi pendidikan juga berkembang bukan sahaja di kawasan
istana malah di kawasan kampung bagi memenuhi kehendak masyarakat yang dahagakan ilmu
pengetahuan khususnya pengetahuan agama. Pengaruh agama adalah penting dalam pendidikan

dalam tamadun Melayu.


Menurut Hashim Musa (2001), kerajaan Pasai telah muncul sebagai pusat pertama
pengajian keilmuan dan penyebaran Islam yang kemudiannya diperkukuhkan oleh kerajaan
Kesultanan Melayu Melaka. Tradisi keilmuan dalam tamadun Melayu banyak diasaskan oleh
tradisi pendidikan yang cemerlang dan tersusun yang telah wujud sejak kedatangan Islam di
Tanah Melayu sehingga telah banyak melahirkan golongan ulama dan cendekiawan seperti
Hamzah Fansuri, Abdullah Munsyi dan ramai lagi. Bidang keilmuan ini tidak terhad kepada
bidang agama sahaja tetapi telah berkembang kepada bidang kesenian, astronomi, perubatan dan
sebagainya.
Masyarakat Melayu tradisional menerima pendidikan secara tidak rasmi. Mereka belajar
melalui pemerhatian dan melakukan sendiri sesuatu perkara yang diajar kepada mereka oleh
orang tua. Perkara-perkara yang diajar termasuklah ilmu kraf tangan, kesenian, budaya,
ketukangan dan ilmu mempertahankan diri. Kebanyakan pendidikan tidak formal ini diajar di
sekitar rumah atau kampung. Selepas kedatangan agama Islam, rumah guru agama atau ustaz
menjadi tumpuan kanak-kanak untuk belajar al-Quran. Masa pembelajaran biasanya berlaku
pada waktu malam. Rumah ulama turut dijadikan pusat pengajian agama contohnya pada zaman
Kesultanan Melayu Melaka, Sultan Mahmud pernah berguru di rumah Maulana Yusof.
Pada peringkat awal kanak-kanak, mereka melalui pendidikan tidak formal, biasanya
kanak-kanak diajar mengajar membaca muqaddam, al-Quran dan tajwid serta ibadat-ibadat lain.
Pada waktu malam, orang-orang dewasa pula akan belajar feqah, usuluddin, tafsir dan hadis. Di
madrasah, kanak-kanak menerima pendidikan formal yang merangkumi pengajian al-Quran,
tajwid, fiqah dan sebagainya. Selepas melepasi peringkat asas, pelajar didedahkan pula dengan
ilmu tatabahasa Arab, falsafah, hadis dan tasawuf.

13

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU 3123)


Selain itu, sekolah pondok merupakan institusi formal terpenting, sistematik dan
berpengaruh dalam kalangan masyarakat Melayu Nusantara. Sekolah pondok dikenali dengan
pelbagai nama. Di Tanah Melayu dan selatan Thailand dikenali sebagai Pondok, di Acheh dan
Pasai dikenali sebagai Dayah, di Minangkabau dipanggil Surau, di Jawa dikenali sebagai
Pesantren dan di Sulawesi dikenali sebagai Pengajian.
Institusi pendidikan tertinggi yang dikenali sebagai universiti disebut sebagai Bait AlRahman di Acheh. Pelajar yang tamat di universiti ini akan melanjutkan pelajaran di Makkah,
Arab Saudi. Mata pelajaran yang diajar ialah pertanian, pentadbiran, peperangan, matematik,
ekonomi, undang-undang, pertukangan dan perubatan.
Menurut Mahayuddin (2000), istana juga merupakan institusi pendidikan yang penting.
Memandangkan kekurangan prasarana, istana dipilih sebagai institusi yang dapat menemukan
ulama-ulama untuk berbincang tentang soal-soal agama, menyimpan khazanah ilmu seperti
kitab-kitab dan juga tempat menterjemah kitab-kitab dari bahasa Arab ke bahasa Melayu.
Menurut catatan Ibnu Batutah iaitu seorang pengembara berbangsa Arab, istana Pasai
merupakan pusat terulung dalam bidang pendidikan pada abad ke-14. Para ulama, pemerintah
dan rakyat turut terlibat dalam perdebatan berkaitan agama. Di Acheh, istana merupakan
penaung kepada ilmu tasawuf yang turut diminati oleh sultannya. Istana Kesultanan Melayu
Melaka pula berperanan sebagai institusi pendidikan kerabat diraja, perpustakaan dan
menterjemah kitab-kitab asing.
Di samping itu, masjid dan surau juga merupakan salah satu institisi pendidikan yang
terpenting yang bukan sahaja berfungsi sebagai pusat ibadat. Terdapat tempat pengajian khas di
masjid yang dipanggil halaqah yang dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kanak-kanak bagi
pendidikan asas Islam, khusus untuk pelajar yang lebih tinggi tahap pembelajarannya daripada asas
dan ketiga khusus untuk mereka yang mendalami agama Islam. Halaqah ini diketuai oleh seorang
guru utama yang dipanggil syeikh.
Selain itu, menurut Ismail Hamid (1997), sistem pendidikan tradisional Melayu juga
menggunakan Kitab Jawi atau Kitab Kuning sebagai buku rujukan. Kitab membawa maksud buku
manakala jawi bermaksud orang-orang dari Jawa kerana orang Arab mentakrifkan penduduk Melayu
berasal dari Pulau Jawa. Kitab tersebut adalah berkaitan dengan ilmu keagamaan yang disalin
14

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU 3123)


menggunakan tulisan jawi. Penulis Kitab terdiri daripada ulama tempatan dengan menggunakan
bahasa Melayu seperti Hamzah Fansuri, Sheikh Nuruddin al-Raniri dan lain-lain.
Menurut Raja Mohd Affandi (1982), terdapat ramai tokoh ilmuan dan cendekiawan Melayu
yang telah banyak menyumbang dalam budaya ilmu ketamadunan Melayu antaranya ialah Hamzah
Fansuri yang terkenal dengan pemikirannya yang mencabar dan kontroversi. Beliau seorang yang
gemar mengembara mencari ilmu sehinggalah ke Timur Tengah untuk mempelajari ilmu Tasawuf
serta hakikat Tuhan. Tulisannya banyak berbentuk prosa dan syair seperti Syair Dagang, Syair
Burung Pungguk dan Syair Perahu. Ilmu Tasawuf telah disebarkan oleh beliau di Acheh dan tempattempat lain di Nusantara.
Selain itu, seorang ahli agama yang bukan sahaja aktif dalam bidang keagamaan malahan
sangat produktif dalam menulis ialah Shamsudin al-Sumatrani yang juga aktif dalam pentadbiran
Kesultanan Acheh. Beliau mahir dalam bahasa Arab dan menghasilkan penulisan seperti Syarah
Mirat-Qulub, Mirat al-Imam dan sebagainya. Di samping itu, tokoh penulisan Melayu yang digelar
sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden dan Bapa Kewartawanan Melayu ialah Munsyi
Abdullah. Beliau telah melahirkan beberapa buah buku penting yang menganalisis kehidupan
pemimpin dan masyarakat Melayu pada zaman penjajahan Inggeris seperti Hikayat Abdullah, Syair
Singapura Terbakar dan sebagainya. Sebenarnya, terdapat ramai lagi tokoh ilmuan Melayu Islam
yang tidak kurang hebatnya serta banyak menyumbang dalam memartabatkan tamadun Melayu.

Kesimpulannya, kedatangan Islam ke alam Melayu telah memberi sinar yang


menyemarakkan lagi budaya ilmu dalam kalangan masyarakat dalam tamadun Melayu. Pelbagai
bidang ilmu yang berkembang seperti falsafah, astronomi, matematik, undang-undang dan
sebagainya telah melahirkan pelbagai peringkat institusi pendidikan yang begitu penting dalam
meningkatkan martabat masyarakat Melayu, sehinggalah menghasilkan ulama dan cendekiawan
yang berwibawa. Ketinggian tamadun Melayu bukan hanya terletak kepada kehebatan budaya
material, sebaliknya terletak kepada kehebatan dan ketinggian tradisi keilmuan serta
keintelektualannya yang berterusan sepanjang zaman.

15

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU 3123)


3.2

Tamadun Cina

Budaya Ilmu Merupakan Pengaruh Terbesar Dalam Perkembangan Sesuatu Tamadun


Tamadun Cina merupakan salah satu tamadun yang tertua di muka bumi serta kuat pengaruhnya.
Perkembangan tamadun Cina yang kaya dengan penciptaan dan penemuan sains sehingga ke
dunia Barat menunjukkan tamadun Cina berupaya bersaing dengan tamadun-tamadun lain. Sifat
keterbukaannya dalam berinteraksi dengan tamadun-tamadun lain, integratif dan dinamik
menyebabkannya menjadi lebih mantap.
Walaupun mengalami perubahan-perubahan, namun identitinya dikekalkan sebagai satu
tamadun berkesinambungan dan kekal Umumnya, masyarakat Cina semenjak dari dulu lagi
memberi penekanan istimewa kepada pembelajaran dan pendidikan sehinggakan setiap pentadbir
diwajibkan lulus peperiksaan tertentu. Para cendekiawan dalam tamadun Cina juga mempunyai
pengaruh yang besar kepada negara dan masyarakat.
Sistem pendidikan di China agak unik berbanding tamadun lain di dunia kerana memiliki
sistem peperiksaan yang ketat. Menurut Robert (1970), beliau menyatakan bahawa organisasi
pendidikan di China terbahagi kepada dua iaitu sistem persekolahan dan sistem peperiksaan.
Dasar pendidikan di China mempunyai kaitan yang rapat dengan sistem peperiksaan yang
diamalkan.
Melalui sistem peperiksaan awam yang dijalankan, akan lahir pegawai dan pentadbir
dalam sistem pemerintahan di China. Tiada had umur yang ditetapkan untuk mengambil
peperiksaan. Semasa peperiksaan dijalankan, calon-calon dikurung dalam bilik peperiksaan dan tidak
dibenarkan keluar daripada dewan berkenaan tetapi mereka dibenarkan makan di dalam dewan.

Justeru, matlamat utama sistem pendidikan di China ialah untuk melahirkan golongan birokrasi
dengan tujuan mengukuhkan kerajaan dan mewujudkan keamanan.
Selain itu, budaya ilmu dalam tamadun Cina juga mempunyai peringkat-peringkat
pendidikan formal yang bermula dengan sekolah rendah yang berfungsi memberikan pendidikan
asas kepada kanak-kanak. Sekolah peringkat rendah biasanya dijalankan di rumah guru, pagoda
lama, rumah penaung yang kaya dan rumah berhala. Semasa pemerintahan Dinasti Tang, setiap
wilayah dan kampung mempunyai sebuah sekolah awam. Di ibu kota kerajaan Tang, terdapat
16

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU 3123)


enam kolej yang mengendalikan pelbagai kursus. Selepas menamatkan pendidikan peringkat
menengah, para pelajar akan mengambil peperiksaan awam yang dijalankan di tiga peringkat
iaitu peringkat daerah, peringkat wilayah dan peringkat metropolitan.
Para pelajar yang lulus pada peperiksaan yang pertama akan dianugerahkan ijazah bakat
yang cantik samalah dengan ijazah pertama. Pada tahap kedua, dianugerahkan ijazah Chu-Jen
seperi ijazah sarjana. Peperiksaan pada tahap ketiga dikenali sebagai Kung-Shih samalah dengan
ijazah doktor falsafah pada zaman moden ini. Setelah lulus ketiga-tiga tahap peperiksaan
tersebut, terdapat satu lagi peperiksaan yang dinamakan peperiksaan istana. Sekiranya lulus
peperiksaan ini, mereka layak menjadi ahli seumur hidup sebuah organisasi yang dinamakan
Akademi Imperial. Ahli-ahli akademi ini biasanya akan dilantik oleh maharaja sebagai penasihat
kerajaan.
Dasar pendidikan China juga memberi perhatian terhadap hubungan luar negara
khususnya semasa era pemerintahan Dinasti Ming. Hal ini menjadi perhatian kerajaan kerana
ramai wakil kerajaan asing melawat China. Justeru, pihak pemerintah telah menubuhkan jabatan
juru bahasa untuk mengendalikan hal-hal hubungan luar negara.
Di samping itu, pegangan Konfusionisme telah memberi idea kepada budaya ilmu
sesebuah tamadun agar beretika dalam penubuhan sesebuah kerajaan. Konfusius (551 SM - 479
SM) merupakan pengasas dalam aliran Konfusianisme. Ideologi ini dikembangkan oleh
Konfusius, Mengzi dan Xunzi yang menekankan kepada akhlak mulia, mengingati nenekmoyang, falsafah dan etika, hidup bersederhana dan taat setia.
Selain itu, konsep Konfusionisme juga mementingkan humanisme, humanitarisme,
intelektualisme dan rasionalisme yang bersesuaian untuk diamalkan dalam kehidupan seharian
manusia. Ideologi ini juga dapat melahirkan seseorang pemimpin yang mempunyai personaliti
yang bermoral, menjalankan tugas dengan adil, mementingkan kebajikan rakyat dan mentadbir
negara dengan baik.
Pada pandangan masyarakat Cina, amal dianggap lebih utama berbanding ilmu teori dan
menjadi perhatian utama individu dan masyarakat. Menurut ahli sejarah falsafah Cina yang
terkenal, Fung Yu-Lan (1983) yang beranggapan bahawa ilmu sebagai bukan perkara penting
kecuali yang boleh diamalkan. Oleh yang demikian, kecenderungan amali dalam falsafah Cina
17

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU 3123)


telah memainkan peranan penting dalam pertumbuhan teknologi dalam tamadun mereka kerana
memfokuskan kepada pembentukan akhlak dan pembelajaran daripada pengalaman. Ketiadaan
pemisahan antara diri manusia dengan alam sekeliling dapat mempersiapkan diri untuk
mengetahui dan menimba ilmu tentang alam sekitarnya.
Hasil budaya ilmu dalam tamadun ini telah memberi sumbangan besar kepada khazanah
tamadun manusia dalam pelbagai bidang termasuklah bidang perubatan, astronomi, matematik,
biologi, optik, empat penciptaan agung serta sains dan teknologi. Amalan perubatan Cina
berkembang hasil daripada kaedah empirikal iaitu melalui pemerhatian terhadap badan manusia
dan beberapa jenis penyakit yang dapat diperolehi daripada karya-karya tulisan oleh pengamal
perubatan Cina. Hasil karya ini juga telah diterjemahkan dalam bahasa asing dan cukup
berpengaruh di negara-negara Asia Timur dan Eropah. Dalam masyarakat Cina juga, antara
rawatan penyakit yang terkenal ialah melalui akupuntur iaitu rawatan dengan memasukkan
jarum pada tempat tertentu
Selain itu, masyarakat Cina juga banyak mencapai kemajuan dalam bidang matematik.
Antaranya penggunaan sempoa (abacus) disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya
ahli matematik Xu Yue. Ahli matematik Cina juga mengenal pasti nilai pi, sistem pecahan dan
sistem perpuluhan. Kesemua kemajuan dalam bidang matematik ini kekal digunakan sehingga
masa kini.
Di samping itu, dalam bidang astronomi pula, semasa pemerintahan dinasti Zhou orang
Cina telah mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan
komet. Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah penghasilan peralatan astronomi dan
penyelenggaraan rekod astronomi yang sempurna, dan tepat. Sistem kalendar Cina juga adalah
salah satu sistem yang paling awal, maju dan tepat berbanding dengan sistem lain di dunia.
Hasil arkeologi menunjukkan sains dan teknologi Cina sudah wujud pada kurun ke-15
sehingga kurun ke-11 sebelum Masihi. Pada peringkat awal permulaannya, budaya Cina sangat
menghargai kemahiran dalam teknologi khasnya kejuruteraan hidraulik kerana kewujudan
budaya Cina bergantung kepada kejayaan atau keupayaan untuk mengawal banjir Sungai
Kuning. Keunggulan teknologi Cina menarik perhatian dunia Barat dan seterusnya berlaku

18

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU 3123)


pemindahan pengetahuan teknologi dari China ke Barat. Ilmu mengenai sutera, kompas,
pembuatan kertas dan porselin di dunia Barat dibawa masuk dari negara China.
Tamadun China juga merupakan sebuah tamadun pertanian kerana berlakunya
perkembangan dalam bidang biologi China. Kerbau misalnya digunakan untuk aktiviti
penanaman padi, dan kuda sebagai binatang tunggangan. Mereka juga memelihara serangga
berguna bagi menghasilkan lilin dan mengadakan kawalan serangga perosak dengan
menggantungkan sarang semut pada pokok buah-buahan. Dalam bidang optik pula saintis Cina
awal telah memberi perhatian kepada penyongsangan imej yang dihasilkan oleh kamera lubang
jarum begitu juga pelbagai imej yang dihasilkan oleh kanta cekung (concave-lens).
Di samping itu, tamadun Cina telah memberi sumbangan yang besar kepada dunia
dengan terhasilnya Empat Penciptaan Agung iaitu ciptaan kertas, percetakan, bahan letupan
dan kompas. Cai Lun merupakan pengasas yang telah berjaya membuat kertas dengan
menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan. Teknologi teknik percetakan (printing) pula telah mula
diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti Tang. Pada tahun 1045, Bi Sheng mencipta teknik
percetakan bergerak dan mula menggunakannya secara umum.
Bahan letupan (gun powder) pula telah dicipta oleh ahli-ahli kimia Cina. Pada mulanya,
bahan letupan ini digunakan untuk membuat bunga api. Kemudiannya, pihak militari telah
menggunakannya secara meluas untuk peperangan seterusnya diperkenalkan ke negara Arab dan
negara Eropah. Semasa dinasti Han, sifat-sifat magnet telah ditemui di China sehingga
membuahkan penghasilan kompas yang pada mulanya telah digunakan semasa pelayaran.
Sumbangan awal tamadun Cina dalam pelbagai bidang ini telah banyak membantu masyarakat
dunia untuk terus maju ke hadapan dengan inovasi yang lebih canggih dan cekap untuk
kehidupan yang lebih sejahtera.
Kesimpulannya, tamadun Cina memiliki kekuatan dari pelbagai aspek bagi mengekalkan
kelangsungan peradaban dengan cara kekuatan kebudayaan ilmunya. Oleh itu, budaya ilmu
merupakan kegiatan yang perlu dijalankan secara terancang dan sistematik terhadap
perkembangan jasmani dan rohani untuk melengkapkan seseorang individu supaya dapat
menjalani kehidupan yang sempurna. Namun begitu, dasar, institusi dan kurikulum yang dimiliki
dan diamalkan oleh sesuatu bangsa adalah berbeza mengikut kehendak masing-masing.
19

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU 3123)


KESIMPULAN
Budaya dan tamadun memainkan peranan penting dalam mencorakkan rupa bentuk sesuatu
bangsa atau masyarakat. Berdasarkan kepada keseluruhan peringkat tamadun manusia bermula
daripada tamadun awal sehinggalah kini perkembangannya semakin pesat. Ini berlaku adalah
disebabkan oleh terjadinya perkembangan pemikiran dan intelek yang dilalui oleh manusia.
Melalui perkembangan pemikiran manusia ini, mereka mampu untuk mencipta dan mereka
sesuatu yang dikaitkan dengan perkembangan tamadun. Jelaslah bahawa perkembangan tamadun
kini berlaku dan tidak akan terhenti selagi agen utama tamadun iaitu manusia berada di atas
muka bumi ini.

20

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU 3123)


RUJUKAN
Azhar Hj Mad Aros. (2000). Titas Kertas 2. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Chen, K. K. (1925). Chinese Drug Stores. China: Ann. Med. Hist.
Collin Renfew. (1972). Before Civilization. United Kingdom: The Chaucer Press Ltd.
Frances Wood. (1988). A Companian To China. London: Cassell Publishers.
Fumio Kodama. (1991). Analyzing Japanese High Technologies: The Techno-Paradigm Shift.
London & New York: Pinter Publishers.
Fung Yu Lan. (1983). A History Of Chinese Philosophy. Princeton: Princeton University Press.
Furter, F.W. (1980). History of Chemical Enggineering. Washington: American Chemical
Society.
Hall, D.G.E. (1987). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim Musa. (2001). Merekonstruksi Tamadun Melayu Islam: Ke Arah Pembinaan Sebuah
Tamadun Dunia Alaf Ketiga. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu.
Hashim Musa. (2005). Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia Menghadapi Globalisasi Barat.
Petaling Jaya: DJ Gemilang Sdn. Bhd.
Ismail al-Faruqi dan Lois Lamya al-Faruqi. (1992). Atlas Budaya Islam. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ismail Hamid. (1997). Kitab Jawi: Intelectualizing Literary Tradition. Shah Alam: Fajar Bakti.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mahayuddin Yahaya. (2000). Tamadun Islam. Shah Alam: Fajar Bakti.
Raja Mohd Affandi. (1982). Tokoh-tokoh Melayu Yang Agung Dalam Sejarah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Robert M. Hutchins. (1970). The Learning Society. England: Publican Books.

21

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU 3123)


Syed Muhammad al-Naquib al-Attas. (1977). Islam: Fahaman Agama dan Asas Akhlak. Kuala
Lumpur: ABIM.
Seyyed Hossein Nasr. (1968). Science and Civilization in Islam. New York: New American
Library.
Wan Fuad Wan Hassan. (1996). Ringkasan Sejarah Sains. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Wan Hashim Wan Teh. (1997). Tamadun Silam dan Pembinaan Tamadun Abad Ke Dua Puluh
Satu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

22

Você também pode gostar