Você está na página 1de 5

Agama Kristian adalah agama terbesar di dunia, kira-kiranya 2.

1 bilion penganut, atau sepertiga


jumlah penduduk dunia. Kristian adalah sebuah agama monotheis yang berdasarkan kehidupan
dan ajaran-ajaran Jesus dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan dalam karya-karya para
pengikutnya dalam Perjanjian Baru. Agama Kristian berkongsi semua kitab-kitab dalam Alkitab
Ibrani dengan agama Yahudi dan sebab itu agama ini juga digelar sebuah agama usulan
Abraham. Penganut Kristian atau Nasrani mengikuti ajaran Jesus Christ (Ibrani: ,
Yehoshua). Jesus dikenali juga dengan panggilan 'Al-Masih'.
Pelbagai tradisi agamawi, kepercayaan dan cara sembahyang yang memegang pada adat
resam yang tertentu wujud dalam Kristianiti. Agama Kristian selalunya dipaparkan sebagai tiga
aliran yang terutama yang telah dibentuk selama dua ribu tahun dahulu:
Katolik Roma (Mazhab yang nyata terbesar, dengan anggaran 1.2 bilion penganut yang telah
dibaptis),
Ortodoks (Ortodoks Timur Dan Ortodox Timur Tengah),
Protestan (Pelbagai mazhab dan aliran fikiran, seperti Anglikanisme, Reformasi, Luteran,
Methodis, Injili, and Pentekostalisme)
Penganut Kristian menganggap bahawa Yesus adalah anak Yahwe. Beliau dikatakan
membentuk sebahagian daripada Tritunggal (sang hyang Tri Tunggal di Indonesia atau Tri
Tunggal Mahasuci di Singapura). 'Tritunggal' bermaksud persatuan Yahwe Tuhan Bapa, Tuhan
Anak (Yesus) dan Roh Kudus yang membentuk satu Tuhan. Penganut Kristian juga percaya
bahawa Yesus wujud bersama Yahwe sebelum terciptanya dunia, dilahirkan di dunia menerusi
Bunda Maria (yang merupakan seorang perawan), dibangkitkan dari kubur setelah wafat
selama tiga hari dan kini berada di "tangan kanan" Yahwe Tuhan di syurga.

Gereja adalah tempat ibadat bagi umat Kristian

Jesus Christ
Jesus Christ (82 SM hingga 2936 Masihi), juga dikenali sebagai Jesus dari Nazareth, ialah
tokoh utama agama Kristian. Beliau biasanya dirujuk sebagai "Jesus Christ" atau "Jesus
Kristus", dengan ungkapan "Kristus" yang berasal daripada gelaran Yunani yang bermaksud
"Yang Dilumuran Minyak" (Yunani: Christos) yang sepadan dengan perkataan terbitan
Ibrani, "Al-Masih" (bahasa Ibrani: Yhoa'). Dalam Bahasa Indonesia, beliau digelar
sebagai "Yesus Kristus".

Sumber-sumber maklumat yang utama mengenai kehidupan dan ajaran Jesus ialah empat
buah Gospel hukum gereja dalam Perjanjian Baru iaitu Matthew, Mark, Luke, dan John.
Kebanyakan cendekiawan dalam bidang-bidang kajian bible dan sejarah bersetuju bahawa
Yesus adalah guru Yahudi dari Galilee yang dianggap sebagai penyembuh, dibaptiskan oleh
John si Pembaptis, dan mati disalib atas perintah Gabenor Rom, Pontius Pilate disebabkan
tuduhan hasutan terhadap Empayar Rom. Sebilangan kecil cendekiawan mempersoalkan
kewujudan sejarah Yesus.
Pandangan-pandangan penganut agama Kristian terhadap Jesus, walaupun berlainan dan
rumit, bertumpu kepada kepercayaan bahawa Yesus adalah Messiah atau Christ yang dijanji
dalam Perjanjian Lama, serta kepada Kebangkitannya selepas penyaliban. Kebanyakan orang
Kristian mempercayai bahawa Jesus adalah Anak Tuhan yang dihantar untuk memberikan
penyelamatan dan perdamaian dengan Tuhan melalui penebusan dosa-dosa kemanusiaan.
Kebanyakan orang Kristian adalah penyokong Trinitarianisme dan mempercayai bahawa Jesus
adalah jelmaan Tuhan, manakala mereka yang bukan penyokong Trinitarianisme memegang
berbagai-bagai tafsiran yang lain mengenai ketuhanan Yesus. Bidang kajian mengenai
persoalan-persoalan ini dikenali sebagai Kristologi. Kepercayaan-kepercayaan lain yang
dikongsi oleh kebanyakan orang Kristian termasuk Kelahiran Dara, Naiknya Yesus ke langit,
dan Kedatangan Kedua pada masa hadapan. Kebanyakan orang Kristian juga mempercayai
bahawa Yesus melakukan mukjizat dan menunaikan ramalan Bible.

Hari Easter

Hari Easter merupakan kepercayaan penganut agama Kristian bahawa Jesus Christ telah
dihidupkan kembali ("dibangkitkan") pada hari Ahad itu. Lazimnya ia disambut antara akhir
bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi penganut Kristian
Timur), menurut kitaran bulan.
Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci ("Holy Week") disambut oleh mereka dan pada Jumaat
sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday iaitu hari Jesus telah disalib. Pada Ahad Palma
("Palm Sunday") yang menandakan permulaan Minggu Suci, setiap penganut akan diberikan
daun palma yang telah diurapi oleh para paderi.
Perayaan Easter terkenal dengan pemberian telur berwarna-warni yang berisikan coklat. Tradisi
memberi telur sebenarnya bukan tradisi Kristian tetapi merupakan tradisi kuno Yunani
merayakan datangnya musim bunga. Perayaan musim ini selalunya dirayakan dengan meriah
mengiringi kegembiraan meninggalkan musim dingin yang suram dan beku. Telur adalah
lambang kesuburan.
Perjanjian Lama
Perjanjian Lama (bahasa Inggeris: Old Testament ) dalam agama Kristian adalah kitab suci
yang pertama dalam dua bahagian kitab suci agama Kristian (satu lagi adalah Perjanjian Baru).

Perjanjian Lama berkait dengan kitab suci agama Yahudi Tanakh dengan beberapa variasi dan
tambahan. Dalam agama Kristian Ortodoks, teks yang sama dikenali sebagai Septuagint yang
diterjemahkan dari bahasa Greek.
Perjanjian Lama dianggap kitab suci untuk kedua-dua penganut Yahudi dan Kristian. Mereka
percaya Tuhan memberi inspirasi untuk manusia menulisnya. Kitab ini mengandungi buku yang
berbeza dan ianya mengenai Tuhan, dan orang Israel.

Perjanjian Baru
Perjanjian Baru (bahasa Inggeris : New Testament) adalah kitab kedua dalam kitab suci agama
Kristian. Bahagian pertama dikenali sebagai Perjanjian Lama atau Tanakh oleh orang Yahudi.

Kritikan
Sepanjang sejarah Kristian, ramai telah mengkritik Kristian, gereja, dan Kristian sendiri.
Beberapa kritikan yang khusus menangani kepercayaan Kristian, ajaran-ajaran dan tafsiran
kitab. Sambutan rasmi Kristian kepada kritikan itu digambarkan sebagai Kristian pembelaan
suatu pendirian.
Beberapa bidang kritikan termasuk beberapa tuntutan kitab itu sendiri, etika tafsiran Alkitab
yang telah digunakan dalam sejarah untuk menjustifikasikan sikap dan tingkah laku yang dilihat
oleh pengkritik sebagai jelas nyata, soalan keserasian dengan sains, dan doktrin Kristian
tertentu bahawa beberapa mendapati tidak menyenangkan atau tidak munasabah.
Reformasi Protestan
Reformasi Protestan atau Zaman Pembaharuan Eropah adalah pergerakan pembaharuan di
Eropah yang bermula pada tahun 1517, tetapi berakar umbi lebih awal daripada itu. Ia bermula
dengan Martin Luther dan berkemungkinan ditamatkan dengan Perdamaian Westphalia pada
tahun 1648.[1] Pergerakan ini bemula dengan percubaan memperbaharui Gereja Katholik Rom.
Kebanyakan penganut-penganut Katholik di barat berasa gusar dengan apa yang mereka
pandang sebagai ajaran songsang dan penyelewengan di dalam institusi gereja itu sendiri,
terutamanya melibatkan pengajaran dan penjualan indulgence atau pengampunan. Perbalahan
utama seterusnya ialah amalan membeli dan menjual kedudukan gereja dan juga pengaruh
rasuah di dalam hierarki gereja yang menular hingga ke jawatan Paus.
Pada 31 Oktober 1517, di Saxony (di dalam kawasan yang kini dipanggil Jerman), Martin Luther
memakukan 95 Dalil-dalil di pintu Gereja Istana Wittenberg, yang berperanan sebagai papan
notis bagi pengumuman-pengumuman berkaitan hal-ehwal universiti.[1] Dalil-dalil ini
merupakan hujah-hujah bagi perbahasan yang mengkritik institusi gereja dan Paus. Hujahhujah yang paling kontroversi mensasarkan amalan penjualan pengampunan dan dasar gereja
berkenaan neraka sementara (Purgatory). Golongan pembaharuan yang lain seperti Ulrich
Zwingli dan John Calvin kemudiannya menurut jejak langkah Luther. Amalan dan kepercayaan

gereja yang diserang oleh golongan Protestan ini termasuklah neraka sementara, azab kubur,
penyembahan Maria, pelantikan dan penyembahan wali-wali, kebanyakan doa pemujaan,
amalan pembujangan yang diwajibkan ke atas semua paderi selain kekuasaan Paus.
Denominasi Kristian yang paling penting yang mucul hasil daripada gerakan pembaharuan ini
ialan Lutheran, Presbyterian dan Anabaptis. Reformasi Protestan ini turut dikenali dengan nama
Reformasi Jerman, Revolusi Protestan, Pemberontakan Protestan dan di Jerman sendiri
sebagai Reformasi Luther. Proses pembaharuan walau bagaimanapun mempunya sebabasebab dan kesan-kesan yang berbeza di England, yang menyaksikan kemunculan Gereja
England. Di sana zaman tersebut dikenali sebagai Reformasi Inggeris. Denominasi Protestan
selepas itu, secara amnya berasal daripada gerakan pembaharuan awal ini. Golongan
pembaharuan ini turut mempercepat Reformasi-Lawan atau Reformasi Katholik di dalam Gereja
Katholik.
Asas-asas ajaran dalam ajaran Kristian
Doktrin Dosa Warisan (The Original Sin)

Ajaran kristian percaya bahawa manusia sejak dari hari dilahirkan telah pun menanggung dosa.
Menurut ajaran kristian, Adam dan Hawa telah melanggar perintah Allah dengan memakan
buah dari pohon larangan yang di sebut di dalam Al-Quran sebagai Shajarat Al- Khuldi di dalam
taman Syurga atau di dalam bible disebut The Garden Of Eden (sila lihat The book Of
Genesis di dalam bible badingkan dengan versi Al-Quran). Disebabkan oleh itu Adam dan Hawa
dianggap berdosa dan disingkirkan dari syurga hasil dari perbuatan mereka itu. Akibat dari
peyingkiran itu keturunan Adam dan Hawa terpaksa menanggung derita dan kesengsaraan
akibat perbuatan mereka. Manusia kemudiannya dikatakan berdosa sejak lahir. Pelbagai cara
yang dibuat untuk menghilangkan dosa ini, menurut perjanjian lama atau Old Testement orang
yahudi mengorbankan lembu dan kambing untuk membersihkan dosa ini tetapi untuk
membersihan dosa seluruh umat manusia satu pengorbanan yang Agung perlu dilakukan iaitu
dengan kematian Anak Tuhan.

Doktrin anak tuhan (The sonship of God)


Untuk menyelamatkan manusia dari derita dan neraka, Tuhan telah menurunkan anaknya
kedalam kandungan Maryam atau Mary yang akhirnya kan dilahirkan sebagai anak tuhan.
Ajaran kristian percaya bahawa Jesus Christ adalah Anak tuhan yang tunggal (lihat John 3:16),
oleh kerana jesus itu lebih hampir dengan tuhan dari orang lain maka sudah sepastinya Jesus
itu amat unik. Perkara inilah yang menyebabkan Jesus telah dilahirkan dengan cara yang amat
ajaib sekali iaitu tanpa melalui proses kelahiran manusia yang biasa.

Doktrin ketuhanan Yesus (The Divinity of Jesus)

Setelah Jesus itu digelar sebagai anak tuhan, Dunia kristian akhirnya menukarkan status Yesus
sebagai Tuhan, sebagaimana dakwaan mereka bahawa Jesus Christ itu sebenarnya adalah
tuhan yang menjelma (Incarnate) dalam bentuk manusia. Jesus di dakwa sebagai tuhan adalah
berdasarkan isi kandungan ajarannya, keajaiban yang ditunjukkannya dan juga kematiannya di
tiang salib. Walaubagaimana pun, sesetengah golongan kristian seperti Jehovahs
Witnesses, Christadelphians dan juga golongan Unitarian tidak mempercayai doktrin ini.

Doktrin Kesucian Triniti (The Holy Trinity)Tiga abad selepas Jesus Christ, dalam Persidangan
Nicea (325CE), doktrin Holy Trinity ini secara rasminya dijadikan asas dalam ajaran kristian,
walaupun pada awalnya mendapat tentangan dari puak yang berpegang dengan ketauhidan
tuhan tetapi akhirnya puak ini dihapuskan dan akan diceritakan dalam bab yang lebih
mendalam terhadap topik ini nanti. Berdasarkan doktrin ini Tuhan bagi Christian adalah tuhan
yang mempunyai 3 oknum atau dalam bahasa yang lebih mudah tiga dalam satu dan satu
dalam tiga. Aliran utama kristian menyatakan bahawa oknum tersebut adalah Tuhan Bapa,
Tuhan Anak dan juga Roh Kudus dan ketiga-tiga oknum ini mempunyai kesamarataan kuasa
serta ketiga-tiganya ini adalah satu yang terdapat dalam tiga yang membawa maksud ketigatiganya adalah satu pada hakikatnya. Itulah yang diajar oleh kegerejaan kristian mengenai
konsep tuhan, sesuatu doktrin yang tidak pernah diajar oleh bible yang mereka miliki itu.

Doktrin Penyaliban Jesus. (The Cruxifixion Jesus)

Doktrin terakhir dalam perbincangan kali ini adalah doktrin yang menjadi lambang utama dalam
agama Kristian iaitu misteri Penyaliban Jesus di tiang salib. Orang Kristian percaya bahawa
tuhan telah menghantar anaknya yang tunggal iaitu Jesus ke dunia untuk menebus segala
dosa-dosa manusia dan juga untuk menyelamatkan manusia dari api neraka menerusi kaedah
penyaliban yang kemudiannya bangkit semula (resurrected) atas tujuan yang sama.

Ini adalah diantara doktrin yang menjadi asas bagi penganut kristian sejak dari dulu hingga
sekarang. Ianya akan saya perincikan lagi dalam mesej-mesej yang akan datang dan anda
akan melihat bagaimana doktrin-doktrin yang mereka gariskan yang kononnya menjadi asas
ajaran Kristian itu akan dinafikan oleh kitab mereka sendiri dan juga sejarah kegerejaan yang
mereka agung-agungkan.

Você também pode gostar