Você está na página 1de 4

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 PENGENALAN

Dunia sedang menghadapi alaf baru. Sehingga kini dunia telah menyaksikan banyak perubahan.
Perubahan-perubahan itu telah memberikan kesan terhadap pertumbuhan ekonomi,sains dan
teknologi, cara hidup,sosio ekonomi,system kepercayaan,nilai dan masyarakat yang terlibat
dengan perubahan ini. Corak kehidupan hasil daripada proses modenisasi telah memberi
peluang kepada nilai-nilai individualistik dan semangat bersaing untuk bertapak di dalam
masyarakat zaman ini.

Masalah disiplin pelajar masih belum tidak dapat diatasi sehingga sekarang oleh mana-mana
Negara sebelum ini. Perkara ini sering dilaporkan oleh media massa di seluruh dunia. Menurut
seorang pembentang kertas kerja di Seminar Pendidikan ,bertajuk Nilai dan Etika Sekolah-
Sekolah di Asia dan Pasifik di Kuala Lumpur,disiplin pelajar sekolah-sekolah di Asia telah
merosot dan kes juvana pelajar sekolah terus meningkat (Utusan Malaysia,29 September 1995).

Masalah social yang berlaku adalah berkaitan dengan disiplin remaja. Pengertian disiplin adalah
peraturan yang ditetapkan dan mesti diikuti. Kemelesetan disiplin dan keruntuhan moral pelajar
di sekolah merupakan satu lagi perkara yang mencabar dan membebani semua pihak
terutamanya ibu bapa masa kini. Para remaja merupakan golongan yang melalui peringkat
kritikal perubahan diri dari segi mental dan fizikal. Perubahan dari alam kanak-kanak kea lam
dewasa merupakan masa yang mengelirukan remaja. Pelbagai fenomena yang ganjil
menghujani mental dan fizikal mereka dan para remaja menghadapi tekaan ini dengan bersifat
memberontak. Sifat memberontak merupakan salah satu factor yang menyumbang kepada
pelbagai masalah disiplin di sekolah.

Menurut Collins, disiplin ialah peraturan yang baik dan ditaati dalam kelas, suatu peraturan dan
system reward (hadiah) dan punishment (hukuman). Dalam pengertian pendidikan moden,
disiplin pada diri sendiri lahir melalui minat, kegemaran dan kegiatan pelajar-pelajar.

Pada lazimnya, masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah hanya berkisar di sekitar
kenakalan mereka merosakkan harta benda awam, ponteng sekolah,ponteng kelas, merokok,
melepak, ugutan, melawan guru, bepakaian tidak seperti yang dikehendaki, buang sampah
merata-rata dan sebagainya. Mereka semakin berani melakukan pelbagai perbuatan yang
bercanggah denagan norma masyarakat dan undang-undang negara.

Namun begitu apabila pelajar sekolah mulai bertindak lebih jauh daripada itu, sesuatu perlu
dilakukan segera untuk membendung mereka daripada terjebak dengan perkara-perkara yang
tidak diingini sepeti melibatkan diri dalam pergaduhan antara pelajar yang menyebabkan
pembunuhan, mengandung anak luar nikah atau kes rogol pelajar.
1.1 Latar belakang kajian

Sekolah merupakan institusi yang sangat penting bagi seseorang individu mendapatkan
pendidikan dan membentuk keperibadian yang dimuliakan oleh masyarakat. Tetapi
pada masa kini masalah pelanggaran disiplin telah menjadi satu isu hangat diperkatakn
sepanjang tahun. Peningkatan kes-kes melibatkan murid sudah sampai ke peringkat
yang membimbangkan kerana sekolah merupakan institusi social yang penting
nampaknya gagal memainkan peranannya (Majalah Massa,8hb Mac 1997). Pelanggaran
disiplin bukanlah satu perkara baru di Negara ini. Untuk mengurangkan kejadian ini,
pelbagai peraturan perlu dikenalkan oleh pihak-pihak yana terlibat demi membentuk
generasi yang berdispilin.

Di Negara kita,surat khabar sering menyiarkan kes-kes pelanggaran disiplin sekolah.


Pelajar yang berusia antara 16 hingga 18 tahun merupakan golongan majority yang
terlibat dengan kes-kes jenayah (juvana, kekerasan dan merosakkan harta benda
(vandalisme). Sepanjang tiga tahun lalu (1993-1995),sebanyak 6,876 dari 11,041 kes
yang dilaporkan melibatkan remaja yang berumur 16,171,dan 18 tahun ( Utusan
Malaysia,29hb September 1995).

Mengiku Timbalan Menteri Pendidikan,Fong Chan Onn, kes ponteng sekolah yang
dilaporkan dari Januari hingga Oktober 1995 adalah sebanyak 38,881, iaitu 0.8 peratus
dari jumlah 4.3 juta orang murid. Walaupun peratusnya adalah kecil tetapi jumlahnya
adalah besar. Pada masa yang sama kes buli pelajar juga meningkat di kalangan pelajar
perempuan, iaitu 69.6 peratus berbanding denagn pelajar lelaki 30.5 peratus (Utusan
Malaysia,30hb November 1995). Selain itu, dalam Utusan Malaysia yang bertarikh
25.08.2000 juga melaporkan bahawa 10 orang pelajar ditahan dalam serbuan polis yang
disyaki ponteng dan menghidu gam.

Menurut Mohd. Salleh b. Mohd Hussain, konsep sekolah cemerlang tidak dapat
seharusnya tertumpu kepada kecemerlangan dalam bidang kurikulum sahaja tetapi
haruslah diperluaskan yang merangkumi bidang kokurikulum, disiplin dan keceriaan.
Kejayaan dalam bidang kokurikulum telah meletakkan nama sekolah ini sebagai salah
sebuah sekolah yang disegani dan dihormati dalam sebarang pertandingan dan kegiatan
kokurikulum. Kokurikulum adalah berkaitan rapat dengan disiplin pelajar. Ini membawa
maksud bahawa disiplin pelajar adalah amat penting untuk mendapat kecemerlangan
(Seminar Nasional ke-4 Pengurusan Pendidikan,1994).

Peningkatan kadara masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia yang mendadak


menimbulkan tanda Tanya kepada pelbagai pihak mengenai punca sebenar berlakunyan
fenomena ini. Kes ponteng sekolah terutamnya tercatat bilangan yang tertinggi
berbanding berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain. Gejala ponteng sekolah di
kalangan pelajar-pelajar sekolah bertambah dengan kadar yang serius bagai cendawan
tumbuh selepas hujai walaupun berbagai-bagai langkah telah dilaksanakan bagi
menangani masalah ini.
Berita Harian,12 Julai 2001 lalu melaporkan dalam tempoh 10 tahun antara 1989 higga
1998 kadar jenayah membabitkan remaja lelaki dan pelajar meningkat sebanyak 35
peratus dan 25 peratus bagi remaja perempuan. Kementerian Pendidikan dengan
kerjasama polis telah mengenala pasti pelajar di 456 sekolah menengah di seluruh
Negara terdedah kepada kegiatan samseng. Angka ini bukan sedikit dan menunjukkan
gejala ini berada pada tahap membimbangkan.

1.3 Pernyataan masalah

Apakah faktor-faktor yang mendorong golongan pelajar lelaki dalam kalangan pelajar
tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud terlibat dalam masalah
disiplin di sekolah?

1.4 Tujuan kajian

Kajian ini bertujuan mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan masalah disiplin


pelajar tingkatan 6 berlaku di sekolah. Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah
Kebangsaan Tengku Mahmud. Kajian ini bertujuan mencapai beberapa objektif iaitu :

i. Mengenal pasti masalah disiplin yang terdapat dalam kalangan pelajar lelaki
tingkatan eanm serta peraturan-peraturan sekolah yang sering dilanggar.
ii. Mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong golongan pelajar cina terlibat
dalam masalah disiplin di sekolah.Kajian ini melibatkan sama ada institusi
keluarga,sekolah, rakan sebaya mahupun pelajar itu sendiri menyumbang
kepada masalah disiplin pelajar.
iii. Mengumpul alasan –alasan yang sering digunakan oleh para pelajar ke atas
kelakuan mereka. Melalui alasan-alasan yang diberikan, maka secara tidak
langsung penyelidik dapat mengenal pasti punca-punca kelakuan golongan
pelajar.
iv. Membincangkan bagaimana pihak sekolah mengatasi masalah disiplin pelajar
dan setakat mana berkesannya pihak sekolah dalam mengawal masalah displin
pelajar.
v. Menyarankan cadangan-cadangan yang efektif bagi meningkatkan tahap
disiplin pelajar supaya dapat membina satu golongan pelajar yang berhemah
dan berwawasan.

1.5 Rasional Kajian

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pelajar lelaki tingkatan enam melakukan


masalah displin?
1.6 Persoalan Kajian

Berpandukan pernyataan masalah yang dinyatakan, beberapa persoalan kajian telah


disenaraikan yang merangkumi beberapa aspek seperti berikut :

i. Adakah faktor keluarga/ demografi yang mentebabkan pelajar terlibat dalam


masalah disiplin?
ii. Adakah keadaan di sekolah yang menyebabkan pelajar melakukan masalah
disiplin?
iii. Adakah sikap atau personality pelajar yang menyebabkan berlakunya masalah
disiplin di sekolah?
iv. Bagaimanakah rakan sebaya mempengaruhi disiplin seseorang pelajar?

1.7 Batasan Kajian

Antara batasan kajian yang kami hadapi semasa melakukan kajian ini ialah kesukaran
untuk mendapatkan maklumat yang tepat. Hal ini disebabkan oleh para pelajar kurang
memberikan kerjasama kepada kami. Selain itu, kekurangan sumber rujukan berkenaan
dengan disiplin di perpustakaan juga menyukarkan kami untuk mengintepretasi maksud-
maksud atau istilah-istilah tertentu yang berkaitan dengan disiplin. Konteks kajian kami
pula hanyalah dalam kalangan pelajar lelaki tingkatan enam di SMK Tengku Mahmud.
Oleh itu, sampel kami hanyalah pelajar lelaki tingkatan enam di sekolah tersebut dan
kami tidak boleh melakukan soal selidik kepada pelajar perempuan atau mana-mana
pelajar selain pelajar lelaki tingkatan enam.

TINJAUAN LITERATUR

Você também pode gostar