Você está na página 1de 36

JANAKUASA

1.

Asas Janakuasa
Janakuasa ialah sebuah mesin yang boleh menukarkan tenaga mekanik kepada
tenaga elektrik. Sebaliknya mesin yang boleh menukarkan tenaga elektrik
kepada mekanik dipanggil motor. Janakuasa terdiri dari Pengulangalik
(Alternator) dan Pengerak Utama (Prime mover) serta alatalat sampingannya.
Asas janakuasa ialah apabila seutas pengalir yang boleh membawa arus
digerakkan ke arah memotong medan magnet, arus akan wujud di dalam
pengalir tersebut. Di samping itu sebaliknya medan magnet boleh juga
digerakkan ke arah kabel tadi yang dalam kedudukan tidak bergerak
(stationary), arus juga akan wujud di dalam pengalir tersebut. Proses ini
dipanggil atau dikenali sebagai arohan electromagnet (electromagnetic
induction).

Medan magnet boleh diperolehi dari satu magnet kekal, tetapi medan magnet
kekal tidak boleh dikawal kekuatan magnetnya (jumlah uratdayanya). Satu cara
lain untuk mendapatkan medan magnet yang boleh dikawal kekuatan
uratdayanya ialah dengan melilit pengalir di sekeliling sekeping besi lembut
(soft iron) dan mengalirkan arus terus ke pengalir tersebut seperti di
gambarajah. Satu medium magnet yang boleh dikawal kekuatan magnetnya

dapat dihasilkan, iaitu dengan mengawal arus terus yang dialirkan kepada
gelong tersebut.

2. Binaan Asas Janakuasa


Sebuah janakuasa mengandungi dua bahagian asas, iaitu Pemutar (rotor) dan
Pemegun (stator). Pemegun atau bahagian yang tidak bergerak sesebuah
penjana biasanya menempatkan lilitan utama tiga fasa kuasa ulangalik. Pemutar
utama mengandungi kutub medan magnet arus terus (DC magnetic fields
poles). Sebaik sahaja uratdaya (fluks) magnet diwujudkan oleh kutub medan
arus terus merentasi ruang udara ke lilitan pemegun (static coil), satu voltan dan
arus tiga fasa terhasil (developed) di terminal keluaran penjana (generator
output terminals). Voltan yang terjana ditunjukkan sebagai satu gelombang
sinus (sine wave). Proses ini dipanggil arohan electromagnet (electromagnetic
induction).
Berusberus karbon (karbon brush) yang dipasang di atas gelang gelangsar (slip
ring) adalah berfungsi untuk memungut arus elektrik yang dijana di dalam
gelong angker dan membawanya ke litar luaran untuk dibekalkan ke beban
elektrik. Gelang gelangsar arus dan berus karbon terpaksa digunakan
disebabkan satu bahagian berputar dan satu lagi tidak berputar. Namun begitu
janakuasa jenis gelung berputar ini sudah tidak banyak dikeluarkan dan
digunakan

sebab memerlukan senggaraan yang lebih. Jenis yang banyak

digunakan sekarang ialah jenis tanpa berus karbon (brushless).

3. Asas Keluaran Janakuasa


Voltan yang dijana oleh janakuasa ialah voltan ulangalik, oleh kerana ianya
berubahubah mengikut masa dan kedudukan dari positif ke negatif. Oleh
kerana voltannya berubahubah atau berulang-alik maka arus sentiasa dikaitkan
dengan voltan ulangalik. Voltan ulangalik akan menghasilkan arus ulang-alik.

4. Frekuensi Arus Ulangalik


Seperti mana yang kita lihat apabila angker telah berputar melalui 360 darjah
iaitu satu pusingan yang lengkap, daya gerak elektrik yang terjana telah lengkap
melalui satu frekuensi. Jika angker berputar di satu kelajuan 50 pusingan dalam
satu saat, maka daya gerak elektrik yang terjana akan lengkap 50 kitaran dalam
satu saat. Ini dikatakan frekuensi 50 kitaran dalam sesaat atau 50 Hertz (Hz).
Frekuensi satu daya gerak elektrik yang terjana biasanya adalah bilangan
kitaran lengkap tiaptiap satu saat.
Frekuensi arus ulangalik sangat penting untuk difahami, oleh kerana
kebanyakan peralatan arus ulangalik berkehendakkan satu frekuensi yang
tertentu. Sila lihat gambarajah yang menunjukkan pusingan
kitaran dalam masa saat.

sebanyak 25

5.

Pengulangalik ( Alternator )
Pengulangalik ialah satu bahagian utama dari janakuasa yang boleh menjana
arus ulangalik. Terdapat berbagaibagai saiz pengulangalik bergantung kepada
kuasa yang boleh dikeluarkan olehnya. Walau apa pun saiznya, semua
pengulangalik elektrik sama ada DC atau AC operasinya bergantung kepada
tindakan sesuatu lilitan memotong satu medan magnet atau satu medan magnet
memotong satu lilitan pengalir. Selagi ada gerak bandingan (relatif motion) di
antara pengalir dan medan magnet, voltan akan terjana. Untuk mewujudkan
gerak bandingan di antara medan magnet dan pengalir, semua janakuasa
mengandungi dua bahagian mekanikal, iaitu pemutar (rotor) dan pemegun
(stator).

6. JenisJenis Pengulangalik

Terdapat dua jenis pengulangaliik iaitu:


a. Pengulangalik jenis gelong berputar (lama dengan berus kerbon)
b. Pengulangalik jenis medan berputar (moden - brushless)

Gelong Berputar (Rotating Armature)

Medan Berputar (Rotating Field)

Jenis gelong berputar sama dari segi pembinaannya dengan janakuasa arus terus
di mana gelong berputar melalui medan yang pegun (static). Kita boleh lihat
perbezaannya di mana janakuasa arus terus, daya gerak elektrik yang dijana
dalam gelung angker iaitu arus ulangalik ditukar kepada arus terus oleh alat
penukar tertib (commutator). Manakala untuk janakuasa arus ulangalik, arus
AC yang dijana disalurkan terus ke beban tanpa ditukar alih, menggunakan
gelang gelangsar (slip ring).
Walau bagaimanapun biasanya jenis pengulangalik gelong yang berputar hanya
berkadaran kuasa kecil sahaja. Di samping itu ianya tidak digunakan dengan
meluas. Pengulangalik jenis medan berputar mengandungi lilitan gelong angker
(stator) yang pegun tetapi medannya yang berputar.
Kebaikan jenis gelong angker yang pegun ialah voltan yang dijana boleh
disambung terus ke beban. Di samping itu, sambungan yang kukuh dapat dibuat
beserta dengan tebatan yang berkesan di punca sambungan jenis angker yang
pegun. Oleh itu pengulangalik jenis voltan tinggi biasanya adalah dari jenis
angker yang pegun dan medan yang berputar. Oleh kerana voltan yang
dibekalkan ke lilitan di mana yang berputar adalah voltan rendah dan membawa
arus terus, maka masalah yang timbul seperti arka di gelang gelangsar adalah
tidak penting.
Arus maksima yang boleh dibekalkan oleh sesuatu pengulangalik bergantung
kepada kehilangan tenaga haba (heat loss) maksima yang berlaku dalam gelong
angker. Kehilangan tenaga haba ini iaitu I2R Power Loss

bertindak

memanaskan pengalir dan jika berlebihan ianya boleh merosakkan bahan


penebat pengalir.

Pengulangalik berkadaran mengikut voltan dan arus keluaran. Ini bermakna


kadaran (rating) pengulangalik disebut dalam voltampere (VA). Bagi mesin
yang besar ianya berkadaran dalam kilovoltampere (KVA), selaras dengan
kuasa yang mampu dikeluarkan oleh pengulangalik tersebut.
Bagi keduadua sambungan Star dan Delta,
Kuasa

Di mana

= 3 x EL x 1L x P.F
P

= Jumlah kuasa (Watt)

= 1.732

EL

= Voltan antara talian (volt)

IL

= Arus talian (ampiar)

P.F

= Faktur kuasa / angkadar kuasa

7. Penggerak Utama Pengulangalik (Alternator Prime Mover)


Terdapat beberapa jenis pengerak utama, yang biasa adalah seperti berikut :
a.

Enjin petrol

e.

Turbin gas

b.

Enjin disel

f.

Turbin angin

c.

Turbin wap

g.

Turbin wap nuklear

d.

Turbin hidro

Pengulangalik yang mempunyai kadar kilovoltampere (KVA) yang rendah


(kurang dari 5 KVA) dan satu fasa selalunya menggunakan enjin petrol dan
sering digunakan oleh peniaga kecilan. Ini disebabkan ianya kecil, mudah serta
senyap operasinya.
Saiz KVA yang lebih besar (10 KVA2 MVA) selalunya menggunakan enjin
disel berbagai kuasa kuda. Ini disebabkan kos bahan apinya murah. Manakala
yang lebih tinggi lagi KVA nya adalah dipandu oleh turbin jenis kelajuan yang
tinggi. Penggerak utama pengulangalik jenis ini ialah satu turbin wap kelajuan
tinggi yang dipandu oleh wap tekanan tinggi. Pemutar pengulangalik jenis ini
dipandu oleh turbin berbentuk bulat panjang, kecil garis pusatnya dan
mempunyai belitanbelitan di dalam lubanglubang alur. Belitanbelitan
disusun menjadikan dua atau empat kutub medan. Cara pembinaan begini
sahaja pemutar boleh tahan daripada tekanan pusingan kelajuan yang tinggi.
Pengulangalik jenis kelajuan perlahan pula dipandu oleh turbin kuasa air / kuasa
hidro dan gear turbin menggunakan pemutar jenis kutub salient (salient pole).
Untuk pengulangalik kecil medan magnetnya menggunakan magnet kekal,
tetapi jenis besar medan magnetnya menggunakan gelung yang dibekalkan
dengan arus terus. Arus terus tersebut dibekalkan oleh sesebuah generator DC
bersaiz kecil yang dipasang di hujung crankshaft. D.C. generator ini dinamakan
alat pengujaan atau exciter.
Oleh sebab voltan keluaran janakuasa bergantung kepada kekuatan medan
dengan andaian kelajuan enjin tetap, maka mengawal kekuatan medan menjadi
perkara penting bagi sesebuah janakuasa. Jika tidak voltan keluarannya menjadi
tidak stabil. Alat yang berfungsi untuk mengawal voltan keluaran tersebut

10

dipanggil Automatic Voltage Regulator (AVR) atau Voltage Control Unit


(VCU). Selalunya alat ini adalah himpunan komponen elektronik.
Lilitan utama yang menghasilkan arus keluaran ditempatkan di stator atau
chasis pengulangalik. Hujung setiap kumpulan lilitan disambungkan kepada
terminal keluaran (terminal box) yang selalunya dipasang di bahagian atas
chasis pengulangalik untuk seterusnya disambung ke papan AMF (Automatic
Main Failure).

11

8. Pengulangalik Tiga Fasa


Pengulangalik tiga fasa mengandungi tiga kumpulan lilitan satu fasa
ditempatkan supaya voltan aruhan di manamana satu fasa adalah di
penempatan 120 darjah elektrikal dari keduadua yang lain. Gelombang voltan
yang dijana merentang tiaptiap fasa adalah 120 darjah antara satu sama lain.

12

Enam litar mendulu dari pengulangalik tiga fasa dijadikan tiga litar mendulu,
tiaptiap satu keluar dari fasa disambung supaya menjadi satu sambungan yang
dinamakan sambungan Y (star) atau sambungan bintang. Mata sambungan
dipanggil neutral dan dibumikan dan voltan dari mata ini ke manamana litar
mendulu akan menjadi voltan fasa. Voltan voltan merentang di antara dua litar
mendulu tidak termasuk neutral dipanggil voltan talian. Oleh kerana lilitan
hanya ada satu arah untuk arus mengalir di antara fasa, maka untuk sambungan
star arus talian dan fasa adalah sama.
Satu pemegun tiga fasa boleh juga disambungkan supaya fasanya disambung di
antara mendulu (litar mendulu ke litar mendulu) dan ini dipanggil sambungan
delta. Dalam sambungan delta voltan talian dan voltan fasa adalah sama. Oleh
itu fasa ke fasa adalah 120 darjah tak sefasa di antara satu sama lain, arus talian
ialah 1.732 dikali dengan arus fasa. Keduadua sambungan bintang dan delta
digunakan dalam pengulangalik. Sambungan star selalunya untuk janakuasa
voltan rendah 415V manakala sambungan delta untuk voltan tinggi 11KV.
Kuasa yang boleh dikeluarkan oleh sesebuah pengulangalik berkadaran tertentu
bergantung kepada kelajuan alternator dan kekuatan medan magnet. Komponen
lain sudah ditetapkan oleh pembuat alternator mengikut saiz KVA unit tersebut.
Namun begitu walaupun kelajuan ditinggikan dan medan magnet dikuatkan ia
tetap tertakluk kepada kuasa keluaran maksima unit tersebut. Selalunya kadaran
KVA (rated KVA) tidaklah merupakan kuasa maksima. Ada 5% hingga 10 %
kuasa lagi boleh dikeluarkan oleh unit yang tersebut.
Kebanyakan pengulangalik yang digunakan hari ini adalah dari jenis mesin
lilitan tiga fasa. Ini adalah kerana pengulangalik jenis tiga fasa lebih meluas

13

digunakan dan ekonomi dari segi penggunanya jika dibandingkan dengan jenis
satu atau dua fasa. Penggunaan pengubah tiga fasa (three phase transformer)
biasanya ada berkaitan dengan pengulangalik tiga fasa. Selalunya bahagian
voltan tinggi pengubah 11/0.433 kV disambung secara delta manakala bahagian
voltan rendahnya disambung secara star.

14

9. Frekuensi Sebuah Pengulangalik


Frekuensi ulang-alik yang dijana oleh sesebuah pengulangalik bergantung
kepada bilangan kutub dan kelajuan pemutar. Apabila pemutar berputar melalui
satu sudut tertentu untuk dua kutub yang berlawanan iaitu satu kutub utara dan
selatan dan juga telah melalui satu lilitan pemegun, voltan yang teraruh di
dalam lilitan itu telah melalui satu putaran yang lengkap / penuh iaitu 360
darjah (elektrikal). Dengan demikian pengulangalik fasa tunggal dua kutub
berputar di kelajuan 3000 putaran seminit akan menjana voltan di 50 kitaran
sesaat. Semakin banyak bilangan kutub di medan putaran, kelajuan putaran
akan semakin menurun. Sebagai contoh sebuah pengulangalik lapan kutub akan
hanya berputar 750 putaran seminit untuk menjana satu keluaran 50 kitaran
sesaat. Untuk sesetengah negara frekuensi yang digunakan ialah 60 Hz, oleh itu
kelajuan pengulangalik menjadi berbeza.
Kaitan di antara frekuensi yang dijana disebut dalam kitaran sesaat, kelajuan
pemutar disebut putaran seminit dan bilangan kutub adalah seperti formula di
bawah ini.

NxP
120

Yang mana,

= Frekuensi

= Putaran seminit

= Bilangan kutub

120

= Darjah tak sefasa (angkatap)

15

Kelajuan Synchronous Pengulangalik


Bilangan kutub
2
4
6
8
10
12
14
16
18
20
22
24
40
10.

50 Hz rpm
3000
1500
1000
750
600
500
429
375
333
300
273
250
150

60 Hz rpm
3600
1800
1200
900
720
600
514
450
400
360
327
300
180

400 Hz rpm
24000
12000
8000
6000
4800
4000
3429
3000
2667
2400
2182
2000
1200

Kelajuan Tanpa Beban


Kelajuan tanpa beban selalunya adalah lebih tinggi sedikit dari kelajuan dengan
beban dengan julat 3% - 5% melebihi kelajuan beban penuh.

11.

Pengatur Voltan Otomatik( Automatic Voltage Regulator ) AVR/VCU


Voltan keluaran sebuah pengulangalik tiga fasa yang biasa digunakan di
Malaysia ialah 240/415 V. mengikut peraturan IEE perubahan voltan ialah +5%
dan 10%. Penentuan voltan yang dijana oleh sesebuah pengulangalik ialah
dengan menyelaraskan perubahan medan. Sila lihat gambarajah contoh satu
pengatur voltan.

16

Dalam sebuah pengulangalik seperti juga janakuasa arus terus, voltan keluaran
berubahubah dengan perubahan beban dan dengan tambahan susutan I 2R
(kehilangan haba) dan satu lagi kesusutan voltan dalam belitan yang dikenali
sebagai susutan IXL (IXL adalah regangan aruhan dalam gelong lilitan). Kedua
dua susutan I2R dan IXL boleh menurunkan keluaran voltan sebaik sahaja beban
meningkat. Perubahan voltan dari tiada beban ke kedudukan beban penuh
adalah

dipanggil

Pengaturan

Voltan

(voltage

regulation)

sebuah

pengulangalik. Satu voltan keluaran yang seimbang boleh diperolehi dengan


menyelaraskan kekuatan medan sebagaimana mengikut kehendak perubahan
beban.
Satu reostat dengan operasi insani (manual operation) di dalam litar medan
boleh digunakan bagi menyelaraskan kekuatan medan. Tetapi oleh kerana
banyak pengulangalik mengalami bebanan yang tidak seimbang secara

17

berterusan, adalah perlu dibuat banyak pengubahsuaian. Oleh itu alat yang
beroperasi secara automatik adalah diperlukan. Pengatur voltan untuk sistem
mengecas bateri kereta adalah contoh sebuah pengatur automatik. Pensuisan
dan pengawalan arus ujaan dilakukan oleh AVR secara automatik. AVR akan
mengesan voltan keluaran diterminal keluaran dan seterusnya menambah atau
mengurangkan arus ujaan mengikut perubahan voltan keluaran tersebut supaya
voltan keluaran pengulangalik menjadi stabil.
Disamping itu terdapat juga Regulating Transformer yang boleh membekalkan
arus kepada medan utama jika sekiranya AVR gagal berfungsi, namun
ketepatannya tidak begitu baik.
12. Penguja Arus Terus (Exciter)
Proses membekalkan arus terus kepada lilitan medan dipanggil pengujaan
janakuasa. Alat yang membekalkan arus terus kepada medan magnet utama
pengulangalik dipanggil Penguja Arus Terus (Exciter). Ianya boleh
dibekalkan dalam berbagai cara, diantaranya adalah seperti menggunakan
janakuasa kecil arus terus dan penguja elektronik jenis static.

18

19

Penguja arus terus boleh diperolehi dari sesebuah penjana arus terus. Penguja
seperti ini sama ada dipasang di bahagian pemutar (rotor) pengulangalik atau
dengan penduan talisawat (belt coupling) dan dipasang di atas penjana. Penguja
seperti ini sebenarnya adalah sebuah penjana arus terus yang kecil dan dipasang
di aci engkol (crankshaft) pemutar sama seperti pengulangalik. Keburukan
sistem ini adalah ianya memerlukan alat penukartertib (commutator) dan berus
karbon. Penukartertib digunakan bagi menukar arus ulangalik kepada arus
terus manakala berus dan slip ring meyalurkan arus terus ke gelong medan di
pemutar. Oleh kerana pemutar berputar sepanjang masa enjin berjalan, adalah
mustahil untuk menyambungkan kabel ke pemutar atau gelong medan di
pemutar tanpa menggunakan berus karbon dan slip ring. Disamping itu, kita
harus ingat bahawa arus yang dijana oleh DC alternator (exciter) adalah arus
ulangalik dan ianya memerlukan alat penukartertib (commutator) bagi
menukar arus ulangalik kepada arus terus untuk sistem pengujaan. Penguja
seperti ini adalah dipasang atau dibina bersamasama dengan pengulangalik itu
sendiri.
Penukartertib mengandungi jalur tembaga yang dipasang di aci engkol
(crankshaft) penjana. Jalur- jalur tembaga ini bertebat dengan jalurjalur mica
ditempatkan di antara jalurjalur tembaga. Berusberus mengandungi grafit
dipotong mengikut bentuk kelengkapan aci. Apabila aci engkol berputar berus
grafit mengelunsur di permukaan jalurjalur tembaga di atas aci engkol dan
membekalkan satu litar penuh untuk arus mengalir ke gelong medan di pemutar.
Masalah yang akan timbul semasa berusberus mengelunsur di permukaan
jalurjalur tembaga ialah sudah semestinya berusberus menjadi haus dalam
satu jangka masa tertentu. Dengan demikian, penukartertib dan berusberus
memerlukan penjagaan dan senggaraan yang lebih.

20

Untuk mengelakkan masalah tersebut, penguja tanpa berus telah dicipta. Dalam
sistem pengujaan tanpa berus, kommutator digantikan dengan rotating diode
yang dipasang di alternator shaft. Pada asasnya pengujaan tanpa berus adalah
sama dengan pengujaan utama. Arus keluaran ulangalik dari excitor
dibekalkan terus ke diode penerus berputar (rotating rectifier diode) yang
terpasang di atas pelit dan diikat kepada aci penjana (alternator shaft). Oleh
sebab rotor excitor, rotating rectifier diode dan gelong medan utama adalah
merupakan

satu

unit

crankshaft

dan

berputar

bersama-sama

maka

penyambungan bekalan arus DC kepada medan utama boleh dibuat terus tanpa
melalui apa-apa berus karbon dan slip ring atau commutator.
13. Sistem Penguja Pegun ( Static exciter )
Sistem ini dipanggil Penguja Pegun (static exciter) oleh kerana ianya tidak
mengandungi bahagian yang bergerak. Sebahagian dari keluaran penjana
disalurkan ke penerus melalui litar elektronik dan dibekalkan ke lilitan medan
exciter.
13. Kawalan Sistem Janakuasa
Kawalan yang perlu untuk sesebuah janakuasa ialah kawalan voltan keluaran
dan frekuensinya. Voltan keluaran dikawal oleh AVR. Oleh sebab frekuensi
bergantung kepada kelajuan enjin maka governor berfungsi untuk menstabilkan
frekuensi.

21

14.1 Kawalan Voltan Keluaran Penjana


Magnitud voltan arus ulangalik yang terjana dikawal dengan menggunakan arus
ujaan arus terus yang dibekalkan ke medan. Jika sekiranya ujaan yang tetap
dibekalkan, magnitud voltan boleh dikawal dengan mengawal kelajuan enjin,
walau bagaimanapun ini akan melibatkan perubahan frekuensi dan oleh kerana
biasanya frekuensi yang tetap diperlukan, maka cara kawalan voltan seperti ini
jarang digunakan. Oleh itu pengatur voltan jenis litar padu (solid state voltage
regulator) digunakan untuk mengawal arus ujaan dan dengan demikian voltan
keluaran dari sesebuah janakuasa dapat dikawal dengan baik.
Kekuatan ujaan yang dikehendaki ialah bergantung kepada beban janakuasa.
Apabila beban janakuasa meningkat kekuatan ujaan yang dikehendaki untuk
mengekalkan voltan juga turut sama meningkat. Beban regangan angkadar
kuasa mengekor (reactive lagging power factor loads) memerlukan lebih ujaan
berbanding dengan beban dengan angkadar kuasa satu (unity power factor
loads). Mesin yang beroperasi dengan bebanan angkadar kuasa mendulu
memerlukan ujaan yang kurang dari unit bebanan angkadar kuasa satu (unity
power factor).
14.2 Kawalan Frekuensi
Governor samada jenis mekanikal (hydraulic) atau jenis elektrik akan
mengesan kejatuhan dan kenaikan kelajuan enjin. Jika kelajuannya tidak
berada pada julat yang ditetapkan, governor akan menyesuaikan banyaknya

22

bahan api yang dibekalkan kepada system pembakaran enjin supaya kelajuan
enjin menjadi stabil.
15.

Kadaran Sesebuah Janakuasa


Bagi menentukan kadaran sesebuah janakuasa factor-faktur seperti berikut perlu
diambil kira :
1.

Penggunaan (sama ada untuk tunggu sedia, kuasa puncak/peaking power


atau kuasa berterusan)

2.

Bebanan puncak dalam KW

3.

Peratus lebih beban

4.

Faktur kuasa beban

5.

Voltan dan Fasa (contoh satu fasa , tiga fasa)

6.

Suhu Ambien dan kenaikan suhu (suhu dan altitud, kelembapan dan lain
lain keadaan sekeliling jika luar biasa atau teruk)

7.

Had perubahan frekuensi dan sambutan beban fana (limits of frequency


variation and response to load transient).

8.

Had junaman voltan (voltage dip) dan masa pulih semula (limits of
voltage dip and transient recovery time)

9.

Had kejatuhan kelajuan (droop)

10.

Klas penebatan liltan utama

11.

Senarai saiz motor dan ciriciri permulaan (list of motor sizes and
starting characteristics)

12.

Maklumat mengenai jumlah bebanan yang mungkin wujud di talian


apabila sebarang motormotor besar dimulakan

13.

Peratus down rated.

23

16. Pembekal Kuasa Utama (Prime Power)


Pembekal Kuasa Utama bermaksud janakuasa adalah sebagai pembekal
utama elektrik dan faktur ini diambilkira supaya ketahanan enjin yang optimum
boleh dicapai. Jika tidak usia enjin tidak akan bertahan lama.
Contoh bekalan yang dibekalkan oleh janakuasa sebagai kuasa utama adalah
perbandaran yang kecil, industriindustri kecil di luar bandar, perlombongan
dan lainlain jenis industri yang tidak mendapat bekalan dari pihak berkuasa
pembekal kuasa elektrik (TNB). Sebelum terdapat nasional grid TNB,
janakuasa sebagai pembekal kuasa utama adalah lumrah.
Dalam sesuatu penggunaan kuasa utama, set janakuasa itu mungkin
dikendalikan terus menerus dalam sehari dengan bebanan yang berubahubah
sepanjang hari. Kadar kuasa utama walau bagaimanapun lebih tinggi dari jenis
kadaran set yang dikendalikan secara berterusan (continuous duty rating)
berdasarkan bebanannya yang berubahubah. Kadaran kuasa utama dianggap
bahawa hitung panjang keluaran yang dikira dalam tempoh melewati 24 jam
beroperasi tidak melebihi kadaran enjin jenis industri beroperasi secara
berterusan.
Selalunya lebih bilangan janakuasa disediakan dari yang diperlukan supaya
ianya dapat dijalankan secara bergilirgilir. Cara ini dapat memanjangkan usia
enjin serta mudah melaksanakan kerja-kerja senggaraan.

24

Hitung panjang keluarannya dikira dalam kilowatt-jam, berdasarkan satu


tempoh operasi selama 24 jam. Satu kilo-watt demand meter boleh digunakan
bagi mengukur satu permintaan hitung panjang (average demand), atau
penggunaan bahan api selama 24 jam boleh diukur dan ditukar ke kilowattjam.
Jika sekiranya hitung panjang keluaran kuasa kuda beroperasi melewati satu
tempoh 24 jam melebihi kadaran kuasa kuda industri berterusan (industrial
continues horsepower rating), tempoh ketahanan enjin (engine life) akan
menurun.
17.

Janakuasa Tunggu Sedia


Janakuasa tunggusedia adalah merupakan sistem bekalan elektrik yang tidak
digunakan dalam keadaan bekalan elektrik adalah normal, ianya digunakan
apabila bekalan kuasa elektrik yang biasa diterima terputus atau mengalami
gangguan.

18.

Kadaran Janakuasa Tunggu Sedia


Kadaran janakuasa tunggu sedia adalah bergantung kepada saiz beban yang
perlu dibekalkan olehnya semasa gangguan bekalan terjadi. Selalunya beban
penting sahaja (essential load) diutamakan untuk dibekalkan oleh janakuasa
tunggu sedia semasa gangguan terjadi. Jika tidak kita perlukan set janakusaa
yang terlalu besar dan ini merupakan satu pembaziran. Beban penting berbeza
beza mengikut penggunaan sesuatu bangunan. Bangunan pejabat selalunya lift,
sebahagian kecil mampu terutama di tempattempat yang tidak mendapat
cahaya dari tingkap, merupakan beban penting. Bagi komplek membelibelah
lampu adalah penting. Bagi bank dan badanbadan tertentu, komputer sangat

25

penting kerana itulah nadi perniagaannya, oleh itu mungkin ia menjadi beban
penting. Hospital pula mempunyai beban penting yang tersendiri terutama bilik
kecemasan dan bilik bedah.
19.

Lokasi Janakuasa
Lokasi janakuasa bergantung kepada:
a.

Kesesuaian tempat

b.

Kehendak peraturan (JBE, Bomba, Building by law)

c.

Mudah senggaraan

d.

Jarak dari papan suis utama

Selalunya janakuasa ditempatkan di paras tanah (ground level), tetapi ada juga
di tingkat atas sedikit kerana masalah kekurangan tempat di tingkat bawah.
Bangunan tinggi di tengah bandar selalunya menghadapi masalah ini .Di
kawasan selalu dilanda banjir menempatkan janakuasa di tingkat bawah adalah
tidak sesuai.
20.

Kesan Harmonic
Harmonic adalah gelombang tambahan selain dari gelombang sinus (sine
wave). Kesan gelombang ini menyebabkan gelombang sinus keluaran penjana
tidak sempurna (distortion). Alat yang sensitif kepada gelombang ini boleh
menimbulkan masalah. Harmonic yang terlalu serius akan menyebabkan
bahagianbahagian tertentu terutama penamatan dan penyambungan kabel

26

menjadi panas. Saiz kabel juga mungkin perlu lebih besar. Kebocoran ke bumi
juga menjadi tinggi.
21.

Penyejukan Pengulangalik
Kehilangan tembaga dan teras besi (copper and iron core losses) sesebuah
pengulangalik akan menghasilkan haba. Kehilangan tembaga adalah kehilanagn
I2R dan ia berubah dengan perubahan beban yang mengakibatkan perubahan
arus. Kehilanagn teras berubah dengan voltan, tetapi tidak dengan beban. Suhu
lilitan bergantung kepada suhu ambient dicampur dengan kenaikan suhu
disebabkan kehilangan tembaga dan kehilangan besi.
Untuk tujuan penyejukan supaya suhu pengulangalik berada di tahap yang
dihadkan ia dilengkapkan dengan kipas yang boleh menyedut udara dari satu
hujung dan membuangnya di hujung yang satu lagi.
Selalunya pengulangalik mempunyai ruang udara terbuka tetapi ditutup dengan
jaring dawai di sekelilingnya. Bahagian atas di mana terdedahkan kepada titikan
air atau objek jatuh, ditutup dengan kepingan logam. Dalam keadaan tertentu di
mana penyejukan jenis ini tidak sesuai pengulangalik ditutup sepenuhnya dan
penyejukan menggunakan benda alir yang sesuai dan tidak konduktif
digunakan.

22.

Alat Pemanas ( Space heater )


Pengulangalik tunggu sedia yang berada di kawasan tropika di mana lembapan
adalah masalah yang sering dihadapi, perlu dipasang alat pemanas didalam

27

lilitannya supaya ianya sentiasa kering. Pemanas ini hendaklah di ON kan


semasa pengulangalik tidak beroperasi sahaja. Bekalan alat pemanas selalunya
bekalan satu fasa dan diambil dari bekalan utama (mains supply).

28

23.

Kelas Penebatan Pengulangalik


Kelas penebatan pengulangalik selalunya ialah kelas H (180 darjah C) untuk
main rotor & stator dan kelas F (155 darjah C) untuk excitor.

24.

Bilik Janakuasa
Janakuasa hendaklah ditempatkan di dalam bilik yang sesuai dan cukup
keluasannya. Keperluan bilik tersebut antaranya ialah :
a. Cukup keluasan dan ketinggiannya
b. Bersebelahan atau hampir dengan bilik papan suis utama
c. Laluan keluar masuk hendaklah mudah untuk tujuan senggaraan
d. Mempunyai peredaran udara yang mencukupi
e. Mempunyai alat atau sistem pemadam api dari jenis yang sesuai dan
diluluskan
f. Mempunyai lampu dan soket 13 A yang secukupnya
g. Mempunyai kipas pelawas yang cukup saiznya
h. Mempunyai tikar getah setebal 5mm dihadapan papan AMF dengan saiz
yang tidak kurang dari lebar papan AMF itu sendiri
i. Dilengkapkan dengan sistem pembumian untuk frame penjana dan star point
j. Dilengkapkan dengan sistem penyerap bunyi jika diperlukan
k. Mempunyai trench jika berada di tingkat bawah
l. Dilengkapkan dengan tanda, notis dan kunci

25.

Tapak Janakuasa

29

Janakuasa hendaklah diletakkan di atas tapak yang sesuai dan kuat selain dari
tapak yang tersedia ada (concrete plinth). Penyerap gegaran dari jenis yang
sesuai seperti getah atau spring hendaklah dipasang. Sebaikbaiknya tapak
janakuasa hendaklah tinggi sedikit dari aras lantai supaya kerjakerja
senggaraan seperti menukar minyak enjin mudah dijalankan.
26.

Kabel Keluaran
Kabel keluaran yang digunakan biasanya jenis MICC ( mineral insulated copper
cable ) kerana kabel ini tahan suhu tinggi. Kabel jenis FRC (fire rated cable)
ada juga digunakan dan semakin popular disebabkan harganya lebih murah dan
kerja memasangnya lebih senang berbanding dengan kabel MICC. Kabel FRC
lembut dan mudah lentur tetapi tidak mudah terbakar, manakala kabel MICC
sangat keras dan sukar memasangnya. Suhu ambient berhampiran janakuasa
adalah lebih tinggi dari bahagianbahagian lain pemasangan. Risiko kebakaran
seperti ini juga adalah tinggi, oleh itu kabel biasa tidak sesuai digunakan.

27.

Papan AMF (Automatic Main Failure)


Papan AMF digunakan untuk mengawal dan melindungi janakuasa. Segala
bentuk operasi otomatik janakuasa dikawal di papan ini. Begitu juga
perlindungan pengulangalik dan enjin disel dilakukan di sini.

Alatalat yang terdapat di dalam papan AMF antaranya ialah:

30

a.

ACB atau MCCB dengan gelung shunt trip

b.

Metermeter penunjuk
Ammeter (3 buah), Voltmeter (3 buah), meter frequency, meter hour
run, meter faktur kuasa, meter KWh, meter KW

c.

Pengecas bateri

d.

Geganti perlindungan Electrical (protective relays)


Electrical relays, litar pintas / arus lebih, beban lebih rosak ke bumi,
restricted earth fault, under voltage relay, reverse power relay.

e.

Geganti mekanikal (mechanical relays)


Lampau laju (overspeed), lampau panas (high water tenperature),
tekanan minyak rendah (low oil pressure), overcrank, gagal untuk
dihidupkan (fail to start) dsb.

f.

Timer

g.

DC supply switch (double pole)

h.

Lampulampu penunjuk

i.

Emergency Stop Button (mushroom type)

j.

Butangbutang tekan (Manual Start, Lamp Check)

k.

Suis pemilih Operation mode (OFF, MANUAL, TEST, AUTO)

l.

Loceng amaran

Terdapat DUA kadaran voltan untuk gelung geganti kawalan iaitu:


a.

DC 24 V / DC 12 V

b.

AC 240 V

31

Sebahagian geganti beroperasi semasa janakuasa belum berfungsi oleh itu


gelung geganti mendapat bekalan dari bateri. Sebahagian lagi hanya berfungsi
apabila janakuasa telah beropersai, oleh itu ia dibekalkan bekalan 240 V AC.
Sila rujuk rajah litar kawalan papan AMF.
Dari papan ini bekalan disalurkan ke papan suis utama melalui suis tukar alih
(chargeover contactor) untuk disalurkan ke bebanbeban tertentu bila
diperlukan. Suis tukar alih hendaklah electrically and mechanically interlock.
Gelung operasinya hendaklah berkadaran 240V, 50 Hz dan boleh beroperasi
dengan voltan di antara 85 % hingga 110 % dari voltan kadaran.
28. Tangki Bahan Api
Lazimnya terdapat dua jenis tangki didalam system janakuasa. Pertama ialah
tangki simpanan (bulk tank / storage tank) dan tangki harian (day tank). Bulk
tank berkapasiti besar dan selalunya untuk bekalan kepada beberapa buah
janakuasa, manakala day tank berkapasiti kecil untuk kegunaan setiap satu
janakuasa. Bulk tank selalunya ditempatkan diluar bilik janakuasa manakala
day tank ditempatkan didalam bilik janakuasa atau berhampiran dengan
janakuasa. Jika pengaliran secara gravity tidak dapat diperolehi sebuah pam
bahan api hendaklah disediakan untuk mengepam bahan api dari bulk tank ke
day tank.
29. Pembumian
Pembumian yang diperlukan untuk system janakuasa ialah pembumian untuk
papan AMF, pembumian frame alternator dan pembumian star point gelong
alternator. Pembumian papan AMF dan frame alternator boleh digabungkan
tetapi pembumian untuk star point alternator hendaklah dibuat berasingan.

32

Pita tembaga digunakan sebagai konduktor bumi untuk pembumian papan


AMF dan frame alternator. Manakala star point pula konduktor bumi yang
digunakan ialah kabel tembaga PVC hitam dengan saiz yang mencukupi.
31. Perlindungan Solid Particle dan Percikan Air
IP21, IP22 dan IP23 (on request)
32. Testing of Generator Set
Ujian di kilang (performance test)
Ujian pemasangan
Ujian Enjin
Ujian Sistem kawalan & perlindungan
Test Form
33. Engine Instrument Panel
Key switch
Reset button
Temperature indicator / liquid expansion tube
Oil pressure meter (PSI)
Charging current
RPM meter / magnetic pickup
34. Perlindungan Janakuasa
Perlindungan asas yang berikut hendaklah diberikan kepada sesebuah
janakuasa:
a. Overspeed - trip
b. High Water Temperature - trip
c. Low Oil Pressure - trip
d. Over Crank - stop

33

e. Low Fuel level - alarm


f. Lack of Fuel alarm & trip
g. Undervoltage - trip
h. Fail to start - stop
i. Overcurrent / Overload - trip
j. Earth fault / Leakage - trip

Standard Digunakan
Standard yang biasa diguna pakai ialah:
k. IEC 2-3

Italy

l. BS 5000

UK

m. NEMA

USA

n. VDE

Germany

o. NFC 51.111

France

p. CSA

Canada

. Pendaftaran & Fee


. Mobile Genset

34

SENGGARAAN JANAKUASA

No

Butiran

A
A1

SISTEM PELINCIRAN
Paras minyak pelincir, tambah jika
perlu
Penapis minyak, tukar setiap 250 jam
Minyak hydraulic governor, tambah
jika perlu
Tukar minyak hydraulic setiap 1500
jam
Periksa
kebocoran
minyak
pelincir/hydraulic
SISTEM BAHAN API
Periksa operasi pam pindah minyak
Tukar penapis bahan api

A2
A3
A4
A5
B
B1
B2
B3
B4
B5
C
C1
C2
C3
C4
D

Periksa kebocoran bahan api


Bersihkan penapis udara
Ganti penapis udara
SISTEM PENYEJUK
Periksa paras bahan penyejuk, tambah
jika perlu
Periksa jika terdapat kebocoran bahan
penyejuk
Tukar bahan penyejuk
Bersihkan radiator
ALTERNATOR

Setiap
Bulan

Setiap
6 bulan

Setiap
12 bulan

*
*
*
*
*
*
*
250 jam
*
*
*
*
*
*
*

35

D1
D2

Bersihkan habuk
Uji penebatan di stator dan rotor

PANEL KAWALAN

E1

Periksa dan rekodkan bacaan metermeter semasa janakuasa berjalan


Periksa lampu-lampu penunjuk
Periksa dan uji operasi alat
perlindungan:
i. Suhu tinggi amaran & pelantik
ii. Tekanan minyak rendah
amaran & pelantik
iii. Gagal untuk mula amaran &
pelantik
iv.Paras bahan api rendah stage 1
amaran sahaja
v. Paras bahan api rendah stage 2
pelantik
SISTEM ELEKTRIK
Periksa paras elektrolit bateri, tambah
jika perlu
Periksa pengecas bateri (trickle &
boost)
Buka & Bersihkan terminal sambungan
bateri serta kuatkan ikatannya
UJIAN PERJALANAN
JANAKUASA
Jalankan janakuasa tanpa beban selama
kira-kira 15 minit
Jalankan janakuasa dengan beban
selama 30 minit
SISTEM PEMBUMIAN
Periksa & ketatkan sambungan kabel
bumi janakuasa dan papan AMF
Uji keterusan pengalir bumi &
rintangan elektrod bumi
BILIK JANAKUASA

E2
E3

F
F1
F2
F3
G
G1
G2
H
H1
H2
I

*
*

Setiap
hari
*

Setiap
bulan

Setiap
6 bulan

*
*

*
*
*

*
*
*
*

36

I1
I2

Bersihkan bilik janakuasa


Bersihkan kawasan luaran, jika perlu

*
*

Você também pode gostar