Você está na página 1de 4

Kemurungan

Apakah itu kemurungan?


Kemurungan adalah penyakit mental yang menyebabkan perasaan (mood) seseorang individu
menjadi semakin menurun.

Ini akan menjejaskan kehidupan harian individu tersebut, termasuklah pemikiran, perasaan,
tingkah laku dan kesejahteraannya.

Sekiranya tidak ditangani secara efektif, ianya boleh mendorong kepada tindakan membunuh
diri.

Bagaimana mengenal pasti seseorang mengalami


kemurungan?
Ciri-ciri kemurungan termasuklah:

 Sentiasa sedih dan menangis


 Mudah tersinggung
 Tidak bermaya
 Tidak berupaya untuk menikmati aktiviti-aktiviti kegemaran
 Rasa bersalah yang tidak menentu
 Sakit - sakit badan
 Kehilangan fungsi tubuh yang tidak boleh diperjelaskan
o Contoh: Sentiasa mengalami sakit kepala, letih atau sakit perut
 Mengasingkan diri daripada sahabat dan keluarga
 Cubaan untuk mencederakan diri sendiri dan membunuh diri

[Bagaimanamembantu seseorang yang mengalami masalah


kemurungan?
Antara langkah-langkah yang boleh diambil termasuklah:
 Menggalakkan individu tersebut untuk berbual dengan orang yang beliau percaya, seperti
o Ibu bapa
o Ahli keluarga yang dipercayai
o Kaunselor sekolah
o Guru agama

Jadilah sahabat yang sentiasa memberi sokongan

o Mendengar
o Menghibur hati
o Menasihati
o ATAU

Memberi cadangan untuk mendapatkan bantuan daripada individu yang lebih berkelayakan:

 Doktor
 Ahli Psikologi
 Pakar Psikiatri

"Minta pertolongan adalah langkah pertama untuk mengatasi masalah kemurungan"

Apakah yang akan berlaku sekiranya tiada bantuan


diberikan?
Terdapat banyak keburukan apabila kemurungan tidak ditangani. Ini termasuklah:

 Kesan ke atas fizikal. Contoh:


o Masalah kurang berat badan atau masalah kegemukan
o Gangguan kitaran haid
o Anemia

 Kesan ke atas Psikologi. Contoh:


o Perasaan rendah diri

Risiko untuk bunuh diriDari segi saintifiknya, penyelidikan mendapati kemurungan disebabkan
ketidakseimbangan dua bahan kimia dalam otak dan badan iaitu serotonin dan noradrenalin.

Serotonin ialah sejenis bahan kimia yang wujud dalam sistem saraf pusat dan perubahan paras serotonin
dalam otak boleh mengubah mood seseorang.

Begitu pun, kajian turut mendapati bahawa kemurungan boleh diwarisi yang bermaksud ia mempunyai
hubung kait dengan faktor genetik.

Sementara itu, perunding psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr. Nor Zuraida Zainal,
dalam kertas kerjanya yang bertajuk Penyakit Kronik dan Hubung Kaitnya dengan Kemurungan dan
Kesakitan pula menjelaskan, kemurungan di kalangan pesakit yang menghidapi penyakit kronik seperti
barah, jantung, strok dan parkinson boleh memburukkan lagi keadaan kesihatan mereka.

"Hubung kait kemurungan dan penyakit kronik amat tinggi. Kesakitan menyebabkan kemurungan dan
kemurungan menyebabkan kesakitan.

"Penyakit kronik menyebabkan jiwa tertekan dan menjejaskan keadaan psikologi pesakit, seterusnya
membawa kepada kemurungan.

"Kemurungan pula boleh memburukkan lagi keadaan kesakitan dan menjejaskan keadaan fizikal yang
mengganggu keberkesanan rawatan penyakit tersebut," jelas beliau.

Sementara itu, pensyarah kanan Jabatan Perubatan Psikologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),
Dr. Jesjeet Singh Gill berkata, cabaran sebenar dalam mengenal pasti kesakitan dan kemurungan ini ialah
untuk mengatasi stigma yang berkait rapat dengan diagnosis dan rawatan penyakit tersebut.

"Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan kedua pada tahun 1996 menyatakan 10.7 peratus daripada
orang dewasa Malaysia berusia 16 tahun ke atas menghadapi masalah kesihatan mental.

"Kemurungan menyumbang 11.8 peratus kepada masalah psikologi paling umum dihadapi oleh para
responden. Walaupun peratusan itu tidak tinggi, ia telah menunjukkan tanda-tanda amaran.

"Didapati hanya sebilangan kecil pesakit yang berjumpa dengan pengamal perubatan am untuk mengatasi
masalah kemurungan manakala hanya segelintir yang terus berjumpa dengan pakar psikiatri," jelas beliau.

Dr. Jesjeet menambah, masalah kemurungan ini boleh dirawat namun ramai pesakit yang enggan atau
keberatan untuk berjumpa pengalam perubatan.

"Kami mendapati para pesakit enggan mendapatkan rawatan kerana mereka bimbang akan dipulaukan.
Mereka juga takut dipandang rendah di tempat kerja dan mereka yang menghidapi masalah ini masih
dianggap sebagai mempunyai masalah emosi atau kurang keazaman," ujar Dr. Jesjeet.

Pensyarah kanan Jabatan Perubatan Psikologi, Universiti Malaya, Dr. Ting Joe Hang menegaskan
kemurungan bukan satu kelemahan peribadi tetapi penyakit yang menjejaskan otak dan memerlukan
rawatan segera.
"Sekiranya pesakit mempunyai empat atau lima simptom tetapi tidak tahu apakah sebabnya
berkemungkinan mereka menghidap kemurungan.

"Pesakit tidak harus berdiam diri, mereka perlu berjumpa dengan doktor dan utarakan kemungkinan
menghidapi kemurungan supaya mereka boleh dirujuk kepada doktor pakar. Perkara yang tidak harus
dilakukan oleh doktor ialah dengan menganggap kesakitan fizikal ini sebagai sakit biasa," ujar beliau.

Menerusi satu kajian kes yang dijalankan, beliau mendapati bahawa seorang suri rumah yang mengadu
mengalami sakit gigi masih mengalami kesakitan tersebut walaupun giginya telah dicabut.

"Menerusi perbualan dengan pakar psikiatri, menemukan hasil bahawa wanita tersebut sebenarnya
mengalami kemurungan sejak tiga tahun lalu iaitu sebelum dia mengalami kesakitan gigi.

"Wanita itu juga mengakui sukar tidur, hilang selera makan, tidak lagi gemar berkebun seperti dahulu dan
mudah sensitif.

Setelah diagnosis dijalankan, rawatan melibatkan ubat, terapi dan sokongan sosial terbukti membantu
wanita tersebut mengembalikan keceriaan hidupnya. Bukannya kesakitan gigi yang menyebabkan beliau
sakit, tetapi apa yang dipendam menjadi punca kemurungan tersebut," kata beliau.

Most recent comments... (In posting order) Care to comment?

Fri
thanks...
it's help a lot

o
o

 Kesan ke atas sosial. Contoh :


o Pencapaian sekolah yang lemah
o Ponteng
o Penyalahgunaan dadah atau minuman keras

Você também pode gostar