Você está na página 1de 18

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN

( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN

PELAPORAN PRAKTIKUM
AKTIVITI 3 ( T1A3 )
HBEF 3603

PUSAT PEMBELAJARAN :
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
BATU PAHAT, JOHOR.

AKTIVITI 3 ( T1A3 )
PELAPORAN PRAKTIKUM
1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras dalam
pendidikan di Malaysia.Ia perludikuasai oleh setiap murid dalam ujian supaya
setiap sijil yang dikeluarkan akan diiktiraf lulus.

Pengajaran dan pembelajaran di

dalam kelas perlu dilaksanakan bagi membantu meningkatkan penguasaan ilmu kepada
pelajar. Pengajaran dan pembelajaran ini dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai kaedah
dan teknik agar ia lebih menarik ,mudah difahami serta murid tidak berasa bosan dan jemu.
Selepas melaksanakan dua kali praktikum pelbagai perkara yang boleh dikongsi dan
dibincangkan bersama sama ada guru, murid , isi kandungan pelajaran dan persekitaran.
Semasa menjalankan pemerhatian, temu bual ,Ujian pra dan ujian post
dijalankan, masih terdapat beberapa murid tahun 2 Azam yang tidak dapat
menguasai kemahiran membaca Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran,
murid juga sering tidak dapat menyebut perkataan dan ayat dengan betul .
Sekiranya ini tidak diatasi kemungkinan ia akan mengalami masalah kelancaran
dalam membaca seterusnya akan gagal dalam ujian dan kehidupan seharian.
Oleh yang demikian kajian ini dibuat untuk menghuraikan mengapa
pelajar tersebut gagal menguasai kemahiran membaca.Kegagalan ini
kemungkinan disebabkan beberapa faktor yang mempengaruhinya.. Antaranya:

1.1. Murid
Latar belakang murid itu sendiri yang menyebabkan mereka gagal. Semasa sesi temu
bual responden kurang membaca, malah banyak bermain, pengaruh rakan sebaya dan
menonton televisyen. Responden juga kurang mendapat perhatian dari kalangan keluarga.
Responden takut kepada guru selepas ditegur kerana melakukan kesalahan.Semasa
pengajaran dan pembelajaran dijalankan didapati murid-murid pada awalnya kurang
memberi kerjasama, merasa malu, takut dan sebagainya. Mereka agak berasa takut untuk

menjawab,ia lebih suka mendiamkan diri atau menggelengkan kepala apabila diajukan
soalan-soalan oleh guru.Keadaan ini berlaku semasa praktikum pertama,api berlaku
perubahan yang positif semasa sesi praktikum ke dua selepas murid diberi motivasi mengapa
mereka perlu belajar dan sama-sama berkongsi jawapan .
Melalui penerapan kaedah motivasi yang dijalankan telah dapat meningkatkan
kembali semangat dan penglibatan murid secara aktif untuk mengikuti pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan. Murid berlumba-lumba untuk menjawab setiap soalan yang
dikemukakan walaupun kadang-kadang jawapan yang diberikan kurang tepat. Lebih 80%
penglibatan mereka secara aktif termasuklah responden kajian. Begitu juga didapati muridmurid dapat melaksana dan menyiapkan kerja-kerja yang diberikan dengan cepat. Hadiah
motivasi yang berbentuk kata-kata pujian atau barangan dapat membantu murid menguasai
ilmu dan objektif pembelajaran pada hari tersebut tercapai.
1.2.Guru
Sebagai seorang guru, kita harus sedar akan tahap kebolehan murid di dalam kelas.
Tahap kebolehan mereka adalah berbeza dan tidak sama.Guru perlu mengambil berat akan
hal ini kerana ia boleh mempengaruhi objektif dan hasil pembelajaran. Selepas
melakasanakan beberapa penilaian melalui pemerhatian , temu bual , ujian pra dan ujian post
didapati responden memang mengalami masalah dalam pembelajaran. Penguasaan mereka
dalam bacaan amat kecil .Ini yang menyebabkan mereka agak ketinggalan. Oleh yang
demikian melalui kaedah motivasi yang dilakukan telah dapat meningkatkan keyakinan
murid terutama responden kajian.
Guru harus menerapkan kaedah motivasi kepada murid agar mereka menyemai
minat untuk mengikuti pengajaran yang akan disampaikan oleh gurunya. Sebelum
menerapkan kaedah motivasi didapati murid kurang berminat , tidak memberi tumpuan
sepenuhnya dan ada yang mengganggu rakan.
Selepas kaedah motivasi diguna pakai berlaku perubahan dalam sesi praktikum ke
dua, Murid mula memberi kerjasama dalam pengajaran dan pembelajaran. Motivasi
berbentuk puji-pujian seperti tahniah, baik, bagus,tahniah dan cemerlang, motivasi berbentuk
hadiah seperti belon, gula-gula, pensel perlu diterapkan agar murid dapat memberi kerjasama
, aktif serta sentiasa bersedia dalam pembelajarannya. Tindak balas dari murid adalah
diperlukan supaya pembelajaran dua hala berlaku, guru dan murid, murid dengan murid.
3

Guru membantu dan memberi bimbingan supaya murid dapat meningkatkan kualiti dan
kelancaran bacaan.Tindak balas ini yang dapat meningkatkan kefahaman dan kecemerlangan
murid.
1.3.Isi kandungan pelajaran
Apabila seseorang guru hendak melaksanakan pengajaran perkara utama yang perlu
difikirkan ialah isi kandungan pelajaran. Isi kandungan pelajaran ini yang akan menjadikan
pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan baik. Apabila ada isi kandungan
pelajaran yang dipilih oleh seseorang guru itu dapat diolah dengan baik ,ini akan membantu
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar, menarik, menyeronokkan
,penglibatan murid yang aktif dan suasana pembelajaran yang positif.
Isi kandungan pelajaran juga perlu bertautan atau berkaitan antara satu sama lain.
Kesinambungan isi kandungan juga dapat menarik minat murid untuk mengetahui kesudahan
atau jawapannya.Murid akan terus aktif mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan.
1.4.Persekitaran
Persekitaran juga harus diambil kira. Ramai jiran yang tinggal berhampiran
kurang membaca, Kurang bahan bacaan dan leka menonton televisyen
selalu keluar rumah dan berkumpul atau melepak. Pesekitaran dalam
kelas itu juga menyebabkan responden kurang kemahiran membaca.
Persekitaran yang kondusif dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar. Sekiranya
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di dalam kelas, guru perlu pastikan suasana kelas
itu menarik, ceria, pencahayaan yang terang , bersih, susun atur kerusi dan meja menarik dan
sebagainya. Apabila ini dapat dilakukan oleh guru dengan kerjasama murid ia akan
membantu kelancaran pengajaran dan pembelajaran seterusnya objektif pembelajaran
tercapai.
Guru juga boleh melakukan pengajaran dan pembelajaran di luar kelas bagi
mengelakkan kebosanan murid-murid. Guru boleh membawa murid belajar di taman sains,
pondok bacaan, pondok basikal , makmal computer dan lain-lain. Cara ini juga dapat
meningkatkan motivasi murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

2. ISU / FOKUS KAJIAN


2.1. Tema / Isu keperihatian kajian / Masalah
Kajian yang dijalankan bertemakan penguasaan kemahiran membaca. Dalam
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tiga kemahiran harus dikuasai oleh seseorang
murid iaitu
a. Kemahiran lisan
b. Kemahiran bacaan
c. Kemahiran tulisan.
Ketiga-tiga kemahiran ini perlu disampaikan dan dicapai oleh setiap murid. Jika
sebaliknya berlaku ini akan menjadikan murid tersebut gagal dan pengajaran guru juga
kurang baik. Guru perlu menggunakan kaedah dan teknik yang lain supaya kegagalan
tersebut dapat diatasi.
Ketiga-tiga kemahiran ini adalah berkaitan dan bergabung . Apabila murid dapat
menguasainya sudah pasti ianya merupakan salah seorang murid yang cemerlang.
Isu keperhatinan dalan kajian ialah masalah kemahiran membaca. Kemahiran
membaca tidak akan dapat dikuasai sekiranya murid belum menguasai kemahiran lisan .
Penguasaan kemahiran lisan seperti membunyikan huruf, suku kata ( baca , mata , kuku ,
sakit ) , perkataan, frasa atau ayat perlu diutamakan . Dengan ini barulah murid boleh
menguasai kemahiran bacaan.
Melalui pengalaman selepas menjalankan praktikum dikelas 2 azam didapati ada
murid yang masih lemah dalam kemahiran lisan, bacaan dan tulisan.Mereka ini juga terdiri
daripada kalangan murid-murid pemulihan.Melalui pemerhatian semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran dijalankan didapai murid tersebut
a. kurang memberi perhatian atau tumpuan terhadap penerangan yang dijalankan oleh
guru.
b.Masalah tulisan yang tidak kemas

c. Ada kesalahan ejaan.


d. Semasa membaca ayat mereka mengalami masalah membunyikan perkataan yang
mengandungi tiga atau empat suku kata seperti menembak, mengendong,
menjinjing atau menebas.
Masalah yang dihadapi oleh murid ini perlu di atasi. Selepas dikenalpasti masalah
yang dihadapi, murid tersebut telah diberi bimbingan, lebih perhatian dan diberi motivasi
serta kata-kata semangat kepadanya beberapa orang murid telah boleh membaca perkataan
dengan agak baik semasa sesi praktikum ke-dua berbanding praktikum yang pertama.
Apabila dilihat peningkat yang dicapai didapati kecemerlangan sememangnya
memerlukan motivasi yang tinggi.Murid tersebut sudah tentu memerlukan perhatian ,
motivasi dalaman yang lebih supaya mencapai kemajuan diri. Ditambah pula dengan kaedah
dan strategi pengajaran yang diselaraskan berkualiti oleh guru. Elemen ini akan dapat
memberi kesan yang begitu mendalam kepada pelajar. Rujuk dalam lampiran 1
Dalam jadual tersebut menjelaskan hasil perolehan dan dapatan ujian
sebelum responden diberi rangsangan dan motivasi semasa sesi praktikum pertama dijalankan
ke atas responden yang dikaji. Mereka diberi bahan dan diminta terus membaca bahan bacaan
tersebut. Didapati ramai dari kalangan responden yang masih belum menguasai kemahiran
membaca.
Selepas diberi motivasi , bimbingan dan perhatian yang lebih
terhadap responden didapati berlaku sedikit perubahan dari segi
penguasaan pencapaian mereka seperti yang ditunjukkan dalam jadual 2
ujian pos di atas.Ini menunjukkan bahawa pelajar memerlukan suntikan
semangat dan motivasi sama ada dalam bentuk puji-pujian , belaian ,
kata-kata semangat atau berbentuk ganjaran supaya mereka akan
meningkatkan kemajuan pencapaian dalam pelajaran dan sahsiah diri.
Elemen ini akan dapat memberi kesan yang begitu mendalam kepada pelajar. Rujuk dalam
lampiran 2.
3. BILANGAN MURID YANG DIKAJI
Dalam melaksanakan kajian tindakan ini, Kelas 2 Azam SK Seri Pasir
seramai 25 orang adalah sasaran kajian. Sebelum menjalankan kajian
6

tindakan pengkaji telah memaklumkan kepada pihak pentadbiran sekolah


tentang cadangan kajian ini.Di samping itu segala maklumat pelajar akan
dirahsiakan bagi member keselesaan kepada pelajar. Semasa kajian
dijalankan didapati seramai 8 orang murid gagal menguasai kemahiran
membaca. Mereka terdiri daripada 4 orang responden lelaki C,E,G dan H
( ditulis L pada ruangan jantina ) dan 4 orang responden perempuan A,
B, D dan F ( ditulis P pada ruangan jantina ) .
BIL
1
2
3
4
5
6
7
8

RESPONDEN
A
B
C
D
E
F
G
H

JANTINA ( L / P )
P
P
L
P
L
P
L
L

Melalui soal selidik yang dijalankan didapati responden kajian


adalah dari kalangan mereka yang mempunyai tahap kebolehan yang
berbeza.Walaupun responden terdiri dari kalangan bangsa melayu dan
umur yang sama tetapi latar belakang diri, keluarga, tahap kekuatan
minda,kemahiran dan sosio ekonomi keluarga juga berlainan di antara
mereka. Ini didapati selepas soal selidik yang dijalankan terhadap
responden seperti dalam jadual . Rujuk lampiran 3
4. INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Kajian yang dihasilkan memerlukan dapatan yang diperolehi melalui soal
selidik yang diberikan kepada sampel kajian iaitu murid tahun 2 Azam SK Seri
Pasir. Semua responden yang dipilih berumur 8 tahun . Kebenaran dari guru
besar telah diberikan untuk menjalankan kajian ini.Semua responden yang dipilih
berumur 8 tahun dan telah dipilih secara rawak di setiap kelas. Pengkaji telah
berjumpa

dengan

Guru

Besar

tersebut

untuk

meminta

kebenaran

bagi

menjalankan kajian ini serta komitmen dari guru-guru juga baik.

Kaedah Motivasi yang dijalankan merupakan salah satu kaedah


yang boleh merangsangkan kehendak seseorang melakukan sesuatu
7

untuk menguasai sesuatu kemahiran dan seterusnya mencapai kejayaan


yang dicita-citakan.
Kaedah motivasi boleh dilaksanakan melalui teknik soal selidik,
pemerhatian, temu bual, ujian pra dn ujian pos.
4.1.Soal selidik
Ujian pra dan ujian pos telah dijalankan . Selepas itu pengkaji
mengedarkan borang soal selidik kepada responden dengan bimbingan
dan bantuan guru kelas. Kaedah ini dilaksanakan bagi melihat jika
terdapat pengaruh dan faktor lain yang membantu meningkatkan
kemahiran dan minat membaca dikalangan mereka.Responden hanya
perlu menjawab YA atau TIDAK dalam borang setelah guru
menyoalnya. Jawapan tersebut akan dianalisis dalam bentuk peratus bagi
mengukuhkan lagi persoalan kajian.
Dapatan

analisis

penguasaan

kemahiran

membaca

dapat

membantu mengukuhkan persoalan kedua adakah kaedah motivasi


boleh membantu pelajar meningkatkan kemahiran membaca . Ini
menunjukkan bahawa selain gambarajah, visual tayangan slaid daripada
komputer dan lain-lain dapat menarik minat responden membaca perlu
digunakan semasa mengajar dan disokong dengan bimbingan dan
perhatian secara berterusan.Rujuk Lampiran 4
4.2. Kaedah pemerhatian
Pemerhatian
digunapakai

untuk

juga

merupakan

mendapatkan

antara
maklumat

kaedah

yang

responden.

boleh
Melalui

pemerhatian pengkaji akan dapat memilih strategi dan teknik pengajaran


untuk membantu meningkatkan perubahan tingkahlaku responden dan
seterusnya mengambil bahagian semasa pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Rujuk Lampiran 5

5.KEBAIKAN

DAN

KEKURANGAN

INOVASI

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN
5.1. Kebaikan
Semasa inovasi pengajaran dijalankan terdapat pelbagai gangguan
proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh murid.Namun
demikian ia dapat dikawal apabila pengkaji menyelami masalah, latar
belakang murid dan

memberi motivasi kepada murid-murid tersebut

terutamanya responden yang dikaji.


Pengajaran yang berkesan juga memerlukan beberapa kemahiran
yang

harus

dikuasai

oleh

seseorang

guru

sebelum

da

semasa

menjalankan pengajaran. Kemahiran pengajaran yang harus dikuasai,


seperti kemahiran merancang pengajaran, mengendalikan pengajaran
dan perbincangan,menyoal dan lain-lain.
Disamping mempunyai pelbagai kemahiran dalam pengajaran guru
harus memberi motivasi sebagai rangsangan untuk kejayaan seseorang
murid dan dapat mengurangkan kegagalan. Selain itu ia akan melahirkan
murid yang bermotivasi dan bersemangat untuk mengikuti pengajaran
seterusnya meningkatkan daya pemahaman terhadap sesuatu topik
pengajaran.
Menurut Kamarudin Hj. Husin ( 1993 ), semasa proses pengajaran dan pembelajaran,
motivasi dianggap sebagai satu unsur yang penting dan membolehkan murid-murid
melibatkan diri secara aktif, disamping menjadikan proses pembelajaran itu berlangsung
dalam keadaan bermakna, berfaedah dan menggembirakan.
Semasa pengajaran dijalankan dan apabila guru mengambil berat terhadap diri dan
masalah mereka, ini akan membuatkan pelajar akan memberi tindakbalas yang
positif.Memahami masalah mereka adalah lebih baik daripada menghukum. Dengan cara ini
wujud kemesraan antara guru dan murid seterusnya saling berangungjawab.
Semasa inovasi pengajaran dan pembelajaran dijalankan pengajaran apabila murid
mempunyai motivasi yang tinggi akan mewujudkan keghairahan untuk belajar dan tidak
bergantung kepada pengajaran guru tetapi berusaha menambah pengetahuan sedia ada.

Selain itu, terdapat juga kebaikan yang wujud iaitu melahirkan semangat kerjasama
antara murid semasa melakukan aktiviti berkumpulan dijalankan.Mereka akan meluahkan
idea dan pendapat bagi menjayakan projek yang dijalankan.
5.2. Kekurangan
Walaubagaimanapun terdapat juga kekurangan semasa inovasi pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.antaranya ialah pada mulanya agak sukar untuk mengawal kelas
kerana murid di dalam kelas tersebut mempunyai pelbagai masalah dan latar belakang.
Pengkaji perlu mengambil masa untuk membuat penyelidikan tentang masalah, latar
belakang murid sebelum merancang kaedah yang perlu diteapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Pada mulanya, agar sukar untuk mengawal kelas kerana murid lebih banyak bermain,
bising , kurang memberikan tumpuan dan tidak menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru
terutama guru perempuan.Ini memjadikan pengkaji perlu mendampingi mereka dan memberi
bimbingan bagi menyelesaikan tugasannya.
Pengkaji juga perlu memikirkan pelbagai teknik dan kemahiran
pengajaran bagi meningkatkan kefahaman murid terutama responden.
Guru perlu menerap dan mengulang semula teknik mengenal, mengeja
dan membunyikan suku kata , frasa , perkataan dan seterusnya ayat
pendek.
Pengkaji perlu mempunyai sifat sabar dan tidak beremosi semasa
menjalankan tugasan bagi mengelakkan berlaku sebarang perkara buruk
yang tidak diinginkan. antara
Pengkaji perlu mempunyai kemahiran menyoal dan tujuan menyoal dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah untuk mencungkil idea, membina kemahiran
berfikir,

menarik

perhatian

murid

dan

juga

untuk

menilai

kefahaman

murid.Sebelum itu, Namun sebelum menyoal , guru juga harus memahami


konsep penyoalan yang dapat menarik minat murid mengikutnya.
Motivasi luaran ( ekstrinsik ) seperti memberi ganjaran yang jelas dan
nyata berbentuk markah, gred , agregat, penghargaan , pujian persaingan dan
sebagainya

menjadi

kurang

berkesan

mungkin disalah tafsir oleh pelajar.

6.RUMUSAN
10

apabila

matlamat

penggunaannya

Secara

keseluruhannya,

saya

berpendapat,

pengajaran

dan

pembelajaran ini berjaya.Apa yang menarik perhatian saya ialah, berjaya


mengaitkan langkah pengajaran dengan berkesan. Sebagai kesimpulannya,
kaedah motivasi merupakan medan yang terbaik untuk setiap pelajar mendisiplinkan diri dan
menjadi insan yang cemerlang. Bermula dengan pengenalan menayangkan
gambar, benda sedia ada dalam kelas dan luar kelas. Meminta murid
menyebut benda-benda tersebut. Seterusnya meminta
menulis perkataan di kertas yang disediakan

murid-murid

dan menunjukkan hasil

tulisan masing-masing. Murid yang berjaya diberi pujian manakala murid


yang kurang berjaya dan melakukan kesilapan diberi rangsangan,
dorongan bimbingan dan motivasi supaya mereka tidak rasa tersisih.
Bimbingan dari guru amat dititikberatkan supaya murid akan terus
memberi kerjasama dan akhirnya akan dapat menguasai kemahiran yang
disampaikan dalam pengajaran tersebut Bagaimanapun motivasi ektrinsik yang
berbentuk sederhana seperti memberi pujian dan penghargaan tetap berkesan kerana ianya
boleh memberi dorongan dan peneguhan positif yang memberangsangkan pelajar.

7. RUJUKAN

Mok Song Sang. (2011). Nota Intisari Pendidikan Psikologi Pendidikan. Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.
Murugiah Velayutham.(1996). Psikologi Pendidikan 1: Psikologi Perkembangan.
Kumpulan BudimanSdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Dr. David, L et. al. (2011). OUMM2503: Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan.
Selangor : Meteor Doc. Sdn. Bhd.
http://noormalashahar.com/kepentingan-motivasi/
http://khirkassim.blogspot.com/2013/11/penulisan-esei-tidak-berformat-isu.html
11

LAMPIRAN AKTIVITI
Lampiran 1
Jadual Ujian Pos 1 Yang Dijalankan.
Bil
1
2
3
4
5
6
7
8

Senarai nama murid


M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7
Bola
/
/
/
/
/
/
/
Makan
/
/
/
x
/
/
/
Pelamin
x
/
x
x
/
x
/
Menembak
x
x
x
x
x
/
x
Mengendong
x
x
x
x
x
x
x
Kereta sorong
/
/
/
/
x
x
/
Jambatan gantung
x
x
x
x
x
x
/
Harimau
menerkam x
x
/
x
x
x
x

M8
/
/
x
x
x
/
x
x

kerbau
Salmah

10

Perkataan

menjinjing /

bag sekolah
Harun
menebas x

rumput

di

belakang

rumahnya
Jumlah
perkataan 4
yang boleh dibaca
mengikut
(

kebolehan
Di berikan kepada pelajar yang berjaya
12

Petunjuk : ( / ) boleh membaca

( X ) tidak boleh membaca , kesalahan bunyi atau lain-lain.

Lampiran 2

Jadual 2. Ujian Pos 2 Yang Dijalankan.


Bil

Perkataan

Senarai nama murid


M3 M4 M5 M6 M7
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
x
/
/
/
/
x
x
x
x
x
/
/
/
x
/
x
/
x
/
/
/
x
x
/
x

1
2
3
4
5
6
7
8

M1
Bola
/
Makan
/
Pelamin
/
Menembak
/
Mengendong
x
Kereta sorong
/
Jambatan gantung
/
Harimau
menerkam x

M2
/
/
/
/
x
/
/
x

kerbau
Salmah

menjinjing /

bag sekolah
Harun
menebas x

10

rumput

di

belakang

rumahnya
Jumlah
perkataan 7
yang boleh dibaca
mengikut
(

M8
/
/
/
/
x
/
x
x

kebolehan
Di berikan kepada pelajar yang berjaya

Petunjuk : ( / ) boleh membaca

( X ) tidak boleh membaca , kesalahan bunyi atau lain-lain.


13

Lampiran 3
Jadual 3. Dapatan Soal Selidik Responden
Bi

Item Soal selidik dan jumlah

l
1

Umur

Jantina

tahun
Lelaki

Peremp 4

3
4

Bangsa
Bil adik-

Melayu
Kuran

8
3

uan
Cina
Lebih 3

beradik
Tempat

g3
Luar

orang
Bandar

tinggal

banda

Kenderaan

r
Basika

Motosi

ke sekolah

kal

Jarak ke

Kurang

Lebih 1

8
9
10

sekolah
Ayah bekerja
Ibu bekerja
Jenis kerja

1 km
Ya
Ya
Sendir

km
Tidak
Tidak
3
Kerajaan

Swas

Pendapatan

i
RM300

RM500

ta
RM70 3

Lebi

11

8 tahun 8

9
tahun

8
5
4

India

Lain

Keret

Lain

a
8

RM
100
0
12

Tinggal

Ya

bersama

Tidak

14

13

ibubapa
Tinggal di

sendir

rumah

Sewa

Jadual 1.3. Borang soal selidik


Nama : Pelajar A / B / C / D / E / F / G / H
Tandakan / pada kenyataan yang sesuai
1. Umur

7 tahun

2. Jantina

Lelaki

3. Bangsa

Melayu

8 tahun

9 tahun

Perempuan
Cina

India

Lain-lain
4. Bilangan adik beradik

kurang 3 orang

lebih

3 orang
5. Tempat tinggal -

Luar bandar

6. Kenderaan ke sekolah
motosikal

bandar

basikal

kereta
7. Jarak ke sekolah

8. Ayah bekerja

ya

kurang 1 km

lebih 1

km

9. Ibu bekerja
10. Pekerjaan
swasta

tidak
ya

ibu / bapa / penjaga

sendiri

15

tidak
-

kerajaan

11. Pendapatan ibu / bapa / penjaga

- kurang RM300

kurang RM500
kurang RM700
kurang RM1000
12. Tinggal bersama keluarga
13. Tinggal di rumah

- Ya
-

Tidak

sendiri

sewa

Lampiran 4
Jadual Soal Selidik Kaedah Motivasi Dalam Kemahiran Membaca
Ya atau TIDAK
Soal
Bil
Item
1
Boleh mengeja
dengan tepat /

selidik
YA

Hasil Pemerhatian Tehadap Responden


M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8
/

betul perkataan
yang ditunjuk
2

guru
Boleh membaca

TIDAK

YA

X
/

rangkai kata /ayat


pendek tanpa
3

bimbingan guru
Boleh membaca

TIDAK

YA

X
/
16

X
/

rangkai kata /
ayat yang
X

dipaparkan
Boleh membaca

TIDAK
YA

jika dibantu
dengan ABM
5

TIDAK

Guru pamer hasil


kerja murid yang
menunjukkan

X
/

YA
TIDAK

penguasaan
kemahiran saya

Lampiran 5

Jadual Pemerhatian Responden


Hasil
Bil

Item
Reaksi

Semasa guru
masuk
Tingkahlaku

semasa guru
mengajar
Tumpuan
semasa

Pengajaran dan

Pemerhatian
Senyap
Berbual
Bising
Kacau kawan
/berjalan
Bising
Diam
Bermain

M1

Hasil Pemerhatian Tehadap Responden


M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8

/
/
/

/
/

/
/

Tidak beri
tumpuan
Kurang beri

/
/

/
/

tumpuan
17

pengajaran
Reaksi apabila
4

diminta
membaca
Reaksi bila

dipuji

Beri tumpuan
Suara

/
/

perlahan
Tidak mahu
membaca
Mencuba
Tiaa respon
Suka /gembira

/
/

/
/

18

Você também pode gostar