Você está na página 1de 27

SKEMA JAWAPAN PENILAIAN PERCUBAAN GEOGRAFI

PENGGAL 2 STPM 2016


BAHAGIAN A: ALAM SEKITAR FIZIKAL
[40 markah]
Jawab semua soalan 1.

a)

Apakah yang dimaksudkan dengan El-Nino?

[3]

Skema pemarkahan

El-Nino merujuk kepada [peningkatan suhu arus lautan Pasifik] yang menyebabkan
berlakunya [proses pembuakan (upwelling)]. Ia mempengaruhi tekanan udara di permukaan
laut sehingga [mengubah pola tiupan angin timuran yang lembab menjadi kering] .
Kesannya cuaca menjadi panas dan kemarau yang berpanjangan di barat lautan Pasifik
(Asia Tenggara, Asia Timur dan Australia)
Kunci Idea:

b)
[4]

1. peningkatan suhu arus lautan Pasifik


= 1M
2. proses pembuakan (upwelling)
= 1M
3. mengubah pola tiupan angin timuran yang lembab
Mengapakah el-Nino sering berlaku di perairan

tropika?

Skema pemarkahan
Kod

Kaitan antara daya cerun tekanan dengan suhu dan


angin

B1

Perairan Tropika mendapat bekalan tenaga haba yang


banyak dari matahari ekoran daripada lokasinya yang dekat
dengan garisan khatulistiwa. Di samping itu, kawasan ini
juga menerima tenaga matahari dalam keadaan sudut tepat.
Ini menyebabkan kawasan tropika amat pesat mengalami
aktiviti perolakan apabila suhu lautannya iaitu lautan Pasifik
meningkat dengan cepat.

B2

Lembangan lautan Pasifik yang ada di perairan Tropika


merupakan lembangan lautan yang paling luas di dunia.
Oleh itu apabila berlaku perubahan suhu di lautan ia akan
mempengaruhi suhu daratan dengan lebih cepat. Kenaikan
suhu lautan Pasifik membolehkan proses pembuakan
(termoklin) berlaku dengan giat. Ini mewujudkan tekanan

Markah

udara
rendah
di
laut,
seterusnya
melemah
dan
menghentikan tiupan angin timuran ke bahagian daratan.
B3

Kawasan perairan Tropika yang terletak antara (5 U dan S


hingga 35U dan S) merupakan lokasi/zon laluan angin
utama dunia seperti angin timuran dan angin baratan. Di zon
laluan ini tiupan angin amat dipengaruhi oleh perubahan
suhu dan tekanan. Apabila suhu lautan Pasifik menjadi
tinggi, tekanan udaranya menjadi rendah. Ini menyebabkan
pergerakan angin timuran menjadi lemah dan terhenti di laut
yang menyebabkan kawasan daratan tidak menerima hujan.

Pemarkahan: Mana-mana 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah

MAX 4

(c)
Jelaskan dua kesan el-Nino ke atas unsur-unsur cuaca di kawasan Asia
Tenggara [4]
Skema pemarkahan
Kod

Pengaruh daya koriolis terhadap pola tiupan angin


dunia.

Markah

C1

Cuaca panas dan udara kering. Dalam tempoh El-Nino,


cuaca menjadi panas dan menyebabkan udara menjadi
kering (dry air), lembapan tanih dan sistem akuifer tanah
kekurangan air serta proses transpirasi tumbuhan
berkurangan seterusnya mengurangkan peratus kelembapan
udara. Kadar sejatan pula amat tinggi

C2

Hujan sedikit. Taburan hujan yang turun di bahagian


daratan juga amat sedikit. Ini disebabkan oleh tiupan angin
timuran menjadi lemah dan terhenti di lautan Pasifik. Oleh
itu lembapan udara yang terbentuk di laut tidak diangkut ke
bahagian daratan khususnya di barat Pasifik yang
menyebabkan hujan adalah amat sedikit

C3

Kemarau panjang. Sepanjang El-Nino, cuaca panas, udara


kering serta hujan sedikit akan menyebabkan kemarau.
Kemarau merujuk kepada keadaan kekurangan air yang
dialami di sesuatu tempat. Kemarau juga menunjukkan
keadaan imbangan air negatif iaitu kadar sejatan melebihi
daripada kerpasan (hujan) yang turun. Hal ini akan
menyebabkan simpanan air di kawasan tadahan akan
berkurangan dan seterusnya mengurangkan bekalan air
kepada sungai, tasik, dan empangan.

Pemarkahan: Mana-mana 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah

MAX 4

d) Bagaimanakah El-Nino mempengaruhi fenomena jerebu di negara-negara


Asia Tenggara?
[4]
Skema pemarkahan
Kod

El Nino mempengaruhi fenomena jerebu

Markah

D1

El Nino menyebabkankan cuaca panas dan kering


sehingga berlakunya kebakaran hutan secara semula
jadi sehingga membebaskan partikel-partikel terampai
seperti debu, habuk, asap dan lain-lain ke atmosfera
dalam kepekatan yang tinggi.

D2

Dalam keadaan udara kering (dry air), partikel-partikel


tersebut terampai dan berlegar dalam ruang udara
serta sukar untuk hilang. Tiupan angin sumatera telah
memindahkan jerebu dari Indonesia ke Malaysia dan
negara Asia Tenggara yang lain. Fenomena ini dikenali
sebagai jerebu rentas sempadan.

Pemarkahan: 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah

MAX 4

Soalan 2 (a)
i)
Peningkatan suhu di bandar adalah dipengaruhi oleh aktiviti manusia. Bincangkan
pernyataan ini.
[13]
Skema Jawapan:
Fakta/Isi

Huraian dan Contoh

Mark
ah

Aktiviti manusia sememangnya boleh meningkatkan suhu di bandar


sehingga terjadinya pulau haba. Namun begitu terdapat juga aktiviti
manusia yang boleh menurunkan suhu di bandar. Di antara aktiviti
manusia yang menyebabkan suhu di bandar meningkat ialah:

1)
Aktiviti
pembinaan
bangunan
konkrit
dan jalan bertar.

2)
Aktiviti
penebangan pokok.

3)
Aktiviti
pengangkutan dan
perindustrian.

4)
Pertambahan
penduduk bandar.

Pembinaan bangunan konkrit dan


jalan bertar yang menyerap dan
menyimpan haba matahari pada
waktu siang dan membebaskannya
pada waktu malam sebagai haba
pendam.
Pada masa yang sama bangunanbangunan
tinggi
juga
menyekat
pengaliran keluar haba ke atmosfera
pada waktu malam.
Ini menambahkan lagi kadar simpanan
dan pengaliran haba dalam atmosfera
bandar seterusnya
menggalakkan
kejadian pulau haba.
Pengurangan kawasan hijau dalam
bandar
disebabkan
aktiviti
penebangan pokok untuk digantikan
dengan bangunan konkrit.
Ini
mengurangkan
peratus
kelembapan udara dalam bandar.
Proses
transpirasi
(pepeluhan)
tumbuhan
tidak
berlaku
untuk
membebaskan wap-wap air ke udara.
Kesannya peratus kelembapan udara
menjadi rendah, dan udara menjadi
kering (dry air) yang seterusnya
menggalakkan lagi peningkatan suhu
di bandar.
Pengangkutan dan perindustrian yang
banyak membebaskan gas-gas rumah
hijau ke atmosfera bandar seperti
karbon dioksida, karbon monoksida,
sulfur dioksida, nitrogen dioksida dll.
Gas-gas ini bersifat lutsinar kepada
bahangan matahari tetapi legap
kepada
bahangan
bumi

ini
menyebabkan kesan rumah hijau
apabila bahangan bumi terperangkap
oleh gas-gas pencemar berkenaan dan
seterusnya suhu di bandar akan
meningkat.
Kepadatan/kesesakan
penduduk
dalam bandar akan menambahkan
sumber haba dalam bandar menerusi
metabolisme badan manusia.
Dianggarkan
seorang
manusia
mengeluarkan haba pada kadar 100 300 watt bergantung kepada jenis
kerja yang dilakukannya. Pertambahan
haba
oleh
manusia
ini
akan

menambahkan lagi jumlah tenaga


haba yang tersimpan dalam bandar.
Namun begitu, tidak semua aktiviti manusia di dalam bandar boleh
meningkatkan suhu. Terdapat pelbagai aktiviti manusia yang boleh
merendahkan suhu di dalam bandar daripada terus mengalami pulau
haba. Antaranya ialah:

5.
Aktiviti
penghijauan bandar
(menanam pokok).

Pihak
berkuasa
tempatan
(PBT)
banyak
menanam
pokok-pokok
peneduh di kawasan rezab dalam
bandar, di bahu jalan dan juga di
laluan jalan kaki. Di samping itu
pemilik bangunan juga menamam
pokok-pokok
sebagai
hiasan
landskapnya.

Aktiviti
ini
akan
menambahkan
kelembapan udara melalui proses
transpirasi tumbuhan dan ia mampu
menurunkan suhu di dalam bandar.

Penambahan kawasan badan air


dalam bandar seperti tasik/kolam
buatan manusia dan juga taman tema
air misalnya Taman Tasik Titiwangsa di
6)
Aktiviti
Kuala Lumpur dan juga Taman air
menambahkan
Sunway Lagoon.
kawasan badan air
Kewujudan badan-badan air mampu
menyejukkan udara melalui proses
dalam bandar
sejatan di permukaan, menambahkan
kelembapan udara dan adakalanya
mampu menurunkan hujan.
Aktiviti
manusia
seperti
penggunaan pengangkutan awam
contohnya
LRT
dan
komuter,
melaksanakan
kempen
berkongsi
7)
Penggunaan
kereta, kempen penjimatan tenaga
pengangkutan awam.
seperti kempen EARTH HOURS juga
boleh
mengurangkan
peningkatan
suhu di bandar.
Ini
kerana
aktiviti
ini
mampu
mengurangkan
fenomena
kesan
rumah hijau apabila kadar perlepasan
gas-gas rumah hijau ke atmosfera
bandar boleh dikurangkan.
Kesimpulannya terdapat dua kesan daripada aktiviti manusia di bandar.
Ada aktiviti yang boleh meningkatkan suhu dan juga ada aktiviti yang

boleh menurunkan suhu di dalam bandar. Apa yang jelas pada masa
kini, aktiviti manusia yang boleh menigkatkan suhu lebih besar
berbanding dengan aktiviti manusia yang boleh menurunkan suhu.

Pemarkahan :
Mana-mana 6 isi x 2 markah = 12 Markah + 1
Markah kesimpulan = MAX 13 Markah

MAX
13

ii)

Bagaimanakah fenomena pulau haba Bandar boleh dikurangkan.

[ 12 ]

Skema Jawapan:
Fakta/Isi

Huraian dan Contoh

Markah

Fenomena pulau haba boleh dikurangkan melalui penggabungan langkah


perundangan, langkah pengurusan dan kempen serta pendidikan alam sekitar.

1. Langkah
perundangan.

2.
Langkah
Pengurusan

Melaksanakan Akta Kualiti Alam Sekililing


1974 seperti : Peraturan Udara Bersih 1978,
Peraturan Pelepasan Asap Daripada Enjin
Diesel 1996, Akta dan kawalan pembakaran
terbuka dan lain-lain.
Justeru agensi pelaksana seperti Jabatan Alam
Sekitar, JPJ, Pihak berkuasa Tempatan (PBT)
mestilah menjalankan pemantauan dan
pemeriksaan yang lebih kerap untuk
memastikan akta di atas dilaksanakan dengan
cekap dan berkesan.
Seterusnya Hukuman seperti denda/kompaun,
menyitar premis, membatalkan lesen operasi,
penjara dll mesti dilaksanakan dengan tegas
dan adil kepada mana-mana individu atau
syarikat yang didapati membebaskan bahan
pencemar ke udara tanpa kawalan.
Mewujudkan kawasan hijau dalam bandar
atau program penghijauan bandar dengan
menanam pokok-pokok peneduh di kawasan
rezab bandar seperti rezab jalan,rezab
bangunan dan lain-lain. Pokok-pokok peneduh
ini mampu mengekalkan udara lembab
disamping menyederhanakan suhu sekitar.
Membina lebih banyak kawasan badan air
dalam bandar yang mampu bertindak sebagai
pulau sejuk bandar seperti kawasan taman
tema air, tasik reakreasi dll.Contohnya Taman
Tasik Titiwangsa dan Sunway Lagoon.
Penggunaan sumber tenaga gantian yang
bersih dan mesra alam seperti tenaga elektrik
hidro, tenaga solar, biomass dll dalam aktiviti
pengangkutan,perindustrian dan penggunaan
isi rumah dalam bandar bagi menggantikan

MAX 4

sumber tenaga fosil yang terbukti banyak


membebaskan gas-gas rumah hijau.
Mengurangkan penggunaan peralatan yang
banyak membebaskan kloroflourokarbon
(CFC) seperti alat pendingin hawa, peti sejuk,
alat-alat semburan dan sebagainya yang boleh
menipiskan
lapisan
ozon
seterusnya
mempengaruhi kemasukan bahangan matahari
ke bumi tanpa halangan. Sebaliknya
menggunakan peralatan yang telah disahkan
bersifat Mesra alam (Environmental
friendly).
Penggunaan petroleum tanpa plumbum.
Perlepasan asap dari industri dan kenderaan
biasanya dikawal dengan menggunakan
petroleum dengan kandungan sulfur rendah.
Selain itu melarang aktiviti pembakaran
terbuka sebaliknya menggalakkan aktiviti 3R.
Kempen penjimatan tenaga seperti kempen
Earth Hours oleh penduduk bandar.
Mengurangkan penggunaan tenaga yang
berlebihan. Sekiranya tidak perlu, elakkan
pembaziran tenaga. Penggunaan tenaga yang
tidak cekap akan melepaskan lebih banyak
gas-gas rumah hijau.

MAX 6

Kempen menggunakan sistem pengangkutan


awam seperti LRT, ERL, Komuter dan juga
kempen berkongsi kereta.Termasuk juga
kempen penggunaan basikal di dalam bandar
dan mewujudkan zon khusus dalam bandar
yang tidak boleh dimasuki oleh kenderaan
diesel seperti lori, bas, truck dll.
Pendidikan alam sekitar pula menerusi
matapelajaran Geografi di peringkat sekolah
dan IPT disamping memperkukuhkan peranan
badan bukan kerajaan NGO.
Pemarkahan : Perundangan = MAX 4 + Pengurusan = MAX 6
+ Kempen = MAX 2 = Keseluruhan 12 Markah.

3.
Kempen
kesedaran
dan
pendidikan
alam
sekitar

2
MAX 2
MAX 12

Soalan 2 (b)

i)
Sejauhmanakah faktor fizikal telah menyebabkan fenomena kemarau
berlaku.
[ 12 ]
7

Skema Jawapan:
Fakta/Isi

Huraian dan Contoh

Markah

Faktor fizikal atau semulajadi sememangnya menyebabkan


kejadian kemarau. Namun begitu faktor tindakan manusia juga
boleh menambahkan lagi kekerapan kejadian kemarau. Antara
faktor fizikal yang terlibat ialah:

1. Cuaca panas akibat ElNino.

2. Perubahan cuaca
mengikut musim

Fenomena
El-Nino
telah
mengurangkan jumlah hujan di
sesebuah kawasan dalam tempoh
yang lama. Ia berpunca daripada
kenaikan suhu lautan Pasifik yang
mengubah,
melemah
dan
menghentikan
tiupan
angin
timuran
yang
selama
ini
membawa hujan yang lebat di
bahagian daratan.
Kesannya udara menjadi kering,
kadar sejatan tinggi manakala
hujannya amat sedikit. Suhu yang
panas menyebabkan lembapan
tanih dan akuifer kekurangan air,
sungai dan tasik menjadi kering
dan seterusnya menghasilkan
kemarau.
Fenomena
kemarau
juga
disebabkan oleh perubahan cuaca
secara
semulajadi
seperti
perubahan suhu, hujan dan angin
mengikut musim.
Di Malaysia contohnya, pada
musim
monson
timur
laut
kawasan negeri-negeri pantai
barat semenanjung mengalami
kekurangan
hujan
akibat
halangan banjaran Titiwangsa.
Begitu juga keadaan sebaliknya
berlaku pada musim monson
barat daya negeri-negeri pantai
timur pula akan mengalami
pengurangan hujan.
Jika
pengurangan
hujan
berpanjangan fenomena kemarau
boleh terjadi di negeri-negeri
yang berkenaan mengikut musim

monson tersebut.
Selain itu faktor angin juga boleh
mempengaruhi kemarau. Halaju
angin kering yang kuat akan
membawa awan ke tempat yang
lain
lantas
kawasan
yang
sepatutnya turun hujan akan
mengalami cuaca panas dan
kemarau.

Selain daripada faktor fizikal, faktor manusia juga boleh menambahkan


kejadian kemarau. Antaranya ialah:

3.
Aktiviti
penyahutanan

Penyahutanan
akan
menyebabkan
kekurangan
bekalan air yang ketara dialami
oleh sungai, tasik, kolam dan
empangan.
Hutan gagal berfungsi sebagai
kawasan
tadahan
yang
menyebabkan simpanan air tanah
semakin berkurangan.
Apabila
sistem
akuifer
kekurangan air, maka sungai,
tasik, kolam dan paya juga
kekurangan air. Lama-kelamaan
ia menjadi kering kontang dan
kemarau akan berlaku.
Selain daripada itu pokok-pokok
di dalam kawasan tadahan ini
juga
menjalankan
proses
transpirasi membebaskan wapwap air ke udara, menjamin
kelembapan udara berterusan
bagi membentuk awan guna
untuk menurunkan hujan di
kawasan tadahan tersebut.
Apabila pokok-pokok ini ditebang
maka kelembapan udara kan
berkurangan,
persekitaran
menjadi kering (dry air), sejatan
akan meningkat dan sebaliknya
hujan pula akan berkurangan.
Kadar pembandaran yang tinggi
telah mempengaruhi imbangan
air negatif. Pembangunan Bandar

4.
Aktiviti
Pembandaran.

yang pesat telah menukarkan


hutan semulajadi kepada hutan
3
batu, muka bumi telah diturap
dengan aspalt dan bitumen.
Ini menyebabkan kadar susupan
air
berkurangan
seterusnya
simpanan air di dalam sistem
akuifer bawah tanah semakin
sedikit.
Kesannya
input
air
kepada
sungai-sungai
juga
semakin susut.
Selain itu keadaan pulau haba
bandar menjadi factor utama
untuk menghasilkan udara kering
(dry air). Peratus kelembapan
udara menjadi rendah, gumpalan
awan tebal untuk menurunkan
hujan tidak terbentuk
yang
sekaligus menyebabkan input air
dalam
persamaan
hidrologi
semakin berkurangan.
MAX 12
Pemarkahan : 4 isi x 3 markah = MAX 12

ii)
Bincangkan kesan kemarau ke atas alam sekitar fizikal dan manusia
setempat [ 13 ]
Skema Jawapan:
Judul Isi Jawapan

Huraian dan Contoh

Markah

Kesan kemarau keatas alam sekitar fizikal:

1.
Menjejaskan
sistem
ekologi
akuatik.

2.
Menjejaskan
Ekosistem hutan

Ekosistem tasik, kolam, paya, sungai


akan
terjejas
akibat
kekurangan
air/kemarau.
Hidupan akuatik akan mati/pupus
Rantaian dan siratan makanan akan
musnah.
Habitat musnah.
Tumbuhan
Layu
dan
mati

memusnahkan ekosistem hutan.


Hutan
mudah
terbakar
secara
semulajadi akibat kemarau/panas yang
berpanjangan.
Habitat dan rantaian makanan musnah
Kepupusan kepelbagaian spesis fauna

10

dan flora.akibat kekurangan air


Proses luluhawa fizikal dan hakisan
layangan angin lebih cepat berlaku.
3. Kesan terhadap
Persekitaran kering-kontang, tandusproses
gersang mempercepatkan proses
Geomorfologi
penggurunan (desertification)
Kawasan gurun semakin membesar.
4. Kesan terhadap
Kekurangan hujan cuaca menjadi
panas.
cuaca setempat.
Penurunan kelembapan udara udara
kering (dry air)
Memudahkan terbentuknya jerebu.
Storan air dalam tanah (akuifer) akan
berkurangan.
5. Kesan ke atas
Menjejaskan sumber air kepada sungai,
kitaran hidrologi.
tasik dan paya.
Kadar sejatan tinggi cuaca panas.
Hujan kurang kerana kelembapan
udara rendah/udara kering.
Kesan kemarau ke atas alam sekitar manusia ialah:

6. Menjejaskan
kesihatan
manusia.

7. Membataskan
interaksi sosial
dan kos hidup
bertambah.

Kemarau boleh menjejaskan kesihatan


manusia apabila dihidrasi (kehilangan
air dalam badan) cepat berlaku.
Penduduk
cepat
letih,lesu
dan
kehilangan tenaga.
Selain itu penyakit berjangkit seperti
denggi dan taun juga cepat merebak
dalam keadaan cuaca panas.
Kemarau
juga
mempercepatkan
kejadian jerebu. Fenomena jerebu juga
menjejaskan kesihatan seperti seperti
batuk,asma/lelah,sesak nafas dsb.

Kemarau
dan
cuaca
panas
mengurangkan
pergerakan
penduduk. Penduduk lebih suka
tinggal di rumah.
Aktiviti riadah seperti bersukan,
berjogging,
berkelah
dan
sebagainya berkurangan kerana
keadaan cuaca yang panas boleh
memudaratkan kesihatan mereka.
Cuaca
panas
akibat
kemarau
menyebabkan penduduk banyak
menggunakan
alat
penghawa
dingin. Kesannya bil elektrik akan
bertambah
dan
ini
boleh
membebankan pengguna.

11

8. Menjejaskan
produktiviti
pertanian.

9. Krisis bekalan
air
kepada
penduduk

Kemarau menjejaskan pengeluaran


tanaman makanan khususnya padi
sawah.
Apabila
bekalan
air
tidak
mencukupi pokok-pokok padi akan
mati
dan
ini
pastinya
akan
menyebabkan hasil pengeluaran
tanaman tersebut merosot.
Di sesetengah negara yang
diancam
kemarau
yang
berpanjangan
seperti Somalia,
Ethopia dan Chad didapati bahawa
hasil pengeluaran pertanian amat
sedikit
untuk
menampung
keperluan
makanan
penduduk.
Justeru itu masalah kelaparan dan
kebuluran
di
negara-negara
berkenaan meningkat
Kemarau yang berpanjangan akan
menyebabkan krisis air kepada
penduduk terutamanya di kawasan
berpenduduk padat seperti bandarbandar besar.
Apabila jumlah air sungai dan tasik
berkurangan maka sumber air
kepada
empangan
juga
akan
berkurangan.
Paras air di empangan akan
merosot dengan ketara dan ini akan
menjejaskan bekalan air kepada
penduduk. Bekalan air terpaksa
dicatu dan air yang dibekalkan juga
mungkin tidak berkualiti.

Pemarkahan: : 7 isi x 2 Markah = MAX 14 Markah 1 markah =


MAX 13

Soalan 3
a) Dengan menggunakan kaedah graf garis, lukiskan arah aliran anomali
suhu permukaan bumi pada tahun 1860 hingga tahun 2000.
[10 ]
Skema Pemarkahan:
Graf Garis : Arah Aliran Anomali Suhu Permukaan Bumi 1860 2000

12

Skala : 1 cm = 0.1C

0.4
0.3
0.2
0.1
0

Anomali suhu

-0.1
-0.2
-0.3
-0.4

Pemarkahan
Item Pemarkahan
1.
2.
3.
4.
5.

Markah

Tajuk yang betul.


Skala yang sesuai.
Petunjuk.
Plotan.
Kebersihan dan kesempurnaan

1
1
1
6
1

Jumlah Markah

MAX 10

b)
Berdasarkan graf yang telah anda lukis, huraikan arah aliran anomali
suhu permukaan bumi dari tahun 1860 hingga tahun 2000 dan mengapakah
berlakunya peningkatan suhu dunia secara mendadak selepas tahun 1980.
[7]
Skema Jawapan:
Fakta/Isi

Huraian dan contoh

Markah

Trend negatif (suhu sejuk/rendah) antara


tahun 1860 hingga 1930

antara

Trend mendadak (Peningkatan ketara suhu

Huraian arah aliran


(trend)
anomali Trend positif ( peningkatan suhu)
tahun 1940 hingga 2000.
suhu.

13

bumi) bermula 1980 hingga 2000.


MAX 3
Fasa 1980 hingga 2000 berlakunya
peningkatan ketara disebabkan oleh
fenomena kesan rumah hijau dan penipisan
lapisan ozon yang menyebabkan
pemanasan global.

Sebab-sebab
berlaku
peningkatan
suhu Kesan rumah hijau dan penipisan lapisan
dunia
secara ozon disebabkan oleh:
mendadak selepas
i)
Pengeluaran
gas
karbon
tahun 1980.
dioksida yang berlebihan dari

ii)

iii)

iv)

kilang dan kenderaan. Gas-gas


rumah hijau ini bersifat lutsinar
kepada
bahangan
matahari
tetapi legap kepada bahangan
bumi.
Fenomena penyahutanan dan
kebakaran
hutan
yang
menyebabkan lebihan karbon di
atmosfera
Pembebasan
CFC
(Kloroflorokarbon)
yang
berlebihan yang menipiskan
lapisan ozon
Ujian peluru berpandu di benua
antartika yang membocorkan
lapisan ozon

Pemarkahan: Arah alir = 3 markah + sebab = 4 Markah =


MAX 7 markah

1
1

1
MAX 4

MAX 7

c)
Jelaskan kesan peningkatan suhu dunia terhadap sistem alam sekitar
fizikal.
[8]
Skema Jawapan:
kesan peningkatan suhu dunia terhadap sistem alam sekitar fizikal:
Fakta/Isi
1.
Sistem
geomorfologi:
Pencairan air benua
dan pergunungan

Huraian dan contoh

Pencairan ais benua menyebabkan


kebanjiran laut/peningkatan aras laut,
risiko
penenggelaman
kawasan
dataran pantai yang rendah.
Pencairan litupan ais pergunungan
fenomena salji runtuh, hakisan glasier
dan banjir sungai.

Markah

14

Menggalakkan fenomena el Nino.


Cuaca menjadi panas, kelembapan
2. Sistem atmosfera:
udara rendah.
Fenomena
El-Nino
Memudahkan terbentuknya jerebu
dan jerebu
apabila berlakunya kebakaran hutan.
Partikel-partikel
terampai
dalam
keadaan udara kering dan cuaca
panas.
Fenomena
kemarau
yang
berpanjangan imbangan air negatif.
3. Sistem hidrologi:
Kadar sejatan melebihi kerpasan.
Kemarau
dan
Di
kawasan
separa
gurun
pengurunan.
memudahkan berlakunya fenomena
penggurunan. Gurun menjadi lebih
kering, kontang, tandus, gersang
kadar
hakisan
layangan
angin
bertambah
4.
Sistem
ekologi:
Kemusnahan ekosistem hutan akibat
cuaca panas berlakunya kebakaran
Kemusnahan
hutan. Kemusnahan habitat dan
ekosistem,
habitat
kepelbagaian spesis fauna dan flora.
dan
kepelbagaian

Gangguan kepada ekosistem akuatik


spesis.
seperti tasik, kolam, paya dll apabila
kekeringan air disamping merosakkan
pertumbuhan terumbu karang dalam
ekosistem marin.
Pemarkahan: 4 isi x 2 markah = 8 Markah

MAX 8

soalan 4:
a)
hutan

Apakah yang dimaksudkan dengan sumber kepelbagaian biologi


[3]

Skema jawapan
Kepelbagaian [spesies fauna dan flora] yang ada dalam hutan
termasuklah habitat dan
rantaian makanan. Spesis fauna merujuk
kepada [ binatang/hidupan liar] seperti gajah, harimau, tapir dan lainlain manakala spesis flora merujuk kepada [ tumbuhan semulajadi]
yang ada di dalam ekosistem hutan seperti bunga reflesia/pakma, pokok
periuk kera, paku-pakis dan pokok-pokok balak.

15

b)
Dalam konteks ekologi, mengapakah sumber kepelbagaian biologi hutan perlu di pelihara
dan dipulihara.
[4]
Kod

Sebab-sebab sumber kepelbagaian biologi hutan


perlu dikekalkan dalam konteks ekologi

B1

Warisan ekologi. Menjamin keberterusan hidupan liar dan


tumbuhan berharga untuk kepentingan generasi akan
datang sebagai sumber kajian saintifik, perubatan dll.

B2

Pengekalan habitat. Hutan berfungsi sebagai habitat


kepada pelbagai hidupan liar dan orang asli selain
daripada sebagai sumber makanan dan tempat
pembiakan pelbagai organisme dalam ekosistem hutan.
Pemarkahan: 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah

Markah

2
2

MAX 4

c) Bagaimanakah langkah pemeliharaan sumber kepelbagaian biologi hutan dapat dijalankan


dengan berkesan di Malaysia.
[4]
Kod

Cara-cara meningkatkan keberkesanan langkah


pemeliharaan sumber kepelbagaian biologi hutan di
Malaysia.

Markah

C1

Menguatkuasakan undang-undang dan Akta Perhutanan


dengan lebih tegas seperti meningkatkan kompaun,
hukuman penjara, menyitar premis dan menarik balik
lesen operasi misalnya kepada syarikat pembalakan
yang melanggar peraturan.

C2

Menambahkan anggota penguatkuasa/renjer hutan dan


perhilitan untuk menjalankan pemantauan, rondaan
dan tangkapan bersama dengan pasukan polis, tentera
dan Rela secara usahasama dan bersepadu.

Pemarkahan: 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah

MAX 4

16

d) Cadangkan langkah yang boleh diambil oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO)
untuk menjamin kelestarian sumber kepelbagaian biologi hutan di Malaysia.
[4]
Kod

Kesan negatif aktiviti pertanian terhadap alam sekitar


fizikal

Markah

D1

Menyertai dan menganjurkan kempen kesedaran alam


sekitar bersama dengan agensi kerajaan. Seperti
Persatuan Pencinta Alam Sekitar Malaysia dan Sahabat
Alam Sekitar (SAM) berkerjasama dengan Jabatan Alam
Sekitar (JAS) dalam kempen penghijauan persekitaran.
Misalnya melalui aktiviti penanaman pokok-pokok.

D2

Melaksanakan
pendidikan
alam
sekitar
untuk
melindungi hutan melalui penyebaran risalah, media
cetak dan media elektronik. Di samping menjadi
pemantau untuk melaporkan aktiviti pemusnahan
hutan kepada pihak berkuasa.

Pemarkahan: Mana-mana 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah

MAX 4

Soalan 5
i) Mengapakah sektor perhutanan masih lagi penting kepada sosio ekonomi
negara Malaysia ?
[ 12 ]
Kod

Kepentingan sektor perhutanan

Markah

Sebab-sebab sektor perhutanan masih lagi penting kepada sosio ekonomi


Malaysia ialah:

A1

A2

Memajukan sektor ekonomi hiliran. Industri


berasaskan kayu seperti industri perabot, papan lapis,
pembuatan kertas dapat dimajukan kerana mendapat
bekalan sumber kayu balak yang berterusan.
Industri pembinaan juga berkembang kerana
sokongan sumber perkayuan yang sentiasa ada dalam
pasaran daripada projek perladangan hutan yang
dijalankan.
Meningkatkan pendapatan negara. Produk kayu,
perabot dan kraf tangan berasaskan sumber hutan
yang berkualiti tinggi dieksport ke luar negara.
Ini akan menambahkan pendapatan negara melalui
tukaran mata wang asing dari negara yang lebih tinggi
nilai matawangnya seperti negara Eropah dan Jepun.
Menyediakan
peluang
pekerjaan.
Sektor

17

A3

perhutanan juga menyediakan peluang pekerjaan


sebagai pembalak, pemandu, pekerja kilang papan,
sebagai renjer hutan, pegawai penyelidik dll.
Ini
akan
mengurangkan
pengganguran,
menambahkan pendapatan perkapita penduduk,
meningkatkan kuasa beli dan taraf hidup penduduk
yang terlibat dengan sektor perhutanan.
Menambahkan teknologi melalui R&D. Keupayaan
teknologi dalam negara ditingkatkan melalui R&D
A4
yang
berterusan
dalam
sektor
perhutanan
sepertimana yang dijalankan oleh FRIM dan UPM.
Contohnya teknologi pembiakbakaan dan kultur tisu
pokok, teknologi kawalan penyakit dan perosak hutan
bagi memelihara dan memulihara sumber-sumber
perhutanan yang lestari.
Pemuliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Disamping pengusahasilan, sektor perhutanan juga
A5
melibatkan aktiviti memelihara dan memulihara
sumber-sumber perhutanan secara berterusan.
Ini
dapat
mengekalkan
ekosistem,
habitat,
kepelbagaian biologi daripada pupus untuk dinikmati
oleh generasi kini, akan datang dan selamanya. Hutan
sebagai sumber warisan negara.
Sumber perubatan. Aktiviti perhutanan juga
melibatkan
usaha
memajukan
sumber-sumber
A6
perubatan tradisional berasaskan herba seperti
tongkat Ali, kacip Fatimah, hempedu bumi dsb.
Melalui R&D yang berterusan industri farmasi dapat
berkembang pesat, penduduk mempunyai pelbagai
pilihan ubat untuk merawat penyakit.
Ekopelancongan dan sumber air . Hutan lipur yang
kaya dengan pelbagai spesis fauna dan flora, air
terjun dan jeram boleh dijadikan sebagai sumber
ekopelancongan yang menguntungkan ekonomi
A7
negara.
Begitu juga dengan sumber air. Hutan dijadikan
sebagai kawasan tadahan untuk bekalan air kepada
penduduk, sektor pertanian dan tenaga hidro
menerusi pembinaan empangan.
Pemarkahan: Mana-mana 6 isi x 2 markah = MAX 12 Markah

MAX 12

b)
Bagaimanakah aktiviti pembalakan menyebabkan kesan negatif
terhadap
alam
sekitar
fizikal?.
[ 13 ]
kod

Markah

B1

Kemusnahan ekosistem dan habitat. Amalan


tebang bersih bukannya tebang terpilih dalam aktiviti
pembalakan masa kini telah menyebabkan kepupusan

2
18

kepelbagaian spesies fauna dan flora hutan seperti


pokok cengal, meranti, seraya, keruing dll.
Selain itu kemusnahan habitat, rantaian makanan dan
penghijrahan fauna telah berlaku di dalam ekosistem
hutan.
Hakisan dan tanah runtuh. Pembalakan tanpa
kawalan dan aktiviti penarahan bukit untuk dibina
laluan mengangkut balak telah menyebabkan hakisan
tanah dan kegagalan cerun.
B2
Apabila hutan ditebang, tiada lagi silara pokok untuk
memintas air hujan. Ini menyebabkan hakisan
percikan yang tinggi. Akar-akar pokok yang musnah
juga tidak mampu mengurangkan hakisan larian air
permukaan. Kesannya cerun menjadi tidak stabil dan
tanah runtuh terjadi.
Pencemaran sumber air. Aktiviti pembalakan
berhampiran dengan sungai akan menyebabkan
B3
sungai tercemar dengan selut, kelodak dan lumpur.
Hakisan larian air permukaan akan membawa regolit
ke dalam sungai. Air sungai menjadi keruh, ekosistem
akuatik terjejas dan jika berlaku pemendapan kelodak,
dasar
sungai
menjadi
cetek
yang
boleh
mempercepatkan pula kejadian banjir.
Kemusnahan kawasan tadahan air. Aktiviti
pembalakan haram lazimnya melepasi sempadan dan
B4
adakalanya melewati kawasan rezab sungai. Ini akan
memusnahkan kawasan tadahan air.
Penebangan pokok akan mengurangkan proses
susupan air ke dalam tanah. Kesannya sistem akuifer
terjejas yang akan menjejaskan pula bekalan air
kepada sungai dan tasik.
Pemanasan setempat. Penebangan hutan secara
besar-besaran
akan
mengurangkan
peratus
B5
kelembapan udara disebabkan oleh ketiadaan pokok
untuk melakukan proses transpirasi.
Kesannya udara menjadi lebih kering dan suhu mikro
boleh meningkat/pemanasan setempat.
B6
Perubahan landskap. Aktiviti tebang bersih berskala
besar akan mencerahkan kawasan hutan. Kesan-kesan
penggondolan akan kelihatan dengan jelas dan ketara
terutama sekali melalui pandangan udara.
Dalam jangkamasa panjang perubahan landskap
berlaku apabila hutan primer bertukar menjadi hutan
sekunder yang hanya ditumbuhi oleh belukar dan
semak samun. Manakala pokok-pokok balak yang
muda tidak lagi tumbuh.
Pemarkahan: 6 isi x 2 markah = MAX 12 Markah + 1 Markah
mana-mana huraian yang lebih baik = MAX 13

MAX 13

19

Soalan 6 (a)
i.

Jelaskan pelbagai petunjuk yang diguna untuk mengukur ketidakseimbangan


pembangunan antara kawasan di Malaysia.
[ 10 ]

Skema Jawapan
Penunjuk atau indikator pembangunan yang seringkali digunakan adalah seperti
berikut:
Judul isi
jawapan

1)
Penunjuk
Ekonomi

Huraian dan contoh

2)
Penunjuk
Sosial

3)
Petunjuk
demografi.

4)
Petunjuk
Fizikal

Marka
h

Peningkatan KDNK mengikut kawasan


Pendapatan perkapita penduduk melepasi
garis kemiskinan.
Perubahan struktur ekonomi tradisional
kepada moden (daripada pertanian kepada
industri dan perkhidmatan)
Pengurangan
kadar
pengganguran
Peningkatan peratus tenaga kerja
Peningkatan kuasa beli dan
tabungan
penduduk.
Pemilikan barangan.
Indeks sosial dan kualiti hidup meningkat
Taraf pendidikan menengah dan pasca
menengah meningkat
Kadar buta huruf berkurangan, kadar celik
ICT bertambah
Kemahiran penduduk meningkat.
Taraf kesihatan bertambah hospital,
poliklinik, klinik desa, nisbah doktor
dengan pesakit berkurangan dan lain-lain.
Peningkatan kadar kelahiran penduduk.
Penurunan kadar kematian
Jangka hayat penduduk bertambah
proses penuaan berlaku. Taraf kesihatan
golongan tua bertambah.
Keseimbangan taburan penduduk- Aliran
migrasi ke bandar berkurangan.
Pembangunan fizikal dan infrastruktur
bertambah (bangunan,bekalan air,elektrik
dll)
Kewujudan bandar-bandar moden.

20

5)
Petunjuk
politik

6)
Petunjuk
alam Sekitar

Pemarkahan:

ii.

Darjah ketersampaian tinggi sistem


pengangkutan moden dan cekap.
Darjah komunikasi tinggi jurang digital
mengecil.
Kemudahan awam banyak.
Kestabilan politik dalam jangka masa
panjang.
Amalan
demokrasi
dan
kebebasan
bersuara sepenuhnya.
Negara yang aman tanpa kekacauan
Kerajaan yang mementingkan kehendak
rakyat
Amalan pembangunan lestari untuk
kesejahteraan generasi kini dan akan
datang.
Daya tampung sumber alam masih tinggi
Alam sekitar yang bersih
Kesedaran penjagaan alam sekitar yang
tinggi.
5 isi x 2 markah = 10 Markah

MAX
10

Nilaikan strategi pembangunan desa yang telah dilaksanakan bagi mengurangkan


ketidakseimbangan pembangunan antara kawasan di Malaysia.
[ 15 ]
Judul Isi
Jawapan

Huraian dan contoh

1)
Program
pembangunan
insitu

2) Program
pembangunan
pertanian
bersepadu
(IADP).

Program: Program pembangunan insitu


menekankan pembangunan fizikal desa
seperti penyediaan kemudahan asas yang
lengkap dan sempurna, bekalan elektrik,
air, jalan raya, telekomunikasi, penyediaan
rumah
rakyat
menerusi
Program
Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)
Penilaian: Program ini telah berjaya
meningkatkan kualiti hidup penduduk luar
bandar
di
samping
darjah
ketersampaiannya.
Namun
begitu
perkembangan pembangunan insitu di
Sabah dan Sarawak masih lagi ketinggalan.
Program:
IADP
ialah
satu
pakej
pembangunan bersifat kesepaduan antara
agensi bagi memajukan sektor pertanian
luar bandar dan seterusnya membasmi
kemiskinan desa. Antara strategi yang
dirancang di bawah IADP ialah seperti

Marka
h

21

3) Rancangan
pembangunan
wilayah (RPW)
secara khusus

4)
Strategi
Pembandaran
Desa

5)
Strategi
Perindustrian
Desa

program pembangunan tanah pertanian,


program penanaman semula, dan juga
penyatuan saiz dan skel tani yang tidak
ekonomik di bawah rancangan mini estet
(pertanian berkelompok).
Penilaian: Program ini jelas berjaya
memperbaiki kualiti hidup pekebun kecil
khususnya oleh RISDA dan FELCRA dengan
menggabungkan saiz tani menjadi mini
estet. Produktiviti telah meningkat dan
hasilnya dinikmati bersama.
Program:
Rancangan
Pembangunan
Wilayah (RPW) adalah satu strategi
membangunkan
wilayah
mundurkan
berdasarkan konsep penjanaan sumber
alam dan pembangunan tanah baru di
kawasan rancangan penempatan peneroka
Felda.Contohnya di JENGKA, KETENGAH,
KESEDAR, KEJORA, KEDA, PERDA, DARA,
dan lain-lain.
Penilaian: Inilah program yang paling
berjaya mengubah taraf hidup penduduk
luar bandar melepasi garis kemiskinan.
Pendapatan peneroka masa kini tergolong
dalam kumpulan sederhana dan stabil.
Program: Pembandaran desa bermaksud
strategi membandarkan kawasan-kawasan
desa yang berpotensi. Petempatan desa
yang dipilih akan dilengkapkan dengan
kemudahan asas dan perkhidmatan asas
pembandaran untuk dijadikannya sebagai
bandar kecil atau bandar sederhana
Penilaian: Program ini tidak begitu
berjaya kerana begitu sukar bandar-bandar
kecil untuk berkembang disebabkan oleh
tumpuan pelabur masih di bandar utama
dan aliran migrasi desa tetap menuju ke
bandar-bandar utama.
Program: Perindustrian desa bermaksud
memajukan desa-desa berpotensi dengan
aktiviti perindustrian yang diwujudkan
secara aglomerasi (berkelompok) dan
Industri kecil dan sederhana (IKS) yang
berantaian antara satu sama lain.
Penilaian: Program ini juga tidak begitu
berjaya kecuali sektor IKS dan industri asas
tani. Manakala industri pembuatan tidak
melokasikan kilang mereka di luar bandar
di sebabkan oleh kekurangan sinergi

22

walaupun pihak kerajaan menyediakan


beberapa keistimewaan seperti taraf
perintis, kemudahan asas dsb.
Pemarkahan: 5 isi x 3 markah = MAX 15 Markah

MAX
15

Soalan 6 (b)
i)
Jelaskan dua isu alam sekitar rentas sempadan yang berlaku di rantau
ASEAN [ 6 ]
Skema Jawapan
Judul Isi
Jawapan

Huraian dan Contoh

1.
Isu
Jerebu Rentas
Sempadan.

2.
Isu
pencemaran
selat Melaka.

Di ASEAN, punca utama jerebu datangnya


dari kebakaran hutan di Indonesia. Asap,
habuk dan jelaga akibat kebakaran hutan
tersebut akan disebarkan oleh angin hingga
melintasi sempadan negara jiran seperti
Malaysia, Singapura dan Berunai.
Fenomena
jerebu
rentas
sempadan
biasanya berlaku pada bulan Mei hingga
awal September apabila cuaca menjadi
kering. Kebakaran hutan di Indonesia
dilakukan juga oleh syarikat perladangan
dari Malaysia dan Singapura. Justeru timbul
isu saling tuduh-menuduh antara satu sama
lain.
Fenomena jerebu rentas sempadan banyak
menjejaskan
aktiviti
ekonomi
seperti
gangguan penerbangan dan perkapalan,
pengangkutan darat disamping menjejaskan
kesihatan penduduk
Selat Melaka adalah laluan perkapalan
paling sibuk di Asia Tenggara. Isu utama
yang berkait dengan pencemaran laut ialah
apabila berlakunya perlanggaran kapal
tangki
yang
menyebabkan
tumpahan
minyak.
Selain itu pencemaran perairan Selat
Melaka juga diburukkan lagi oleh aktiviti
industri
dan
penduduk.
Antaranya
termasuklah pembuangan sisa domestik
dan kumbahan, perubahan gunatanah,
pembangunan
industri
pertanian
dan
perkilangan, peningkatan laluan trafik

Marka
h

23

perkapalan dan sebagainya.


Pencemaran laut boleh mendatangkan
impak yang buruk ke atas persekitaran
fizikal Selat Melaka. Sebarang ancaman ke
atas ekologi dan biodiversiti selat itu akan
mengancam
keselamatan
persekitaran
negara pesisir lain dan memberi kesan
buruk kepada kegiatan ekonomi maritim
khususnya perikanan dan pelancongan di
rantau ASEAN
Pemarkahan: 2 isi x 3 markah = MAX 6 Markah

MAX 6

ii) Bagaimanakah isu alam sekitar rentas sempadan secara tidak langsung
telah
mewujudkan kerjasama dalam kalangan negara ASEAN .
[6]
Skema Jawapan:
Judul Isi Jawapan

Huraian dan Contoh

1. Kerjasama
perkongsian
data
dan
maklumat.

2.
Kerjasama
teknikal

3. Kerjasama
perkongsian
kepakaran dan
teknologi

Maklumat berkait dengan bencana


alam

lokasi
kejadian,
puncanya,kekuatannya
serta
penyebarannya di hantar terus kepada
negara-negara jiran ASEAN sebagai
langkah berjaga-jaga dan plan tindakan
yang perlu diambil.
Misalnya data titik panas (hot spot)
boleh diambil melalui satelit Malaysia
dan Singapura untuk dikongsi bersama
dengan negara ASEAN yang lain.
Meliputi kaedah kawalan/pencegahan
oleh pasukan bomba dan penyelamat
dari negara-negara ASEAN.
Perkongsian peralatan untuk mencegah
penyebaran tompokan minyak jika
berlaku perlanggaran kapal tangki
khususnya dari Singapura.
Kerjasama teknikal dalam pemuliharaan
biodiversiti marin.
Misalnya kepakaran Indonesia digabung
dengan teknologi Malaysia dalam
konteks menangani masalah jerebu dan
tsunami yang merentas sempadan.
Kepakaran mengesan kebakaran hutan
melalui sistem GPS yang dipancarkan
secara
langsung
kepada
Jabatan
Meteorologi
Malaysia
dan
Badan
Meteorologi serta Geofisika (BMG)
Indonesia

24

4.
Kerjasama
kemanusiaan
menghulurkan
bantuan

Tabung
bencana
alam
(makanan,
pakaian,perubatan,
kewangan
dll
kepada mangsa-mangsa bencana alam)
Penghantaran pasukan bomba dan
penyelamat
untuk
sama-sama
memadamkan kebakaran.

Pemarkahan: 3 isi x 2 markah = 6 markah

iii)
Mengapakah kerjasama
diperkukuhkan? [ 13]

ekonomi ASEAN pada masa

MAX 6

kini perlu

Skema Jawapan:
Kerjasama ekonomi serantau ASEAN perlu diperkukuhkan kini adalah
kerana:
Isi

Huraian dan Contoh

1.
Mengurangk
an
kesan
negatif
globalisasi
ekonomi.

Tekanan
dan
spekulasi
pasaran
berkurangan.
Kebergantungan
kepada
produk dari
negara maju sahaja dapat
dikurangkan. Ancaman lambakan produk
dari negara China yang tidak berkualiti
boleh dikurangkan. Misalnya melalui AFTA.

2.
Meningkatka
n
aliran
perdagangan
intra ASEAN

3. Perluasan
saiz pasaran

Hal
ini
dicapai
menerusi
Perjanjian
Keutamaan Perdagangan (PTA) dan pasaran
bebas AFTA dengan memberi pengurangan
cukai atau pelepasan cukai
kepada
sesetengah barangan dari sesama negara
anggota.
Kesan semua negara anggota dapat
menikmati faedah seperti harga barangan
yang lebih murah, bekalan barangan yang
berterusan, dan mengurangkan defisit
import barangan dari negara maju.
Kesan-kesan positif perluasan pasaran
diperoleh melalui pertambahan penduduk
dan
peningkatan
kuasa
beli
yang
menyebabkan barangan dan perkhidmatan
boleh dijual ke serata negara.
Konsep pasaran bebas bersama (AFTA)

ASEANperlu
perkukuhkan
kerjasama
ekonomi bagi mengurangkan monopoli
pasaran dari negara-negara maju seperti
USA, Eropah, Jepun dll di dalam pasaran
ASEAN

Marka
h
2

25

akan memberi keuntungan kepada semua


negara. Dengan adanya perluasan pasaran
ini barangan dan perkhidmatan akan dapat
dijual tanpa karenah birokrasi yang
cerewet.

4.
Perkongsian
teknologi,
R&D,
dan
inovasi baru

5.
Perkongsian
pelaburan
modal
atau
kewangan

Saling
keuntungan
diperolehi
melalui
perkongsian teknologi, R&D, dan inovasi
baru dalam pelbagai bidang perindustrian,
tenaga,
pertanian,
perhutanan,
pengangkutan, telekomunikasi, kewangan,
dan lain-lain yang dapat memberikan kesan
positif kepada semua negara anggota.

Apabila
semua
kerjasama maka
sesebuah negara
kelebihan teknologi

Perkongsian
pelaburan
modal
atau
kewangan menerusi pelbagai konsep dan
kaedah seperti pelaburan silang, pelaburan
bersama, koperasi kewangan ASEAN, dan
lain-lain yang dilangsungkan di bawah
Jawatan kuasa Kewangan dan Bank
(COFAB).
Negara-negara anggota yang lebih teguh
keadaan ekonomi boleh melabur dan
membantu negara-negara yang lemah.
Negara anggota ASEAN juga memperoleh
keuntungan
melalui
keadaan
saling
melengkapi khususnya dalam konteks
pengkhususan
pengeluaran
barangan
industri pembuatan, perkhidmatan, serta
sumber dan tenaga.
Kekurangan
aspek-aspek
tersebut
di
sesebuah negara boleh ditampung oleh
negara lain. Sebagai contoh negara
Singapura
yang
mengalami
masalah
kekurangan sumber bahan mentah seperti
bekalan air, minyak sawit, dan petroleum
ditampung oleh negara-negara jiran seperti
Malaysia. Thailand pula membekalkan beras
dan sumber perikanan kepada Singapura.
Sebaliknya Singapura membantu negara
lain melalui kepakaran perkhidmatan,
kepakaran kewangan, serta kemudahan
pelabuhan dan pergudangan.

6.
Saling
melengkapi
dari
pengkhususa
n
pengeluaran

7. Pengaliran
tenaga buruh
dan
kepakaran

negara
mengeratkan
kekurangan teknologi
boleh ditampung oleh
negara lain.

Kekurangan buruh dan tenaga pakar dalam


sesebuah negara juga boleh ditampung
oleh negara anggota lain. Sesetengah
negara
ASEAN
dapat
mengurangkan
masalah lebihan tenaga buruh yang berlaku

26

di dalam negara
tenaga buruh.

melalui

perkongsian

Contoh yang paling baik ialah antara


Malaysia dengan Indonesia. Kekurangan
buruh di Malaysia dalam sektor pembinaan,
perladangan,
dan
pembantu
rumah
ditampung oleh kemasukan tenaga buruh
dari Indonesia. Dengan itu, ekonomi
Malaysia lebih pesat dan berkembang maju.
Negara
Indonesia
juga
memperoleh
keuntungan dalam pengurangan bebanan
lebihan
tenaga
buruh.
Masalah
pengangguran di Indonesia juga boleh
dikurangkan.

Pemarkahan: 6 isi x 2 markah = 12 + 1 markah manamana huraian yang baik = MAX 13 Markah

MAX
13

-TAMAT-

27

Você também pode gostar