Você está na página 1de 11

1.

0 Peristiwa
Kumpulan kami telah ditugaskan untuk melaksanakan bengkel Terapi
Bermain di dalam kelas. Kami telah menerima seorang klien yang bernama Rafidah
(nama

samaran)

yang

menghadapi

masalah

sosial,

khususnya

dari

segi

perhubungan dengan rakan dan ahli keluarganya. Kami telah melaksanakan


beberapa kaedah mengumpul maklumat mengenai masalah yang dihadapi oleh
Rafidah. Antara proses yang dilalui ialah tahap membina hubungan, penerokaan,
membuat keputusan, pelaksanaan dan penamatan sesi kaunseling. Daripada
pengumpulan maklumat awal berkenaan, kami mendapati Rafidah sering bersikap
tidak sopan, biadap serta tidak menghormati orang tuanya di rumah. Beliau suka
melawan kata dan bertengkar dengan orang tuanya walaupun dia sendiri yang
membuat salah. Bukan itu sahaja, Rafidah juga berkelakuan nakal di rumah. Beliau
gemar merayau-rayau ke tempat yang berjauhan dari rumah dan melakukan sesuatu
tanpa memikirkan keselamatan diri. Contohnya, Rafidah suka bermain dan berenang
di sungai, tanpa memikirkan bahawa dia mungkin akan terjatuh atau mati lemas.
Oleh sebab itu, beliau sering ditegur dan dipukul semasa di rumah.
Namun, setelah teguran dan pukulan ini berlanjutan, beliau sudah
menganggap bahawa teguran dan pukulan sebagai satu kebiasaan dan sudah sebati
dengan kehidupan sehariannya. Kami juga mendapati Rafidah tidak disenangi oleh
rakan-rakannya di dalam kelas. Misalnya, tiada rakan-rakan yang ingin bersama
dengannya semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Semasa beliau sedang duduk di
atas kerusi murid lain untuk menyalin sesuatu yang ditulis pada papan tulis,
kawannya akan menghalau beliau. Akhirnya, Rafidah akan duduk bersila dan
menyalin di atas lantai, sekaligus menjelaskan salah satu sebab mengapa baju
sekolahnya kotor sepanjang masa. Lebih teruk lagi, apabila beliau dihalau atau
dijauhi oleh rakan sekelas, beliau akan bertindak mengganggu dan mengusik
rakannya sebagai salah satu langkah untuk melepaskan dendam. Situasi ini
menyebabkan Rafidah sering diadu oleh rakan sekelas dan dimarahi serta didenda
oleh guru. Situasi ini mendorong kumpulan kami selaku guru kaunseling untuk
mencari jalan untuk membantu Rafidah menangani masalah perhubungan sosial
dengan rakan-rakan dan ahli keluarganya menggunakan Terapi Bermain.
Memandangkan sesi ini merupakan perjumpaan yang pertama dan Rafidah
masih tidak mengenali kami, maka kami telah bertindak menjemput beliau dari
kelasnya dan membawanya ke bilik kaunseling. Semasa berada di bilik kaunseling,
kami berusaha untuk membina hubungan yang positif dengan Rafidah. Kemudian,

kami mula memberitahu struktur sesi kaunseling yang bakal dijalankan, seperti
tujuan menjemput beliau ke bilik kaunseling, masa sesi, etika kerahsiaan, peranan
kami sebagai guru kaunselor dan peranan Rafidah sepanjang sesi kaunseling ini.
Seterusnya, kami meminta Rafidah mengisi borang profil klien. Kami meneruskan
sesi dengan mengadakan ice breaking dengan beliau dalam bentuk aktiviti Who Am
I?. Sepanjang sesi dijalankan, kami cuba meneroka lebih mendalam mengenai klien
dengan mengaplikasikan kemahiran kaunseling yang dipelajari secari teori seperti
memberi dorongan minimum, konfrontasi, empati, refleksi isi, refleksi perasaan dan
menparafrasa apa yang diperkatakan oleh Rafidah.
Langkah seterusnya, Rafidah diminta bermain perang-perang. Beliau
dikehendaki membentuk pasukan beliau dan pasukan musuh berdasarkan ahli-ahli
keluarganya. Kami membekalkan seangkatan askar berbentuk alat-alat mainan dan
meminta Rafidah memilih sembilan orang tentera yang mewakili ahli keluarganya
dan seterusnya membentuk dua pasukan sebelum memulakan permainan perang.
Sepanjang masa Rafidah menyusun tentera, kami memintanya memberitahu siapa
yang diwakili oleh askar yang disusun dan sama ada wakil tersebut sepasukan
dengan Rafidah atau sebaliknya. Setelah siap menyusun barisan atau pasukan
sendiri dan barisan lawan, kami meminta Rafidah bermain perang-perang, iaitu
menembak mati askar satu per satu sehingga tinggal Rafidah seorang sahaja.
Setiap kali Rafidah menembak mati seseorang askar, kami akan bertanya siapakah
orang itu dan mengapa beliau berbuat demikian. Kemudian, kami meminta Rafidah
menghidupkan semula askar-askar yang telah ditembak mati tadi satu demi satu.
Seperti sebelum ini, kami juga bertanya siapakah orang berkenaan dan sebab-sebab
askar itu dihidupkan. Selepas aktiviti bermain pasir, kami berbincang bersama
tentang sebab-sebab ahli-ahli keluarga Rafidah menegur dan memukul beliau. Kami
turut membincangkan tentang tingkah laku yang harus ditunjukkan, bukannya terus
marah dan pukul.
Aktiviti kedua adalah Hasil Kerja Kami. Dalam aktiviti ini, kami memberikan
klien satu set permainan Lego. Kami menerangkan langkah-langkah dalam
melaksanakan aktiviti tersebut. Rafidah diminta untuk menghasilkan apa-apa sahaja
yang mereka fikirkan dengan menggunakan Lego yang telah diberikan. Kami
memberi ruang kepada Rafidah untuk membina bentuk mengikut kekreatifannya
sendiri dan tanpa bantuan daripada kami. Dalam masa yang sama, kami juga
memastikan keselamatan klien dan memberi peneguhan positif terhadap hasil
kerjanya.

Selesai

menghasilkan

menjalankan

aktiviti

ini,

Rafidah

diminta

menceritakan hasil reka bentuknya dan sebab beliau menghasilkannya. Bentuk yang
2

dihasilkan ialah seekor cicak yang besar namun bahagian asasnya tidak stabil. Kami
menyoal beliau mengenai perasaannya setelah menjalankan aktiviti tersebut.
Sebelum sesi ini tamat, kami memberikan beberapa tugasan kepada Rafidah.
Beliau telah diminta untuk membantu ahli-ahli keluarganya membuat sekurangkurangnya satu kerja rumah setiap hari sehingga pertemuan yang seterusnya. Di
samping itu, Rafidah diminta mengucapkan selamat malam kepada orang tuanya
sebelum tidur. Tugas tambahan yang kami beri kepada Rafidah ialah beliau tidak
keluar bermain pada hari tersebut dan tidak bermain di kawasan yang terlalu jauh
dan bahaya pada masa yang akan datang. Kami telah menghadiahkan alat-alat tulis
dan sekotak pensel warna kepadanya dan mengharapkan agar beliau dapat
menjaga bahan-bahan yang telah kami berikan kepadanya dengan amanah dan
baik.
Sepanjang Rafidah melaksanakan sesi kaunseling ini, kami perhatikan
beberapa tingkah laku dan juga mimik muka beliau yang berubah-ubah bergantung
kepada soalan. Contohnya sekiranya persoalan kami melibatkan mengenai
keluarganya maka beliau akan mula mencampak atau pun menepis permainan yang
berada di hadapannya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa beliau mempunyai emosi
terpendam yang tidak dapat diluahkan kepada sesiapa. Selain itu, apabila kami
bertanyakan mengenai rakan-rakannya yang memulaukan Rafidah, riak muka
Rafidah terus berubah menjadi sedih. Hal ini jelas menunjukkan bahawa beliau sedih
dan agak kecewa dengan tindakan rakan sekelasnya yang memulaukan dirinya.
Namun demikian, kami sebagai kaunselor amat seronok dan gembira apabila
beliau mampu menyesuaikan diri dengan terapi bermain dan mula membuka ruang
kepada kami untuk mencungkil maklumat lebih banyak daripada Rafidah. Kami jga
berasa amat gembira apabila aktiviti yang kami bekalkan kepada beliau mampu
dilaksanakan dengan jayanya.

2.0 Analisis Klien


Kami telah melakukan beberapa semakan analisis terhadap masalah yang dihadapi
oleh klien yang bernama Rafidah. Beliau telah mengalami masalah kemurungan
yang

berpunca

daripada

hubungan

kekeluargaan

yang

tidak

begitu

memberangsangkan sehingga mempengaruhi tingkah lakunya di sekolah. Menurut


Carmichael (2006), terapi bermain adalah satu pendekatan yang berstruktur dan
teoritikal kepada terapi berasaskan komunikasi normal dan proses pembelajaran
3

kanak-kanak. Justeru, kami telah mengaplikasikan terapi bermain dalam usaha


menerokai permasalahan Rafidah yang bertingkah laku negatif di sekolah.
Kaunselor-kaunselor yang terlibat dalam kes ini telah mengaplikasi setiap struktur
atau langkah-langkah bimbingan seperti membina hubungan, meneroka masalah,
membuat keputusan, menganalisis dan juga menamatkan proses terapi. Dalam
terapi ini, komunikasi bersama klien banyak menggunakan medium permainan
seperti lego untuk mencungkil segala perkara yang membebani kotak fikiran Rafidah.
Sesudah leka bermain, Rafidah telah menceritakan sedikit demi sedikit masalah
yang dihadapinya tanpa dipaksa oleh kaunselor.
Sementara itu, dalam mengnal pasti akar punca permasalahan sosial Rafidah
ini, kami menggunakan pendekatan 5R iaitu Relating, Releasing, Recreating,
Reexperiencing dan juga Resolving. Selaras dengan pandangan Carmichael,
struktur 5R ini sangat membantu kami sebagai kaunselor dalam menyelesaikan
masalah murid dan membantunya dalam mencari penyelesaian sesuai. Langkah
pertama iaitu Relating memerlukan kaunselor mencipta satu suasana hangat dan
kondusif untuk membina hubungan. Dalam erti kata mudah kami perlu meletakkan
diri kami ini bukan hanya sebagai kaunselor dan klien akan tetapi sebagai orang
yang dekat dengan jiwa klien. Justeru kami melayani Rafidah sebagai seorang anak
sendiri untuk membuatkanya selesa dengan kami dan sesi terapi yang akan
dijalankan.
Langkah kedua iaitu Releasing memerlukan klien mempamerkan ekspresi
muka dan emosi yang tersembunyi. Ini agak mencabar buat para kaunselor. Klien
tidak akan secara sukarela menceritakan masalah. Justeru langkah alternatif diambil
dengan memberikannya permainan-permainan yang diminatinya. Kaunselor hanya
perlu

memerhati

tingkah

lakunya

ketika

bermain.

Kaunselor

telah

mula

berkomunikasi dengan Rafidah tentang dirinya dan keluarganya. Dalam situasi ini
Rafidah telah menunjukkan ekspresi wajah yang pelbagai iaitu marah dan sedih
dalam sesi bermain yang berbeza. Ini dapat menyimpulkan bahawa Rafidah telah
mula memberi respon dalam sesi terapi.
Langkah seterusnya iaitu Recreating. Langkah ini adalah lanjutan daripada
proses kedua. Klien telah mula merasai perasaan-perasaan beremosi lantas akan
meluahkannya melalui tindakan terhadap permainan ataupun kata-kata. Rafidah
telah meluahkan perasaannya kepada kaunselor ketika asyik bermain dengan
permainannya. Beliau telah menzahirkan bagaimana beliau dilayan di rumah dan di
dalam kelas dengan simulasi terhadap permainannya sebagai wakil kepada watak-

watak dalam keluarganya dan rakan-rakannya. Dalam langkah ini, klien akan
mencipta kembali peristiwa yang mengganggu perasaannya melalui aktiviti bermain.
Keempat ialah Reexperiencing. Dalam langkah ini kaunselor akan menyelidik
sejauh mana masalah yang dihadapi klien, mengenal pasti apa punca masalah dan
apa jalan penyelesaian yang sesuai. Dalam konteks masalah Rafidah, setelah
diselidik kami mendapati Rafidah tidak mendapat perhatian yang cukup oleh ibu
bapanya yang agak kesibukan dengan kerjaya. Lantas kami cuba memberikan
beberapa tugas di rumah kepadanya seperti mengucapkan sleamat malam kepada
kedua ibu bapanya sebelum tidor supaya rangsangan kasih sayang dapat diaktifkan
semula.
Langkah kelima dan terakhir ialah Resolving. Langkah ini adalah sesi penting
yang mana penentu kepada kejayaan atau kegagalan sesi terapi bermain yang
dijalankan. Dalam fasa ini, kaunselor akan cuba mengaplikasikan teori-teori
kaunseling yang dipelajari seperti teori Behavioris. B. F. Skinner menekankan
peneguhan terhadap perubahan tingkah laku seseorang. Para kaunselor meminta
Rafidah untuk mengubah tingkah laku di rumah dan di dalam kelas secara beransuransur. Sebagai galakan, kami telah menghadiahkannya alat tulis sebagai
rangsangan terhadap perubahan yang bakal dilakukannya. Rangsangan ini akan
dengan harapan Rafidah memeperbaiki tingkah lakunya secara kekal pada masa
depan.
Ramai daripada kita masih kurang faham bahawa kanak-kanak juga boleh
belajar melalui aktiviti bermain. Selain bidang akademik, pada usia kanak-kanak
sekitar 5 hingga 11 tahun ini mereka juga perlukan perkembangan kemahiran
komunikasi/interaksi, sosioemosi kognitif dan kemahiran motor. Bermain juga salah
satu pembelajaran untuk kanak-kanak seperti Rafidah. Sama ada dipelajari secara
langsung atau tidak langsung. Menurut Montessori, aktiviti permaianan adalah nadi
perkembangan kesihatan kanak-kanak mahupun dewasa. Menurut beliau lagi, 75%
perkembangan

otak

berlaku

ketika

selepas

kelahiran.

Dalam

proses

ini,

mempengaruhi perkembangan kemahiran motor halus-kasar, bahasa, sosial,


personal, pengurusan emosi, kreativiti, penyelesiaan masalah dan juga keupayaan
pembelajaran.
Perkara yang paling penting adalah bermain boleh membantu Rafidah untuk
lebih aktif tetapi dalam keadaan yang terkawal adalah dengan membuat pilihan dan
amalan untuk pengukuhan kemahiran sedia ada. Kanak-kanak seharusnya diberi
peluang melalui sendiri pengalaman yang mengandungi pelbagai kemahiran yang
5

pelbagai seperti seni, muzik, bahasa, sains, matematik dan interaksi sosial kerana
cara ini sangat penting untuk perkembangan intergrasi otak. Melalui aktiviti terapi
bermain yang dijalankan, kegembiraan dan kepuasan dapat dirasai oleh Rafidah.
Rafidah juga berupaya untuk meluahkan perasaannya yang mungkin dipendam. Dari
aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak
untuk berurusan dengan realiti sebenar.
Secara tidak langsung kaunselor dapat mengurangkan ataupun mengawal
masalah tingkah laku Rafidah. Dalam pada masa yang sama komunikasi Rafidah
antara rakan,guru dan orang sekelilingnya. Rafidah juga mampu menilai diri sendiri
terhadap setiap tingkah laku yang terlah dilakukan sama ada baik atau pun
sebaliknya. Di samping itu, dilihat bahawa dapat meningkatkan perasaan keupayaan
mempercayai seseorang apabila rafidah berani bercerita mengenai apa yan
dilaluinya. Kaunselor telah membuka peluang kepada kanak-kanak seperti Rafidah
untuk membuat pilihan sendiri dan secara tidak langung membolehkan rafidah
melahirkan masalah atau perasaan yang dipendamnya. Terapi bermain ini telah
membantu Rafidah mununjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap
aktiviti yang dijalankan.

3.0 Tindakan Susulan


Proses ini adalah bertujuan menyemak serta melihat bagaimana Rafidah
melakukannya dan menghormati apa-apa masalah yang timbul ke atas dirinya,
namun begitu kadang-kadang perkara ini berlaku sebelum penamatan dan proses ini
adalah merupakan proses penyeliaan yang positif yang boleh menggalakkan kepada
pertumbuhan Rafidah, mengikut keinginannya. Proses ini adalah amat penting
kerana dapat meneguhkan dapatan Rafidah yang berlaku dalam proses kaunseling
dan boleh membantu kaunselor dalam menilai semula pengalaman sesi yang
mereka telah jalani. Melalui susulan ini juga, seseorang kaunselor dapat
menekankan penjagaan kaunselor yang tulen dan mengambil berat tentang kliennya.
Susulan dibimbing dalam jangka masa pendek 3 hingga 6 minggu dan jangka
panjang sekurang-kurangnya selepas 6 bulan penamatan.
Dalam masalah yang dihadapi oleh kumpulan kami ini, saya merasakan
bahawa 4 bentuk langkah susulan adalah paling sesuai. Pertama ialah menjemput
Rafidah ke sesi untuk membincangkan kemajuan. Kedua adalah melalui telefon,
dimana Rafidah boleh melaporkan kepada kaunselor secara verbal. Ketiga pula ialah
6

kaunselor menghantar surat kepada Rafidah dan bertanyakan perkembangan yang


terkini dan yang terakhir sekali adalah kaunselor menghantar soal selidik Rafidah
berkenaan dengan tahap kefungsian mereka kini menerusi pos. Oleh itu dapatlah
disimpulkan disini bahawa susulan amat membantu jika Rafidah diselia kemajuannya
melalui penggunaan graf dan carta dan Rafidah bersetuju susulan diakhir sesi, akan
berlaku self monitoring yang memberikan Rafidah tentang bukti dan kemajuan celik
akal yang konkrit terhadap keperluannya. Sebagai contoh ayat yang telah digunakan
dalam proses susulan ini adalah seperti berikut.

Kaunselor: nampaknya masa sudah tamat Rafidah,adakah Rafidah selesa jika kita
berhenti di sini? Ataupun mungkin ada lagi perkara yang ingin Rafidah kongsikan lagi
bagi mengurangkan bebanan emosi Rafidah.
Klien : Rafidah rasa cukuplah setakat ini . dengan alternatif penyelesaian ini Rafidah
yakin ini dapat diselesaikan .
Kaunselor: Jika begitu saya tamatkan sesi saya ini dan saya mengucapkan terima
kasih kepada Rafidah kerana sudi berjumpa dengan saya untuk kongsikan masalah
Rafidah dengan saya.
Klien : Sama-sama.

4.0 Refleksi
Selesai daripada tugasan ini, bila direnungkan kembali, terdapat banyak input yang
membantu kami dalam kehidupan sebagai seorang guru. Guru merupakan orang
yang sangat hampir dengan murid-murid. Oleh itu, apabila mereka mempunyai
masalah, kita adalah orang yang bertanggungjawab untuk menyelesaikannya. Lebihlebih lagi murid-murid di sekolah rendah. Di sinilah permulaan bagi mereka untuk
membentuk peribadi yang baik kelak dan guru adalah orang yang diamanahkan.
Walaupun terdapat banyak kekangan, namun kepuasan yang telah kami
dapat setelah manjalankan sesi bengkel bimbingan dan kaunseling sukar
digambarkan dengan kata-kata. Sesi ini juga membuatkan diri kami untuk berfikir
dengan lebih positif apabila menghadapi murid-murid yang bermasalah seperti
Rafidah di sekolah nanti. Kami juga telah sedar bahawa seseorang guru yang
mempunyai kemahiran-kemahiran bimbangan dan kaunseling dapat menyelesaikan
beberapa masalah dalam pembelajaran dan pengajaran yang berkaitan dengan
7

emosi. Kita dapat mengetahui dengan lebih terperinci tentang masalah yang
dihadapi oleh seseorang murid sama ada ia adalah masalah pembelajaran dan
pengajaran di dalam kelas ataupun masalah kaunseling. Kami telah faham bahawa
setiap masalah yang kita hadapi di kelas juga boleh diselesaikan dengan
penggunaan bimbingan dan kauseling seperti mana yang berlaku dan kes Rafidah.
Pada kami, tugasan ini membantu kami untuk mendalami lagi ilmu berkaitan
bimbingan dan kaunseling. Kami tidak hanya menguasai konsep semata-mata tetapi
juga pengaplikasiannya sekali. Semua teori dan terapi yang dipelajari telah cuba
kami aplikasikan dalam melaksanakan intervensi bimbingan dan kaunseling.
Tugasan ini memberi satu lagi kemahiran serta pengalaman baru kepada kami. Kami
berharap

tugasan

yang

melibatkan

pemahaman

konsep

dan

teori

serta

pengaplikasian ini akan diteruskan di masa hadapan agar dapat menambah


kemahiran baru dalam kalangan guru-guru pelatih. Sesungguhnya, ilmu yang
berguna adalah ilmu yang dapat dipraktikkan dan dapat membantu orang lain.
Tidak ketinggalan juga, tugasan ini telah berupaya meningkatkan kefahaman
dan menyedarkan kami akan kepentingan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Kanak-Kanak terutamanya di institusi persekolahan. Lebih-lebih lagi dalam senario
dunia kini di mana kanak-kanak semakin terdedah dengan dunia pemodenan
sehingga

menimbulkan

masalah

disiplin

dan

sebagainya.

Dalam

hal

ini,

perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak dilihat berupaya membentuk


dan mengurangkan masalah tingkah laku murid di sekolah. Sebagai seorang yang
bakal bergelar pendidik, kami semakin menyedari usaha kita dalam menyiapkan diri
dengan pelbagai ilmu dan kemahiran termasuklah kemahiran asas dalam bimbingan
kaunseling dan juga pengetahuan mengenai teori-teori kaunseling yang ada. Hal ini
perlu agar dapat menyediakan kita sebagai guru yang inovatif dan seterusnya
menyumbang kepada kecemerlangan pelajar dan sistem pendidikan negara.
Melalui kajian ini juga, kami lebih memahami prosedur dalam melaksanakan
sesuatu sesi terapi kaunseling secara praktikal. Kami belajar bagaimana untuk
mengenal pasti masalah yang berlaku menerusi tinjauan awal, memikirkan terapi
yang

paling

sesuai

untuk

mengatasi

masalah

tersebut,

merancang

dan

melaksanakan terapi yang dirancang, mengumpul, menganalisis dan menyemak


data kajian. Selain itu, kami sedar bahawa peranan guru bukanlah sekadar untuk
mengajar semata-mata, tetapi perlu menyelesaikan masalah-masalah sosial dan
emosi yang dihadapi oleh murid. Kajian ini turut telah membantu memperkukuh
kemahiran-kemahiran kaunseling kami. Sepanjang pelaksanaan terapi kaunseling,

kami sedar bahawa kami masih amat lemah dalam banyak kemahiran kaunseling,
seperti kemahiran menyoal, berkomunikasi, mendengar, merumus dan sebagainya.
Oleh itu, kami telah bertindak membaca secara luas dan mendalam mengenai
kemahiran-kemahiran

kaunseling.

Seterusnya,

kami

cuba

memahami

dan

mengaplikasikan semua ilmu kaunseling yang telah kami peroleh. Bersyukur kepada
Tuhan kerana hasil kajian ini menampakkan perubahan klien yang masih positif.
Malah, kami sedar bahawa kami perlu sentiasa membuat refleksi kritikal,
merenung kembali apa dan mengapa kami melakukan sedemikian dan memikirkan
cara yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah yang kami hadapi. Sepanjang
kajian ini, kami telah menghadapi pelbagai masalah berkaitan dengan teknik-teknik
kaunseling, dan hanya dengan pemikiran yang reflektif dan kritikal sahaja yang dapat
menyelesaikan masalah yang kami hadapi. Kami sentiasa mengimbas kembali dan
bertindak untuk mengenal pasti masalah, bersedia menyelesaikan masalah serta
mengambil

tindakan

susulan

yang

bersesuaian

dengan

masalah

tertentu.

Sesungguhnya, teknik ini telah membantu dalam membentuk diri kami menjadi
seorang guru yang bukan sahaja mengajar bahkan juga dapat membimbing pelajar
yang berguna dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial.

LAMPIRAN BERGAMBAR

Gambar 1 :

10

klien

Gambar 2 :

Gambar 3 :

Aktiviti terapi bermain

kaunselor yang sedang berhadapan dengan klien

11

Você também pode gostar