Você está na página 1de 2

APAM PISANG MUDAH

Bahan-bahan:
1 cawan pisang lemak manis lecek halus
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
secubit garam
Cara-cara:
1. Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat.
2. Adun bahan tadi bersama pisang lecek, gula kastor dan secubit garam.
3. Masukkan minyak jagung dan gaul rata.
4. Tuang adunan ke dalam bekas atau acuan pilihan. Gunakan acuan lompang, dan
bubuh setengah acuan.
5. Jika suka bubuh hirisan pisang di atasnya sebagai hiasan.
6. Kukus selama 15 minit. Jika anda gunakan loyang kenalah kukus lebih lama sedikit
iaitu lebih kurang 1/2 jam atau 30 minit.
Sumber: Che Amie

Cekodok Pisang Gebu

CEKODOK PISANG GEBU


Bahan-bahan:
8 biji pisang emas ~ pisang yang lain pun boleh
3/4 camca teh soda bicarbonat
1 sudu teh baking powder ~ ita tambah
1 camca besar gula peerang
1/3 camca besar gula halus
1 cawan tepung gandum ( lebih atau kurang ikut adunan kalau terlembik tambah sikit
tepung )
1/4 camca teh garam halus
Minyak untuk menggoreng
Cara Penyediaan :
Kupas pisang, lecek bersama gula, garam, baking powder dan soda bikarbonate hingga
hancur.
Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.
Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air,
jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2, mat buat
dalam 10 biji macam tu, sebab ianya akan kembang.
Tapi ini bergantung pasa saiz kuali yang anda gunakan.
Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan.
Letak atas paper towel dan biar minyak terserap.

Você também pode gostar