Você está na página 1de 3
PEJABAT TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA OFFICE OF DEPUTY DIRECTOR-GENERAL OF EDUCATION MALAYSIA SEKTOR OPERAS! PENDIDIKAN EDUCATIONAL OPERATION SECTOR : KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BEM ENTERN MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA MALAYSIA Aras 4, Blok E2, Kompleks E LEVEL 4 BLOCK E2 COMPLEX E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT ADMINISTRATIVE CENTRE Tel: 03-8884 9000 62604 PUTRAJAYA, Faks : 03-8884 9315 MALAYSIA Laman Web : wwww.moe.gov.my Ruj. Kami: KPMSP.100-1/7/2 (60) Tarikh: 4 Jun 2016 Semua Ketua Bahagian Semua Pengarah Pendidikan Negi YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan, SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 7 TAHUN 2016 MAKLUMAN PENGGUNAAN VIDEO ‘INFO 2MINIT’? MENGGANTIKAN SLAID ‘INFO 5 MINIT’ DALAM PENATARAN MAKLUMAT GELOMBANG 2 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM) 2013-2025 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan bahawa Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 adalah agenda transformasi KPM yang perlu diuar-uarkan kepada semua warga pendidikan dan pihak berkepentingan. Bagi memastikan inisiatif komunikasi PPPM diselaras dan dilaksanakan dengan berkesan, Mesyuarat Jawatankuasa Penataran Maklumat dan Pengurusan Perubahan KPM Bil.1/2016 pada 19 Mei 2016 telah mengambil ketetapan supaya slaid ‘Info 5 Minit’ yang telah digunakan sebelum ini digantikan dengan video ‘Info 2Minit’ oleh pengurusan tertinggi KPM. 2. Surat siaran ini bertujuan untuk memberi panduan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan semua institusi pendidikan termasuk Institut Pendidikan Guru (IPG), Kole] Matrikulasi (KM), Kole} Vokasional (KV) serta sekolah. Sehubungan dengan itu, semua pihak hendaklah mengambil langkah-langkah dan tindakan sewajamya terhadap penggunaan video ‘Info 2Minit’ dalam usaha penataran maklumat dan pengurusan perubahan Gelombang 2 PPPM 2013-2028. Video ‘Info 2Minit’ akan dimuat naik setiap bulan di YouTube mengikut tema yang berbeza. 3. Langkah-langkah penggunaan video ‘Info 2Minit’ adalah seperti yang berikut 3.1 Memuat turun video melalui carian YouTube #info2minit; 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 37 Menayangkan video ‘Info 2Minit’ dalam mesyuarat/ bengkel/ kursus/ perhimpunan/ perjumpaan atau mana-mana kursus atau latihan dalam perkhidmatan yang dikendalikan; Menerangkan dengan lebih lanjut maklumat berkaitan PPPM sebagaimana dalam video tersebut; Merakam perkongsian maklumat ini secara amatur sebagai bukti bahawa video ‘Info 2Minit’ telah dikongsi di institusi masing-masing. Merakam maklum balas atau aktiviti daripada warga pendidikan, murid serta ibu bapa yang berdasarkan intipati video sebagai testimoni terhadap pemahaman aspirasi PPPM 2013-2025 Menyunting gabungan rakaman di para 3.4 dan 3.5 supaya berdurasi kurang daripada 45 saat. Memuat naik suntingan video tersebut di media sosial masing-masing dengan #info2minit. Suntingan video paling kreatif akan dimuat naik di Facebook KPM dan Facebook YB Menteri Pendidikan. 4. Dengan berkuatkuasanya surat siaran ini, maka surat makluman Ruj: KPM.PADU/700-3/5 (55) bertarikh 17 Disember 2014 dibatalkan. 5. YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan dimohon untuk memaklumkan kandungan surat siaran ini kepada semua pegawai yang bertanggungjawab di bahagian-bahagian KPM, jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah, institusi pendidikan pengetua dan guru besar di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Datin/tuan/puan. Sekian. Terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Kemal ATO’ HAJI AHMAD TAJUDIN B) balan Ketua Pengarah Pel for Operasi Pendidikan rian Pendidikan Malaysia Say@Vang Menutut perintah, fan Malaysia ks 10. 1. YB Menteri Pendidikan Malaysia YB Timbalan Menteri Pendidikan | YB Timbalan Menteri Pendidikan II Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Ketua Nazir Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan Malaysia Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia

Você também pode gostar