Você está na página 1de 4

TUGASAN 1 : ULASAN KRITIS

Saya sebagai guru telah memperkenalkan satu kaedah yang bernama Cungkil Bijak
dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pengajian Am. Kaedah ini lebih berpusatkan pelajar.
Aktiviti sambil belajar seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, lawatan, penyelesaian
masalah, penggunaan sumber luar bilik darjah dan penggunaan teknologi dalam ICT bukan
sahaja

dapat

melahirkan

pelajar

yang

kreatif,

tetapi

juga

inovatif.

Saya

telah

memperkenalkan beberapa aktiviti baru termasuklah program Cungkil Bijak ini untuk
menarik minat para pelajar dalam tajuk Kenegaraan. Cungkil Bijak merupakan satu kaedah
kuiz. Pelajar dibahagiakn kepada dua kumpulan dan diadakan duga akal.
Sebelum mengambil bahagian dalam program ini, pelajar didapati menyediakan
pelbagai teknik mengambil nota dan menyimpan nota untuk menajwab soalan-soalan
tersebut. Biasanya pelajar saya lemah menguasai istilah dan fakta mengenai perundangan,
kehakiman dan pentadbiran Malaysia. Selepas diadakan program Cungkil Bijak ini pelajar
dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan yakin dan betul. Kreativiti mereka
adalah dalam cara penyediaan nota dan inovasi pula mereka ialah dalam mereka bentuk
satu teknik baharu yang belum digunakan oleh mana-mana pelajar yang lain di sekolah
saya.
Kesimpulannya, kaedah Cungkil Bijak ini telah mendorong pelajar saya lebih kreatif
dan inovatif dalam penyediaan dan penyampaian buah fikiran. Malah saya telah mendapati
prestasi mereka juga telah meningkat khususnya topik yang diajarkan.
Kaedah Penyelesaian Masalah. Kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar juga
boleh dipupuk dalam pelaksanaan pembelajaran dalam kumpulan. Setiap pelajar
mempunyai daya imiginasi yang tersendiri dalam melihat sesuatu secara berlainan.
Pembelajaran dalam kumpulan dapat memupuk para pelajar untuk berfikiran secara terbuka
atau berfikir di luar kotak serta secara analitikal, kritikal dan praktikal. Apabila saya
memberikan pelajar sesuatu situasi untuk diselesaikannya, pelajar-pelajar melihat masalah
itu dari pelbagai perspektif.
Sebagai contoh pelajar aliran sastera melihat dari aspek kualitatif manakala pelajar
aliran sains saya pula melihat dari perspektif kuantitatif. Bagaimanapun kedua-dua golongan
ini melihat sesuatu masalah yang diberikan secara alitikal, praktikal dan pragmatik. Hal ini
akan mendorong pelajar pelajar saya untuk melihat sesuatu perkara itu sebagai peluang
yang boleh mencetuskan idea baharu. Mereka juga terpaksa menggunakan minda yang
kreatif untuk menemukan perspektif yang baru dalam penyelesaian masalah.

Dalam bilik darjah, saya sentiasa memastikan penggunaan bahan pengajaran dan
pembelajaran. Setiap bahan yang digunakan merangkumi sifat-sifat, kelebihan dan
kekurangan bahan yang digunakan dalam pembelajaran. Hal ini memerlukan pelajar bijak
membezakan setiap bahan yang digunakan. Oleh itu kebolehan membandingkan dan
membezakan dalam bab Kehakiman umpamanya amat diperlukan di samping penyelesaian
masalah yang diberi. Tajuk Kehakiman yang merangkumi fungsi dan bidang kuasa
mahkamah dan hakim contohnya lebih menjurus kepada soalan penyelesaian masalah yang
dikemukakan berdasarkan situasi-situasi. Hal ini selaras dengan Sukatan Pelajaran
Pengajian Am yang menuntut pelajar supaya mentakrifkan mahkamah dan bidang kuasanya
dengan tepat sebelum menyelesaikan masalah kehakiman yang diberi.
Pelajar perlu memikirkan beberapa alternatif dan menentukan pilihan yang terbaik
semasa menyelesaikan masalah dengan mengambil kira perkara-perkara penting kemudian
menentukan keutamaan untuk menyelesaikan masalah.Penggunaan model kreatif dan
inovasi akan membantu pelajar dalam cara belajar bab ini dengan lebih berkesan. Pelajar
yang mengaplikasikan model ini dalam pembelajaran bab Kehakiman telah memahami
bahawa kemahiran berfikir yang efektif perlu digunakan dalam menyelesaikan masalah
kerana penyelesaian masalah Kehakiman juga sebagai proses kemahiran berfikir. Saya
berpendapat

bahawa

penggunaan

kaedah

pemikiran

kreatif

dan

inovasi

dalam

menyelesaikan masalah yang digunakan dalam pembelajaran, pelajar diharapkan menjadi


seorang penyelesai masalah yang baik sama ada di dalam dan di luar sekolah.
Kesimpulannya, kaedah penyelesaian masalah ini bukan sahaja telah berjaya
merungkaikan segala kesulitan pelajar dalam pelajaran malah dapat membantu pelajar
apabila mereka dewasa nanti.
Salah satu matlamat dalam Sukatan Pelajaran Pengajian Am ialah pelajar dapat
memikirkan sesuatu dengan kritis dan kreatif sesuai dengan peranan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar utama. Dalam hali ini saya sebagai guru memberi tumpuan
terhadap ketrampilan berbahasa yang dapat mendidik pelajar agar bertutur, cekap membaca
dan dapat menulis dengan kreatif. Matlamat ini dapat dicapai melalui penghasilan karangan
yang melibatkan hubungan pemikiran dan peluahan dalam bentuk tulisan. Menurut Mohd.
Yusuf Hassan (1994), penulisan karangan adalah hubungan antara keupayaan pelajar
berfikir dengan domain kognitif di samping domain afektif dan psikomotor.
Dalam konteks pengajaran karangan, saya menggalakkan pelajar menulis rangkarangka karangan sebelum memindahkannya dalam bentuk karangan lengkap. Beberapa
kumpulan diwujudkan dan setiap ahli kumpulan digalakkan memberi pendapat mengenai
tajuk yang bakal ditulis oleh mereka. Sokongan bahan bantu mengajar seperti keratan

akhbar, rencana elektronik dan power point akan melahirkan pemikiran pelajar yang positif,
kreatif dan inovatif. Penghasilan karangan oleh pelajar mempamerkan kemahiran berfikir
setelah melalui pendedahan kemahiran berfikir setelah melihat, membaca dan menghayati
bahan-bahan pengajaran yang telah saya sediakan sepanjang tempoh pengajaran karangan
tersebut.
Dalam memupuk kemahiran berfikir secara kreatif dan inovasi saya mengesyorkan
Model Inkuiri dalam bilik darjah. Model Inkuiri ini merangkumi segala proses soal selidik
untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang
dikemukakan. Saya menjalankan aktiviti soal selidik ini supaya pelajar saya dapat mengenal
pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, manjalankan
kajian atau siasatan dan seterusnya mendapatkan jawapan dan membuat rumusan. Dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran, saya menggunakan dua jenis teknik inkuiri iaitu inkuiri
terbimbing dan inkuiri terbuka. Dalam Inkuiri terbimbing, saya telah membimbing pelajar
menjalankan segala proses kajian.
Kesimpulannya, kemahiran kognitif dan inkuiri membantu pelajar dapat
menulis esei yang lebih berkualiti, berfikir secara logik, boleh memuatkan atau mengisi buah
fikiran di lokasi yang sesuai dalam wacana penulisan atau lisan. Tanpa kemhiran kognitif
pelajar tidak dapat memiliki kemahiran ingin mengetahui.

Você também pode gostar