Você está na página 1de 3

Amalkan 40 Perkara Dalam Islam Untuk Mencari

Keredhaan Allah
16 Oktober 2010 pukul 20:19

Sahabat yang dirahmati Allah,


Terdapat satu hadis yang ringkas tetapi merangkumi perkara-perkara penting dalam ajaran
Islam yang disampaikan oleh Nabi s.a.w dalam satu majlis. Alangkah baiknya jika hadis ini dapat
kita hafal, fahami dan amalkan dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim Mukmin kerana ia
mengandungi banyak manfaatnya dalam rangka kita mencari keredhaan Allah s.w.t.
Dari Salman r.a. berkata, "Saya telah bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang 40 hadis yang
baginda sendiri telah bersabda bahawa sesiapa di kalangan umat baginda s.a.w. yang
menghafal hadis itu akan masuk Syurga. "
Nabi s.a.w bersabda maksudnya :
"1. Kamu beriman kepada Allah s.w.t.
2. Hari akhirat.
3. Para malaikat.
4. Kitab-kitab Allah.
5. Para Nabi.
6. Kebangkita selepas mati.
7. Takdir baik dan buruk adalah daripada Allah s.w.t.
8. Bersaksi bahawa tiada tuhan selain daripada Allah s.w.t dan sesungguhnya Nabi Muhammad
s.a.w. adalah Rasul-Nya.
9. Mendirikan solah (fardu) pada waktunya dengan wudhu' yang sempurna.
10. Menunaikan zakat.
11. Berpuasa pada bulan Ramadhan.
12. Mengerjakan haji jika kamu mempunyai harta.
13. Hendaklah bersolah (sunat) sebanyak 12 rekaat dalam sehari semalam. (maksudnya solat
sunat mengiringi solat fardu ; dua rekaat sebelum subuh, empat rekaat sebelum zuhur. dua
rekaat selepas zuhur, dua rekaat selepas magrib dan dua rekaat selepas isyak)
14. Jangan kamu meninggalkan solat witir pada setiap malam.

15. Jangan kamu menyengutukan Allah s.w.t dengan sesuatu pun.


16. Jangan kamu menderhakai kedua ibu bapamu.
17. Jangan kamu makan harta anak yatim secara zalim.
18. Jangan kamu meminum arak.
19. Jangan kamu berzina.
20. Jangan kamu bersumpah dusta dengan nama Allah s.w.t.
21. Jangan kamu memberi persaksian palsu.
22. Jangan kamu mengikut hawa nafsu.
23. Jangan kamu mengumpat saudaramu yang Islam.
24. Jangan kamu menuduh wanita yang suci dengan zina (demikian juga lelaki yang suci).
25. Jangan kamu berdengki terhadap saudara Islammu.
26. Jangan kamu bermain (dengan permainan yang sia-sia).
27. Jangan kamu leka bersama orang yang lalai.
28. Jangan kamu mengatakan kepada orang yang pendek :"Wahai sipendek" dengan niat yang
mengaibkannya.
29. Jangan kamu mempersenda-sendakan seseorang pun dikalangan manusia.
30. Jangan kamu membawa mulut (mengadu domba) antara dua orang yang bersaudara.
31. Bersyukurlah kepada Allah s.w.t. di atas nikmat-Nya.
32. Bersabarlah di atas bala dan musibah.
33. Jangan kamu berasa terselamat daripada azab Allah s.w.t.
34. Jangan kamu memutuskan tali persaudaraan.
35. Eratkan tali persaudaraan dengan ahli keluargamu.
36. Jangan kamu melaknat sesuatu pun daripada makhluk ciptaan Allah s.w.t.

37. Perbanyakkan sebutan Subhanallah, Alhamdulillah dan Lailahaillallah.


38. Jangan kamu meninggalkan solah Jumaat dan solah dua hari raya.
39. Ketahuilah bahawa apa-apa (susah atau senang) yang telah ditakdirkan untuk kamu pasti
tidak akan terlepas daripada kamu dan apa-apa sahaja yang tidak ditakdirkan untuk kamu, pasti
tidak akan datang kepada kamu.
40. Jangan meninggalkan membaca al-Qur'an walau dalam apa-apa keadaan sekalipun."
Salman r.a berkata bahawa beliau telah bertanya Nabi s.a.w. tentang ganjaran yang akan diberi
untuk sesiapa yang menghafal hadis tersebut. Baginda menjawab : "Allah s.w.t akan
membangkitkan mereka bersama dengan para Nabi dan ulama'. "
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita hafal. fahami dan laksanakan 40 perkara yang dinyatakan di dalam
hadis di atas. Semoga Allah s.w.t mengampuni kesalahan-kesalahan kita dan dengan
kemurahan dan kasih sayang-Nya. Dia akan masukkan kita ke dalam golongan hamba-Nya yang
soleh. Kurniaan ini adalah tidak mustahil memandangkan kedudukan Allah s.w.t. Yang Maha
Pemurah.
Firman Allah s.w.t maksudnya : "Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan pertolongan
Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakkal dan hanya kepada-Nya aku kembali."
(Surah Hud ayat 88).

Você também pode gostar