Você está na página 1de 1

ANTARA 2 QIBLAT..

"Apakah doa kamu wahai anak gadis?"


"Semoga dikurnia suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat"
Jawapan begini biasa diberikan gadis yang bakal mendirikan rumahtangga ataupun pengantin
baru. Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodoh, mahukan suami soleh. Tetapi, apakah
suami yang diidamkan itu, benar-benar memenuhi keperluan wanita? Cuba kita jenguk apa
yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga selepas doa sigadis untuk mendapatkan 'lelaki
soleh' mungkin sudah dimakbulkan Allah. Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah. Salah
satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi lelaki yang soleh akan
menyuruh, malah kekadang sehingga menyuruh, malah memaksa isterinya solat. Tetapi ada
isteri yang liat untuk solat, sedangkan sebelum kahwin dia kata dia mahukan suami yang
soleh.
Sedang si isteri sedap tidur di waktu malam, si suami kejutkan suruh solat tahajud. "Apalah
suamiku ini?" rungut si isteri. Dulu si gadis mahukan lelaki soleh, tetapi selepas dapat lelaki
soleh yang kejutkan si isteri untuk solat tahajud, dia marah-marah pula.
Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita tutup aurat. Jadi suami
yang soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan pakaian sesuka hati.
Atau berhias dan bermekap tebal. Suami yang soleh akan memastikan si isteri tutup aurat.
Tetapi ada isteri kurang senang dengan perkara begini. Bukankah dulu, anda berdoa untuk
mendapat suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan anda bantah pula cakapnya!
Suami yang soleh tidak akan duduk di rumah sahaja - berada di bawah ketiak isteri sepanjang
hari'. Ini kerana jihad fisabilillah adalah antara program lelaki soleh. Dia akan sentiasa keluar
untuk berjuang. Sama juga dengan mencari rezeki halal, sehingga kadang-kadang balik lewat
malam. Ini lagi tak disukai wanita. Jika dulu anda dambakan suami soleh, bila dah dapat, cara
hidupnya pulak yang tak anda sukai.
Lelaki yang soleh juga akan menjadikan masjid sebagai 'rumah keduanya'. Ini pun ada wanita
tak suka, asyik-asyik ke masjid aje, kata mereka. Lelaki yang soleh amat taat kepada kedua
ibubapanya. Malah, baktinya kepada ibubapanya melebihi kepada isteri. Ini menyebabkan
sesetengah isteri amat cemburu. Dulu anda mahukan lelaki yang soleh (amat taat kepada
ibunya), bila dah dapat, anda marah pula! Macamana doa anda dulu??
Lelaki yang soleh juga tidak hidup bermewah-mewah. Wangnya yang banyak dihabiskan dalam
perjuangan. Dia pun takut terima rasuah dan segala macam duit haram. Jadi dia tak dapatlah
beri barang-barang mewah seperti rumah besar, kereta besar dan rantai berjela kepada isteri
dan keluarganya. Dalam perkara ini pun ada isteri yang tak gemar. Jika dulu doa mahukan
suami soleh, tetapi sekarang tidak suka pula sikapnya.
Lelaki yang soleh mahu menjauhkan diri daripada maksiat. Dia buat yang halal sahaja. Salah
satu perkara yang halal ialah kahwin empat. Ini memang mana-mana perempuan pantang,
malah membenci suaminya kahwin lagi. Bukankah dulu anda mahukan lelaki yang soleh?
Demikian banyaknya perkara yang tidak disukai oleh isteri, walaupun doanya dulu mahu
mendapat suami yang soleh. Berdasarkan kriteria yang dibincangkan di atas, jelaslah suami
yang soleh tidak dapat memberikan sebahagian besar daripada kehendak duniawi si isteri. Si
isteri tak perlulah mengeluh, sebaliknya bersyukur kerana doa untuk mendapatkan suami yang
soleh, mungkin telah dimakbulkan Allah.
Ingatlah, isteri-isteri Rasulullah s.a.w. sendiri pernah ditawarkan pilihan dunia (kesenangan)
atau akhirat. Akhirnya mereka memilih akhirat.
Maka halatuju suami isteri tidak sekata dan sematlamat, jadilah kehidupan itu 2 qiblat,
ataupun mewujudkan dalam rumahtangga itu, dunia ku dunia mu, ..maka apa yg di
mimpikan jauh sekali drp yg......... apa di impikan.wallahualam.

Você também pode gostar