Você está na página 1de 3

Adakah wajib berjamaah di masjid ?

Daripada Abu Hurairah radiallahuanhu, Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda:


"Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat
ialah solatnya."(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
Antara perkara utama yang harus kita contohi Rasulullah sallallahu alaihi wasallam
dalam hal solat ini ialah menunaikan solat fardu lima waktu secara berjemaah.
Melalui perkataan Nabi sallallahu alaihi wasallam kita dapati bahawa baginda amat
menitik beratkan pelaksanaan solat fardu secara berjemaah. Bahkan dalam salah
satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah sallallahu alaihi
wasallam pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan
solat berjemaah.
Daripada Abu Hurairah radiallahuanhu, bahawa Nabi sallallahu alaihi wasallam
bersabda; "Demi Tuhan yang diriku berada di tangan-Nya, sesungguhnya aku
pernah hendak menyuruh para sahabat untuk mencari kayu api, lalu aku menyuruh
agar bersolat jemaah. Seterusnya, aku menyuruh seseorang untuk mengimami
orang ramai, sementara aku tidak ikut solat berjemaah kerana mencari rumah
orang

yang

tidak

mengikuti

solat

berjemaah,

lalu

aku

bakar

rumah

mereka."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Malah dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Muslim juga, bahawa pernah suatu
ketika datang seorang lelaki buta kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang
meminta keringanan untuk solat di rumah. Namun, tatkala lelaki itu hendak pergi,
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam memanggilnya dan bertanya, "Adakah engkau
mendengar laungan azan?" Lelaki buta itu menjawab, "Ya." Rasulullah sallallahu
alaihi wasallam kemudiannya berkata, "Kalau begitu, penuhilah panggilan itu (solat
secara berjemaah)."
Mengenai hukum mengerjakan solat fardu secara berjemaah, antara pendapat yang
termasyhur ialah daripada Imam Nawawi. Menurut beliau, solat berjemaah pada

lima waktu yang fardu (selain solat Jumaat) hukumnya adalah fardu kifayah, yang
mana diwajibkan bagi individu lelaki yang berakal, telah baligh, bermukim,
mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak uzur syarii.
Banyak

kebaikan

yang

dikurniakan

Allah

kepada

hamba-hamba-Nya

yang

melaksanakan solat fardu secara berjemaah. Antaranya ialah mereka akan


dikurniakan ganjaran pahala yang berganda-ganda. Berdasarkan hadis yang kita
sedia

maklum,

daripada

Abdullah

bin

Umar

radiallahuanhu,

sesungguhnya

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:


"Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian sebanyak 27 kali ganda."
(Riwayat Bukhari)
Selain itu Allah subhanahu wataala juga menjanjikan keampunan daripada dosadosa kepada orang yang menunaikan solat berjemaah. Hal ini bersesuaian dengan
sebuah hadis daripada Uthman bin Affan radiallahuanhu yang mana Rasulullah
sallallahu alaihi wasallam telah bersabda:
"Sesiapa yang berwuduk untuk solat, lalu dia menyempurnakan wuduknya,
kemudian

dia

terus

berjalan

untuk

mendirikan

solat

fardu,

lalu

dia

pun

menunaikannya bersama orang lain atau secara berjemaah atau di masjid nescaya
Allah akan mengampunkan dosa-dosanya." (Riwayat Muslim)
Malah, sesuatu solat berjemaah itu akan digandakan kelebihannya apabila
bertambah bilangan orang yang turut serta dalam solat berjemaah tersebut. Dalam
hal ini, ada suatu hadis daripada Ubay bin Kaab radiallahuanhu, daripada Rasulullah
sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud:
"Sesungguhnya solat lelaki yang dilakukan bersama seorang lelaki yang lain lebih
afdal (di sisi Allah) daripada solatnya secara bersendirian. (Begitu juga) solatnya
bersama dua orang lelaki lebih afdal (di sisi Allah) daripada solat yang dilakukan
bersama seorang lelaki sahaja. Semakin ramai bilangan ahli jemaah maka ia
semakin disukai di sisi Allah." (Riwayat Abu Daud)

Maka dengan segala tuntutan dan kelebihan solat berjemaah ini, apa lagi alasan
untuk kita bertangguh, berasa malas atau berat hati untuk mengerjakannya? Mulai
sekarang, ayuh kita beriltizam untuk memenuhi masjid sebaik sahaja seruan azan
berkumandang. Tidak rugi kita berhenti sejenak dan meluangkan sedikit masa
untuk solat berjemaah di masjid. Bahkan, segala usaha kita ini pastinya pula akan
dibalas dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda oleh Allah yang Maha
Penyayang.

Você também pode gostar