Você está na página 1de 5

1. APA ITU MUSHAF AL QURAN RASM UTHMANI ?

" Kaedah atau cara penulisan perkataan-perkataan al-Quran pada mushafmushaf yang ditulis oleh para sahabat di zaman pemerintahan Uthman ibn Affan
r.a, dan dihantar ke negara-negara Islam." -Syeikh Abd al-Munim Kami

Rasm Uthmani merupakan kaedah penulisan al-Quran mengikut gaya penulisan


yang telah ditetapkan oleh Khalifah Islam yang ketiga, Uthman ibn Affan r.a.
Kaedah penulisan al-Quran ini mempunyai kaitan dengan ilmu Qiraat di mana
setiap kalimah al-Quran itu ditulis dengan mengambil kira aspek perbezaan
bacaan al-Quran atau lebih dikenali dengan ilmu Qiraat. Ilmu Qiraat pula
merupakan ilmu yang memberikan penjelasan dan penerangan tentang
perbezaan bacaan al-Quran mengikut bacaan imam-imam Qiraat yang masyhur.
Berdasarkan kepada definisi kedua-dua ilmu tersebut, sedikit-sebanyak telah
menunjukkan bahawa hubungan dua bidang ilmu ini saling berkait rapat dalam
bacaan al-Quran dan pemeliharaan al-Quran itu sendiri. Hubungan antara keduadua ilmu tersebut lebih jelas lagi apabila sejarah penulisan al-Quran pada zaman
Saidina Uthman ibn Affan r.a. telah menunjukkan bahawa penulisan alQuran
pada zaman beliau bermula disebabkan oleh kekhilafan dan perbezaan pendapat
di kalangan umat Islam terhadap ilmu Qiraat yang berbeza antara satu sama
lain.

Rasm atau bentuk tulisan dalam Mushaf Uthmani berlainan pada beberapa
tempat daripada tulisan biasa bahasa Arab. Jadi tulisan dalam Mushaf Uthmani
dipanggil RasmUthmani

2. ADAKAH MUSHAF-MUSHAF LAIN DAN APAKAH PERBEZAANNYA?

Ada mushaf yang lain digunakan terutama sekali dirantau Asia TimurSelatan dan
perbezaannya adalah dalam segi tulisan sahaja. Ini pada mula ia untuk
memudahkan orang-orang asing yang bukan Arab untuk belajar dan membaca Al
Quran kerana Rasm Uthmani munkin perlukan kefahaman tambahan. Sekarang
ini ramai orang-orang Islam disini yang sudah mula belajar atau menukar kepada
mushlaf Rasm Uthmani. Dengan menukar buku asas mengaji dari kitab
Muqaddam ke Buku Ikraq juga, murid baru belajar terus langsung diperkenalkan
cara bacaan penulisan Rasm Uthmani.

Dalam Al Quran cetakan Indonesia dan Malaysia yang terdapat dirantau


Nusantara ini sebelum tahun 70an dahulu hingga hari ini ialah yang bernama

Quran Majid tulisannya dipanggil Rasm Imlaei atau Qiyasi. Inilah Al Quran yang
ramai diantara kita guna terutama sekali digolongan Bapak dan Datok-Nenek
kita. Memang benar payah bagi mereka yang sudah terlatih mengunakan Quran
Majid untuk terus buka dan baca Quran Rasm Uthmani melainkan orang itu betul
mahir dalam hukum tajwid kerana bukan sahaja cara tulisannya beza, tanda
sukun(mati), sabdu, tanwin baris dua/depan, baris/huruf Mad .. dsb juga berbeza
dan akan timbulkan kebingungan dan kekeliruan jika Surah/Ayat yang dibaca itu
belum lagi dikenal dan latihan.

Ini gambar dari salah satu mukasurat dari Quran Majeed.

Dan dibawah ini gambar dari salah satu mukasurat dari Quran Rasm Uthmani
yang banyak digunakan dimerata dunia terutama sekali di Arab Saudi.

3. MENGAPA QURAN RASM UTHMANI MENJADI PILIHAN UTAMA SAYA UNTUK


BELAJAR DAN MEMBACANYA ?

Secara pandangan peribadi, Rasm Uthmani ini adalah Mushaf Al Quran


'International' dan dimana saja masjid kamu berada terutama sekali di Mekkah
dan Madinah yang sering dikunjungi kerana ibadah umrah dan haji, maka kita
akan bertemu dengan Mushaf Quran ini dan rugilah jika kita tidak mengetahui
membaca dengannya.

Secara resmi pula, Quran Rasm Uthmani yang telah diasaskan oleh Khalifah
Uthman bin Affan r.a. merupakan satu kaedah penulisan ayat-ayat suci al-Quran
yang amat hebat dan tinggi nilainya. Keagungan Rasm Uthmani ini dapat dilihat
menerusi hubungkaitnya dengan perbezaan qiraat yang pelbagai di dalam alQuran al-Karim. Justeru, pemeliharan Rasm Uthmani ini perlu diteruskan dan

dikekalkan dalam usaha memartabatkan al-Quran dan qiraat demi melahirkan


generasi celik al-Quran pada zaman akan datang.

Dari pendapat Ulama Imam Malik, Imam Ahmad, Ibn Darastawaih, Abu alBaqa
dan Al-Qadhi Iyadh yang menyatakan : Rasm Uthmani ialah TAUQIFI dan tidak
boleh mengubahnya, haram menyalahi (penulisan) nya serta penyusunannya
adalah termaktub mengikut surah dan ayat.

Terdapat beberapa keistimewaan yang dapat dicungkilkan dan diberi perhatian.


Antara keistimewaan Rasm Uthmani ialah:
Bersifat Tauqifi daripada Rasulullah s.a.w.

Rasm Uthmani merupakan satu kaedah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada
para sahabat secara langsung. Ini bermakna rasm ini sebenarnya datang
daripada Allah S.W.T. Ini kerana Rasulullah s.a.w. tidak mengajar sesuatu kepada
para shabat melainkan perintah wahyu daripada Allah. Kenyataan ini dibuktikan
dengan firman Allah S.W.T. yang berbunyi:

"Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemauan hawa


nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan
(kepadanya)." (Surah Al-Najm : 3 4)

Rasm Uthmani Adalah Sebahagian Rukun Bacaan Al-Quran

Membaca al-Quran adalah suatu yang digalakkan dan mendapat ganjaran pahala
bagi yang membacanya. Setiap pembacaan yang mendapat ganjaran ialah
pembacaan yang menepati rukun. Para ulama telah bersepakat mengatakan
bahawa rukun bacaan al-Quran yang betul ada tiga perkara iaitu hendaklah
bertepatan dengan salah satu daripada mushaf-mushaf Uthmani, sama ada yang
dihantar ke Madinah, Mekah, Kufah, Basrah, Syam atau pun mushaf yang
disimpan oleh Sayyidina Uthman iaitu mushaf al-Imam. Selain daripada itu,
bacaan al-Quran hendaklah mutawatir iaitu sampai sanadnya kepada Rasulullah
s.a.w. serta bertepatan dengan salah satu daripada wajah-wajah bahasa Arab.
Seharusnya kita ingat bahawa pembacaan yang tidak menepati rukun dikira syaz
atau bacaan itu ditolak.

Meliputi Tujuh Huruf

Satu lagi faktor yang sangat penting sehingga menjadikan Rasm Uthmani itu
perlu itu perlu diberi keutamaan ialah kerana kaedah penulisannya berkaitan
dengan tujuh huruf al-Quran dan ini menjadikan ianya bertepatan dengan wajahwajah qiraat yang pernah diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat.

Terdapat banyak hadith yang berkaitan dengan tujuh huruf, dan pelbagai
pendapat ulama mengenai maksudnya. Antara hadith yang menunjukkan alQuran diturunkan dalam tujuh huruf ialah sabda baginda s.a.w. : Jibril a.s. telah
mengajar kepadaku satu huruf, maka aku sentiasa mengulanginya dan aku
sentiasa memintanya supaya ditambahkan, dan akhirnya ia menambahkan
kepadaku sehingga selesai tujuh huruf.

Salah satu pendapat yang disepakati oleh para ulama ialah tujuh huruf bacaan
itu merangkumi perselisihan nama sama ada ia mufrad, muthanna atau
jamadan sama ada muzakkar atau muannath, perselisihan pada cara irab,
perselisihan pada tasrif, perselisihan sama adamendahulukan atau
mengakhirkan sesuatu huruf atau kalimah, perselisihan dari segi ibdal,
perselisihan dari segi menambah atau mengurangkan sesuatu huruf atau
kalimah dan perselisihan pada lahjah sama ada tebal, nipis, tashil, isymam dan
sebagainya.

Bertepatan Dengan Pembentangan Terakhir

Terdapat satu lagi faktor yang penting yang membuktikan bahawa Rasm
Uthmani sangat diutamakan dalam penulisan al-Quran, iaitu ianya bertepatan
dengan pembentangan terakhir al-Quran oleh Rasulullah s.a.w. bersama
malaikat Jibril a.s.

Semasa Rasulullah s.a.w. melakukan semakan terakhir al-Quran di hadapan


malaikat Jibril a.s., salah seorang daripada sahabat nabi iaitu Zaid bin Thabit
turut hadir bersama-sama. Oleh itu apabila beliau diberi tanggungjawab untuk
menulis dan mengumpulkan al-Quran pada masa khalifah Abu Bakar r.a. dan
khalifah Uthman r.a., maka beliau menulis dengan berpandukan kepada apa
yang telah beliau dengar semasa pembentangan terakhir. Sebab itulah Zaid
tidak menulis ayat yang tidak dibentangkan semasa pembentangan terakhir
dalam suhuf atau mushaf, kerana beliau menganggap ayat itu telah
dinasakhkan.

4. APA ITU BACAAN SECARA TARTIL DAN MENGAPA SAYA HARUS BELAJAR
MEMBACA SECARA TARTIL ?

Bacaan Tartil adalah bacaan yang teratur dan benar, perlahan-lahan dan
waspadalah terhadap kesalahan didalam membaca AlQuran. Dan juga yang
sebagaimana telah Ustaz Azhar Idrus menerangkannya.

Sebagaimana Allah telah berfirman didalam Al Quran meyuruh kita membaca


dengan tartil:

Você também pode gostar