Você está na página 1de 6

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, dapat

juga saya menyiapkan portfolio Tugasan Bina Insan Guru (BIG) ini pada masa yang
ditetapkan. Sekalung penghargaan yang tidak terhingga ditujukan khas buat Pn. Hjh
Sapiah bt Yusoff selaku pensyarah pembimbing. Beliau sangat perihatin serta
bertolak ansur kepada saya. Tidak ketinggalan juga Pihak Pentadbir Sekolah SK
(LKTP) Bukit Sagu 2, Kuantan yang banyak membantu dan memberikan kerjasama
yang sepenuhnya kepada saya ketika menjalankan tugasan ini.
Dalam semester ini saya dikehendaki merancang dan melaksanakan satu
program di sekolah iaitu Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) dan
Gotong- royong.
Perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum menjalankan program ini di
sekolah, ialah berbincang dengan pihak pentadbir terlebih dahulu. Setelah mendapat
persetujuan, saya perlu menyiapkan kertas kerja yang lengkap dengan tujuan untuk
mendapatkan kerjasama daripada semua guru di sekolah. Kerjasama ini amat
penting bagi memastikan satu program yang dirancang berjaya dilaksanakan
dengan baik.
Seterusnya pengagihan tugasan perlu di buat supaya program ini dapat
dilaksanakan pada tarikh yang telah ditetapkan. Semua perkara perlu diberi
perhatian kerana bimbang ia akan mengganggu perjalanan program.
Dengan kerjasama semua iaitu pihak pentadbir, guru-guru dan pelajar, maka
program yang dirancang telah pun dapat dilaksanakan dengan jayanya. Komitmen
yang diberikan kepada saya oleh semua yang terlibat adalah amat tinggi. Saya amat
terharu

dan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada mereka. Tanpa

komitmen tersebut, tidak mungkin program LADAP dan Gotong-royong ini dapat
dilaksanakan pada masa yang ditetapkan.

REFLEKSI
PROGRAM LADAP DAN GOTONG ROYONG

KHAIRUL HILMI BIN ABDUL RAZAK


740613-06-5127

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Bersyukur


saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, dapat juga saya
menyiapkan portfolio Tugasan Bina Insan Guru (BIG) ini pada masa yang
ditetapkan. Seterusnya, ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan khas
buat Puan Hajah Sapiah bt Yusoff selaku pensyarah pembimbing. Beliau adalah
pensyarah yang banyak membantu dan memberikan pelbagai maklumat serta
bimbingan kepada saya. Beliau sangat perihatin serta bertolak ansur kepada saya.
Saya berasa amat selesa untuk mendapatkan ilmu daripadanya. Dalam semester
ini, saya dikehendaki merancang dan melaksanakan satu program di sekolah iaitu
Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) dan Gotong Royong.
Ketika menerima tugasan BIG ini, pelbagai perasaan timbul di fikiran.
Pertama sekali ialah takut tidak dapat menyiapkan tugasan dalam masa yang
ditetapkan, memandangkan ianya memerlukan komitmen yang tinggi untuk
melaksanakan setiap program yang telah ditetapkan. Perasaan bimbang juga timbul
seandainya tugasan yang akan dibuat tidak menepati kehendak pensyarah.
Memandangkan tugasan ini perlu dilaksanakan di sekolah, saya perlu
membuat

perbincangan

dengan

pihak

pentadbir

terlebih

dahulu.

Untuk

melaksanakan satu program yang besar dan melibatkan ramai murid bukan suatu
perkara yang mudah. Perancangan yang teliti dari semua aspek perlu diberi
perhatian. Justeru saya perlu merancang dan membuat satu kertas kerja yang baik
dan meliputi semua aspek yang diperlukan untuk program yang dirancang. Semasa
menyiapkan kertas kerja, saya banyak bertemu dengan pentadbir untuk meminta
pendapat dan tunjuk ajar. Setelah kertas kerja program disiapkan, saya perlu
menjalankan mesyuarat dengan Ahli Jawatankuasa (AJK) yang terlibat bagi meneliti
setiap aspek dan mengagihkan tugasan kepada AJK. Alhamdulillah saya amat

bersyukur kerana semua guru menerima tugasan yang telah pun ditetapkan dengan
hati yang terbuka.
Ketika program LADAP berlangsung, terdapat sedikit kelemahan iaitu
masalah siaraya telah berlaku. Mujurlah AJK yang telah ditetapkan menjalankan
tugas dengan baik. Selain itu, guru-guru telah mendapat banyak manfaat dan ilmu
daripada program LADAP ini. Begitu juga dengan saya sendiri. Saya berasa puas
kerana dapat merancang seterusnya melalui program ini dengan jayanya. Saya
bersyukur kerana LADAP ini berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama
daripada semu guru di sekolah. Terima kasih yang tidak terhingga kepada
Penceramah iaitu Encik. Noor Adlie bin Mohd Noor kerana sudi menyampaikan ilmu
kepada semua guru.
Untuk aktiviti gotong royong pula, semua murid yang dipilih daripada lima unit
beruniform sekolah telah memberikan komitmen yang sepenuhnya semasa aktiviti
berlangsung. Murid-murid ini amat mendengar arahan dan sedia membantu guruguru dalam semua kerja. Saya berasa sangat seronok melakukan aktiviti gotong
royong ini disamping mengeratkan silaturrahim bersama guru dan murid-murid.
Selain sekolah bersih dan ceria, aktiviti gotong royong juga membantu
meningkatkan tahap kesihatan badan dan persekitaran. Ia perlu dijadikan satu
aktiviti tahunan di sekolah sekerap yang mungkin.
Untuk akhirnya, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat
dalam membantu saya melaksanakan Program LADAP dan Gotong royong ini serta
melengkapkan portfolio ini. Semoga usaha dan hasil

tugasan ini tidak

menghampakan pembaca serta diterima oleh pensyarah. Seterusnya, besar


harapan saya agar tugasan ini memberikan manfaat kepada diri saya serta individu
lain yang memerlukannya. Sekian terima kasih.
Disediakan oleh :
...
(Khairul Hilmi bin Abdul Razak)
PPG Semester 4 (Ambilan Februari 2012)
Unit Matematik A

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, dapat
juga saya menyiapkan portfolio Tugasan Bina Insan Guru (BIG) ini pada masa yang
ditetapkan. Sekalung penghargaan yang tidak terhingga ditujukan khas buat Puan
Hajah Sapiah bt Yusoff selaku pensyarah pembimbing. Tidak ketinggalan juga
ucapan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah yang memberikan kerjasama
yang sepenuhnya kepada saya.
Dalam semester ini saya dikehendaki merancang dan melaksanakan satu
program di sekolah iaitu Program Bengkel dan Khidmat Masyarakat.
Sebagai langkah pertama untuk menjalankan program ini di sekolah, perkara
yang perlu dilakukan ialah berbincang dengan pihak pentadbir terlebih dahulu.
Setelah mendapat persetujuan, saya perlu menyiapkan kertas kerja yang lengkap
dengan tujuan untuk mendapatkan kerjasama daripada semua guru di sekolah.
Kerjasama ini amat penting bagi memastikan satu program yang dirancang berjaya
dilaksanakan dengan baik.
Pengagihan tugasan perlu di buat supaya program ini dapat dilaksanakan
pada tarikh yang telah ditetapkan. Semua perkara perlu diberi perhatian kerana
bimbang ia akan mengganggu perjalanan program.
Dengan kerjasama semua iaitu pihak pentadbir, guru-guru serta pelajar, maka
program yang dirancang telah pun dapat dilaksanakan dengan jayanya. Saya amat
berbangga dengan komitmen yang diberikan kepada saya. Terima kasih yang tidak
terhingga ditujukan kepada semua yang terlibat.

REFLEKSI
PROGRAM BENGKEL DAN KHIDMAT MASYARAKAT

KHAIRUL HILMI BIN ABDUL RAZAK


740613-06-5127

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bersyukur
saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, dapat juga saya
menyiapkan portfolio Tugasan Bina Insan Guru (BIG) ini pada masa yang
ditetapkan. Seterusnya, ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan khas
buat Puan Hajah Sapiah bt Yusoff selaku pensyarah pembimbing. Beliau adalah
pensyarah yang banyak membantu dan memberikan pelbagai maklumat serta
bimbingan kepada saya. Beliau sangat perihatin serta bertolak ansur kepada saya.
Saya berasa amat selesa untuk mendapatkan ilmu daripadanya. Dalam semester ini
saya dikehendaki merancang dan melaksanakan satu program di sekolah iaitu
Program Bengkel dan Khidmat Masyarakat.
Program ini memerlukan saya membuat perbincangan dengan pihak pentadbir
terlebih dahulu. Seterusnya mengadakan mesyuarat sebagai langkah pertama
sebelum sesuatu program dilaksanakan. Saya telah melaksanakan dua kali
mesyuarat sebelum tarikh sebenar program ini.
Bagi program bengkel, ia telah dilaksanakan di sekolah di mana melibatkan murid
Tahun 6 sahaja. Penceramah pula adalah daripada kalangan guru bahasa yang
berpengalaman. Melalui pandangan saya, bengkel ini dapat membantu pelajar
berbicara dengan yakin di khalayak ramai serta mewujudkan keyakinan dalam diri
pelajar.
Bagi program khidmat masyarakat pula, telah dijalankan di Pusat OKU Bengkel
Sampul Surat bertempat di Sungai Lembing. Program ini amat sesuai dilaksanakan
di sini kerana memberikan pendedahan kepada pelajar bagaimana orang kelainan
upaya (OKU) mampu berdikari walaupun mereka adalah insan yang istimewa.
Pelajar dari lima unit beruniform iaitu TKRS, Pengakap, PTP, PPI dan PBSM telah
bekerjasama bergotong royong membersihkan kawasan persekitaran luar bengkel.

Mereka berasa sangat seronok dapat membantu insan kelainan upaya ini dan
bertoleransi dengan mereka.
Pelajar juga dapat melihat persekitaran yang bersih dan menarik di sekitar kawasan
Sungai Lembing. Setelah selesai gotong royong, pelajar dapat beriadah bersama
dengan mereka. Silaturrahim antara guru, murid dan peserta tersebut terjalin antara
satu sama lain.
Untuk akhirnya, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam
membantu saya melaksanakan Program Bengkel dan Khidmat Masyarakat ini serta
melengkapkan portfolio ini. Semoga usaha dan hasil

tugasan ini tidak

menghampakan pembaca serta diterima oleh pensyarah. Seterusnya, besar


harapan saya agar tugasan ini memberikan manfaat kepada diri saya serta individu
lain yang memerlukannya. Sekian terima kasih.

Disediakan oleh :

(Khairul Hilmi bin Abdul Razak)


PPG Semester 4 (Ambilan Februari 2012)
Unit Matematik A

Você também pode gostar