Você está na página 1de 6

Tajuk Bercerita Kisah Nabi

Kategori Perempuan

Ashabus Sabti
(Nabi Daud AS)

Kisah Ashabus Sabti


Bil.

Teks

Catatan

Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakaatuh...

Salam dan salutasi

Ahlan wa sahlan ya marhaban,


Kepada rakan yang budiman,
Dengarkan kisah dari Al Quran,
Kisah Ashabus Sabti jadikan teladan.
1.

Pantun

Ashabus Sabti adalah kaum dari keturunan Bani Israil pada zaman Nabi Daud
a.s. Mereka tinggal di sebuah desa bernama Ailah, di tepi Laut Merah.
Kebanyakan daripada mereka adalah menangkap ikan, berniaga dan ahli
pertukangan. Allah telah menetapkan pada hari Sabtu sebagai satu hari yang
diwajibkan untuk mereka beribadat kepada Allah.
Urusan dunia ditinggal segera
Perintah Allah janganlah alpa
Ashabus Sabti laksanakan ibadah
Syariat nabi Musa haruslah disempurna

Isi

Nasyid

Firman Allah :

Dalil

(Surah Al Jumuah ayat 165)


BERMAKSUD :
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka
bumi , dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah...
Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2015,
kedudukan indeks rasuah di Malaysia yang melibatkan sektor awam dan swasta
semakin serius dan meningkat.

Isu Semasa

Pengajaran Pertama
Sebagai hamba Allah kita hendaklah bekerja dengan bersungguh-sungguh dan
amanah. Bekerja dijalan yang diredhai menunjukkan sikap syukur terhadap
nikmat Allah, namun janganlah kita leka untuk beribadah kepada Yang Esa.

Pengajaran

2.

Seperti kaum-kaum yang terdahulu Ashabus Sabti turut menerima dugaan dan
ujian dari Allah. Pada hari mereka beribadah, Allah telah mengumpulkan ikanikan yang banyak dan timbul di permukaan air seolah-olah berpesta mengelilingi
dua buah batu besar berwarna putih di tepi pesisir pantai.
Tamak Haloba menguasai hati,
Mulalah ingkar larangan ilahi,
Nelayan fasik mula lupa diri,
amal ibadah tidak dipeduli

Isi

Sajak

Mereka mula tamak. Aaaah... Pedulilah dengan ibadat, baik kita tangkap ikanikan yang banyak ini kata sebilangan golongan yang kufur.
Firman Allah :
Dalil
(Surah As Sajadah ayat 30)
BERMAKSUD:
Oleh itu, janganlah engkau hiraukan mereka, dan tunggulah (kesudahan
mereka), sesungguhnya mereka pun menunggu (kesudahanmu).
Negara kita pernah digemparkan dengan kes pembunuhan jutawan kosmetik
pada tahun 2010 disebabkan sikap tamak. Sungguh kejam kawan-kawan....
dimanakah hilangnya nilai kemanusiaan...?

Isu

Pengajaran Kedua
Rezeki merupakan ujian Allah kepada hambaNya. Janganlah kita alpa dengan
nikmat Allah tanpa rasa bersyukur.

3.

Pada masa itu, masih terdapat golongan yang beriman. Mereka sedaya upaya
memberi nasihat dan peringatan kepada golongan yang kufur. Namun... Bagai
mencurah air didaun keladi usaha mereka hanya sia-sia.
Mereka pun berkata :
Wahai musuh-musuh Allah. Demi Allah, kami tidak akan tinggal lagi dengan
kalian semua .

Pengajaran

Isi dan
Pepatah

Firman Allah :

Dalil

(Surah Ali Imran ayat 104)


BERMAKSUD :
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada
kebajikan...

Isu
Nasyid

Kini, pelbagai program ilmu dan dakwah seperti:


Kalau dah jodoh...
Tak ke mana... Adinda pujaan kanda...
Haa... Apa itu kawan-kawan, Hahh.. Itulah Kalau Dah Jodoh, Pencetus Ummah
dan sebagainya sering dipaparkan di kaca televisyen.
Pengajaran Ketiga

Pengajaran

Melaksanakan dakwah merupakan syiar Islam dan wajib ke atas setiap individu
muslim.
4.

Ashabus Sabti semakin kaya raya,


Maksiat pula semakin bermaharajalela
Berdakwah Nabi Daud setiap masa
Nelayan kufur tetap keras kepala
Malangnya ,nasihat itu bagaikan angin lalu. Nabi Daud a.s merasakan golongan
ini tidak akan bertaubat kepada Allah .
Firman Allah :

Nasyid/isi

Pepatah

(Surah Al Ghaafir ayat 4)


BERMAKSUD :
Tidak ada yang membantah tentang ayat-ayat Allah, melainkan orang-orang
yang kafir

Isu

Kini, isu pembuangan bayi di tahap yang kritikal. Menurut Polis diRaja Malaysia
(PDRM), bagi tempoh Januari hingga Julai 2015, terdapat 53 kes pembuangan
bayi dilaporkan.
Apakah tindakan kita kawan-kawan? Berpeluk tubuh dan berdiam dirikah kita?
Pengajaran
Pengajaran Keempat


Berdakwah menyebarkan syiar Islam memerlukan ketabahan dan kesabaran.
5.

Nabi Daud segera berdoa,


Turunkan azab setimpal dosa
Doa dimakbul dari Yang Esa
Bertukar mereka seperti kera
Firman Allah :

Syair

Dalil

(Surah Al Baqarah ayat 65)

BERMAKSUD :
Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina".
Allah Maha Berkuasa menurunkan azab ke atas golongan yang ingkar.
Ingatkah kawan-kawan banjir besar di Kelantan? dan gempa bumi di Sumatera?
Haah.. Itulah bukti kekuasaan Allah.

Pengajaran dan isu

Begitulah yang terjadi terhadap Ashabus Sabti, mereka dilenyapkan oleh Allah
dengan gempa bumi yang dahsyat.
Ashabus Sabti ingkar perintah
Balasan diberi oleh Yang Kuasa
Setiap ujian terselit hikmah
Jadikan pedoman setiap masa
Wabillahi Taufiq Wal Hidayah, Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Pantun

Você também pode gostar