Você está na página 1de 13

Terdapat kelemahan-kelemahan yang mengaburkan prasejarah, ini telah

membuktikan bahawa terdapat masalah dalam kajian arkeologi (Zuraina: 1990),


walaupun telah berjaya mendeskripsikan sesebuah budaya melalui penemuan
material. Bahaskan secara kritis.
Md Hasri B Rajali
Sejarah & Arkeologi
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
hasri91@gmail.com

PENGENALAN

Secara umumnya, arkeologi merupakan satu subbidang antropologi yang


mempunyai beberapa subbidang yang lain antaranya antropologi fizikal,
antropologi budaya, linguistik dan arkeologi sendiri (Zuraina, 1996: 1).
Menurut G. Clark, dalam buku Archeology and Society menyatakan
arkeologi merupakan suatau studi yang sistematik tentang benda-benda
kuno sebagai suatu alat untuk merekonstruksi masa lampau (Uka, 2009: 2-3).
Maka, di sini tidak hairanlah jika kita mengatakan kajian arkeologi ini
adalah

suatu

kaedah

untuk

mengklasifikasikan,

menghuraikan,

dan

megembangkan sesuatu budaya masyarakat melalui beberapa aspek


seperti gambaran tentang bentuk, tekstur dan artistiknya. Di sini arkeologi
tidak

dapat

terpisah

dengan

budaya

kerana

dikatakan

kajian

ini

sememangnya dapat membedakan antara sesuatu budaya dengan


budaya yang lain sama ada perbedaan material, kepercayaan, kesenian
dan lain-lain.

Budaya

atau

culture

yang

mengambil

kata

kultivatis

iaitu

pemeliharaan ternak, hasil bumi, proses keagamaan, yang dulu diambil


daripada istilah cult atau kultus (Mudji & Hendar, 2005: 7). Menurut William,
budaya juga merangkumi perkembangan

intelektual, dan spritiual

seseorang individu atau juga sekelompok manusia. Bidang arkeologi telah


member sumbangan yang banyak kepada bidang-bidang yang lain, maka
tanpa arkeologi agak sukar bagi kita untuk mendeskripsikan sesebuah
budaya melalui nilai-nilai materialistic sesebuah budaya seperti budaya
kesenian, budaya pembinaan, budaya teknologi batuan, budaya memburu,
budaya keintelektualan dan sebagainya. Secara tidak langsung, hubungan
arkeologi sememangya tidak dapat dipisahkan

dengan antropologi,

sesuatu bidang yang mengkaji budaya. Maka dalam penulisan ilmiah ini
saya

akan

menfokuskan

kepada

zaman

Pra-Sejarah.

Persoalannya,

bagaimana ahli arkeologi dapat menkonstruksi sesebuah budaya dengan


hanya penemuan artifak, ekofak dan sisa bahan lampau lain-lain? Adakah
dengan penemuan bahan tersebut mampu membuktikan kehebatan
kemahiran dan daya pemikiran manusia pada zaman Paleolitik?
Namun, mungkin berlaku ketidakadilan dalam kalangan pakar
arkeologi proses menginterprestasikan sesebuah budaya? Hal ini kerana
majoriti pakar arkeologi atau pakar antropologi menkonstruksi masa dengan
hanya menilai satu atau dua bahan penemuan eskavasi terhadap sesuatu
kawasan yang dikatakan berpotensi, masalah ini juga akan dirungkaikan
dalam penulisan ilmiah ini nanti?

BUDAYA TEKNOLOGI BATUAN

Teknologi batuan merupakan salah satu daripada peralatan atau alat


penggunaan yang penting bagi masyarakat Paleolitk. Sebab alat tersebut
amat penting kerana ia merupakan alat untuk memburu, alat untuk
mempertahankan diri daripada musuh dan binatang pengancam. Jika kita
melihat setiap zaman terdapat perbezaan teknologinya dalam penciptaan
alatan, misalnya Zaman Paleolitik yang masih menggunakan alat yang
berjenis

batuan

berbanding

dengan

zaman

logam,

masyarakatnya

menggunakan bahan-bahan logam untuk menghasilkan alat-alat untuk


keperluan kehidupan.

Alat-alat batu merupakan alat-alat yang dijumpai ahli arkeologi bagi


membuktikan bahawa ada penciptaan, penghasilan atau bengkel kerja
paleditik daripada masyarakat khususnya masyarakat Paleolitik. Misalnya di
Indonesia, penjumaan alat-alat batuan dari permukaan bukit-bukit di sekitar
Werloka yaitu di Tonggong Ras, Tonggong Wae Jawa, Tonggong Wae Kerek,
Tonggong Kampung Baru, dan Golo Werloka (Soejono, 1985: 2). Penelitian ini
dilakukan oleh Pusat Penelitian Arkeologi Nasional yang dilakarkan dalam
Laporan Penelitian Arkeologi Werloka pada tahun 1981. Unutk menceritakan
serba sedikit bahan yang dinyatakan dalam laporan tersebut ialah
penemuan tiga jenis kapak perimbas yang berbeza bahan-bahan dan ciriciri fizikalnya walaupun serpihan-serpihan batuan ini dalan keadaan

berselerak tetapi masih di sekitar lokasi yang sama. Ciri-ciri fizikal dan jenis
bahan akan dinyatakan dalam jadual 1.0:

BAHAN-BAHAN

CIRI-CIRI FIZIKAL

Batu Andestik

Kepanjangan: 7-14 cm
Kelebaran: 7-12 cm
Ketebalan: 2-6 cm

Batu Kayu Fosil

10 x 10 x 3.5 cm mempunyai bentuk dan


pengerjaan yang serupa

Batu Gamping Kersikan

Berbentuk tapal kuda.


Ukuran 10 x 9 x 6 cm
(Soejono: 1992)

Jadual 1.0 menunjukkan contoh-contoh hasilan masyarakat Paleolitik di


salah satu kawasan Werloka, Indonesia.
Penemuan eskavasi ini telah membuktikan bahawa terdapat budaya
yang mahir dalam teknologi di kawasan tersebut. Masyarakatnya mungkin
sudah

bijak

menghasilkan

lain-lain

peralatan

yang

banyak

bagi

memudahkan dan melicinkan kehidupan mereka. Di Malaysia, terdapat


bukti-bukti melalui alat-alat batu yang diperbuat daripada

batu repih

merupakan tradisi kebudayaan Hoabinh yang tidak wujud secara jelas


seperti di Kelantan berbeza dengan Gua Niah di Sarawak. Kebanyakan alat4

alat batuan terhasil daripada batuan teras yang di ambil dari sungai seperti
alat-alat batuan yang direpih. Alat-alat batu seperti ini dijumpai bersama
dengan tembikar bentuk konservatif di Gua Cha.
Selain itu, sebilangan penduduk kampung yang menjadikan barang
sepeninggalan ini sebagai salah satu koleksi kesukaan mereka seperti arwah
Encik Wan Abdullah merupakan ahli Lembaga Muzium Negeri Pahang ketika
dulu yang menjadikan muzium tersebut sebagai wadah untuk menyimpan
artifak seperti alat batu zaman Neolitik seperti beliong batu, pisau Tembeling
dan alatan perhiasan. Jadi kebanyakan ahli arkeologi dan sebahagian ahli
antropologi telah mentafsirkan bahawa Sungai Tersang di Padang Tengku,
Lipis pernah dijadikan salah satu kawasan aktiviti pertanian yang dijalankan
semasa zaman Neolitik (Nik Hassan Suhaimi, 1997: 36). Maka disni dapat kita
simpulkan wujudnya penggunaan alat batuan dalam kalangan masyarakat
zaman Prasejarah. Walaupun zaman moden sekarang kita mengangglap
alat batuan seperti repihan ini tidak berguna bagi kehidupan kita tetapi ia
amat bernilai bagi masyarakat Prasejarah kerana kehidupan mereka amat
bergantung kepada alat tersebut unutk hidup dan mencari makanan serta
alat perlindungan.

BUDAYA PENGGUNAAN TEMBIKAR DAN AKSESORI MANIK

Selain daripada teknologi batuan juga terdapat bukti lain yang menunjukkan
kehebatan kemahiran masyarakat Prasejarah khususnya dalam penghasilan
5

tembikar dan aksesori manik-manik. Namun persoalannya apakah terdapat


hubungkait

antara

bahan-bahan

tembikar

dan

manik-manik

dengan

pengaruh luar (di luar sempadan masyarakat dahulu)? Atau hanya


sebahagian identiti sesebuah budaya bagi menunjukkan terdapat suatu
kepercayaan, kehidupan dan keinginan yang juga dapat mempermudahkan
para arkeologi dan para antropolgi?
Di Malaysia sendiri terdapat tempat/lokasi yang dapat dikenalpasti
penemuan-penemuan tembikar, misalnya di Pahang sendiri yang terkenal
dengan aktiviti pelancongan yang bersumberkan bahan-bahan penemuan
seperti tembikar-tembikar, kuburan-kuburan dan aksesori-akesori. Misalnya,
penemuan tapak membuat seramik atau klin dan serpihan tembikar yang
berhias cap tali di Gua Tok Long (Nik Hassan Suhaimi: 1997).
Jika kita lihat balik di Gua Tok tersebut dapat kita buat suatu intrespretasi
terhadap tapak membuat seramik atau klin tersebut dimudahkan dengan
bantuan persekitaraan yang sesuai dengan tempat bengkel penghasilan
mereka. Ini kerana pihak arkeologi antaranya Evans pada tahun 1917 telah
menjumpai ketulan tanah liat di sekitar tapak pembuatan seramik ketika
beliau membuat kajian di Gunung Senyum (Nik Hassan Suhaimi: 1997). Dalam
kajian tersebut, telah menyatakan bahawa terdapat suatu aktiviti telah
dijalankan oleh masyarakat Prasejarah pada ketika itu dan membuktikan
budaya yang boleh menghasilkan suatu lambang atau tanda terhadap
bahan yang dihasilkan. Suatu penemuan yang menarik apabila terdapat
sesetengah bahan artifak tempatan menyerupai tembikar di luar kawasan
(luar negara). Misalnya, stail dan jenis tembikar hitam di Bukit Tengku Lembu,
6

Perlis telah dikaitkan dengan tembikar Yunani pada abad ke-4 dan ke-5 S.M
(Sieveking: 1962). Maka disini kita berpendapat bahawa terdapat pengaruh
Yunani terhadap tembikar tersebut atau terdapat hubungan antara Yunani
dengan masyarakat dahulukala di Bukit Tengku Lembu, Perlis antara abad ke4 hingga abad ke-5.

PERMASALAHAN BIDANG ARKEOLOGI


Seperti mana yang kita tahu, sejak permulaan arkeologi hingga
merdeka tiga karya utama yang boleh dianggpa sumber yang sahih dalam
menrungkaikan zaman Prasejarah Malaysia antaranya sintesis prasejarah
oleh karya Tweedie tahun 1953; Laporan Ekskavasi Gua Cha oleh Sieveking
pada tahun 1955; Asal-usul Zaman Logam oleh Loewenstein pada tahun
1956 (Zuraina: 1996). Menariknya dalam masa tiga tahun tersebut tidak
terjumpa mana-mana tapak prasejarah kecuali ekskavasi tapak-tapak lama
seperti Gua Cha yang diketuai oleh Adi pada tahun 1985. Sejak tahun 1950,
para arkeologi menjadikan karya Tweedie kerana tiada karya yang setaraf
dengan karya Tweedie tetapi harus dinilai atau dibahaskan secara kritis dan
saintifik dalam memastikan kesahihan data yang dinyatakan dalam karya
tersebut.
Antara kelemahan dalam sintesis tersebut ialah penggunaan satu jenis
artifak yang kabur, stratigrafi budaya yang kabur dan akhir sekali
penggunaan data yang menpunyai asas yang lemah (Zuraina: 1996). Maka
Tweedie telah menklasifikasikan zaman Prasejarah kepada tiga bahagian
7

antaranya zaman Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik (Hobianh) (Tweedie: 1953).


Dalam sintesis Tweedie telah meletakkan Kota Tampan merupakan wakil
zaman Paleolitik di Tanah Melayu, maka bukti yang tidak mencukupi
Tweedie telah member meneruskan perbincangan tentang perkembangan
kebudayaan

Hobianh

dan

Neolitik.

Tweedie

juga

yakin

bahawa

ekskavasinya di Gua Musang dan Gua Madu mempunyai perbezaan


daripada aspek etnik dan masa. Manakala, ekskavasi Sieveking terhadapa
Gua Cha telah menunjukkan terdapat perbezaan Hoabianh dengan Neolitik
kerana hanya perbezaan daripada cara pengebumian dan populasi bentuk
badan dan budaya (Sieveking, 1955: 92). Namun dengan teknik eksperimen
yang baru, dalam ekskavasi Adi tahun 1982 di Gua Cha misalnya telah
menentang pendapat dua sarjana tadi melalui kaedah pentarikhan
kronometrik. Antara pandangan yang berbeza adalah persamaan teknologi
tembikar dan batu antara kedua-dua peringkat kebudayaan dan tidak
terdapat perbezaan yang nyata dalam konsep pengebumian antara kubur
Hobianh dengan kubur Neolitik. Maka, sumber yang dikatakan sebagai
rujukan utama ahli arkeologi juga menjadi masalah dalam mengkontrusksi
sesebuah budaya.
Dalam karya Zuraina Majid, Prasejarah Malaysia: Sudahkah Zaman
Gelap Menjadi Cerah tahun 1996 menlaporkan bahawa lebih kurang 90
peratus data yang diperolehi pada masa lalu tidak boleh digunakan dalam
proses analisis kerana tiada data yang releven ditemui bagi membentuk
suatu sintesis yang

prasejarah yang mutakhir. Antara kelemahan data

ekskavasi tersebut ialah pertama, tidak membenarkan perbandingan antara


8

tapak; kedua, tinggalan budaya yang dijumpai di atas lantai terbuka;


ketiga, mengharapkan data artifak sahaja yang tidak menggunakan data
bukan artifak; akhir sekali, kesukaran menentukan tapak sezaman (Zuraina:
1996).
Secara umumnya, terdapat laporan-laporan arkeologi dahulu tidak
membenarkan perbandingan antara tapak. Hal ini kerana terdapat
perbezaan kaedah, pendekatan ahli arkeologi; juga kekurangan data
arkeologi yang releven seperti pelan, potongan, lukisan dan ukuran yang
merakamkan kedudukan artifak bawah tanah. Data-data penting seperti ini
tidak dapat dipulihkan kerana kita tidak dapat mengambarkan kehidupan
pubakala. Jika kita tidask mengumpulkan data tersebut semasa ekskavasi
maka kita akan kehilangan lebih banyak bukti. Mungkin penghapusan data
ini disebabkan oleh gangguan biologi alam dan juga gangguan manusia
yang juga ekskavasi ahli arkeologi seperti yang berlaku pada ekskavasi
Harrisson yang telah memusnahkan data tapak akibat menggunakan
pendekatan yang banyak, namun tapak tersebut sempat diselamatkan ahli
sains (Medwey: 1985).
Seperti yang dinyatakan tadi kebanyakan penemuan data dijumpai di atas
lantai gua, tebing sungai atai tempat terbuka yang lain. Majoritinya ialah
hasilan mendapan sekunder akibat penggalian guano, pengorekkan
binatang, hakisan sungai dan proses semula jadi. Misalnya, ekskavasi yang
dijalankan oleh Tom Harrisson di Gua Niah, Sarawak telah menjumpai
tengkorak Homo sapiens berusia 30 ribu tahun dahulu berdasarkan kaedah
pentarikhan radiokarbon yang dijalankan bersama-sama sisa arang yang
9

dijumpai berdekatan tengkorak. Namun, peliknya tengkorak tersebut tidak


diberikan pentarikhan radiokarbon dan hanya arang tersebut sahaja. Maka,
timbul persoalan daripada sarjana arkeologi lain yang mempersoalkan sama
ada ia tinggalan indigenues atau jatuh daripada lapisan atas ke bawah
(infiltrated) oleh Peter Bellewood. Maka dapat disimpulkan disini terdapat 2
proses redeposition material iaitu berlaku perpindahan data dari tempat asal
ke tempat lain. Kedua, ialah upward migration iaitu bahan data naik ke atas
lantai atau permukaan tanah dikenali sebagai residual. Terdapat faktorfaktor yang menyebabkan situasi ini berlaku antaranya, kegiatan haiwan,
aktiviti manusia purba, dan juga proses semula jadi seperti hakisan tanah
dilereng bukit, hakisan sungai, proses leansing, dan proses leaching.
Misalnya, di Gua Tabon dan Pulau Pulawan yang terganggu stratrigrafi
guanya melalui kajian Fox menemui terdapat gangguan burung Megapod
yang telah mencakar tah-tahi kelawar dan pasir yang lembut untuk
membuat lubang yang dalam untuk proses penetasan. Lubang tersebut
mencecah 130 cm sehingga menganggu data yang berada di situ (Fox:
1970).
Seterusnya, kesukaran untuk menentukan tapak-tapak yang sezaman.
Kumpulan tinggalan budaya untuk pentarikhan relatif dan pentarikhan
kronometriks adalah petunjuk untuk tapak sezaman ialah data yang
tertumpu kepada jenis dan stail artifak sahaja, data-data runag masa yang
tidak lengkap dan akhir sekali artifak yang tidak terjumpa ditempat asalnya
serta pentarikhan kronometrik yang agak baru pada masa itu. Mungkin

10

kekurangan-kekurangan tersebut boleh dikatakan kurangnya pengetahuan


dan kekuatan teknologi pada masa itu (Zuraina: 1996).

KESIMPULAN

Akhirnya, dalam bidang arkeolgi dapat mengwujudkan suatu suasan


budaya dengan menginterprestasikan sesuatu data melalui kajian-kajian
ekskavasi

lalu pemeriksaan eksperimen dilakukan bagi membenarkan

hipotesis. Misalnya, bengkel alat batuan yang dijumpai di Kota Tampan,


pihak ekskavasi telah menjumpai banyak batu repehan disekeliling bati
pelandas. Manakala, batu teras didapati berdekatan dengan batu yang
direpeh dan boleh dicantum dengan sisa-sisa repehen asal batuan teras.
Namun, penemuan Kota Tampan ini merupakan tapak yang tidak
terganggu, bagaimana pula dengan tapak-tapak yang terganggu di
kawasan lain yang sudah diklasifikasikan budayanya dengan hanya
penemuan satu artifak sahaja lalu terus ditafsirkan sebagai keseluruhan
sebuah budaya seperti tembikar di Bukit Tengku Lembu, Perlis. Maka, sudah
tentu para arkeologi akan cuba mengambil iniasiatif dalam memastikan
kebenaran zaman Prasejarah dengan meningkatkan lagi pengetahuan atau
teknologi dalam mencari gali jumpaan-jumpaan yang masih tersembunyi
dan yang tidak dapat dilihat dengan pancaindera manusia.

11

BIBLOGRAFI
Fox, R. B. 1970. The Taboon Caves: Archeologyexplorations And Excavations
On Palawan Island, Philipines. Manila: National Museum.
G. Solhem Ii Wilhem. 1968. Prehistoric Archeology In Eastern ,Mainland
Southest Asia And The Philipines.
Harrison Tom. 1985. The Cave Of Niah: A History Of Preshistory. Sarawak
Museum Journal VIII.
Hole Frank dan Heizer F. Robert. 1990. Arkeologi Prasejarah: Satu Pengenalan
Ringkas. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia, Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Herbert Foriester. 1998. Ribuan Gunung Ribuan Alat Batu: Prasejarah Song
Keplek, Gunug Sewu, Jawa Timur. Jakarta Selatan: Kepustakaan
Popular Gramedia.
Lombard Denys. 1996. Nusa Jawa: Silang Budaya Warisan Kerajaan-Kerajaan
Kosentris. Indonesia: Gramedia Pustaka Utama.
Nik Hassan Suhaiami et.al. 1997. Pembangunan Arkeologi Pelancongan:
Negeri Pahang. Pahang: Lembaga Muzium Negeri Pahang.
Soejono R. P. 1985. Temuan Baru Alat-Alat Paleolitik Di Indonesia,
Pertemuan Ilmiah Arkeologi Ke-III, 23 hingga 28 Mei 1983.
Indonesia: Pusat Penelitian Arkeologi Nasional.

12

Truman Sumanjuntak et.al. 2006.

Archaeology: Indonesian Perspective, R.

Soejono Festschrift. Jakarta: LIPI Press.


Tweedie, M. W. F. 1953. The Stone Age of Malaya. Journal of Royal Asiatic
Society, Malayan Branch. Artikel 749.
Uka

Tjandrasasmita.

2009.

Arkeologi

Islam

Nusantara,

Indonesia:

Kepustakaan Popular Gramedia.


Zuraina Majid. 1989. Kota Tampan, Penentuan Sebagai Tapak Bengkel Kerja
Palolitik Pada Akhir Zaman Plestosin. Purba: Jurnal Persatuan
Muzium Malaysia.
Zuraina Majid. 1996. Prasejarah Malaysia: Sudahkah Zaman Gelap Menjadi
Gelap? (Siri Syarahan Umum). Pulau Pinang: Universiti Sains
Malaysia.

http://www.usm.my/index.php/ms/arkib-berita/9882-penyelidik-usm-temuiartifak-prasejarah-di-bingkor.html- diakses pada tarikh 11 November 2012.


http://arkeologi.web.id/articles/arkeologi-prasejarah?start=10- diakses pada
10 November 2012.

13

Você também pode gostar