Você está na página 1de 13

PUSAT PENYELIDIKAN ARKEOLOGI GLOBAL, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI


TAJUK : PENGENALAN DAN SEJARAH ARKEOLOGI
OLeh: Hamid Mohd Isa

PENGENALAN
Arkeologi berasal dari perkataan Yunani arkhaiologia yang bermaksud kajian
terhadap barang lama. Terdapat pelbagai tanggapan dan definisi terhadap arkeologi
: sebahagiannya memahami arkeologi sebagai penemuan tinggalan warisan silam,
sebahagiannya memahaminya sebagai satu proses analisis saintifik , satu bentuk
imiginasi kreatif dan sebagainya. Seorang ahli arkeologi perlu mempunyai
keupayaan fizikal dilapangan dan kedua mempunyai kemampuan intelektual
menjalankan analisis di makmal. Bidang arkeologi digambarkan sesuatu yang
adventure, menggabungkan antara cabaran, bahaya dan berperanan seperti
detektif. Ini menjadikan ia satu tarikan kepada penulis fiksyen dan pengeluar filem
menghasilkan karya seperti Indiana Jones oleh Steven Spielberg dan Murder in
Mesipotamia oleh Agatha Cristie.
Arkeologi moden hari ini mempunyai tiga matlamat utama iaitu a) mengkaji sejarah
budaya manusia b) membina semula cara hidup manusia dan c) menerangkan
setiap perubahan budaya manusia. Seorang ahli arkeologi berperanan seperti
seorang detektif yang mencari bukti-bukti
untuk memahami

berdasarkan tinggalan manusia awal

sesuatu artifak, tapak dan peristiwa yang telah berlangsung

disesuatu zaman. Ia adalah melibatkan proses mencari kebenaran tentang diri kita
dan manusia silam.
Arkeologi sebagai satu bidang ilmu mempunyai pendekatan yang berbeza: di
Eropah arkeologi sering dikaitkan dengan sejarah manakala di Amerika Syarikat
arkeologi merupakan sebahagian dari bidang antropologi. Arkeologi moden hari ini
telah berkembang menjadi kajian saintifik yang memerlukan masa dan tenaga yang

banyak. Selain itu arkeologi moden juga

bersifat multi-disiplin yang melibatkan

pelbagai bidang sains seperti geologi, kimia, fizik, sains tanah dan sebagainya.

Arkeologi sebagai satu disiplin Antropologi


Antropologi adalah satu disiplin tentang kemanusiaan, yang salah satu sifat fiziknya
meletakkan kita sebagai manusia dan sifat bukan biologi melibatkan apa yang
dikenali sebagai budaya. Antropologi satu disiplin ilmu yang luas dan dibahagikan
kepada 3 sub-disiplin iaitu: antropologi fizikal, arkeologi budaya atau arkeologi
sosial dan arkeologi itu sendiri.

Antropologi fizikal : Juga dikenali sebagai antropologi biologi iaitu satu disiplin
yang mengkaji biologi manusia serta bagaimana sifat-sifat fizik manusia.
Antropologi budaya: atau juga dikenali sebagai antropologi social ( di Eropah dan
beberapa tempat lain)
Adalah bidang yang mengkaji tentang budaya manusia dan masyarakat. Dua
cabang utama dalam Antropologi budaya ialah Etnografi iaitu bidang yang
mengkaji cara hidup masyarakat living cultures (dengan kaedah penyertaan ikut
serta)dan kedua ialah Etnologi yang membuat perbandingan antara budaya
melalui bukti-bukti kajian etnografi untuk memberikan

gambaran tentang

kehidupan sosial sesuatu masyarakat.

Arkeologi: boleh dianggap sebagai past tense of cultural anthropology. Kalau


antropologi budaya mengkaji masyarakat kontemporari (living cultures), sebaliknya
arkeologi mengkaji budaya masyarakat lampau melalui bukti-bukti arkeologi iaitu
artifak atau budaya material yang ditinggalkan seperti kesan bangunan, peralatan
dan sebagainya. Masalah yang sering dihadapi oleh ahli arkeologi ialah untuk
memberi interpretasi dan mengaitkan hubungan antara sesuatu artifak dengan

kehidupan manusia zaman silam. Contohnya bagaimana sesuatu tembikar itu


dibuat?

Kenapa

sesuatu

mayat

ditanam

bersama

pelbagai

peralatan?

Bagaimanakah corak struktur social masyarakat prasejarah?


Kita melihat adanya beberapa persamaan antara arkeologi dan etnografi, maka
wujudlah apa yang dikenali sebagai etnoarkeologi dimana
ahli

etnoarkeologi

akan

tinggal

bersama

masyarakat

seperti ahli etnografi,


kontemporari

untuk

mendapatkan gambaran bagaimana sesuatu budaya material itu digunakan,


bagaimana teknologi menghasilkan sesuatu peralatan dan sebagainya.

Arkeologi sebagai satu disiplin Sejarah


Apakah

perbezaan

arkeologi

dengan

sejarah?

Sebenarnya

arkeologi

juga

merupakan sebahagian dari sejarah. Sejarah sejak zaman awal prasejarah 3 juta
tahun dahulu yang bergantung dari bukti-bukti arkeologi . Sejarah konvensional
hanaya bermula sejak 3,000 BC di Asia Barat apabila tulisan diperkenalkan diikuti
tempat-tempat lain di dunia. Perbezaannya ialah prasejarah ialah zaman sebelum
bukti-bukti rekod bertulis manakala sejarah ialah kajian terhadap masa lampau
menggunakan

sumber

bertulis.

Arkeologi

banyak

menyumbang

terhadap

pengetahuan sejarah malah banyak pengetahuan sejarah dimulakan dengan


penemuan arkeologi terlebih dahulu.

Arkeologi sebagai satu disiplin Sains


Arkeologi seperti bidang sains memerlukan pengumpulan data, menjalankan
eksperimen, membuat formula dan hypothesis, menguji hipotesis dan membuat
interpretasi serta model untuk membina gambaran sejarah lampau. Keadaan ini
sama dengan kerja seorang saintis yang membina sesuatu pengetahuan terhadap
alam dimana sesuatu fenomena atau kejadian tidak wujud secara sendiri.
Arkeologi adalah juga bidang sains dan kemanusiaan. Arkeologi mencerminkan
tahap intelektual seorang saintis dan ahli sejarah. Aplikasi kaedah sains amat jelas

dalam arkeologi seperti penggunaan pentarikhan radiocarbon, kajian kesan gunaan,


petrografi dan ia melibatkan banyak bidang sains seperti biologi, kimia, fizik,
geologi , zoologi, botani dan sebagainya.
Skop Arkeologi
Terdapat banyak sub-disiplin dalam arkeologi moden hari ini seperti a) arkeologi
prasejarah: mengkaji zaman prasejarah dari paleolitik-logam, b) arkeologi klasik L:
mengkaji zaman Greece dan Rom c) arkeologi protosejarah: mengkaji zaman
selepas berakhirnya prasejarah (logam) dan bermula dari abad 1 hingga abad ke14
d) environment archaeology: kajian terhadap bagaimana manusia memanafaatkan
sumber haiwan, tumbuhan dan bagaimana masyarakat lampau beradaptasi dengan
perubahan sekitaran e) underwater archaeology: kajian dasar laut, tasik iaitu
melibatkan bukti-bukti arkeologi bawah air seperti kapal karam dan sebagainya f)
etnoarkeologi : bidang arkeologi yang menggunakan pendekatan etnografi dengan
mengkaji living cultures dan budaya material masyarakat kontemporari untuk
memahami

masyarakat

lampau,

contohnya

kajian

Lewis

Binford

terhadap

masyarakat Nunamiut Eskimo di Alaska telah membantu beliau bagaimana sesuatu


rekod arkeologi terbentuk seperti bagaimana corak sisa tulang haiwan buruan yang
dimakan oleh manusia.

SEJARAH ARKEOLOGI
Permulaan arkeologi mempunyai sejarah yang unik dan berbeza di kawasan yang berlainan di
dunia. Bahagian ini akan membincangkan secara ringkas persoalan bilakah dan siapakah
pengasas-pengasas arkeologi di Eropah dan Amerika. Terdapat 6 zaman perkembangan arkeologi
iaitu bermula pada Zaman Spekulasi iaitu pada awal 800 SM, Zaman Renaissance yang bermula
pada abad ke 14 hingga abad ke 17, dan Konsep Evolusi pada abad ke 19. Zaman Arkeologi
Baru atau Processual telah mula muncul pada tahun 1960an dan Arkeologi Post-Processual pada
tahun 1990an.

Zaman Spekulasi ( seawal 800SM)


Arkeologi telah menjadi satu disiplin ilmu pada 200 tahun yang terakhir. Walaupun ia merupakan
bidang yang masih lagi baru bermula, namun prinsip-prinsipnya masih lagi banyak
diperdebatkan. Secara amnya sejarah arkeologi sebenarnya telah bermula seawal 800 SM dimana
terdapat individu-individu yang berminat dan suka membuat spekulasi mengenai asal manusia
serta dunia klasik. Misalnya, seorang penulis Yunani bernama Hesiod yang menulis tentang asal
usul dan sejarah manusia pada 800 SM. Selain itu juga, ahli arkeologi pertama yang telah
muncul dalam sejarah ialah Nabonidus. Beliau merupakan raja Babylon yang terakhir iaitu pada
555-538 SM dan merupakan ayah kepada Belshazzar. Beliau sangat meminati sejarah tamadun
Babylon sehingga melibatkan diri dalam melakukan penggalian ke atas bangunan-bangunan
purba. Selain itu juga, beliau telah membina semula kuil-kuil yang terdapat di Babylon dan
mendirikan sebuah muzium sebagai tempat mempamerkan hasil penemuan-penemuan
penggalian yang dijalankan ini.
Zaman Renaissance ( Abad ke 14 sehingga abad 17 )
Dunia arkeologi semakin diminati dan semakin bertambah pada Zaman Renaissance di Eropah
dari abad ke 14 sehingga abad 17. Individu yang terdiri daripada bangsawan dan orang kaya
mulai mengikuti cara para cendekiawan zaman Renaissance iaitu mereka merantau secara
meluas di Greece dan Itali untuk mengkaji dan mengumpul barangan seni pada zaman klasik
Rom dan Yunani. Tujuan utama mereka mengumpul artifak ini kerana nilai kesenian yang tinggi.
Misalnya pada abad ke 15, 2000 tahun selepas Nobonidus, pengumpulan artifak telah dilakukan
secara besar-besaran dari Itali dan berkembang ke Rom. Kebanyakkan pengumpul antik ini

berasal dari Britain, Perancis dan Jerman. Pencarian ini adalah dibawah panduan paderi-paderi
seperti Sixtus IV (1471-1484).
Antara tahun 1492 hingga 1503, seorang paderi iaitu Alexander VI memulakan cari gali bagi
menambahkan lagi pengumpulannya. Pada abad 15, bangsawan, orang kaya dan paderi begitu
taksub mengumpul artifak adalah bertujuan untuk menghias gereja, tempat-tempat berada dan
kediaman kerana dipercayai akan memberikan kegembiraan pada mereka. Pengumpulan barangbarang purba ini tidak terhad di Itali sahaja, malah apabila Zaman Renaissance ini mula tersebar,
pengumpul-pengumpul dari seluruh benua Eropah mula mengumpul barang-barang purba. Pada
zaman ini juga, Raja Sicily telah mengarahkan Cavaliere Alcubierre untuk mengekskavasi Kota
Rom yang terkenal dengan bandar Herculaneum pada tahu 1738. Bandar Herculaneum telah
terbenam dibawah timbunan tebal sisa-sisa gunung berapi Vesuvius. Hasil penemuan ini telah
dijual kepada pengumpul-pengumpul yang berada.

Konsep Evolusi dan Pilihan Semulajadi (1859)


Doktrin evolusi meruapakan satu konsep yang masih baru yang diperkenalkan oleh Charles
Darwin. Sebelum Darwin,ramai saintis termasuk Lamarck, Buffon, dan Herbent Spencer telah
menyatakan bahawa haiwan dan tumbuh-tumbuhan tetap tidak berubah dari segi umur selama
berabad-abab tetapi akan mengalami perubahan. Berdasarkan idea dari ahli geologi seperti
Charles Lyell yang menyatakan bahawa perubahan berlaku dalam kehidupan secara
berperingkat-peringkat dengan menggambarkan jenis fosil yang ditemui di lapisan bumi. Dengan
idea ini, membantu Darwin memberikan teori untuk melihat bagaimana perubahan kehidupan
berlaku. Melalui buku yang dihasilkan oleh Darwin iaitu bertajuk On The Origin of Species,

beliau memegang pada prinsip survival of the fittest iaitu bermaksud pilihan semulajadi dalam
jangka masa yang lama akan menghasilkan spesis yang baru.

Arkeologi Prosesual (1960-1990)


Arkeologi Prosesual atau Arkeologi Baru telah dimulakan oleh Lewis Binford pada tahun 1960
an. Beliau dikenali kerana sumbanganya terhadap teori arkeologi dan kajian etnoarkeologi.
Beliau berpendapat bahawa metodologi secara saintifik serta kaedah deduktif hypothetico perlu
dilakukan dalam bidang arkeologi. Penekanan yang kuat terhadap generalisasi dan cara manusia
beriteraksi dengan ekologi menggambarkan bahawa budaya dipengaruhi oleh adaptasi sesuatu
kawasan. Pandangan yang diberikan oleh Binford ini dipengaruhi oleh Dr.Leslie Wite yang
merupakan penyelia beliau. Beliau juga banyak menjalankan kajian berkaitan dengaan sejarah
pendekataan budaya.
arkeologi.

Arkeologi Baru telah dianggap

sebagai satu revolusi dalam teori

Kaedah Statistik
Kaedah statistik telah menagalami perubahan dalam bidang arkeologi dan antropologi pada 1950
an. Kaedah ini telah dipelopori oleh Albert Spaulding pada tahun 1960. Dalam bidang ini,beliau
telah memperkenalkan kaedah chi-square dan teknik statistik. Melalui kaedah statistik ini juga,
dapat melihat perkaitan antara penyelidikan dengan pelaksanaan komputer dalam menghasilkan
data yang lebih terperinci dan teliti. Pada masa ini, beliau meramalkan bahawa, arkeologi akan
bergantung kepada kaedah kuantitatif untuk mendapatkan data yang lebih terperinci.

Etnoarkeologi
Bidang etnoarkeologi merupakan satu bidang saintifik baru yang telah menarik perhatian para
arkeologi untuk mengkaji masyarakat yang masih hidup. Lewis Binford misalnya melihat
melalui kajian etnografi yang dijalankan mendapati bahawa berlaku kepupusan dalam
masyarakat pra industri.

Selain Binford, ahli penyelidik lain yang juga melopori bidang

etnoarkeologi ialah Lord Avebury iaitu pada awal 1865. Dalam kajian tersebut, Lord Avebury
telah membandingkan kebudayaan masyarakat Zaman Batu dengan masyarakat pemburupemungut moden untuk melihat gambaran masyarakat prasejarah melaalui kajian etnoarkeologi.
Binford menyatakan bahawa setiap penyelidik perlu mentakan implikasi dan menguji data
arkeologi dengan sisitematik. Dengan adanya bidang etnoarkeologi, dapat membantu penyelidik
mendapatkan data yang terbaik di lapangan seperti melihat adaptasi masyarakat memburu-

memungut dengan masyarakat yang bertani. Oleh sebab itu, dengan adanya bidang ini dapat
menjadikan arkeologi sebagai satu sumber untuk menjelaskan variasi budaya masyarakat
prasejarah. Seorang ahli antropologi iaitu Richard Lee telah menjalankan kajian di tapak San
Kung yang terletak di Gurun Kalahari. Dalam kajian tersebut, beliau mendapati bahawa ahli
arkeologi mempunyai kesulitan dalam menjalankan kajian tersebut. Oleh itu, dengan pendekatan
etnoarkeologi, beliau dapat membandingkan penempatan masyarakat prasejarah dengan
penempatan masyarakat moden. Bagi Richard Gould yang juga merupakan seorang antropologi
telah mengumpul maklumat tempat perkhemahan yang telah ditinggalkan oleh suku orang asli
Australian. Tujuan beliau mengumpul maklumat ini adalah untuk membantu ahli arkeologi untuk
mendapatkan maklumat perkaitan masyarakat prasejarah dengan masyarakat orang asli.

Sistem Teori
Arkeologi menjadi satu bidang yang lebih saintifik ekoran daripada ahli falsafah seperti Thomas
Kuhn pada tahun 1970 dan teori sistem secara umum. Kuhn telah mula mengkaji hubungan rumit
dan kompleks antara masyarakat manusia dan lingkungannya yang sentiasa berubah. Sistem
pendekatan berfikir yang meliputi budaya manusia merupakan satu sistem yang rumit. Ini
kerana, melalui sistem budaya manusia dapat melihat bagaimana elemen seperti teknologi,
organisasi sosial, yang saling berinteraksi dengan sistem ekologi. Pendekatan sistem yang
dijalankan oleh Kuhn ini sangat mempengaruhi arkeologi kerana kepentingan yang kuat dalam
hubungan antara masyarakat prasejarah dan persekitaran mereka.

Sumbangan Ahli Arkeologi


Jean-Francois Champollion (1790-1832)
Di Mesir, pengumpulan artifak telah bermula pada abad ke 15 oleh individu yang berminat
dengan buku-buku berkaitan dengan keagaaman yang terdapat dalam obselik. Kesan sampingan
aktiviti ini menyebabkan berlakunya pencerobohan di tapak-tapak prasejarah dan liang-liang
kubur. Minat terhadap bahasa purba Mesir ini telah berkembang dengan meluas hasil penemuan
Batu Rosetta pada tahun 1799. Batu Rosetta merupakan satu kepingan bersalt yang ditemui di
Rosetta iaitu disebelah barat hulu sungai Nil. Batu ini telah dijumpai oleh seorang pegawai
Napoleon iaitu Andre Joseph Boussard yang menjalankan ekskavasi bagi pembinaan kubu
pertahanan di Fort Rachid lebih kurang 7 km dari Rosetta di Lembah Nil. Inskripsi Greek ini
diterjemahkan oleh pakar-pakar arkeologi yang berkhidmat dengan pasukan Perancis. Pada tahun
1822, Jean-Francois Champollion telah mentafsirkan batu Rosetta yang ditulis dalam tulisan
hierglif iaitu satu bentuk tulisan Mesir dan Greek yang dipanggil Demotik.
C.J.Thomsen (1788-1865)
Christian Jurgensen Thomsen atau C.J.Thomsen merupakan seorang kurator Muzium Nasional di
Copenhangen telah mencipta suatu sistem penyusunan bahan-bahan arkeologi untuk
dipamaerkan dalam Muzium Nasional Denmark. Klasifikasi ini adalah berasaskan kepada bahanbahan di mana objek-objek itu dibuat dari batu, gangsa dan besi. Klasifikasi ini kemudiannya
dikenali sebagai Sistem Tiga Zaman apabila didapati bahawa penggunaan bahan-bahan ini
adalah berurutan kepada Zaman Batu, Zaman Gangsa dan Zaman Besi.

General Augustus Lane-Fox Pitt Rivers ( 1827-1900)


Beliau merupakan seorang askar yang profesiol, menyebabkan beliau dapat menjalankan kaedah,
survei dan ekskavasi dengan berdisiplin dan bersistematik di Selatan England. Beliau telah
membentuk model dan posisi objek yang tepat untuk direkodkan. Beliau berusaha memulihkan
setiap objek yang dijumpai semasa ekskavasi dijalankan. Hal ini dapat dilihat melalui ekskavasi
yang telah dijalankan di Cranborne Chase pada tahun 1887-1889 yang merupakan tapak
arkeologi yang mendapat standard paling tinggi.

Sir William Flinders Petrie (1853-1942)


Beliau merupakan salah seorang anak didik Pitt Rivers. Petrie juga terkenal dengan ekskavasi
yang dijalankan secara cermat dan memberikan maklumat yang terperinci terhadap penemuan
artifak yang ditemui sepanjang ekskavasi dijalankan. Kaedah ekskavasi yang dijalankan secara
bersistematik ini dapat dilihat di Mesir dan Palestin dari tahun 1880an sehingga kematiannya.
Beliau juga telah mencipta teknik seriasi atau siri pentarikhan dimana ia digunakan untuk
mendapatkan urutan kronologi di 2200 kubur Naqada di Hulu Mesir.
Sir Mortimer Wheeler (1890-1976)
Sir Mortimer Wheeler telah menjalankan kaedah grid pesegi semasa ekskavasi yang telah
dijalankannya. Pada tahun 1944-1948, semasa beliau dilantik sebagai Pengarah Arkeologi di
India, beliau telah menjalankan ekskavasi dengan menggunakan kaedah moden seperti kaedah
grid ini di tapak yang penting di India iaitu Harappa,Taxila dan Arikamedu.

Max Uhle (1856-1944)


Max Uhle merupaka seorang saintis Jerman yang banyak membantu arkeologi di Amerika
Selatan. Beliau melibatkan diri dalam bidang arkeologi dan etnografi. Beliau juga telah melukis
stratigrafi atau lapisan kebudayaan di tapak ekskavasinya iaitu di Pachacamax,Peru. Pada tahun
1890, teknik stratigrafi ini menjadi langkah penting untuk membina sebuah kronologi di tapaktapak yang terdapat di Peru.

Alfred Kidder (1885-1963)


Alfred Kidder merupakan tokoh utama dalam arkeologi Maya. Berdasarkan survey yang
dijalankan pada 1915-1929, beliau bertanggungjawab membuat peta dalam ekskavasi di Pecos
Ruin iaitu sebuah pualau yang sangat besar di bahagian utara New Mexico. Kidder merupakan
arkeologi pertama yang memmapunyai pakar untuk membantu menganalisis artifak dan
peninggalan manusia dahulu. Antara strategi yang digunakan dalam ekskvasi ialah menjalankan
peninjaun, pemilihan kriteria kedudukan peninggalan secara kronologi, menjalankan stratigrafi
untuk menjelaskan masalah dan menjalankan survei secara terperinci di kawasan kajian.

Bahan bacaan
Fagan, B (1995) Archaeology DALAM People of the Earth 8th edition HarperCollins, ms 1-8 (Chapter 1)
Fagan, B (1985) Archaeology Introduced DALAM In the Beginning: An Introduction to Archaeology, 5 th Edition
Little, Brown and Company Boston(Chapter 1)

Fagan, B (1985) A Short History of Archaeology DALAM In the Beginning: An Introduction to


Archaeology, 5 Edition Little, Brown and Company Boston (Chapter 2,3,4).
Renfrew, C & P Bahn (1991) Introduction: The nature and aims of Archaeology DALAM Archaeology: Theories,
methods, and practice Thames & Hudson, page 9-14

Renfrew, C & P Bahn (1991) The Searchers: The History of Archaeology DALAM Archaeology :
Theories,methods,and practice Thomes & Hudson (Chapter 1).
Zuraina, Peralta, Soejono & Pornchai Prehestory of Southeast Asia (Chapter 1)

Você também pode gostar