Você está na página 1de 60

Apam Gula Hangus

Print Recipe
Bahan:
Untuk gula hangus (karamel):
1/2 cawan (penuh) gula pasir
1/2 cawan air panas
1/2 cawan butter (113gm)
3 sdb susu pekat campur dengan air sehingga menjadi 220 ml
1/2 sudu kecil vanilla esen
Cara:
Dalam kuali, hanguskan gula pasir hingga perang.
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga gula hangus larut sebati.
Masukkan butter.padamkan api. kacau hingga butter cair.
Masukkan susu cair dan vanilla.
Ketepikan.
Bahan apam:
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*
1/2 sudu kecil baking soda*
2 biji telur
Acuan kecil yg telah di sapu minyak.
Cara:
Panaskan kukusan.balut tudung pengukus dengan kain bersih
Ayak bahan bertanda *.ketepikan
Pukul telur hingga gebu
Satukan bahan campuran gula hangus dengan bahan tepung yg di ayak tadi hingga
sebati
Masukkan telur yg telah di pukul.
Kaup balik hingga sebati.
Sudukan adunan dalam acuan yg telah di sapu minyak.
Kukus 15-20 minit dengan api besar hingga masak.
(Saya kukus dalam loyang selama 40 minit dan tutup loyang dengan aluminium foil)

Kek Lapis Neopolitan


Resepi : Kak Wan ( Kek Lapis Koko Mocha )
C&P : CMG / DTS
BAHAN-BAHAN A
-250 gram mentega (cm guna scs)
-150 gram gula kastor
-14 kuning telur (gred A)
-5 camca besar susu pekat manis
BAHAN-BAHAN B
-150 gram gula kastor (cm guna 130 gram)
-7 putih telur
-1/4 camca teh cream of tartar
BAHAN-BAHAN C
-160 gram tepung Hong Kong*
-40 gram Horlick*
-1 camca teh baking powder*(*disatukan dan gaul rata)
-1 camca teh esen vanila
-1 1/2 camca teh stoberi paste + 1/4 camca teh pewarna makanan pink
-1 1/2 camca teh coklat emulco + 1/2 camca teh perisa mocha

CARA MEMBUATNYA
1.
Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin 8inci x 8inci x 3inci dengan mentega, alas
dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan. Putar mentega dan susu hingga sebati, masukkan
gula kastor dan putar hingga putih. Tambah kuning telur satu persatu sambil terus memutar
hingga kembang dan gebu. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah disatukan
sedikit demi sedikit dan putar ingga sebati. Ketepikan.
2.
Dalam mangkuk pengadun yang bersih dan kering, putar putih telur dan cream of tartar
hingga berbuih, masukkan gula kastor dan terus memutar hingga kembang dan kental. Gaul
putih telur ke dalam adunan mentega, gunakan kaedah kaup balik dan kacau hingga sebati.
3.
Bagi adunan kepada 3 bahagian, satu dimasukkan esen vanilla dan kacau rata, satu
ditambah stoberi paste dan pewarna merah jambu, kacau rata dan satu lagi dengan coklat
emulco dan perisa mocha. Kacau rata. Ketepikan.
4.
Masukkan tin ke dalam oven dan panaskan 1-2 minit. Keluarkan tin dan sudukan adunan
coklat sebanyak 4 camca besar, ratakan dan bakar 5 - 7 minit (tukar pada api grill) hingga
perang, keluarkan dan tekan perlahan dengan penekan kek lapis, sapu dengan mentega cair
dan lapis lagi dengan adunan coklat hingga siap.
5.
Kemudian lapis pulak dengan adunan stoberi hingga siap dan akhir sekali adunan vanilla
hingga siap. Untuk lapisan akhir bakar hingga perang sedikit, tutup permukaan tin dengan
aluminium foil dan bakar 10 minit dengan fungsi api atas dan bawah. Sejukkan kek sekejap,
keluarkan dan sejukkan sepenuhnya atas redai sebelum dipotong....

CATATAN MAT GEBU :


Jangan lupa menyapu setiap lapisan kek yang telah masak dengan mentega cair sebelum anda
lapiskan dengan adunan baru dan setiap lapisan. cm guna 4 camca besar.....Selamat
mencuba!!.

KEK LAPIS EVERGREEN (versi bakar)


Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

C & P: HaSue

Bahan-Bahan [ 1/2 adunan loyang 6x6 ]


-5 biji telur gred A
-225 g mentega berkualiti tinggi
-90 g tepung hongkong/gandum
-60 g serbuk horlicks
-60 g gula halus (sudah dikurangkan)
-3 sudu mkn pandan paste-lebih krg
-1/2 sudu mkn ovallette
-8 sudu mkn susu pekat manis
-1/2 tin kecil serikaya
-50 g serbuk santan
-1/2 sudu kecil esen vanilla
Cara -cara :
1.
Pukul telur, gula dan ovalette hingga
kembang. (high speed)

menggunakan api atas). Ulangi proses


hingga habis.
7.
Untuk lapisan terakhir, bakar
sekejap dengan menggunakan api atas
sehingga keperangan dan barulah
dipasangkan api bawah selama 10 minit.
8.
Setelah masak, keluarkan kek dari
oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum
dipotong.
9.
Cara-cara menyimpan kek : alaskan
dengan kertas serap minyak, balutkan
dengan cling wrap dan simpan dalam bekas
yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke
dalam peti sejuk.

2.
Dalam bekas yang berasingan,
pukul mentega bersama susu pekat hingga
putih berkrim. Kemudian masukkan serbuk
santan dan putar lagi hingga sebati.
3.
Satukan adunan telur dan mentega
tadi. Sebatikan. Setelah itu masukkan
serikaya, pes pandan dan horlicks. Gaulgaulkan sebati.
4.
Akhir sekali masukkan tepung dan
esen vanilla. Kacau hingga betul-betul
sebati.
5.
Sediakan loyang yang telah disapu
dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan
sedikit adunan dan ratakan (anggaran 2-3
sudu makan).
6.
Bakar lapisan pertama sehingga
bertukar warna keperangan (dengan

Kek Lapis Asam Manis


resepi : DayangJack@DapurKuSayang
bahan-bahan : loyang 8" x 8" atau 9" x 9"

10 biji telur A
200 g tepung biskut marie (biskut marie dikisar
halus, diayak dan kemudian barulah disukat)
100 g tepung hongkong/superfine/tepung gandum
(diayak)
450 g mentega berkualiti
1 sudu besar ovallete
1 sudu kecil esen vanilla
150 g gula kastor
300 g susu pekat manis
haw slice/ hawflake secukupnya
pewarna kuning, ungu dan hijau secukupnya
(pewarna lain pun boleh)
cara-cara :
1. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga
kembang.
2. Dalam bekas yang lain, putar mentega dan susu
hingga putih berkrim.
3. Kemudian satukan langkah 1 dan 2. Sebatikan.
4. Kemudian masukkan tepung biskut marie dan tepung
hongkong/superfine/gandum. Kacau sebati dengan
spatula dan kemudian putar lagi 1 minit untuk
memastikan adunan benar-benar sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan
hijau, ungu dan kuning.
6. Bakar/grill lapis demi lapis dan susunkan hawflake
secukupnya mengikut citarasa. (setiap lapisan
diratakan dengan 7 sudu makan adunan).

7. Guna api atas dan bawah untuk lapisan pertama dan


lapisan seterusnya menggunakan api atas sahaja.
Setiap lapisan dibakar antara 5-7 minit atau hingga
keperangan. (setelah habis melapis, bakar pada suhu
140C selama 10 minit lagi supaya kek masak
sempurna)
Nota :
***kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masingmasing. Jadi sila adjust sendiri.
***loyang digriskan dan dialas dengan kertas minyak.
***sukatan gula mengikut citarasa
***mentega berkualiti contoh : SCS, Golden Churn, Tatura,
Anchor dsbnya
***sekiranya tak nak guna tepung gandum/hongkong,
boleh guna tepung biskut marie sepenuhnya.
***semakin lama kek disimpan, semakin moist rasanya.
***Simpan ke dalam peti sejuk supaya dapat bertahan
lama.
***jika lapisan kek terlebih bakar dan kelihatan hangus
dan kering, sapukan permukaannya dgn jem atau
mentega.

DJ buat 1/2 adunan je dari resepi asalnya dengan


menggunakan loyang besar sb tu nampak rendah sket kek
ni. Tapi yg penting, menjadi dan sedaaaapp!

Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2012/07/kek-lapisasam-manis-bakar.html#ixzz3FN7qQH00


Under Creative Commons License: Attribution

Kek Belacan (Kukus)


sumber : HaSue
sumber II: DayangJack
Bahan2:

16oz mentega

10 biji telur

1 gelas gula halus (DJ guna 1/2 gelas jer)

1 tin susu pekat manis

1 tin kecil serikaya

1 tin kecil nestle cream

1 peket kecil horlicks

2 gelas tepung gandum

Browning sugar secukupnya (jika susah nak dapat, sila


rujuk DI SINI untuk cara-cara membuatnya)

satu sudu kecil nescafe (dibancuh sedikit air panas)

1 sudu besar serbuk koko

1 sudu teh esen vanila

Cara2:
1. Jerang air pengukus dan pastikan air
mendidih sebelum mengukus kek nanti

kukusan

sudah

2. Pukul mentega dan gula halus sehingga gebu


3. Masukkan telur satu persatu dan pukul sekata(masukkan
sebiji telur,pukul lagi sebelum masukkan telur seterusnya)
4. Masukkan esen vanilla,susu pekat manis,serikaya,nestle
cream dan pukul sebati
5. Masukkan pula horlicks, serbuk koko dan nescafe..sebatikan
adunan

6. Masukkan tepung gandum yg sudah diayak sedikit demi


sedikit ke dalam adunan.
7. Akhir sekali masukkan browning sugar sehingga warna
adunan benar2 kehitaman.
8. Gaul adunan sehingga benar2 sekata dan sebati
9. Sediakan loyang yg sudah digris mentega dan ditabur
tepung
10.
Masukkan adunan ke dalam loyang , tutup dengan
aluminium foil(jangan rapat kerana adunan akan naik
semasa dikukus) untuk mengelakkan air menitik ke atas
adunan dan kukuslah selama 4 jam
11.

Sejukkan sebelum dipotong..Selamat mencuba!

Kek Lumut II

Kopoe ( pewarna dan


perisa pandan yang lain
pun boleh)

resepi : DayangJack@Dapurku
Sayang
bahan-bahan : loyang 8" x 8"

10 biji telur gred A

450g mentega berkualiti


tinggi (Golden Churn,
Anchor, SCS)

3/4 cawan gula kastor

2 cawan nestum (dikisar


halus)

1 cawan serbuk almond

1 cawan serbuk horlicks

1 cawan tepung
hongkong/gandum
(diayak)

2 sudu kecil esen vanilla

1 botol besar (60 ml) pes


pandan cap Kopoe-

1 cawan susu pekat


manis

Cara-cara :

Sediakan
pengukus.
Didihkan
air.
Griskan
loyang dengan mentega
dan taburkan dengan
sedikit tepung (alaskan
loyang dengan kertas
minyak jika suka)

Pukul mentega bersama


gula halus dan esen
vanilla hingga kembang
dan berkrim. Gunakan
kelajuan maksima.

Masukkan telur sebiji


dan pukul hingga sebati
(guna speed perlahan).
Kemudian,
masukkan
lagi sebiji telur dan
pukul lagi. Ulangi proses
ini sehingga habis.

Masukkan susu pekat


dan pes pandan. Putar
sebati.

Masukkan tepung sedikit


demi
sedikit
diselangselikan dengan
horlicks, serbuk almond
dan nestum . Kacau
sebati.

Tuangkan
adunan
ke
dalam
loyang
dan
tutupkan dengan kertas
foil
yang
sudah
disapukan sedikit butter
(supaya permukaan kek
tak melekat pada kertas
foil).

Kukuskan selama 4 jam.


(tambah air panas jika
hampir kering)

Setelah masak, sejukkan


terlebih dahulu sebelum
dipotong.

Kek Lapis Nirwarna


Resepi : Puan Rabiah Amit
Sumber : Dayang@DapurKu Sayang
bahan-bahan :

10 biji telur (asingkan putih daripada kuning)

2 gelas gula halus (dayang guna 160g gula halus)

400 g mentega

2 1/2 gelas tepung gandum (dayang menggunakan tepung


hong kong)

1 tin susu pekat manis (dayang menggunakan 300g susu


pekat)

1 botol kecil coklat urai (dayang tak letak sebab tak ada
stok)

1 botol kecil mentega kacang/peanut butter

1 tin kecil serikaya

1 cawan serbuk Horlicks (dayang menggunakan 50g


Horlicks)

pewarna hijau, merah, coklat dan kuning (dayang


menggunakan warna hijau, kuning, ungu dan merah jambu)

Cara-cara :
1. Pukul putih telur dengan 1 gelas gula hingga agak keras.
Ketepikan.
2. Pukul mentega dengan baki gula hingga ringan dan
kembang. Sambil mesin terus berputar, masukkan kuning
telur satu demi satu. Pukul hingga kembang.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau rata.
4. Masukkan susu pekat dan kacau rata.
5. Satukan dengan adunan putih telur. Gaul sebati. Bahagikan
kepada 4 bahagian: 1 bahagian warnakan hijau dan
masukkan mentega kacang. 1 bahagian warnakan merah
dan masukkan serikaya. 1 bahagian warnakan coklat dan
masukkan coklat urai. 1 bahagian warnakan kuning dan
masukkan horlicks.
6. Sediakan acuan 8 1/2" x 8 1/2" x 4" (dayang menggunakan
loyang 8x8x3. Griskan dengan mentega dan alaskan dengan
baking paper). Tuangkan selapis nipis adunan warna coklat
ke dalam acuan dan ratakan. Bakar dengan api gril di dalam
ketuhar bersuhu 250C selama 3 minit. Adunan juga boleh
dikukus selama 3 minit. (bakar/gril menggunakan api atas
sahaja. Lain oven lain tahap kepanasannya. Sila adjust
sendiri)

7. Tuangkan pula selapis nipis adunan kuning dan ulangi


proses sebagaimana dalam langkah 6. (dayang tuang
adunan sebanyak 7 sudu makan)
8. Ulangi dengan melapis warna hijau dan merah sebagaimana
proses dalam langkah 6 dan 7, sehingga semua adunan
habis.
9. Akhir sekali bakar dalam ketuhar bersuhu 180C selama 5
minit. (bakar keseluruhan)
10.
Keluarkan
acuan/loyang.

dan

biarkan

kek

sejuk

di

dalam

***sukatan gelas/cawan yg boleh muat 200 ml air.


***gunakan butter yang berkualiti tinggi. Dayang menggunakan
butter jenama Anchor.

Ini adalah gambar asal Kek la

Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2013/01/kek-lapisnirwarna.html#ixzz3FN8gXEvI


Under Creative Commons License: Attribution

Sambal Nasi Lemak


Bahan-bahan : (4-6 orang makan)
3 biji bawang merah (kisar)
1/2 labu bawang besar (kisar)
belacan bakar secukupnya(kisar)
segenggam ikan bilis (dibersihkan)
3 senduk cili kering kisar (-/+)
sedikit air asam jawa
garam dan gula melaka secukupnya
1/2 labu bawang besar (dihiris)
Cara-cara :
1. Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali. Tumis
bahan-bahan kisar diikuti cili kisar hingga pecah
minyak.
2. Masukkan ikan bilis, garam dan gula melaka. Kacau
lagi.
3. Kemudian masukkan air asam jawa dan bawang
besar.
Apabila
bawang
sudah
layu,
bolehlah
dipadamkan api. Angkat dan hidangkan.

***cili kering direbus terlebih dahulu sebelum dikisar.


Biasanya dyg akan blend byk2 dan simpan di dlm bekas
bertutup dan kemudian dimasukkan ke dlm fridge. Bila
perlu, dyg akan keluarkan. Boleh bertahan sampai 2-3
minggu lamanya.

Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2010/08/sambal-nasilemak-resepi-ii.html#ixzz3FN8osRiV


Under Creative Commons License: Attribution

Sos Kuah Rojak/Rojak Petis(homemade)


resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
bahan-bahan :

1/2 botol kecil kicap lemak masin (lebih kurang 200 ml)

300g gula apong/gula merah/gula melaka atau secukupnya

gula pasir secukupnya jika perlu

1 buku kecil belacan bakar(dihancurkan)

1/2 botol kecil sos cili

3/4 atau 1 cawan cili asli blended (pedas) / cili kering kisar /
cili boh - DJ menggunakan cili asli Walfood

bijan secukupnya (digoreng tanpa minyak)

125g tepung kanji/tepung ubi (tapioca starch) (dibancuh


dengan air secukupnya)

Cara-cara :

1. Satukan semua bahan KECUALI bijan dan tepung di dalam


periuk/kuali. Dengan api perlahan, masak dan kacau hingga
larut dan mendidih. (sila rasa masin, manis dan pedasnya.
Jika terkurang, bolehlah tambah apa yang perlu)
2. Masukkan sedikit demi sedikit tepung kanji sambil dikacau
tanpa henti. (Pastikan sentiasa dikacau supaya ia tidak
berketul-ketul). Masak hingga kuahnya sedikit pekat dan
kelihatan licin.
3. Akhir sekali barulah dimasukkan bijan yang sudah disangai
tadi. Gaulkan rata-rata.
4. Tutupkan api. Biar ia sejuk.
5. Bolehlah dihidangkan bersama buah-buahan yang digemari.
Jangan lupa, taburkan kacang tanah yang sudah dikisar atau
perah sedikit limau kasturi bagi yang suka rasanya masammasam sikit. Selamat mencuba!

Cili Asli Walfood (hot & spicy)


Bahan-bahan untuk dibuat rojak ni ikutlah selera masing2 ye. DJ
pun guna stok yg ada je. Ada mangga, sengkuang, timun, tauhu
goreng, starfruit, dan nenas. Kalau ada tauge dan kangkung,
bolehlah dicelur dan dimasukkan sekali. Waduhh! sedapnyaaaa!

kicap lemak masin ye. sukatan satu botol 330ml.


Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2012/06/rojak-buah-dansos-kuah-rojakrojak.html#ixzz3FN9HvAaV
Under Creative Commons License: Attribution

Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2012/06/rojak-buahdan-sos-kuah-rojakrojak.html#ixzz3FN98rZH4


Under Creative Commons License: Attribution

Kek Coklat Keju Kukus


resepi : dayangjack
bahan-bahan : loyang 8x8x3
Lapisan Coklat :

170g tepung serbaguna/tepung gandum (diayak)

170g mentega / salted butter (pada suhu bilik) - DJ


menggunakan mentega jenama Farmcows

3 biji telur gred B

220g gula kastor

45 g serbuk koko - dibancuh dengan 150ml air suam

1 sudu kecil esen vanilla

Lapisan Keju :

600g krim keju (pada suhu bilik)

2 biji telur

120g gula kastor

1 sudu kecil jus lemon/jus oren/esen vanilla

4 sudu makan tepung gandum

Cara membuat :
Lapisan Coklat :
1. Putar mentega bersama gula hingga kembang dan berkrim
dengan kelajuan maksima. Kemudian masukkan telur satu
demi satu sambil diputar dengan kelajuan perlahan.
2. Masukkan pula esen vanilla dan putar lagi.
3. Masukkan bancuhan koko tadi dan putar lagi hingga rata.
4. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil
dikacau rata dengan spatula. Setelah itu, putar dengan
pengadun selama 20 saat sahaja. Ketepikan.
Lapisan Keju :
1. Putar krim keju hingga hancur. Kemudian masukkan gula
sedikit demi sedikit sambil diputar hingga berkrim.
2. Masukkan telur satu demi satu. Putar lagi hingga rata.
3. Masukkan jus lemon/jus oren atau esen vanilla. Putar lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung. Putar hingga sebati.
Cara mengukus :

1. Pastikan air kukusan panas dengan api perlahan. Sediakan


loyang dan sapukan dengan mentega.
2. Adunan coklat dan adunan keju hendaklah dibahagi dua
bahagian sama rata. Mula-mula tuangkan lapisan coklat ke
dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 20 minit.
(penutup loyang hendaklah dibalut dengan tuala bersih
supaya air kukusan tidak menitik ke dalam loyang). Loyang
tidak perlu ditutup dengan kertas foil atau plastik.
3. Kemudian tuangkan pula adunan keju dan ratakan. Kukus
lagi selama 20 minit.
4. Setelah itu, masukkan pula adunan coklat. Ulangi proses
hingga
habis
kesemuanya.
Seterusnya
boleh
juga
ditambahkan lagi masa mengukus selama 10-15 minit.
5. Setelah masak, tutupkan api. Biarkan kek sejuk sebelum
dikeluarkan dari loyang.
** Perlu diingatkan kek ini TIDAK menggunakan serbuk penaik
atau soda bikarbonat. Harap maklum.

Tak sangka pulak yang paling byk makan ialah mr hubby....ekeke

Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2013/02/kek-coklatkeju-kukus.html#ixzz3FN9ibIR2


Under Creative Commons License: Attribution

Petuanya senang je :
1. Ikut resepi dengan betul sukatannya. Kalau menggunakan
sukatan gelas, gunakan sukatan gelas. Biasanya boleh muat
200 ml air. Kalau menggunakan cawan metrik, silalah
berbuat demikian. Jangan terlebih dan terkurang atau main
agak-agak je mcm masak lauk...tak sama tu...nanti diri
sendiri kecewa dgn hasil kek yg tak seberapa... betul tak?
2. Gunakan loyang yang sesuai dgn saiz kek. Kalau adunannya
banyak, gunakanlah loyang yg besar. Contoh 8 inci, 9 inci
dan 10 inci.
3. Bahagikan
adunan
sama
rata.
Gunakan
cawan/mangkuk/gelas untuk menyukat adunan supaya nanti
lapisan kek menjadi sekata. Contoh kek lapis masam manis
yang ada 2 warna. Hijau dan kuning. Mula2 bahagikan
adunan kepada 2 bahagian. Setiap bahagian dibahagikan
lagi kpd berberapa bahagian dengan menggunakan
bekas/cawan. Kalau menggunakan senduk pun boleh, tapi
kalau tak yakin, gunakan cara yg DJ syorkan tadi. Tak susah
kan?...
4. Kek lapis kukus Srwk tak sama dgn kek lapis kukus biasa.
Biasanya ia mampat dan padat. Ada juga yang kata bantat.
Tapi sebenarnya mmg itulah sebenarnya rupa paras dan
tekstur kek tu. Nampak bantat tp sebenarnya tak. Yang ni
sering terjadi dan DJ selalu gak dpt aduan spt ni. Jangan
risau, kek tu tak bantat tp padat. Kalau terasa spongy dan
berongga2, maknanya belum berjaya lagilah tu...kena cuba
sekali lagilah ye. Kenapa kek tu kelihatan padat dan
mampat?? Sebab penggunaan mentega dan susu pekat
manis yg banyak. Hasil kek lagi bertambah moist dan
kelihatan basah.
5. Sekiranya kek nampak berminyak, sila guna kertas serap
minyak utk mengalas kek tu. Nanti kuranglah berminyak kek
tu.

6. Jangan sekali2 menambah serbuk penaik ke dalam adunan


melainkan yang dinyatakan dalam resepi lebih2 lagi kek
lapis kukus.
7. Gunakan mentega yg berkualiti dan tepung Hong Kong
untuk mendapatkan kek bermutu dan lembut. Contoh
mentega adalah SCS, Anchor dan baru-baru ni mentega
Golden Churn sudah pun disahkan HALAL oleh pihak Jakim.
DJ dapat info ni pun dari Mat Gebu (mekasih ye Mat).
Bolehlah menggunakan mentega tu balik tanpa sebarang
rasa was2. Sesungguhnya mentega GC adalah mentega yg
terbaik utk membuat kek2 lapis dan juga kek2 biasa.
8. Putar adunan kek hingga betul2 gebu dan licin. Jangan
sampai bergentel2. Ini akan membuatkan lapisan kek tak
cantik.
9. Setiap kali melapis, jangan ditekan lapisannya sekuat2 hati,
nanti ia akan berombak2 dan menggelembong.
10.
Sekiranya ada bubble dalam adunan tu ketika melapis,
buangkan. Jangan biarkan, nanti kek berlubang2.
11.
Kukus lapisan kek hingga betul2 dah tak cair. Barulah
dituangkan adunan yang seterusnya. Good Luck!

Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2012/05/kek-lapisevergreen-kukus.html#ixzz3FN9tmPTK


Under Creative Commons License: Attribution

Kek Lapis
Kukus

Evergreen

resepi: DayangJack@DapurkuSaya
ng

1 cawan gula halus (boleh


dikurangkan
mengikut
citarasa)

1/2 tin susu pekat manis

Bahan-bahan ( loyang berukuran


8 inci)
Lapisan Hijau

10 biji kuning telur A

225g
tinggi

1/3 cawan gula halus

1/4 tin susu pekat manis

1 cawan horlicks (boleh juga


digantikan dengan serbuk
santan atau nestum yang
sudah dikisar)

1/2 cawan biskut marie


kisar (biskut marie dikisar,
diayak
dan
kemudian
barulah disukat)

1/2-1 botol kecil pandan


paste cap Koepoe-Koepoe
(boleh juga guna pandan
emulco cap Nona sebanyak
3 sudu makan)

mentega

berkualiti

Lapisan Putih :

1
1/2
cawan
tepung
gandum/tepung hong kong
(diayak)

225g
tinggi

10 biji putih telur A

mentega

berkualiti

Cara-cara
Lapisan Hijau :
Kuning telur dan gula dipukul
sampai
kembang.
Di
dalam
mangkuk berasingan, mentega
dan susu manis dipukul sampai
putih dan barulah disatukan
dengan kuning telur tadi. Putar
sebati dengan kelajuan minima.
Kemudian
masukkan
horlicks,
tepung biskut marie dan pandan
paste.
Putar
hingga
sebati.
Kemudian adunan dibahagikan
kepada beberapa bahagian sama
rata dalam bekas/cawan yang
sama saiznya.
Lapisan Putih :
Pukul
putih
telur
sampai
kembang. Masukkan gula halus
dan pukul lagi hingga kental. Di
dalam
mangkuk
berasingan,
pukul mentega bersama susu
manis sampai putih dan barulah
disatukan dengan putih telur.
Putar dengan kelajuan sederhana.
Akhir sekali masukkan tepung
gandum dan kacau rata-rata.
Bahagikan
adunan
kepada
beberapa
bahagian
mengikut
citarasa. (contoh jika adunan
hijau 4, lapisan putih pun 4, atau
5-5, atau 4-5, atau 5-6)
Kukuslah adunan lapis demi lapis
hingga habis. Setiap lapisan
dikukus lebih kurang 7-10 minit
atau hingga dah tak cair. Untuk
lapisan terakhir, sila kukus 1/2
atau 1 jam lagi untuk masak
sempurna.

Balutkan
penutup
kukusan
dengan tuala ketika mengukus.
Boleh juga tutup loyang kek
dengan kertas foil setiap kali
mengukus.

***Untuk kek ni DJ buat 1/2


adunan je dan menggunakan
loyang
9"
x
4.5"
x
4.5"

Jika
air
sudah
hampir
kering, tambahkan dengan
air panas.

***telur 10 biji diasingkan putih


dan kuningnya (kuning telur utk
lapisan hijau dan putih telur utk
lapisan putih)
***balutkan kek dgn cling wrap
dan sejukkan di dlm fridge
sekiranya ingin menyimpan lama

Pizza
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Pizza base I :

2 cawan tepung gandum

2 sudu kecil yis segera mauripan

2 sudu besar susu tepung

160 ml air suam

1 sudu besar gula halus

1/2 sudu kecil garam

1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh)

1 sudu besar olive oil atau marjerin/mentega cair

Cara-cara :
1. Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang
baik akan mengeluarkan buih)

2. Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua


bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya
menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengahtengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli
sehingga menjadi doh yang elastik.
3. Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup
kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.
4. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan/loyang/pan
pizza. Lengserkan sedikit dengan minyak zaitun.
5. Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk-tumbukkan sedikit
untuk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh di dalam pan
dengan hanya menekan dengan telapak tangan sahaja.
Tidak perlu dicanai (tapi kalau nak, boleh juga). Ratakan doh
sehingga padat.
6. Cucuk permukaan doh dengan garpu dan sapukan dengan
minyak zaitun di tepi-tepi doh dengan berus pastri(supaya ia
akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak). Biarkan
ia rehat selama lebih kurang 10 minit.
7. Bakar doh selama 7-10 minit. Kemudian keluarkan dari oven.
8. Akhir sekali ratakan dengan sos tomato, mayonis dan
bahan-bahan topping yang lain. Tuangkan sos keju dan
taburkan keju parut.
9. Bakar selama 20 minit atau hingga keperangan.

Pizza base II :

2 cawan tepung roti

2 sk yis mauripan

90 ml air suam

70 ml susu segar suam

1 sk garam halus

2 sb gula

1 sb marjerin

1 sb susu tepung

Cara-cara :
Satukan kesemua bahan(kecuali susu segar dan air) di atas ke
dalam satu bekas besar dan gaulkan rata. Kemudian tuangkan
susu segar dan air. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.
Kemudian rehatkan doh(tutup dengan kain lembab) selama 1
jam.
Panaskan oven pada suhu 180C. Sesudah itu, tumbuk-tumbukkan
doh tadi dan canaikan mengikut saiz dulang/pan yang digunakan.
Sapukan sedikit minyak zaitun/minyak masak pada dulang
tersebut dan ratakan dengan doh tadi. Cucuk-cucukkan doh
dengan garpu. Bakar selama 5 minit. Keluarkan.
untuk menyusun topping : Sapukan sos tomato dan mayonis di
serata doh pizza, diikuti dengan toppingnya. Kemudian tuangkan
sos keju di atasnya dan taburkan dengan keju parut dan oregano.
Bakar selama 20 minit atau sehingga keperangan.

Topping/Filling

: (2 large pizza)

400 g daging cincang (dicincang/minced)

3 ulas bawang putih (dicincang)

1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)

1/2 botol sos spagetti lada hitam (lain-lain pun boleh)

sedikit garam dan gula

3 sudu besar mentega

untuk hiasan :

sedikit oregano kering

cendawan shitake

hirisan nenas

hirisan kapsikum

hirisan bawang besar

keju parut

lain-lain ikut suka

Cara-cara : Panaskan mentega di dalam kuali. Tumis bawang


putih dan bawang besar sampai perang. Masukkan minced
beef/chicken dan kacau rata-rata. Biarkan ia kering seketika.
Kemudian masukkan bahan-bahan selebihnya. Kacau hingga
pekat/kering.

Untuk Sos Keju :


*
*
*
*
*
*

1 1/2 cawan susu segar


1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
100g cream cheese
sedikit lada sulah
sedikit gula dan garam

Cara-cara : Cairkan mentega di dalam periuk/saucepan. Masukkan


susu dan krim keju. Kacau hingga keju hancur. Masukkan
bancuhan tepung, lada sulah, gula dan garam. Kacau lagi hingga
pekat.

***Jika tak nak menggunakan sos keju, boleh je skip, ok. Tapi
kalau letak, lagilah makan bertambah-tambah. Enak bangat!!

Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2012/03/resepilengkap-pizza-my-style.html#ixzz3FNAE3WbO


Under Creative Commons License: Attribution

Ok,

ini

adalah

resepi

asalnya

utk

loyang

inci.

Bahan-bahan : Loyang 9 x 9
1 gelas tepung gandum (diayak)
8 biji telur A
450 gm mentega berkualiti ( SCS atau Anchor)
1 gelas gula halus (kisar halus lagi jika suka)
200 gm horlicks
Pewarna hijau (Star Brand) - dayang gantikan dgn pes
pandan Cap Kopoe-Kopoe
1 tin kecil Seri Kaya
1 tin kecil susu pekat manis

1 sk esen vanilla
Cara-cara :
1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn
mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang
dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna
speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji
telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
4. Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan
dgn horlicks dan gaulkan sebati.
6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn
kertas foil.
8. Kukuskan selama 4 jam. (tambah air panas jika
hampir kering)

Bahan-bahan untuk 1/2 adunan : loyang 7 " x 7 "


1 cawan tepung gandum (diayak)

1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus
250 g mentega
4 biji telur A
pewarna hijau secukupnya (dyg guna 1 sb pandan
paste Cap Kopoe-Kopoe)
4 sudu besar seri kaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanilla
Cara-cara : sama seperti atas. Cuma masa mengukus ialah
2 jam 30 minit.

Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2009/10/keklumut.html#ixzz3FNAQrlsD


Under Creative Commons License: Attribution

Kek Marie Kukus


bahan-bahan :

115 gm / 3/4 cawan tepung gandum (diayak)

150 gm biskut marie (@ secukupnya)

4 biji telur A

220 gm marjerin

4 sudu besar horlicks

1/4 cawan @ 4 sudu besar susu pekat manis

1/4 cawan @ 4 sudu besar Seri Kaya

1 sk esen vanilla

100 gm / 1/2 cawan gula halus

Cara-cara :
1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan
mentega dan taburkan sedikit tepung.

loyang

dgn

2. Pukul telur bersama bersama gula hingga kembang dan


gebu.
3. Pukul marjerin bersama susu pekat hingga berkrim.
4. Satukan no 2 dan no 3. Kacau sebati (guna kelajuan minima)

5. Masukkan seri kaya dan kacau lagi.


6. Masukkan horlicks diikuti dgn tepung. Sebatikan.
7. Akhir sekali masukkan esen vanilla. Sebatikan adunan.
8. Sendukkan adunan (3-4 senduk) ke dalam loyang. Ratakan
dan susunkan biskut marie di atasnya (JANGAN DITEKAN
BISKUT MARIE ITU - nanti kek akan jadi ombak
besar/tsunami...heheh). Tutupkan dgn kertas foil dan kukus
hingga masak. Buatlah lapis demi lapis sehingga habis.

Selamat Mencuba!
O ya sebelum terlupa, ada juga emel yg sempat dyg baca tapi tak
sempat nak balas. Kebanyakannya ialah ttg kek2 kukus. Ada yang
meminta dyg utk menulis resepi kek lapis kukus yang belum ada
lagi resepinya kat siber setakat ni. InsyaAllah, resepinya mmg
ada, cuma x ada gambar je lah. Nanti dyg akan tuliskan resepinya
yer. Thanks juga kpd yg telah mencuba resepi kek coklat kukus III
baru2 ni dan kalau tak keberatan, hantarlah reportnya ke MYR
yer utk dikongsikan bersama pembaca yg lain. Tq.

Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2009/10/kek-mariekukus.html#ixzz3FNAphWWT


Under Creative Commons License: Attribution

KEK EVERGREEN KUKUS


Bahan-bahan ( loyang berukuran 7" @ 8" )
Lapisan Hijau

10 biji kuning telur A

225 gm mentega Golden Churn (boleh guna butter lain)

1/3 cawan gula halus

3/4 cawan horlicks

1/2 cawan biskut marie kisar (diayak)

1/2-1 botol kecil pandan paste cap Koepoe-Koepoe (boleh


juga guna pandan emulco cap Nona sbyk 3 sudu besar)

Lapisan Putih :

1 1/4 cawan tepung gandum (diayak)

10 biji putih telur A

1 cawan gula halus

1/2 tin susu manis

225 gm mentega Golden Churn

Cara-cara
Lapisan Hijau :

Kuning telur dipukul sampai kembang. Di dlm mangkuk


berasingan, gula halus dan mentega dipukul sampai putih
dan barulah disatukan dgn kuning telur td. Kacau rata2.
Kemudian masukkan horlicks, tepung biskut marie dan
pandan paste. Kacau hingga sebati.

Lapisan Putih :

Pukul putih telur sampai kembang. Masukkan gula halus dan


pukul lg. Di dlm mangkuk berasingan, pukul mentega
bersama susu manis sampai putih dan barulah disatukan
dgn putih telur. Putar dgn kelajuan sederhana. Akhir sekali
masukkan tepung gandum dan kacau rata2.

Kukus lapisan hijau terlebih dahulu (kira2 3 senduk nasi) dan


apabila masak, tuangkan adunan/lapisan putih (3 senduk nasi) di
atasnya. Buatlah berlapis-lapis sehingga habis. Kukus lagi selama
1 jam.

Pastikan loyang ditutup kemas dgn kertas foil ketika mengukus.


Jika air sudah hampir kering, tambahkan dgn air panas.
***telur 10 biji diasingkan putih dan kuningnya (kuning telur utk
lapisan hijau dan putih telur utk lapisan putih)
***guna mentega golden churn utk dapatkan kek yang elok, gebu
dan lembut.
***seelok2nya kisar gula halus seperti gula ising supaya cepat
berkrim dan gebu ketika dipukul dgn mentega/telur selain cepat
hancur
***balutkan kek dgn cling wrap dan kertas foil dan sejukkan di
dlm fridge sekiranya ingin menyimpan lama

Donut Ball (Resepi II)


Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
2 1/2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 cawan air suam
(direndam hingga berbuih)
1 sudu kecil ovallette
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1 sudu besar marjerin
1/3 cawan air / susu segar (-/+)
gula saduran

**(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak


susu tepung)
Cara-cara :
1. Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan
gula saduran) hingga sebati.
2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan
buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan
bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan
ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih
lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
3. Bahagikan
doh
kepada
20-22
bahagian
dan
bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung
untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di
tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu
dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung.
Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah
cukup
panas,
gorenglah
donut
tadi
hingga
keperangan. Toskan.
5. Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan
dengan topping kesukaan.

sila klik pd gambar utk lihat lbh dekat

Kek Lapis Mocha


Pandan
resepi : DayangJack@DapurKu
SaYang
bahan-bahan : loyang 8" x 8"

10 biji telur gred A

500 g mentega berkualiti


tinggi (DJ menggunakan
mentega SCS)

300 g tepung
hongkong/tepung gandum
(diayak)

150 g gula kastor

100 g serbuk horlicks

150 g serikaya

300 g susu pekat manis

1 sudu besar ovalette

1 sudu kecil esen vanilla

1 sudu besar pandan paste


(DJ menggunakan brand
Kopoe-Kopoe)

1 1/2 sudu besar serbuk


koko + 1 sudu makan
nescafe atau campuran
serbuk koko dan coffee
emulco (dibancuh dengan
sedikit air panas) - boleh
juga campurkan dengan
pewarna coklat atau
browning sugar

Cara-cara :
1. Pukul
telur,
gula
dan
ovalette hingga kembang.

2. Dalam
bekas
yang
berasingan, pukul mentega
bersama susu pekat hingga
putih berkrim.
3. Satukan adunan telur dan
mentega tadi. Sebatikan.
4. Setelah
itu
masukkan
serikaya dan horlicks. Gaulgaulkan sebati.
5. Akhir
sekali
masukkan
tepung. Kacau hingga betulbetul sebati.
6. Bahagikan adunan kepada 3
bahagian. Satu bahagian
dibiarkan kosong dan diberi
esen vanilla, satu bahagian
lagi diberi pes pandan dan
satu
lagi
dicampurkan
dengan bancuhan serbuk
koko dan nescafe.
7. Sediakan loyang yang telah
disapu dengan mentega
disekelilingnya.
Tuangkan
adunan
coklat
terlebih
dahulu (anggaran 6 sudu
makan
atau
ikut
keselesaan)
dan
bakar
selapis demi selapis dengan
menggunakan
api
atas
(suhu
antara
170-180C
mengikut kepanasan oven
masing-masing).
8. Setelah habis lapisan coklat,
tuangkan pula adunan hijau
dan bakarlah lapis demi
lapis hingga habis. Dan
diikuti pula dengan lapisan
kosong.
Ulangi
proses
hingga habis.
9. Untuk
lapisan
terakhir,
bakar
sekejap
dengan
menggunakan
api
atas

sehingga keperangan dan


barulah dipasangkan api
bawah selama 10 minit.
10.
Setelah
masak,
keluarkan kek dari oven dan
sejukkan terlebih dahulu
sebelum dipotong.
11.
Cara-cara menyimpan
kek : alaskan dengan kertas
serap
minyak,
balutkan
dengan cling wrap dan
simpan dalam bekas yg
bersesuaian.
Kemudian
masukkan ke dalam peti
sejuk.

Boleh juga menggunakan


loyang kek berukuran 9" x
9" atau 10" x 10" jika tak
nak kek terlalu tinggi.
Ikutlah citarasa masing2.

Suhu bergantung pd jenis


oven masing2. Sila adjust
sendiri.

Sukatan
gula
boleh
dikurang/tambahkan
mengikut citarasa sendiri.

NOTA :

Gunakan
mentega
yg
berkualiti
untuk
mendapatkan
kek
yg
lembut dan sedap.

Jika
takut
lapisan
kek
mudah
tertanggal,
sila
sapukan dengan sedikit jem
setiap kali melapis. (DJ x
buat).

Pandan paste cap KopoeKopoe


boleh
digantikan
dengan Pati Pandan/Pandan
Emulco+pewarna hijau tua.

Dari segi teksturnya, mmg lembut


dan sedaaapp!. Lebih lama
disimpan semakin lembut dan
moist kek ni.
InsyaAllah raya haji nanti akan
ada siaran ulangannya.

Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2011/10/kek-lapismocha-pandan-bakar.html#ixzz3FNC9r6p3


Under Creative Commons License: Attribution

Kek Lapis Kembang Melati


resepi : DaYangJack@DapurKu SaYang
bahan-bahan : Loyang 7" x 7"
Lapisan A :

200 g mentega berkualiti tinggi

7 biji putih telur gred A

150 g gula kastor

150 g tepung gandum

1 sudu kecil esen vanilla

100 g susu pekat manis

Lapisan B :

200 g mentega berkualiti tinggi

100 g gula merah atau gula kastor

7 biji kuning telur

100 g tepung gandum

100 g susu pekat manis

200 g coklat masakan (dicairkan)

250
g
red
dates/kurma
merah
(dicincang
halus/kisar/tumbuk) - DJ tumbuk dan kisar sampai halus

3 sudu besar browning sugar/gula hitam (atau 1 sudu besar


coklat emulco dan pewarna coklat) - sila ke link DI
SINI untuk rujukan cara-cara membuat browning sugar/gula
hitam.

1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang kek.
Sapukan dengan mentega di sekelilingnya.
Lapisan A :
1. Putih telur dipukul hingga kembang. Kemudian masukkan
gula dan pukul lagi.

2. Di dalam mangkuk adunan yg lain, pukul mentega sampai


putih dan barulah dimasukkan pula susu pekat manis, esen
vanilla dan tepung . Putar sebati.
3. Satukan kedua-dua adunan tadi dan kacau hingga betulbetul sebati.
Lapisan B :
1. Kuning telur dipukul bersama gula merah sampai hancur.
Masukkan mentega dan putar hingga sebati. Masukkan pula
susu, gula hitam, coklat cair dan buah kurma/red dates.
Kacau rata-rata.
2. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan esen vanilla.
Kacau hingga sebati.
Cara melapis :
1. Kukuslah selapis demi selapis dimulakan dengan lapisan A
(2 senduk) dan kemudian lapisan B (3 senduk).
2. Setiap lapisan dikukus selama 10-20 minit bergantung pada
ketebalan lapisannya. Setelah habis melapis, kukus lagi
hingga 30 minit atau sehingga kek betul-betul masak.
3. Setelah masak, keluarkan kek dr pengukus dan sejukkan
seketika sblm dipotong.
Nota dan peringatan:
**Sediakan telur gred A 7 biji dan asingkan putih dan kuningnya
untuk
dibuat
lapisan
A
dan
B.
**Gunakan
telur
yang
fresh
**Gunakan mentega yang berkualiti tinggi seperti SCS dan Anchor
utk mendapatkan kek yg lbh lembut dan sedap.
**Untuk lapisan A, pukul telur hingga betul2 kembang jika ingin
mendapat hasil yg terbaik.
**Sekiranya air kukusan berkurangan, sila tambah air panas.
**Kek ini tahan lama jika disimpan di dalam peti sejuk.
UPDATE
:
satu lg gambar kek Kembang Melati (menggunakan buttercup) yg
dah agak lama tersimpan dlm blog ini. Gambar di atas
menggunakan mentega SCS. Nampak sgt beza dari segi
teksturnya.

Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2011/10/kek-lapiskembang-melati-kukus.html#ixzz3FNCOLGT8


Under Creative Commons License: Attribution

Bingka Susu/Cheese
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
bahan-bahan :

1 cawan tepung gandum (diayak 3 kali)

4 biji telur A

250 ml susu cair

3 sudu besar susu pekat

140 g gula kastor (boleh tambah jika nak lebih manis)

1 sudu kecil esen vanilla

50 g krim keju

50 g mentega

bijan secukupnya atau serbuk badam (optional)

Cara-cara :
1. Mentega dan krim keju dicairkan dengan cara double boiler.
Kemudian disejukkan seketika.
2. Satukan kesemua bahan di atas(kecuali bijan/serbuk badam)
dengan mentega/krim keju cair tadi di dalam blender. Blend
hingga sebati.
3. Kemudian tuangkan adunan tadi ke dalam loyang 6 inci yang
telah dilengser dengan minyak masak. Taburkan bijan atau
serbuk badam di atasnya jika suka.
4. Kemudian bakar ke dalam oven dengan suhu 160C selama
lebih kurang 50 minit atau sehingga keperangan.
5. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
** sukatan gula dan susu boleh tambah ikut citarasa sendiri
** boleh juga guna telur gred B
** kalau terlebih cair, boleh tambah sedikit tepung. Tp DJ suka
cair dp pekat.

Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2011/10/bingkasusucheese.html#ixzz3FNCXZsOn


Under Creative Commons License: Attribution

Kek Lapis Batik Kenyalang


resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
sumber lain : Bro. Rozzan@RSR
bahan-bahan : loyang 8" x 8" atau 9" x 9"

10 biji telur A

300 g tepung hongkong/gandum

500 g mentega berkualiti tinggi

160 g gula kastor (kalau nak manis lagi bolehlah tambah)

340 g susu pekat manis

150 g serbuk horlicks

150 g jem strawberi

1 sudu besar ovalette

1 sudu kecil esen vanilla

pewarna merah, kuning dan hijau

Cara-cara :
1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang.
2. Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu
pekat hingga putih berkrim.
3. Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.
4. Setelah itu masukkan jem dan horlicks. Putar sebati.
5. Akhir sekali masukkan tepung dan esen vanilla. Kacau
hingga betul-betul sebati.
6. Ambil 12 senduk lauk adunan dan ketepikan untuk dibuat 3
lapisan bawah dan 3 lapisan atas(1 lapis 2 senduk adunan).
Lapisan ini dibiarkan kosong. Lebihan adunan tadi

dibahagikan 3 bahagian diberi warna hijau, merah dan


kuning. Kermudian dimasukkan ke dalam piping bag atau
botol sos. (Atau terpulang mengikut citarasa anda untuk
membahagikan adunannya. Boleh juga menggunakan warnawarna pilihan sendiri)
7. Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega
disekelilingnya. Tuangkan 2 senduk adunan kosong tadi ke
dalam loyang dan bakar/grill hingga masak keperangan
dengan menggunakan api atas. Ulangi proses hingga 3
lapisan.
8. Kemudian, paipkan adunan merah, hijau dan kuning secara
berselang seli dan menyerong hingga menutupi ruang
lapisan bawah. Grill/bakar lagi hingga masak. Kemudian
paipkan semula adunan tadi secara menyerong tetapi
bertentangan dan setelah itu dibakar lagi hingga masak.
Ulangi proses hingga habis. (boleh tengok step ini DI
SINI atau DI SINI)
9. Untuk lapisan atas, bakar/grill lebihan adunan kosong (6
senduk tadi) sebanyak 3 lapisan(1 lapis=2 senduk) seperti
lapisan bawah. Setelah masak keperangan, bakar lagi 10
minit dengan menggunakan api bawah. (suhu mengikut jenis
oven masing-masing)

Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2011/10/kek-lapisbatik-kenyalang-versi-bakar.html#ixzz3FNChHqwL


Under Creative Commons License: Attribution

Kek Lapis Happy Day(kukus)


Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
bahan-bahan : loyang 6" x 6"

3/4 cawan tepung superfine (diayak)

1/2 cawan tepung gandum (diayak)

5 biji telur A

225 g mentega berkualiti tinggi

3/4 cawan gula halus

1/2 cawan serikaya

1/4 cawan susu pekat manis

1 sk esen vanilla

2 sk serbuk nescafe

pewarna hijau (DJ campurkan dengan pes pandan), merah,


kuning dan coklat

Cara-cara :
1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Balutkan penutup
pengukus dengan tuala bersih. Sediakan loyang kek.
Alaskan dengan kertas serap minyak dan sapukan mentega
serta ditaburkan dengan sedikit tepung.
2. Putar mentega bersama gula hingga gebu dengan kelajuan
maksimum. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil
diputar perlahan.
3. Masukkan susu pekat dan putar lagi.
4. Masukkan serikaya dan putar lagi hingga sebati.
5. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil
diputar perlahan.

6. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.


7. Warnakan hijau, merah, kuning dan satu adunan lagi
dicampurkan dengan pewarna/perisa coklat dan serbuk
nescafe (kacau sebati). Kemudian setiap adunan dibahagi
dua lagi supaya menjadi lapan lapisan. Tapi kalau nk buat 4
lapisan saja pun boleh.
8. Untuk lapisan pertama, tuangkan adunan warna kuning dan
ratakan. Kemudian tutup loyang dengan kertas foil tetapi
hendaklah direnggangkan. Kukus selama 5-7 minit atau
sehingga adunan dah tak cair. Kemudian buat lapisan
keduanya. Ulangi proses sehingga habis. Untuk lapisan
terakhir, sila kukus 20 minit lagi supaya kek masak
sempurna.
9. Setelah masak,
dipotong.

tutupkan

api.

Bahan-bahan untuk resepi asal :

10 biji telur ayam


12 oz mentega berkualiti tinggi
1 gelas gula halus

Sejukkan

kek

sebelum

3 gelas tepung gandum

1 tin kecil susu pekat manis

16 oz serikaya

2 sk esen vanilla

1 sudu besar serbuk nescafe

pewarna hijau, merah, kuning dan coklat

Cara-cara : - SDA update lagi :


**maaf resepi yg menggunakan loyang 6 inci sudah diedit balik.
hrp maklum.
**kek kukus Happy Day ni ada versi menggunakan kismis utk
taburan pd setiap lapisan. Kalau nk guna bahan tu pun boleh.
**di bawah adalah contoh cawan dan sudu metrik. (Gambar
pinjam dari Pakcik Google...tq)

Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2011/06/kek-lapishappy-day-kukus.html#ixzz3FND6SaWq


Under Creative Commons License: Attribution

Kuih Lapis Nyonya aka Kuih Genggang


Resepi asal : Bro. Rozzan
Sumber : Mat Gebu@Dapur Tanpa Sempadan
Sumber II : DayangJack@DapurKu SaYang
Bahan A :-)

150 g tepung beras (DJ letak 120g tepung beras + 30g


tepung gandum)

30 g tepung Hoon Kue (warna asli)

400 ml santan pekat

160 ml air

Bahan B :-)

180 g gula halus (mat guna 150 gram gula pasir)

150 ml air

1/4 camca teh garam

2 helai daun pandan

BAHAN C :-)

Pewarna makanan hijau

Pewarna makanan merah jambu@pink

Pewarna makanan merah cili

Cara membuatnya :-)


1. Masak bahan B sehingga larut, angkat dari api dan biar
sejuk. Sementara itu satukan semua bahan A ke dalam satu

mangkuk, kacau rata dan ketepikan 30 minit. Kemudian


masukkan bahan B, kacau rata dan tapis.
2. Panaskan kukusan, alas plastik bersih dalam tin berukuran
( 7 x 7 x 3 ) inci, sapu sedikit minyak pada plastik tadi.
Bahagikan no. 1 kepada 7 bahagian yang sama banyak
(kurang lebih 130 ml setiap bahagian), 2 bahagian dibiarkan
pada warna asal (putih), 2 bahagian diberi warna merah
jambu, 2 lagi dengan warna hijau dan 1 bahagian dengan
warna merah cili.
3. Panaskan loyang dalam kukusan selama 5 minit, tuang 1
bahagian merah jambu, kukus 5 - 6 minit meggunakan api
sederhana hingga masak, tuang 1 bahagian hijau dan kukus
hingga masak dan buat seterusnya. Untuk lapisan terakhir
(merah cili), kukus hingga masak, selama 12 - 15 minit lagi.
4. Sejukkan kuih betul2 sebelum dipotong untuk hidangan.
Balut tutup kukus dengan kitchen towel semasa mengukus
untuk
mengelakkan
wap
jatuh
atas
permukaan
kuih.....Selamat mencuba untuk semua!!!!

Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2011/06/kuih-lapisnyonya-aka-kuih-genggang.html#ixzz3FNDHrRil


Under Creative Commons License: Attribution

Ayam Masak Merah Madu


Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
bahan-bahan :

1 ekor ayam (dipotong ikut suka dan digoreng hingga 3/4


masak)

rempah 4 sekawan (buah pelaga, kayu manis, bunga lawang


dan cengkih)

cili giling secukupnya

sos cili secukupnya

2 keping asam gelugur

4-5 sudu besar madu (dibancuh dengan sedikit air)

1 labu bawang besar (dihiris bulat)

1 sudu besar sos tiram

garam

bahan-bahan kisar :

10 biji bawang merah

4 ulas bawang putih

1 inci halia

1 inci lengkuas

2 batang serai

Cara-cara :
1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali atau periuk.
Tumis bahan-bahan kisar dan rempah 4 sekawan hingga
wangi. Kemudian masukkan cili giling dan tumis lagi hingga
pecah minyak.
2. Masukkan sos tiram dan sos cili secukupnya. Kacau ratarata. Kemudian masukkan air secukupnya. Kacau lagi hingga
mendidih.

3. Masukkan ayam, bancuhan madu, garam dan asam gelugur.


Gaulkan sebati. Akhir sekali masukkan bawang besar.
4. Setelah ayam masak, tutupkan api. Angkat dan hidangkan
bersama nasi putih atau nasi tomato.

Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2011/06/ayam-masakmerah-madu.html#ixzz3FNDWC2rU


Under Creative Commons License: Attribution

Minta maaflah jika jadual ni nampak kecik sgt. Tapi tak x mengapa, besarkan skrin jika
x jelas. Harapan dyg ialah semoga dgn adanya kemudahan/rujukan ini sedikit sebanyak
dapat membantu rakan2 atau pembaca2 yg ingin mencuba resepi2 yang menggunakan
sukatan imperial atau metrik.

Sukatan Imperial

Sukatan Metrik

Sukatan Cawan
Metrik
(anggaran)

Sukatan Cecair Metrik


(anggaran)

1/2 oz

15 g
-

1 oz

30 g

1/4 cawan

60 ml

2 oz

60 g

1/3 cawan

100 ml

3 oz

90 g

1/2 cawan

125 ml

4 0z

125 g

150 ml
-

6 oz

185 g

3/4 cawan

180 ml

8 oz

250 g

1 cawan

250 ml

12 oz

375 g

1 1/4 cawan

310 ml

16 0z

500 g

1 1/2 cawan

370 ml

24 0z

750 g

2 cawan

500 ml

32 0z

1000 g

2 1/2 cawan

625 ml

3 Ib

1500 g
(1 .5 kg)

1 tahil = 38 g
3 tahil = 100 g
1 kati = 600 g
1 cawan metrik = 250 ml
4 cawan metrik = 1000 ml (1 liter)
1 sudu teh metrik = 5 ml
1 sudu meja metrik = 20 ml
Lain-lain Sukatan (anggaran) :
1 cawan gula/gula halus = 7 oz / 200 g
1 cawan beras = 6 oz / 185 g
1 cawan tepung = 4 oz / 125 g
1 cawan sagu = 5 oz / 140 g
1 cawan serbuk koko = 3 oz / 100 g
1 cawan horlicks = 3 oz / 100 g
1 cawan serbuk coklat = 3 oz / 100 g
1 cawan oats = 2 oz / 80 g
1 cawan cornflake = 30 g

Imperial

Sukatan Metrik
(anggaran)

Imperial

Sukatan Metrik
(anggaran)

1/16 inci

1 mm

2 1/2 inci

63 mm / 6.3 cm

1/8 inci

3 mm

3 inci

76 mm / 7.6 cm

1/6 inci

4 mm

4 inci

100 mm / 10 cm

1/5 inci

5 mm

5 inci

126 mm /
12.6 cm

1/4 inci

6 mm

6 inci

150 mm / 15 cm

1/2 inci

12 mm / 1.2 cm

7 inci

176 mm /
17.6 cm

3/8 inci

9 mm / 1 cm

8 inci

200 mm / 20 cm

5/8 inci

15 mm / 1.6 cm

9 inci

230 mm / 23 cm

3/4 inci

18 mm / 1.8 cm

10 inci

250 mm / 25 cm

1 inci

25 mm /2.5 cm

12 inci /
1 kaki

302 mm / 30 cm

1 1/4 inci

31 mm / 3.1 cm

36 inci / 1 ela

906 mm / 90 cm

1 1/2 inci

38 mm / 3.8 cm

60 inci

1500 mm /
150 cm / 1 .5 m

2 inci

50 mm / 5 cm
cm = sentimeter
mm = milimeter
m = meter

Kek Green Carpet (kukus)


Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Bahan-bahan : Loyang 6 ATAU 7 inci (kek ni saiz kecil je)

1 1/4 cawan tepung naik sendiri

5 biji telur A

225 gm mentega / marjerin

3/4 cawan gula halus

4 sudu besar tepung biskut marie (kira-kira 5 keping biskut


marie, dikisar/ditumbuk halus)

3 sudu besar horlicks

1 1/2 sk pandan paste/pandan emulco

1/4 cawan susu pekat manis

Cara-cara :
1. Panaskan pengukus. Sediakan loyang kek. Lengserkan
dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung.
2. Satukan tepung dengan horlick dan tepung biskut marie.
Ayakkan sekali dan gaulkan rata-rata. Ketepikan.
3. Sediakan mixer. Pukul mentega dan gula hingga kembang,
putih dan gebu. (pastikan gula betul-betul hancur). Gunakan

kelajuan maksimum. (Jika menggunakan marjerin, tidak


perlu dipukul terlalu lama, cukuplah sekadar gula hancur)
4. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar dan buatlah
hingga habis. Gunakan kelajuan minima sahaja.
5. Masukkan susu pekat dan putarlagi.
6. Masukkan
perlahan.

tepung

sedikit

demi

sedikit

sambil

diputar

7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian


dicampurkan dgn pes pandan dan satu lagi dibiarkan
kosong.
8. Kemudian tuangkan adunan tadi di dalam loyang secara
berselang seli, ditompok-tompokkan atau berlapis (ikutlah
kreativiti sendiri). Kemudian tutup loyang dengan kertas
foil.
9. Kukuslah selama 1 jam 20 minit.
10.
Setelah masak, tutupkan api. Biarkan dulu selama
lebih kurang 5-10 minit dan barulah dibuka.
11.

Sejukkan kek sebelum dipotong.

Kpd yg telah sudi mencuba resepi ni seingat DJ lah kan, Kak CT,
kak Ummi, Rima dan ramai lagi...terima kasih semuanya.
Mmmmuahhh!

Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2011/06/kek-greencarpet-kukus.html#ixzz3FNDxMGhK


Under Creative Commons License: Attribution

Soalan ini sering kali diajukan : " kenapa kek tak menjadi
seperti yang ada pada gambar resepi?"
Berikut
adalah
kesalahan-kesalahan
biasa
yang
menyebabkan kek tak menjadi dengan sempurna dan
sebab-sebabnya: ( hasil rujukan dari pelbagai sumber dan
sumber
sendiri)
Kek Tidak Naik Sekata
Suhu dlm ketuhar tidak panas sekata menyebabkan
kek tidak dibakar secara menyeluruh
Bancuhan tepung tidak sebati

Suhu ketuhar mungkin terlalu panas


Adunan melebihi setengah daripada ukuran loyang
pembakar
Loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan
Kek Menjadi Bantat
Telur yang digunakan mungkin terlalu kecil.
Kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan
gula dipukul
Ketika memasukkan tepung ke dalam adunan, kadar
kelajuan tidak boleh terlalu laju.
Kemungkinan telur yg digunakan sudah tidak elok.
Sebaik2nya gunakanlah telur yg segar. Isikan air di
dlm bekas dan letak telur di dlmnya. Jika telur
terapung bermakna telur itu sudah tidak ada
kandungan udara lagi atau sudah busuk.
Tepung sudah tidak elok atau sudah luput tarikhnya.
Sebaik2nya, tepung dijemur terlebih dahulu. Ini
penting untuk membantu meringankan kek.
Mentega yang dicampurkan dalam adunan mungkin
terlalu
panas,
menyebabkan
ia
berbuih.
Ini
menjadikan kek rosak.
Suhu ketuhar terlalu rendah.
Kek Mendap pada Bahagian Tengah
Ketuhar yg digunakan sudah terlalu lama dan ia perlu
diservis.
Kek tidak dibakar pada tempoh yang seharusnya
Suhu ketuhar terlampau panas, atau terlampau sejuk
atau dibakar dalam masa yang terlalu singkat.

Pintu ketuhar yang selalu ditutup buka (kecuali kek


lapis) kurang daripada 30 minit masa membakar.
(kemasukan angin yg berlainan hawa akan
menyebabkan kek menjadi mendap)
Ukuran acuan tin/ loyang tidak betul.
Sukatan bahan tidak tepat.
Bancuhan Mentega Tidak Sebati dan Bergentel
Mentega tidak dibiarkan pada suhu bilik
Telur terlalu cepat dicampurkan dalam adunan
mentega dan gula yang belum betul2 gebu dipukul.
Mentega dan gula tidak betul2 sebati atau gebu dan
terlalu cepat mencampurkan telur dalam adunan
tersebut.
Kek Terlalu Lembab dan Leper
Terlampau banyak cecair.
Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput
tarikh penggunaannya.
Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.
Kek Terlalu Berat
Sewaktu memukul campuran yang ada tepung, ia
dipukul dengan kadar yang terlalu laju.
Campuran mentega, gula dan telur dipukul terlalu
lama.
Kemungkinan besar terlalu banyak tepung digunakan.
Serbuk penaik tidak sesuai dgn sukatan tepung

Gula yang digunakan melebihi sukatan


Terlalu banyak cecair
Suhu ketuhar terlalu rendah
Kek Merekah
Suhu ketuhar terlalu panas dan ini menyebabkan
bahagian luar kek terlalu cepat masak dan kepanasan
tersimpan
pada
bahagian
tengah
kek.
Ini
membuatkan bahagian tengah kek akan merekah.
Jenis loyang
digunakan

tidak

sesuai

dgn

jenis

ketuhar

yg

Loyang pembakar tidak diletakkan ditengah-tengah


ketuhar.
Kekurangan cecair.
Acuan / loyang terlalu kecil.
Tepung yang digunakan tidak sesuai seperti tepung
berprotein tinggi.
Kek Buah Mendap
Ada antara buah yang terlalu besar dan berat.
Buahan kering yang dicuci tidak digaul dengan
tepung sebelum ia dicampurkan ke dalam adunan.
Tekstur Kek Terlalu Kasar atau Berlubang-lubang Besar
Terlebih serbuk penaik
Telur yang digunakan terlalu kecil atau terlalu sedikit
Adunan tidak dipukul sebati
Kek Menjadi Keras

Gula dan mentega tidak dipukul hingga gebu dan


ringan.
Terlalu banyak tepung gandum.
Tidak cukup cecair
Memukul terlalu lama setelah memasukkan tepung.
Tidak memukul sempurna setelah dimasukkan telur.
Membakar terlalu lama atau suhu terlalu tinggi.
Loyang/acuan kek terlalu besar dan kek menjadi
nipis.
Ikuti resepi dengan tepat dan pastikan resepi dari
sumber yg boleh dipercayai.
Kek Menjadi Kering
Selalunya, dengan menambah 2 - 3 camca besar susu
segar, akan membuat kek mampat. Jika mentah di
dalam, mungkin saiz acuan tidak betul dan kek terlalu
tebal.
Kek Menjadi seperti Roti
Sukatan serbuk penaik tidak tepat
Sukatan mentega / marjerin tidak tepat
Sukatan gula tidak tepat atau tidak sesuai
Tepung tidak sesuai
Adunan tidak dipukul dgn sebati
Kek Menjadi seperti Bingka
Bancuhan tidak dipukul sebati
Terlampau banyak cecair

Tepung terlalu sedikit


Suhu ketuhar tidak cukup panas
*** Info akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa.
*** Untuk panduan bersama, sila rujuk Tip Membakar Kek.
terima kasih.

Read more: http://dayangjack.blogspot.com/search/label/Kenapa


%20kek%20tak%20menjadi%3F#ixzz3FNEkcOVG
Under Creative Commons License: Attribution

Você também pode gostar