Você está na página 1de 5

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA 2016

PERINGKAT
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RENGIT
BI
L.

BUTIRAN PENYAMPAIAN
1.PEMBUKA KATA
Yang berusaha________________________, GB SKSR
Yang Berusaha, ___________________________________
, Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang Dihormati____________________________, Penolong kanan Hal
Ehwal,
Yang Dihormati_____________________, Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, dan para
pelajar yang dikasihi sekalian.

Bismillahhirrohmanirrohim
Assalamualaikum warahmatulahiwabarakatuh.
Bersongkok bersampin segak berseri
Berbaju kurung anggun jelita
Majlis ramah mesra aidil fitri
Bersamalah kita meraikannya
Kuih bahulu tradisi kita
Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra

2.BACAAN DOA
Awal Bismillah pembuka bicara
Kata disusun untuk keberkatan,
Semoga kebaikan datang jua,
Doa tulus pinta dilafazkan.
(4) DOA
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian
Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon
restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan Ustaz \Mohd Saifuddin b Hassan
bagi memimpin pembacaan doa. Dipersilakan al-fadzil ustaz.

TINDAKA
N


terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi.
Semoga majlis nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.

3.NYANYIAN LAGU RASMI


Hadirin yang dihormati, Lagu Bangsa Johor dan Lagu
Sekolah akan dinyanyikan. Hadirin diminta berdiri.
4.UCAPAN ALU-ALUAN
Yang Berusaha Pn. Zaharah bt. Awang,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Rengit,
Yang Dihormati Encik Haslin bin Hasbullah
Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan
Sg. Rengit
Pn. Norhasnita bt. Jusoh,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah Kebangsaan Sg.Rengit
Pn. Junaidah bt. Sulaiman,
Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum SK Sungai Rengit,
Barisan guru-guru yang disayangi, staf sokongan serta
rakan murid sekalian.
(1) ALUAN PENGERUSI
Bismillahirrahmanirrahim

(3)
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka
kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan
Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul di
Dewan Seri Jernih yang ceria ini untuk meraikan majlis Sambutan hari raya
Aidilfitri peringkat sekolah bagi tahun 2012.

5.PERSEMBAHAN Guru/Murid
Bagi menceriakan dan memeriahkan lagi Majlis
Sambutan __________________________ Peringkat Sekolah
Kebangsaan Sungai Rengit dipersilakan
___________________________________ bagi menyampaikan
___________________________________.
PERSEMBAHAN:
Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Sambil berbual nikmati juadah
Persembahan pelajar ceria acara
Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara lagu-lagu raya yang akan
didendangkan oleh pelajar.
{1}
Terima kasih diucapkan kepada __________________________
{2}
Terima kasih diucapkan kepada __________________________
{3}

Terima kasih diucapkan kepada __________________________


Demikian tadi berakhirnya persembahan pelajar. Terima kasih sekalung budi
diucapkan kepada semua pelajar yang menjayakan persembahan itu tadi.

6.JAMUAN

Ketupat lemang nasi impit laksa


Mi kuah bihun sup tidak dilupa
Kek dan biskut tersedia di meja
Tunggu apa lagi jom kita jamu selera
Dipersilakan hadirin hadirat dan semua yang hadir untuk menikmati juadah
yang telah sedia dihidangkan.
Tetapi sebelum itu, saya akan serahkan majlis ini dahulu kepada
_______________________________________ untuk meneruskan acara.

7.UCAPAN GB
Hadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi sekalian,
Lemang dihidang enak rasanya
Nasi arab pilihan kita
Bingkisan kata bingkisan raya
Tuan pengetua bermadah kata
Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya
mempersilakan yang berusaha, En. Aminudin bin Mustafa, Pengetua
SMK Datuk Jaafar Hassan untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Dipersilakan.

8.PENUTUP
Andai berkayuh dah sampai ke seberang,
Andai memanjat dah sampai ke pucuk,
Andai mendaki dah sampai ke puncak,
Setiap yang bermula pasti akan berakhir,
Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa bali
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali.

(8) PENUTUP
Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan
waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis sambutan Hari Raya
Aidilfitri peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih
juga diucapkan kepada semua pelajar atas kerjasama yang diberikan bagi
mengharmonikan majlis ini.

Segala yang baik,yang indah dan yang sempurna itu


datangnya daripada Allah SWT jua dan sama-samalah
kita mensyukurinya dan segala kekurangan dan
4

kepincangan majlis ini adalah daripada pihak kami dan


kemaafan jua yang kami pinta.
Assalamualikum wbt.
Teirma kasih.
9.PENGUMUMAN

Seterusnya, majlis sekali lagi mempersilakan Tuan pengetua, penolong kanan pentadbiran, Penolong kanan
HEM dan penolong kanan kokurilulum untuk menyalakan pelita di hadapan pentas sebagai simbolik perasmian
acara sambutan hari raya pada tahun ini.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang Berusaha. Tuan pengetua,
penolong kanan pentadbiran, penolong kanan HEM dan penolong kanan kokurikulum atas penyempurnaan
acara simbolik sebentar tadi.

[Siti Ruhana]

Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Você também pode gostar