Você está na página 1de 12

Perkembangan ekonomi yang pesat telah menjana pelbagai sektor pekerjaan di

Malaysia pada masa ini. Setiap individu mempunyai pilihan tersendiri dalam memilih
kerjaya yang bersesuaian dan boleh mendatangkan jaminan kepada mereka pada
masa hadapan. Kerjaya ibarat penentu dalam menentukan sama ada seseorang itu
berjaya dalam hidupnya atau sebaliknya. Setiap individu mempunyai kecenderungan
dan minat yang berbeza terhadap sesuatu perkara. Begitu juga dalam pemilihan
kerjaya, pilihan yang tepat perlu dibuat supaya tidak menyesal di kemudian hari.
Pemilihan kerjaya yang tepat dapat memberikan keseronokan dan kepuasankepada
setiap orang. Sebaliknya, pemilihan kerjaya yang kurang tepat boleh mendatangkan
rasa bosan malah boleh memusnahkan masa depan seseorang. Oleh itu, adalah
penting bagi seseorang mengambil kira faktor-faktor yang boleh memberikan kebaikan
kepada mereka terhadap kerjaya yang dipilih.
Mat Jizat (1994) menyatakan bahawa tanggungjawab utama yang setiap
pendidik perlu mainkan adalah proses mendidik dan membentuk anak-anak dalam segi
jasmani dan rohani serta menyediakan mereka dalam segi mental dan sosial. Sikap ini
perlu diterapkan sepanjang masa dalam diri seorang guru. Setiap guru harus menilai
kelebihan dan kekurangan yang ada dalam diri mereka. Menurut Cultip (1997), guru
yang berkualiti mempunyai pengetahuan mengenai kekuatan, kelemahan, perkara yang
diminati, perkara yang tidak diminati dan aspirasi yang ada padanya. Dengan itu,
mereka boleh menilai perkembangan corak pada pelajar. Kenyataan beliau ini jelas
menunjukkan bahawa dengan menilai diri sendiri, guru akan dapat meningkatkan kualiti
yang ada pada dirinya.
Profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang amat mencabar.
Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan
terkini dalam proses kepemimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber dan pencapaian
matlamat pendidikan (Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995). Justeru, dengan pelaksanaan
berbagai-bagai reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan
tanggungjawab guru menjadi lebih mencabar. Terdapat pelbagai tanggapan dan
dakwaan berhubung dengan profesion keguruan dewasa ini.

Sesetengah ahli masyarakat mempunyai tanggapan bahawa kerja, beban dan


tugas guru sekarang tidak mewujudkan profesion keguruan yang menarik. Malah tidak
dinafikan ada yang melihat sekolah sebagai sebuah organisasi yang dihujani dengan
pelbagai bebanan tugas dan ada kalanya tugas ini bukan satu yang terancang tetapi
muncul dari situasi yang tidak diduga( Abdul Shukor, 1996). Jika keadaan sedemikian
dibiarkan berterusan agak pasti suasana pengajaran-pembelajaran di sekolah kini akan
menuju ke arah satu keadaan yang tidak terurus dan akan menghadapi kegagalan
untuk mencapai matlamat yang diidamkan. Persepsi seperti ini sudah tentulah akan
menjejaskan reputasi profesion keguruan yang sentiasa dipandang tinggi dan mulia .
Walau apapun tanggapan masyarakat terhadap profesion perguruan, kerjaya ini
masih tetap dianggap unggul, mempunyai kelasnya yang tersendiri dan profesional.
Mungkin di mata masyarakat yang tidak tahu menilai pengorbanan dan kepayahan
seorang guru boleh sahaja melabel guru sebagai tidak serius dalam tugasnya, tetapi
bagi yang benar-benar memahami keikhlasan seorang guru, martabat guru sentiasa
berada di puncak.
Mengajar ialah pekerjaan profesional. Tugas yang dilakukan oleh guru adalah
bersifat intelektual, memerlukan amalan pertimbangan yang konsisten, tidak boleh
disamarata atau dirutinkan, dan menuntut persediaan yang berpanjangan melalui
pendidikan.
Penyataan

seperti

ini

yang

dikemukakan

oleh

Weiss (1989) di atas

memperlihatkan antara ciri profesion keguruan. Ciri utama sebuah profesion ialah yang
melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan pengetahuan formal yang
diperoleh daripada pendidikan dan amalan yang menyeluruh. Secara ringkasnya, ciri
utama sebuah profesion ialah mempunyai asas pengetahuan yang kukuh berkaitan
dengan tugas (Bowman,1989). Berdasarkan asas pengetahuan ini, individu profesional
adalah seorang pakar dalam bidang yang khusus dan terhad serta melaksanakan tugas
berdasarkan kompleksiti dan penyesuaian. Golongan profesional turut mempunyai
kebebasan untuk melaksanakan tugas berlandaskan pertimbangan bijak (educated

judgment) yang tidak dimiliki oleh individu lain yang tidak mempunyai pengetahuan atau
kelayakan berkaitan (Freidson, 1986, 141). Seorang profesional ialah individu yang
bersifat objektif, adil dan tidak mementingkan diri sendiri. Perhubungan dengan klien
adalah dibatasi oleh tugas secara teknikal dan mengelakkan penglibatan secara emosi.
Ciri ini membolehkan seorang profesional membuat keputusan yang munasabah dan
rasional bagi pihak klien. Ciri seterusnya bagi seorang profesional ialah berkenaan
dengan tahap perkhidmatan yang diberikan kepada klien. Individu profesional
diharapkan sentiasa memberikan keutamaan kepada klien dan melakukan tindakan
yang sewajarnya demi kepentingan klien. Hal ini demikian kerana klien menaruh
keyakinan yang tinggi terhadap individu profesional tersebut untuk membantunya.
Orientasi berasaskan kumpulan (reference-group orientation) merupakan salah
satu ciri yang penting bagi individu profesional. Kumpulan yang penting bagi golongan
ini ialah teridiri daripada rakan sejawat yang berpengetahuan dan kompeten dalam
bidang yang sama dan berguna dalam proses membuat keputusan. Golongan
profesional ini menitikberatkan integriti profesion dan perkhidmatan yang diberikan
kepada klien mereka.Ciri lain bagi profesion ialah mempunyai struktur kawalan yang
jelas(distinctive control structure) di mana kepakaran mereka adalah berdasarkan
pengetahuan teoritikal dan kemahiran yang diperoleh melalui latihan yang panjang.
Ciri terakhir profesional ialah golongan ini mempunyai suatu kod etika yang
memandu aktiviti mereka. Kod etika ini digubal untuk melindungi profesion dan klien
atau kepentingan awam (Benvineste, 1987, 40). Kesimpulannya, ciri sesuatu profesion
merangkumi pengetahuan teknikal yang diperoleh daripada latihan berjangka panjang;
akur

kepada

norma

profesional

yang

meliputi

keobjektifan

profesion,

tidak

mementingkan diri dan tidak berat sebelah; berorientasi berasaskan kumpulan;


mempunyai autonomi dalam membuat keputusan profesional; dan mempunyai kod
etika tersendiri berdasarkan pengetahuan, tanda aras dan pendapat rakan sejawat. Ciriciri yang disenaraikan di atas merupakan ciri-ciri yang melayakkan bidang keguruan
sebagai satu profesion.

Menurut Wan Mohd Zahid Noordin, 2003, guru yang profesional ditakrifkan
sebagai seorang guru yang tahu cara menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dalam
bidangnya. Guru yang profesional sentiasa terbuka untuk belajar tentang cara
meningkatkan mutu amalannya serta sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Guru
yang profesional sentiasa bersedia berkongsi kepakarannya dengan profesional lain
dalm bidang keguruan. Matlamat kerjaya seorang guru yang profesional ialah
menghayati prinsip perkembangan yang berterusan(continuous development). Tugas
guru

yang

berbentuk

meningkatkan

tahap

pembelajaran,

pengetahuan

dan

pencapaian melayakkan guru digelar sebagai seorang profesional dengan kemahiran


dan kompetensi yang dimiliki untuk melaksanakan tugas tersebut. Impak daripada
tugas profesional yang dilaksanakan oleh guru ternyata memberikan sumbangan yang
amat signifikan terhadap ekonomi dan masa depan negara khususnya dalam konteks
pembinaan modal insan.
Menurut Trotter,1986 peringkat perkembangan guru terbahagi kepada lima
seperti berikut:

Berliner (1988) juga telah mengemukakan model lima peringkat yang hampir
sama dengan Trotter,1986, perkembangan guru yang memberi fokus terhadap
pemikiran guru berdasarkan tingkah laku guru dalam bilik darjah. Model perkembangan
Berliner (1995) mentafsir perkembangan guru sebagai satu proses menuju ke arah
pembentukan guru untuk mencapai tahap kepakaran dan kecemerlangan. Peringkat
perkembangan dalam Model Berliner adalah seperti berikut:

Tahun Mengajar

15

Pakar

10

Mahir

Cekap

Novis Lanjutan

Novis

Peringkat Perkembangan
Guru dan Jangka Masa
yang Diambil
(Berliner,1988)

Peringkat permulaan atau novice iaitu guru novis mempelajari fakta dan
menimba pengalaman serta diajar peraturan umum yang dikatakan sesuai untuk semua
konteks.Guru novis ialah guru yang baru memulakan perkhidmatan selepas tamat
kursus perguruan di IPG atau universiti.Sosialisasiv didefinisikan sebagai proses saling
mempengaruhi antara individu dalam konteks sosial sekolah selepas penempatan baru.
Guru baru sering berhadapan dengan masalah sosialisasi seperti masalah dengan guru
besar dan guru-guru lain. Guru permulaan juga mempelajari peranan sebagai guru di
luar bidang tugas mengajar. Beliau juga harus menghadapi cabaran iaitu masalah
pembelajaran dan disiplin murid.

Guru permulaan selalunya dikatakan lemah dalam pelbagai bidang di sekolah


kerana sangat baru ke alam bidang keguruan. Contoh ciri-ciri kelemahan sosialisasi
guru permulaan adalah seperti berikut:

Kurang mahir
mengurus
aktiviti
Kokurikulum

Kurang mahir
mengurus
aktiviti sukan

Kurang teori
dan amalan
latihan

Tidak
memahami
peraturan dan
disiplin sekolah
Tidak cukup
kemahiran
guna pusat
sumber

Kurang yakin
dalam kawal
disiplin bilik
darjah
Kurang
kemahiran
sosial

Guru permulaan juga terpaksa menghadapi beberapa cabaran di alam kerjaya


sebagai guru. Guru tersebut biasanya dikatakan pasif, tidak kreatif dan imaginative.
Beliau juga belum mencapai tahap yang dikehendaki pihak sekolah.kemudia, guru
novis menghadapi masalah penyesuaian diri dengan realiti sekolah dan bilik darjah.
Beliau

juga

akan

menjadi

guru

yang

mula

-mula

mengaplikasikan

kaedah

mengajar,memahami fakta, konsep dan perkara asas pengajaran. Beliau akan berasa
sukar untuk membentuk kerangka kognitif tugas-tugas guru dan kurang berupaya
menangani tugas harian seorang guru.
Peringkat yang kedua iaitu lebih maju atau advanced beginner. Guru yang
mempunyai pengalaman mengajar selama dua atau tiga tahun. Pengalaman dan
konteks masalah mula membimbangi dan mempengaruhi tingkah laku guru. Di samping
itu, novis lanjutan juga berusaha menambah maklumat berkaitan dengan proses
pengajaran dan pembelajaran, memantapkan pengetahuan tentang peristilahan, prinsip
dan konsep-konsep yang berkaitan dengan profesionnya.

Pada peringkat ini, pendedahan kepada situasi sebenar sekolah melalui program
seperti Pengalaman berasaskan Sekolah dan Praktikum di mana guru novis lanjutan ini
memperoleh pengalaman membantu guru sekolah dalam melaksanakan tugas-tugas
hariannya. Pengalaman dan pendedahan awal kepada realiti sekolah boleh membantu
guru novis lanjutan mendalami kefahaman tentang kehendak dan tuntutan profesion
keguruan. Untuk memastikan guru novis terus berkembang ke peringkat yang
seterusnya, program pementoran dan pencerapan klinikal dapat menyokong dan
membantu guru novis membina keyakinan dan kemahiran mengajar. Guru mentor yan
berpengalaman dan bersikap positif boleh membantu guru novis lanjutan mengharungi
peringkat ini dengan jayanya.
Peringkat yang ketiga iaitu cekap. Guru mampu membuat pilihan secara sedar tentang
tindakan, membuat keutamaan dan membuat perancangan. Berdasarkan pengalaman
yang diperoleh, guru menjadi lebih peka terhadap perkara yang penting atau remeh.
Namun, kemahiran mengajar masih lagi kaku dan tidak fleksibel. Untuk menjadi guru
cekap seseorang guru harus memiliki beberapa kecekapan seperti berikut:
-

Kecekapan profesionalisme

Kecekapan melaksanakan visi dan prinsip

Keutuhan peribadi

Kecekapan menggunakan teknologi maklumat

Ciri- ciri guru yang cekap adalah seperti berikut :

Ciri peribadi

Ciri mengajar

bermatlamat, fikiran

Gaya tersendiri,

positif, yakin dan

kepakaran,

sabar.

bermotivasi

Ciri intelektual
Suka

membaca,

mental-life

mempunyai

yang

mempunyai

segar,

kesungguhan

kendiri dan minda sihat dan


terbuka

Selain daripada itu, guru cekap juga mempunyai beberapa prinsip seperti berikut:
-

Do It Right First Time : setiap kerja mesti cekap dan kurang silap

Guru mengajar murid belajar : mengajar, membuat persediaan dan beri murid
semangat belajar bersungguh-sungguh

Berkongsi visi yang sama Bakti disemai bukti dituai

Penambah baikan berterusan -

Mencegah masalah lebih utama dari

menyelesaikan masalah
-

Guru perlu proaktif

Peringkat yang keempat iaitu peringkat mahir atau proficient. Terdiri daripada guru
yang berpengalaman mengajar selama lima tahun. Guru boleh mengesan maklumat
yang wujud dalam semua konteks dan situasi serta mampu membuat ramalan tentang
sesuatu kejadian dengan cepat. Guru mahir selalunya terbaik dalam bidang- bidang
yang khusus. Mereka juga boleh dikenali sebagai orang yang memiliki kemampuan dan
keahlian khusus dalam bidang keguruan sehingga ia mampu melakukan tugas dan
fungsi

sebagai

guru

dengan

kemampuan

maksima

dan

menjadi

teladan

profesionalisme.
Mereka selalunya merupakan Guru Berintelek iaitu orang yang terdidik dan terlatih
dengan baik. Guru mahir perlulah menanamkan sifat ingin tahu ,yang akan mendorong
diri mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering berubah-

ubah.(up to date). Guru mahir lazimnya terlibat sepenuhnya dalam kokurikulum. Guru
mahir perlulah mahir berkomunikasi kerana guru yang mahir berkomunikasi dengan
anak muridnya akan menghasilkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik. Ia juga
dapat memberikan motivasi yang berkesan serta murid juga menerima motivasi secara
berhemah dan berhikmah. Bukan itu sahaja malah, ia dapat meningkatkan kebolehan
penggunaan ICT bagi mengekalkan guru berkualiti dengan cara sentiasa aplikasi ICT
dalam p&p dan tahu kemahiran aplikasi komputer.
Tambahan lagi, kemahiran yang guru mahir perlu ada ialah:

Kemahiranpenyampaian
penyampaian
Kemahiran
Kemahiranpenilaian
penilaian
Kemahiran
Kemahiranmerangsang
merangsang
Kemahiran
-

Kemahiranpengurusan
pengurusan
Kemahiran
bilikdarjah
darjah
bilik

Peringkat kelima, peringkat pakar atau master. Bukan semua guru mampu untuk
mencapai tahap ini. Pengajaran guru adalah lancar dan segala tugas dapat
dilaksanakan dengan mudah. Guru pakar ialah guru yang mempunyai kemahiran,
pengetahuan, dan kepakaran tinggi dalam matapelajaran khususnya dalam p&p dan
menyerlahkan

diri

secara

profesionalisme.

Idea

dan

kemahirannya

boleh

mempengaruhi polisi pengendalian bilik darjah. Guru pakar dianggap sebagai bidang
yang berautoriti bercakap dalam bidang profesionalnya.
Guru pakar mempunyai sahsiah yang terpuji di kalangan guru yang lain. Contohnya :
Sahsiah terpuji
Berketrampilan

Berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika Perkhidmatan awam


Peka dan prihatin kepada keperluan pelajar
Role model kepada warga pendidikan
Pengetahuan guru pakar juga merangkumi aspek-aspek seperti berikut:

Menguasai dan menghayati kandungan


matapelajaran

Menjadi pakar rujuk p & p

Bijak mengurus masa bahan dan sumber

Mampu mengenal pasti keperluan dan masalah


pelajar.

Hasil kerja guru pakar adalah meningkatkan hasil pembelajaran (learning


outcome) serta memiliki kemahiran komunikasi tinggi dan berupaya menyampaikan
idea dan mesej yang berkesan. Guru pakar juga berpotensi, berwawasan, proaktif,
responsif, inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik. Sumbangan
kepada kemajuan pendidikan negara. Mereka juga berupaya menjana idea baru dalam
matapelajaran atau bidang pengkhususan dan berkongsi idea

tersebut bagi

meningkatkan mutu pendidikan Negara.


Menurut model ini, seseorang guru perlu melalui beberapa peringkat dalam
kerjayanya sebelum ia dapat mencapai ke tahap kepakaran atau kecemerlangan. Pada
awal tahun 60an, guru dianggap insan yang terpilih yang didatangkan untuk membawa

ilmu dan kemajuan kepada masyarakat setempat. Sumbangan guru sangat besar dan
menjadi pemangkin kepada pembangunan negara. Pada masa ini, guru bukan sahaja
memberikan ilmu kepada masyarakat malah menjadi panduan dan rujukan.
Kini, profesion keguruan dianggap sebagai profesion peringkat pertengahan di
bawah profesion profesional yang lain seperti doktor, jurutera, peguam dan arkitek.
Ramai yang menganggap tanpa latihan asas pun mereka masih boleh menjadi guru
sandaran atau sementara dan ada kalanya lebih baik dari guru yang sedia ada. Kini
cabaran menjadi seorang guru tidak seperti yang dilihat dengan mata kasar. Cabaran
dalam Wawasan 2020 adalah antara yang perlu ditangani oleh para pendidik untuk
melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berilmu pengetahuan dan berdaya saing. Ini
kerana masyarakat kini adalah masyarakat yang bersifat dinamik dan progresif serta
mula menyedari bahawa pendidikan adalah alat yang penting untuk menjamin
kesejahteraan hidup di masa hadapan. Pada asasnya profesion keguruan sejak dulu,
kini dan selamanya adalah sama, iaitu untuk mengajar, mendidik dan merubah manusia
yang bernama pelajar dari keadaan yang tidak mengenal huruf, tidak tahu mengira dan
tidak boleh membaca kepada celif huruf, bijak mengira dan menjadi manusia yang
berjaya (Shuib & Johari, 2001).

Você também pode gostar