Você está na página 1de 16

ADAT RESAM ORANG INDIA

KELAHIRAN
sami atau sesiapa sahaja yang berpengetahuan tinggi mengenai agama
Hindu akan membisikkan Gayatri Mantiram iaitu sejenis mantera Tuhan di telinga
bayi sebelum tali pusat dipotong. Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu
bercampur minyak sapi pada lidahnya. Minyak savvennai yang merupakan
campuran minyak bijan, minyak lenga dan mambu juga kadangkala digunakan untuk
kecantikan dan supaya bayi tidak diserang sebarang penyakit.

Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah upacara aalati dilakukan untuk mengelak bala
atau sebarang malapetaka dariapada berlaku.Ibu dan bayi akan diasingkan dari ahli keluarga
dan orang luar dilarang melawat kecuali untuk tujuan perubatan selama dua minggu.

Amalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam


masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai taalaattu bermaksud
penggoyangan lidah. Upacara dimulakan dengan ucapan aaraaro aariraro atau
cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan agar bayi tersebut menjadi seorang yang berguna.

KEMATIAN

Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak atau
kaamaatci amman vilakku dipasang dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa terbelah dua
dan sirih pinang diletakkan berhampiran si mati. Kemenyan dan kapur barus diasap
sebagai simbol ketenangan jiwa si mati.
Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum
disembahyang.mayat akan dibalut dengan menggunakan kain dan kunyit disapu
pada mata untuk membunuh kuman dan seterusnya duit syiling diletakkan di atas
dahi. Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung
akan disumbatkan dengan kapas. Air mawar direnjis dan mayat turut diasapkan
dengan kemenyan yang dibakar supaya tidak berbau.
Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa
berlakunya sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci
perkahwinan hanya boleh ditanggal oleh seorang isteri setelah suamiya meninggal
dunia, si isteri akan duduk di sebelah si mati dan dijirus dengan sebuyung air
semasa mayat suaminya dimandikan. Kemudian bunga akan dikalungkan pada
leher balu dan kemudian bunga tersebut dikalungkan pada si mati. seterusnya
seorang wanita yang sudah berusia dan mempunyai hubungan kekeluargaan akan
memegang tangan si mati sambil mengalungkan kalungan bunga ke leher balu dan
proses ini dilakukan sebanyak tiga kali. Balu tersebut dikehendaki meletakkan
kalungan bunga ke dalam dulang yang berisi minyak, bunga dan susu yang dibawa
oleh seorang perempuan lain.

PNTANG LARANG ORANG INDIA


PERAYAAN DEPAVALI

Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut


Hindu di seluruh dunia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan
perkataan Dipa yang bererti cahaya dan perkataan Gavali yang bererti
barisan. Perayaan ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam
kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November). Perayaan ini juga
dikenali sebagai pesta cahaya. Cahaya bermaksud harapan,
kemenangan dan kebahagian.
Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul
untuk makan malam bersama dengan pelbagai jenis makanan hidangan
tradisi kaum India. Pada waktu malam pula diadakan upacara mesti
memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga. Pelita yang dipasang
dipercayai bahawa kecerahan dapat mengatasi segala kejahatan. Terdapat
juga upacara menyusun beras atau hampas kepala yang telah diwarnakan
dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Upacara ini membawa maksud
yang mendalam kepada semua penganut Hindu termasuk makluk kecil di
dunia ini, misalnya semut sebagai tanda ucap selamat datang kepada para
tetamu.
Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun pagi sebelum
matahari terbit untuk mandi dan membersihkan diri. Mereka perlu mandi
dengan minyak bijan yang akan disapukan ke atas kepala setiap ahli
keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek. Mengikut
kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan diibarat mandi di Sungai
Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari kejahatan dan sifat dengki.
Selepas mandi, pakaian yang dipakai mestilah warna yang garang seperti
merah, biru dan oren. Mereka dilarang berpakai pakaian yang berwarna
hitam atau putih yang lebih bermaksud kesedihan. Selepas itu barulah
bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga
yang lain. Upacara sembahyang dijalankan di kuil bagi mendapatkan
kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang
telah meninggal dunia.
MENGANDUNG

Bagi masyarakat India,terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh
seorang ibu yang mengandung.
1. Dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu malam
2. Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan.

3. Dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat


fitnah, bergaduh, menyembelih binatang dan sebagainya.

Dalam tempoh 2 bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri


daripada melakukan kerja-kerja yang berat.Masyarakat India mengamalkan
tempoh berpantang selama 60 hari. Pada tempoh hari yang pertama,
saudara mara dan jiran tidak digalakkan melawat ke rumah bayi yang baru
dilahirkan kerana takut-takut mengganggu bayi yang baru lahir dan
menyebabkan dia terkejut.

KELAHIRAN
Sewaktu Mengandung
Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil
menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan
sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud `kandungan
ibu? dan Kaappu pula bermaksud 'perlindungan'. Gelang ini dipakai bertujuan untuk
melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin.
Adat Valaikaappu diadakan pada hari dan masa yang baik menurut kalendarIndia. Upacara
ini akan diadakan di rumah suami atau ibu bapa dan disertai oleh kaum wanita yang telah
bersuami dan mempunyai anak yang dipanggilcumanggali.
Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu gelang
kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan masing-masing. Setelah anak dilahirkan,
gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat perhiasan bagi bayi tersebut dan
akan dipakaikan pada hari pemberian nama.
Pada hari upacara dilakukan, hadiah kepada wanita
hamil tersebut yang dikenali sebagai ciirdiatur ke
dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil.
Hadiah ini termasuk barang kemas, sari, gelang
tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah-buahan, sirih
pinang, sikat dan cermin serta pelbagai manisan.
Ibu memakaikan gelang emas
Hadiah di dalam dulang ini akan diletak di ruang tamu
dan seterusnya upacara memandikan wanita hamil tersebut diadakan. Upacara ini juga
dikenali sebagai mutugu niir (kulittal). Wanita hamil tersebut didudukkan di bilik mandi dan

dimandikan dengan air seperti air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bungabungaan. Setelah mandi, wanita hamil tersebut akan dihias seperti pengantin dan seterusnya
akan dikalungkan dengan kalungan bunga oleh suaminya.
Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan atau sari baru yang dibeli oleh ibu
bapanya dan didudukkan di ruang tamu. Seterusnya lampu minyak kuttu vilakku dihidupkan
sebagai memohon restu Tuhan dan sebagai memulakan upacara. Berbagai makanan juga
disediakan khas bagi wanita hamil tersebut seperti pelbagai jenis nasi, kuih muih, buahbuahan dan bunga-bungaan.
Adat ini dimulakan dengan upacara
sembahyang. Para cumanggali akan memulakan
upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua
belah tangan dan pipi wanita hamil, kumkum diletak
di dahi dan gelang tangan dipakaikan. Makanan yang
Menyapu kunyit pada
disediakan juga disuapkan kepada wanita hamil
tangan dan pipi
tersebut. Sebagai tanda terima kasih, wanita hamil
akan menghadiahkan sirih pinang, kunyit, bunga dan beberapa gelang
kepada cumanggali yang menjalankan upacara ini.

Ibu mengelilingkan beras di atas


kepala sebanyak tiga kali

Seterusnya upacara aalatti dijalankan iaitu


dengan menyediakan air kunyit yang
dicampurkan kapur sirih dan diisi dalam sebuah
dulang khas dan sirih diletakkan di tengahtengahnya. Kapur barus dihidupkan di atas sirih
tadi. Dulang diangkat oleh tiga
orang cumanggali dan diputar mengikut arah
jam dan dilambai sebanyak tiga kali di hadapan
wanita hamil tersebut. Salah
seorangcumanggali akan mencelup ibu jarinya
ke dalam air aalatti dan menyapunya ke dahi
wanita hamil itu. Setelah itu, isi
dulang aalatti dibuang di hadapan pintu rumah.
Seterusnya wanita yang hamil itu akan
memakan salah satu nasi yang disediakan. Nasinasi tersebut diletak di atas daun pisang
berasingan dan seterusnya dibungkus dengan
kain putih dan disimpul. Wanita hamil itu

Suami menyuapkan manisan


ke dalam mulut isteri

diminta membuka salah satu bungkusan yang diingini. Jika bungkusan yang dibuka adalah
nasi manis, dipercayai anak yang bakal lahir adalah perempuan, sebaliknya pula adalah
lelaki.
Selesai upacara valaikaapu dijalankan, wanita hamil tersebut akan tinggal di rumah ibu
bapanya selama sebulan selepas bersalin. Upacara valaikaappu ini masih diterima dan
diamalkan masyarakat India tetapi disesuaikan mengikut faktor ekonomi, pendidikan dan
struktur lapisan masyarakat.
Semasa Bersalin
Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India dimana ia akan dicatat dengan tepat
bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu. Bintang bayi ini akan menentukan
mental, fizikal dan rohani bayi sehingga dewasa.
Membisikkan Nama Tuhan
Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sami atau sesiapa sahaja yang berpengetahuan tinggi mengenai
agama Hindu akan membisikkan Gayatri Mantiram iaitu sejenis mantera Tuhan di telinga
bayi sebelum tali pusat dipotong. Namun begitu adat ini disesuaikan dengan hanya
membisikkannya sebaik sahaja melihat bayi tersebut kerana perubatan moden tidak
membenarkan sesiapa memasuki bilik bersalin.
Bisikan nama Tuhan pada telinga bayi adalah untuk membolehkan bayi tadi mendengar nama
Tuhan sebelum mendengar apa-apa yang lain. Ia bertujuan untuk membawa rahmat kepada
bayi tersebut.
Potong Tali Pusat
Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan rumah
bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang. Bahan-bahan ini dimasukkan
bersama untuk mengelak dari dikorek oleh binatang liar dan tidak digunakan oleh ahli sihir.
Menyapu Madu
Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya. Di
samping madu, air gula juga boleh digunakan. Minyak savvennaiyang merupakan campuran
minyak bijan, minyak lenga dan mambu juga kadangkala digunakan. Kegunaan minyak ini
dipercayai boleh membawa kecantikan dan supaya bayi tidak diserang sebarang penyakit.
Madu pula dikatakan dapat melembutkan lidah bayi dan memudahkan bayi bertutur.

Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan disapu ke mulut bayi akan
bertindak menjadi pelawas dalam sistem penghadaman dan membantu tumbesaran bayi
tersebut.
Selepas Kelahiran
Adat-adat berikut dijalankan selepas kelahiran bayi.
Membawa Bayi Pulang Ke Rumah
Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima,
ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah
upacara aalati dilakukan. Ia bertujuan untuk mengelakkan bala atau sebarang malapetaka
dariapada berlaku.
Bagi upacara aalati ini, dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yang dicairkan,
arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali mengikut arah
jam dan juga lawan jam. Dulang juga dilambai sebanyak tiga kali. Seterusnya
para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang tersebut dan mencalitkan ke
dahi ibu dan anak. Setelah ibu dan anak masuk ke dalam rumah, isi dulang aalati dibuang.
Mandi Selepas Bersalin
Apabila bayi dan ibu kembali ke rumah, mereka diasingkan dari ahli keluarga yang lain di
sebuah bilik khas yang sentiasa dijaga kebersihannya. Bagi dua minggu pertama, orang luar
dilarang melawat mereka kecuali untuk tujuan perubatan.
Jika proses bersalin secara pembedahan, ibu yang baru bersalin tidak dibenarkan mandi
selama dua minggu atas sebab-sebab kesihatan akibat fizikal ibu yang lemah kerana
pembedahan dan kesan kelahiran. Bagi ibu yang bersalin normal, si ibu akan mandi selang
sehari selepas bersalin. Beberapa herba dan dedaun seperti aadatoodai dididihkan bersama
air. Air tersebut digunakan untuk mandi. Rambut ibu akan dikeringkan dengan segera dengan
asap kemenyan bagi mengelakkan sakit kepala, selsema dan juga untuk menyegarkan tubuh
badan selepas bersalin.
Bayi pula kebiasaanya dimandikan pada waktu petang oleh seorang wanita yang
berpengalaman. Mandian ini dilakukan dengan menyiram ke seluruh badan bayi dengan
menggunakan air suam yang kadangkala dicampur dengan bahan-bahan herba. Ia bertujuan

untuk mengelak penyakit sawan atau kuning. Susu juga digunakan sebagai bahan utama
untuk melembutkan kulit bayi.
Ketika bayi dimandikan, urutan perlahan dilakukan pada tubuh bayi dan tulang belakang bayi
supaya tidak bengkok. Bagi tujuan kecantikan, hidung, kening dan telinga turut diurut.
Beberapa bahan seperti serbuk kunyit, minyak bijan, kas-kas dan kacang hijau yang ditumbuk
digunakan sebagai pembersih badan bayi bertujuan untuk mengelakkan penyakit kulit dan
melicinkan kulit bayi. Selesai dimandikan, bayi ditonggengkan dengan mengangkat kedua
belah kaki sambil menepuk bahagian punggung untuk mengeluarkan kahak. Setelah itu bayi
diasapkan dengan asap kemenyan, dan disapu dengan bedak yang diperbuat dari tepung beras
supaya tidak dihinggapi ruam. Akhir sekali bayi akan dibedung dengan kain bertujuan untuk
meluruskan anggota badan bayi.
Mendodoi Bayi
Amalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India.
Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai taalaattubermaksud penggoyangan lidah.
Upacara dimulakan dengan ucapan aaraaro aariraro atau cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan
agar bayi tersebut menjadi seorang yang berguna. Namun amalan ini semakin berkurangan
dilakukan dan hanya diamalkan oleh generasi tua sahaja
Memberi Nama
Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama dilakukan. Ia dilakukan
dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga yang tertua
yang arif tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan dewa-dewa.
Upacara dimulakan dengan mengadakan upacara sembahyang sebagai tanda kesyukuran.
Terdapat juga upacara memuja Dewi Pecciyamman dan Dewi Kaatteeri dilakukan oleh
segelintir masyarakat India. Upacara pemujaan dilakukan dengan membersihkan sekeliling
rumah dan memasang lampu minyak di keliling rumah. Bahan-bahan persembahan juga
disediakan seperti kari ayam betina, telur rebus, ikan kering dan sebagainya. Bayi
kemudiannya dimasukkan ke dalam buaian dan namanya diumumkan pada orang ramai.
Saudara mara yang hadir akan memberi pelbagai hadiah dan upacara diakhiri dengan jamuan
dan upacara sembahyang bagi mendoakan kesejahteraan bayi.
Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan mengikut tarikh kelahiran
bayi. Nama-nama tokoh sejarawan, nenek moyang serta yang berkaitan dengan agama Hindu
juga dipilih bagi bayi tersebut kerana nama yang dipilih ini akan mempengaruhi
perwatakannya kelak.

KAUM INDIA
Bagi masyarakat India, mereka mempercayai konsep kelahiran semula, iaitu
kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur. Sarjana India
juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan jasad, di mana jasad akan
hancur, tetapi kembali ke alam barzakh . Dalam masyarakat India, mayat akan
dibakar atau dikebumikan. Untuk melaksanakan upacara ini, pelbagai adat tertentu
akan dilakukan.
Semasa Kematian

Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia, mayat akan diletakkan di ruang
tamu. Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak
ataukaamaatci amman vilakku dipasang dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa terbelah
dua dan sirih pinang diletakkan berhampiran si mati. Kemenyan dan kapur barus
diasap sebagai simbol ketenangan jiwa si mati. Serbuk suci atau tiruniiru disapu
pada dahi si mati sebelum disembahyang. Sepanjang mayat berada di dalam rumah,
si mati perlu dijaga dengan sebaiknya. Kaki dan tangan mayat perlu diluruskan, ibu
jari tangan dan kaki diikat dengan kain putih dan diletakkan ke dada. Mata dan mulut
mayat juga perlu ditutup rapat. Setelah itu barulah si mati dibalut dengan
menggunakan kain. kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan
seterusnya duit syiling diletakkan di atas dahi. Sirih pinang ditumbuk dan
dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung akan disumbatkan dengan kapas. Air
mawar direnjis dan mayat turut diasapkan dengan kemenyan yang dibakar supaya
tidak berbau. Untuk menunjukkan kesedihan, gambar-gambar yang tergantung
diterbalikkan dan barang-barang perhiasan dibawa keluar dari ruang tamu. Lagulagu suci seperti teevaaram, tiruvaasakam dan seumpamanya dinyanyikan serta
diimainkan sehingga ke tanah perkuburan. Tujuannya agar roh si mati sentisa
tenang dan aman.
Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang tamu
atau halaman rumah. Kaum lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan
si mati sahaja boleh membawa air dalam jumlah yang ganjil. Air tersebut diperolehi
dari sungai, perigi atau sumber-sumber air yang lain, kecuali air paip. Buyung yang
berisi air akan ditutup dengan menggunakan kain dhoti untuk mengelakkan habuk
memasuki air tersebut. Kaum wanita pula akan menyambut air tersebut yang
digunakan untuk memandikan mayat. Sebelum dimandikan, minyak dan araippu
digunakan untuk disapukan pada kepala sebagai mandian terakhir. Sapuan minyak
ini dilakukan oleh ahli keluarga dan diikuti oleh saudara mara terdekat. Belakang
tapak tangan digunakan untuk menyapu minyak ini dan bukannya menggunakan
tapak tangan sebagaimana lazimnya. Mayat seterusnya dimandikan oleh orang yang
telah berumur. Selepas dimandikan, si mati akan dipakaikan dengan pakaian baru
iaitu sari bagi mayat perempuan dan dhoti bagi mayat lelaki. Mayat yang sudah
dibersihkan itu akan diletakkan di ruang tamu sebagai langkah menghormati tetamu.
Upacara Menanggalkan Thaali
Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya
sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci perkahwinan
hanya boleh ditanggal oleh seorang isteri setelah suamiya meninggal dunia. Dalam

upacara tersebut, si isteri hendaklah duduk di sebelah si mati dan dijirus dengan
sebuyung air semasa mayat suaminya dimandikan. Kemudian bunga akan
dikalungkan pada leher balu dan kemudian bunga tersebut dikalungkan pada si mati.
seterusnya seorang wanita yang sudah berusia dan mempunyai hubungan
kekeluargaan akan memegang tangan si mati sambil mengalungkan kalungan
bunga ke leher balu dan proses ini dilakukan sebanyak tiga kali. Balu tersebut
dikehendaki meletakkan kalungan bunga ke dalam dulang yang berisi minyak,
bunga dan susu yang dibawa oleh seorang perempuan lain. Ini dilakukan seolaholah menunjukkan si suami membuangkan thaali dari leher balu. Thaali itu
seterusnya akan dimasukkan ke dalam dulang dan disimpan dalam rumah.
Upacara Vaaikkarisi
Setelah dimandi dan dihias dengan cantik, mayat akan dimasukkan ke dalam
keranda. Kapur barus dimasukkan bersama supaya mayat tidak berbau. Kemudian
ke dalam mulut mayat akan dimasukkan sedikit makanan sebagai menandakan
pemberian terakhir dan inilah yang dinamakan vaaikkarisi. Makanan yang akan
dimasukkan ke dalam mulut mayat berupa beras yang diletakkan di dalam sebuah
dulang dan diletakkan berhampiran kepala mayat. Sebelum dimasukkan ke dalam
mulut mayat, beras akan diarak dari kiri ke kanan. Duit syiling yang diletakkan di
dalam dulang yang sama dibalut dengan kain putih. Ini dilakukan oleh kaum
perempuan sahaja. Upacara vaaikkarisi akan dilakukan oleh kaum lelaki di tanah
perkuburan pula, justeru itu kaum perempuan amat dilarang turut serta ke tanah
perkuburan. Sekiranya si mati mempunyai cucu atau cicit, mereka dikehendaki
memegang neippantam. Neip bermaksud minyak sapi danpantam adalah obor.
Beberapa batang kayu kecil akan dibalut di bahagian hujung dengan menggunakan
kain yang disapu dengan minyak sapi dan dinyalakan. Cucu atau cicit tersebut
dikehendaki mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali. Pada masa
yang sama lagu-lagu suci dimainkan. Saudara mara yang terdekat akan memberi
sari atau dhoti kepada si mati sebagai hadiah terakhir. Keranda akan ditutup dan
diangkat untuk dibawa ke tanah perkuburan, pada masa yang sama ucapan tenna
adudaiya shinanee pottri disebut beberapa kali sebagai menandakan upacara
tersebut telah direstui oleh tuhan. Ahli-ahli keluarga akan mengelilingi mayat
mengikut lawan jam sebanyak tiga kali sebagai tanda penghormatan.
Kollic Catti
Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengandungi api. Periuk tersebut
diangkat dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian
hujung dan diikat pada periuk. Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada
anak ataupun bapa. Anak sulung melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia
dan anak bongsu untuk ibu. Seseorang yang membawa kollic catti mengiringi mayat.
Sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki mencukur rambut. Ini menunjukkan
bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti rambut yang baru tumbuh. Ada
juga yang mencukur janggut atau misai sebagai menggantikan rambut. Pada masa
yang sama sebuah nyiru diisikan dengan bahan-bahan seperti padi goreng, biji sawi
dan bijan. Sepanjang perjalanan, bahan-bahan tersebut ditabur dan setiap bahanbahan tadi mempunyai perlambangan yang tersendiri.

`Sesuatu hukum yang lazimnya dipatuhi oleh majority di dalam sesuatu kumpulan
masyarakat diertikan sebagai `Adat Resam`. Iaitu menurutnya , ``Ianya sebagai
pola tingkah laku sesuatu kelompok masyarakat yang dipengaruhi oleh aturan
agama dan budaya masing-masing serta diamalkan secara warisan``. Tambahnya,
``Lazimnya adat resam ini berbeza mengikut kawasan, komuniti mahupun Negara,
apalagi ia merupakan aturan lisan berasaskan nilai-nilai sosiaal sesuatu kelompok
masyarakat.``
Manakala pantang larang yang dimaksudkan dengan `taboo` menurut Profesor
Rajan, adalah istilah yang berasal dari Polynesia yang menyebut seperti tabu, tapu
dan kapu dan istilah `taboo` diperkenalkan kepada masyarakat Eropah oleh Captain
James Cook sebagaimana dialami dalam pelayarannya di Selatan Pacifik.
Tujuan pantang larang ialah bagi tujuan perlindungan dan keselamatan dan
membentuk pola kehidupan yang bernilai, bermoral dan beretika tinggi.
Manakala Adat Resam ialah aturan-aturan yang dikenakan bagi individu dan
masyarakat yang diterima dan menjadi adat dan peraturan yang dipatuhi dalam
kehidupan sejak dari dalam kandungan, kelahiran, upacara-upacara penerimaan
bayi, pemberian nama, menindik telinga, mencucuk hidung, akil baligh, perkahwinan
dan kematian.
Prof. Rajan ada menyebut tentang perkahwinan, tetapi tidak diberi huraian lanjut
bagaimana proses pertunangan. Kita ingin mengetahui aspek unik dalam
masyarakat India terutama tentang `dauri` dalam mana pihak perempuan
meminang pihak lelaki, apakah proses yang dilalui dan dilakukan serta pantang
larang yang harus dipatuhi oleh pihak lelaki dan perempuan. Dengan adanya system
kasta apakah ada halangan satu pihak untuk berumahtangga dengan yang berlainan
kasta. Apakah system ini sudah mengalami perubahan atau masih kekal.
Kita juga mau mengetahui tentang pakaian lelaki dan perempuan India termasuk
pakaian pengantin yang agak unik dan berlainan dengan masyarakat lain di
Malaysia, khususnya di Selangor, Juga tentang perayaan-perayaan bagi orang India
seperti Deepavali dan Hari Wisak, apakah acara-acara penting yang diamalkan pada
perayaan-perayaan berkenaan misalnya mengapa wujud tradisi membuat `kolan`
pada perayaan berkenaan. Apakah kaitan dengan makanan muruku dan memasak
susu dengan tebu dan sebagainya.
Kita juga berminat ingin mengetahui berhubung dengan pegangan agama
masyarakat India. Mengapakan ada kuil berdekatan, tetapi diimarahkan oleh
kumpulan berlainan. Apakah wujudnya mazhab-mazhab di dalam agama Hindu dan
kesan pada kepercayaan dan pembawaan mereka. Kita juga ingin mengetahui
tentang senibina kuil-kuil Hindu. Apakah pemilihan tapak kuil adalah berdasarkan
mimpi pihak pimpinan agama Hindu, lalu tempat berkenaan dipilih menjadi tapak
kuil yang kadang-kadang memaslahkan dari segi pentadbiran. Kita juga ingin
mengetahui system pendidikan dan kepercayaan agama Hindu berkenaan.
Profesor Rajan ada menyebut tentang permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat
India yang mereka sehingga 1980an kebanyakan mereka pekerja-pekerja estate dan
menetap di lading-diladang dan banyak menghadapi kekurangan dari segi
kehidupan. Kemudahan-kemudahan disediakan oleh pihak majikan termasuklah
rumah-rumah estate, tetapi tidak berpeluang memiliki hartanah sendiri dan terputus
dengan arus perdana masyarakat luar.

Profesor Rajan juga menyebut, masyarakat India di estate-estate ini disediakan


dengan tapak kubur secukupnya, masalahnya mereka sendiri tidak dapat menjaga
dan memelihara tanah kubur berkenaan. Namun pihak berkuasa agama dan
pertubuhan yang mengambil tanggungjawab tidak dapat mengendalikan, terutama
dari segi kebersihan oleh kerana ketiadaan kewangan. Kata Profesor Rajendren,
``Kebanyakan tanah-tanah perkuburan seperti ini ditumbuhi belukar dan setiap kali
mayat dibawa ke sana, pembersihan tanah perkuburan turut menjadi suatu masalah
yang agak mencabarkan.`` (hlm. 5).
Penempatan masyarakat India mengalami perubahan oleh beberapa factor seperti
pemecahan ladang (getah) sejak 1960an, perkembangan perbandaran yang
mengurangkan kawasan ladang dan mengurangkan keperluan tenaga orang India,
sebab itu mereka turut berhijrah ke pinggir Bandar di kawasan setinggan dan
menghadapi masalah hidup, sebelum pembelaan dan mendapat peluang hidup baru.
Dari segi perkuburan menurut Profesor Rajan, mereka menumpang pada tanah
perkuburan masyarakat India yang sedia ada dan sempit serta tidak teratur. Ini
menyebabkan kaum India lebih suka memilih membakar mayat bagi upacara
kematian yang abu mayat dilepaskan ke laut dan sungai selepas disembahyangkan.
Bagi orang India abu mayat tidak boleh disimpan di rumah, ia perlu dikembalikan
kepada alam semula jadi. Antara tempat yang disediakan seperti di Morib, Port
Dickson, dan Templer Park.
Dari segi permakanan orang India tidak makan daging lembu. Beliau berharap manamana majlis jamuan yang melibatkan jamuan dihadiri masyarakat India supaya
tidak menyediakan jamuan yang mempunyai masakan daging lembu untuk menjaga
sensitivity masyarakat India.

Segala pantang larang sebenarnya diperturunkan untuk kebaikan kaum itu sendiri seperti
pantang larang semasa perkahwinan, perayaan dan juga semasa menganudung.Sebenarnya
pantang larang yang diturunkan oleh nenek moyang mementingkan penjagaan kesihatan diri
agar seseorang sentiasa sihat dan cergas.
Walaupun kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India mempunyai pantang larang semasa
perkahwinan, perayaan dan juga mengandung tetapi pantang larang yang diamalkan oleh
kaum-kaum adalah berbeza.Inilah menunjukkan Malaysia terdiri daripada kaum majmuk.

Kesimpulannya ,pada zaman modem


sekarang ramai kaum india juga terus
mematuhi adat dan pantang larang yang
diwarisi oleh nenek moyang kerana keadaan

ini membuktikan tradisional budaya dan unik


terhadap kaum india .
Disediakan Oleh :Tan Chen Hin (204257)
Posted by Pantang Larang at 12:06 AM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, August 20, 2010

4.2 Pantang Larang Semasa Deepavali

Hari Deepavali merupakan perayaan yang


disambut oleh semua penganut Hindu di
seluruh dunia. Perkataan Deepavali
merupakan gabungan perkataan Dipa yang
bererti cahaya dan perkataan Gavali yang
bererti barisan. Perayaan ini disambut pada
hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil
(antara bulan Oktober dan November).
Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta
cahaya. Cahaya bermaksud harapan,
kemenangan dan kebahagian.
Pada petang sebelum perayaan, semua ahli
keluarga akan berkumpul untuk makan malam
bersama dengan pelbagai jenis makanan
hidangan tradisi kaum India. Pada waktu
malam pula diadakan upacara mesti

memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga.


Pelita yang dipasang dipercayai bahawa
kecerahan dapat mengatasi segala kejahatan.
Terdapat juga upacara menyusun beras atau
hampas kepala yang telah diwarnakan dengan
pelbagai warna di hadapan pintu. Upacara ini
membawa maksud yang mendalam kepada
semua penganut Hindu termasuk makluk kecil
di dunia ini, misalnya semut sebagai tanda
ucap selamat datang kepada para tetamu.
Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga
perlu bangun pagi sebelum matahari terbit
untuk mandi dan membersihkan diri. Mereka
perlu mandi dengan minyak bijan yang akan
disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga
oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau
nenek. Mengikut kepercayaan kaum India,
mandi minyak bijan diibarat mandi di Sungai
Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari
segala kejahatan dan sifat dengki.
Selepas mandi, pakaian yang dipakai mestilah
warna yang garang seperti merah, biru dan
oren. Mereka dilarang berpakai pakaian yang
berwarna hitam atau putih yang lebih

bermaksud kesedihan. Selepas itu barulah


bersalam dan memohon maaf dengan kedua
ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Upacara
sembahyang dijalankan di kuil bagi
mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga
serta memperingati ahli keluarga yang telah
meninggal dunia.

Disediakan Oleh : Yoong Yen Sen (204254)


Posted by Pantang Larang at 11:58 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

4.3 Pantang Larang Semasa Mengandung Bagi Kaum India

Bagi masyarakat India,terdapat beberapa


pantang larang yang perlu diamalkan oleh
seorang ibu yang mengandung.
Dilarang keluar rumah berseorangan pada
waktu malam
Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur
berlebihan.
Dilarang melakukan perbuatan-perbuatan
buruk seperti mengumpat, membuat fitnah,
bergaduh, menyembelih binatang dan
sebagainya.

1.

2.

3.

4.

Dalam tempoh 2 bulan selepas bersalin, si


ibu perlu menghindarkan diri daripada
melakukan kerja-kerja yang berat.

Masyarakat India mengamalkan tempoh


berpantang selama 60 hari. Pada tempoh hari
yang pertama, saudara mara dan jiran tidak
digalakkan melawat ke rumah bayi yang baru
dilahirkan kerana takut-takut mengganggu
bayi yang baru lahir dan menyebabkan dia
terkejut.

Pentingnya adat masyarakat Melayu jelas terlihat dalam peribahasa yang berbunyi Biar mati anak, jangan mati
adat. Tata perlakuan dalam adat resam masyarakat Melayu banyak dipengaruhi oleh adat yang diwarisi dari
budaya Hindu yang disesuaikan mengikut unsur-unsur Islam. Begitu juga dengan masyarakat Cina, mereka
masih lagi mengekalkan tradisi dan adat resam yang diwarisi sejak turun-temurun lagi. Apa yang menarik
berkenaan adat kaum Cina ialah pengaruh Feng Shui masih menebal dalam kalangan masyarakat Cina pada
hari ini. Feng Shui ialah suatu bentuk adat dan petua yang diamalkan hampir dalam keseluruhan kehidupan
masyarakat Cina. Lazimnya, adat istiadat Cina dipengaruhi oleh unsur Buddha yang menjadi pegangan
kebanyakan ahli dalam masyarakat Cina.

Kami memilih situasi atau senario yang berkisar tentang adat dan pantang-larang kelahiran dalam masyarakat
Melayu dan Cina. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu mahupun masyarakat Cina banyak
mengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Ia merangkumi peringkat sewaktu
mengandung, bersalin dan selepas lahir. Objektif kami memilih situasi ini adalah untuk mengenali persamaan
dan perbezaan yang terdapat dalam budaya Melayu dan Cina berkenaan dengan adat kelahiran. Selain itu,
dengan menonjolkan perbezaan dan persamaan budaya kedua-dua masyarakat ini, kami akan lebih mengetahui
dengan lebih mendalam budaya masyarakat yang berlainan. Elemen budaya yang terdapat dalam masyarakat
Melayu akan dibandingkan dengan elemen budaya yang terdapat dalam masyarakat Cina. Antara adat dan
pantang larang yang akan ditonjolkan melalui video ini ialah pertembungan perut dua orang yang mengandung,
tatacara menguruskan uri, cara pemberian nama kepada bayi, tempoh berpantang, larangan memuji anak, dan
majlis cukur jambul. Dalam video ini juga, kami turut menonjolkan babak-babak sampingan seperti larangan
menggunakan penyapu pada hari pertama Tahun Baru Cina dan juga jenis sarapan yang disediakan oleh keduadua masyarakat sama ada Melayu mahupun Cina.
Dalam projek simulasi video ini yang memerlukan kami melakukan interpretasi secara berturutan, pada
umumnya, kami menggunakan tiga jenis bahasa utama iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Cina.
Dalam video ini, terdapat 5 watak berlainan yang menggunakan bahasa-bahasa yang berbeza. Bahasa Melayu
standard dituturkan oleh watak Syahidah Mardhiah Bt Azmi dan watak Nur Liyana Bt Zahari yang merupakan

penutur bahasa Melayu asli. Watak jurubahasa, iaitu Teh Hooi Ling juga digambarkan sebagai seorang yang
memahami bahasa Melayu standard, walaupun tidak begitu fasih. Dialek Kelantan pula dituturkan oleh watak
Doktor Syasya yang kurang memahami bahasa Melayu standard, tetapi faish berdialek Kelantan yang juga
difahami oleh watak Nur Liyana Bt Zahari, yang kemudiannya bertindak menjadi jurubahasa kepada Teh Hooi
Ling dan Tong Poh Yee. Seterusnya, dialek Kantonis dituturkan oleh Tong Poh Yee, dialek Hokkien Pulau Pinang
dituturkan oleh watak jurubahasa iaitu Teh Hooi Ling. Bahasa Inggeris pula digunakan oleh Doktor Syasya
semasa bertutur dengan jurubahasa bahasa Cina, iaitu Teh Hooi Ling yang juga memahami dan fasih berbahasa
Inggeris.

Você também pode gostar