Você está na página 1de 2

Daun bawang

Nama Saintifik : Allium fistulosum


Suhu pertumbuhan ideal : 19-24 degree celcius
Kelembapan yang sesuai : 80-90%
Tanah yang sesuai : tanah lom berpasir dan mempunyai saliran yang baik
Cara Menanam : Umum mengetahui daun bawang diperoleh dari pokok bawang, biasanya
bawang merah (kecil) dan bawang besar. Bawang mudah didapati di kedai-kedai runcit, pasar
borong mahupun pasar raya. Tanamkan bawang itu ke dalam pasu dan pastikan tanahnya
sentiasa lembab dengan dijirus air. Jangan jirus terlalu kerap kerana kalau tanahnya terlalu
berair, bawang tersebut akan reput dan busuk.
Menuai Hasil : Daun bawang boleh dituai dalam masa 2 minggu. Untuk mengambilnya, kita
hanya perlu memotong daun sahaja (pangkal). Tidak perlu mencabut keseluruhan pokok
tersebut. Daun bawang akan tumbuh semula jika dipotong. Dengan itu kita boleh
munggunakannya dengan berulang kali, pada masa yang sama ubi bawang akan bercambah
didalam tanah tersebut.
Pembajaan bawang daun dimulakan ketika penyediaan batas tanaman dengan baja
organan dan sebaiknya bubuh 50-100 gram baja organan setiap lubang penanaman (atau kirakira 10-220 mt/ha). Berikan baja urea dengan kadar 3 gram sepokok atau 500-600 kg /ha iaitu 3
minggu selepas menanam dan minggu ke 6. Kawalan rumpai adalah sangat penting pada
tanaman bawang daun dengan menyembur racun pra-cambah dan cabur secara manual 6-7
minggu lepas tanam dengan berhati-hati. Mencabut rumpout diatas batas akan menyebabkan
akar rambut bawang daun putus dan rosak menyebabkan pertumbuhan akan terjejas.

Tanaman bawang daun seperti pokok bawang mudah diserang penyakit dan
perosak. Antara penyakit yang menyerang bawang daun seperti Bintik Ungu /Purple
blotch (Alternaria porri),Penyakit Kulapok Downy (Peronospora spp), Penyakit Akar
Putih (Sclerotium spp) dan juga penyakit yang di panggil "Yellow Dwarf Virus". Virus ini
dibawa oleh serangga aphid yang akan menyebarkan keseluroh kawasan. Musuh
tanaman bawang daun seperti Ulat ratus/Army worm (Spodopteraexigua), Ulat Makan
Daun (Heliothis spp) dan juga Thrip Bawang (Thrips tabuci) yang mampu
memusnahkan tanaman bawang daun.

Você também pode gostar