Você está na página 1de 3

Industri pemanis terbahagi kepada dua iaitu pemanis semula jadi dan pemanis tiruan.

Jepun memainkan peranan besar sebagai pengeluar pemanis semula jadi dengan 40 peratus
daripadanya menggunakan stevia sejak 1970-an lagi. Disebabkan itu terdapat potensi besar
mengembangkan industri ini tetapi perlu kepada penyelesaian peringkat awal dengan
menghasilkan stevia yang bernilai ekonomik.

Menyedari keperluan tersebut, pensyarah Fakulti Perladangan dan Agroteknologi,


Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersama kumpulan penyelidik beliau sedang menjalankan
penyelidikan menghasilkan baka stevia yang sesuai untuk industri dengan menghasilkan hibrid
menggunakan teknologi yang dianggap pertama di dunia. Kajian tersebut diketuai oleh Profesor
Dr. Mohamad Osman bersama penyelidik seliaan beliau iaitu Mohd. Farit Ab. Hamed, Amanina
Alwani Arshad, Azila Ismail, Afifah Khamis, Syahidah Sulaiman, Hassuna Johari, serta beberapa
pelajar lain.

Beliau sebelum ini terkenal dengan penghasilan baka tanaman industri lain termasuk
rosel semasa berkhidmat di universiti lain. Kajian awal bermula pada 2011 di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan kejayaan membuktikan konsep pendebungaan semula
jadi menggunakan lebah kelulut boleh digunakan. Selepas berjaya membuktikan konsep
tersebut (POC), pendekatan yang sama digunakan untuk menjalankan pendebungaan antara
varieti bermutu tetapi kali ini menggunakan stevia.

Penyelidikan ini bertujuan membangunkan varieti stevia tempatan supaya pengusaha


tempatan tidak bergantung daripada luar. Kita menghadapi cabaran produktiviti yang rendah
apabila stevia ditanam dalam iklim tropika. Kalau ditanam dalam iklim temperat seperti China,
hanya boleh tuai sekali setahun, tetapi di Malaysia kita perlu tuai lebih kerap untuk mengatasi
masalah pembungaan awal, ujarnya sambil memberitahu bahawa Malaysia terpaksa
mengimport bahan mentah dari China.

Secara keseluruhannya, penyelidikan tersebut adalah untuk menambahbaik stevia


melalui pelbagai strategi atau pendekatan termasuk menggunakan mutasi aruhan. Ia juga
mencari proses membiakbakaan untuk menghasilkan pokok hibrid dengan bantuan kacukan
oleh lebah kelulut spesies Trigona, menggunakan teknologi RNAi untuk menghalang
pembungaan awal, dan mengurangkan rasa pahit.

Penyelidikan tersebut menggunakan dua dana Skim Geran Penyelidikan Fundamental


(FRGS) sebanyak RM135,000 dan RM105,000, dan satu Skim Geran Penyelidikan Penerokaan
(ERGS) sebanyak RM 60,000. Pada akhirnya kata beliau, penyelidikan tersebut boleh
menghasilkan industri IKS berasaskan stevia, dan mereka yang ingin kelihatan langsing boleh
meminum rosel yang mengguna pemanis tersebut.

Pada akhirnya kata beliau, penyelidikan tersebut boleh menghasilkan industri IKS
berasaskan stevia, dan mereka yang ingin kelihatan langsing boleh meminum rosel yang
mengguna pemanis tersebut. Berkongsi lebih lanjut beliau berkata, terdapat 65 varieti stevia
yang pernah dikaji oleh MARDI sebelum ini.

Setakat ini, penyelidikan yang sedang di dijalankan di UiTM telah berjaya mengumpul
lebih daripada 27 varieti dari seluruh negara tetapi yang dikenal pasti berpotensi setakat ini
hanyalah tiga sahaja. Ketika ini terdapat dua jenis komponen utama pemanis semula jadi
daripada daun stevia iaitu stevisoide dan juga rebaudioside A.

Penggunaan lebah Trigona atau kelulut boleh membantu sebagai ejen pendebungaan
dalam kawasan bertutup. Lebah yang hinggap dan menghisap madu pada nektar stevia dan

terbang ke bunga stevia lain secara semula jadinya telah bekerja melakukan pendebungaan
antara varieti. Penggunaan lebah kelulut sangat sesuai kerana debunga stevia sangat halus
dan agak rumit untuk dipindah ke varieti lain tanpa menggunakan lebah jenis itu.

Você também pode gostar