Você está na página 1de 15

ALAT-ALAT ARTIKULATOR DAN PENGHASILAN BUNYI-BUNYI BAHASA MELAYU

Alat Artikulasi (Artikulator): Alat artikulasi atau artikulator ialah organ yang menghasilkan bunyi
bahasa, iaitu alat yang menerbitkan bunyi setelah udara dari paru-paru dipam ke organ-organ
yang terlibat. Perbuatan ini asalnya adalah untuk keperluan pernafasan, iaitu untuk menyedut
oksigen bagi membersihkan darah.
Di samping itu, aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Dalam ujaran
bunyi bahasa ini tercakup semua organ dalam sistem pernafasan dan organ sebutan. Organorgan ini penting dalam sistem aliran udara yang menyebabkan penghasilan bunyi.

1.

bibir atas

2.

bibir bawah

3.

gigi atas

4.

gigi bawah

5.

gusi

6.

lelangit keras

7.

lelangit lembut

8.

anak tekak

9.

hujung lidah

10. hadapan lidah


11. tengah lidah
12. belakang lidah
13. akar lidah
14. epiglottis
15. pita suara
16. rongga tekak
17. rongga hidung
18. rongga mulut
19. rahang

Bunyi-bunyi bahasa ialah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang bergerak. Udara
keluar dari paru-paru melalui tenggorok, pita suara, rongga tekak dan mulut atau hidung atau
kedua-duanya. Bunyi-bunyi bahasa dihasilkan apabila udara tersekat atau terhalang pada alat
artikulasi ini.

Di manakah halangan pertama yang berlaku pada udara yang keluar daripada paruparu? Ya, mungkin berlaku pada pita suara. Pita suara ialah dua membran yang anjal/ elastik
yang terletak dalam peti suara. Membran itu adalah seperti pita yang melekat pada dinding
peti suara dan terentang dari depan ke belakang. Apabila pita suara kendur dan renggang,
udara lalu tanpa halangan. Ruang yang renggang itu dipanggil glotis.

Apakah peranan pita suara ketika menghasilkan bunyi-bunyi bahasa? Apabila pita suara
kendur dan renggang, glotis terbuka . Keadaan ini terjadi pada waktu bernafas dan
penghasilan sesetengah bunyi seperti /s/ dan /p/, iaitu bunyi tidak bersuara. Apabila pita suara
tegang dan rapat, glotis tertutup . Udara tidak dapat keluar, tetapi boleh menghasilkan bunyi
letupan glotis /?/. Selain itu, pita suara itu mungkin dirapatkan tetapi tidak berapa tegang
sehingga udara boleh melaluinya dan pada waktu itu pita suara bergetar. Bunyi yang terhasil ini
dikenali sebagai bunyi bersuara. Jadi, pita suara berfungsi dan menentukan bunyi bersuara
atau bunyi tidak bersuara.

Selepas udara melalui pita suara, udara bergerak ke rongga tekak. Dari rongga tekak
udara boleh keluar melalui rongga tekak (oral) atau rongga hidung (nasal). Manakala lelangit
manusia terbahagi dua. Di sebelah depan dinamakan lelangit kerasdan di bahagian belakang,
dikenali sebagai lelangit lembut. Bahagian hujung lelangit lembut dinamakan anak
tekak. Lelangit lembut dan anak tekak boleh digerak-gerakkan. Apabila bunyi /a/ dikeluarkan,
lelangit lembut dinaikkan hingga kena pada belakang tekak dan dengan itu menutup rongga
hidung. Bunyi /a/ dikeluarkan melalui rongga oral. Oleh itu a ialah bunyi oral. Bunyi nasal pula
ialah bunyi yang dikeluarkan melalui rongga hidung. Lelangit lembut pada waktu itu diturunkan
dan rongga oral ditutup dengan beberapa cara, antaranya dengan merapatkan dua bibir.

FONEM SEGMENTAL dan FONEM SUPRASEGMENTAL


Fonem ialah unit terkecil bunyi yang membezakan makna. Terdapat dua bentuk fonem iaitu
fonem segmental dan fonem suprasegmental.

FONEM SEGMENTAL
Fonem ialah fonem yang terhasil daripada analisis pertuturan kontinum(berterusan) kepada
segmen (penggalan) yang bererti. Contohnya, dalam pasangan perkataan /pala/palang dan
/gala/galang , /p/ dan /g/ dianggap dua fonem yang berbeza.Terdapat tiga kaedah yang lazim
digunakan untuk mendeskripsi fonem iaitu :
1. analisis deskriptif
2. analisis fitur distingtif
3. analisis prosodi

(Abdullah, 1980). Kaedah analisis deskriptif dianggap cara tradisi dan masih popular hingga
kini.Kaedah ini bertumpu pada analisis fonem penggalan yang dianggap cukup mudah difahami
dan masih banyak faedahnya.

Bunyi-bunyi bahasa diujarkan secara kontinum.Untuk kemudahan analisis, bunyi-bunyi bahasa


itu dipenggal dan dinamakan fon. Fon ditulis dalam tanda kurungan siku [ ]. Jumlah fon itu
terlalu banyak. Jadi, setiap fon yang mempunyai ciri-ciri fonetik yang sama digolongkan dalam
satu keluarga.Setiap satu keluarga fon itu dinamakan fonem.Fonem ditulis dalam tanda garis
miring / /. Setiapfonem perlu berkontras dengan fonem yang lain.Sebagai contoh, secara kasar
perkataan [nona]mengandungi empat fon iaitu [n], [o], [n], [a]. Kita ambil fon [o] sebagai contoh.
Berdasarkan kajian fonetik kita mengetahui bahasa fon [o] dalam perkataan itu disengaukan
menjadi []. Kita juga mengetahui bahasa [o] boleh disebut [ ] dan boleh juga disengaukan. Jadi
sebenarnya ada empat fon yang mempunyai ciri-ciri fonetik yang sama,dengan sedikit
perbezaan tanpa mengubah maknanya dalam pasangan terkecil berkontras(pasangan
minimal).

Dengan kata lain, keempat-empat fon itu dapat digolongkan dalam satu keluarga yang
dinamakan fonem, iaitu fonem /o/.Fonem /o/ mempunyai empat variasi bunyi yang dinamakan
alofon. Fonem /o/ itu juga mempunyai fungsi yang berbeza (berkontras) dengan fonem-fonem
lain seperti /n/ dan /a/.

Mari kita perhatikan satu contoh lagi yang lebih halus iaitu bunyi letupan dua bibir tak bersuara
[p].Dalam bahasa Melayu fon [p] mempunyai dua cara sebutan, iaitu yang diujarkan dengan
sempurna dan yang tidak sempurna sebutannya. Sebutan [p] dalam perkataan [puyu] dan
[sapu] sempurna. Sebaliknya,sebutan [p] dalam perkataan [atap] tidak sempurna.Ciri tidak
sempurna itu diberi tanda [>], yakni tidak diletupkan. Jadi ada dua jenis letupan bibir tak
bersuara, iaitu [p] dan [p>]. Oleh sebab ciri fonetik kedua-duanya serupa, maka [p] dan
[p>]digolongkan ke dalam satu keluarga atau fonem /p/.Jelas pula fonem /p/ mempunyai dua
variasi bunyiyang dinamakan alofon iaitu [p] dan [p>]. Fonem /p/ juga mempunyai fungsi yang
berbeza (berkontras)dengan fonem-fonem lain. Telah diketahui bahawa fonem /p/ mempunyai
alofon, iaitu [p] dan [p>]. Alofon [p] dipakai dalamlingkungannya sendiri, iaitu [paya] dan [sapa],
dan[p>] dalam lingkungannya pula iaitu [atap>].
Lingkungan-lingkungan pemakaian alofon dari satufonem ini dikatakan penyebaran. Perhatikan
contohdi bawah ini: Awal Tengah Akhir [padi] [dapat] [atap>] [pagi] [tampi] [tetap>] [pula]
[tumpul] [kedap>] [puan] [tampar] [ranap>] [parah] [lampin] [kurap>] Contoh di atas
menunjukkan alofon [p] tersebar di awal dan di tengah kata. Alofon [p>] pula tersebar di akhir
kata. Hal ini berlaku disebabkan sifatfonetik bunyi yang sentiasa menyesuaikan dirinyadengan
lingkungannya. Walau bagaimanapun perbezaan itu tidaklah cukup besar sehinggamenjadi
bunyi yang berlainan. Jadi hendaklah diketahui ciri fonetik yang boleh membezakanfonem dan
yang hanya merupakan perubahan bunyi menurut lingkungannya.

FONEM SUPRASEGMENTAL
Suprasegmental bermaksud unsur-unsur bahasa yang terdapat dalam Bahasa Melayu
yang terdiri daripada tekanan, nada, jeda, intonasi dan panjang pendek. Suprasegmental atau
dikenali juga suprapenggalan adalah ciri atau sifat bunyi yang menindih atau menumpangi
sesuatu fonem. Ianya bermaksud ciri suprasegmental hadir bersama-sama fonem penggalan
dengan cara menumpangi bunyi segmental
Kelima-lima unsur yang terdapat dalam suprasegmental ini akan menentukan maksud
sesuatu ayat atau membolehkan sesuatu ayat itu dilafazkan oleh seseorang itu seiring dengan
perasaannya ketika itu. Contohnya perasaan sayang, marah atau gembira.
Unsur-unsur suprasegmental
1. Tekanan
Tekanan merupakan ucapan yang ditekankan pada satu-satu suku kata itu sehingga
bahagian tersebut akan nampak lebih keras atau menonjol apabila seseorang itu
menyebutkannya. Ianya juga merupakan ciri lemah atau kerasnya suara penyebutan sesuatu
sukukata. Ketika mengucapkan satu-satu perkataan yang didalamnya terdapat maksud yang
penting, biasanya kita akan menekan suku kata atau perkataan tersebut agar pendengar dapat
memahaminya dengan tepat.
Kebiasanya penutur akan memperlihatkan ekspresi atau memek muka yang sesuai
mengikut tekanan suku kata yang disebutkan. Ianya dapat menambahkan lagi keberkesanan
atau menghidupkan situasi komunikasi antara penutur dengan pendengar. Kesimpulannya, ia
dapat membezakan tekanan bunyi antara satu suku kata dengan suku kata yang lain.
Lambang yang digunakan untuk tekanan ialah / ' /. Dalam bahasa Melayu tekanan
berlaku pada bunyi vokal. Bunyi vokal dalam bahasa Melayu disebut dengan lantang dan boleh
dipanjangkan. Biasanya tekanan dalam perkataan bahasa Melayu berlaku pada suku kata yang
kedua. Contohnya dalam perkataan ma ta , ta li , ba tu dan sebagainya. Suku kata bagi
perkataan ma dan ta boleh dipanjangkan. Begitu jugalah bagi perkataan-perkataan lain yang
mempunyai bunyi vokal.
Tekanan dalam Bahasa Melayu tidak akan merubah maksud sesuatu perkataan itu.
Berbeza dengan bahasa lain. Contohnya dalam Bahasa Inggeris. Perkataan pro gres
bermaksud " memajukan " ( kata kerja ) manakala prog res bermaskud " kemajuan " ( kata
nama ).

2. Nada
Nada juga merupakan salah satu unsur yang terdapat dalam suprasegmental. Nada
dalam pengucapan seseorang boleh kita ketahui melalui tinggi atau rendahnya suara yang
dilontarkan oleh penutur kepada pendengarnya. Tinggi rendahnya suara yang diucapkan oleh
seseorang itu adalah disebabkan frekuensi getaran yang berbeza antara segmen dengan
segmen yang lain. Bila seseorang berada dalam kesedihan misalnya,
ia akan berbicara dengan nada yang rendah. Sebaliknya bila berada dalam keadaan gembira
atau marah, nada tinggilah yang biasanya digunakan. Nada yang mendayu-dayu pula biasanya
digunakan dalam situasi memujuk atau apabila seseorang itu memerlukan simpati. Perbezaan
nada dapat kita ketahui melalui lambang-lambang seperti di bawah ini;
Nada Lambang
1.
2.
3.
4.

Rendah
Biasa
Tinggi
Sangat Tinggi

Contoh ayat dalam Bahasa Melayu yang ditandai dengan lambang nada adalah seperti
di bawah;
2
i)

Saya hendak balik.


Dalam Bahasa Melayu, nada tidak mempunyai sifat-sifat bunyi seperti penghasilan

sesuatu fonem. Perbezaan nada dalam Bahasa Melayu juga tidak akan merubah maksud
sesuatu perkataan itu.
Secara amnya, kebanyakan bahasa di dunia ini memerlukan unsur ini bagi
membezakan makna dalam pertuturan. Contohnya dalam Bahasa Mandarin, Thailand, Vietnam
dan sebagainya. Profesor Dr. Abdullah Hassan melalui bukunya bertajuk Linguistik Am
menyatakan "ma" dalam Bahasa Mandarin ada empat makna, iaitu bergantung pada nada
sama ada mendatar, meninggi, turun naik, dan menurun. Jika disebut dengan nada rendah, ia
akan membawa maksud kuda. Jika disebut dengan nada biasa akan membawa maksud emak.
Jika disebut dengan nada tinggi menjadi maksud jerami. Jika ia disebut dengan nada paling
tinggi pula akan bermaksud marah

3) Jeda
Unsur yang seterusnya dalam suprasegmental ialah jeda. Jeda yang juga disebut
persendian ialah ciri atau unsur hentian( senyap ) dalam ujaran sebagai tanda memisahkan
unsur linguistik, iaitu perkataan, ayat atau rangkai kata.
Penentuan jeda dalam pengucapan akan menentukan maksud yang akan disampaikan
oleh seseorang penutur itu. Dengan jeda yang tepat, pendengar dapat memahami dan
bertindakbalas terhadap apa juga perkara yang diungkapkan oleh penutur dengan tepat.
Penggunaan jeda yang tidak tepat akan membuatkan satu-satu pengucapan itu bukan sahaja
janggal didengar malah tidak dapat difahami.
Dalam bahasa lisan, jeda ditandai dengan kesenyapan. Pada bahasa tulisan pula, jeda
ditandai dengan lambang garis miring [/], tanda koma [,], tanda koma bertitik [;], tanda nota
bertindih [:], tanda sempang [-], atau tanda pisah [--]. Kesimpulannya, perubahan jeda akan
merubah maksud sesuatu pengucapan itu.
Cuba kita perhatikan contoh ayat di bawah. Contoh-contoh ayat di bawah akan
membawa maksud yang berbeza sekiranya jedanya berubah. Perubahan maksud yang
dinyatakan adalah seperti berikut; Contoh Ayat 1 Menurut pemeriksaan doktor Abu Samah
memang menghidap demam denggi
Contoh ayat di atas akan membawa maksud yang berbeza sekiranya jedanya berubah.
Perubahan maksud yang dinyatakan adalah seperti berikut;
i)

Menurut pemeriksaan / doktor Abu Samah / memang menghidap demam denggi

Maksudnya : Melalui pemeriksaan oleh seseorang yang tidak dinyatakan, doktor Abu
Samah memang sedang menghidap demam denggi.

ii)

Menurut pemeriksaan doktor / Abu Samah / memang menghidap demam denggi

Maksudnya : Melalui pemeriksaan oleh seseorang doktor yang tidak dinyatakan, Abu
Samah memang sedang menghidap demam denggi.

iii)

Menurut pemeriksaan doktor Abu / Samah / memang menghidap demam denggi

Maksudnya : Melalui pemeriksaan oleh doktor yang bernama Abu, Samah memang
sedang menghidap demam denggi.

Contoh Ayat 2 Emak Siti makan roti


i)

Mak Siti / makan roti.


Ayat di atas merupakan ayat penyata yang bermaksud seseorang yang bernama Mak

Siti sedang makan roti.


ii)

Mak / Siti / makan roti.


Ayat ini pula merupakan cakap ajuk yang membawa maksud seseorang sedang

memberitahu ibunya bahawa ada seseorang yang bernama Siti sedang makan roti.

Contoh Ayat 3 Itu lembu jantan Pak Ali


i)

Itu / lembu jantan Pak Ali


Ayat penyata di atas menjelaskan kepada kita lembu jantan itu adalah kepunyaan

seeorang yang bernama Pak Ali.


ii)

Itu / lembu jantan / Pak Ali


Ayat di atas pula bermaksud seseorang yang tidak dinyatakan sedang memberitahu Pak

Ali bahawa itu adalah seekor lembu jantan.


Contoh Ayat 4 Adik Sarah Hani baca buku Salmah

i)

Adik / Sarah Hani / baca buku / Salmah

Ayat di atas merupakan cakap ajuk yang bermaksud seseorang memberitahu adik
bahawa Sarah Hani sedang membaca buku kepunyaan Salmah
ii)

Adik Sarah / Hani / baca / buku Salmah


Ayat di atas juga merupakan cakap ajuk yang bermaksud seseorang memberitahu adik

Sarah bahawa Hani sedang membaca buku kepunyaan Salmah


iii)

Adik Sarah Hani / baca buku Salmah


Ayat di atas merupakan ayat perintah yang bermaksud seseorang mengarahkan adik

Sarah Hani agar membaca buku yang bertajuk Salmah. Ianya juga boleh membawa maksud
adik Sarah Hani sedang membaca buku bertajuk Salmah.

iv)

Adik Sarah Hani / baca / buku Salmah


Ayat di atas juga merupakan ayat penyata yang menjelaskan adik Sarah Hani sedang

membaca buku kepunyaan Salmah.


Contoh Ayat 5 Khamis datang rumah Ahmad
i)

Khamis datang / rumah Ahmad


Maksudnya seseorang yang bernama Khamis telah datang ke rumah Ahmad.

ii)

Khamis / datang rumah / Ahmad


Maksudnya seseorang yang tidak dinyatakan telah memberitahu Ahmad bahawa

seseorang yang bernama Khamis telah datang ke rumahnya. Ia juga boleh membawa maksud
seseorang yang tidak dinyatakan sedang mempelawa Ahmad untuk datang ke rumahnya pada
hari Khams.
iii)

Khamis / datang rumah Ahmad


Maksudnya seseorang yang tidak dinyatakan telah mengajak seseorang yang lain untuk

pergi ke rumah Ahmad pada hari Khamis

Contoh Ayat 6 Ali minum susu ibu

i)

Ali / minum / susu ibu


Maksudnya seseorang mengarahkan Ali agar minum susu ibu.

ii)

Ali minum / susu ibu


Ayat ini menjelaskan bahawa Ali sedang minum susu ibu.

iii)

Ali / minum susu / ibu


Ayat ini merupakan cakap ajuk yang menjelaskan kepada ibu bahawa Ali sedang minum

susu.

Contoh Ayat 7 Ayah Zaki Anas pulang semalam


i)

Ayah Zaki Anas / pulang / semalam


Maksudnya, ayah kepada seseorang yang bernama Zaki Anas pulang pada hari

semalam.
ii)

Ayah Zaki / Anas / pulang semalam


Ayat di atas menunjukkan seseorang yang bernama Ayah Zaki sedang diberitahu oleh

seseorang yang tidak dinyatakan bahawa Anas telah pulang semalam.


iii)

Ayah / Zaki Anas / pulang semalam


Maksudnya ayah diberitahu bahawa Zaki Anas telah pulang semalam.

Contoh Ayat 8 Emak monyet hitam masuk rumah Abu


i)

Emak monyet hitam / masuk / rumah Abu


Maksudnya ada seekor ibu monyet yang berwarna hitam telah masuk ke rumah Abu.

ii)

Emak monyet hitam / masuk rumah Abu


Ayat ini mengarahkan seseorang yang bernama emak monyet hitam agar masuk ke

rumah Abu.
iii)

Emak / monyet hitam / masuk rumah Abu

Maksudnya emak sedang diberitahu bahawa ada seekor monyet berwarna hitam
sedang masuk ke rumah Abu.
Contoh Ayat 9 Tuan Haji Rahim baik orangnya
i)

Tuan / Haji Rahim / baik orangnya


Seseorang yang berpangkat dikenali panggilan tuan sedang diberitahu tentang Haji

Rahim yang baik orangnya.


ii)

Tuan Haji / Rahim / baik orangnya


Seseorang yang dikenali sebagai Tuan Haji sedang diberitahu tentang Rahim yang baik

orangnya.
iii)

Tuan Haji Rahim / baik orangnya


Ini adalah ayat penyata yang menjelaskan Tuan Haji Rahim seorang yang baik.

Contoh Ayat 10 Cikgu pergi rumah doktor Ramli Husin


i)

Cikgu / pergi rumah / doktor Ramli Husin


Maksudnya cikgu sedang pergi ke rumah doktor Ramli Husin.

ii)

Cikgu / pergi rumah doktor / Ramli Husin


Maksudnya Ramli Husin sedang diberitahu bahawa cikgu pergi ke rumah doktor.

iii)

Cikgu / pergi rumah doktor Ramli / Husin


Maksudnya Husin sedang diberitahu bahawa cikgu pergi ke rumah doctor Ramli.

4) Intonasi

Intonasi juga merupakan salah satu unsur yang terdapat dalam suprasegmental.
Intonasi adalah turun naik nada suara dalam pengucapan ayat atau frasa. Intonasi juga
disebut lagu bahasa.
Terdapat pelbagai intonasi atau lagu yang tedapat pada ayat dalam bahasa Melayu.
Contohnya , ayat berita mempunyai intonasi yang menurun pada akhir ayat. Manakala bagi
ayat tanya pula mempunyai intonasi yang tinggi pada akhir ayat. Apabila kita mengujarkan
dialog kita akan menggunakan ayat-ayat yang diucapkan secara bersambung-sambung. Ayatayat yang dituturkan itu menggunakan intonasi atau lagu yang berbeza-beza. Semua jenis ciri
suprasegmental atau suprapenggalan, iaitu tekanan, kepanjangan, jeda dan nada secara
kombinasi turut membentuk intonasi ayat dan digunakan dalam pertuturan.
Dalam pertuturan biasa, nada suara sentiasa berubah-ubah. Apabila nada suara
menaik, wujudlah intonasi menaik. Apabila nada suara menurun, wujudlah intonasi menurun.
Apabila nada suara berada pada sesuatu kelangsingan agak lama, wujudlah intonasi
mendatar.
Lambang-lambang yang digunakan untuk menunjukkan perbezaan intonasi adalah
seperti berikut;
LAMBANG
|!
|
//
=

MAKSUD
Intonasi menurun secara beransur-ansur
Intonasi menaik (bukan pada akhir
ayat)
Intonasi menaik secara beransur-ansur
Intonasi tinggi tetapi mendatar
Intonasi menurun dan menaik

5) Panjang Pendek
Panjang-pendek atau disebut kepanjangan bunyi merupakan ciri khusus yang terdapat
pada perkataan dalam bahasa-bahasa tertentu. Ciri kepanjangan atau panjang-pendek ini
boleh membezakan makna dalam bahasa-bahasa tertentu seperti bahasa Inggeris, dan
bahasa Arab tetapi tidak membezakan makna dalam bahasa Melayu.
Selain itu, suprasegmental juga membantu murid mempelajari cara menyebut sesuatu
perkataan mengikut panjang-pendek bunyi diucapkan. Panjang-pendek sesuatu suku kata
atau perkataan diucapkan bergantung pada situasi dan keadaan. Guru perlu memberi
perhatian semasa meujarkan sesuatu perkataan atau ayat.
Lambang bagi ciri panjang-pendek ini ialah [ . ] yang dinamakan mora. Jika tanda mora
ini satu titik [ . ] kepanjangan bunyinya setengah mora, dua titik [ : ] kepanjangan bunyinya
satu mora, dan jika empat titik [ :: ] kepanjangannya ialah dua mora.
Dalam bahasa Inggeris perbezaan makna ini terjadi jika ciri panjang pendek ini
digunakan. Contohnya perkataan sit bermakna duduk , dan si : t bermakna tempat
duduk .
Dalam bahasa Arab pula, unsur panjang pendek pula berkait rapat dengan hukum tajwid
iaitu hukum mad. Dalam bacaan al-Quran sememangnya hukum panjang pendek ini bukan
sahaja memberi makna yang berbeza malah boleh memberikan kesan yang besar jika
berlaku kesalahan. Contohnya, perkataan amin jika sebutan a dipanjangkan sehingga
enam harakat (hukum mad lazim), maknanya ialah selamat (rujuk surah al-Maidah: 2). Tetapi
bagi ucapan amin selepas surah al-Fatihah, a dibaca dua harakat (hukum mad badal) dan
min boleh dibaca dua, empat atau enam harakat (berdasarkan hukum mad arid lissukun)
yang bermaksud terimalah. Walau bagaimanapun, apabila kita berbahasa Arab, hukum tajwid
termasuk hukum mad (hukum panjang pendek) ini tidak berlaku; begitu juga dengan hukum
ghunnah (dengung)

RUJUKAN
Bahri, M. (2014, april 4). unsur unsur supra segmental. Retrieved from
http://lamancikgubahri.blogspot.my/2014/04/unsur-unsursuprasegmental.html
Hassan, A. (1984). Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar
Bakti sdn bhd.
Omar, I. Z. (2006). Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: PTS Professional Sdn. Bhd.
Rashid, A. R. (1997). Pengajian Melayu 1. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Syam, R. S. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya:
Fajar Bakti Sdn. Bhd.