Você está na página 1de 6

KERTAS KONSEP PENUBUHAN KELAB MOTORSIKAL BERKUASA TINGGI JPN

KEDAH.

DG BIKERS
LATAR BELAKANG.
Terdapat kecenderungan serta trend masa kini bilamana pemilikkan motorsikal
berkuasa tinggi menjadi sebahagian daripada gaya hidup sebahagian daripada
masyarakat kita.Tidak terkecuali juga warga pendidik di negeri Kedah.Bancian
secara rawak telah menemukan begitu ramai warga pendidik yang memiliki
motorsikal berkuasa tinggi tetapi melayan minat serta hobi berkenaan secara
bersendirian.Jesteru hasil pertemuan dan cambahan idea maka terbit satu
cadangan agar kesemua warga pendidik yang memiliki motorsikal berkuasa
tinggi disatukan di bawah satu organisasi agar aktiviti menunggang motorsikal
berkuasa tinggi ini dapat di satukan dan diselia kawal dengan lebih teratur.
OBJEKTIF
Penubuhan Kelab Motorsikal Berkuasa Tinggi Warga Pendidik Kedah yang juga
dikenali sebagai DG Bikers Kedah ini diujudkan bagi mencapai beberapa objektif
berikut:
a. Menyatukan minat menunggang motorsikal berkuasa tinggi warga
pendidikan Kedah di bawah satu bumbung.
b. Menjadikan kelab sebagai satu platform bertukar tukar pandangan dan
idea mengenai motorsikal dikalangan para ahli.
c. Menyelaras sebarang aktiviti berkaitan tunggangan samada berbentuk
santai ataupun bertujuan amal kebajikan.
d. Membantu program program JPN dan KPM di dalam melonjakkan
kecemerlangan pendidikan menerusi aktiviti berkaitan tungangan
motorsikal.
e. Mendidik para ahli akan erti setiakawan dan kerjasama tanpa mengira
batasan politik dan bangsa.
f. Menaikan Imej keguruan menerusi tunggangan yang penuh berhemah.

KEAHLIAN.
Terbuka kepada semua warga pendidik di Negeri Kedah dari pelbagai Gred
jawatan.Keahlian juga tidak membataskan jenis motorsikal namun mestilah
melebihi kapasiti enjin 500 cc.Pendaftaran keahlian boleh dibuat menerusi borang
permohonan ataupun menerusi aplikasi wassup.

YURAN KEAHLIAN
Bagi memastikan Kelab mempunyai sedikit dana terkumpul bagi tujuan
membiayai keperluan keperluan tertentu maka setiap keahlian dikenakan bayaran
RM 30 setahun ( tertakluk kepada keputusan mesyuarat penubuhan / Agung )

AKTIVITI KELAB
Bagi memastikan ssetiap ahli mendapat faedah hasil daripada menyertai
kelab maka segala aktiviti akan disusun atur samada menerusi mesyuarat khas
ataupun mengikut keperluan semasa.Secara asasnya aktiviti kelab boleh
dibahagikan kepada beberapa kategori
a.
b.
c.
d.

Aktiviti Mingguan / Bulanan / Tahunan


Aktiviti khusus
Aktiviti mengikut keperluan.
Aktiviti kebajikan / amal

Semua aktiviti yang diputuskan akan disalurkan maklumat kepada semua ahli
menerusi pelbagai media sosial seperi facebook ataupun wassup.

CADANGAN KEPIMPINAN KELAB

Bagi memastikan perjalanan kelab mengikut lunas yang dipersetujui serta


memudahkan penyelarasan setiap aktiviti maka wajar satu bentuk kepimpinan
kelab diujudkan dengan beberapa justifikasi:
PENGERUSI /
PRESIDEN
NAIB PENGERUSI /
NAIB PRESIDEN

SETIAUSAHA
BENDAHARI

AJK

KOTA SETAR

KUALA MUDA YAN

KULIM BANDAR
BAHARU

LANGKAWI

BALING SIK

PENDANG

PADANG TERAP

KUBANG PASU

PERATURAN AM KELAB.

1. Menjaga nama baik serta imej keguruan menerusi aktiviti berpersatuan.


2. Mengutamakan keputusan majoriti atau suara terbanyak di dalam membuat
tindakan.
3. Tidak
membabitkan
sebarang
memecahbelahkan kesatuan.

fahaman

negatif

yang

boleh

4. Bebas menganggotai mana mana kelab atau persatuan.


5. Sentiasa mendahulukan faktor keselamatan sewaktu menyertai aktiviti.
6. Sentiasa membudayakan bahawa DG Riders adalah bersaudara.

7. Mencuba sebaik mungkin menyertai setiap aktiviti yang telah diputuskan


bersama.
8. Sentiasa mengemaskini maklumat keahlian kepada AJK Induk.

PENGURUSAN KELAB.

Bagi memastikan pengurusan Kelab samada dari segi pengurusan


kewangan serta aktiviti maupun kebajikan para ahli, kelab akan diuruskan
menerusi satu jawatankuasa induk yang dilantik pada mesyuarat
penubuhan.Jawatan jawatan pada jawatnkuasa induk ini akan
diamanahkan untuk mengemudi kelab mengikut peruntukan perlembagaan
serta undang undang kecil kelab.

MESYUARAT AGUNG.

Mesyuarat agung diadakan setahun sekali dengan notis serta jemputan


menghadiri mesyuarat dikeluarkan dua minggu sebelum berlangsungnya
mesyuarat.Setiausaha akan menghubungi semua ahli menerusi pelbagai media
untuk pemakluman.Bendahari kelab akan membuat pembentangan perbelanjaan
serta kedudukan kewangan kelab.Pemilihan jawatankuasa baharu juga
dilaksanakan ketika mesyuarat agung.

Você também pode gostar