Você está na página 1de 9

Pengenalan

Kepesatan dan pembangunan sesebuah negara berkait rapat


dengan pencapaian sektor-sektor ekonominya melalui kegiatan atau
aktiviti sosio ekonomi dalam menjana pendapatan melalui pelbagai
sumber dan perkhidmatan. Tahap atau taraf sosio ekonomi adalah
cerminan kepada kesejahteraan ekonomi sesebuah negara dari
aspek pertumbuhan ekonomi dan juga sosial.
Istilah sosio ekonomi adalah istilah yang merujuk kepada tingkah
laku manusia dalam kelompok masyarakat terhadap sebarang
perkembangan dan perubahan lanskap kegiatan atau aktiviti
ekonomi yang mempengaruhi kelompok masyarakat akibat proses
seperti globalisasi mahupun modernisasi.
Sosio membawa maksud disiplin ilmu pengetahuan yang merujuk
kepada kajian yang mempelajari tingkah laku dan gerak balas
(response) masyarakat. Horton dan Hunt (1983) mendefinisikan
masyarakat sebagai sekumpulan manusia yang secara relatifnya
mendiami dan berkongsi kawasan atau wilayah, mempunyai identity
budaya yang sama dan melaksanakan aktiviti ekonomi dalam
kelompok masyarakat itu sendiri. Manakala istilah ekonomi pula
merujuk kepada suatu usaha dalam pemikiran dan membuat
keputusan terhadap pengurusan penggunaan atau pengolahan
sumber sedia ada yang terhad dalam usaha memenuhi keperluan
dan keinginan individu dan kelompok masyarakat.
Migrasi kesan peningkatan sosio ekonomi
Migrasi tidak dapat dihalang kerana proses perbandaran akan terus
menjadi magnet yang menarik migrasi penduduk masuk ke bandar.
Walau bagaimanapun, mungkin sudah tiba masanya aspek
keseimbangan antara proses urbanisasi (had pembangunan bandar)
dan juga had tampungan penduduk sesebuah bandar dilihat semula
bagi memastikan kemampuan sesebuah bandar untuk menampung
populasi yang kian bertambah serta pengagihan kemudahan
perbandaran dan infrastruktur secara optimum termasuk dalam
penentuan hierarki bandar, sempadan bandar dan sebagainya. Ini
kerana Malaysia bukannya sebuah negara yang mempunyai tanah
yang luas lagi untuk pembangunan pada masa akan datang. Selain
itu, keseimbangan wilayah dari segi tumpuan pembangunan perlu
juga diambilkira bagi memastikan migrasi antara bandar-bandar dan
luar bandar-bandar dapat diurus tidak memberi kesan negatif.
Sumber:
1. Jabatan Perangkaan Malaysia, 2000

2. Mohd Fadzil Abdul Rashid, Ishak Ab. Ghani, Migrasi dan


Kemiskinan Bandar: Suatu Kajian Literatur
tren migrasi
pendahuluan
Malaysia berkeluasan kira-kira 330,290 kilometer persegi dan
mempunyai kepadatan penduduk seramai 71 orang setiap kilometer
persegi. Pada tahun 2000, Selangor menduduki tangga teratas
sebagai negeri yang mempunyai jumlah penduduk teramai di
Malaysia iaitu seramai 4.2 juta orang diikuti Johor 2.7 juta dan
Sabah 2.6 juta orang. Selain itu, Selangor mencatat peratus
tertinggi antara negeri menerima migran masuk bagi tahun 20032004 (28.2%) dan 2006-2007 (16.4%). Pada tahun 2008 hingga
2009, Selangor menerima 9.9 peratus daripada sejumlah 168 ribu
migran masuk di seluruh Malaysia. Migran tersebut adalah dari
Kedah (8.9 ribu), Perak (6.5 ribu), W.P Kuala Lumpur (5.3 ribu) dan
Kelantan (4.4 ribu). Kumpulan umur 15-34 tahun merupakan migran
yang tertinggi dan peratusan migran wanita lebih tinggi berbanding
lelaki. Keadaan ini disebabkan kecenderungan wanita berhijrah
sama ada untuk melanjutkan pelajaran, peluang pekerjaan ataupun
perkahwinan. Bumiputera (Melayu dan Bumiputera lain) mewakili
82.7 peratus daripada jumlah migran ini.

Pertumbuhan pesat ekonomi serta kewujudan Institusi Pengajian


Tinggi (IPTA & IPTS) turut dikenalpasti antara faktor utama
penduduk berhijrah masuk. Selain itu, faktor kedudukan geografi,
peningkatan tahap perbandaran dari segi kemudahan infrastruktur
dan utiliti serta kemudahan awam, kewujudan institusi kewangan
utama, teknikal dan kesediaan sumber manusia turut menarik
kepada pembukaan kawasan perindustrian dan perkhidmatan
utama sekaligus mewujudkan peluang pekerjaan terutamanya
negeri Selangor.
Ketidakseimbangan
Ketakseimbangan wilayah merupakan satu masalah yang tidak
dapat dielakkan oleh sesebuah negara yang berkembang pesat
ekonominya. KDNK perkapita sering digunakan sebagai pengukur
sejauhmana jurang pendapatan yang wujud antara wilayah. Jurang

pendapatan yang wujud telah menimbulkan isu berkenaan kesan


penumpuan (convergence) yang melibatkan bagaimana
kemampuan sesebuah negara yang memiliki pendapatan perkapita
rendah untuk mengejar ataupun menyamai keadaan sesebuah
negara yang memiliki pendapatan perkapita tinggi berdasarkan
kepada faktor-faktor pertumbuhan. Pencapaian ekonomi yang
berbeza antara wilayah adalah berpunca daripada empat aspek
iaitu sosioekonomi, tahap pendidikan, taraf kesihatan dan tahap
kemakmuran.
Ketakseimbangan wilayah boleh dilihat daripada berbagai aspek.
Namum faktor yang agak menunjul ialah daripada segi sumbangan
sektor pembuatan yang di dapati tidak seimbang. Sektor
pembuatan ini tertumpu di kumpulan negeri maju (Selangor,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang). Pertumbuhan
kumpulan negeri maju adalah tidak statik yakni kumpulan negeri
tersebut akan bertambah maju. Oleh itu, pertumbuhan dan
perubahan struktur di kumpulan negeri kurang maju (Perlis, Kedah,
Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak) adalah sangat
perlahan. Ini kerana struktur ekonomi iaitu pertanian masih menjadi
sumber ekonomi utama penduduknya sedangkan di kumpulan
negeri maju sudah lama mengamalkan sektor pembuatan.
Selain itu, tidak dapat dinafikan juga bahawa ketakseimbangan
wilayah merupakan isu yang mampu mengugat pertumbuhan
sesebuah negara secara keseluruhannya. Dalam kajian ini terdapat
empat elemen yang ingin dikaji iaitu sosioekonomi, tahap
pendidikan, taraf kesihatan dan tahap kemakmuran yang dilihat
merupakan faktor penyumbang ketakseimbangan.
Terdapat empat faktor utama yang dikenalpasti mampu
menyumbang kepada aliran ketakseimbangan pembangunan
wilayah di Malaysia iaitu sosio-ekonomi, tahap pendidikan, taraf
kesihatan dan tahap kemakmuran.
Faktor ketidakseimbangan kesamaan
Aspek pertama adalah sosioekonomi yang meliputi aspek berkaitan
pekerjaan dan ekonomi penduduk bagi sesebuah wilayah di
Malaysia. Aspek ini memainkan peranan penting dalam
pertumbuhan sesebuah wilayah dengan mengenalpasti impak
pelaburan iaitu jumlah projek pelaburan yang diluluskan di
sesebuah wilayah yang bergantung kepada daya saing wilayah
kesan daripada kelakuan kerajaan. Ini memberi kesan dalam
pengwujudan
120 Farrah Dina Abd Razak & Hasnah Ali
peluang pekerjaan seterusnya meningkatkan taraf hidup rakyat di
sesebuah wilayah. Ia meliputi beberapa pembolehubah seperti
jumlah kemasukan pelaburan modal, guna tenaga dan kadar
pengangguran.
Aspek kedua adalah tahap pendidikan. Tidak dapat disangkal
bahawa pendidikan merupakan aspek penting dalam penentuan
kualiti hidup dan menjadi penyumbang penting terhadap

pengurangan kemiskinan dan ketaksamaan masyarakat. Ini telah


dibuktikan oleh peruntukkan yang besar kepada pendidikan melalui
perbelanjaan pembangunan. Dalam kajian ini, terdapat dua Indeks
Pendidikan yang digunapakai iaitu tahap penyertaan pendidikan
menengah dan kadar celik huruf.
Aspek ketiga adalah kesihatan. Taraf kesihatan merupakan salah
satu daripada sasaran pembangunan berdasarkan keutamaan dan
kesaksamaan dalam penyediaan perkhidmatan kesihatan yang
teratur antara wilayah. Terdapat beberapa Indeks Kesihatan yang
dikaji dalam kajian ini iaitu kadar kematian bayi, bilangan doktor
setiap 10, 000 penduduk, bilangan katil hospital setiap 1000
penduduk.
Aspek terakhir pula adalah tahap kemakmuran. Tahap kemakmuran
dilihat dari beberapa segi iaitu pendapatan perkapita penduduk dan
kemudahan asas yang diperolehi penduduk di sesebuah wilayah.
Analisis aliran ketakseimbangan tahap kemakmuran dilaksanakan
terhadap enam buah wilayah di Malaysia dengan menggunapakai
pemboleh ubah seperti KDNK perkapita, telefon setiap 1000
penduduk, bekalan air paip setiap 1000 penduduk, bekalan eletrik
setiap 1000 penduduk, panjang jalan bertar setiap 10 km, dan
kenderaan berdaftar setiap 1000 penduduk.

Askew, M. 2000. The cultural factor in rural-urban fringe


transformation: land livelihood and inheritance in western
Nonthaburi. Bangkok, Thailand
Barro, Robert J. 1991. Economic growth in a cross section of
countries. Quarterly Journal of Economics
Barro, Robert J. 1997. Determinants of economic growth: a cross
country empirical study. The MIT Press,
Cambridge, Massachusetts Institute of Technology
Barro, Robert J. dan Martin, Xavier Sala i. 1992. Convergence.
Journal of Political Economic. Vol 100. No. 2 Becker, G. S. 1964.
Human capital: a theoretical and empirical analysis, with special
reference to education. New
York. Columbia University Press.
Kenny, Charles. 2005. Why are we worried about income? Nearly
everything that matters is converging. World
Development, Vol. 33, No. 1, pp 1 19.
Koo, Jaewoon Young-Yong Kim dan Sangphil Kim. 1998. Regional
income convergence: evidence from a rapidly
growing economy. Journal Of Economic Development, Volume 23,
Number 2, December 1998 (191)
Lucas, Robert Jr. 1988. On the mechanics of development planning,
Journal of Monetary Economics XXII (3-42) Malaysia. 1985.
Rancangan Malaysia Keempat 1981-1985. Kuala Lumpur. Percetakan
Semenanjung Malaysia Malaysia. 1990. Rancangan Malaysia Kelima
1986-1990. Kuala Lumpur. Percetakan Semenanjung Malaysia

Malaysia. 2000. Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000. Kuala


Lumpur. Percetakan Semenanjung Malaysia Malaysia. 2005.
Rancangan Malaysia Kelapan 2000-2005. Kuala Lumpur. Percetakan
Semenanjung Malaysia Mankiw, Gregory N., Romer, D. dan N. Weil
David. 1992. A contribution to the empirics of economic growth.
The Quarterly Journal of Economics
Petrakos, George dan Saratsis Yiannis. 2000. Regional inequalities in
Greece. Papers in Regional Science
Reuter, Ulrich. 2004. Intraregional inequality in China: A
decomposition analysis. Forum of international
Development Studies, 27 (August 2004)
Royuela, Vicente dan Arti S, Manuel. 2006. Convergence analysis in
terms of quality of life in the urban systems of the Barcelona
province, 19912000. Regional Studies, Vol. 40.5, pp. 485492, July
2006
Solow, Robert M. 1956. A contribution to the theory of economic
growth. Quarterly Journal of Economics 70, 1 (February): 65-94
Summer, Robert dan Heston, Alan. 1985. A new set of international
comparisons of real product and price levels estimates for 130
countries, 1950-1985. University of Pennsylvania.
Takahiro Akita dan Armida S. Alisjahbana. 2001. The economic crisis
and regional income inequality in Indonesia. Working Paper No.10.
International University of Japan and the Ministry of Education
Wei, Yehua. 1998. Regional inequality of industrial output in China,
1952 to 1990.
Geograsfika Annaler. Series B. Human Geography, Vol. 80, No. 1.
(1998),(1 15)
Yehua Dennis Wei dan C. Cindy Fan. 2000. Ketaksamarataan wilayah
di China: kes di Jiangsu. Progress in
Planning, Volume 52, Number 3, August 2000
Young, Andrew T. dan Higgins, Matthew J. 2007. Sigma convergence
versus beta convergence: Evidence from U.S county level data.
Journal of Money, Credit and Banking
Migrasi di Malaysia
Pekerja Asing
Malaysia sejak mencapai kemerdekaan telah melaksanakan
pelbagai projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia
Pertama hingga Sembilan. Melalui plan opembangunan tersebut
telah berjaya meletakan negara ini sebagai sebuah negara
membangun yang paling berjaya dalam pembangunan sosioekonominya. Selain daripada kekayaan sumber alammnya, sektorsektor perindustrian, pembinaan dan perladangan semakin
berkembang maju. Kesan daripada perkembangan ketiga-tiga sektor
sektor ini semakin banyak pekerja yang diperlukan sehingga
timbullah masalah kekurangan tenaga buruh dan oleh itu ramai
perkeja asing diperlukan bagi memastikan perkembangan sektor-

sektor yang berkenaan tidak terjejas akibat kekurangan tenaga


kerja. Pada tahun 2005 terdapat kira-kira 200 juta migrant
antarabangsa dan 49.9 juta daripadanya adalah tinggal di Asia
(United Nations 2005). Mengikut laporan terbahahru jumlah pekerja
asing sebanyak 1.91 juta tidak termasuk 400,000 pendatang tanpa
izin.
Kebanjiran migran buruh asing ke Malaysia terutama daripada
Indonesia telah berlaku sejak tahun 1980-an dan jumlahnya terus
meningkat dengan ketara dan signifikan pada tahuh 1990an (McCall
1991; Hugo 1993). Mengikut kajian aliran penghijrahan penduduk
akan meningkat pada masa hadapan sekiranya kuasa menolak dan
menarik semakin menekan penduduk sesuatu kawasan segera
berpindah (Kliot 1995). Ini membawa
13
maksud sekiranya permasalahan sosoi-ekonomi, politik dan
persekitaran semakin teruk maka lebih banyak penduduk akan
berpindah keluar daripada kawasan-kawasan yang bermasalah. Ini
memberi petunjuk sekiranya masalah kemiskinan dan taraf hidup
yang rendah tidak dapat dikurangkan dalam sesebuah negara maka
penduduknya akan berpindah keluar dan akan berusaha sedaya
upaya memasuki Malaysia misalnya untuk mencari pekerjaan dan
pendapatan yang lebih baik untuk dirinya serta keluarga.
Kesediaan Malaysia mengambil pekerja asing bagi menampung
kekurangan tenaga manusia telah menimbulkan pelbagai masalah
kepada negara dan masyarakat Malaysia. Walau pun begitu
menurut laporan The Global Commission on International Migratin
2003 migrasi antarabangsa dapat memainkan peranan positif dalam
proses pembangunan manusia yang membawa faedah kepada
penduduk negara maiskin dan kaya (United Nations 2005). Namun
begitu, sekiranya pengambilan pekerja asing di buat secara tetap
sudah pasti ia akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik
yang lebih komplikated dan bagi mengelak pembentukan
masyarakat majmuk pelbagai etnik atau heterogeneous seperti
mana yang cuba dielak oleh negaranegara Eropah Barat dan Telok
(Weiner, 1990).
Pembentukan masyarakat seumpaman ini akan menimbulkan lebih
banyak lagi masalah social dan budaya yang boleh mengugat
keamanan dan kesejahteraan hidup rakayat Malaysia sekarang.
Pandangan ini perlu dititikberatkan oleh semua pihak terlibat kerana
penghijrahan pendatang tanpa inzin akan terus meningkat pada
masa hadapan (Rystad, 1992). Malaysia harus bersedia menghadapi
sebarang tekanan dan perubahan dalam komposis tenaga buruh
serta dapat meramalkan beberapa insiden yang dijangka akan
berlaku akibat kebanjiran pekerja asing yang ramai di negara ini.
Penduduk Menua (Ageing Population)
Penduduk Menua adalah merujuk kepada penduduk berumur 60
atau 65 tahun dan ke atas. Perangkaan penduduk menunjukkan
jumlah penduduk tua dunia telah meningkat dengan mendadak
daripada 131 juta tahun 1950 kepada 469 juta tahun 2000. Adalah

dianggarakan jumlahnya akan meningkat kepada 813 juta tahun


2025 atau kira 10.4
14
perataus daripada 8.72 bilion penduduk dunia pada tahun tersebut.
Di Malaysia jumlah penduduk tua semakin meningkat. Pada tahun
1991 jumlahnya 679,600 orang atau 3.7 peratus meningkat kepada
900,600 oatau 3.8 daripada jumlah penduduk pada tahun 2000
(Jabatan Perangkaan Malaysis 2005). Jumlahnya di jangka
meningkat kepada 2.85 juta atau 9.2 peratus daripada 31.0 juta
penduduk Malaysia pada tahun tersebut (United Nations 1999).
Salah satu aspek penting dalam permasalahan golongan tua ini
adalah aspek living arrangement kehidupan mereka. Barangkali isu
yang paling penting sekali yang patut dipertimbangkan bagi
golongan ini adalah status masa depan mereka dengan
menghormati untuk membantu mereka menjalani kehidupan nyang
lebih baik (Knodel dan Debavalya 1992). Kajian di tiga buah Negara
Asia iaitu Indonesia, Sri Lanka dan Thailand menunjukkan terdapat
tekanan terhadap keluarga bagi menyediakan aspek penjagaan
kepada golongan tua (Andrews dan Hennink 1992). Isu ini
sepatutnya menjadi sebahagian daripada dasar pembangunan
keluarga bagi menjamin penjagaan yang sempurna dan terbaik bagi
golongan tersebut. Sistem sokongan keluarga amat penting
dilaksankan di Malaysia untuk memastikan golongan tua mendapat
pembelaan dan penjagaan yang terbaik dan teerpelihara.
Dalam situasi hari ini penduduk tua dapat digolongkan kepada tiga
kumpulan. Pertama individu yang sihat yang dapat menjaga dirinya
memerlukan penjagaan perubatan yang minima. Kedua individu
yang terhad aktivitinya dan mereka memerlukan bantuan untuk ke
tandas/mandi dan makan. Penjagaan perubatan dan rawatan yang
rendah. Ketiga individu yang sangat memerlukan penjagaan
kesihatan dan rawatan perubatan seperti memberi suntikan,
membuang air kecil dan makan menggunakan tiub. Kebanyakan
mereka adalah terlantar di atas katil (Peggy Teo, 1992). Masyarakat
kita sekarang haruslah melihat permasalahan golongan tua ini
sebagai suatu tanggungjawab yang wajib dipikul oleh semua pihak
terutama anak-anak memelihara atau menjaga ibubapa mereka.
Mereka iaitu anak-anak haruslah memikul tanggugjawab ini dengan
penuh kerelaan demi menjaga maruah keluarga dan bukannya
membiarkan masalah penjagaan ibubapa
15
mereka dipikul oleh pihak lain seperti Jabatan Kebajikan masyarakat
dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan individu yang berminat
berbuat demikian.
Penutup
Di Malaysia kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi sejak lebih 30
tahun yang lalu telah memberikan impak yang besar terhadap
negara dan masyarakat Pendekatan yang baik haruslah dicari
bagaimana penyelesaian masalah yang ditimbulkan oleh kadar
pertumbuhan yang tinggi ini dapat diselesaikan. Selain daripada

peruntukan yang lebih besar disediakan dalam bidang pendidikan


kerajaan juga haruslah melihat masalah sosio- demografi itu
daripada persepektif sesuatu kawasan. Isu yang utama bagaimana
untuk memastikan setiap pelajar sekolah rendah menyembungkan
pelajaran ke tingkatan satu.
Keciciran sewaktu dalam tingakatn satu hingga tiga akan
menyebabkan pelajar-pelajar tersebut mudah terjebak dalam kes
jenayah seperti yang banyak berlaku sekarang. Pelajar-pelajar yang
terlibat tidak mempunyai sebarang kemahiran dan latihan. Dalam
situasi ini kepastian mereka mendapat latihan dan pendidikan
adalah amat penting bagi mengelak mereka melakukan perkaraperkara yang tidak berfaedah. Dalam aspek penjagaan orang tua
keluarga mestilah mengambil tanggungjawab penting untuk
menjaganya bukannya diserah kepada pihak lain. Sekiranya perlu
satu rang undang- undang patut disediakan bagi memastikan
penjagaan orang tua diuruskan dengan lebih teratur. Kemasukan
pekerja asing haruslah diperiksa daripada masa ke masa untuk
memastikan kedatangan mereka benar-benar memberi faedah
kepada sector pekerjaan dan ekonomi Malaysia. Satu pananda aras
atau petunjuk haruslah disediakan bagi mengkaji perkembangan
daripada segi kualiti dan kuantiti pekerja asing tersebut. Ini penting
agar kebanjiran mereka tidak akan menjejaskan peluang pekerja
tempatan memperolehi pekerjaan di negara mereka sendiri.
RUJUKAN
Dwyer, D.J. (1987) New population policies in Malaysia and
Singapore, Geography, 72: 248-249.
16
Hugo, G. (1993) Indonesian Labour Migration to Malaysia: Trends
and Policy Implications, Southeast Asian Journal of Social Scienece,
21(1):36-70.
Jabatan Perangkaan Malaysia (1972) Perangkaan Penting Malaysia
Barat 1970, Kuala Lumpur.
------------------------------- (1983) Laporan Am Banci Penduduk, Jilid 1,
Kuala Lumpur. ------------------------------------- (2001) Siri Masa
Perangkaan Penting Malaysia,
1963-1998, Kuala Lumpur.
--------------------------------------(2003) Perangkaan Penting Malaysia
2003, Kuala
Lumpur.
-------------------------------------- (2005) Laporan Am Banci Penduduk dan
Perumahan, Kuala Lumpur.
------------------------------------- (2005a) Bank Data Negeri/Daerah
Malaysia 2005,
Kuala Lumpur.
Kliot, N (1995) Global Migration and Ethnicity: Contemporary casestudies. Dalam Geographies of Global Change, Johnston, R.J. et al.
(Eds), Blackwell Publisher: 176- 190.

Knodel, J dan Devavalya, N. (1992) Sosial and Economic Support


Systems for the Elderly in Asia: An Introduction, Asia-Pacific
Population Journal, 7(3): 5-12.
McCall, G. (1991) The Future of Migration in the Pacific and Asia,
International Migration Review, 25 (3): 620-624.
Peggy Teo (1992) Is Institutionalization the Answer for the Elderly?
The Case of Singapore, Asia-Pacific Population Journal, 7(1): 65-79.
Rystad, G. (1992) Immigration History and the Future of
International Migration, International Migration Review, 26(4): 11681199.
Weiner, M (1990) Immigration: perspectives from receiving
countries, Third World Quarterly, 12 (1): 140-165.
United Nations (1999) World Population Prospects The 1998
Revision, New York. ------------------- (2005) Report of the Global
Commission on International Migration,
Population and Development Review, 31(4): 787-798.
17

Você também pode gostar