Você está na página 1de 1

AKTA PENDIDIKAN 1961

Objektif Dasar Pendidikan Kebangsaan dinyatakan dalam Pendahuluan kepada Akta


Pelajaran, 1961, iaitu Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan
dalam Ordinan Pelajaran 1957 adalah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan
yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan
kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya
Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian
Pendidikan dengan berpandukan Penyata Razak 1956 dan Laporan Talib 1960 telah
mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum
dan menyediakan tenaga kerja (tenaga rakyat ialah istilah yang digunakan oleh
Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi.
Disini, kita boleh lihat bahawa secara amnya, akta ini berdasarkan cadangancadangan yang dikemukakan oleh Laporan Razak 1956. Asas utama yang
dikemukakan oleh laporan tersebut ialah pelaksanaan Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Justeru, akta ini diwujudkan untuk melahirkan masyarakat majmuk
yang bersatu padu. Akta ini merupakan satu mandat untuk mewujudkan satu sistem
pendidikan yang bercorak kebangsaan yang memberikan tumpuan atau penekanan
kepada perkara-perkara seperti penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar, penggunaan kurikulum yang sama bagi semua sekolah dan pengambilan
peperiksaan awam yang sama oleh semua murid.
Tujuan utama Sistem Pendidikan Kebangsaan menekankan perkara-perkara di
atas adalah untuk mewujudkan satu bentuk identiti kebangsaan yang menyumbang
ke arah perpaduan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.

Você também pode gostar