Você está na página 1de 10

AMALI 1 : MENGKAJI AWAN DAN CUACA

TUJUAN :
Mengkaji hubungan antara perbezaan bentuk dan jenis awan dengan cuaca yang
berlaku ketika pemerhatian dijalankan.
Teori :
Udara mengandungi wap air. Apabila wap air ini meluap menjadi titisan air maka
awan akan terbentuk. Udara panas mengandungi lebih banyak wap air, justeru, udara
panas yang sarat dengan air ini akan naik tinggi dan apabila tiba di satu lapisan yang
mempunyai suhu yang lebih rendah, wap itu akan mencair dan awan akan terbentuk.
Suhu udara tidak berubah, tetapi keadaan atmosfera adalah lembap. Udara tersebut
semakin lama akan menjadi semakin tepu dengan wap air.
Awan mempunyai beberapa jenis dan peringkat iaitu yang pertama ialah
kumpulan awan pada peringkat rendah .Kumpulan awan ini berada pada ketinggian
kurang daripada 2,000 meter.Antara jenis awan rendah ialah awan stratus,kolumbus
dan komulunimbus.Manakala awan pada peringkat pertengahan pula ialah awan
Altokumulus.Kumpulan awan ini berada pada ketinggian 200-5000 meter.Awan pada
peringkat tinggi pula ialah awan Sirus, Sirokumulus dan Sirostratus.Awan ini terletak
pada ketinggian yang melebihi 6000 meter.
HIPOTESIS :
Bentuk dan jenis awan mempengaruhi cuaca persekitaran.

KEMAHIRAN PROSES SAINS :


1. Memerhati
2.Mengelas
3.Meramal
4.Membuat inferens
5.Komunikasi
6.Mentafsir data
7.Membuat hipotesis

ALAT/RADAS :
Kamera Digital,Pen, Kertas

Prosedur Amali :
1) Sebelum pemerhatian awan dilakukan, maklumat mengenai awan telah dicari
dan dikumpulkan sebagai rujukan amali. Rujukan diambil daripada manamana sumber bahan bacaan.
2) Lokasi pemerhatian awan dipilih. Pemerhatian telah dijalankan selama 2
minggu berturut-turut.
3) Pemerhatian dijalankan pada waktu yang sama setiap hari di lokasi yang
sama.
4) Gambar pemerhatian awan diambil menggunakan kamera digital.
5) Pemerhatian awan direkodkan. Rekod pemerhatian termasuklah perubahan
cuaca pada hari tersebut samada hujan atau tidak.
6) Data yang dikumpulkan dianalisis dan ditafsirkan.
7) Laporan lengkap amali disediakan.
8) Laporan lengkap amali turut disertakan bersama jadual, gambar dan carta
sebagai bahan sokongan pemerhatian.
9) Kepentingan dapatan amali dibincangkan.

LANGKAH BERJAGA-JAGA :
1. Memastikan tidak terdapat halangan terhadap awan seperti asap tebal ketika gambar
awan diambil.
2. Memastikan gambar diambil di tempat yang lapang.
3. Memastikan gambar diambil tepat pada masanya.

DAPATAN KAJIAN :

HARI

TARIKH
SUHU
DAN MASA
23C

KELEMBAPAN

KEADAAN AWAN

91%

13/1/16
7.00 AM

PEMERHATIAN :

1
31C

67%

1.00 PM

PEMERHATIAN :
HARI

TARIKH
SUHU
DAN MASA

KELEMBAPAN

KEADAAN AWAN

67 %

PEMERHATIAN : Awan Kumulus


Merupakan awan tebal dengan
puncak yang agak tinggi.
Gumpalan putih atau cahaya
kelabu terlihat seperti bola

14/1/16
7.00 AM

31C
1.00 PM

HARI

TARIKH
SUHU
DAN MASA

KELEMBAPAN

kapas yang mengembang.


Awan ini berbentuk garis besar
yang tajam dan dasar yang
datar.
Ketinggian awan ini umumnya
1000m dan lebar 1 km.

KEADAAN AWAN

25C
15/1/16
7.00 AM

PEMERHATIAN :
25C

86%

1.00 PM

PEMERHATIAN :

HARI

TARIKH
SUHU
DAN MASA

KELEMBAPAN

KEADAAN AWAN

25C

78%

16/1/16
7.00 AM

4
PEMERHATIAN : Awan Sirostratus
Bentuknya seperti kelambu
putih yang halus yang menutup
seluruh langit sehingga nampak
cerah.
Awan ini membentuk lingkaran
yang bulat yang mengelilingi
matahari dan bulan yang
biasanya berlaku pada musim
kemarau.
31C

73 %

1.00 PM

PEMERHATIAN:

HARI

TARIKH
SUHU
DAN MASA

KELEMBAPAN

KEADAAN AWAN

23C

92%

17/1/16
7.00 AM
5

PEMERHATIAN :
31C

71 %

1.00 PM

HARI

TARIKH
SUHU
DAN MASA
23C

KELEMBAPAN

KEADAAN AWAN

93 %

18/1/16
7.00 AM

6
PEMERHATIAN:

31C

66 %

1.00 PM

PEMERHATIAN :

Perbincangan:

Tugasan berkaitan awan dan cuaca memberi pengalaman dan pengetahuan


baru kepada saya. Selama ini saya sekadar mengetahui tentang cuaca mendung, cerah
dan hujan sahaja. Kini saya mengenali nama-nama awan dan cuaca yang berlaku
seiring dengan perubahan bentuk awan itu sendiri. Rupa-rupanya kita boleh mendapat
maklumat tentang cuaca melalui pemerhatian terhadap bentuk atau jenis awan. Melalui
pemerhatian saya bersama rakan sekumpulan, saya dapati terdapat beberapa jenis
awan yang dapat dilihat sepanjang tempoh pemerhatian itu.Misalnya, ialah awan
sirostratus dan kumulus.
Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan, terdapat perbezaan yang ketara
dapat dilihat pada kekerapan jenis awan yang kelihatan. Jenis awan kumulus
merupakan keadaan awan yang sering dapat dilihat ketika pemerhatian. Awan
Kumulus ini ialah jenis awan yang berada di peringkat tinggi yang sedang dalam
peringkat menaik ataupun Awan Tegak. Awan kumulus ini merupakan awan yang
berkepul-kepul warna putih kapas. Awan ini menggambarkan keadaan cuaca yang
cerah dan baik. Awan sirus pula merupakan awan pada peringkat tinggi.
Berdasarkan amali ini, saya telah dapat mengenal pasti kepentingannya dalam
kehidupan seharian kita. Melalui perubahan bentuk dan jenis awan, manusia dapat
meramal keadaan cuaca sehingga dalam tempoh seminggu akan datang. Apabila pihak
berkenaan dapat membuat ramalan cuaca, mereka akan bertanggungjawab untuk
menyebarkan maklumat kepada orang ramai.
Seterusnya, melalui maklumat itu, manusia dapat merancang aktiviti kehidupan
seharian agar factor cuaca tidak menjadi penghalang untuk meneruskan aktiviti.

Ramalan cuaca bukan sahaja penting kepada masyarakat di sesebuah tempat, tetapi
juga memberi kemudahan kepada sektor penerbangan,industri cari gali, perkapalan,
ketenteraan termasuk marin dan tentera udara. Begitulah juga dengan pengangkutan
udara iaitu sistem penerbangan. Tambahan lagi, dengan ramalan cuaca, pihak berwajib
dapat mengeluarkan amaran berjaga-jaga lebih awal kepada masyarakat sekiranya
bencana alam seperti banjir kilat dijangka akan berlaku. Secara keseluruhannya, apa
yang saya dapati hasil daripada pemerhatian ini menunjukkan pembentukan awan
merupakan antara faktor yang mempengaruhi cuaca selain daripada
suhu,kelembapan, hujan, angin dan sebagainya.
1. Awan sangat penting untuk sistem atmosfera bumi. Awan berperanan untuk:

Awan membolehkan kita mengetahui proses atmosfera yang berlaku.


Contohnya awan kumulus menunjukkan pemanasan permukaan dan
pergolakan atmosfera.
Mengatur keseimbangan bumi dengan memantulkan dan menyerap sinar

infra-merah bumi.
Awan membantu mengagihkan semula haba tambahan dari khatulistiwa

ke kutub.
Awan diperlukan untuk proses pemendakan berlaku dan penting dalam
kitaran hidrologi.

2. Berdasarkan penemuan ini, terdapat beberapa implikasi penemuan ini dalam


kehidupan seharian iaitu :

Ia dapat membantu dalam merancang sebuah aktiviti yang dijalankan di


luar. Contohnya karnival olahraga tahunan. Guru yang mempunyai ilmu
tentang awan ini boleh membuat ramalan tentang cuaca pada hari

tersebut dengan melihat jenis awan yang terbentuk.


Ia juga dapat membantu dalam membuat ramalan kejadian hujan.
Contohnya pembentukan awan kumulonimbus dan nimbostratus.

Kesimpulan :
Hipotesis diterima. Bentuk dan jenis awan mempengaruhi cuaca
persekitaran. Kesimpulannya,pembentukan awan dan pengenalpastian jenis awan

merupakan salah satu faktor utama yang diambilkira untuk membuat sebarang ramalan
cuaca.

Rujukan:
Buku
Lutgens, F.K., Tarbuck, E.J. (2005). Foundations of Earth Science 4th Edition. New
Jersey: Pearson Prentice Hill.
Seed, M. A. (2007). Foundation of Astronomy 9th Edition. Belmont: Thomson.
Broadfoot, J. B. (2004). Weather and Climate. Brisbane: QUT.
Laman Sesawang
Jabatan Meteorologi Malaysia. Awan. http://www.met.gov.my/
AccuWeather, Inc. http://www.accuweather.com/

Você também pode gostar