Você está na página 1de 6

SOALAN RANGSANGAN KMK P1 (INILAH HIKAYAT PERI MENYATAKAN NABI

WAFAT)

Soalan 1:
Maka sabdanya Rasulullah kepada sidang jumaah, Hai segala
sidang jumaah, jikalau kamu hendak melihat rupa orang di dalam
syurga lihatlah olehmu Akasyah itu. Setelah itu maka sabda
Rasulullah kepada sidang jumaah, Hai kamu sekalian, banyaklah
membawa iman dan Islam dan janganlah kamu lupakan Allah SWT dan
hendaklah kamu sentiasa sembahyang lima waktu dan kasihkan anakanak yatim supaya jangan kamu lupa pengajaranku. Maka sabda
Rasulullah kepada sekalian jumaah, Baiklah kamu sepeninggalanku,
Abu Bakar akan gantiku imam kamu. Maka sidang jumaah sekalian
pun menangis-nangislah berseru-seru dengan nangisnya demikian
bunyinya itu, Ya junjunganku, siapakah tempat kami mengadukan hal
ehwal kami itu. Maka kata sidang jumaah sekalian, Wah batu kepala
tuan panggilkan kami ini. Maka bertangis-tangislah segala sidang
jumaah itu. Maka sabda Rasulullah kepada Abu Bakar, Hai Abu Bakar
panggilkan aku baginda Ali kerana aku sangat uzurnya rasanya
badanku. Maka Abu Bakar pun memanggil. Baginda Ali pun datang ke
hadapan Rasulullah. Maka sabda Rasulullah, Hai Ali dan anak Abbas,
dukunglah aku ini perlahan-lahan ke rumah Aisyah.
[ Inilah Hikayat Peri Menyatakan Nabi Wafat, Permata Sastera
Melayu: hlm. 96]

a) Nyatakan peristiwa yang membawa pengiktirafan Akasyah sebagai bakal ahli


syurga seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. [ 5 ]
Skema Jawapan:
F1: Keberanian Akasyah yang mendakwa bahawa Rasulullah ada
berhutang dengannya iaitu hendak membalas pukulan cemeti
Rasulullah yang terkena anggota badannya ketika Rasulullah hendak
keluar berperang di jalan Allah (Fi Sabilillah).
HC1: Beliau menyahut seruan Rasullullah agar kewafatannya nanti tidak
menanggung sebarang hutang di dunia dan akhirat
HC2: Menunjukkan kejujurannya bahawa Rasulullah SAW ada melakukan
kesilapan (walaupun maksum- terhindar daripada kekurangan/cacat cela)
Kesimpulan: Tindakan ini memaparkan kelebihan Akasyah yang berani
menyatakan kebenaran walaupun kesalahan dilakukan oleh Rasulullah SAW.

F2: Akasyah benar-benar mahu melakukan qisas (hukum balas)


sehingga menyebabkan Rasulullah terpaksa membuka bajunya
(sama keadaan Akasyah yang terkena pukulan cemeti Rasulullah
SAW dalam keadaan ketika itu Akasyah juga tidak berbaju.
HC1: Ramai sahabat dan anggota keluarga Rasulullah SAW mahu
menggantikan beliau, namun beliau tetap bertegas mahu menjalankan
hukum qisas itu.
HC2: Hal ini menggambarkan hukum qisas ini tidak boleh dipermudahkan dan
boleh digantikan hukumannya kepada orang lain.
Kesimpulan: Ketegasan ini akhirnya Rasulullah SAW menyimpulkan bahawa
Akasyah termasuk sebagai ahlul Jannah (bakal ahli syurga), kerana berani
menjalankan hukum qisas (balasan) tanpa mengira darjat, kedudukan dan
pangkat (berpegang teguh kepada syariat agama).
F3: Kesudian Akasyah mengampunkan Rasulullah SAW dengan
syarat dapat memenuhi impiannya mencium pusat Rasulullah.
HC1: Akasyah akhirnya tidak jadi memalu Rasulullah setelah terlihat pusat
Rasulullah SAW, sebaliknya segera mengambil peluang mencium pusat
Rasulullah iaitu keiiginannya yang sudah lama tersimpan dalam hatinya.
HC2: Balasan qisas yang terbatal itu menyebabkan sidang jumaah mengucap
salam dan takjub kepada pendirian Akasyah
HC3: Muka Akasyah bercahaya-cahaya seumpama bulan penuh setelah
mencium pusat Rasulullah SAW (kelebihan yang diberi oleh Allah SWT).
Kesimpulan: Tindakan pembatalan hukum qisas inilah dianggap oleh
Rasulullah saw bahawa Akasyah adalah ahlul jannah (bakal ahli syurga)
[ Mana-mana 1 Fakta: 1F x 2 markah = 2m, 1HC x 3m= 3 markah = 5
markah ]
b) Nyatakan dua mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang berdasarkan
petikan. [ 8 ]
Skema Jawapan:
Mesej1 (M1): Gesaan Rasulullah SAW mengenalpasti ciri-ciri sahabat
yang bakal tergolong sebagai ahli syurga (ahlul jannah)
HC1: Rasulullah memohon agar meneliti setiap perwatakan sahabat yang
boleh dicontohi ketinggian akhlak mereka dan berlumba-lumba dalam
beramal
Mesej 2 (M2): Gesaan Rasulullah SAW agar meningkatkan
ketakwaan dan Iman dengan memperkukuh akidah Islam menerusi
banyak mengingati Allah, solat lima waktum, kasih akan anak yatim
dan tidak melupakan ajaran Islam
HC1: Rasulullah SAW menginggatkan hal ini secara bersungguh-sungguh
sebagai nasihat akhir menjelang kewafatannya

Mesej 3 (M3): Solat dengan dipimpin oleh imam adalah sangat


dituntut walau dalam keadaan apa-apa sekalipun
HC1: Rasulullah pinta sahabat memilih Abu Bakar sebagai pengganti imam
solat sewaktu Rasulullah sedang uzur ketika itu.
Mesej 4 (M4): Memenuhi permintaan di saat uzur adalah sangat
digalakkan
HC1: Ali dan Ibn Abbas mendukung Rasulullah ke rumah Aisyah sebagai
memenuh hajat Rasulullah SAW
HC2: Memenuhi permintaan Rasulullah dianggap sebagai amanah yang wajib
dilaksanakan dalam kalangan para sahabat
[ Pilih mana-mana 2 isi sahaja: 2Fx 2m = 4 m, 2HCx2m= 4m = 8
markah ]

c) Nyatakan tiga kelebihan atau mukjizat Nabi Muhammad S.A.W. seperti yang
digambarkan dalam keseluruhan cerita Inilah Hikayat Peri Menyatakan Nabi
Wafat. [ 12 ]
F1: Nabi Muhammad SAW dapat melihat wajah malaikat (Jibrail dan
Malaikat Maut)
HC1: Nabi Muhammad SAW dapat melihat, menjawab salam, bersemuka dan
berdialog dengan para malaikat
F2: Nabi Muhammad dapat mengetahui ajalnya semakin hampir
dengan kedatangan Malaikat Maut
HC1 & Kesimpulan kecil (K) : Kehadiran Malaikat Jibrail dan Malaikat Maut ke
rumahnya an meminta baginda membacakan ayat berkaitan dengan hal
kematian, menyebabkan secara spontan Rasulullah SAW dapat menafsirkan
kehadiran tersebut.
F3: Nabi Muhammad SAW tidak gentar dengan ajalnya yang semakin
dekat tetapi menangisi umat yang akan ditinggalkannya
HC1 & Kesimpulan Kecil (K) : Nabi Muhammad SAW sangat menyayangi
umatnya dan mengutamakan umatnya lebih daripada dirinya sendiri. Dalam
keadaan apa sekalipun dia tetap memikirkan keadaan umatnya.
F4: Pusat Nabi Muhammad SAW menjadi sebab/asbab muka Akasyah
bercahaya-cahaya setelah mencium pusat baginda
HC1 & Kesimpulan Kecil (K) : Akasyah sahabat nabi mengambil peluang
sebagai kafarah tebusan dosa Rasulullah SAW terhadapnya ialah dengan
mengambil peluang mencium pusat Rasulullah SAW. Peluang keemasan yang
tidak diberikan kepada orang lain. Pusat Nabi Muhammad SAW menyebabkan

muka Akasyah menjadi bercahaya-cahaya merupakan antara salah satu


kelebihan atau mukjizat Nabi
[ Pilih 3 isi sahaja: 3Fx 2m= 6m, 3HCx2m=6, = 12 markah ]

2.

Ulaskan lima aspek yang berkaitan dengan


kepimpinan, hubungan
persaudaraan, dan ketinggian akhlak seperti yang digambarkan dalam
Hikayat Peri Menyatakan Nabi Wafat. [ 25 ]

Skema Jawapan:
Aspek Kepimpinan:
F1:

Kepimpinan Malaikat Jibrail sebagai ketua para malaikat

HC1: Malaikat Jibrail menyampaikan amanah Allah. Malaikat maut


menjalankan perintah Allah. Kepimpinan JIbrail sebagai ketua malaikat
terserlah apabila Jibrail dihormati oleh Malaikat Maut ketika
kedatangan dan perbualan dengan malaikat Maut.
F2:

Kepimpinan Rasulullah memastikan


sentiasa bertakwa kepada Allah

umat

pimpinanannya

HC1: Mengingatkan soal solat, pengganti imam solat,


anak yatim,
meningkatkan iman dan sebagainya kepada para jamaahnya.
F3:

Sikap rendah diri Rasulullah terhadap sesama makhluk Allah


(para malaikat)

HC1: Sikap Nabi Muhammad ketika meraikan kedatangan malaikat Jibrail


dan malaikat Maut. Nabi mengucapkan salam kepada kedua-dua
malaikat tersebut dan menerima kehadiran mereka serta mengikut
kehendak malaikat tersebut membacakan surah yang dimaksudkan.
F4:

Kepimpinan Rasulullah memastikan solat jamaah dilaksanakan


dengan memilih imam yang berkaliber (Abu Bakar As Sidiq)

HC1: Rasulullah SAW mengambil berat soal imam solat, dan meminta para
sahabat/jumaah agar meminta Abu Bakar menjadi imam solat kerana
baginda uzur.
F5:

Kepimpinan Rasulullah SAW sebagai pemimpin keluarga; etc


hubungan baik dengan isterinya Aisyah dan anaknya Fatimah

HC1: Rasulullah SAW mententeramkan anggota keluarganya terutama


Fatimah dengan mengingatkan soal kematian yang pasti diharungi
oleh setiap manusia dan para anbiya (nabi) terdahulu.
F6:

Kepimpinan Rasulullah SAW yang tidak memilih bulu dalam


soal hukum balasan (qisas)

HC1: Rasulullah merelakan dirinya diqisas (dibalas pukul dengan cemeti)


oleh Akasyah tanpa menghiraukan rayuan sahabat-sahabat dan
anggota keluarga kepada Akasyah. Bahkan baginda sanggup membuka
bajunya sebagai kesediaaan menjalani hukuman qisas itu.

[ Pilih mana-mana 2 isi sahaja: 2Fx 2m= 4m, 2HCx3m=6m= 10


markah ]

Hubungan Persaudaraan:

F7:

HC1:

Sikap anggota keluarga Rasulullah yang berlumba-lumba untuk


menjadi pengganti Rasulullah yang akan dijatuhi hukuman
qisas (balasan hukuman) oleh Akasyah; etc Fatimah sendiri
sanggup menggantikan ayahn ya sebagai subjek yang
dikenakan balasan qisas
[huraian yang berkaitan]

F8:

Sikap para sahabat nabi yang berlumba-lumba untuk menjadi


pengganti
Rasulullah yang akan dijatuhi hukuman qisas
(balasan hukuman) oleh Akasyah; etc Abu Bakar dll

HC1

[huraian yang berkaitan]


[ Pilih mana-mana 1 isi sahaja: 1Fx 2m = 2m, 1HCx3m=3m = 5
markah ]

Ketinggian Akhlak:

F9:

Ketinggian akhlak Malaikat Jibrail dan Malaikat Maut dalam


menyampaikan perintah Allah untuk mewafatkan Nabi
Muhammad SAW

HC1: Cara yang berhemah disampaikan oleh Malaikat Jibrail dan Malaikat
Maut kepada nabi menersui surah yang berkaitan dengan kematian,
supaya nabi Muhammad SAW tidak terkejut
F10: Ketinggian akhlak para sahabat dan kaum keluarga Nabi
Muhammad SAW merayu-rayu agar hukuman terhadap
Rasulullah SAW ditarik balik atau dipindahkan hukuman qisas
itu kepada para sahabat dan kaum keluarga terdekat nabi.
HC1: Sababat Nabi seperti Abu Bakar dan kaum keluarga Nabi seperti
Fatimah, merayu kepada Akasyah agar menggantikan mereka sebagai
subjek untuk dikenakan hukuman balas/qisas itu dan tidak dikenakan
ke atas Nabi Muhammad SAW
F11: Ketinggian akhlak Akasyah yang sanggup membatalkan
keinginannya untuk membalas hukuman memukul anggota
badan Rasulullah SAW dengan cemeti , sebaliknya mengambil
peluang
mencium
pusat
nabi
sebagai
melepaskan
hasrat/keinginanannya.
HC1: Akasyah akhirnya membatalkan hasratnya untuk mengenakan
hukuman qisas ke atas Nabi Muhammad SAW kerana tidak sampai hati
setelah melihat tubuh badan Rasullah SAW setelah Rasulullah
menanggalkan pakaiannya. Kesanggupan melupakan hukuman qisas
ini menunjukkan ketinggian akhlak Akasyah.
[ Pilih mana-mana 2 isi sahaja ; 2Fx2m=4m, 2HCx3m=6m = 10
markah ]
Jumlah markah keseluruhan (25 markah )
5Fx2m = 10 markah
5HCx3m= 15 markah

Você também pode gostar