Você está na página 1de 12

AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB

Pendahuluan
Pengertian Amanah dan tanggungjawab
1.

a.

Dari Segi Bahasa.

Bermaksud tidak belot atau tidak menipu iaitu

merujuk kepada sifat kesetiaan, kebaktian, tidak belot, petaruhan


b.

Pengertian Dalam Istilah Akhlak.

Amanah ialah suatu gerak atau

kehendak hati yang mengajak untuk menuruti apa yang telah ditetapkan sebagai
kewajipan atas dirinya dan merupakan suatu kemestian yang perlu dilaksanakan. Ianya
merupakan keperluan hati paling terutama yang mesti ada.
c.

Hubungan Antara Amanah Dan Tanggungjawab .

Melihat kepada

pengertian yang diberikan di atas maka dapatlah difahami bahawa di antara keduanya
mempunyai hubungan yang sangat rapat. Ini kerana peribadi bertanggungjawab akan
hanya lahir dari perasaan amanah manakala sifat amanah akan sia-sia tanpa perlaksanaan
tanggungjawab.

2.

Ciri-ciri insan beramanah dan bertanggungjawab.

Sebenarnya daerah

keluasan pengertian amanah terlalu luas iaitu merangkumi apa yang wajib dipelihara dan
yang wajib ditunaikan kepada yang berhak. Iklas dan ihsan kepada individu atau
mesyarakat dan seumpamanya adalah amanah.

3.

Namun secara umumnya, ciri-ciri amanah itu bolehlah dibahagikan kepada tujuh

perkara:

a.

Amanah Pada Bicara/Lisan.

Bermaksud apabila berbicara ataupun

mengucapkan sesuatu maka hendaklah bertanggungjawab sepenuh ke atasnya.


Iaitu bercakap pada perkara yang benar dan perlu serta tidak berkata-kata dengan
yang batil atau yang sia-sia.
b.

Amanah Pada Janji.

Mengharapkan pada janji adalah merupakan suatu

penantian maka menunaikannya adalah melegakan suatu kedambaan. Oleh itu


setiap janji wajib ditunaikan dengan segala kemampuan dan usaha yang ada.
c.

Amanah Pada Amanah.

Ini bermaksud setiap sesuatu yang dimaklumi

dan ianya tidak perlu untuk dihebahkan maka ianya menjadi suatu amanah yang
perlu dipelihara walaupun sekadar sebuah cerita. Inilah yang dimaksudkan dalam
satu pesanan, Jika seseorang bercerita kepada seseorang lain kemudian dia
pergi maka itu menjadi amanah.
d.

Amanah Pada Mata (Anggota).

Amanah pada mata di sini hendaklah

difahami menunaikan hak-hak mata dan juga anggota pancaindera yang lain dari
melewati yang sepatutnya. Contohnya mata tidak harus dilazimkan melihat
perkara yang tidak disukai sesama manusia seperti mengintai, telinga jangan
dibiasakan mendengar sesuatu yang tidak elok seperti umpatan, cemuhan dan
sebagainya.
e.

Amanah Pada Maruah.

Ini bermakna setiap individu samada lelaki

atau pernpuan perlu memelihara amanah besar ini. Ianya adalah kerana berpunca
dari kelalai amanah inilah yang melahirkan pekerjaan yang tertua di muka bumi
(pelacuran) dan itulah jua punca besar kerosakan dan huru-hara, penyakit dan
celarunya keturunan di dunia ini.

f.

Amanah Pada Tangan (Kuasa).

Amanah dengan tangan yang

diberikan disini tidaklah semata-mata bermakna tangan sebagaimana biasa


difahami. Namun ia juga bermaksud tuntutan amanah perlu ditunaikan kepada
sesiapa yang mempunyai kekuatan atau kekuasaan seperti pemimpin, pentadbir,
pengurus dan sebagainya, iaitu merujuk kepada manusia pengurus alam ini.
g.

Membuat Persaksian Palsu.

Adapun apa yang disebut dengan

persaksian palsu dan juga sumpah palsu ialah bertujuan untuk mendapatkan hak
dan harta benda orang lain tanpa sebenar. Perkara ini termasuk dalam kesalahan
besar yang ditegah.
4.

Perkara utama yang difokuskan dalam membicarakan tajuk amanah ialah

penyelewengan terhadap fungsi lidah atau lisan. Ini kerana dusta adalah merupakan sifat
kelaziman orang yang talam dua muka. Selain dari tujuh ciri-ciri yang dibincangkan di
atas, ada beberapa ciri-ciri yang lain boleh diikuti. Antaranya ialah:
a.

Bijaksana(Fatanah)
Bertindak dengan penuh hemah dan rasional dengan menggunakan segala

sember yang ada ke arah pencapaian matlamat dan hasil yang berkualiti.
b.

Benar(Siddiq)
Membuat pernyataan sama ada secara lisan atau penulisan berdasarkan

apa yang didengar atau dilihat tanpa sebarang pengurangan atau pemanbahan
fakta.

c.

Telus (Tabligh)
Menyampaikan sesuatu melalui perbuatan (termasuk penulisan dan

percakapan) kepada yang sepatutnya (hak) dengan jelas dan terbuka tanpa
berselindung.
d.

Adil.
Membuat sesuatu keputusan serta melaksanakan tindakan mengikut

kehendak undang-undang dan peraturan yang ditetapkan dengan berani tanpa


pilih kasih dan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
e.

Bersyukur.
Menghargai dan redha di atas setiap nikmat dan pemberian dengan

menzahirkan melalui tindakan bekerja dengan penuh tekun, patuh kepada arahan,
sabar menerima dugaan dan sanggup mengorbankan masa serta tenaga demi
kepentingan jabatan, negara dan agama.
Kesinambungan amanah dan menepati janji ke atas individu dan masyarakat.
.

5.

a.

Disegani Dan Menjadi Kepercayaan Masyarakat

b.

Membina Keharmonian Manusia

Kesan pengaplikasiannya terhadap diri dan masa ialah:

a.

Disegani Dan Menjadi Kepercayaan Masyarakat

Masyarakat sememangnya amat memerlukan seseorang yang boleh di beri kepercayaan


khususnya dalam urusan pentadbiran hidup.
b.

Membina Keharmonian Manusia

Manusia atau masyarakat akan mendapat kehormanian. Dengan terhapus sikat hasad
dengki,ketidakpuasan hati terhadap seseorang, tiada lagi permasalahan moral begitu jua
dengan amanah kuasa akan di tunaikan sebaliknya.

Membentuk sifat jujur


6.

lahir dari suatu kelaziman pendidikan semasa kecil ataupun dari kesedaran diri

sendiri dan berusaha untuk melakukannya. unsur yang membentuk sifat jujur dalam diri.
Mengetahui Bentuk Dan Gambaran.
suntikan dorongan untuk berlaku jujur kerana mengetahui dengan jelas apa yang ia akan
usahakan tanpa menokok tambah secara yang tidak sebenar.
7.

Mengetahui kebebasan Dan Natijah.

mengetahui bahawa setiap diri itu mempunyai kebebasan dan kemahuannya terhadap
mengetahui natijah yang akan diperolehi kelak. kalau buruk gerak-lakunya maka akan
buruklah natijahnya, begitulah sebaliknya
Kesan sifat jujur dalam kehidupan
a.

Kesan Terhadap Individu.


(1)

Menjadi Kuasa Penilai. menilai peningkatan

produktiviti,

menjadi kuasa raksasa kepada ketinggian nilai amal yang murni.


b.

Kesan Dalam Masyarakat.


(1)

Meninggikan Taraf Kemanusiaan. Kejujuran

mempertingkatkan masyarakat manusia setempat

ke taraf tertinggi.

mampu untuk

(2)

Membentuk Masyarakat Harmonis. sebaga bahan interaksi

dengan individu yang lain. Ikhlas sebagai


titik pemerhatian

antara

individu

teras induk dan sebagai nilai sejagat menjadi

terhadap kelompok manusia,

Pengertian jujur dan ikhlas


8.

Ikhlas bererti menumpukan segala pelaksanan dan ketaatan serta semua perbuatan

semata-mata kepada sasaran.


Galakan memberi pertolongan
9.

Diantara pertolongan yang sangat-sangat digalakan ialah:


a.

Menolong meringankan penderitaan

Memberi nafas baru kepada mana-mana individu atau kumpulan yang menanggung
sesuatu kesusahan.
b.

Menolong memberi kemudahan

mengalami kepayahan seperti orang yang menanggung hutang. Digalakan menolongnya


dengan melepaskan semua atau sebahagian hutang
.

c.

Menolong menutup kesalahan atau keaipan sesama manusia.

Menurut kata nasihat , Bahawa sesiapa yang mendedahkan keaipan saudaranya,


nescaya Allah akan mendedahkan keaipannya sekalipun dirumahnya sendiri. Manakala
manusia ada dua jenis:
d.

Berbakti kepada kedua ibu bapa

e.

Sabar.

f.

Jangan Sombong.

g.

Kesederhanaan.

h.

Membelanjakan Harta Bukan pada Tempatnya

10.

Nilai murni dalam bersosial ialah:


a.

Hubungan Sosial Antara Individu.

berhubung rapat dengan sejarah kehidupan dan peradaban manusia itu sendiri.
diantaranya perhubungan sosial dan konsep bermasyarakat yang toleran ialah:
b.

Meringankan Beban Sesama.

Meringankan

beban

ini

termasuklah

meringankan

kesedihan

sesama

manusia.
c.

Meringankan Kesedihan.

Meringankan kesusahan dan kesukaran termasuklah meringankan kesedihan


yang menimpanya, membantu atau memberi nasihat
atau tenaga, berilah bantuan kepadanya,
jika sakit tolonglah carikan
d.

kepadanya.

bantuan

wang

jika kerana dizalimi orang belalah dia dan

ubat atau bawalah berjumpa doktor.

Memudahkan Hal Atau Urusan Sesama.

Memudahkan hal atau urusan sesama individu .


e.

Berdasarkan kepada Pesanan Cendiakawan,

memudahkan orang lain yang dalam kesusahan, akan dilapangkan dan


memudahkan usahanya dalam menolong saudaranya. Sebaliknya orang yang suka
menyusahkan urusan orang lain, akan sulitlah pula urusannya akan datang.
Kesimpulan konsep tolenrasi Menutup Keaiban sahabat.
Menutup kecelaan atau keaiban sahabat ialah merahsiakan cela dan aib yang tidak
sepatutnya diketahui oleh orang lain. Orang yang berbuat demikian bererti orang yang
memahami jiwa sahabatnya.

ULASAN
Menjaga kemuliaan diri saudaranya, keharuman namanya dan kebagusannya
dengan sepenuh keikhlasan hati. Jangan sekali-kali menghina, mencela atau menodai diri
saudaranya dengan menyebut-nyebutkan keburukannya di khalayak ramai serta
memberikan gelaran-gelaran yang tidak disukainya. Selain itu dilarang pula mengintipngintip dan menaruh sangka yang buruk-buruk terhadapnya. Perbuatan yang demikian
adalah sangat ditegah kerana akan merenggang dan memutuskan tali persaudaraan dan
persahabatan yang mengakibatkan kebencian dan permusuhan antara satu sama lain yang
akhirnya masyarakat menjadi porak-peranda.

Tatacara Umum Bersosial Dengan Jiran.

Adakah engkau tahu apakah hak jiran? Hak jiran itu ialah:

Jika dia meminta tolong padamu, tolonglah dia.

Jika dia meminta pinjam, berilah dia pinjaman.

Jika dia memerlukan sesuatu, usahakanlah untuknya.

Jika dia sakit, kunjungilah dia (ziarah).

Jika dia mendapat kebaikan, ucapkan tahniah kepadanya.

Jika dia mendapat musibah, ucapkanlah takziah atau turut berdukacita.

Jika dia kematian, ikut menghantarkan jenazahnya hingga ke kubur.

Jangan naungi rumahnya dengan rumahmu, sehingga terhalang


angin ketempatnya kecuali dengan keizinannya.

datangnya

Jangan mengganggu dia dengan bau-bauan masakan engkau, kecuali kalau


engkau berikan sebahagian dari makanan engkau kepadanya.

Jika engkau membeli buah-buahan, hadiahkanlah sedikit kepadanya.

Jika engkau tidak menghadiahkan, masuk sahajalah dengan diam-diam (jangan


ditunjukkan) dan jangan pula anakmu membawa ketempatnya buah-buahan tadi
sebab nanti anak jiran itu akan menangis (kerana hendakkan buah-buahan itu)
hasil perbuatan anakmu itu.

TATACARA BERINTERAKSI DENGAN PESAKIT


11.

a.

Hendaklah diziarahi selang sehari. (mengelakkan

kekerapan

dan

kebencian)
b.

Hendaklah memendekkan masa ziarah.

c.

Tidak banyak bertanya. (perkara yang ia tak suka)

d.

Melahirkan rasa kasihan belas (simpati).

e.

Mendoakan dan memberi harapan agar dia segera

f.

Mengawasi pandangan dari melihat keaibanya (jika ia merasa aib kita

sembuh.

memandangnya).
12.

menziarahi orang yang sedang sakit akan memberi harapan dan kesukaanya,

disamping meringankan tanggungan hatinya,


13.

Tatacara Khusus Berinteraksi Dengan Jiran:


a.

Bertegur sapa apabila bertemu

Menyahut seruan dan pelawaan apabila dipanggil


c.

Memberi nasihat ketika diminta

d.

Memelihara dan merahsiakan segala keaibannya

e.

Meringankan beban dan malapetaka yang dihadapinya

NILAI MASYARAKAT LIBERAL


14.

Hubungan Dengan Orang Yang Lebih Tua., anak menghormati ibu bapa. Murid

menghormati guru begitu juga yang muda mesti menghormati orang yang lebih tua.
berkesempatan untuk bertemu dan beramah mesra, bertukar-tukar fikiran dan bergurau
senda dengan menjaga adab-adab kesopanan di antara satu sama lain. Kerana yang tua
lebih dengan pengalamannya manakala yang muda berupaya dengan tenaga dan
fizikalnya.
15.

Hubungan Dengan Golongan Remaja. Pemuda-pemudi merupakan tunggak

negara yang perlu didekati dan dibimbing. Merekalah yang akan mencorakan keluarga,
masyarakat dan negara pada masa-masa akan datang. Apabila baik generasi hari ini, maka
baiklah genarasi pada masa akan datang. Mesti merasakan diri mereka diperlukan dalam
masyarakat, jangan merasa diri mereka dipinggir dan tidak dipedulikan, lalu melakukan
perkara-perkara yang tidak sepatutnya yang merugikan usia, diri dan negara.
16.

Nilai Liberal serta tolak ansur. Masyarakat terutamanya golongan tua perlu

memainkan peranan penting bagi menyedarkan betapa khidmat dan tenaga mereka
diperlukan dalam kehidupaan bermasyarakat. Teguran, nasihat dan bimbingan perlu
diberikan kepada golongan remaja agar kedua-dua golongan ini dapat berjalan seiring
seterusnya akan melahirkan masyarakat penyayang..

Integrasi Nasional
17.

Dalam membentuk integrasi Nasional perkara berikut mestilah dianjurkan


a.

Perpaduan antara kaum

Kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara kita. Tanpa

perpaduan,

negara

akan berada dalam keadaan kucar kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup
dalam aman damai. Bagi mempastikan perpaduan dan kemakmuran ini kekal
ianya perlu

dimulai dengan hubungan baik sesama individu. memupuk

semangat tolenrasi, percaya mempercayai dan perkongsian bijak


diabaikan maka lambat-laun ia akan mencetuskan
perkauman yang akhirnya merebak kepada

antara mereka.

bibit-bibit permusuhan dan

huru-hara,

perpecahan

dan

perbalahan. Tuntutan supaya mengekalkan hubungan yang baik dengan individu.


b.

Melahirkan Kerukunan Bersama.


Satu realiti kehidupan pada hari ini ialah kita dikelilingi oleh manusia

yang mempunyai pelbagai citarasa, pandangan, minat, gaya, sikap, akhlak,


perangai, bahasa dan budaya yang berlainan dan berbeza-beza. Jenis dan ragam
manusia yang bermacam-macam ini ditambah lagi tidak semua mereka memiliki
hati yang suci bersih dan luhur menyebabkan usaha mewujudkan suasana
kerukunan hidup menghadapi sedikit kesulitan dan kerumitan.
c.

Kikis Sifat Negatif.

mengamalkan dan menghayati sikap berlapang dada, bertolak ansur, saling faham
memahami, meningkatkan kesabaran, bertukar-tukar pendapat, mencari titik
persamaan dan mengeratkan hubungan yang renggang dengan penuh hikmah dan
mahabbah. Di samping itu, sikap-sikap yang negatif seperti berburuk sangka,

irihati, dengki, fitnah dan sebagainya perlulah dikikis dan dijauhkan.


Pelbagai pendekatan dan amalan boleh dibuat bagi memenuhi hasrat
tersebut. Antaranya :
d.

Bertegur Sapa.

e.

Kunjung-Mengunjung.

f.

Menghulurkan Bantuan.

g.

Bergotong-Royong.
Aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan kampung, tempat
kediaman, tempat beribadat, balairaya, longkang dan sebagainya ataupun
membaiki rumah atau jambatan akibat bencana alam seperti banjir, ribut,
kebakaran dan sebagainya sememangnya dapat memupuk dan meyemai
hubungan baik.

PENUTUP
18.

Manusia secara semulajadinya suka bermasyarakat. Masing-masing saling perlu-

memerlukan dan tolong-menolong untuk membina hidup yang lebih bererti demi
kepentingan seluruhnya. Tanpa kerjasama yang erat antara satu sama lain maka
pembentukan sebuah masyarakat atau negara yang aman makmur tidak mungkin dapat
diwujudkan.

Você também pode gostar