Você está na página 1de 4

Apa yang dimaksudkan bahan visual dan apakah peranannya dalam kontek

pengajaran dan pembelajaran?


Maksud Bahan Visual
Visual ialah bahan media pengajaran yang menggunakan imej yang dapat dilihat,
atau berdasarkan penglihatan dan merupakan alat komunikasi yang dapat
menyediakan rujukan konkrit yang lebihbaik daripada pernyataan secara lisan atau
bertulis. Menurut Daryanto 1993, bahan visual ialah semua alat peraga yang
digunakan dalam proses pengajaran atau pembelajaran yang boleh dinikmati melalui
panca-indera mata. Oleh itu, kebiasaannya, penggunaan visual dalam pengajaran
dan pembelajaran digunakan dengan media pengajaran yang lain. Visual adalah
media berbentuk paparan interaktif. Visual membolehkan proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan dengan lebih berkesan. Muhamad Hasan A.Rahman
(2000), berdasarkan piramid kadar pemerolehan pengetahuan menunjukkan
penglihatan mencatatkan peratusan terbesar iaitu 83% berbanding rasa, sentuhan,
bau dan pendengaran. Ini menunjukkan bahawa visual membolehkan proses
pemerolehan maklumat berjalan dengan berkesan.
Secara umumnya, bahan visual terbahagi kepada dua jenis iaitu bahan visual
tayangan seperti transperensi dan projektor overhead(OHP), projektor slaid, kamera
video serta video dan televisyen dan bahan visual bukan tayangan. Visual bukan
tayangan boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu bahan 2D dan bahan 3D. Antara
bahan 2D dalam visual bukan tayangan termasuklah carta, poster, kad imbasan,
gambar foto dan grafik, manakala bahan 3D terdiri daripada relia, diorama, boneka,
patung, topeng dan model.
Peranan Bahan Visual dalam kontek pengajaran dan pembelajaran
1. Dapat melibatkan dan menarik perhatian pelajar sekali gus membolehkan
pelajar berfokus kepada perkara yang terpenting
Bahan visual berfungsi sebagai teras di mana mampu menarik dan mengarahkan
perhatian pelajar agar dapat menumpukan perhatian pada isi pelajaran yang
berkaitan dengan makna visual yang dipaparkan atau menyertai teks pelajaran.
Contohnya, kemampuan gambar foto yang merupakan bahan visual bukan tayangan
dapat berbicara banyak dari seribu kata. Hal ini demikian kerana gambar foto
merupakan suatu ilustrasi yang memberikan pengertian dan penjelasan yang amat
banyak dan lengkap dibandingkan dengan teks bacaan sekali gus memberikan suatu
kejelasan pada suatu keadaan, fenomena, benda atau suasana kerana sifatnya yang
lebih konkrit (nyata). Dengan itu, guru boleh menggunakan gambar foto seperti
gambar foto kemalangan jalan raya dalam subjek mata pelajaran bahasa melayu
semasa pengajaran karangan berlaku. Degan penggunaan gambar foto, pelajar
dapat menyampaikan suasana semasa kemalangan jalan raya berlaku dengan jelas
dan tepat melalui medaia gambar foto sekali gus membangkitkan motivasi dan minat
pelajar serta menghidupkan suasana kelas. Dalam mata pelajaran Sains pula,
pelajar juga mampu mengatasi keterbatasan pengamatan dengan menikmati teks
yang disertai gambar foto mengenai sel atau penampang daun yang tak mungkin
dapat lihat dengan mata telanjang. Cara pengajaran sebegini bukan sahaja dapat
membangkitkan dunia teori dengan realiti, malah dapat memperjelas, dan

mempermudah konsep yang kompleks dan abstrak menjadi lebih sederhana, konkrit,
serta mudah difahami. Sangat sering ditemui bahawa pelajar tidak memberi tumpuan
terhadap pembelajaran yang dilakukan, namun selepas menggunakan bahan visual
sebagai media pengajaran, pelajar tersebut dapat lebih diarahkan untuk memberi
perhatian kepada media pembelajaran yang digunakan.
2. Memaparkan apa yang seharusnya dan gambaran sebenar dari fenomenafenomena yang dipelajari
Media pembelajaran visual khususnya mampu memaparkan apa yang seharusnya
dan gambaran sebenar dari fenomena-fenomena yang dipelajari. Dengan
penggunaan media pembelajaran visual, pelajar tidak lagi hanya boleh
membayangkan fenomena-fenamena yang dipelajari sekali gus dapat menganalisis
dan memberi respons dengan perbuatan terhadap fenomena yang dipaparkan.
Sebagai contoh, pentas OHP boleh digunakan bagi menunjukkan eksperimen sains
yang mudah seperti proses penghabloran di dalam bekas kaca atau pembentukan
medan magnet dengan menggunakan lapisan asetat. Dengan cara sebegini itu,
pelajar boleh mengetahui dan mendalami proses penghabloran dengan mudah
sekali gus menganalisis dan membuat hipothesis terhadap fenomena medan magnet
yang telah dipaparkan melalui OHP. Sementelahan itu, penggunaan video sebagai
bahan bantu mengajar memberikan satu pengalaman baru kepada sebilangan
pelajar. Media video dan televisyen dapat membawa pelajar ke mana-mana sahaja,
terutama sekali jika tempat atau peristiwa yang ditayangkan itu terlalu jauh untuk
dilawati, atau merbahaya. Menurut Norizan (2002) di dalam Norhaziana (2005),
beliau menyatakan bahawa sesuatu media berbentuk simulasi adalah perisian yang
memberi gambaran situasi sesuatu keadaan. Pengguna akan seolah-olah berada di
tempat kejadian dan boleh bertindak balas terhadap keadaan tersebut. Dengan
penayangan video, pelajar dapat merasa seolah-olah mereka berada atau turut serta
dalam suasana yang digambarkan. Sebagai contoh, proses penjanaan elektrik dapat
ditunjukkan kepada pelajar melalui video. Ianya dapat membantu pelajar
membayangkan cara kerja stesen janakuasa elektrik di samping memberi
pengalaman kepada para pelajar secara visual.
3. Merangsang emosi, perasaaan serta mengubah sikap pelajar
Bahan visual juga boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk
merangsang emosi, perasaan pelajar. Rentetan itu, penggunaan peranan video yang
bersifat realistik perlu digunakan untuk meraih emosi seseorang kerana gambaran
yang dipaparkan melalui video lebih mudah mencuit emosi pelajar berbanding
penggunaan imej yang bersifat statik. Contohnya tayangan video peperangan yang
realistik lebih cepat menyentuh perasaan murid sekaligus mengubah sikap mereka
supaya menghormati dan mengenang jasa dan pengorbanan perajurit negara.
Tambahan pula, grafik juga dapat membantu dalam mengubah sikap seseorang
pelajar. Seringkali grafik digunakan sebagai agen pemujuk dan ianya lebih berkesan
jika dibandingkan dengan kaedah syarahan. Sebagai contoh, dalam mengajar
pelajar mengenai pengambilan makanan berkolesterol tinggi. Bagi pelajar yang baru
mengetahui apa yang dikatakan kolesterol dapat mengenalpasti contoh-contoh
makanan yang mengandungi kolesterol tinggi. Seterusnya, contoh yang
menunjukkan kesan daripadamengambil makanan yang mengandungi terlalu banyak

kolesterol dapat membantu pelajar mengubah


pengambilan makanan yang berkolesterol tinggi

sikap

untuk

mengurangkan

4. Meningkatkan pengekalan maklumat dalam ingatan seseorang.


Bahan pembelajaran visual yang mengandungi lambang-lambang visual atau
gambar boleh mempercepatkan pencapaian matlamat untuk memahami dan
mengingat maklumat atau mesej yang terkandung pada apa yang dipaparkan.
Mengikut kajian Dwyer, sebanyak 83% keberkesanan tercapai apabila manusia
belajar melalui deria penglihatan. Oleh itu, dengan menggunakan alat bantuan visual
bukan tayangan seperti grafik dapat memberi kesan yang lebih efektif lagi kepada
pelajar untuk mengingati sesuatu dalam jangka masa yang agak panjang. Di
samping itu, penggunaan grafik juga mampu meningkatkan keberkesanan dan
kefahaman pelajar memandangkan ianya disampaikan dalam bentuk visual. Bahan
visual seperti carta, gambar forto, grafik dan lain-lain yang memberi konteks untuk
memahami teks dapat membantu pelajar yang lemah dalam membaca untuk
menyusun maklumat dalam teks dan mengingatinya kembali. Media pembelajaran
visual mampu menampung pelajar yang lemah dan lambat menerima dan
mempelajari pelajaran yang disajikan tanpa menggunakan media. Bagi pelajar yang
lemah, penggunaan video juga boleh digunakan untuk membantu mereka dalam
memudahkan proses ingatan dengan mengulangi kandungan video tersebut
beberapa kali. Menerusi penggunaan video, sesuatu penerangan yang perlu
dilakukan secara berulang-ulang boleh dilakukan dengan lebih mudah. Sebagai
contoh, pengulangan tentang proses membuat kraftangan boleh dipaparkan
berulang-ulang agar murid dapat memahami sesuatu proses pembuatannya dengan
lebih baik.
5. Meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan grafik yang merupakan visual bukan tayangan memainkan peranan
yang penting terhadap pengajaran yang disampaikan oleh seseorang guru. Ia
memberi kesan yang efektif terhadap ucapan guru tersebut dimana guru dapat
menerangkan perkara-perkara yang sukar dan kompleks dengan lebih mudah dan
jelas berdasarkan visual. Misalnya, memperkenalkan topik baru, menjelaskan,
menginterprestasi dan mengukuhkan idea, konsep atau prinsip, merumuskandan
mengulangkaji pelajaran dan melaksanakan aktiviti atau tugasan serta menilai
pengajaran dan pembelajaran. Keyakinan guru juga dapat ditingkatkan dan
mengurangkan tekanan ke atas guru apabila pelajar dapat memfokuskan terhadap
bahan visual. Contohnya, guru boleh menggunakan poster gaya hidup sihat sebagai
alat bantu mengajar untuk menyedarkan pelajar dalam hal hidup yang sihat, seperti
kepentingan menggosok gigi, kemudaratan amalan merokok, mengamalkan amalan
gaya hidup sihat dengan bersenam dan sebagainya. Penggunaan poster dalam
pengajaran mampu merangsang pelajar untuk mempelajari lebih jauh dan
membolehkan pelajar melahirkan perasaan ingin lebih tahu hakikat daripada
pesanan yang disampaikan melalui poster tersebut sekali gus meningkatkan
penerapan nilai-nilai positif semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Pesanan melalui poster yang tepat juga dapat membantu menyedarkan pelajar
dalam kegiatan tersebut sekali gus mengubah tingkah laku pelajar yang buruk.

Você também pode gostar