Você está na página 1de 19

AMARAH

mazhaki
2015

WATAK DAN PEMILIHAN PELAKON


ZULAIKA

Perempuan melayu berumur awal 20-an Bertudung sopan dan bersifat


agresif

HAIDAR

Lelaki melayu berumur lewat 20-an Menyokong barat dan anarkis anti
Islam *Abang Zulaika*

SARA

Perempuan melayu berumur awal 20-an Lemah lembut dan sensitif


*Rakan karib Zulaika*

IBU

Perempuan melayu berumur lewat 40-an Penyayang dan ibu kepada


Zulaika serta Haidar

MARCY

Perempuan cina berumur pertengahan 20-an Westernized dan seksi


*Teman wanita Haidar*

ZACK

Lelaki melayu berumur pertengahan 20-an Playboy tempatan

PAK LEBAI Lelaki melayu berumur lewat 50-an Ketua Kampung


JONATHAN Lelaki india berumur lewat 30- an Berkulit hitam manis dan berbadan
sasa
CIK JEMAH Perempuan melayu berumur lewat 40-an Kaki bergosip
MEI

Perempuan cina berumur lewat 40-an Kaki gosip kampung

BABAK I
ADEGAN I
TIRAI DINAIKKAN
LATAR:

Lampu sorot dihidupkan ditengah-tengah pentas. ZULAIKA sedang


bersimpuh sambil menutup muka. Muzik latar dimainkan. Gesekan
biola dengan alunan melodramatik.

ZULAIKA
Seorang wanita haruslah sopan. Kalau yang Islam kena pakai tudung. Bicaranya juga
lembut. Penuh bahasa. Tinggi budi pekertinya.
*Lampu sorot tengah dipadamkan dan lampu sorot disebelah kiri dipasang*
HAIDAR
Pakai ni untuk apa Nak sokong teroris Memang patut pun amerika tu serang negara
negara teroris tu USA the country of freedom Islam Ya aku memang dilahirkan oleh
seorang ibu beragama Islam dan my ID card also show Islam tetapi tak bermaksud aku
akan sokong golongan teroris tu!
*Lampu sorot sebelah kiri dipadamkan dan lampu sorot tengah dipasang semula
ZULAIKA

APA! Teroris kau cakap aku Teroris! Hei! Sebab kejahilan orang-orang macam kau yang
jahil lagi tidak beradab tulah yang menyebabkan teroris wujud! Islam itu agamanya
syumul! Islam tak pernah suruh pengikutnya bunuh diri untuk memperjuangkan agama
Haram bau syurga bagi mana-mana umat Islam yang bunuh diri! Negara yang kau puja
tu negara yang kau sembah tu itu itu adalah teroris yang paling besar!
IBU (VO)
Sudah! Sudah! Kalau korang nak bergaduh lagi nah ambil pisau ni Bunuh saja mak!
Mak tak sanggup nak tengok kamu dua beradik bergaduh lagi
ZULAIKA (dalam keadaan cemas)
Mak Mak! Mak maafkan Ika mak! Mak!

YATI ( out ):
Ayah! Ayah! Ayah!
ORANG TUA:
Ya Yati? Ayah di dalam bengkel ni. Ada apa nak?
YATI ( out ):
Ayah! Badan mak dah panas dah ni. Yati rasa mak demam.
ORANG TUA berasa gelisah dan melihat keadaan sekelilingnya.

ORANG TUA:
Yati ambil sahaja duit ayah dan belikan Panadol. Beri kepada mak kamu.
Ayah agak sibuk ni.
YATI ( out ):
Tapi ayah
ORANG TUA:
Mak kamu tu demam biasa je Yati. Biasalah orang tua. Sudah, pergi beli
ubat kat kedai. Banyak lagi kerja yang ayah nak kena buat ni.

LATAR:

Lampu pentas digelapkan.

ADEGAN II

LATAR:

Pentas gelap. Dua lampu sorot dipasang, setiap satu dihujung kiri
dan kanan pentas. ANAK sedang memegang bagasi di hujung kiri.
ORANG TUA berada di hujung sebelah kanan. ANAK mengalihkan
pandangan daripada ORANG TUA manakala ORANG TUA sedang
memandang ANAK dengan pandangan yang penuh sayu.

MUZIK LATAR:

lagu sayu.

ORANG TUA:
Kamu nak ke mana tu nak?
YATI (masih tidak menghadap ORANG TUA):
Aku mahu pergi dari sini. Hatiku bukan disini lagi.
ORANG TUA:
Tapi, kenapa? Kitakan ada kedai ini (menunding ke tengah pentas yang
masih gelap). Bila ayah tiada kedai ini milikkau.
YATI (melepaskan bagasi dan memandang ORANG TUA):
Sebab kedai ni lah mak mati ayah! Pagi, petang, malam ayah sibuk
dengan boneka-boneka kayu itu. Waktu mak sakit, ayah dengan boneka. (ANAK mula
menangis). Waktu saya perlukan seorang bapa disisi, ayah dimana? Masih sibuk
dengan boneka-boneka ayah tu!
ORANG TUA (Mula sebak dan berjalan perlahan ke arah YATI):
Ini sahaja sumber rezeki kita nak, mana lagi ayah nak cari duit?
YATI mengangkat semula bagasi
YATI:
Ya. Duit dari boneka-boneka yang ayah sayang itu yang menyara
keluarga ni. Tapi ayah sayang boneka-boneka tu lebih dari kami.

ORANG TUA (Berhenti berjalan):


YATI! Ayah sayang kamu dan emak kamu lebih dari segalanya di dalam
dunia ini. Mak kau dah tinggalkan ayah, kau sajalah yang ayah ada. Janganlah pergi
Yati.
YATI:
Selamat tinggal ayah. Maafkan salah silap Yati, halalkan makan minum
Yati.
YATI berjalan keluar pentas.
ORANG TUA (melutut dan menadah tangan):
Ya Tuhanku aku adalah hambaMu yang lemah, Kau berikanlah kekuatan
kepadaku.

LATAR:

Lampu sorot dipadamkan secara fade.

BABAK II
ADEGAN I
LATAR:

Lampu pentas dihidupkan. Keadaan di dalam sebuah kedai yang


usang yang dipenuhi dengan beberapa buah boneka kayu. Di
tengah-tengah ruang kedai tersebut, sebuah boneka kayu yang
besar dan cantik diletakkan di atas meja. Sebuah papan tanda
tertulis KEDAI BONEKA KAYU COMEL. ORANG TUA sedang
sibuk membersihkan kedainya dan menyusun semula bonekaboneka yang ada.

ORANG TUA:
Ya Allah, tebalnya habuk dalam kedai ni. Patutlah tiada siapa yang masuk
dalam kedai aku.
ORANG TUA membawa sebungkus plastik hitam keluar daripada pentas. ORANG TUA
masuk kembali dan bergerak ke tengah pentas.
ORANG TUA:
Alhamdulillah selesai pun semuanya. (Berjalan ke arah penonton) Kita
kalau mahukan sesuatu itu, kita mesti kerja keras. (Bergerak ke arah kerusi dan duduk).
Aku yakin, hari ini tentu ada orang yang datang dan beli boneka-boneka kayu ni.
(Melihat keadaan sekeliling kedai). Kedai pun dah bersih, semua pun dah cantik. Aku
yakin! (Ketawa kecil)

YATI berpakaian cantik dan moden bergerak masuk ke dalam pentas dengan
memimpin tangan seorang anak kecil (ANA).
ORANG TUA: (Berdiri dan berjalan ke arah YATI)
Selamat datang ke kedai Boneka Kayu Comel. Adik berminat nak beli
boneka kayu?
ANA melepaskan genggaman tangan YATI dan bergerak ke arah boneka-boneka kayu.
YATI: (Menanggalkan cermin mata hitam.)
Saya datang untuk kenalkan cucu kepada atuknya.
ORANG TUA:
Ya Allah. Yati! Kau dah balik nak. (Menangis).
YATI:
Ana, pergi salam atuk tu.
ANA berjalan ke arah ORANG TUA dan barjabat tangan sebelum dipeluk oleh ORANG
TUA.
ORANG TUA:
Ini cucu.. Cucu aku?
YATI:
Ya ayah, ini cucu ayah.

ORANG TUA:
Ya Allah besar dah cucu aku ni. Mana bapaknya?
YATI:
Bapak dia sibuk kat KL tu. Nanti-nanti dia datang la melawat kampung.
ANA:
Atuk, patung ni atuk yang buat ke? (menunding pada boneka yang paling
besar)
ORANG TUA:
Ya cu. Ni atuk yang buat. Apa nama tadi?
ANA:
Ana atuk.
ORANG TUA:
Oh Ana, mari atuk tunjukkan boneka-boneka yang atuk buat.
Bahagian dalam kedai silent. ORANG TUA menunjuk kepada ANA keadaan dalam
kedai dan boneka-bonekanya sambil diperhatikan YATI.
Latar muzik jazz.

PEGAWAI

masuk

pentas

dengan

membawa

fail

bewarna

hitam.

PEGAWAI

membetulkan tali leher dan berjalan penuh gaya ke kedai Boneka Kayu Comel.
PEGAWAI memerhatikan keadaan di dalam kedai dan bergerak ke sekeliling bahagian
dalam kedai.
Latar muzik jazz fade out.
ORANG TUA (sambil mengesat air mata pada wajahnya dan berjalan ke arah
PEGAWAI):
Maafkan saya. Selamat datang. Encik berminat untuk beli boneka-boneka
ini ke?
PEGAWAI:
Oh, bukan itu tujuan saya. Maafkan saya pak cik. Assalamualaikum
(menghulurkan tangan untuk berjabat).
ORANG TUA
Waalaikumussalam (Menyambut tangan PEGAWAI).
YATI:
Ana, mari sini dekat ibu.
ANA berjalan ke arah YATI. YATI dan ANA duduk di atas bangku sambil ANA bermain
dengan salah satu boneka.
PEGAWAI

Ni, saya nak tanya. Kedai ni pak cik punya ke?

ORANG TUA
Ya, saya punya. Kenapa ya encik?

PEGAWAI
Bagus la kalau begitu. Nama saya Amin, saya seorang pegawai hartanah
mewakili syarikat Ah Seng Property. Kami berminat nak beli tanah kedai pak cik ni. Ini
dokumennya (mengeluarkan dokumen daripada fail dan menyerahkannya kepada
ORANG TUA).
ORANG TUA:
Maafkan pak cik nak, tapi kedai ni hasil titik peluh pak cik. Pak cik tak rasa
pak cik nak jual kedai ni.
PEGAWAI:
Cuba pak cik tengok dokumen itu. Majikan saya sanggup bayar sehingga
100 ribu ringgit.
ORANG TUA: (bertegas)
Pak cik dah kata, pak cik tak nak jual kedai ni! (Menyerahkan kembali
dokumen tersebut tanpa membacanya)

PEGAWAI: (senyum sinis)


Tak mengapa pak cik. Simpan saja dokumen tu. Mana tahu esok-esok pak
cik akan berubah fikiran. Hujung minggu ini saya datang lagi. Assalamualaikum.
PEGAWAI berjalan keluar pentas.
YATI: (sambil berjalan ke arah ORANG TUA)
Ayah, bak sini dokumen tu!
ORANG TUA:
Ayah tak akan jual kedai ni Yati, walau apa pun yang Yati nak kata. Ayah
tetap tak nak jual.
YATI mengambil dokumen tersebut dan menatap beberapa ketika.
YATI:
Tapi ayah..
ORANG TUA:
Tiada tapi-tapi Yati. Sudah, ayah tak mahu bertekak dengan kamu pasal
ni. Ana, jom ikut atuk. Kita naik ke atas ya.
ANA:
Baik atuk. (Mengenggam erat tangan atuknya)
ORANG TUA dan ANA berjalan untuk keluar pentas sambil diperhatikan YATI

ANA (sabil berjalan):


Atuk, boleh tak Ana nak boneka kayu satu nanti?
ORANG TUA (sambil berjalan):
Boleh saja, nanti atuk buatkan satu untuk Ana ya?
ANA dan ORANG TUA keluar pentas.
YATI (sambil menghadap penonton):
Aku tak faham apa yang orang tua ni nak lagi. Kedai usang ni dah tak
laku. Bukannya ada orang nak beli boneka-boneka kayu. Zaman dah moden. Budakbudak dah main gundam la, Barbie doll la. Betul tak? (mendengus)
YATI berjalan keluar pentas.
Latar lampu pentas digelapkan.

ADEGAN II
LATAR:

Lampu pentas dihidupkan. Keadaan dalam kedai yang sama


seperti di dalam ADEGAN I.

Latar muzik gembira.


BONEKA-BONEKA mula bergerak-gerak.

BONEKA I:
Hei kamu orang! Sini-sini! (memanggil-manggil ke tengah pentas.)
BONEKA II:
Apa? Apa? (Bergerak ke BONEKA I) Ni mesti ada gosip hangat kan? Hihi.
BONEKA I:
Lagi satu mana? (Tegas)
BONEKA II:
Lagi satu? Hihi. Eh? Mana pulak dia hilang ni? Dah kena beli kot?
(Ketawa)
BONEKA I
Hoi! Jangan buat cerita kelakar lah.
BONEKA I dan BONEKA II menoleh ke kiri dan ke kanan.
BONEKA I: (Melihat ke arah BONEKA III)
Sini lah! Engkau ni! Penat aku panggil. Cepat.
BONEKA III:
Kita kan patung. Kenapa nak gerak?
BONEKA II:
Dia malas lah tu! Hihi. Eee.. pemalas.. Hihi.

BONEKA I:
Jom tolong aku.
BONEKA I dan BONEKA II pergi ke arah BONEKA III dan cuba menolak BONEKA III
supaya berdiri.
BONEKA III:
Iyalah iyalah! Aku dah gerak ni. Haa, apa dia yang kau nak cakap tu?
Cepat sikit. Aku mengantuk ni.
BONEKA I:
Tidur je kerja kau kan? Sebab tu lah tiada siapa nak beli kau.
BONEKA II:
Kau pun tiada siapa nak beli. Hihi.
BONEKA III turut gelak.
BONEKA I:
Hoi! Dah-dah la tu. (Geram)
BONEKA II:
Alolo dia merajuk pulak. Hihi.
BONEKA III:
Kalau dia yang merajuk, aku malas nak pujuk.

BONEKA I:
Aku tak merajuk la! Geram je! Geram!
BONEKA III:
Kau panggil kami ni kenapa? Cepatlah aku dah mengantuk ni.
BONEKA II:
Haa betul-betul. Cepatlah cerita.
BONEKA I:
Kau mesti dah dengar pasal pegawai yang nak beli kedai kita tu kan?
BONEKA II:
Alaa, cerita tu dah basi la. Tiada sensasi apa pun. Hihi.
BONEKA III:
Entah kau ni. Bazir masa aku je, dah la aku nak sambung tidur.
BONEKA II dan BONEKA III berjalan ke arah almari masing-masing.
BONEKA I
Kalau engkau orang tak kisah kena bakar nanti tak mengapa lah.
BONEKA II dan BONEKA III:
BAKAR? (Berlari semula ke arah BONEKA I) Kenapa kena bakar?
(Ketakutan)

BONEKA I:
Sebab sekarang dah hujung minggu!
BONEKA II dan BONEKA III:
Hek eleh! Ingatkan apa lah tadi.
BONEKA I:
Aku rasa kita akan kena jual. Kedai-kedai ni sekali.
BONEKA III:
Tapikan orang tua kita tu kata dia tak nak jual kedai ni.
BONEKA II:
Betul-betul. Hihi. Tapi, ada betul jugak apa dia cakap (sambil melihat pada
BONEKA I). Hari-hari anak orang tua kita tu paksa suruh jual. Aku sebenarnya risau
jugak ni. Hihi.
BONEKA I:
Risau, tapi ketawa. Masalah la kau ni.
BONEKA III:
Jadi apa plan kita ni?
BONEKA I:
Hurm, itu kita kena fikir.

BONEKA I, BONEKA II dan BONEKA III sedang berfikir.


ANA masuk ke pentas dengan terlompat-lompat gembira.
ANA (sambil menghadap penonton):
Eh, tadi rasa macam ada orang.