Você está na página 1de 27

PENGENALAN KRIPTOGRAFI

Kriptografi adalah ilmu atau seni yang mempelajari bagaimana untuk menjaga kerahsiaan
mesej atau maklumat yang ingin disampaikan sewaktu proses penghantaran dilakukan dan
juga ketika proses penyimpanan. Ilmu kriptografi ini juga sering disebut sebagai kriptologi
dimana ianya melibatkan aplikasi matematik yang berkaitan dengan kerahsiaan dan kesahan
maklumat.
Aplikasi Kriptografi dalam Kehidupan
1) Menjaga kerahsiaan agar maklumat tidak dapat diakses atau diketahui oleh pihak
yang tidak sepatutnya.
2) Menjaga keutuhan maklumat agar ketika maklumat disampaikan tidak berlaku
sebarang perubahan oleh pihak yang tidak sepatutnya.
3) Memastikan identiti antara dua pihak yang saling berkomunikasi dan juga keaslian
maklumat.

CIPHER GANTIAN

1) Cipher Gantian Mudah


Semua huruf dalam abjad dipadankan dengan huruf secara padanan satu dengan satu
mengikut peraturan atau sistem yang dipersetujui dan dirahsiakan.
Contoh:
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ

M E LAYU B C D F GH I J KN OP Q R S TVW X Z
Merujuk kepada sistem di atas, mesej SATU MALAYSIA akan ditulis sebagai
QMRSIMHMXQDM. Kedua-dua pengirim dan penerima akan menggunakan sistem yang
sama.

2) Cipher Vigenere
Dalam Cipher Vigenere, teknik Cipher Caeser digunakan dengan melibatkan penggantian
huruf-huruf dalam modulor 26. Bagi melakukan proses encrypt dan decrypt, jadual huruf
yang digunakan dikenali sebagai tabula recta atau Vigenere square atau Vigenere
Table. Jadual ini mengandungi huruf-huruf dalam bentuk

26 x 26. Cipher ini juga

memerlukan kata kunci bagi proses encrypt dan decrypt.

Proses Encrypt
Dalam Cipher Vigenere, penghantar mesej memerlukan kata kunci bagi menghasilkan teks
rahsia. Kata kunci tersebut akan diulang berkali-kali sehingga menyamai panjang teks biasa
yang hendak dienkripsikan dan ia dipanggil sebagai keyword. Sebagai contohnya, mesej
yang hendak dienkripsikan ialah MERDEKA dengan menggunakan kata kunci SATU.

Plaintext
Kata kunci

M
S

E
A

R
T

D
U

E
S

K
A

A
T

Untuk menghasilkan teks rahsia, huruf-huruf dalam plaintext akan dilihat berdasarkan lajur
pertama dalam Jadual Vigenere dan huruf-huruf bagi kata kunci dilihat berdasarkan baris
yang pertama. Pertemuan antara baris dan lajur tersebut akan memberikan huruf bagi teks
rahsia. Contohnya huruf M dalam plaintext dan S dalam kata kunci.

Jadi, huruf M dalam teks rahsia ialah E.

Plaintext : E

Kata kunci : A

Jadi, huruf E dalam teks rahsia juga E.

Plaintext : R

Kata kunci: T

Jadi, huruf R dalam teks rahsia ialah K.

Proses diulang sehingga semua huruf telah digantikan dengan ciphertext.


Oleh itu, mesej MERDEKA telah dienkripsikan sebagai EEKXWKT.

Proses Decrypt
Bagi merungkaikan teks rahsia, kata kunci perlu dibuang terlebih dahulu menghasilkan
keystream sehingga menyamai jumlah huruf dalam teks rahsia.
Contohnya teks rahsia dengan kata kunci GOL.
Teks Rahsia
Kata kunci

V
G

S
O

Y
L

G
G

H
O

Dengan menggunakan huruf pada kata kunci, guna lajur yang mewakili huruf kata kunci
tersebut. Kemudian dalam lajur tersebut, cari huruf yang mewakili huruf teks rahsia dan
carikan huruf yang sepadan pada baris lajur yang pertama. Contohnya :

Teks Rahsia : V

Kata kunci : G

Jadi, huruf teks rahsia V dalam plaintext ialah P.

Teks Rahsia : S

Kata kunci : O

Jadi, huruf teks rahsia S dalam plaintext ialah E.

Teks Rahsia : Y

Kata kunci : L

Jadi, huruf teks rahsia Y dalam plaintext ialah N.

Proses diteruskan sehingga semua huruf digantikan dengan huruf plaintext.


Oleh itu, teks rahsia VSYGH didekripsikan sebagai PENAT.
CIPHER TRANSPOSISI

1) Combining Monoalphabetic and Simple Transposition Ciphers

Kedua-dua Combining Monoalphabetic dan Simple Transposition Ciphers terdedah kepada


cara yang berbeza dalam proses cryptanalysis, dan mudah untuk didekodkan oleh pihak tidak
bertanggungjawab yang boleh mencetuskan kepada pencerobohan maklumat. Lebih-lebih
lagi, dengan kewujudan komputer pada masa kini, kedua-dua cipher ini makin kurang
digunakan dalam proses penghantaran maklumat-maklumat penting.
Walau bagaimanapun, dengan menggabungkan kedua-dua cipher ini, kita boleh
menggunakan kekuatan dan kelebihan kedua-duanya, malah secara tidak langsung dapat
mengurangkan kelemahan yang ada antara satu sama lain. Cara terbaik untuk
menggabungkan kedua-dua cipher ini adalah dengan menggunakan Mixed Alphabet Cipher,
di samping Columnar Transposition Cipher atau Myszkowski Transposition Cipher. Untuk
melaksanakan proses gabungan ini, kita perlu menggunakan sama ada satu kata kunci untuk

kedua-duanya, atau dua kata kunci dan seterusnya menggabungkan cipher satu demi satu.
Namun begitu, adalah tidak menjadi satu perkara besar mengenai susunan proses gabungan
cipher, tetapi kebiasaannya lebih mudah untuk melakukan proses transposisi terlebih dahulu,
kemudian diikuti oleh proses gantian.
Proses Encrypt
Proses encrypt mesej dengan menggunakan kedua-dua Mixed Alphabet dan Columnar
Transposition ciphers dimulakan dengan menggunakan kata kunci untuk menghasilkan grid
transposisi. Apabila telah selesai dilaksanakan, dan kita telah membaca ke bawah lajur dalam
susunan yang betul, proses ini akan menghasilkan abjad ciphertext dan memasukkan setiap
huruf plaintext untuk perkataan ciphertext yang sesuai. Contohnya :
Plaintext
Kata kunci

a fool thinks himself wise, but a wise man knows himself to be a fool
william

Proses encrypt dimulakan dengan membina grid untuk Columnar Transposition. Kemudian,
grid tersebut dibaca secara ke bawah mengikut lajur untuk mendapatkan langkah pertama
dalam proses enkripsi. Hasilnya adalah :
"TIIWK MBFNE BEWLF LHWAN IOLOK LUMSF OOSFT AHTOH MSINS EAISE
SOEA".

Kemudian, kita perlu melakukan proses encrypt dengan menggunakan kata kunci William.

Proses encrypt dilakukan dengan menggantikan huruf dalam plaintext berdasarkan jadual di
atas. Contohnya, huruf a digantikan dengan huruf W. Oleh itu, ciphertext yang dihasilkan
adalah seperti berikut :
SEEVG JIBKM IMVHB HDVWK ENHNG HTJRB NNRBS WDSND JREKR MWERM
RNMW
Proses Decrypt
Proses descyption apabila menggunakan gabungan dua cipher adalah dengan menggunakan
satu cipher dalam satu masa. Pertama, decrypt cipher gantian menggunakan huruf ciphertext.
Setelah itu, kita mesti menyusun kembali huruf-huruf menggunakan grid transposisi.

2) Grille Cipher
Grille Cipher iaitu sifer jeriji lebih dikenali sebagai Grille Cardan. Ia dinamakan sempena
nama pengasasnya iaitu Girolamo Cardano pada tahun 1550. Beliau dikenali sebagai Jrme
Cardan dan beliau merupakan seorang ahli matematik dan cryptologist yang terkenal di Itali.
Sepertimana sifer-sifer lain, sifer ini juga adalah bertujuan untuk merahsiakan mesej yang
ingin disampaikan. Sifer Grille adalah merupakan salah satu sifer jenis transposisi dimana
huruf-huruf dalam plain text masih dikekalkan dalam cipher text. Jeriji Cardan ini diperbuat
daripada sehelai kertas yang agak keras atau logam nipis.

Proses Encrypt
Kepingan kertas atau logam ini ditebuk bagi membolehkan penghantar mesej menulis huruf
bagi plain text. Kepingan ini akan diletakkan pada sehelai kertas dan penyampai mesej akan
menulis huruf pada kertas tersebut melalui ruang-ruang yang ditebuk. Setelah itu jeriji
dialihkan dan penyampai mesej akan melengkapkan ayat bagi teks tersebut menggunakan
ayat yang langsung tidak berkaitan dengan mesej yang ingin disampaikan. Hal ini supaya
mesej sebenar dapat disembunyikan dan mengelirukan pihak-pihak tidak sepatutnya yang
cuba mendapatkan maklumat melalui mesej tersebut.

Ruangan yang ditebuk tidak terhad kepada satu huruf sahaja malah boleh juga ditulis satu
suku kata atau satu perkataan. Contohnya adalah seperti berikut:
1) Plain Text ditulis dalam ruangan jeriji yang telah ditebuk : Spain sails in May to
arms.

2) Ruang lain dilengkapkan dengan ayat yang tidak berkaitan.

Berdasarkan gambar di atas, Cipher Text ialah seperti berikut :

Sir John regards you well and spekes


again that all as eightly nails him is yours
now and ever. May he tone for past alaya
with many charms.

Proses Decrypt
Hanya individu yang memiliki jeriji berkenaan yang dapat membaca plain text iaitu mesej
sebenar yang disampaikan. Jeriji dan helaian cipher text akan disimpan dan secara
berasingan. Jika hanya terdapat satu salinan bagi jeriji dan helaian cipher text dan salah
satunya hilang maka mesej tersebut tidak akan dapat didekodkan.
Penerima mesej perlu mempunyai jeriji yang sama bagi membolehkan proses decrypt
dilakukan. Jeriji tersebut boleh dipadankan dengan helaian cipher text dalam empat
kedudukan kerana ia berbentuk segi empat tepat. Hal ini akan menyukarkan mana-mana
pihak yang tidak sepatutnya bagi membongkarkan mesej tersebut seandainya mereka berjaya
mendapatkan jeriji dan helaian cipher text.

1) Setelah jeriji dipadankan dengan betul pada helaian kertas yang mengandungi cipher
text, penerima akan dapat memahami mesej yang sebenar yang ingin disampaikan.
Cara untuk membaca plain text ialah bermula dari kiri ke kanan dan dari atas ke
bawah.

Berdasarkan gambar di atas, Plain Text :

SpainsailsinMaytoarms.

Spain sails in May to arms.

Ketika waktu sekitar 1550, cipher ini sering diaplikasikan dalam komunikasi contohnya
surat-surat peribadi dan surat-surat diplomatik. Setelah beberapa ketika cipher ini dikembang
lagi dan terhasilnya Turning Grilles di mana jeriji tersebut di mana jeriji tersebut dipadankan
dalam empat kedudukan dan dipusingkan mengikut arah jam. Hal ini akan meningkatkan lagi
tahap keselamatan mesej yang ingin dihantar.

Tugasan 2

Menurut Dijksterhuis (1879), Archimedes adalah seorang ahli matematik, ahli fizik, jurutera,
ahli astronomi dan ahli falsafah Yunani. Beliau dilahirkan di sebuah bandar pelabuhan tanah
jajahan Syracuse, Sicily, Itali. Beliau juga dianggap sebagai seorang ahli matematik kuno
yang terbilang dan terkenal. Antara tokoh matematik kuno yang sama-sama terbilang
sepertinya ialah Sir Isaac newton dan Ferdinand Einstein.
Selain daripada sumbangan-sumbangan teori asasnya kepada matematik, Archimedes juga
membentuk bidang-bidang fizik dan kejuruteraan amali, dan telah dirujuk sebagai "Ahli
Sains Yang Teragung. Beliau banyak menghasilkan teori-teori dan rumus matematik yang
terhasil sewaktu beliau menyelesaikan masalah harian serta semasa menjadi ahli pemikir
kerajaan bapa saudaranya.

Archimedes (287-212 B.C.E) dalam risalah bertajuk Measurement of a Circle, telah


membuktikan bahawa luas bagi bulatan yang mempunyai jejari r, sama dengan luas segi
tiga bersudut tegak yang mempunyai tapak C dan tinggi r, di mana C ialah lilitan bagi
bulatan.

r
C
Luas segi tiga =
1
rC
2

Beliau telah membuktikan kenyataannya dengan menentukan rumus bagi luas poligon sekata.
Beliau kemudiannya menunjukkan bahawa poligon sekata boleh dilukis di dalam dan di luar
bulatan tersebut. selepas itu, beliau menggunakan bukti melalui percanggahan (Proof By
Contradiction) untuk membuktikan pernyataan beliau.
Dalam proses menentukan luas bulatan yang tepat, Archimedes telah menetapkan 3 prinsip
asas iaitu:
a) Luas poligon dengan sisi n (n-gon) yang dilukis dalam unit bulatan menghampiri
suatu nilai iaitu pi ( ) apabila nilai n meningkat.
b) Luas poligon yang dilukis dalam bulatan menghampiri luas bulatan apabila bilangan
sisi poligon meningkat.
c) Perimeter poligon semakin menghampiri lilitan bulatan apabila bilangan sisi poligon
meningkat.

Dengan memenuhi ketiga-tiga prinsip asas ini, luas bulatan yang dicari akan menjadi
lebih relevan dan tepat. Selain itu, Archimedes memastikan penentuan luas bulatan tidak
terpesong dengan formula asas bulatan iaitu

A= r

. Beliau juga membuat kesimpulan

bahawa luas bulatan merupakan had kepada luas poligon dalam bulatan dengan bilangan sisi
kepada infiniti ( ). Proses penentuan luas bulatan Archimedes ini dinamakan sebagai
exhaustion. Proses penentuan luas bulatan ini menggunakan kaedah squaring the circle
iaitu mengenalpasti poligon yang menyamai luas bulatan dengan jejari (r).
Dalam usaha menentukan luas bulatan, Archimedes melakukan sebanyak tiga kali percubaan
sehinggalah percubaannya mendapat hasil yang semakin menghampiri nilai pi ( =3.142 ).

POLIGON DI DALAM BULATAN

POLIGON DI DALAM BULATAN

Prinsip yang sama seperti poligon di dalam bulatan. Keseluruhan proses yang dilakukan oleh
Archimedes dipanggil exhaustion, di mana beliau menyimpulkan bahawa luas bulatan
merupakan had kepada luas poligon di dalam bulatan dengan bilangan sisi kepada
ketidakterhinggaan (infinity).

PENENTUAN LUAS POLIGON

Teorem : Luas suatu poligon sekata adalag

1
hQ
di mana h ialah jarak berserenjang dari
2

titik tengah ke sisi dan Q ialah perimeter poligon.

Contoh Poligon : Oktagon

Bukti luas bagi segi tiga ialah :


Luas segi tiga =

1
bh
2

Poligon sekata dengan n-gon mempunyai n-sisi. Jadi n ialah bilangan segi tiga.
Rumus bagi luas poligon sekata n-gon ialah
luas ngon=n

( 12 bh)

Oleh itu
luas ngon=n

( 12 nb)

luas ngon=n

( 12 hQ )

Di mana Q ialah perimeter bagi poligen sekata n-gon.


Bukti melalui Percanggahan
Proof by contradiction merupakan pembuktian kesahihan cadangan yang diberikan adalah
salah atau palsu dan ini menunjukkan percanggahan. Ianya juga dikenali dengan pembuktian
secara tidak langsung (indiriect proof), pembuktian dengan anggapan yang bertentangan
(proof by assuming the opposite) dan reduction and absurdum ( Latin untuk pengurangan
kepada kemustahilan- reduction to absurdity)

Pembuktian bahawa luas bulatan (A) adalah sama dengan luas segi tiga (T)
Untuk membuktikan bahawa A = T, Archimedes perlu menolak dua syarat bagi Law of
Trichotomy iaitu:

Kes 1 : A > T.

Kes 2 : A < T.

Dengan menggunakan Hukum Trikotomi di mana, Nombor nyata arbitrari menggunakan


perkaitan a<b, a=b, a>b .
Kes 1 : A > T
Apabila sesuatu poligon dilakar dengan setiap bucu menyentuh lilitan bulatan (inscribed) ke
dalam satu bulatan ,maka:
Semakin bertambah sisi poligon, luas poligon (G) semakin menghampiri luas bulatan (tetapi
G sentiasa kurang daripada A)
A> G > T

Kes 2 : A < T
Apabila sesuatu poligon dilakar dengan setiap sisi poligon menyentuh (circumscribed)
sebuah bulatan:

Luas poligon (G) lebih besar daripada luas bulatan (A) A < G < T

Namun, apothem (h) poligon tetap sama dengan r.

Dan perimeter poligon (Q) melebihi lilitan bulatan (C)

Maka,
(G) hQ > rC (T)

Kes 1 adalah bertentangan dengan Kes 2. Jadi terbukti bahawa A = T. Archimedes menolak
Hukum Trikotomi di dalam Kes 1 dan Kes 2.
Oleh itu, sudah terbukti bahawa A = T (luas bulatan adalah sama dengan luas segitiga
bersudut tegak). Untuk membuktikan bahawa A = T, Archimes perlu menolak dua syarat bagi
Law of Trichotomy iaitu :

Kes 1 : A T
Kes 2 : A T

Kesimpulan Archimedes :

Luas segi tiga, T =


Lilitan bulatan, C = 2 r

=
1
r (2 r )
2

C
Pernyataan :
Luas bulatan dengan jejari r

adalah r

1
2 rC

PERCUBAAN PERTAMA
1. Archimedes menggunakan segi empat sama yang dilukis dalam bulatan. Beliau
memastikan segi empat tersebut sepadan dan bucu menyentuh bulatan seperti dalam
rajah 1.

Rajah 1: Lakaran segi empat sama pada bulatan

2. Archimedes melabelkan AC sebagai diameter iaitu (2r). manakala panjang AB dan


BC sama kerana ABC membentuk segi tiga sama kaki.
3. Archimedes meneruskan penyelidikannya dengan menggunakan teorem Phytagoras
bagi menyelesaikan pengiraan tersebut.
4. Hukum asas bagi teorem Phytagoras adalah seperti berikut:
a2 +b 2=c 2
5. Jadikan AB = BC = a manakala BC = 2r. Nilai a dicari menggunakan teorem
Phytagoras.
r
2

2
2
a +a =

2 a =4 r

a2=2r 2
a=2 r

6. Di dapati panjang AB dan BC ialah

2r . Maka luas segi empat pada bulatan

tersebut ialah:
Luas Segi Empat=Panjang Lebar
2r 2 r
2r

7. Archimedes mendapati bahawa nilai yang diperoleh masih lagi belum menghampiri
luas bulatan yang sebenar. Oleh itu penambahbaikan akan dilakukan pada percubaan
kedua.

PERCUBAAN KEDUA
1. Untuk kali kedua, Archimedes membuat penambahbaikan dengan menggantikan segi
empat sama dengan poligon bersisi enam iaitu heksagon. Penambahbaikan ini relevan
dengan prinsip kedua Archimedes tentang luas bulatan yang menyatakan Luas
poligon yang dilukis dalam bulatan menghampiri luas bulatan apabila bilangan sisi
poligon meningkat.

Rajah 2: Lakaran heksagon yang dibahagi kepada segi tiga.

2. Untuk menentukan penghampiran luas bulatan dengan heksagon, Archimedes telah


membahagikan heksagon kepada enam bahagian segi tiga. Luas heksagon hanya
boleh dikira apabila luas segi tiga berjaya diperolehi.
3. Merujuk kepada Rajah 2, panjang AB = r. Untuk mengira luas heksagon, luas segi tiga
perlu dicari terlebih dahulu. Jadikan tinggi sebagai h.
4. Jalan pengiraan ini masih lagi menggunakan teorem Phytagoras seperti dalam
percubaan pertama.
r 2 2
=r
2

()

h2 +

r2 2
h + =r
4
2

h2=

4 r r
4

h2=

3 r2
4

3 r2
h=
4
h=

3r
2

5. Setelah mendapat nilai tinggi segi tiga iaitu

h=

3r
2 , maka luas heksagon dalam

bulatan dapat ditentukan:


Luas Heksagon=6 Luas Segi Tiga

1
6 Tapak Tinggi
2
1
6 r h
2

3 r
Gantikan h= 2
Luas Heksagon=6

ke dalam persamaan:

( 12 r 32 r )

3 3 r2
2

2.59 r 2
6. Nilai yang peroleh menggunakan heksagon ialah 2.59r 2 dan ini lebih baik berbanding
luas segi empat sama dalam percubaan pertama. Akan tetapi nilai tersebut masih lagi
belum menghampiri luas sebenar bulatan iaitu 3.142r2.
7. Maka, Archimedes meneruskan kajiannya dengan membuat penambahbaikan pada
percubaan ketiga.

PERCUBAAN KETIGA
1. Bagi percubaan ketiga, Archimedes membuat penambahbaikan dengan meningkatkan
lagi sisi poligon. Ini relevan dengan prinsip Archimedes yang menyatakan Luas

poligon dengan sisi n (n-gon) yang dilukis dalam unit bulatan menghampiri suatu nilai
iaitu pi ( ) apabila nilai n meningkat.
2. Beliau menentukan luas bulatan menggunakan poligon dengan bilangan sisinya
ditingkatkan sehingga menjadi sisi n.
3. Contoh gambaran percubaan ketiga Archimedes seperti dalam Rajah 3.

Rajah 3: Lakaran sisi poligon yang ditingkatkan


4. Seperti dalam percubaan kedua, luas poligon ini boleh dikira apabila nilai segi tiga
berjaya diperoleh. Maka, Archimedes membahagikan lakaran poligon tersebut kepada
segi tiga seperti dalam Rajah 4.

Rajah 4: Segi tiga hasil daripada poligon pada bulatan

5. Luas bagi poligon bersisi n adalah n kali luas satu segi tiga. Ia dirumuskan seperti
berikut:

1
A=n (luas segitiga ) =n hb
2
6. Rumus bagi luas poligon bersisi n ini berlaku sedikit perubahan apabila bilangan nsisi bertambah. Perubahannya adalah seperti berikut:

1
1
A=n hb= h( nb)
2
2
7. Bagi memudahkan proses penggantian nilai pada n apabila bilangan n-sisi bertambah,
ia diasingkan bersama b iaitu panjang n-sisi.
8. Archimedes kemudiannya merumuskan bahawa (nb) adalah perimeter poligon kerana
jumlah nilai tersebut merupakan ukur lilit bagi poligon. Apabila n semakin meningkat,
ia dengan sendirinya menghampiri lilitan bulatan iaitu circumference of circle (2 r
).
9. Selain itu, Archimedes juga membuat pencerapan bahawa sekiranya poligon tersebut

mempunyai sisi n, maka setiap segi tiga dikira sebagai

1
n

daripada lilitan bulatan.

Tambahan daripada itu, tinggi segi tiga, h, juga menghampiri jejari bulatan, r.
10. Hasil daripada pencerapan tersebut, Archimedes telah dapat menentukan luas bulatan
seperti berikut:
1
1
A= h ( nb ) r ( 2 r ) = r 2
2
2

11. Dalam penentuan luas bulatan, Archimedes melibatkan nilai tetap

yang mana

2
2
wujud sebagai nisbah lilitan bulatan kepada diameter bulatan iaitu r =3.142r .

Hasil daripada ketiga-tiga percubaan yang dilakukan oleh Archimedes ini, beliau
dapat menyimpulkan bahawa semakin bertambah bilangan segi tiga, luas poligon akan
menghampiri dan memenuhi luas bulatan. Selain itu juga, kita dapat tahu bahawa penggunaan
pi dalam menentukan luas bulatan sangat berkait rapat di samping penggunaan poligon dan

segi tiga. Semakin meningkat sisi poligon pada bulatan, maka nilai luas semakin
menghampiri nilai sebenar luas bulatan iaitu 3.142r2. Oleh itu,

Você também pode gostar