Você está na página 1de 4

Apa itu demam campak?

Demam campak (Rubeola) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan oleh virus
measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan respiratori dan
disertai ruam pada kulit.
Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui udara dengan titisan
(droplet) cecair daripada mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Walau
bagaimanapun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini
sejak adanya program campak kebangsaan. Akan tetapi, kebelakangan ini terdapat
pertambahan dalam kes-kes campak di bandar utama dengan kemasukan orang asing. Oleh
itu, jika seorang kanak-kanak tidak lagi mendapat vaksin dan terdedah kepada individu yang
menghidap penyakit ini, maka kemungkinan besar kanak-kanak ini akan dijangkiti virus ini.
Apakah tanda-tanda demam campak?
Antara 10 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan
gejala demam campak seperti:

Demam tinggi.

Batuk, selesema dan sakit tekak.

Mata berair dan sensitif kepada cahaya.

Sakit otot.
Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala
kemudian merebak ke bahagian badan, tangan dan kaki.
Ruam akan kekal selama 4 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat
tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul
ruam sehingga 4 hari selepasnya.
Ruam demam campak
Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?
Tidak. Demam campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan
oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan demam campak melainkan
selepas 23 hari ruam timbul, demam biasanya akan kebah. Satu lagi penyakit yang
menyerupai campak adalah rubeola.
Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?
Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan
sempurna. Walau bagaimanapun kadang-kala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama
golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imuu sistem
kekebalan yang rendah.
Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:

Jangkitan pada telinga.

Jangkitan paru-paru (Pneumonia ).

Jangkitan pada otak (encephalitis).

Cirit-birit.
Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian. Bagi wanita hamil pula, boleh
menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.
Bagaimana merawat demam campak?
Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala:

Panadol untuk mengurangkan demam.

Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata.

Berehat dan minum air yang cukup.


Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di
rumah supaya tidak menjangkiti orang lain (sehingga 4 hari selepas ruam timbul).
Bolehkah demam campak dicegah?
Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR
(Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun.
Adalah tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak mereka mendapat imunisasi.
MMR adalah vaksin yang selamat.
Jika anak anda terdedah kepada individu dijangkiti campak dan belum lagi menerima
imunisasi, bawa anak anda segera untuk berjumpa doktor. Pemberian vaksin dalam jangka
masa tertentu boleh mengelakkan anak anda daripada dijangkiti virus ini.

Rubella (atau biasa disebut campak jerman) adalah penyakit yang disebabkan oleh virus. Penderita
penyakit rubella kebanyakan anak-anak usia dini, sedangkan pada usia lanjut relatif jarang ditemukan.
Bahkan, banyak orang telah terkena rubella dalam bentuk ringan tidak pernah didiagnosis, hal ini disebut
sebagai infeksi subklinis. Vaksinasi rubella kini memberikan dampak yang cukup baik karena efektif
menurunkan angka penderita terutama bagi anak-anak.
Ruella menyebar melalui tetes mikroskopis dari nafas orang yang terinfeksi melalui udara, tetesan
membawa virus mencapai mulut, tenggorokan dan hidung. Tanda-tanda yang akan timbul bagi penyakit
rubella adalah adanya ruam sebagai tanda khas. Hal ini biasanya dimulai sekitar telinga menyebar di
seluruh tubuh dalam bintik merah muda kecil. Perubahan ruam hampir dari jam ke jam, dan akan
menghilang lagi setelah sekitar dua sampai tiga hari tanpa pengobatan.
Sampai dengan satu minggu sebelum ruam muncul, pasien dapat menderita pilek ringan, terdiri dari
batuk dan sakit tenggorokan atau bengkak di leher dan dasar tengkorak (karena pembesaran kelenjar
getah bening).

Pengobatan Penyakit Rubella


Penyakit Rubella tidak memerlukan perawatan khusus (kecuali mungkin untuk istirahat beberapa hari di
tempat tidur). Tapi manajemen penatalaksanaan harus mempertimbangkan fakta bahwa penyakit ini
menular dan dapat dengan mudah menyebar ke anggota lain dari orang terdekat. Demam dan nyeri otot
atau sendi bisa diobati dengan parasetamol dan ibuprofen.
Masa infeksi biasanya berlangsung dari seminggu sebelum ruam muncul, tetapi paling parah saat ruam
pada puncaknya. Jika seorang wanita hamil yang terinfeksi dengan rubella ada risiko kerusakan pada
janin. Dalam beberapa kasus, bahaya yang begitu tinggi sehingga aborsi dianjurkan. Untungnya, ini
sangat jarang terjadi. Perempuan yang mendapatkan vaksinasi rubella disarankan untuk tidak mulai
kehamilan sampai tiga bulan setelah vaksinasi.
Tidak mungkin untuk mengetahui secara pasti apakah seseorang menderita penyakit rubella karena
banyak orang bahkan tidak menyadari penyakit ini. Jika berada dalam keraguan apakah terinfeksi
penyakit rubella, pemeriksaan antibodi dalam darah akan memberikan jawabannya.

Cacar Air
Apa itu jangkitan cacar air?
Ini ialah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan oleh virus. Virus cacar air juga dikenali sebagai virus varicella. Ia
adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak daripada seorang ke
seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters). Ianya merebak:

Melalui udara apabila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.

Dengan menyentuh atau bernafas masuk partikel virus yang terdapat pada cecair yang keluar daripada lepuh (blister) .

Apakah tanda dan gejala?


Anak anda akan mendapat cacar air 10-21 hari selepas terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air. Cacar air boleh merebak 12
hari sebelum ruam kelihatan pada orang yang di jangkiti sehingga semua ruam kering. Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang
tidak serius. Namun jangkitan cacar air bagi orang dewasa,remaja serta anak kecil kurang dari setahun boleh menjadi lebih serius.

Gejala:

Demam, rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.

Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di
dada dan belakang, kemudian merebak ke muka, kepala, kedua-dua lengan dan kaki.

Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah, kering dan menjadi keruping (4 -5
hari).

Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang.

Cacar Air

Biasanya jangkitan cacar air ini menghasilkan pelalian seumur hidup. Walau bagaimanapun, virus ini mungkin bersembunyi dan berulang
sebagai kayap (shingles) kepada orang dewasa dan kadang-kala kepada kanak-kanak.

Apakah komplikasinya?
Biasanya cacar air ialah masalah kesihatan ringan bagi kanak-kanak dan kebanyakannya akan pulih.
Walau bagaimanapun, sesetengah orang berisiko mendapat komplikasi yang teruk, iaitu bayi yang baru lahir, orang dewasa dan seseorang
yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.
Komplikasi lain yang boleh berlaku termasuk:

Jangkitan kuman pada kulit.

Jangkitan pada darah (blood stream infection).

Radang paru-paru.

Keradangan otak (encephalitis,cerebellar ataxia).

Bagaimana jangkitan cacar air dirawat?


Amnya:

Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak sehingga ruam menjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari
daripada permulaan ruam). Jika tidak kemungkinan kawan-kawannya akan turut dijangkiti. Elakkan dari naik kapal terbang pada masa
ini.

Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.

Minum banyak air masak.

Ambil makanan yang seimbang.

Sentiasa membasuh tangan.

Untuk rasa gatal:

Sapu losen kalamine di tempat ruam.

Potong kuku pendek untuk mengelakkan kecederaan kulit semasa menggaru.

Ubat antihistamine mungkin diberi oleh doktor jika rasa gatal yang teramat sangat sehingga anak anda tidak dapat tidur.

Ubat antivirus untuk cacar air (dalam bentuk makan) boleh didapati dan selalunya akan diberi oleh doktor kepada mereka yang berisiko
mendapat jangkitan yang teruk, iaitu:

Berumur 12 tahun ke atas.

Mengidap penyakit paru-paru/kulit yang kronik.

Mereka yang menjalani terapi lama dengan mengambil ubat salicylate seperti aspirin.

Mereka yang menjalani terapi steroid sama ada jangka pendek atau berkala (dalam bentuk sedut).

Segolongan ibu-ibu mengandung.

Bagaimana cacar air boleh dicegah?

Cacar air boleh dicegah dengan suntikan pelalian.Vaksin varicella ini tiada di dapati dalam program immunisasi sekarang akan
tetapi terdapat pada sektor swasta. Minta nasihat doktor.

Jika anda mendapat cacar air, elakkan jangkitan kepada orang lain dengan tidak pergi ke sekolah atau ke tempat kerja sehingga
lepuh menjadi kering dan berkerak.

Vaksin juga boleh diberi kepada anak anda yang belum pernah dijangkiti penyakit ini jika terdedah kepada individu yang
menghidap cacar air untuk mengelakkan anak anda daripada mendapat penyakit ini. Sila berjumpa doktor untuk mendapatkan
nasihat.

Seseorang yang berisiko mendapat cacar air yang teruk (bayi yang baru lahir, yang mempunyai sistem pertahanan badan yang
lemah, wanita mengandung) yang terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air, mungkin diberi antibodi dalam bentuk
immunoglobulin untuk memberi perlindungan segera.

Você também pode gostar