Você está na página 1de 8

Taksonomi Bloom

2012

Arahan:
1. Baca artikel Taksonomi Bloom: Perubahan Yang Diperlukan? ini dan jawab lima
(5) soalan Uji Minda di bahagian akhir artikel.
2. Anda dinasihatkan membaca artikel ini sebanyak tiga kali sebelum menjawab
soalan Uji Minda.
3. Masa yang diperuntukkan untuk anda melakukan aktiviti ini adalah selama satu (1)
jam.

Taksonomi Bloom: Perubahan Yang Diperlukan?


Kamaruzaman Moidunny, PhD
Institut Aminuddin Baki
Sri Layang, Genting Highlands
Pengenalan
Bermula pada tahun 1948, di Boston, Amerika Syarikat, sekumpulan ahli psikologi telah
berbincang tentang kesulitan melaksanakan penilaian dalam pendidikan. Hal ini disebabkan
oleh tiadanya rangka rujukan yang dipersetujui bersama semasa menilai aspek-aspek yang
terdapat dalam bidang tersebut. Dalam hal yang berkaitan, proses pembentukan ujian
dilihat sebagai satu pelan induk yang akan menjelaskan kandungan, pengalaman manusia
atau aspek kendiri orang yang dinilai. Tambahan pula, objektif pendidikan seringkali
dinyatakan sebagai ungkapan yang menjemukan dan klise yang tidak bermakna. Ungkapan
seperti berfikir atau menyelesaikan masalah seringkali mempunyai definisi yang
pelbagai serta kabur menyebabkan berlaku ketidakseragaman dalam menyediakan
pengalaman pembelajaran dan instumen penilaian kepada murid yang terlibat. Mereka juga
berpendapat bahawa objektif pendidikan perlu diubah agar lebih jelas dan bermakna.
Objektif pendidikan boleh didefinisikan sebagai istilah yang memperihalkan
matlamat terhadap proses pendidikan iaitu hasil pembelajaran yang disebabkan oleh aktiviti
instruksional (pengajaran). Objektif-objektif ini pula seringkali dipanggil standard oleh
pakar-pakar pendidikan dalam menetapkan hala tuju sesebuah organisasi pendidikan.
Sehubungan dengan perbahasan ahli-ahli psikologi pendidikan di Amerika Syarikat
tersebut, maka muncullah tiga domain pembahagian objektif pendidikan iaitu kognitif,
afektif dan psikomotor. Objektif domain kognitif merupakan objektif yang berubah-ubah
daripada mengingati semula bahan yang telah dipelajari sehinggalah mensintesis bahan
baru dengan cara yang kreatif dan asli. Objektif domain afektif pula memfokuskan
perasaan atau emosi. Minat, sikap, apresiasi, nilai dan emosi merupakan contoh elemen
yang terdapat dalam domain afektif ini. Objektif domain psikomotor pula menekankan
kemahiran otot dalam mengendalikan objek atau tindakan yang memerlukan koordinasi
otot. Ahli psikologi juga berpendapat bahawa tidak ada satu objektif pendidikanpun yang
mempunyai hanya satu jenis domain khusus. Sebagai contohnya, jika kita menguji objektif
kognitif, di dalamnya juga terdapat elemen afektif dan elemen psikomotor. Jika kita
Muka surat | 1

Taksonomi Bloom

2012

menguji domain psikomotor, elemen kognitif dan afektif juga akan wujud bersama
penilaian tersebut. Pengwujudan ketiga-tiga domain ini hanya untuk memudahkan ahli
psikologi memberikan penekanan terhadap domain yang paling dominan dalam sesuatu
penilaian.
Kebanyakan objektif pendidikan di peringkat sekolah, institusi perguruan dan
universiti menekankan kepada konsep pengukuran, pengujian, pentaksiran dan penilaian
terhadap murid atau pelajarnya. Dalam hal ini, kebiasaannya peperiksaan digunakan untuk
menentukan tahap penguasaan kemahiran mereka selepas belajar sesuatu kandungan mata
pelajaran yang khusus. Dengan itu, objektif bagi domain kognitif menjadi suatu keutamaan
kepada organisasi pendidikan dalam mengukur kemahiran yang diperoleh oleh murid atau
pelajarnya. Objektif ini didefiniskan, disertakan dengan tingkah laku yang perlu dikuasai
oleh murid dan juga mengandungi instrumen penilaian.
Taksonomi Bloom
Taksonomi bermaksud satu set pengelasan yang disusun dan disesuaikan atas dasar yang
konsisten (Bloom, 1964). Dalam perkataan lain, taksonomi merupakan sistem pengelasan
objektif pendidikan yang merupakan set yang didefinisikan dengan seberapa tepat yang
mungkin serta disusun daripada konsep yang ringkas kepada yang kompleks. Susunan
daripada objektif pendidikan yang konkrit kepada yang abstrak menyediakan satu rangka
bagi kategori matlamat pendidikan; yang akan memudahkan guru untuk menentukan tahap
penguasaan murid mereka. Taksonomi perlu diuji agar selaras dengan bukti secara
teoritikal dan empirikal. Dalam bidang pendidikan, pengelasan dalam aspek objektif
pendidikan adalah perlu dalam usaha membantu membincangkan penilaian dengan lebih
tepat lagi. Soalan-soalan seperti: Apakah murid benar-benar tahu?, Adakah murid benarbenar faham? Adakah mereka mampu menghitung jumlah sesuatu masalah matematik?;
seringkali kita anggap mempunyai pengelasan yang sama. Jika kita teliti lebih lanjut,
terdapat perbezaan antara murid yang benar-benar tahu, benar-benar faham dan yang boleh
menghitung jumlah. Oleh itu, pengwujudan satu sistem pengelasan standard (taksonomi)
akan memudahkan guru dan pensyarah mendefinisikan istilah objektif pendidikan agar
dapat difahami oleh mereka semua. Taksonomi seharusnya menjadi sumber bantuan
terhadap perkembangan kurikulum dan instrumen penilaian. Perspektif mengenai
penekanan kepada tingkah laku murid yang tertentu (Contohnya: kebolehan menghitung)
akibat daripada penglibatan dalam sesi pengajaran, dapat dikenal pasti oleh guru. Oleh itu
guru akan dapat mengelompokkan matlamat sesuatu pengajaran ke dalam kategori yang
spesifik. Dengan itu, pengalaman pembelajaran dan instumen penilaian dapat digubal
dengan lebih mudah kerana matlamat pendidikan diketahui dengan jelas oleh guru.
Pada tahun 1959, Benjamin S. Bloom telah menyunting sebuah buku berjudul
Taxonomy of Educational Objectives Book 1 Cognitive Domain yang mencadangkan
pengelasan objektif domain kognitif kepada enam komponen. Enam komponen ini adalah
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Enam komponen ini
disusun berdasarkan hirarki daripada yang mudah kepada yang susah dan lebih dikenali
sebagai Taksonomi Bloom.
Komponen pengetahuan melibatkan murid mengingat kembali perkara khusus dan
universal, mengingat semula kaedah dan proses atau mengingat semula sesuatu corak
struktur atau latar belakang. Komponen kefahaman melibatkan murid menggunakan bahan
yang dikomunikasikan tanpa perlu menghubungkannya dengan bahan lain. Hal ini tercapai
Muka surat | 2

Taksonomi Bloom

2012

apabila murid mampu membuat terjemahan, penafsiran dan ekstrapolasi apa yang dipelajari
oleh mereka. Komponen aplikasi pula melibatkan murid menggunakan apa yang telah
dipelajari dalam satu situasi baru yang khusus dan konkrit. Sementara komponen analisis
pula melibatkan pemecahan sesuatu perkara kepada bahagian-bahagian kecil agar
persamaan dan perbezaan dapat menghuraikan dengan memberikan penyelesaian terhadap
masalah yang dihadapi. Manakala komponen sintesis memungkin murid untuk
menggabungkan unsur atau bahan supaya membentuk satu keseluruhan atau kesimpulan.
Dengan ini satu pola atau struktur akan terbentuk akibat daripada unsur atau bahan yang
digabungkan. Komponen terakhir adalah penilaian di mana murid akan menggunakan
pertimbangan kualitatif dan/atau kuantitatif mengenai nilai bahan dan kaedah spesifik
untuk sesuatu kriteria yang telah ditetapkan.

Taksonomi Yang DiUbah Suai


Pada bulan November, 1996 Lorin Anderson yang merupakan bekas anak murid Bloom
bersama David Krathwohl telah mengetuai usaha untuk mengemaskinikan Taksonomi
Bloom. Usaha ini didasarkan dengan harapan agar dapat menambah baik taksonomi ini
sesuai dengan peredaran masa dan abad ke-21. Ahli-ahlinya adalah terdiri daripada pakar
psikologi kognitif, pakar teori kurikulum, pemimpin pendidikan serta pakar pengujian dan
pentaksiran. Usaha ini telah berlangsung selama enam tahun. Akhirnya pada tahun 2001,
mereka telah menerbitkan hasil penyelidikan yang mengutarakan perubahan dalam tiga
kategori iaitu istilah, struktur dan penekanan (Forehand, 2004). Rajah 1(a) dan 1(b) di
bawah ini menunjukkan perbezaan tersebut.
Penilaian
i

Mencipta
i

Sintesis

Menilai

Analisis

Menganalisis

Aplikasi

Mengaplikasi

Kefahaman

Memahami

Pengetahuan

Mengingat

Rajah 1(a): Versi Lama

HOTS

LOTS

Rajah 1(b): Versi Disemak Semula

Perubahan Istilah
Rajah 1(a) menunjukkan taksonomi yang lama dan Rajah 1(b) pula mengemukakan
taksonomi bagi versi yang disemak semula. Perubahan yang paling ketara adalah terhadap
istilah yang digunakan iaitu daripada kata nama (pengetahuan, kefahaman, aplikasi,
analisis, sintesis dan penilaian) kepada kata kerja iaitu mengingat, memahami,
mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Perubahan ini adalah berdasarkan
Muka surat | 3

Taksonomi Bloom

2012

pendapat bahawa taksonomi ini merupakan satu proses aktif. Oleh itu kata kerja adalah
lebih sesuai digunakan kerana cirinya yang menjelaskan tentang tindakan yang dibuat.
Daripada segi istilah juga, perkataan pengetahuan telah diubah kepada
mengingat. Pengetahuan adalah hasil atau produk daripada proses berfikir, maka istilah
mengingat adalah lebih sesuai untuk menggambarkan kategori berfikir.
Istilah
kefahaman pula diubah kepada memahami. Sementara itu, sintesis diubah kepada
mencipta. Dalam hal ini, versi yang lama meletakkan sintesis di bawah penilaian
dalam hirarki taksonomi. Manakala bagi versi disemak semula, mencipta merupakan
puncak bagi hirarki tersebut. Dalam hal yang berkaitan, berfikir secara kreatif (mencipta)
adalah lebih kompleks daripada berfikir secara kritikal (menilai). Seseorang murid boleh
berfikir secara kritikal tanpa menjadi kreatif tetapi murid yang kreatif memerlukan cara
berfikir yang kritikal. Dengan itu, menilai seharusnya berada pada hirarki yang lebih
bawah daripada mencipta.
Istilah-istilah baru tersebut didefinisikan seperti yang terdapat dalam Jadual 1 di bawah ini.
Jadual 1: Istilah dan definisi bagi Taksonomi Bloom yang disemak semula
Istilah
Mengingat

Definisi
Mendapatkan kembali, mengeluar kembali dan mengingat semula
pengetahuan yang relevan daripada ingatan jangka panjang.
Contoh perkataan: Kenal pasti, Senaraikan, Ceritakan, Namakan, ...
Persoalan: Adakah murid boleh mengingat semula maklumat?

Memahami

Membina makna daripada maklumat lisan, tulisan dan grafik melalui


menginterpretasi, memberikan contoh, mengklasifikasi, membuat
ringkasan, membuat inferens, membanding dan menjelaskan.
Contoh perkataan: Buat interpretasi, Berikan contoh, Ringkaskan, Buat
parafrasa, ...
Persoalan: Adakah murid boleh menjelaskan idea atau konsep?

Mengaplikasi

Menggunakan prosedur untuk melakukan atau melaksanakan sesuatu.


Contoh perkataan: Dengan menggunakan, Laksanakan, Hitungkan, ...
Persoalan: Bolehkah murid menggunakan pengetahuan baru dalam
situasi biasa yang lain?

Menganalisis

Menilai

Memecahkan bahan kepada bahagian kecil, menentukan bagaimana


bahagian-bahagian kecil berkait antara satu sama lain dan terhadap
struktur atau kegunaan umum melalui perbandingan, menyusun atur dan
attributing.
Contoh perkataan: Bandingkan, Susun atur, Susun semula, ...
Persoalan: Adakah murid boleh membezakan antara bahagian-bahagian
kecil?
Membuat penghakiman berdasarkan kriteria dan piawaian melalui
semakan dan kritikan.
Muka surat | 4

Taksonomi Bloom

2012

Contoh perkataan: Berikan hujah anda, kritik, sokong, ...


Persoalan: Adakah murid boleh menjustifikasikan sesuatu keputusan
atau tindakan yang diambil?
Mencipta

Menyatukan elemen-elemen untuk membentuk satu gagasan umum yang


koheren atau berfungsi; menyusun atur elemen ke bentuk atau struktur
baru melalui penjanaan, perancangan dan penghasilan.
Contoh perkataan: Rekakan, Binakan, Rancangkan, Hasilkan, ...
Persoalan: Adakah murid boleh menjanakan produk baru, idea baru atau
pandangan yang baru?

Perubahan Struktur
Taksonomi Bloom yang lama mempunyai hanya satu dimensi. Manakala versi yang
disemak semula terdiri daripada dua dimensi iaitu Dimensi Pengetahuan dan Dimensi
Proses Kognitif. Dimensi Pengetahuan memfokuskan kepada jenis pengetahuan yang
dipelajari yang dibahagikan kepada empat bentuk iaitu pengetahuan fakta, konsep,
prosedur dan metakognitif. Dalam hal ini, metakognitif merujuk kepada kesedaran terhadap
kefahaman diri dan mampu memperbaiki kefahaman tersebut jika berlaku kesalahfahaman.
Sementara Dimensi Proses Kognitif memfokuskan proses yang digunakan untuk belajar
iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Jadual 2 di
bawah menunjukkan hal ini.
Jadual 2: Taksonomi Bloom yang disemak semula
Dimensi
Pengetahuan
Pengetahuan
fakta
Pengetahuan
konsep
Pengetahuan
proses
Pengetahuan
meta-kognitif

Dimensi Proses Kognitif


Mengingat
Senarai
List

Memahami
Ringkaskan
Summarise

Mengaplikasi
Klasifikasi
Classify

Menganalisis
Aturan
Order

Menilai
Susunan
Rank

Mencipta
Gabungkan
Combine

Terangkan
Describe

Interpret
Interpret

Eksperimen
Experiment

Hurai
Explain

Taksir
Assess

Rancangkan
Plan

Bentangkan
Tabulate

Ramalkan
Predict

Hitungkan
Calculate

Bezakan
Differentiate

Simpulkan
Conclude

Gubah
Compose

Kegunaan
sesuai
Appropriate
use

Laksanakan
Execute

Binakan
Construct

Rumuskan
Achieve

Tindakan
Action

Wujudkan
Actualise

Perubahan Penekanan
Bagi versi yang lama, Bloom menyatakan bahawa taksonomi tersebut telah digunakan
secara tidak dijangka (unexpectedly) oleh ramai orang (Bloom, 1956). Taksonomi ini
sesuai digunakan bagi murid di peringkat awal persekolahan mereka. Manakala taksonomi
yang disemak semula menekankan sasaran penggunaanya kepada pengguna yang lebih
ramai. Sasaran ini termasuklah murid di sekolah rendah, menengah serta pelajar di
universiti atau kolej. Penekanan ini berasaskan anggapan bahawa taksonomi yang disemak
Muka surat | 5

Taksonomi Bloom

2012

semula adalah alat yang lebih tulen (authentic) untuk merancang kurikulum, penyampaian
instruksional dan pentaksiran (oz-TeacherNet, 2001) (dalam Forehand, 2004).
Contoh Ayat dan Aktiviti
Jadual 3: Contoh ayat dan aktiviti bagi taksonomi yang disemak semula
Kategori
Mengingat

Memahami

Mengaplikasi

Menganalisis

Menilai

Contoh Permulaan Ayat


Apakah yang berlaku selepas ...?
Berapakah bilangan ...?
Apakah yang dimaksudkan...?
Siapakah orang ...?
Namakan ...?
Ceritakan apakah yang berlaku...
Siapakah yang bercakap ...?
Manakah yang benar atau palsu...?
Kenal pasti siapa...?
Namakan semua bahan ...?
Tuliskan dalam ayat anda sendiri.
Terangkan...
Apakah yang anda rasa akan berlaku
selepas ini?
Siapakah yang anda fikir ...?
Apakah idea utama ...?
Lakarkan jalan cerita ...?
Terangkan mengapa watak tersebut ...?

Aktiviti dan hasil


Menyenaraikan kejadian utama.
Membuat jadual waktu peristiwa.
Membuat carta drpd fakta.
Menulis senarai drpd maklumat yang
boleh diingat.
Membaca sajak/puisi.

Adakah anda tahu maklumat lain


tentang ...?
Bolehkah anda kumpulkan mengikut
ciri seperti ...?
Apakah faktor yang anda akan ubah jika
...?
Apakah soalan yang anda akan tanya ...?
Daripada maklumat tersebut, bolehkah
anda membina set arahan ...?
Peristiwa
yang
manakah
tidak
seharusnya berlaku?
Jika ... berlaku, apakah kemungkinan
penamatnya?
Bagaimana ... sama seperti ...?
Apakah kemungkinan lain ...?
Mengapakah ... perubahan berlaku?
Terangkan apa yang sepatutnya berlaku
...?
Bolehkan anda bezakan ...?
Apakah punca di sebalik ...?
Apakah masalah dihadapi ...?
Adakah lebih baik ...?
Berikan hujah anda ...
Pertahankan pernyataan ...
Adakah baik atau buruk ...?
Bagaimanakah anda akan mengatasi
masalah ....?
Apakah perubahan yang ...?
Adakah anda percaya ...?
Apakah yang anda rasa, sekiranya ...?

Bina satu model untuk menunjukkan ...


Buat satu diorama untuk menunjukkan
...
Buat buku skrap berkaitan ...
Buat model tanah liat ...
Ambil koleksi gambar foto untuk
menunjukkan ...
Bina sebuah puzzle game.
Tuliskan buku teks berkaitan topik ...
Mereka bentuk soal selidik untuk
mendapatkan maklumat.
Menulis iklan untuk menjual produk.
Membuat carta alir untuk menunjukkan
peringkat kritikal.
Membina graf untuk menunjukkan
maklumat khusus.
Membuat
family-tree
untuk
menunjukkan pertalian.
Membuat drama ttg apa yang dipelajari.
Menulis biografi orang yang dikaji.
Menyediakan laporan.
Melaksanakan debat.
Menulis buku peraturan dan yakinkan
pembaca.
Menubuhkan
panel
untuk
membincangkan pandangan.
Menulis
surat
nasihat
terhadap
keperluan perubahan.
Menulis Laporan Tahunan.
Menyediakan
kertas
kes
untuk

Menggunting atau melukis gambar


untuk menunjukkan peristiwa.
Melukis kartun untuk menunjukkan
turutan peristiwa.
Menulis dan membuat persembahan
berdasarkan satu cerita.
Menceritakan peristiwa dgn ayat sendiri.
Menulis laporan ringkas.
Menyediakan carta alir.
Membuat buku mewarna.

Muka surat | 6

Taksonomi Bloom

Mencipta

Setakat manakah keberkesanan ...?


Sejauh manakah anda yakin ...?

menjelaskan pandangan.

Hasilkan satu binaan ...


Cadangkan
satu
penyelesaian
munasabah ...
Apakah akan berlaku sekiranya .?
Kemukakan kertas cadangan ...
Berapa banyak carakah ...?

Mencipta mesin.
Mereka bentuk bangunan.
Mereka produk baru.
Menulis tentang perasaan...
Menulis cereka, lagu, sajak...
Mereka bentuk kulit album

2012

Kepentingan Taksonomi Bloom


Taksonomi Bloom yang terdiri daripada enam aras telah digunakan sejak lama dahulu oleh
guru di merata dunia. Taksonomi ini merupakan pengelasan secara sistematik bagi proses
berfikir dan belajar. Pengelasan ini membantu guru mengukur keupayaan murid mereka.
Aras yang tinggi dalam hirarki, memerlukan penguasaan terhadap aras yang lebih rendah.
Contohnya, jika seseorang murid itu mampu menyelesaikan masalah berkaitan aktiviti
menganalisis; maka mereka dianggap telah menguasai hirarki yang lebih bawah iaitu
aktiviti mengingat, memahami dan mengaplikasi.
Dengan perkembangan drastik dalam bidang pendidikan, taksonomi yang disemak
semula menyediakan alat yang lebih sesuai untuk digunakan oleh guru-guru. Struktur yang
baru memaparkan konsep yang menyeluruh dan jelas berkait dengan penyelarasan antara
piawaian dan matlamat pendidikan, objektif, produk dan aktiviti (Krathwohl, 2002).
Penyelarasan objektif pendidikan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan merupakan
satu keperluan. Bagi Malaysia, penyelarasan ini telahpun berlaku dengan wujudnya sistem
pendidikan kita yang berpusat. Oleh itu, penggunaan taksonomi yang disemak semula ini
bukan merupakan masalah yang besar bagi guru-guru di Malaysia.
Kesimpulan
Perubahan terhadap Taksonomi Bloom merupakan satu usaha murni untuk menjelaskan
kekaburan yang terdapat dalam mendefinisikan objektif pendidikan. Perubahan ini
merupakan satu input yang amat baik untuk kita renungkan agar proses penilaian yang kita
laksanakan terhadap murid atau pelajar kita lebih tepat. Perubahan terhadap istilah, struktur
dan penekanan memberikan satu perspektif yang berbeza kerana kita telah terbiasa dengan
taksonomi yang lama. Justeru itu, kefahaman mendalam tentang taksonomi yang baru akan
memudahkan kita menggunakannya dalam menguji, mengukur, menilai dan mentaksir
murid atau pelajar. Dalam hal ini, taksonomi yang baru, boleh digunakan untuk murid atau
pelajar di peringkat awal persekolahan hinggalah ke universiti.
Selama ini, warga pendidik di Malaysia telah menggunakan taksonomi yang lama
secara meluas sama ada di sekolah, pusat latihan atau universiti. Dan mungkin timbul
persoalan dalam minda kita, adakah perubahan ini kita perlukan. Atau kita ingin lihat
perkara ini berlalu begitu sahaja. Kita akan tentukan perkara ini secara bersama.

Muka surat | 7

Taksonomi Bloom

2012

Rujukan
Bloom, B. S. 1956. Taxonomy of educational objectives - book 1 cognitive domain.
London: Longman Group Limited.
Bloom, B. S., Krathwohl, D. R. & Masia, B. B. 1964. Taxonomy of educational objectives book 2 affective domain. London: Longman Group Limited.
Bloom, B. S., Krathwohl, D. R. & Masia, B. B. 1964. Taxonomy of educational objectives book 2 affective domain. London: Longman Group Limited.
Forehand, M. 2004. Blooms taxonomy: from emerging perspectives on learning, teaching
and technology. http://projects.coe.uga.edu [1 september 2010].
Krathwohl, D. R. 2002. A revision of Blooms taxonomy. Theory into Practice. 41(4): 212218.

Muka surat | 8

Você também pode gostar