Você está na página 1de 5

MONOLOG

ANAK BUANGAN
Karya Anis Julai

Suara itu! Ah! Suara itu singgah lagi di gegendang telingaku. Indah dan merdu sehingga
menusuk ke jiwa. Kalbu yang berombak lara tenang seketika. Badai pilu yang acap kali
menghempas pantai hati kembali membelai. Pintu hati yang terkunci, terbuka luas
menjemput masuk pawana syahdu memercik damai. Allahuakbar Allahuakbar!! Ya Allah!
5 | Monolog Anak Buangan karya Anis Julai

Sesungguhnya Kaulah Yang Maha Besar. Aku tunduk pada kudrat dan iradat-Mu. Ingin
sekali kuselami Marifat-Mu. Mahu rasanya mendampingi-Mu setiap kali rindu ini
bertandang. Naluriku meronta-ronta ingin mencungkil rahsia di sebalik dugaan ini.
Peti suaraku kukejutkan. Ingin sekali kulemparkan intonasi suara semaksimal mungkin,
agar insan-insan itu menyedari pedih luka yang masih berdarah. Namun apalah dayaku.
Sebanyak manalah kudratku. Aku anak malang. Hanya mampu menzahirkan perasaan
yang terbuku dengan deraian air mata. Hanya naluriku yang mampu menangis hiba.
Berkali-kali aku cuba menjerit, merayu meminta ihsan. Namun mereka masih tidak
mengerti. Ah! Aku sudah mula dibuai perasaan putus asa. Dadaku sebak mengenangkan
penderitaan yang telah dan bakal aku tempuhi.
Ibu! Ibu! Di mana dirimu ibu? Anakmu ini terlalu merinduimu. Terlalu mendambakan
curahan kasih sucimu. Adakah semudah itu kau melupakan tubuh ini yang sembilan
bulan sepuluh hari terkandung dalam kantung rahimmu? Lupakah dirimu ibu, susah
payah kau melahirkanku ke dunia? Sememangnya aku telah ditakdirkan bermula dengan
gametes. Ovummu dan sperma lelaki itu bersenyawa di salur falloppiomu lantas mencipta
46 kromosom menjadi zigot yang sempurna.
Di sinilah aku. Titisan nutfah yang tercipta hasil daripada hubungan terlarang lalu
membentuk alaqah. Peralihan masa yang menjadi fitrah setiap penciptaan Ilahi
menyaksikan aku yang perlahan-lahan membentuk mudhghah. Embriomu ini
diimplantasikan di dinding rahimmu lantas menjadi janin yang terus berkembang.
Pancainderaku dilengkapkan. Tubuhku disempurnakan. Segumpal daging ini lalu
ditiupkan roh lantas dinding anteriormu mula merasa cetusan gerak-gerak kecilku.
Aku mula hidup dan membesar dalam tubuhmu. Mula menerima nutrien yang terhadam
dari arus salur plasenta. Aku bernafas seiring dengan sesalanmu. Denyut nadiku dan
detap jantungmu bersama-sama menghitung hari. Hari penentuan yang bakal
membongkar segala rahsia yang kau pendamkan. Dan kehadiranku akhirnya terzahir
walaupun kau cuba menyembunyikannya. Perutmu makin memboyot besar sehingga
akhirnya kau dihalau dari laman ayah bondamu. Mahligai perteduhanmu tidak mahu
dipijak oleh dirimu yang penuh noda. Keluargamu sudah tidak sanggup merelakan
contengan arang ke wajah mereka. Umpat nista, caci seranah semuanya masih terngiangngiang di telingaku, ibu.
Kejahilan dirimu dan hasutan nafsu syaitan yang pernah membuak-buak suatu ketika
dulu menyebabkan air matamu kering ketika manusia-manusia itu menghukummu
dengan nada celaan. Dirimu sedar akan kebersalahanmu itu. Kau membawa dirimu dan
aku bersama palitan dosa dan maruah yang telah kau robekkan. Saat itu aku tidak tahu
entah berapa kali empangan mataku pecah. Aku juga tidak tahu sudah berapa dalam lurah
kesalku ini. Antara jijik melihatmu, merasa betapa rendahnya darjat diri ini dan rasa kasih
yang mula bertamu di hatiku pada dirimu, seorang ibu.
Hari-hari yang kita lalui mengundang selautan suka dan duka. Memang hidup banyak
mehnahnya. Antara segunung kekesalan masa lampau dan selautan keyakinan untuk
5 | Monolog Anak Buangan karya Anis Julai

menempuh hari-hari mendatang, kau membawa diri. Kakimu terus melangkah menagih
secebis kasih daripada insan yang pernah menguntum bunga-bunga cinta di perdu
jiwamu. Namun kau terus direjam dengan panahan kata-kata nista. Apalah nasibmu duhai
ibu. Lelaki yang menanam benih di ladang milikmu galak bersandiwara di hadapan
keluarganya. Dia dianggap mulia ketika seranah bersembunyi di sebalik diri syaitan yang
bertopengkan manusia itu. Dan akhirnya kau pergi membawa suatu penghinaan yang
pahit untuk ditelan. Mengapa beban ini hanya tergalas di bahumu saja? Mengapa tidak
sama-sama bertanggungjawab dan bermuhasabah lantaran dosa yang masing-masing
merelakannya?
Langkah demi langkah kau atur. Lemah dan tidak berdaya. Mentari mula bersinar pijar
seakan-akan turut sama menghukummu. Dan tika itu, pandanganmu menjadi gelap. Kau
terbaring tidak bermaya lantaran fizikalmu yang dihenyak kepenatan seiring batinmu
yang dihimpit sesalan. Oh ibu! Tabahkanlah hatimu. Syukur pada-Nya kerana masih ada
insan yang ingin menghulur simpati. Akhirnya kau diambil bekerja di gerai makan milik
Pak Osman dan Mak Mah. Dan mereka kau anggap sebagai anugerah Ilahi,
menggantikan ayah bondamu yang telah memadamkan namamu dari kamus sejarah
keluarga. Mulianya hati kedua insan itu yang membenarkan kau berteduh di teratak
damai mereka. Kau mereka tatang seperti anak yang menjadi amanah Rabb.
Mewangi kuntuman bahagia antara kita. Kasih sayang yang tidak pernah kau miliki dulu
mula kau kecapinya di sini. Aku gembira, ibu! Saat aku melihat dirimu kembali tertawa
dan ceria. Saat aku menyaksikan sinar ketenangan di birai matamu. Saat kau dendangkan
aku dengan alunan kalam Ilahi. Surah Maryam dan Luqman menggetarkan denyut
nadiku. Mendamaikan jiwaku. Dan kau mula tersenyum saat aku memberi tindak balas
pada kalimah tayyibah yang kau lagukan.
Ibu! Memanik jernih meluncur laju dari kolam mataku. Aku menangis, ibu. Aku
menangis setelah melihat dirimu yang setiap detik berbisik-bisik dengan-Nya. Cahaya
damai terpancar di raut wajahmu. Kewajipan lima waktu yang seringkali kau abaikan
dulu, kini ditunaikan di awal waktu. Tiang agama itu dibina kembali setelah sekian lama
ia runtuh. Kau sering berbicara padaku bahawa dulu kau hidup dalam pesona dunia.
Terlalu mengagungkan modenisasi dan kemewahan. Namun aku tidak mahu
menyalahkan dirimu. Kau dididik dan dibesarkan dalam gaya hidup sebegitu. Ayah dan
bondamu bangga melakar sejarah di celah-celah masyarakat madani. Merekalah korporat
berjaya yang menganggap kebahagiaan dan maruah boleh dibeli dengan wang ringgit.
Namun mereka terlupa pada sebuah kelalaian yang akhirnya membunuh masa depanmu.
Dan hari ini mereka terus rakus menikam sembilu ke jiwa sucimu tanpa sedar bahawa
permainan duniawi ini sebenarnya bermula daripada dua pemain tunggak.
Kau sering membisikkan padaku kekesalanmu kerana terlanjur melalui detik-detik hitam
dalam hidupmu yang penuh pura-pura itu. Aku mengerti ibu perasaan tulusmu itu. Saat
kau bermuhasabah dan bermunajat di hamparan suci itu, aku turut menangis ibu. Aku
tahu dan sedar, manusia memang tidak pernah sunyi daripada melakukan kesilapan.
Namun seringkali terhukum sehingga adakalanya mereka mula mengulangi kesilapan lalu
dek terhenyak dengan kata cemuh masyarakat sekeliling. Terhimpit dek dinding rekaan
5 | Monolog Anak Buangan karya Anis Julai

insan sehingga tidak mampu keluar menebus kesalahan diri. Lalu insan-insan yang
tercalar itu makin parah lukanya hingga tiada penawar lagi.
Telah termaktub di Loh Mahfuz, ketika fajar siddiq mula menjengah alam dari celahcelah bukit, ketika itulah kau mula mengadu kesakitan. Aku sudah tidak dapat menahan
keinginan diri untuk menyaksikan sendiri fatamorgana dunia yang sering kau ceritakan
padaku. Aku ingin sekali menempuh samudera hidup bersama-samamu, ibu. Terasa ingin
berbicara denganmu. Redup mataku bertemu dengan hening matamu.
Pak Osman dan Mak Mah menemanimu di rumah sakit. Saat-saat itu aku rasakan kau
amat memerlukan perhatian dan sokongan daripada insan-insan yang kau sayangi.
Namun kau akur pada kehendak Ilahi. Katamu ini adalah kifarah atas segala noda hitam
yang telah kau palitkan di kanvas hidupmu. Oh ibu! Kesabaranmu tiada bertepi.
Kuncupan rahimmu memaksaku keluar dari kepompong yang telah lama aku diami. Kau
bermujahadah dengan kesakitan yang tercetus. Perhitungan antara hidup dan mati.
Akhirnya dewan bersalin bergema dengan raungan suatu kelahiran insan baru. Kini aku
dapat menatap wajahmu, ibu. Dan kau hadiahkan aku sebuah senyuman ketika seorang
wanita berpakaian putih memperlihatkan diriku padamu.
Kedamaian menyusup masuk mendiami naluriku tatkala aku berada dalam pelukanmu.
Kucupanmu ke pipiku serasa satu nikmat yang tidak dapat aku gambarkan. Telinga
kananku diazankan dan telinga kiriku diiqamatkan dengan kalimat seruan yang mulia.
Aku bahagia, ibu. Aku bahagia kerana anak yang terhasil daripada hubungan terlarang
sepertiku masih dapat mendengar kalimat suci kalam Rabbul Jalil. Dan aku lihat ada
manik-manik jernih yang luruh membasahi pipimu ketika Pak Osman mula berbicara
indah.
Tiap bayi dilahirkan dalam keadaan suci (fitrah Islami). Ayah dan ibunyalah kelak yang
akan menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.
Dari sumurmu, kau hilangkan dahagaku. Dari lembut belaian tanganmu, kau redakan
tangisanku. Dari kucupan mesramu, kau hadiahkanku sejambak kasih suci. Dari nyanyian
zikir rindu buat Al-Rahman, kau tenangkan jiwaku. Kemulian hati dan ketulusan jiwamu
memaut erat perasaan cintaku padamu, ibu. Terima kasih kerana sudi melahirkanku ke
dunia ini.
Dan kini ibu. Nyalaan lilin cintamu telah kau padamkan. Aku cuba menyalakan kembali
sumbu lilin yang telah sebati dalam kandil jiwaku, namun tidak berdaya. Kau pergi saat
aku berlayar tenang di samudera kasihmu. Kelainan bicaramu pada malam nan dingin itu
menjadi realiti igauan buruk yang mengunjungi lena tidurku. Aku terasa seolah-olah kau
ingin meninggalkanku. Dan apa yang amat kutakuti itu telah kau realitikannya.
Percayalah ibu! Betapa anakmu ini amat merinduimu. Kembalilah ibu! Kembalilah!

5 | Monolog Anak Buangan karya Anis Julai

Nukilan Rasa :
Ghafirah bt. Idris
830117-14-5506
Peti Surat 742
Batu 5 Kg. Paya
Jln. Kaki Bukit
02400 Beseri, Perlis
04-9777113 / 012-4303359

5 | Monolog Anak Buangan karya Anis Julai

Você também pode gostar